✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈�...

Od minwonshipper

21.2K 1.1K 445

Sambungan dari My Angel, My Sweetheart !Tapi kali ini kisah tentang kehidupan Jeonghan dan Seungcheol setelah... Více

𝓘'𝓶 𝓫𝓪𝓬𝓴 !
𝓝𝓮𝔀 𝓪𝓹𝓹𝓮𝓪𝓻𝓪𝓷𝓬𝓮
𝓞𝓷𝓮 | 1
𝓣𝔀𝓸 | 2
𝓣𝓱𝓻𝓮𝓮 | 3
𝓕𝓸𝓾𝓻 | 4
𝓢𝓲𝔁 | 6
𝓢𝓮𝓿𝓮𝓷 | 7
𝓔𝓲𝓰𝓱𝓽 | 8
𝓝𝓲𝓷𝓮 | 9
𝓣𝓮𝓷 | 10
𝓔𝓵𝓮𝓿𝓮𝓷 | 11
𝓣𝔀𝓮𝓵𝓿𝓮 | 12
𝓣𝓱𝓲𝓻𝓽𝓮𝓮𝓷 | 13
𝓕𝓸𝓾𝓻𝓽𝓮𝓮𝓷 | 14
𝓕𝓲𝓯𝓽𝓮𝓮𝓷 | 15
𝓢𝓲𝔁𝓽𝓮𝓮𝓷 | 16
𝓢𝓮𝓿𝓮𝓷𝓽𝓮𝓮𝓷 | 17
𝓔𝓲𝓰𝓱𝓽𝓮𝓮𝓷 | 18
𝓝𝓲𝓷𝓮𝓽𝓮𝓮𝓷 | 19
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂 | 20
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓸𝓷𝓮 | 21
𝓝𝓸𝓽 𝓐𝓷 𝓤𝓹𝓭𝓪𝓽𝓮 !
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓽𝔀𝓸 | 22
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓽𝓱𝓻𝓮𝓮 | 23
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓯𝓸𝓾𝓻 | 24
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓯𝓲𝓿𝓮 | 25
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓼𝓲𝔁 | 26
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓼𝓮𝓿𝓮𝓷 | 27
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓮𝓲𝓰𝓱𝓽 | 28
𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓷𝓲𝓷𝓮 | 29
𝓣𝓱𝓲𝓻𝓽𝔂 | 30
𝓣𝓱𝓲𝓻𝓽𝔂-𝓸𝓷𝓮 | 31
𝓣𝓱𝓲𝓻𝓽𝔂-𝓽𝔀𝓸 | 32
𝓣𝓱𝓲𝓻𝓽𝔂-𝓽𝔀𝓸 | 33 [FINALE]
A/N

𝓕𝓲𝓿𝓮 | 5

587 40 6
Od minwonshipper

Harini Jeonghan ke pejabat Seungcheol dengan membawa lunchbox yang dimasaknya sendiri di rumah tadi untuk Seungcheol. Dia risau yang Seungcheol mungkin tak sempat nak makan kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

"Eh kejap kejap." Haena pantas menghalang pintu tatkala Jeonghan mahu memasuki bilik Seungcheol.

Jeonghan hairan. Dia memandang perempuan itu agak lama.

"Maaf tapi saya tak benarkan Encik masuk ke dalam bilik Encik Seungcheol sesuka hati tanpa sebarang appointment dibuat terlebih dahulu."

"Siapa awak ni?"

"Saya,Yoon Haena secretary baru Encik Choi." dia menguntum senyuman manis kepada Jeonghan.

"ahh-secretary baru Encik Choi?
CAN.TIK." pujinya secara tak ikhlas. Sampai pula hati Seungcheol tak beritahu kepadanya yang dia ambil secretary baru. Perempuan cantik pulak tu tapi takde lah cantik sangat baginya.

"terima kasih." dia tersenyum perasan.

"Saya nak jumpa Encik Choi." dia cuba nak masuk ke dalam tapi Haena tetap menghalangnya.

"Berapa kali saya nak cakap yang Encik kena buat appointment dulu kalau nak berjumpa dengan Encik Choi?"

"Kenapa pula saya nak kena buat appointment dulu untuk berjumpa dengan suami saya sendiri?" Jeonghan lupa yang perempuan ni masih baru disini dan semestinya dia belum tahu siapa dia.

"SUAMI?" Haena terkejut tapi mungkin dia tersalah dengar atau mungkin jugak tidak.

"Encik ni siapa?" dia menyoal untuk mengetahui identiti sebenar lelaki itu.

Sepatutnya perempuan ni tanya dia dari awal lagi takdelah dia perlu bazirkan masanya begitu lama di sini.

"Saya Yoon Jeonghan. Isteri kepada Choi Seungcheol iaitu CEO di sini. Boss awak kan?" dia menjungkit sebelah keningnya pada Haena.

Haena terkebil-kebil mendengarnya.

"Mustahil." dia bercakap seorang diri. Takkanlah Seungcheol dah berkahwin dan takkanlah isterinya pula seorang lelaki. MUSTAHIL!

"awak nak ke tepi atau tak ni,Cik Haena? Saya nak jumpa dengan suami saya."

"err..se.sekejap. Saya maklumkan dulu pada Encik Choi." haena segera menghubungi Seungcheol melalui telefon pejabat.

"Encik.. Ada seorang lelaki ni mahu berjumpa dengan Encik. Namanya Yoon Jeonghan dan katanya dia isteri kepada Encik."

"Dia dah sampai rupanya. Dahlama saya menunggunya. Cepat suruh dia masuk ke dalam bilik saya."

"N-naae." Haena terkedu dan talian dimatikan. Dia memandang Jeonghan yang tersenyum sinis ke arahnya dan belum sempat dia memberitahu apa-apa,Jeonghan laju melepasinya dan masuk ke dalam bilik Seungcheol.

"urghhh! Menyampahnya." dia menjeling geram.

Tapi dia masih tak boleh nak percaya yang Seungcheol dah berkahwin.

"Cik Min,Cik Min. Sini jap" Kebetulan Cik Min lalu,Haena terus memanggilnya.

"Ada apa ni,cik Haena?"

"Cik Min dah kerja lama kat sini kan? Jadi Cik Min mesti tahu serba-serbi pasal Encik Choi. Betul ke dia dah berkahwin dan isterinya tuu...."

"nae matjayo...orang yang kamu berurusan tadi tulah isteri Encik Choi. Wae? Kamu terkejut?" Cik Min tertawa melihat reaksi terkejut Haena.

"Jadi betullah." baru sekarang dia percaya.

"Cik Haena. Kalau kamu ada pasang niat untuk tackle hati Encik Choi tu.. Saya rasa lebih baik kamu lupakan jelah.. Jangan buang masa kamu..sebab Encik Choi tu tak tertarik pun pada perempuan." Cik Min tertawa lagi dan berlalu pergi meninggalkan Haena.

Haena dia mendengus dan mencebik geram. Sakit betul hatinya harini.

...

"Awak pun makanlah sikit. Aghh...?" Seungcheol mengangakan mulutnya semasa mahu menyuapkan Jeonghan dengan sudu makannya.

Jeonghan menggeleng.

"Sikit pun taknak?"

Jeonghan masih menggeleng.

Seungcheol rasa tak sedap hati. Mesti ada sebab kenapa Jeonghan berperangai sedemikian dengannya. Sebab secretary baru tu ke? Mungkin. Jeonghan kan dah nampak secretary barunya dan dia syak yang Jeonghan mesti marahkannya sebab itu. Dia cuba berlagak tidak tahu apa-apa.

"Kalau awak bosan duduk di rumah,awak boleh duduk teman saya dekat sini sampai saya habis kerja. Saya pun takde apa-apa kerja luar harini." Seungcheol cuba mengambil hati Jeonghan.

Jeonghan berdiam diri.

"Aein...?" dia memanggil Jeonghan.

"Awak memang dah rancang taknak bagitahu saya tentang hal ni sampai bila-bila ke?" Jeonghan bersuara agak dingin sehingga Seungcheol dapat merasakan kelainannya.

Seungcheol tertunduk. Dia dah agak pasti hal itu yang dimarahkan oleh Jeonghan.

"Apa tujuan awak sebenarnya taknak bagitahu saya yang awak ambil secretary baru tu bekerja?"

"Aeinn...." Seungcheol tidak tahu nak mulakan dari mana.

"Sebelum ni awak beria-ria kata yang awak tak perlukan secretary tapi sekarang apa jadi? Dalam diam awak ambil seorang perempuan cantik sebagai secretary baru awak tanpa pengetahuan saya langsung."

"Awak salah faham. Bukan saya yang ambil dia bekerja. Kalau ikutkan sampai bila-bila pun saya memang tak perlukan seorang secretary. Tapi appa. Appa yang ambil dia bekerja sebagai secretary saya tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu." Seungcheol cuba menjelaskan hal sebenar kepada Jeonghan.

"Habistu kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal pasal ni?"

"dan kalau betullah appa awak yang ambil dia bekerja kenapa awak tak menolak? Saya tahu awak boleh buat semua tu.. Tapi kenapa awak pilih untuk biarkan saja?"

Seungcheol hanya terdiam. Dia kebuntuan.

Jeonghan tidak tahan lagi bila Seungcheol hanya memilih untuk berdiam diri. Akhirnya dia berdiri.

"Aein.." Seungcheol sempat menarik pergelangan tangan Jeonghan ketika Jeonghan mahu beredar.

Dia menoleh ke belakang memandang Seungcheol.

"Pada awak saya ni memang tak wujud kan,Choi Seungcheol?" tubir matanya sudah bergenang dengan air mata. Dia kemudian merentap kuat tangan Seungcheol yang memegang pergelangan tangannya dan berlalu pergi.

"Jeonghan! YOON JEONGHAN !" Dia hanya mampu menyebut nama Jeonghan tapi tidak mampu untuk mengejarnya.

Dia meraup wajahnya.

"Bodohnya kau,Choi Seungcheol!" marahnya pada diri sendiri.

...

'Dorang bergaduh ke?' fikir Haena setelah melihat Jeonghan yang keluar dari bilik Seungcheol dengan wajah yang sedih seperti mahu menangis.


"Tapi tak dengar pula dorang bergaduh kat dalam tadi." haena betul-betul tertanya-tanya apa yang berlaku kat dalam tadi.

Tapi tiba-tiba dia rasa mahu tersenyum. Senyuman mula terukir di bibirnya.

"Maksudnya aku masih ada peluang untuk dapatkan Seungcheol."

"Jeong. Han?" dia rasa kelakar tatkala menyebut nama itu.

"Apa yang istimewanya tentang kau? Takde apa yang menarik sangat pun. Tak percaya betul Seungcheol akan mengahwini lelaki macam kau. Tapi orang macam Seungcheol pun,aku rasa takkan boleh tahan lama hidup dengan kau,Yoon Jeonghan. Kau nak bagi anak pun tak boleh." dia tersenyum sinis.

...

Mingyu melihat Wonwoo berada di tepi halaman rumah bersendirian. Dia pergi mendekati Wonwoo.

"Tak sejuk ke duduk sorang dekat luar malam-malam macam ni?" teguran Mingyu membuatkan Wonwoo yang sedang mengelamun jauh merasa terkejut dengan kehadiran Mingyu di situ.

"Mingyu..awak buat saya terkejut jelah."dia menampar perlahan lengan Mingyu.

Mingyu tertawa halus.

"Awak tu haa yang termenung jauh sangat sampai saya datang sini pun awak tak perasan. Memang padanlah awak terkejut. " Mingyu cuba menangkan dirinya.

Wonwoo hanya tersenyum mendengarnya. Memang benar pun tadi dia termenung jauh sangat.

"Termenung apa yang jauh sangat tadi tu? Citala. " mingyu berminat mahu tahu.

Wonwoo menggeleng dengan senyuman.

Mingyu mencebikkan bibirnya.

"Tipulah kalau takde apa."

Nampaknya Mingyu takkan beralah selagi Wonwoo tidak memberitahu apa-apa kepadanya.

"Nae isseoyo. Saya fikirkan masa-masa akan datang kita nanti macam mana." akhirnya dia memberitahu pada Mingyu.

"ohooo.. Awak takut yang awak mungkin akan kehilangan saya ke?"

Tipulah kalau tak.

"Awak masih ingat lagi tak janji-janji saya pada awak masa hari perkahwinan kita dulu?"

Fikiran Wonwoo cuba mengimbau semula ke dua tahun yang lalu,pada hari perkahwinan mereka.

"Saya berjanji untuk selalu mencintai awak,saya takkan tinggalkan awak tak kira apa jua situasi yang kita lalui pada ketika itu,saya juga akan jaga awak dan yang paling penting saya mahu sehidup semati dengan awak. Awak ingat tak semua tu?"

"Ye. Mestilah saya ingat."

"Kalau awak nak,saya boleh lafazkan janji dulu tu sekali lagi."

"Takperlu sampai macam tu. "

"Saya bukan tak percayakan awak. Cuma saya tak boleh nak kawal diri saya ni dari berfikir yang bukan-bukan. Mianhae,Mingyu-ah."

"Tu maksudnya awak tak yakin dengan cinta saya."

Mingyu memberi backhug kepada Wonwoo.

"Suatu hari nanti awak akan nampak betapa ikhlasnya cinta saya pada awak,Wonwoo." bisiknya pada tepi telinga Wonwoo. Wonwoo terdiam.

"Dah jangan fikir banyak sangat. Now give me a kiss." dia memuncungkan bibirnya.

Wonwoo malah mencium pipi Mingyu.

"Not there.. Here." dia meletakkan jari telunjuk pada bibirnya dan saja dia ingin mengusik Wonwoo.

Pipi Wonwoo sudah kemerahan. Dia mencubit pinggang Mingyu.

"Auch,sayang. You are hurting me." kemudian mereka sama-sama tertawa.

...

Sebaik saja Seungcheol terdengar bunyi pintu,dia terus meluru ke arah pintu.

Kepulangan Jeonghan disambut dengan kerisauan Seungcheol yang sepanjang hari menunggunya.

"Yah,aein awak pergi mana? Saya call awak banyak kali awak tak angkat. Awak tahu tak betapa risaunya saya?" dia berhadapan dengan Jeonghan dengan muka risaunya.

Jeonghan hanya mendiam. Dia malas nak bercakap banyak dengan Seungcheol. Ketika dia mahu pergi,Seungcheol bertindak menghalang laluannya.

Jeonghan berusaha menolak tubuh Seungcheol. Namun usahanya itu hanyalah sia-sia saja kerana Seungcheol langsung tidak berganjak dari tempatnya.

Jeonghan berasa geram dan memukul dada Seungcheol berkali-kali. Seungcheol menahan tangan Jeonghan untuk menghentikannya lalu tubuh Jeonghan ditarik masuk ke dalam dakapannya.

Hatinya rasa sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya lagi dan akhirnya menangis di bahu Seungcheol.

Seungcheol mengusap belakang badan Jeonghan untuk menenangkannya.

...

"Appa cakap dia dah tak boleh nak bersabar dengan sikap saya sebab tu dia bertindak ikut kepala dia.Bukan itu je, saya rasa dia buat semua ni dengan bersebab. Dia yang sebenarnya beria-ria nak ambil secretary tu untuk saya. Saya langsung tak boleh nak faham dia. Ah-jinjja. Saya rasa sakit hati betul setiap kali teringatkan hal ni. " ekspresi wajahnya yang tadinya tenang kini berubah kepada berkerut,menahan perasaan geram dan sakit hatinya yang dirasakan sekarang ini.

"Pelik.. Kenapa appa buat macam tu? Sepatutnya hal ni dah selesai bila awak dah berkeras tak mahukan secretary baru. Tapi appa macam cuba merumitkan lagi keadaan. "Jeonghan mula berfikir sejenak.

"Itulah."

"Awak tak boleh nak pecat?" Jeonghan sengaja menyoal walaupun sebenarnya dia tak bermaksud pun untuk meminta Seungcheol memecat Haena.

"Saya tak boleh buat macam tu,aein. Kalau boleh dari awal lagi saya dah pecat dia. Lagipun,takde sebab pun untuk saya pecat dia. Takkanlah saya nak gunakan hal peribadi saya sebagai alasan untuk saya pecat dia pula? Saya kan CEO,jadi saya kenalah jaga nama baik appa dan imej syarikat tu."

Jeonghan mengangguk-angguk faham akan penjelasan Seungcheol itu. Dia cuba untuk memahami situasi Seungcheol.

"Awak rasa appa buat macamni sebab dia dah mula tak sukakan saya ke?" nada suaranya mula mengendur.

"Yah! Sebab tulah saya taknak beritahu awak pasal ni..Awak mesti akan fikir yang bukan-bukan. Stop thinking too much. I just don't want you to get worried and sad because of this. Nae?" dia menekup pipi Jeonghan.

"Eoh." Jeonghan hanya mengiakannya.

"Mian sebab saya dah salah sangka pada awak." Jeonghan rasa bersalah terhadap Seungcheol kerana dia terlalu bertindak mengikut perasaannya.

Seungcheol tersenyum. Dia mengetuk kepala Jeonghan

"paboya~I'm the one who supposed to say sorry. Not you."

"I'm sorry,aein. I promise after this,there will be no secret anymore between us." dia mengeluarkan jari kelingkingnya kepada Jeonghan.

"You'll be dead if you break the promise. Get it?" dia memberi renungan maut kepada Seungcheol.

"Eoh eoh. Don'worry. If i break the promise, I'll just let you kill me anytime."

Jeonghan menahan tawa mendengarnya. 'My hubby can be really dumb sometimes.'

Tanpa teragak-agak, jari kelingking ditaut pada jari kelingking Seungcheol dan ibu jari mereka dicalitkan.

"Jadi awak dah maafkan saya?"

Dia tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Seungcheol rasa gembira mendengarnya.

"Tapi kan...Tak sangka pula sejak kita kahwin ni,awak dah pandai cemburu." dia cuba menyakat Jeonghan.

"Mestilah. Prinsip saya sekarang, saya takkan lepaskan awak kalau awak ada orang lain selain saya!" ugutnya.

"Wah wah. Play rough nampak,Encik yoon Jeonghan? "

"Well. So,you better watch out eh Encik Choi Seungcheol." Jeonghan mencalit hidung Seungcheol.

"haa satu lagi,lain kali jangan balik lewat malam macam tadi lagi. Saya rasa macam nak putus nyawa dah tau risaukan awak. "

Jeonghan tertawa halus.

"arraseo,chagiya." jawabnya sambil melingkari tangannya mengelilingi pinggang seungcheol.

🌸🌸🌸

Tbc;

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

2M 71.5K 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemaranny...
984K 45.8K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
82K 11.1K 50
Pertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam...
8.7K 648 11
✤ 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐡 𝐜𝐨𝐧𝐟𝐞𝐬𝐬 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 1,2,3... BoyXboy [Jeongcheol Minific] Ship : Jeonghan+ Seungcheol = Jeongcheol Genre: sweet...