My Sagittarius {SEDANG DISUNT...

By Nur_Aila

180K 5.8K 216

{Bio-tech thriller & action-romance} (VERY, VERY SLOW UPDATE) ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang la... More

PERINGATAN MESRA
Prolog
Bab 1 { MOOD }
Bab 2 { S's COMPANY }
Bab 3 { NEXT! }
PENGUMUMAN
Bab 4 { JADI... }
Bab 5 { SAMURAI }
Bab 6 { REPORT }
Bab 7 { PERJANJIAN }
Bab 8 { ADAPTASI }
Bab 9 { WHAT NOW? }
Bab 10 { PATHETIC }
Bab 11 { NICE TO MEET YOU! }
Bab 12 { LUCID }
Bab 13 { I'M YOUR FIANCÉ }
Bab 15 { GIMME A BREAK! }
Bab 16 { PERTARUHAN }
Bab 17 { DEBARAN }
Bab 18 { INKUIRI }
Bab 19 { YANG DI SANA; YANG DI SINI }
Bab 20 { UNAVAILABLE }
Bab 21 { AIP...! }
Bab 22 { HAI! }
Bab 23 { POTRET }
Bab 24 { LAPANG }
Bab 25 { MI SIGNORA }
Bab 26 { JANJI part I }
Bab 27 { JANJI part II }
Bab 28 { RED GENES }
Bab 29 { AWAK NAK TAHU TAK? }

Bab 14 { P T S D }

4.2K 186 10
By Nur_Aila

Mata bertentang mata. Bukan sahaja sepasang, malah lebih daripada itu. Di depan pancaran skrin televisyen saat ini, dapat Tuan Aryan dan Puan Syafirah melihat tujuh orang yang menjadi wakil utama dari setiap kumpulan dan organisasi yang bersekutu di bawah nama Red Genes. Yakni Tuan dan Puan Scheneider, Heidi dan Hayden, Encik Farzlan, Atuk Danté dan akhir sekali Toshiya.

"Jadi, kenapa kita dipanggil semula hari ni?" Toshiya dari Yakuza Red Moon menyoal sopan. Lantas, Tuan Aryan berdehem sebelum memulakan bicaranya. Masing-masing tekun memberikan perhatian.

"Macam yang semua dah sedia maklum, kita berjaya dapatkan Ain semula. Tapi Ezray..." jeda. Tuan Aryan tarik nafas dalam-dalam sebelum melirik ke arah tujuh muka yang ada di depannya, terutama sekali Tuan dan Puan Scheneider. Suami dan isteri itu sudah terjungkit kening menanti.

"Ezray apa? Budak bertuah tu ada buat hal ke?" Puan Scheneider dah pandang semacam. Jari-jemarinya pula sudah terketuk-ketuk pada bahagian pemegang sofa yang sedang dia duduki kini bersama suaminya; sepertinya sedang menahan anginnya daripada meletup. Tuan Scheneider dah pandang isterinya itu dengan lirikan mata yang penuh makna; dia genggam tangan kiri Puan Scheneider yang bebas biar wanita itu sedikit tenang.

"Bertenang, Maria... Kita dengar dulu apa yang Aryan nak kata!" desis Tuan Scheneider penuh tegas. Hendak tak hendak, Puan Scheneider yakni Maria itu terpaksa menyerah; dia lepaskan keluhan berat sambil bersandar pada badan sofa di belakangnya. Perlahan Tuan Aryan berdehem lagi. Terasa kesat anak tekaknya dek rasa gementar dengan apa yang bakal dia sampaikan. Suasana hening sejenak.

"Ezray... Dia kata dia nak kahwin dengan Ain."

"Eh?"

"What?"

"Are you nuts?!" Langsung tercengang semuanya saat mendengarkan kenyataan Tuan Aryan itu; masing-masing sudah terlopong. Mata mereka juga turut terbuntang luas bagaikan hendak terjegil bebola mata dari soketnya. Atuk Danté lagilah... Lelaki tua itu sudah terdiam seribu bahasa; dia yang sedang enak bersandar di kepala katilnya, langsung tegak sembilan puluh darjah memandang Tuan Aryan.

"Aku ingat dia cuma kelentong tentang jadi tunang Ain sebab nak selamatkan keadaan..." Hayden dah mati kata. Dia mengusap kesal dahinya. Aduhai, apalah yang mamat tu fikirkan?!

"You all tunggu kejap... I nak call budak bertuah ni!" Puan Scheneider dah hilang dari paparan skrin; dia pergi ambil telefonnya yang ditinggalkan di suatu tempat. Bercekak pinggang wanita itu berjalan. Sambil itu, mengomel mulutnya dalam bahasa Itali membebelkan anak sulungnya itu.

*****

Balutan luka di bahu yang sudah kering, Ezray buka dan gantikan dengan band-aid. Setelah itu, dia keluar dari bilik air. Sedang elok bersiap-siap di hadapan cermin meja riasnya, tidak semena-mena telefon pintarnya yang terletak di atas meja tersebut berdering. Melihatkan nama pemanggil yang tertera, terus Ezray telan liur seketika sebelum menjawab.

"Ya, Ma?" Lelaki itu cuba untuk bertenang. Namun, mendengarkan nada Puan Scheneider yang semacam di hujung talian, langsung dia hela nafas panjang.

"Betul ke kamu nak kahwin dengan Ain, Ezray?"

"Mamma, dah tiba waktunya."

"Kenapa tiba-tiba? Kamu sedar tak dia tu siapa?"

"Yes, I am... Look, saya tahu semua ni macam terlalu mendadak untuk semua orang, but I think... She's the one for me." Ezray mula berpeluk tubuh dan bersandar di pinggir meja riasnya. Puan Scheneider langsung kedengaran senyap di hujung talian. Ezray menanti saja dengan penuh sabar. Tidak lama selepas itu, kedengaran Mamma-nya itu bersuara semula setelah kedengaran sayup-sayup suaranya berbincang dengan seseorang... Lebih tepatnya, beberapa.

"Jangan lupa jumpa dengan Tuan Farzlan nanti!" Ringkas arahan yang diutarakan Puan Scheneider di hujung talian. Tak berkata banyak, Ezray lantas mengangguk sambil mengiyakan.

"Ya, Ma; I will, but I need to take a nap now. I'm beaten."

"Yalah... Elok-elok!" Usai berpamitan, lantas Ezray meletakkan semula telefonnya di atas meja riasnya. Selesai mengganti pakaian; hanya dengan berseluar, terus dia rebahkan diri di atas katil dan melepaskan keluhan selesa.

"Ah... What a long day!" Usai berkata sedemikian, terus Ezray pejamkan matanya.

*****

Keadaan dalam wad, terasa hening. Tajam Ain pandang raut wajah Syakirah yang sedang duduk di sisi katilnya, atas kerusi. Atas dan bawah matanya bergerak menganalisa gadis itu membuatkan gerangannya langsung jadi kurang selesa. Perlahan-lahan, dia bermain dengan jari-jemarinya sebelum mula bersuara.

"Kau okey, Ain? Ingat aku tak? Syakirah."

Keadaan jadi hening kembali. Ain berikan pandangan skeptikal kepada pertanyaan gadis itu. Kemudian, dia secara tiba-tiba merapatkan jarak mukanya beberapa inci dengan muka Syakirah. Buntang jadinya mata gadis itu dek kerana tidak menduga. Sedar tak sedar, tarikan nafasnya tertahan.

"Sikit," sepatah Ain menjawab; datar nadanya yang kedengaran. Automatik, Syakirah tergeleng kepala. Lantas dia berdehem sejenak seraya membetulkan kembali letak duduknya biar jadi lebih tegak. Yakni mahu mengusir keadaan canggung yang barusan saja terjadi. Ain jauhkan kembali rapat mukanya setelah itu.

"Macam mana kita mula-mula kenal?" Dia lemparkan pula soalan ulungnya. Terus Syakirah simpulkan senyuman manis di bibirnya sebelum mencapai satu tangan gadis itu; dibelek-belek seketika sebelum dia kembali menengadah memandangnya. Ain jungkitkan keningnya sementara menanti jawapan gadis itu. Jadi...

"Beberapa tahun lalu, Papa ternampak awak di jalan, hampir saja kenapa-napa. Kemudian, kita jadi keluarga," ujar Syakirah, semanis yang boleh. Sementelah, Ain itu baru saja sedar daripada koma. Keadaannya masih belum stabil sepenuhnya dan berkemungkinan besar sedang mengalami pasca trauma alias PTSD. Kata Doktor Sarah lagi beberapa ketika sebelumnya...

"Dia menghidap selective amnesia... Jadi, saya tak boleh nak jangkakan apa yang akan berlaku bila pesakit sedar nanti."

Jadi, sebarang risiko yang tak diingini harus dielakkan.

"Saya... Pelajar, kan?"

Pertanyaan itu kembali menyentak perhatian Syakirah. Lantas dia kembali memberikan tumpuan kepada Ain. Kelihatan gadis itu memandangnya dengan raut wajah yang penuh berharap. Sekali lagi, Syakirah tarik senyum manis di bibirnya sebelum mengangguk laju-laju.

"Ya, kau sudah di tahun terakhir universiti. Tak lama lagi kau akan pegang ijazah."

"Bukankah saya sepatutnya bekerja?" Tidak semena-mena, Ain kerut kening. Syakirah jadi terikut. Terus-terang, dia agak kurang mengerti dengan maksud gadis itu. Sejauh mana yang dia ingat?

"Maksud kau? Boleh ceritakan pada aku apa yang kau ingat, Ain? Aku nak cuba fahamkan keadaan kau." Syakirah cuba untuk prihatin. Terus Ain kemam bibirnya kuat-kuat dek kerana gentar dengan pertanyaan gadis itu. Anak matanya kelihatan bergetar; takut-takut gadis itu memandang Syakirah sambil meramas-ramas jari-jemarinya.

Memangnya dia sendiri buntu bagaimana hendak menyampaikan. Segalanya bergentayangan bagaikan klip sorotan pantas di dalam otaknya.

"It's okay, you can have your own time before informing me. Aku bukan nak memaksa kau." Syakirah cuba untuk bertimbang rasa. Dia usap belakang tubuh Ain biar gadis itu sedikit tenang. Lalu perlahan-lahan, Ain simpulkan senyuman manis di bibirnya.

"You're sweet," pujinya tidak semena-mena. Terus tersipu Syakirah dibuatnya; dia tertawa kecil. Alahai!

"Ada-ada sajalah Ain ni! Segan tau kita..."

"Saya jujur je." Selamba Ain menjungkitkan bahunya. Syakirah cepuk lengannya sekali; konon mahu mengusik. Ain tongkat bawah dagunya setelah itu. Lembut panahan matanya menikam anak mata Syakirah, namun ada juga kerapuhan yang terselit di situ. Samar-samar saja bayangnya yang kelihatan, tetapi Syakirah terus menegakkan postur tubuhnya memberikan perhatian.

Entah mengapa, dapat dia rasakan perasaan galau dan ralat Ain yang berlegar-legar hingga ke ruang udara di sekeliling wad tersebut.

"Ain?" Sepatah gadis itu menegur. Terus, Ain hela nafas berat sebelum memejam kedua-dua belah kelopak matanya. Raut wajahnya terlihat kusut, bahkan kedua-dua belah bahunya terlihat longlai. Teragak-agak Syakirah menyentuhnya.

"Hei..."

"Saya rasa lompong sekarang ni, Syakirah," potong Ain tidak semena-mena. Terus terbungkam Syakirah dibuatnya. Seluruh tubuhnya terasa pegun daripada sebarang reaksi; nyata, dia sendiri buntu hendak berbuat apa.

Sudahnya, perlahan-lahan Syakirah menjatuhkan semula tangannya dan mendengar. Tatapan matanya berubah menjadi lembut.

"Saya tak dapat ingat masa kecil saya sedangkan saya dapat rasakan yang ianya penting! Dan saya tak dapat nak ingat apa yang dah jadi kebelakangan ni! Saya..." Ain mati kata. Naik dan turun dadanya dihambat emosi. Anak matanya juga turut kelihatan cemas seakan-akan dilanda paranoid yang semakin mencengkam jiwa dan akalnya. Di luar sedar, tubuh gadis itu mula menggigil. Dari perlahan, ia mula berubah rentak menjadi lebih ketara...

Syakirah langsung jadi panik.

"Ain, bertenang!" Terus dia bangun dari kerusinya dan menerpa ke arah Ain. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan; kepalanya diselindungkan di sebalik lehernya memberikan suatu kepastian. Sambil mendodoikan tubuh mereka kiri dan kanan, Syakirah bisikkan kata-kata syahdu pada Ain; tingkahnya tak ubah seperti seorang ibu.

"Tak apa, Ain... Kau ada aku. Aku tahu semua ni berat untuk kau, tapi aku, Mama, Papa dan Aisy akan selalu ada dekat belakang kau. Kita boleh mula perlahan-lahan."

"Ain..." Satu suara tiba-tiba menyampuk dari suatu arah. Refleks Syakirah menolehkan kepalanya ke arah pintu wad di arah bertentangan. Kelihatan si Farina sedang melangkah masuk bersama Olly dan juga Ezray. Langsung berkerut dahi gadis itu apabila dia melihat kelibat lelaki bermata hijau itu bersama-sama dengan dua orang rakan Ain itu.

"Kau buat apa di sini, Ezray?" Syakirah menyoal hairan. Terus Farina dan Olly berpandangan sesama sendiri apabila mendengarkan pertanyaan gadis itu. Lalu, mereka menjeling pula ke arah Ezray sementara menanti jawapannya.

Tadi, semasa di lobi, secara kebetulan Farina dan Olly terserempak dengan lelaki itu. Rasa hairan turut menjengah benak fikiran mereka saat melihatkan kelibatnya, namun ditepis terlebih dahulu kerana lelaki itu hanya berdiam diri.

Kelihatan si Ezray cuma selamba sebelum menjungkitkan bahunya.

"Aku cuma datang nak melawat Ain. Tapi nampaknya, dia dah tertidur," ujar lelaki itu tidak semena-mena. Terus Syakirah, Farina dan Olly mengalihkan pandangan mata mereka ke arah si Ain yang nyata memang sudah terlelap. Perlahan-lahan kepalanya diletakkan semula di atas bantal sebelum Syakirah berlalu bersama Ezray; lengan kemeja lelaki itu ditarik kasar. Naik hairan Ezray dibuatnya, namun dia biarkan saja.

Gadis itu berikan senyuman manis kepada Farina dan Olly sebelum menghilang di sebalik pintu wad.

"Tolong tengokkan Ain kejap, ya? Saya ada hal sikit nak cakap dengan mamat ni." Sempat dia berpesan sebelum itu.

"Betul ke apa yang aku dengar daripada Papa, Ezray? Kau serius dengan Ain?" soal Syakirah serius. Dia bawa kedua-dua belah tangannya berpeluk tubuh. Tajam panahan matanya menikam sepasang mata hijau Ezray yang kelihatan agak tersentak. Namun, secepat kilat lelaki itu menukar tatapannya. Raut wajahnya jadi lebih tenang dan seakan-akan terhibur...

Keadaan jeda seketika.

Ezray sandarkan belakang tubuhnya pada dinding di tepinya sebelum mengajuk gaya gadis itu.

"Ya, aku serius. Kenapa? Kau tak nak restu ke?," ujarnya, penuh tenang. Namun, di sebalik nadanya itu, bagaikan terselit amaran yang tersirat. Langsung Syakirah lepaskan satu keluhan lemah dari bibirnya. Dia meraup rambutnya ke belakang sebelum kembali menentang sepasang mata lelaki itu dengan lebih berani; lebih tegas.

"Keadaan dia sekarang ni masih belum stabil. Aku harap dalam masa terdekat ni kau tak buat apa-apa yang boleh membebankan otak dia! Doktor Sarah baru sahkan Ain dengan Selective amnesia dan PTSD. Kau dah sedia maklum bukan daripada yang lain?" ujar gadis itu, turut tegas. Ezray anggukkan kepalanya sekali.

"Ya, aku faham. Macam yang aku cakap tadi, aku cuma nak melawat Ain. Tak ada sebab lain." Lelaki itu lantas mengangkat pula tangannya separas bahu sebagai tanda aman. Syakirah mengangguk sekali. Dia lantas bergerak semula ke arah pintu wad sebaik sahaja berpuas hati dengan jawapan lelaki itu. Saat pintu wad ditolak ke dalam, tidak semena-mena...

"Farina?"

Susuk tubuh Farina muncul di depan mata; tegak berdiri gadis itu dengan ekspresi wajah yang bungkam. Seluruh tubuhnya turut kelihatan kaku. Langsung tidak semena-mena, muka Syakirah terasa berderau.

Perlahan-lahan dia menapak ke dalam.

"Kau... Kau dengar ke apa yang aku bualkan tadi?" Tergagap-gagap gadis itu menyoal. Tergagap-gagap juga Farina mahu menjawab. Melihatkan tingkahnya itu, Syakirah langsung dapat mengagak. Namun, baru saja hendak melontarkan suara, tidak semena-mena Ezray menyampuk dari belakang.

"Ya, memang betul aku nak kahwin dengan Ain. Malah, dah berjumpa dengan bapa dia pun."

Lelaki itu berhenti di sisi Syakirah. Statik matanya merenung Farina. Terselit ketenangan dan keyakinan dalam bicara citranya itu. Sedar tak sedar, suasana wad berubah sepi.

"Kalau macam tu..." Farina berjeda seketika; dia tarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Seusai itu, segaris senyuman manis disimpul di bibirnya.

"Tolong jaga dia baik-baik! Kalau dia tak bersetuju, tolong hormat dia! That bestie of mine has been through a lot of things," sambung Farina, penuh ketegasan dalam kerapuhan. Tubir matanya kelihatan bergenang, namun ditahan-tahan rasa yang membuak di dada. Jujur, dia tidak mahu kelihatan lemah demi sahabatnya yang sedang tersungkur dan terlantar di atas katil itu!

"Aku tak ada masa dia kena culik. Memang tak gunakan kawan macam aku ni? Tak ambil tahu langsung! Sibuk dengan kerja... Tup-tup dia dah terlantar lagi atas katil tu dengan keadaan yang lemah macam tu."

"Wei, nyah... Janganlah nangis..." Olly mula bersuara. Perlahan-lahan dia mendekat kepada Farina yang mula diamuk emosi itu. Lengan baju gadis itu dicuit bagi menarik perhatiannya. Matanya turut bergenang dengan emosi yang mula terbentuk di tubir mata. Namun, masih lelaki itu tahan semampu yang dia boleh. Dalam diam, buku limanya dikepal erat.

Kalau diikutkan hati, mahu saja Olly tarik gadis itu ke dalam pelukan buat menenangkannya. Namun, mana mungkin dia bisa... Dia masih sedar kedudukannya di mana!

"Bertabahlah, Farina... Ain kuat. Kita semua tahu dia kuat." Syakirah kembali bersuara untuk memujuk. Diusap-usap bahu gadis itu yang kelihatan terhinggut-hinggut menahan sebak. Farina lantas mengesat kasar kedua-dua belah kelopak matanya.

"Aku tahu. Tapi... Emo aku ni tak boleh nak kawal! Argh, kejap!" Farina cuba untuk bercanda. Dia tergelak kecil, namun bunyinya kedengaran perit. Janggal saja Olly, Syakirah dan Ezray menyambut nadanya. Sekadar mahu menyedapkan hati, mereka senyum tipis.

"Mark my word, Farina! Insya-Allah aku cuba sedaya upaya aku," ujar Ezray setelah lama dia berdiam diri. Senyuman tipis di bibir, lelaki itu tarik jadi lebih lebar. Dari biasan matanya, turut tersirat maksud yang sukar untuk diungkapkan. Perlahan-lahan Farina mengangguk.

"Aku pegang kata-kata tu."

___________________________________

Fuh dah lama tak menulis, sumpah aku rasa macam berkarat. Sorry for all shortcomings everyone! Kalau ada typo tu, khabor ke teman ni ya?

Sweet day!

See you next time.

Continue Reading

You'll Also Like

4.7K 591 5
Zayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji a...
1.4M 16.2K 21
"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku pa...
44.9K 3.5K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
182K 1.9K 36
Qaid Athar : Inara Aisya : Syawal : Mawar Adeyla : Taufik Ariffin : Mellysa : Sofia Eliana : Fahad Amsyar Jalan cerita yang mungkin agak cliche.Na...