[C] TE AMO | JJK ✓

By heitsmehari

489K 41K 2.2K

[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Mond... More

《1》
《2》
《3》
《4》
《5》
《6》
《7》
《8》
《9》
《10》
《11》
《12》
《13》
《14》
《15》
《16》
《17》
《18》
《19》
《20》
STOP!
《21》
《22》
《23》
《24》
《25》
《26》
《27》
《28》
JUST A TEASE
《29》
《30》
《31》
😇
《32》
《33》
《34》
《35》
《36》
《37》
《38》
《39》
《40》
《41》
《42》
《43》
《44》
《45》
《46》
《47》
《48》
《49》
《50》
《51》
《52》
《53》
《54》
《55》
《56》
《57》
《58》
《59》
《60》
《61》
《62》
《63》
《64》
《65》
《66》
《67》
《69》
《70》
《71》
《72》
《73》
《74》
《75》
《76》
《77》
《78》
《79》
《80》
《81》
《82》
《83》
《84》
《85》
《86》
《87》
《88》
《89》
《90》
《91》
《92》
《93》
《94》 Final 🎉

《68》

2.4K 298 8
By heitsmehari

🐰

Ting tong~

Rachel melangkah membuka pintu, tersembul wajah Taehyung sebaik pintu rumah dibuka dengan senyuman kotaknya. Dia hulurkan satu plastik berisi makanan, tapi itu langsung tidak menarik perhatian Rachel.

Dia menunduk lalu mengambil Yeontan diatas lantai. Muncung bibir Taehyung jadinya, dia bergerak ke ruang tamu dan melabuhkan punggung disitu. Plastik berisi makanan diletakkan atas meja.

"Waeyo?"

"Layanlah Yeontan tu, tak payah layan saya yang bersusah payah beli makanan untuk awak. Huff" Taehyung memalingkan wajah. Meletus tawa Rachel jadinya, dia lepaskan Yeontan dan duduk ditepi Taehyung, lengan Taehyung digoyang perlahan.

"Kenapa dengan awak ni? Saya cuma rindukan Yeontan, dia makin lama tak jumpa, makin comel dan makin gebu" ujar Rachel lalu melirik ke Yeontan yang sedang berlari keliling rumah dengan kaki kecilnya. Taehyung mengemam bibir. Mengalah.

"I have a good news for you"

"Good news? Apa dia?" Ujar Rachel lalu tersenyum teruja. Taehyung merenungnya seketika sebelum melarikan pandangan.

"Saya jumpa Jungkook tadi.."

"Then..?"

"Dia minta saya carikan PA baru untuk dia sebab PA dia nak berhenti. Jadi, awak terima tak?" Taehyung menyoal, sambil tangannya ligat mengeluarkan makanan dari plastik. Rachel mengerutkan dahi. Tak faham, apa yang dia perlu terima?

"Maksud awak?"

"Nak jadi PA Jungkook tak?"

"Saya mana pandai-"

"Syhh! Nak dekat dengan Jungkook ke tak?" Taehyung meletakkan jari telunjuknya pada bibir merah delima milik Rachel. Terdiam gadis itu jadinya. Dia mengangguk kecil, Taehyung ikut angguk juga.

"Pasal benda yang awak tak pandai tu saya boleh ajar, cakap je awak nak saya ajar part mana. I'll teach you. Yup, orang kata belum cuba belum tahu" kata Taehyung, dia bergerak ke dapur untuk mengambil dua pinggan lalu membawanya semula ke ruang tamu. Mereka duduk bersila atas lantai untuk makan ayam goreng pedas.

"Tapi.."

"Em?"

"Macam mana kalau saya tak boleh kawal diri? Ma- macam mana kalau saya tiba-tiba menangis depan dia? Sedangkan dia tak ingat langsung pasal saya?" Tanya Rachel bertubi- tubi. Taehyung menghentikan perbuatannya lalu kedua belah pipi Rachel di tekupnya.

"Nak Jungkook ingat awak tak?"

Rachel angguk.

"Nak dekat dengan Jungkook tak?"

Rachel angguk.

"Nak sentiasa dekat dengan Jungkook tak?"

Rachel angguk lagi. Semua tu dia nak, tapi kalau Jungkook dah macam tu,  satu perkara macam tu pun dia tak boleh buat. Macam mana?

"I'll settle it for you, just be strong. You can do it" bisik Taehyung, dia jongketkan keningnya sebelum melepaskan pipi Rachel. Dia sambung makan ayam goreng masak bijan tu.

"Taehyung.."

"Hem?"

"Carilah girlfriend, awak tak sunyi ke?" Kata Rachel buatkan Taehyung menjelingnya. Dia calitkan sos jajjang merah pada pipi Rachel sebelum ketawa kecil.

"Ahh, kenapa buat macam niiii"

"Jangan soal benda macam tu, ianya boleh mengganggu mood saya..." Taehyung merengek seraya memasukkan paha ayam kedalam mulut.

Meroyan.

"Ahh mianhae, saya lupa-"

"Huwaa"

🐰

"Jungkook, mama dah sediakan ubat. Make sure Jungkook makan, jangan tak makan pula" Puan Jeon memesan sebelum melangkah keluar dari bilik Jungkook. Jungkook hanya berdehem kecil seraya mengelap rambutnya dengan tuala kecil.

Pil ubat dicapai lalu ditelan sekali dengan air putih. Jungkook merebahkan tubuhnya atas katil, masih lagi memakai bathrobe berwarna putih di tubuhnya. Tapak tangan diletakkan atas dahi.

Drt drt!

Bunyi phonenya yang bergetar buatkan Jungkook mengeluh kecil. Dia capai phonenya atas meja lampu dan baring balik. Notification yang dia set menandakan waktu untuk dia memakan ubat. Jungkook membuka aplikasi whatsup dan satu kontak nombor dan nama yang dia tidak kenali menarik perhatiannya.

"Rcjeonjeon?"

Berkerut dahinya mendengar nama tersebut. Pantas tangan dia menekan kontak tersebut untuk melihat isi kandungan perbualan mereka.

Dalam hutan ada taman,
Dalam taman ada putrinya,
Dalam hati ada orang,
Dan dalam hati ini Rachel- lah  pemiliknya♡.

+Buang tebiat ke?

dibuang syg💜

+Awak bukannya buat kerja pon!

+tengah buatlah ni syg

+Buat apa?!

Adalah💜

Makin berkerutlah dahi Jungkook. Betul ke dia yang balas semua chat tersebut? Setahu dia, selain Jieun, dia tak pernah lagi bermesra dengan perempuan lain. Siapa ni?

"Rachel.." bisik Jungkook perlahan. Nama itu mengingatkannya pada seseorang, ya, gadis yang mengaku bahawa dia merupakan isteri kepada Jeon Jungkook, iaitu dirinya sendiri. Tapi setahu dia, dia tak pernah berkahwin.

Jungkook men- scroll lagi chat tersebut. Semuanya mengandungi ayat- ayat manis. Jungkook jadi tak senang duduk, siapa Rachel ni? Dia ada kena mengena ke dengan gadis bernama Rachel tersebut?

Kalau ya, bagaimana mereka boleh bersama? Melalui perkahwinan? Tak, tak mungkin, sangat tak mungkin.

Dengan hati yang ragu- ragu dia mengetik pesanan ringkas menggunakan nombor yang sama. Tepat- tepat ketika nombor itu sedang mempunyai status online.

Hai.

Satu ✅, 2 ✅✅ dan.. last seen 2 minutes ago. Hilang kata- kata Jungkook jadinya. Takkanlah dia sedang dipermainkan pulak?

"Aisy.."

Jungkook mendail nombor tersebut. Ada bunyi deringan. Dia menanti dengan penuh sabar sebelum panggilan akhirnya tersambung.

"Hai, maafkan saya kalau menganggu awak. Awak ni Rachel? Am i right?" Jungkook memulakan bicara sebaik panggilan tersambung. Tapi hanya bunyi zzz saja yang kedengaran.

"Hello? Correct me if i'm wrong. Are you Rachel?"

Sekali lagi, tak ada jawapan yang diterima dari orang didalam talian tersebut. Jungkook mengemam bibir, sedikit sebanyak geram dengan perkara tersebut.

"Please, jawab saya. Awak Rachel ke? Siapa awak ni?"

"Jungkook.."

"I'm sorry, i'm so sorry. I can't do this"

"Apa maksud awak-"

Panggilan terputus sebelum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya. Lelaki itu merengus geram. Kenapa gadis itu perlu meminta maaf sedangkan dia tak buat salah apa pun? Kenapa gadis itu kata dia tak boleh buat semua ni, disebabkan oleh dia?

Siapa awak Rachel?

.

.

"Why U and I always together? Because we're mean to be one"

Continue Reading

You'll Also Like

27.6K 4.1K 42
〔🌸〕Dia pernah kata padaku, "Aku akan hilang selamanya bila aku menggunakan sepenuh kuasa aku untuk berkorban demi sesuatu benda" Aku sayangkan kau...
84K 8.2K 18
'S I N O P S I S' ; Dia pelik, dia kejam. Namun ada sesuatu yang dia sorokkan dari aku. Rahsia ini, Hanya aku dan kau sahaja mengerti. Aku lakukannya...
17.1K 2.8K 27
• 눈물 • C O M P L E T E D ❝ lelaki misteri yang sering muncul tiap kali malam di lorong pintas sekolah aku ❞ ↟ 𝚞𝚙 𝚝𝚠𝚎𝚎𝚝 beautiful cover by :...
402K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...