My Sagittarius {SEDANG DISUNT...

By Nur_Aila

180K 5.8K 216

{Bio-tech thriller & action-romance} (VERY, VERY SLOW UPDATE) ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang la... More

PERINGATAN MESRA
Prolog
Bab 1 { MOOD }
Bab 2 { S's COMPANY }
Bab 3 { NEXT! }
PENGUMUMAN
Bab 4 { JADI... }
Bab 5 { SAMURAI }
Bab 6 { REPORT }
Bab 7 { PERJANJIAN }
Bab 8 { ADAPTASI }
Bab 9 { WHAT NOW? }
Bab 10 { PATHETIC }
Bab 11 { NICE TO MEET YOU! }
Bab 12 { LUCID }
Bab 13 { I'M YOUR FIANCÉ }
Bab 14 { P T S D }
Bab 15 { GIMME A BREAK! }
Bab 16 { PERTARUHAN }
Bab 17 { DEBARAN }
Bab 18 { INKUIRI }
Bab 19 { YANG DI SANA; YANG DI SINI }
Bab 20 { UNAVAILABLE }
Bab 21 { AIP...! }
Bab 22 { HAI! }
Bab 23 { POTRET }
Bab 24 { LAPANG }
Bab 26 { JANJI part I }
Bab 27 { JANJI part II }
Bab 28 { RED GENES }
Bab 29 { AWAK NAK TAHU TAK? }

Bab 25 { MI SIGNORA }

3.6K 175 11
By Nur_Aila

Kelipan cahaya bandar yang terlihat dari twin peaks diamati. Pelan-pelan Ain tarik nafas seakan-akan menyematkannya dalam memori.

Seketika dia leka.

Andai kata suatu hari nanti dia datang lagi ke puncak ini, siapa tahu dia bersama siapa? Jauh Ain termenung ke dalam fikirannya. Tak sedar kalau ada kamera yang menangkap gambarnya dari tepi.

Candid.

Ezray selamba mukanya melihat hasil yang dia dapatkan. Makin dia lihat, makin dia rasa sayang dengan isterinya itu. Makin dia rasa beruntung.

Tersenyum, lantas dia simpan telefonnya itu; cukuplah untuk hari ini. Ezray mendekat kepada isterinya itu. Perlahan bahunya diraih ke sisi.

"Masya-Allah, isn't?" desis Ezray lembut. Ain tersenyum sekilas kepadanya. Seraya itu, dia mengangguk.

"Masya-Allah, indeed."

"Thank you. Sebab bawa Ain ke sini. Sedikit sebanyak Ain semakin kenal kat sini. I really appreciate it," ujar Ain, menekankan sedikit really-nya.

Ezray tertawa kecil.

"I am glad."

"Abang dulu memang membesar kat sini ke?" Sengaja Ain buka topik mahu sembang panjang. Tak pernah-pernah lagi dia dengar daripada suaminya ini. Apa yang dia tahu dulu, tahu-tahu jumpa dengan suaminya itu di taman permainan. Perangai pun agak nakal juga.

"Not really... I grew up in Italy untill I was 5. Lepas tu baru pindah sini lepas Papa mulakan syarikat dengan Atuk Danté. Nonno jadi benefactor. Now, jadi S's dengan joint ventures yang ada bawah S's global group. We became a conglomerate." Khusyuk Ezray bercerita. Dari riak wajahnya, dapat Ain lihat perasaan bangga di hatinya. Pasti dia terkenang kesusahan mereka dahulu. Lagipula, dia yang pertama-tama menjadi saksi kepada perubahan alur hidup mereka.

"You must be really proud of your parents." Ain sentuh dada kiri suaminya itu. Mahu berempati. Dapat dia rasakan detak jantungnya yang sedikit laju. Tidak salah lagi.

"Indeed. Kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil. Begitu juga dengan waktu yang aku korbankan untuk teman adik-adik aku. Dia orang masih sangat kecil waktu tu," ujar Ezray seraya membalas tangan isterinya itu. Perlahan-lahan dia genggam sebelum membawanya ke bibir. Satu ciuman romantis diberikan di telapak tangannya. Berona wajah Ain yang melihat.

Namun, lagi tidak tersangka bila...

"Ti voglio bene... Mi signora." Dia dengarkan kata itu.

Walaupun tak berapa faham, entah mengapa Ain rasa gementar mendengarnya. Nak-nak lagi bila dia terpandangkan biasan wajah suaminya itu dibalik samar malam.

Pandangannya...

Membuatkan...

Ain rasa macam nak ci...

Oops.

Ezray sengih. Ain terkedu. Ezray sengih sinis! Arkkk...

"You kissed me, M'lady?"

Ain berganjak sedikit. Kaki duduk rapat-rapat, kepala tunduk. Sikit-sikit, dia melirik ke sisi. Malu!

Perlahan Ezray mendekat. Dia menunduk sikit, lalu berdesis, "I appreciate your move, M'lady. Bertambah licik juga kau ni ya..."

Huaaa rasa nak menangis Ain sekarang ni! Kesal dengan dirinya yang tak pandai kawal diri! Makin tertunduk wajahnya.

"Shut up."

*****

Diam. Lepas ber–feeling-feeling dekat Twin peaks tadi, tiba masanya untuk Ain dan Ezray pulang ke rumah. Steady motosikal berkuasa tinggi Ezray membelah trafik. Si penunggang tersenyum mengenangkan kejadian di Twin peaks manakala si pembonceng masam mencuka mukanya mengenangkan tindakan berani matinya itu.

Tersondol-sondol mukanya tahan malu. Untung saja Ezray cuma buat bodoh dengan tindakannya itu.

Sedar tak sedar, motosikal yang dibonceng jadi semakin laju. Seriau Ain rasa.

"Abang, kenapa laju sangat?" soal Ain kuat melawan angin. Lantas Ezray menjawab, "Aku rasa kita kena kejar!"

Rasa tersekat nafas Ain mendengar itu. Perasaan seriau mencanak dua kali ganda. Kena kejar? Siapa?

Fikiran Ain mula kacau. Sedar tak sedar, Ezray tarik tangannya biar tak lepas isterinya itu dari belakangnya. Tersentak Ain dibuatnya.

"Jangan lepas, Ain!" Garang arahan yang diberikan. Ain diam dan patuh saja. Hati yang kacau sedaya upaya dikawal biar otaknya tak bercelaru. Kenapalah mesti saat mereka sudah berada di susur keluar mahu muncul?

Gear ditukar sebelum Ezray kembali memecut. Tajam matanya memerhatikan celah untuk dipotong. Dia harap sangat kenderaan jadi banyak supaya dia dapat sekat kereta yang mengekori dia dan isterinya itu!

Terbrek-brek kereta saat Ezray menyusup. Sesekali hon berbunyi, namun perasaan debar melebihi segalanya!

Dengan secebis keberanian, Ain menoleh ke belakang.

Ada sebuah kereta SUV yang terubah suai kelihatan beria mencucuk! Ain gigit bibir.

Ya Allah, apa yang dia nak buat ni?!

"Ain!" Si empunya nama menoleh apabila suaminya itu menempik. Cepat dia menyahut.

"Ya?!"

"Get my phone in my pocket! Call speed dial!"

Terketar-ketar tangan Ain cuba menyeluk ke dalam poket seluar Ezray. Sesaat, dia berdecit melawan perasaannya. Ah!

Speed dial ditekan. Lantas Ain bersuara sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Danny, someone is chasing us!" Cemas suaranya. Danny di hujung talian dah tak senang duduk.

"What? Kau dekat mana ni, Nancy? Mana Ray?"

"I don't know, tapi kami dekat susur keluar lebuh raya... On the bike!"

"Kau tahu apa yang kejar kau orang?" Danny beri isyarat pada Hayden di tepinya. Cekap lelaki itu menggodam sebaik sahaja mendapatkan maklumat daripada Danny.

Nasib saja dia ada bersama lelaki itu kerana ada beberapa hal yang mahu dibincangkan. Malcolm pun turut tak ketinggalan. Namun, lelaki itu sibuk bermain dengan laptop-nya bagi menguruskan hal lain.

"Hang on, Nancy... Aku on the way. Dengar je cakap Ray." Lantas Danny gamit Hayden sebelum berlari ke kereta.

Malcolm dibiarkan saja.

Panggilan ke Toshiya dan Ben disambungkan sementara dia memecut.

"Guys, emergency." Serius suara Danny.

*****

"Elak!" Tersentak lelaki-lelaki dalam SUV bila ada sesuatu dibaling ke arah mereka. Si pemandu, Z memutar ke sisi sehingga kereta yang dipecut bergesel dengan kereta awam di sebelah.

"What the fuck is that?!" Namun, dia tetap tak berputus asa; suasana jadi semakin bingit.

Rakan subahat di sebelahnya mengeluarkan sepucuk pistol bermuncung panjang dari bawah tempat duduk. Z tersentak.

"Kau nak tembak dia orang sekarang? Bos nak perempuan tu hidup-hidup."

"Aku acah je dulu," bingkasnya. Tingkap dibuka sebelum sasaran dikunci. Berduyun-duyun orang awam yang memandu menekan hon saat melihat apa yang sedang berlaku.

Barangkali mereka kaget. Ataupun sebagai amaran.

"Abang, pistol!" Ain terpekik. Sedaya upaya Ezray kawal debar di dada mendengarkan hal itu.

Nafas diatur supaya lebih fokus. Sesekali dia melirik ke cermin sisi bagi melihat jarak kereta yang mengejar.

Strategi perlu diatur. Karena keutamaannya sekarang ini adalah isterinya!

Gear diturunkan sebelum dia menyusup ke belakang treler. Ain di belakang tunduk saja ke badan Ezray. Tidak berani dia mengangkat kepalanya. Silap percaturan, nyawa melayang.

Berdas-das tembakan dilepaskan dari kereta SUV. Beberapa butir peluru tersasar, beberapa butir lagi mengenai badan kontena yang dibawa oleh treler.

Perasaan debar berlawan dengan rasional; Ezray terpaksa menyusup lagi ke sisi treler.

Rintangan angin yang deras sedaya upaya dilawan. Sambil itu, dia nyalakan kelipan lampu supaya pemandu treler itu perasan.

Terasa angin treler lebih perlahan, Ezray tingkatkan kelajuan motosikal berkuasa tingginya; dia memancung ke depan meninggalkan SUV yang mengejar di belakang.

Namun, apa yang hendak dipersetankan? SUV juga turut menderas tidak mahu kalah. Beberapa kereta dirempuh saja apabila mereka perlahan. Jahanam segala-galanya.

Tersendeng-sendeng motosikal Ezray apabila dia menyelit pada kelajuan tinggi. Ain di belakang gigih bertahan daripada terjatuh. Dah berapa kali dia rasa nyawanya bagaikan melayang.

Namun, situasi lagi bertambah seram bila Ezray masuk ke laluan bertentangan.

"Abang!" Terjerit Ain dibuatnya. Biar betul laki dia ni?!

"Trust me, Ain!" Mereka cuma perlu ikut rancangan. Pergi ke tempat yang lebih sunyi di mana Danny dan yang lain sudah menanti.

Lagi pula, arus berlawanan sekarang ini memberikan kelebihan kepada mereka yang kecil berbanding kereta SUV yang mengejar.

Z berdecit melihat motosikal berkuasa tinggi Ezray masuk ke arah bertentangan. Lantas dia memusing stereng mengekori lelaki itu. Memang taklah dia nak lepaskan sasarannya!

"Von, keluarkan EMP! Alihkan perhatian mereka." Nekad Z bersuara. Rakan subahat di sebelahnya, yakni Von dah terpinga-pinga.

"Betul ke kau ni..."

"Baru sekarang kau nak teragak-agak?" Z menjeling. Nak tak nak si Von menurut.

Dia toleh ke belakang meminta rakan subahat yang lagi satu menurunkan penyandar tempat duduk.

Terserlah sebuah pistol EMP buatan sendiri yang kompak. Dihulurkan kepada Von.

Dia jengulkan kepala ke luar sebelum membidik. Terasa kesat lelangitnya bila sasaran sudah dikenal pasti.

Tiga...

Dua...

Satu.

Tertendang seluruh lampu jalan bila suatu bunyi gelombang kedengaran. Semakin lama, keadaan yang dilimpahi cahaya beransur gelita bila lampu kenderaan turut terkena tempias.

Semerta bunyi kemalangan menyusuli gelap malam.

Bingit bunyinya bersahutan bagaikan pekikan ngeri. Von mengucap seraya kembali ke dalam. Rantai salib di lehernya dicium sekali.

Z di sebelah mengejek sambil mengelak kenderaan yang hilang kawalan. Untung betul kereta yang dipandunya tidak terkesan dengan gelombang EMP dek ubah suai yang dilakukan. Diinspirasikan daripada Faraday cage

"Bodoh. Baru sekarang kau nak berlembut?"

"Kalau perempuan tu mati macam mana? Kau nak menjawab apa pada bos nanti?" bidas Von.

Pantas Z menempelak, "Tak akan. Nyawa dia orang liat; terutamanya lelaki gila tu. Kau rasa kenapa sampai sekarang orang-orang kita tak dapat bawa perempuan tu depan bos?"

Termengap Von dibuatnya. Setelah seketika, SUV yang dipandu menjadi perlahan. Von perasan ada sebuah motosikal berkuasa tinggi yang tersadai di bahu jalan. Kira-kira, seperti terseret. Dan dia cukup kenal pemiliknya.

Serentak empat lelaki keluar dari SUV bila mereka berhenti. Langkah diatur penuh waspada melihatkan keadaan motosikal berkuasa tinggi itu yang agak hancur.

Terperasankan penghadang jambatan yang berkesan darah, lantas Von dan yang lain menjenguk ke situ; kepala menunduk ke bawah.

Lampu suluh dihidupkan apabila keadaan terlalu gelap. Namun, tiada apa yang mereka nampak melainkan semak dan cenuram.

"Apa kita  nak buat sekarang?" Von mula berang; besi penghadang dihentak. Z berdecit sebelum terjeda; telinganya seperti menangkap suatu bunyi dari belakang. Refleks dia memegang sepucuk pistol yang diselitkan di pinggangnya. Bersedia.

"Diam!" desis lelaki itu, keras. Rakan-rakan subahatnya tersentak. Masing-masing mula menumpukan setiap deria pada persekitaran.

Namun tidak semena-mena...

Tap! 

Enjin SUV tiba-tiba berbunyi. Serentak dengan itu, cahaya lampu tinggi tiba-tiba menyimbah ke muka empat lelaki itu. Masing-masing jadi silau.

Lantas, kereta SUV laju mengundur. Berdesup ia memecut meninggalkan empat lelaki itu sehingga mereka terpempan seketika. Namun tak lama, Z terus memekik.

"Kejar!"

Tiga lelaki pakat mara ke depan. Dua daripadanya mengeluarkan pistol menyedari mereka takkan mampu menyaingi kenderaan itu. Tayar kereta disasarkan. Berdas-das tembakan dilepaskan sehingga satu daripadanya mulai mengena. Bagaikan domino effect, satu lagi tayar menjadi mangsa.

Kereta SUV mula hilang kawalan. Namun, Ain masih cuba bertahan; brek tangan ditarik ke atas dan ke bawah berulang kali tanpa lepas. Sambil itu, kakinya bermain dengan pedal. Dalam sakit yang menyengat ke seluruh badan, dia cuba untuk fokus ke jalan yang gelap; gigi diketap.

"Danny..." Dalam kepalanya kini, cuma ada satu matlamat.

TBC...

__________________________

Weiiiii lama gila aku tak on Wattpad, Hahahahaha sorry guys😅

Kepada yang masih baca story aku ni, salute do kat korang, thank you for being patience!

Cuba komen sikit kat bawah~

Continue Reading

You'll Also Like

12K 435 30
Based on true story Romance/ Funny/ Mature content (not suitable for 21 & below) Kisah ni tidak dapat cerita kepada sesiapa secara face to face denga...
47.7K 1.6K 17
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl ╰┈➤ Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.6K 2.1K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
5.7K 85 22
CC :NURUL IQMA NADHIRAH :FINNA ANASTASIA REMINDER : I DON'T OWN THIS STORY,JUST SAVE IT HERE AS ONE OF MY FAV STORY BECAUSE I RARELY ON FACEB...