My Sagittarius {SEDANG DISUNT...

By Nur_Aila

180K 5.8K 216

{Bio-tech thriller & action-romance} (VERY, VERY SLOW UPDATE) ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang la... More

PERINGATAN MESRA
Prolog
Bab 1 { MOOD }
Bab 2 { S's COMPANY }
PENGUMUMAN
Bab 4 { JADI... }
Bab 5 { SAMURAI }
Bab 6 { REPORT }
Bab 7 { PERJANJIAN }
Bab 8 { ADAPTASI }
Bab 9 { WHAT NOW? }
Bab 10 { PATHETIC }
Bab 11 { NICE TO MEET YOU! }
Bab 12 { LUCID }
Bab 13 { I'M YOUR FIANCÉ }
Bab 14 { P T S D }
Bab 15 { GIMME A BREAK! }
Bab 16 { PERTARUHAN }
Bab 17 { DEBARAN }
Bab 18 { INKUIRI }
Bab 19 { YANG DI SANA; YANG DI SINI }
Bab 20 { UNAVAILABLE }
Bab 21 { AIP...! }
Bab 22 { HAI! }
Bab 23 { POTRET }
Bab 24 { LAPANG }
Bab 25 { MI SIGNORA }
Bab 26 { JANJI part I }
Bab 27 { JANJI part II }
Bab 28 { RED GENES }
Bab 29 { AWAK NAK TAHU TAK? }

Bab 3 { NEXT! }

6.5K 291 6
By Nur_Aila

New edit
________________________

Usai bersiap dan berperang di dapur dengan Syakirah dengan dia sebagai komandernya, Ain keluar dari rumah bersama Syakirah menaiki kereta seusai mereka sekeluarga bersarapan. Tersenyum Ain apabila melihat si Shakirah di sebelahnya tersenyum lebar hingga ke telinga. Ai, ai...

"Hei! Berangan apa tu?" Ain cuit bahu Shakirah. Dia lemparkan pandangan nakal yang penuh makna. Si kakak angkat yang sedang memandu itu lantas menoleh dan lebarkan lagi senyumnya sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. Dia tertawa kecil. Senang benar hati...

"Aku tak sangka memasak ni senang juga, ya? Kembang aku bila mem besar puji tadi," ujar Shakirah, merujuk kepada Puan Syafirah di rumah. Ain tertawa saja. Tengoklah siapa sifunya...

"Petua kalau nak sedap memasak ni kau campak-campak je; macam mana kau agak bajet untuk buat baju jenama kau sendiri, macam tu jugalah kau agak sukatan setiap bahan. Paling penting adalah keikhlasan dan kau kenal setiap bau dan rasa setiap rempah," ujar Ain, ala-ala salah seorang juri Masterchef All Star. Shakirah tertawa lagi. Seraya itu, dia menguatkan lagu yang berkumandang di radio. Untung saja lagu kegemarannya sedang diputarkan.

"Noted that, sifu... Sekarang ni kita duet! On tak on?"

"Kau rap, aku nyanyi, okey?" cadang Ain. Shakirah mengangguk saja. Tak ada hal, sissy, semua boleh jalan! Riuh jadinya apabila dua wanita itu bersuka-ria sekali. Hormon serotonin mereka berpadu di pagi hari.

Sebaik sampai di destinasi yang dituju; yakni bangunan S's Global Group, Ain turun dari kereta. Dia menunduk sedikit mengintai si Shakirah di dalam setelah itu.

"Apa tuan hamba punya kata-kata hikmah buat hamba sebelum hamba berangkat menghadap Paduka Raja Muda?" soal Ain, penuh dramatik. Si Shakirah di dalam, lantas mengangkat penumbuk menunjukkan sokongan. Dengan penuh dramatiknya, dia turut berkata, "Rangi pesonamu sudah cukup mekar dihujani seri air yang bermudik. Persembahkan saja tuan hamba kepada Paduka Raja Muda selayaknya ukuran layar tabir yang tersingkap! Nescaya perkenan Paduka Raja Muda dikurnia semerta tuan hamba memijak paksi."

Tidak semena-mena, Ain tertawa kecil.

"Hamba menjunjung kasih pesanannya 'Puteri Juita'... Moga tuan hamba alah selama perkelanaan tuan hamba dalam menuntut ilmu! Maka kita bertemu sekian pancarnya terang menghidupkan langit yang kelam. Bersualah kita di teratak mahligai," ujar Ain, tak nak kalah. Mendengarkan madah bahasanya yang purba itu, terus Shakirah mengaku kalah. Dia tergelak besar.

"Okey, kau menang! Kalau aku balas lagi ni, mahu tiga hari tiga malam kita tak habis," ujar Shakirah, pasrah. Ain tertawa saja sebelum melambai kepadanya. Shakirah membalas. Ain tayang senyum manis.

"Bye, Shakirah!"

"Bye, Ain... Good luck!"

Sebaik sahaja kelibat kereta yang dipandu oleh Shakirah hilang dari pandangan, Ain pusingkan badannya ke belakang. Dia tegakkan kepala. Seraya itu, nafas yang panjang ditarik dan dilepas tenang. Jangan pedulikan apa-apa... Fokus pada agenda kau, sissy! Ain tiupkan kata-kata semangat buat dirinya. Semerta suatu semangat api menghidupkan benak sukmanya. Dengan lafaz bismillah, dia mula melangkah melewati lobi utama.

*****

Balkoni di bahagian luar apartmennya dihampiri. Sebaik sahaja menolak pintu gelangsar yang bertutup, serta-merta deruan nafas pagi yang dingin menyapa permukaan kulit muka sawo matang Puan Azirah. Dia genggam erat telefon pintarnya yang berada di pegangan dan melekap di telinga. Sampai di depan meja kopi yang terletak berdekatan dengan rel penghadang yang tinggi, lantas dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Kaki kanannya disilangkan dengan kaki kiri. Tidak semena-mena, Puan Azirah berdecit sebal.

"Kau dekat mana sekarang ni?" soalnya dingin. Puan Azirah liarkan pandangannya ke segenap panorama pagi kota yang kelihatan lemas dan sesak di permulaan hari; yakni menahan sabar. Panas pula hatinya apabila gerangan di hujung talian asyik berdalih-dalih.

"I dah sampai dah ni; dah nampak dah pun anak tiri you punya kepala! You tenang jelah... I tahulah apa yang I perlu buat," ujar gerangan di hujung talian. Nadanya kedengaran sebal. Puan Azirah di hujung talian, lantas menundukkan kepalanya seraya memicit pusing pelipisnya. Baru saja hendak membuka mulut dan bersuara lagi, tidak semena-mena gerangan di hujung talian mencantas kasar, "Sudahlah... I letak dulu. You ni buat serabut kepala I je, tahu tak?"

"Dini!"

Bam!

Puan Azirah hempas telefonnya ke meja apabila talian termati begitu sahaja. Turun naik bahunya mengatur nafas. Amarahnya terasa bahang di lubuk hati. Si Qashriq dan si Danisha yang baru tiba, hanya memerhati keadaan Puan Azirah dari bingkai pintu gelangsar sambil berpeluk tubuh. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Mama yakin ke kita boleh dapatkan aset arwah Atuk Hisyam daripada budak tu? Kita ni dah tak ada kena-mengena dengan keluarga Papa Farzlan," soal Danisha tiba-tiba. Qashriq di sisi mengangguk setuju. Tidak semena-mena, Puan Azirah menjeling tajam.

"By hook or by crook aku akan dapatkan kekayaan aku balik! Aset tu semua sepatutnya jadi milik kita, bukan budak tak guna tu!" ujar Puan Azirah, tegas. Qashriq dan Danisha hanya mampu mengeluh lemah. Nampaknya mama mereka sudah jadi buta hatinya...

"Terpulang kepada mama... Kalau ada apa-apa yang jadi, Qashriq tak mahu bertanggungjawab; jangan lupa Ain masih ada Red Genes! Mereka dah lama jaga dia," ujar Qashriq, memberikan amaran. Danisha di sisi mengangguk sebelum menyambung, "Danisha dengan abang dah tenang dengan kehidupan kami sekarang. Lagipula kita bukannya hidup susah! Kalau mama tetap berkeras juga... Dosa mama hanya akan membawa kepada kifarah. Renung-renungkanlah... Kami minta diri dulu."

Qashriq dan Danisha berlalu pergi seusai mereka bersalaman dengan Puan Azirah. Wanita tua itu sekadar membungkam kata dengan muka meluatnya. Kepergian anak-anaknya hanya dihantar dengan lirikan bebola mata. Sebaik sahaja bunyi pintu utama yang tertutup kedengaran, dia terus campakkan telefonnya ke dinding dan melepaskan jeritan berang. Berkecai telefon mahal itu di lantai.

"Red Genes..." Puan Azirah berdesis sendiri. Di mata coklat tuanya, jelas kelihatan dendam yang membara di jiwanya. Sedikit demi sedikit, buku limanya digenggam erat. Tidak semena-mena, Puan Azirah lepas tawa jelek; penuh dengan agenda hitam.

"Kalau macam tu aku akan buatkan kau lupa!"

*****

Kapsul telur yang berwarna jingga di tangan, Ain pandang tekun. Dia berkira-kira sendiri saat mengingatkan pesan Ben si setiausaha saat dia membuat pengesahan nama di mejanya.

"Cik Ain boleh buka kapsul ni saat interview nanti."

Ain lantas menyandarkan tubuhnya di kerusi menunggu. Seraya itu, dia berpeluk tubuh sambil mengusap-usap dagunya. Kiri dan kanan dipandang sejenak. Kelihatan beberapa orang calon yang duduk dengannya turut mendapat kapsul yang sama namun warna yang berbeza. Hmm...

"Hi, there!" tegur seseorang tiba-tiba. Lantas Ain tolehkan kepalanya ke sisi bertentangan sebelum mengukirkan segaris senyuman tipis di bibir. Dia menyapa mesra gerangan seorang wanita muda yang kelihatan segak dengan seluar slek dan kemeja lengan panjang. Gayanya sophisticated dengan sedikit perhiasan dan solekan yang sederhana. Rambutnya yang ikal mayang beralun lembut hingga ke belikatnya.

"Awak pun dapat juga?" Ain menyoal ramah. Wanita di sisinya lantas mengalihkan pandangannya ke arah kapsul telur yang berwarna putih di tangannya dan tertawa kecil.

"Obviously... Don't know the agenda still. I Dini. Nama you apa?" soal wanita itu yakni Dini, mesra. Dia hulurkan salam perkenalan kepada Ain. Dengan senang hatinya Ain menyambut huluran tangan itu. Sempat dia bercanda kecil, "Panggil saja Ain; satu huruf dalam abjad jawi dan hijaiyah, 'Ain'. Kalau tak ingat, nyanyi saja ikut turutan."

Dan Dini langsung lepas tawa lucu. Salam perkenalan dileraikan.

"You're silly... But I like!" ujar Dini, di celah-celah sisa tawanya. Ain jungkitkan saja bahunya sekali. Riak wajahnya selamba.

"Well... I'm nervous. Jadi, apa salahnya kita hiburkan diri sendiri sementara menunggu apa sahaja yang orang dekat dalam sana tu tengah buat dengan batch pertama? Jiwa kita sekarang ni kena jadi lebih sado daripada 'The Rock' tau, Dini," ujar Ain, cukup selamba seraya menjuih bibirnya yakni menunjuk ke arah bilik berpintu kaca yang alah daripada pandangan sebarangan yakni bilik temu duga. Dini ikut memandang. Perlahan-lahan, dia mengangguk setuju.

"I dengar cerita, kali ni bos besar turun; muda pula tu! Dah alang-alang ini syarikat antarabangsa, manalah tahu kot-kot mamat mat saleh yang bakal jadi muka; boleh I buat cuci mata hingga ke mimpi! Tak kisah dah dapat job atau tidak," desis Dini, penuh dengan aura seorang 'fangirler'. Ain yang mendengar, tertawa saja seraya membetulkan letak duduknya. Dapat dirasakan kejanggalan di situ. Huish, lain macam...

"Awak minat mat saleh, Dini?" Ain menyoal perlahan. Lantas Dini mengangguk penuh semangat. Berceloteh dia itu ini, "I minat semua lelaki kacak yang I tahu dekat dunia ni! Baik oppa, Chef Nic, Tayler... Fuh, aura dia orang mengancam, tau? Itu belum kira lagi Hitrik Roshan..." Dan panjang lagi perbualan yang berlangsung antara Dini dan Ain. Ain layankan saja mood si Dini yang sedang semangat bercerita. Beberapa kepala yang lain turut memandang ke arah mereka berdua sehingga akhirnya mereka turut terjebak dengan dua wanita itu. Tidak semena-mena riuh jadinya ruang menunggu tersebut.

"Next batch!"

Hening. Spontan semua kepala yang ada di ruang menunggu itu palingkan muka memandang pintu kaca bilik temu duga yang tiba-tiba terbuka. Kelihatan Ben si setiausaha sudah pun tercegat di situ dengan muka yang tegas dan di belakangnya ada beberapa kepala calon temu duga yang keluar dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

Gulp!

Terus mereka yang masih menunggu telan air liur. Kiri dan kanan dipandang gentar. Betapa pantasnya masa berlalu...

"Mari!" Ain bersuara sepatah memecahkan kebuntuan. Riaknya statik menunjukkan keyakinan dan karisma yang jitu. Melihatkan segaris senyuman tipis yang tertarik di bibirnya itu, lantas satu demi satu calon bangun dari tempat duduk mereka mengikut Ain. Mereka saling berbalas senyum.

"Aku tak kisah apa yang jadi... Apa yang aku tahu, mereka yang panggil kita untuk jalani latihan industri di sini. Mereka yang short list nama kita, jadi kita ada potensi," ujar Raizil, salah seorang daripada kelompok menunggu. Lantas semuanya mengangguk setuju. Ain tertawa kecil.

"Jadi, tunggu apa lagi?" ujar seorang wanita bertudung, yakni Farah. Perlahan-lahan, mereka mengorak langkah mendekati Ben tanpa menghiraukan bayang-bayang batch pertama yang melewati mereka. Sampai di dalam, masing-masing mengambil tempat duduk berhadapan tiga orang penemu duga; dua orang lelaki dan seorang wanita. Namun, apa yang menarik perhatian si Ain adalah gerangan lelaki yang duduk di bahagian tengah dan segak berpakaian kot berwarna kelabu. Tidak semena-mena, dia tersenyum sendiri. Penuh makna dan seiras sinis.

"Oh, my... What a déjà vu. Have we met before?" desisnya sendiri; cukup perlahan untuk tidak ditangkap oleh mana-mana telinga hatta si Farah yang duduk di sisinya. Tidak semena-mena si Ain tertawa kecil saat matanya menangkap segaris senyuman penuh makna yang terlakar di bibir lelaki itu. Ia tampak terhibur, dan matanya turut memandang tepat ke arahnya.

Today is gonna be a long day... Hati kecil Ain menyimpul sendiri. Batinnya tertawa hibur.

_______________________


Next chapter: lama lagi. Halalkan segala typo ya?

P/s: Mohon bersabar... Banyak lagi maklumat yang aku kena korek untuk gerakkan cerita ni. Tak mahulah nampak plain aje...

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 85 22
CC :NURUL IQMA NADHIRAH :FINNA ANASTASIA REMINDER : I DON'T OWN THIS STORY,JUST SAVE IT HERE AS ONE OF MY FAV STORY BECAUSE I RARELY ON FACEB...
13.8K 57 17
【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightm...
1.4M 16.2K 21
"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku pa...
18.2K 159 20
" we're best friends but full with benefits" - 21+ π“Œπ’Άπ“‡π“ƒπ’Ύπ“ƒπ“°! - 𝒽𝒢𝓇𝒢𝓅 𝒷𝒾𝒿𝒢𝓀 𝒹𝒢𝓁𝒢𝓂 𝓂ℯ𝓂𝒾𝓁𝒾𝒽 𝒷𝒢𝒽𝒢𝓃 𝒷𝒢𝒸𝒢𝒢𝓃! - 𝓂𝒢𝓀...