My Sagittarius {SEDANG DISUNT...

By Nur_Aila

180K 5.8K 216

{Bio-tech thriller & action-romance} (VERY, VERY SLOW UPDATE) ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang la... More

PERINGATAN MESRA
Prolog
Bab 1 { MOOD }
Bab 2 { S's COMPANY }
Bab 3 { NEXT! }
PENGUMUMAN
Bab 4 { JADI... }
Bab 5 { SAMURAI }
Bab 6 { REPORT }
Bab 7 { PERJANJIAN }
Bab 8 { ADAPTASI }
Bab 9 { WHAT NOW? }
Bab 10 { PATHETIC }
Bab 11 { NICE TO MEET YOU! }
Bab 12 { LUCID }
Bab 14 { P T S D }
Bab 15 { GIMME A BREAK! }
Bab 16 { PERTARUHAN }
Bab 17 { DEBARAN }
Bab 18 { INKUIRI }
Bab 19 { YANG DI SANA; YANG DI SINI }
Bab 20 { UNAVAILABLE }
Bab 21 { AIP...! }
Bab 22 { HAI! }
Bab 23 { POTRET }
Bab 24 { LAPANG }
Bab 25 { MI SIGNORA }
Bab 26 { JANJI part I }
Bab 27 { JANJI part II }
Bab 28 { RED GENES }
Bab 29 { AWAK NAK TAHU TAK? }

Bab 13 { I'M YOUR FIANCÉ }

4.4K 201 3
By Nur_Aila

Kalau ada typo, bagitahu ya?

_________________________________________

Bangkok, Thailand——Pemeriksaan terakhir terhadap peralatan yang bakal digunakan dilakukan; ada pisau, kerambit dan juga beberapa jenis senjata yang bermacam bentuk dari panjang ke pendek. Usai memastikan segalanya berada dalam keadaan baik dan teratur, terus Ezray melangkah keluar dari van yang dinaikinya bersama lima orang lagi anak buah; masing-masing khas diterbangkan daripada sekutu Red Genes di Jepun, yakni Yakuza Red Moon.

"Semua dah sedia, Aisy? Syakirah?" Ezray menyoal kedua-dua empunya nama tersebut melalui earpiece di telinga kirinya. Lantas, masing-masing memberikan respon yang positif dari tempat yang telah ditetapkan untuk mereka; Aisy dan kumpulannya sebagai backup yang mengawal perimeter di air, yakni Sungai Chao Praya yang berada berdekatan manakala Syakirah dan kumpulannya pula sebagai backup di sekitar kawasan lapangan terbang.

"Jangan lupakan kita orang ni, woi!" Suara Hayden tiba-tiba menyampuk di hujung talian. Langsung tersengih kambing Ezray dibuatnya apabila mendengarkan suara lelaki itu.

"Kau hidup lagi." Dia berikan kenyataan selamba. Langsung merengus sebal Hayden dibuatnya bagi menahan rasa jelik di hati. Mamat ni memanglah...

"Dahlah... Bagi status dulu!" Ezray cuba alih topik. Lantas, Hayden pandang Ben yang berada di sisinya. Jikalau Ezray, Aisy dan Syakirah berada di lapangan, mereka berdua pula kini berada di sebuah hotel bajet, tengah-tengah antara Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok dan Bang Phut Sub-Distric tempat Ezray dan Aisy berada kini.

"Hidupkan thermal vision!" arah Hayden kepada Ben. Lantas, lelaki itu berkalih menatap alat kawalan jauh gergasi bagi sebuah dron dummy yang sedang diterbangkannya di sekitar sebuah rumah kecil yang usang dekat Bang Phut Sub-Distric. Sebaik sahaja jumpa satu butang kecil yang berkenaan, terus Ben menekan dan memerhatikan paparan kamera yang terpasang pada alat kawalan jauh tersebut; skrin kini bertukar warna menunjukkan beberapa objek yang berlainan warna dek muatan haba tentu yang berbeza.

"Sekarang ni kita ada lima orang di luar, tiga orang di dalam termasuk Ain. Aku rasa mereka dah nak gerak, wei... Ada sembilan orang kesemuanya," ujar Ben penuh yakin. Macam mana dia boleh cam si Ain? Well... Gadis itu seorang saja yang memakai tudung. Tapi...

"Wait!" Ben tiba-tiba menempik. Tersentak Hayden dibuatnya. Spontan, terhenti perbualannya bersama Ezray. Lantas dijauhkan sedikit fon kepala sebelum memandang ke arah Ben; berkerut dahi Hayden.

"Kau kenapa?" soalnya. Sedar tak sedar, Ben menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ada benda yang tak kena dekat sini. Aku tak pasti apa, tapi lebih baik kau suruh yang lain berhati-hati," ujarnya penuh syak-wasangka. Hayden lantas menyampaikan pesanannya itu kepada Ezray di hujung talian.

"Okey, faham." Sebaik sahaja mendapat pesanan tersebut, terus Ezray dan kumpulannya berpecah. Begitu juga dengan kumpulan Aisy dan Syakirah; mereka bersedia di posisi masing-masing.

*****

Beg sandang kecil yang memiliki beberapa jenis barang keperluan lantas dizip tutup. Sebaik sahaja menyandangkannya di bahu, terus Ain menghampiri Doktor Ruby yang berada di ruang tamu. Sampai dekat, terus dia menepuk perlahan bahu wanita itu yang sedang membongkok memeriksa beg sandang kepunyaannya.

"Doktor, saya dah siap."

"Yeah? Mari! Kita kena cepat." Doktor Ruby lantas menegakkan tubuhnya bersama beg sandang kepunyaannya. Setelah itu, dia lantas memanggil seorang lagi rakan subahatnya yang berada di dapur, yakni Beto. Lelaki itu lantas memunculkan diri bersama sepucuk pistol Glock di tangannya; peluru dilaraskan sebelum lelaki itu menyelitkannya di dalam poket jaket yang dipakainya.

Serius wajah lelaki itu.

"Semua dah cukup?" soalnya dingin. Doktor Ruby lantas mengangguk. Begitu juga dengan Ain. Setelah itu, mereka lantas mengekori Beto ke luar rumah. Namun, baru saja sampai dekat ambang pintu utama, tidak semena-mena lelaki itu menahan langkahnya; membuatkan Ain dan juga Doktor Ruby langsung berkerut dahi.

"Ada apa, Beto?" soal Doktor Ruby. Perlahan, Beto palingkan sedikit sisi wajahnya. Dahinya pula jelas kelihatan berkerut serius.

"Ada yang tak kena dekat luar ni," ujarnya penuh tegas. Beto lilaukan pandangannya ke sekeliling setelah itu. Kelihatan sekitar laman rumah sepi tanpa sebarang kelibat yang dikenali, yakni konco-konco yang sedang berada di luar sebentar tadi. Tidak jauh dari susur keluar rumah pula, van yang menjadi pengangkutan utama mereka kelihatan hidup tanpa sebarang pengendali. Lebih menghairankan, pintu masuknya semua tertutup rapat.

"Plan B. Keluar ikut pintu belakang! Cepat!" Beto lantas menempik. Terkial-kial dia menolak Doktor Ruby ke arah dapur rumah. Langsung terkocoh-kocoh wanita itu memaut tangan Ain dan menariknya ke pintu belakang rumah tersebut. Sedang mereka dalam kekalutan, tidak semena-mena...

"Argh!" Suatu bunyi tembakan dan raungan sadis kedengaran di bahagian belakang rumah usang tersebut. Terjeda langsung langkah tiga orang itu. Masing-masing terbuntang mata saat mendengarkan bunyi tersebut.

"Bu... Bunyi apa tu?" Ain mula terasa debar. Perlahan, Beto berdecit kasar. Tak punya pilihan, dia lantas mengeluarkan pistol dalam poket jaketnya tadi. Doktor Ruby langsung memandang ke arahnya.

"Kita memang tak ada pilihan lain, kan?" Wanita itu menyoal sebal. Beto mengangguk sahaja. Seusai itu, terus Doktor Ruby keluarkan sepucuk pistol AMT Automag III dari sarung yang diselitkan di pinggangnya dan menyerahkannya kepada Ain sebelum mengeluarkan sepucuk lagi pistol kepunyaannya dan mula melaraskan peluru. Terkejut Ain dibuatnya.

"Doktor, saya mana reti guna pistol ni!"

"Awak boleh buat, Ain... Awak ada tumpuan yang bagus. This is a semi-auto gun, so it's easier for you. Just make sure your stance and grip are firm before firing; one at a time. Come on, you need to pull the pin first!" Doktor Ruby tarik tangan Ain dan mengajarkannya cara menggunakan pistol tersebut. Terkial-kial Ain cuba untuk fahami. Seusai itu, terus dia mengangguk faham; pistol di tangannya digenggam erat.

"Good! Kita gerak sekarang." Beto mendahulu ke depan. Sebaik sahaja membuka pintu dapur, dia menjengukkan kepalanya terlebih dahulu. Dalam kesamaran dinihari, dapat dia lihat beberapa susuk tubuh konco-konco yang hilang tadi terbaring kaku tidak jauh darinya. Langsung tidak semena-mena, Beto mencarut kesal; kuat giginya menggertap antara satu sama lain.

"Kau orang keluar dulu! Line tengah clear... Biar aku jaga belakang," ujar Beto kepada Doktor Ruby dan Ain di belakang. Dua orang perempuan itu lantas mengangguk dan mara ke depan dengan langkah yang penuh siaga; kiri dan kanan mata mereka melilau sementara tangan pula tergenggam rapi dengan pistol. Sekilas pandang, dapat Ain lihat dengan lebih jelas keadaan mayat-mayat yang tadi saat dia dan Doktor Ruby menghampiri. Leher mereka dikelar dan darah masih kelihatan segar mencemari rongga kulit yang terbuka; sebahagiannya pula mula mengering dan mula berubah warna menjadi lebih gelap.

Jujur, Ain rasa seperti mahu termuntah saat melihatkan keadaan tersebut. Namun, dia tahankan saja; hati dan akalnya mula bertelagah pendapat. Ini bukan masanya untuk rasa simpati dan jadi lembik, Ain! Akal gadis itu lancang memarahi hatinya.

Untung saja lepas dari kawasan belakang rumah dan masuk ke kawasan kejiranan yang padat, tidak semena-mena satu tembakan misteri bergesel dengan lengan Doktor Ruby. Langsung tersentak doktor wanita itu.

Bang!

"Argh, shit! Bedebah mana tembak aku ni?!" Doktor Ruby refleks menekup bahagian lengan yang dekat dengan bahunya. Di celah-celah jari yang memutih dengan tekanan yang diberi, darah pekat mula mengalir mencemari warna kulit. Langsung merengus wanita itu dibuatnya menahan rasa berang. Pistolnya pula sudah selamat terlepas ke bawah.

Melihatkan keadaan tersebut, Beto langsung berpaling ke arah sisinya yakni arah datangnya bunyi tembakan tadi. Lantas, dia menarik picu dan melepaskan dua das tembakan mengenai sasaran lelaki yang dikenal pasti sebagai salah seorang konco-konconya; tajam mata lelaki itu membelah kesamaran dinihari. Terus jatuh berdebuk lelaki yang ditembak itu dengan darah yang membuak dari bahagian dadanya. Perlahan, Beto menjatuhkan pegangan pistolnya dan mula bertenang; keadaan jadi hening seketika.

"Beto, tolong doktor ni!" Suara Ain memecahkan keheningan. Terus berpaling semula Beto ke arah kumpulannya tadi. Dia lantas menepuk bahu si Ain yang mula panik dan menenangkannya.

"Biar aku buat." Usai berkata sedemikian, Beto terus mengoyakkan sedikit fabrik baju Doktor Ruby dan mengikatnya pada luka wanita itu. Berdesis pedih Doktor Ruby menahan rasa sakit yang bergesel; berpeluh-peluh dahinya dibuatnya.

"Kau berdua tunggu sini kejap! Aku nak pergi tengok..." Usai mengikat, tidak semena-mena terhenti bicara Beto saat dia melihat kelibat Ain tiada di sisinya. Spontan, lelaki itu melilaukan pandangan matanya. Saat terpandang akan kelibat si Ain yang berada dekat dengan mayat yang baru dia tembak mati sebentar tadi, terus Beto hela nafas lega; sipi saja bunyinya yang kedengaran. Namun, terlihat jelas bahunya yang tadi kelihatan sangat tegang, kini berubah menjadi sedikit kendur.

"Tunggu jap!" Usai memberikan amaran kepada Doktor Ruby dan menyerahkan semula pistolnya yang terjatuh tadi, terus Beto mengatur langkahnya mendekati si Ain. Sampai saja di sisi gadis itu, terus dia menegur, "Kau tengok apa?"

"Mayat ni pelik," ujar Ain senada. Pistol yang dipegangnya tadi sudah selamat disimpan ke dalam poket seluar yang dipakai. Langsung berkerut dahi Beto dibuatnya saat mendengarkan kata gadis itu. Dia lantas mengalihkan pandangannya dan merenung tajam setiap inci tubuh mayat tersebut yang kini terlentang ditolak oleh Ain menggunakan kaki sebentar tadi.

"Aku tak rasa apa-apa pun." Lelaki itu menyimpul ringkas. Tidak semena-mena, Ain menggelengkan kepalanya. Dahinya pula berkerut serius.

"Saya rasa dia kena pukau," ujar gadis itu penuh serius. Langsung bertambah hairan Beto dibuatnya apabila mendengarkan kata gadis itu; berkerut seribu dahinya.

"Maksud kau?"

"Sebelum kita keluar tadi, saya ada jumpa dengan lelaki ni. Gaya dia berbeza dengan apa yang kita hadap sebentar tadi sebelum awak tembak dia," terang Ain penuh serius. Langsung tergeleng kepala Beto tanda tidak percaya. Lelaki itu lantas berdengus sinikal setelah itu.

"Mustahil, Ain... This is not somekind of witchcraft."

"Tapi..."

"Woi, cepatlah! Kau orang buat apa sembang lama-lama dekat situ?! Nak mati ke?!" Suara Doktor Ruby tiba-tiba menempik. Terus terbantut niat Ain untuk menyuarakan bidasannya. Hendak tak hendak, perlahan dia mula mengatur langkahnya dan bergandingan dengan Beto. Namun, baru saja setapak melangkah...

Ssup!

"Beto, tunduk!" Tidak semena-mena bunyi satu pusaran angin menjengah hujung telinga Ain; keadaan berlaku dengan sangat pantas! Namun, mujur dia sempat menarik tubuh Beto ke bawah dan mengelak. Sekelip mata satu bunyi yang aneh kedengaran terhempas di tanah berdekatan. Keadaan jadi hening seketika; Doktor Ruby pula langsung tercengang melihat kejadian yang baru sahaja berlaku di depan matanya itu.

"Fuck!" Tidak semena-mena wanita itu tercarut. Perlahan-lahan, Beto dan Ain mengangkat pandangan mereka dan memandang ke arah sisi. Tidak jauh dari tempat mereka, kelihatan ada sedikit gumpalan tanah yang terbentuk dek sebutir peluru yang terhempas di situ. Langsung tersekat nafas Ain dibuatnya. Beto pula, sekali lagi mencarut.

"Tak guna..."

"Come here you, idiots! Get up! Kita tak ada masa!" Doktor Ruby menempik lagi membingitkan suasana. Matanya berlingas ke serata arah mencari punca peluru tersebut, namun tiada apa-apa perkara yang dia nampak mencurigakan. Lantas, terkocoh-kocoh Beto menarik Ain bangun dan mula berlari meredah bingit ledakan peluru yang mula datang dari setiap arah secara tiba-tiba. Di setiap langkah mereka yang deras dan tertunduk-tunduk, selangan butir peluru yang melintas secara tiba-tiba turut mengganggu konsentrasi dan sedikit-sebanyak membantutkan langkah mereka sehinggakan satu saat, keadaan mula terasa sangat kucar-kacir...

Penduduk setempat juga mula menjenguk keadaan di luar mereka melalui tingkap, namun tidak lama... Mereka pantas menutup tingkap mereka itu dan menarik langsir.

Barangkali tidak mahu masuk campur langsung dengan konflik yang mereka sangkakan berpunca daripada gengster kongsi gelap yang digeruni...

Ain, Beto dan Doktor Ruby mula terkepung. Bagaikan kawanan biri-biri yang menjadi mangsa kepada kawanan serigala. Bertambah malang lagi, jerat mereka kali ini bagaikan fatamorgana epik yang semakin lama semakin berubah rentak dan mengelirukan setiap langkah; jika mara, peluru tak bermata memakan habuan... Jika menyerang balas, ia seperti berlawan dengan bayang-bayang yang tak kelihatan.

Sementelah bunyi ledakan peluru kedengaran kuat di serata arah, perkara tersebut langsung tidak membantu! Bahkan, saat demi saat berlalu sehinggakan akhirnya, perkara tersebut membuatkan Ain...

"Argh!!!!" Berderai dengan melankoli yang cukup nyaring.

Bunyi bingit ledakan peluru yang bertali arus tadi langsung terhenti...

Beto dan Doktor Ruby pula langsung tertunduk menekup telinga mereka menahan bunyi langsingan gadis itu...

Dan suasana yang kucar-kacir tadi terus berubah hening setelah itu; bagaikan ruang di dalam kebuk vakum. Hanya bunyi nyalakan anjing yang datang dari kejauhan sahaja yang kedengaran menyentuh hujung telinga.

"Diam, diam, diam..." Kencang dada Ain turun dan naik mengatur nafas. Perlahan-lahan, Doktor Ruby tegakkan semula tubuhnya dan memandang ke arah gadis itu yang mula nampak tertekan. Beto pula lantas menebarkan pandangannya ke sekeliling dan mula berjaga-jaga. Pistol di tangannya kembali diangkat bersiaga.

"Gosh, Ain... Bertenang! Use your belly and take a deep breath!" Doktor wanita itu lantas menenangkan gadis itu sebaik sahaja dia menyimpan semula pistolnya. Terkial-kial Ain mendengar kata; dia genggam erat pergelangan tangan Doktor Ruby sambil mengatur nafas.

"Doktor..." Tekun mata bulat Ain merenung mata Doktor Ruby. Dia cuba untuk membentuk ayat dari lontaran suaranya, namun tidak berhasil.

"Relax, Ain! Jangan kata apa-apa! Awak kena bertenang dulu... Beto!" Tidak semena-mena terbeliak mata Doktor Ruby apabila dia melihat susuk tubuh Beto tiba-tiba sahaja rebah ke bumi. Saat terpandang akan darah yang membuak-buak keluar dari dada dan dahi lelaki itu, langsung sekali lagi wanita itu tercarut.

"Fuck, sniper senyap!" Tidak punya pilihan, lantas dia menarik tangan Ain dan mula berlari melalui celah-celah lorong kecil yang membawa ke pinggir Sungai Chao Praya. Terkial-kial Ain menggerakkan kakinya. Hilang sudah tekanan perasaan yang dia alami sebentar tadi. Kini, digantikan pula dengan debaran rasa yang membuatkan dia mula fokus dengan apa yang ada di depannya. Mereka perlu cari jalan keluar dengan segera!

"Argh!" Tidak semena-mena terbantut larian dua orang perempuan itu apabila Doktor Ruby tiba-tiba saja tersungkur ke bawah. Langsung terbuntang mata Ain apabila dia melihat ada darah yang mengalir dari bahagian sisi peha kiri wanita itu.

"Doktor!" Ain lantas bertinggung di hadapan wanita itu. Tangannya pantas menekup lubang peluru yang entah bagaimana terbenam di isi daging wanita itu. Sejujurnya, tiada bunyi tembakan yang dia dengari. Berdesis pedih Doktor Ruby menahan perit yang dialami; dia tidak mampu untuk bergerak lagi.

Dup!

Dup!

Dup!

Sedang dua perempuan itu dalam kebuntuan, tidak semena-mena suatu bunyi derapan tapak kasut seseorang kedengaran mendekat. Lantas, Ain berpaling ke belakang. Saat dia terpandang akan gerangan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan mencurigakan berdiri beberapa tapak tidak jauh darinya, langsung seluruh tubuh gadis itu menegang.

"Kau siapa?" Ain menyoal penuh waspada; raut wajahnya terlihat garang dan penuh curiga. Karena sesungguhnya, dapat dia rasakan sesuatu yang tak kena pada lelaki itu. Secara luarannya, mungkin lelaki itu kelihatan seperti seorang pegawai dari unit khas. Namun, entah mengapa Ain terasa cukup bahaya dengan lelaki itu... Firasatnya terlalu kuat dan Ain tak mampu nak menafikan perasaannya itu. Sedar tak sedar, tubuhnya bergerak sedikit ke depan melindungi Doktor Ruby daripada lelaki itu.

"Aku Ezray." Gerangan lelaki itu menjawab senada. Dia angkat tangannya separas bahu sebagai tanda aman. Seraya itu, Ezray melangkah lagi setapak mendekati dua orang perempuan itu; mendedahkan jelas raut wajah maskulinnya di bawah cahaya lampu jalan yang terpasang di sisi. Keadaan jadi hening seketika.

"I just wanted to take you back..." ujar lelaki itu lagi. Dia berjeda sebentar dan mengalihkan pandangan matanya kepada Doktor Ruby yang berada di belakang Ain sebelum menyambung lagi, "From her. She's mean... Along with her friends."

Langsung berubah lagi tajam pandangan mata Ain saat mendengarkan tuduhan lelaki itu. Tambahan lagi dengan tingkah dan gayanya yang cukup tenang, membuatkan Ain lagi berjaga-jaga dengan muslihat tersembunyinya.

"Kau tipu," ujarnya dingin; Ain berdiri setelah itu. Mata garangnya setentang tajam dengan mata tenang si Ezray. Kemudian, dia melangkah setapak ke depan; mengubah suasana yang hening tadi jadi lebih tegang.

"Kau yang nak pergunakan aku, betulkan? Sebab tu Doktor Ruby larikan aku daripada kau. Kau fikir aku tak tahu tentang Red Genes?" Ain mengungkap sinis. Langsung berkerut dahi Ezray tatkala mendengarkan tuduhan gadis itu. Lantas dia menyoal, "Apa yang kau dah dengar?"

"Tak penting untuk kau tahu. Kau sendiri pembunuh... Kau juga bersubahat." Tidak semena-mena, Ain berdecit sinis. Dia tarik keluar pistol yang disimpan sedari tadi dalam poket seluarnya dan mengacukannya ke arah Ezray. Langsung terbuntang mata lelaki itu melihat. Refleks, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah.

"Woah, chill... Aku tak nak apa-apakan kau, Ain. Tolong letak pistol tu!"

"Jadi lebih baik kau lepaskan aku dengan Doktor Ruby sekarang atau aku tembak kau!" Ain mengugut keras. Namun, Ezray lantas menggeleng. Seraya itu, dia menjatuhkan semula tangannya ke sisi. Tenang saja tingkahnya.

"I can't do that," ujar lelaki itu selamba. Ain alihkan muncung pistol di tangannya ke arah dada kirinya pula setelah itu; tepat di kedudukan jantungnya yang berdegup nyawa. Tidak semena-mena mata Ezray terbuntang lagi. Bahunya juga lantas menegang. Gila! Budak ni memang nekad!

"Atau kau nak aku tembak diri aku sendiri?"

"Ain, jangan!" Doktor Ruby tiba-tiba menempik. Tersentak Ain dibuatnya. Dia lantas melirik sekilas ke arah pegangan wanita itu di pergelangan kakinya sebelum merentap cengkamannya. Ain berdecit rimas; dia ketatkan lagi pegangannya pada pistol yang terhala di dadanya setelah itu.

"Lebih baik aku matilah, doktor daripada jadi hamba lelaki ni. Entah apa niat dia... Kita tak tahu."

"I meant no harm, Ain... I'm your fiancé." Ezray tiba-tiba menempelak. Raut wajahnya terlihat lebih tenang daripada tadi, namun ada senyuman sayu yang terbentuk di dua ulas bibirnya; sipi-sipi kelihatan. Langsung tergelak sinis Ain dibuatnya saat mendengarkan kenyataan lelaki itu. Kepalanya juga turut tergeleng.

"Kau fikir aku bodoh nak percayakan kau bulat-bulat? Muncul entah dari mana, lepas tu nak mengaku yang aku ni hak kau lepas kau cuba nak bunuh aku? Bebal sangat tu..."

"Cincin di jari kau tu... Ada nama aku." Ezray memotong laju. Matanya melirik ke arah cincin emas yang berkilau di jari manis Ain. Gadis itu lantas terjeda sejenak. Ah, cincin ni... Tadi, semasa bersiap-siap sebelum keluar dari rumah usang itu, Ain ada terperasankan cincin di jari manisnya itu. Saat dibelek-belek, memang benar ada sebaris nama yang terpahat pada cincin itu.

Scheneider.

"Yeah, right! Aku lupa nak tanggalkannya dan buang tadi. Sekarang, kau ambil balik..." Ain lantas mencabut cincin tersebut dan membalingnya ke arah Ezray. Seusai itu, dia lantas mengacukan pistolnya ke arah lelaki itu dan menarik picu.

"Aku dah muak tengok!"

Bang!

Serentak itu, tembakan dilepaskan. Doktor Ruby tidak semena-mena terjerit; dia terkejut besar!

"Ain!"

Namun, bertambah terkejut lagi wanita itu apabila gadis itu tiba-tiba sahaja rebah ke bawah sambil menekup bahunya. Tembakannya pula tersasar menggeseli kulit bahu Ezray. Lelaki itu kelihatan terenjat sedikit menahan pedih yang menyapa; dia mengertap gigi.

"Tak guna kau..." Tak punya pilihan, Doktor Ruby lantas mengeluarkan semula pistolnya yang disimpan dan mengisi semula kelongsong peluru. Dia mengacukan muncung pistol tersebut ke arah Ezray setelah itu. Namun, baru saja hendak menarik picu, tidak semena-mena suatu tembakan senyap terbenam di belakang kepala dan dadanya. Tersentak, tembakan yang ingin dilepaskan oleh wanita itu tersasar beberapa meter dari si Ezray yang menunduk.

Tud!

Keadaan jadi hening seketika sebaik sahaja jasad Doktor Ruby rebah tak bernyawa ke bumi. Lalu perlahan-lahan, Ezray tegakkan semula tubuhnya dan mendekati tubuh Ain yang masih rebah dan kaku di hadapannya. Sampai dekat, dia lantas meninggung dan mengusap kepala gadis itu yang terkebil-kebil memandangnya dengan api kebencian; terkial-kial Ain melawan rasa kantuk dan penat yang menyerang seluruh sarafnya, kesan daripada peluru senyap yang tiba-tiba terbenam di bahunya sebentar tadi.

"You left me with no choice, Ain... Even though I impressed with you. Sekarang rehat! It was just a tranquilizer," desis Ezray penuh lembut. Perlahan-lahan, mata Ain terpejam apabila pandangannya semakin berpinar-pinar dan cahaya fajar semakin menusuk dari ufuk. Dalam ketakterdayaan gadis itu, dapat dia rasakan tubuhnya perlahan-lahan dicempung.

_________________________


Fuh, what a long night! Dan aku berjaya cecah 3k++ seperti yang dijangkakan! Yippie!!!

With that, ladies and gentlemen...

See ya next time!

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 36.7K 55
Warning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.
44.9K 3.5K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
607K 10.6K 42
sis x taw nk describe..story dya gila²..tpi jngn risau..sis gaulkn sume masok..klau ada yg trtinggal tu 0-0 lah eh?hope enjoy uoalls!
1.4M 16.2K 21
"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku pa...