[C] Crazy Neighbour | JJK

By iamyourcupcake

230K 35.1K 6.8K

Rupa kacaknya langsung tidak mengusik hatiku. Kerana perangai gilanya yang mencecah level maksimum. Start: 12... More

Intro & Prolog 🎈
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
Jemput 📣
15
16
17
18
19
20
21
i'm jungshook
Update Info : ❤
22
23
24
25
26
27
28
30 : Ending [Part 2]
Epilog
Epilog [√]-Soon
Season 2 [ ? ]
Siri Kedua : Grey ★

29 : Ending [Part 1]

5K 760 241
By iamyourcupcake

Crazy Neighbour • jjk

A/N:
Bab ini ending part 1.

Bring along your tissue
(jika sedih)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Ost suggested (play when you read this chapter):

I Will Go To You Like a First Snow-Ailee

-----------------------------------------------------

Jungkook tersenyum bahagia. Sejambak bunga sweet pea itu disorokkan daripada pengetahuan isterinya.

Kalau awal-awal nak kasi surprise, nanti tak sweet lah kan?

"Jungkook, kenapa tetiba je nak dinner ni? Tell me, Kook ada sorokkan sesuatu ke?"Young Mi menyoal lelaki itu dengan sopan. Bimbang jika hati suami sendiri terguris tanpa sedar.

Kepala Jungkook menggeleng laju. Dia bawa bibirnya mendekati permukaan dahi wanita yang dicintainya. Lalu,  bibir merah itu mengucup lembut.

Hujung bibir Young Mi terjungkit senyuman gembira. Dia biarkan telapak tangannya ditekapkan di atas permukaan dada bidang Jeon Jungkook.

"Saya sayang awak. Awak sayang saya tak?"ujar Young Mi menggunakan jalinan ayat-ayat klise tetapi tulus ikhlas dari hati.

"Aku sentiasa sayangkan kau. Sampai bila-bila pun. Ingat ayat ni. Tanam dalam hati kau,  Jeon Young Mi. Boleh?"

Young Mi menyuapkan gulungan kecil pasta itu ke dalam mulut. Renungan Jungkook tetap tidak berganjak sedikit pun. Seluruh pelusuk wajah Young Mi ditenungnya bersama reaksi wajah mendung.

"Saya berjanji Kook. Hanya awak di dalam hati saya dengan bakal anak kita nanti."

Bibir Jungkook bergetar. Lirikan matanya memerhati pergerakan jarum jam di dinding. Masa semakin mencemburui. Dia tidak akan sia-siakan sedikitpun peluang yang ada.

Malam masih panjang. Adakah sempat dia bertemu hari siang?  Adakah sempat dia meluangkan masa-masa terakhirnya bersama wanita itu?

-------

"Jungkook, stop it! Buang tabiat ke asyik tenung muka saya. Esok masih ada suamiku."aku mencubit manja lengan kekarnya.

Aku segera membantu lelaki itu memakai hoodie tebal tatkala tubuh badannya menggigil kesejukan. Padahal, angin di luar ini biasa-biasa sahaja.

"Aku sejuk. Kook nak Young Mi peluk boleh?"manja suara garau itu menusuk ke gegendang telingaku.

Aku rapatkan kedudukan tubuhku sehingga bahu kami saling bersentuhan. Kemudian, aku memeluk erat tubuhnya dari arah belakang.

Dengusan nafas Jungkook berbunyi agak kasar. Telapak tanganku menggosok perlahan dada lelaki itu.

"Kook sakit kan?"aku soal soalan itu berlatarkan nada suara memujuk. Semoga hati Jungkook mudah cair. Aku yakin dia sorokkan sesuatu.

Firasat isteri tak akan pernah salah.

"Aku s-sakit. Di sini. Jantung aku lemah. Sakit sangat. Tolong aku sayang."Jungkook merintih perlahan. Aku segera menyeka himpunan air mata yang terkumpul di tubir mata.

Ingat aku bodoh? Kau ingat aku buta untuk semua penipuan yang kau simpan selama ini?

Aku pekakkan telinga. Aku biarkan hati ini melawan hakikat yang sudah terukir di dalam perjalanan hidup kami berdua.

Kau akan tinggalkan aku.

Aku tahu.

Kau akan tinggalkan anak ,pengikat kasih kita berdua.

Ya, aku sedar.

Kau pergi untuk selama-lamanya.

Aku.

Aku butakan mata, hati dan telinga.

Salahkah aku untuk menyimpan angan-angan agar kita masih kekal bersama hingga ke hari tua?

"Ssh, aku tak suka kau nangis. Sekarang aku nak kita luang masa bersama. Aku nak rehat."

Perkataan 'rehat' memberi tamparan pedih kepadaku. Wajah pucat Jungkook menyebabkan mood di sekeliling bertambah suram.

Aku rindukan jenaka lawaknya yang  dahulu. Semuanya pasti menjadi kenangan kelak.

"Kalau kau rindu aku, anak kita rindu appa dia. Lihat bintang di atas tu. Anggap aku sedang perhatikan korang berdua. Senyumlah sikit. Aku ada hadiah untuk kau."

Sejambak bunga diletakkan di atas paha aku. Anak mata Jungkook mengisyaratkan sesuatu. Aku dekatkan bunga-bunga tersebut ke bibirku.

Aku cium lama sambil memandang tepat ke arah pemilik hati ini.

"S-sweet pea? Awak tak boleh tinggalkan saya. Nak saya merajuk?"aku mengesat kedua-dua kelopak mataku.

Basah lencun kelopak mataku dengan juraian air mata. Gara-gara hadiah mengejut daripada Jungkook.

"Jeon Young Mi?"

Aku memaksa diri untuk menatap sepasang anak mata redup itu walaupun aku berada dalam zon merajuk.

"Kalau tuhan izinkan, aku teringin.."bibirnya mendarat di bibirku. Daguku dipegangnya kemas. Lama kami berkeadaan seperti ini.

Ciuman itu terlalu manis. Terlalu romantis. Namun, hatiku meraung sedih.

"Jadi peneman kau di hari tua.."

Kedua-dua pipiku menjadi sasaran bibir basahnya.

"Lihat kau tersenyum bahagia disebabkan aku. Aku teringin tapi.."

Jungkook menyelak juntaian rambut panjangku ke belakang cuping telinga.

"Aturan tuhan tidak terjangka. Aku terima semua ini. Aku sayang kau dan anak kita. Terima kasih."

Kucupan bibirnya terhenti lama di atas permukaan perutku.

Aku biarkan jari-jemari aku dan Jungkook bersatu erat. Aku tak akan lepaskan.

Aku janji Kook.

-------

"Penat. Kook nak tidur, Young Mi."

Giliran Jungkook mendaratkan kepala di bahu isterinya. Dia sempat menjeling wajah cantik itu untuk beberapa saat.

"Selamat malam."ucapnya sekali lagi. Bunyi tangisan Young Mi memecahkan kesunyian taman tersebut.

Deruan angin menenangkan perasaan Jungkook. Nafasnya terasa lelah. Sakitnya menemui jalan penamat.

"Tidurlah Jungkook. S-saya tahu awak nak berehat lama. I won't hate you. Dah kurang sakit tu?"

Jungkook membalas dengan bunyi deheman suara dalam nada perlahan.

Kelopak matanya menjadi berat. Kesakitannya mulai hilang seperti ditiup angin.

"Sayang...kamsahamnida"ucapnya ringkas. Kelopak matanya automatik tertutup rapat.

Young Mi merasakan genggaman jari suaminya longgar serta-merta. Dengan bertemankan mata berair, rona muka berwarna merah serta senyuman kecil di bibir, dia tarik tubuh kaku lelaki itu ke dalam pelukan terakhir.

"T-tiada lagi bunyi degupan jantung yang setia menjadi peneman tidur saya. Kook, rehatlah. Tidur lena ya?"Young Mi menahan sebak.

Jungkook membisu. Young Mi tahu jawapannya tidak akan berbalas buat selama-lamanya.

"Aideu"Young Mi membaca renyukan kertas yang  berada di dalam telapak tangan lelaki itu.

Bibir wanita itu bergetar menahan tangis. Ayat terakhir Jeon Jungkook meruntun hatinya.

Lelaki itu sudah titipkan kata perpisahan.

Untuk selama-lamanya.

-----

:')

Okay tak?

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 103K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
756 90 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
58.4K 3.7K 17
Kim Eunseo baru sahaja berpindah ke Seoul. Tetapi, malang baginya, baru sehari sahaja, dia sudah terserempak dengan 5 orang budak yang popular di sek...
4.3K 1.1K 37
[ COMPLETED ] when he's cold with everyone but has a soft spot for her > min yoongi > highschool love story > 61021 - 160122 #1 in malayfa...