BOS A.K.A SUAMIKU

Misshusna006 द्वारा

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... अधिक

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 62 - BATAS KESABARAN!
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 3 - BALIK KAMPUNG!

23.4K 955 38
Misshusna006 द्वारा

          Keesokan paginya, kami begerak dari rumah seawal pukul 8:00 pagi lagi.  Perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke kampung mengambil masa selama 2 jam setengah.  Kenderaan Range Rover yang dipandu bergerak dengan kelajuan yang sederhana saja.

          Pak Cik Sufian duduk di hadapan bersebelahan dengan Afiq Khairul yang jadi pemandu kami pada hari ini.  Manakala... Mak Cik Balqis, Adila dan aku duduk di bahagian belakang.  Aku hanya melihat mereka berbual dan kemudian melemparkan pandanganku di luar sana.

          Termenung...

          Macam manalah penerimaan abah, umi dan atok kat kampung tu?

          Amin, jangan cakap.  Malam tadi dia ada Messenger aku.  Habis aku kena ejek olehnya.  Siap taip perkataan 'hahaha' berjela-jela bagai nak mampus!


Amin : Hahahahahahahahahaaaaaaa... Tak sangka langsung! Sukar dipercayai! O.M.G! Leha! Bukan Leha benci gila ke dengan Abang Afiq? Kenapa boleh jatuh cinta pula ni?!!


          Haaa... Aku mengeluh perlahan.  Bertabahlah!

          Ini semua angkara Afiq Khairul yang mengeluarkan statement mengatakan aku yang jatuh cinta kepada dia dulu.  Kurang asam!

          Gara-gara dia, aku kena ejek oleh abang kembarku tu!

          Aku panjangkan leherku dan melihat ke tempat pemandu.  Aku tengok Afiq Khairul sedang memandu dengan gaya santai saja.  Kadang-kadang aku tengok dia ketawa.  Aku pun tidak tahu apa butir yang mereka tengah bualkan tu.  Lagu yang berdendang rancak di telingaku menghalang daripada mendengarnya.

          Aku menyandar semula dan tengok Adila di sebelahku itu.  Adila sudah lena terlentok dengan patung bearnya.  Macam budak-budak!

          Aku cabut earphone di telinganya dan telingaku.  Kemudian, turn off lagu yang sedang berdendang rancang di Iphone miliknya tu.  Adila... Kalau dah tidur, jangan harap nak sedar.  Dia ni macam aku juga.  Dua kali lima bersamaan sepuluh.  Bebelku sendiri.

          Aku lemparkan pandanganku semula ke hadapan.  Kebetulan agaknya, Afiq Khairul tengah melihat kami melalui rear view mirror kat depan dia tu.  Dengan kesempatan itu, aku letakkan jari telunjuk aku di bawah mata dan jelirkan lidahku kat dia.

          Nah, ambik kau!

          "Leha!" Aku dengar namaku kena jerit.

          Terus saja aku pejamkan mata dan menyandar di tepi Adila.  Pura-pura tidur!

          "Kenapa tu Afiq?" tanya Mak Cik Balqis segera.

          Confirm Mak Cik Balqis dan Pak Cik Sufian tengah tengok aku sekarang ni.  Aku hanya pejamkan mata seolah-olah tidur nyenyak di situ bersama Adila.  Padahal, dalam hati aku dah ketawa terkekek-kekek macam nenek tua!

          "Takde apa-apa ibu.  Afiq tengok Leha tengah flying kiss kat Afiq ni.  Itu yang macam tak percaya," jawab Afiq Khairul selamba.

          Aku yang boleh dengar kata-kata Afiq Khairul itu terus terasa nak bangun.

          Flying kiss?!

          Tapi, aku batalkan niatku. Takut ketahuan pula!

          "Dah, jangan nak merepek.  Ibu tahulah kamu tu tengah hangat bercinta.  Ibu faham.  Jangan risau, satu jam lagi kita sampailah kat kampung tu," sakat Mak Cik Balqis sambil tersengih-sengih.  Mengada-ngada saja anak dia ni!

          Aku dengar Afiq Khairul ketawa.  Aku celikkan mataku sekejap dan melihat dia di tempat pemandu itu.

          Amboi, boleh pula kau kenakan aku ye? Rungutku tak puas hati. Tapi, aku biarkan saja. Terus berpura-pura tidur.

          Tidak lama kemudian, aku yang tengah berpura-pura tidur ni terasa macam nak tidur betul-betul pula.  Mengantuk!

          Ini disebabkan, semalaman aku berjaga sepanjang malam sebab tak boleh tidur.  Berfikir tentang hala tuju hidup aku yang bakal berubah tak lama lagi.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Afiq Khairul menggelengkan kepalanya. Dia mencerlung tajam sambil merenung budak berdua di hadapannya itu.  Adila dan Leha!

          Sudah puas dia menggerakkan tubuh Adila.  Tapi tak sedar-sedar juga.  Dia mengeluh keras...

          Ayah dan ibunya pula sudah pun berlalu dari situ dan tengah bersalaman dengan Pak Cik Amir dan yang lain-lain.  Tinggal dia saja yang ditugaskan untuk membangunkan anak dara yang tidur ala-ala Sleeping Beauty ni.

          Tanpa membuang masa, terus saja pipi Adila dicubit kuat manakala dahi Leha dilastik perlahan.  Baru puas hatinya!

          Terpinga-pinga Adila tersedar dari lenanya.  Adiknya itu menjerit dan terus tayang muka tak puas hati.

          "Abang Afiq! Sakit! Kot iya pun, kejut laa baik-baik!" rengus Adila sambil mengusap-usap pipinya.

          Afiq Khairul hanya tayang muka selamba dan terus berlalu dari situ.  Malas nak dengar bebelan Adila.  Itu belum lagi dengan bebelan Leha!

          Aku yang masih mamai hanya mampu mengusap-usap dahiku.  Sakit.  Aku tengok Afiq Khairul sudah pun berlalu dari situ.  Ada ubi ada bas, lain kali aku balas... Pantunku dalam hati.  Geram!

          Aku betulkan tudungku yang dah lari daripada gaya yang asal.  Terbiut sana sini.  Adila pula membetulkan rambutnya yang panjang hingga paras pinggang itu.

          Setelah berpuas hati, barulah Adila dan aku keluar dari kereta dan menjinjit beg sederhana kecil dibahu kami.  Kami tersenyum lebar sambil berjalan bergandingan tangan.  Macam kanak-kanak riang!

"Amboi, anak-anak dara ibu... baru sedar ke?" bebel Mak Cik Balqis kepada kami berdua.

          Kami hanya tayang gigi dan kemudian bersama-sama melemparkan jelingan maut kepada Afiq Khairul.  Sakit dipipi dan didahi masih terasa!

          Tanpa rasa bersalah, Afiq Khairul hanya memberikan kami side eye saja.  Tengok perangainya yang tak semenggah tu, aku pula yang sakit hati!

          Seterusnya aku ke arah abah, umi dan atok.  Aku tunduk, salam dan cium tangan abah, umi dan atok.  Adila pun turut buat perkara yang sama.  Hormat kepada orang yang lebih tua gitu!

          Sebenarnya, Pak Cik Sufian dan abah aku sepupu tiga kali.  Kiranya aku dengan Adila sepupu empat kali.  Kiranya dah masuk dalam kategori sepupu yang jauh.  Walaupun begitu, tali kekeluargaan kami sangat rapat.  Kiranya kat kampung ni jugalah yang Pak Cik Sufian selalu balik beraya.  Kata beliau, perjalanannya tak berapa jauh dan suasananya pun cantik serta udaranya yang nyaman.  Sesekali apa salahnya kalau beraya kat sini.

          Aku tersenyum dalam hati.  Setuju dengan kata-kata Pak Cik Sufian itu.  Suasana di kampung memang tiada tandingannya.  Paling best!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas saja makan malam, abah dan yang lain-lain duduk di ruang tamu sambil berbual-bual.  Biasalah, kalau dah berkumpul dan sudah lama tak berjumpa... Tentu ada saja yang nak diborakkan.

          Adila dan aku pula masih lagi bermastautin di dapur.  Adila tengok aku, aku tengok dia.  Kemudian, kami berkerut dahi kat situ.  Apataknya, umi dan Mak Cik Balqis request kat kami untuk buat pencuci mulut.  Diaorang suruh kami sediakan cekodok pisang yang rangup, kurang berminyak dan gebu gitu.

          Hah?

          Cekodok pisang?

          Umi dan Mak Cik Balqis pula tak nak masuk campur.  Katanya kami dah besar panjang.  Takkan tak tahu nak buat cekodok pisang tu?

          Kami mengeluh bersama-sama.  Masalahnya sekarang, aku ni pun bukannya pakar sangat dalam bab-bab memasak.  Yang ringkas-ringkas aku tahulah buat.  Adila pun sama, dua kali lima sama dengan sepuluh!

          Kami garu kepala yang tak gatal.  Seminit kemudian...

          "Leha, jangan buat malu kumpulan! We can do it! Kau boleh, aku pun boleh.  Chaiyok-chaiyok! Kita akan buktikan yang kita ni pandai masak!" Dengan penuh semangat Adila pegang bahuku sambil memberikan kata-kata motivasi.

          Aku terkesan dengan kata-kata Adila tu.  Aku setuju.  Usaha tangga kejayaan! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

          "Zaman sekarang ni, semua di hujung jari je.  Ala, abang Google kan ada! Tak perlu risau!" kata Adila lagi.

          Aku tersenyum lebar.  Yes!

          Tanpa melengah-lengahkan masa, kami mulakan langkah pertama iaitu menyediakan air teh tarik kaw-kaw.  Kalau yang ini, kami tahulah nak buat.  Setakat air saja.  Satu jug besar bersama 10 gelas cawan sudah tersedia di atas meja.

          Selepas itu, kami mulakan proses membuat cekodok pisang dengan mengikut resepi seperti yang tertera di screen Iphone Adila tu.

          Pisang dilenyekkan bersama dengan mentega, gula dan garam.  Kemudian, masukkan soda bikarbonat dan tepung gandum sedikit demi sedikit.  Itu sahaja, simple beb!

          Aku panaskan kuali dan menuang minyak masak ke dalamnya.  Kemudian, menggunakan sudu makan untuk menuang sedikit demi sedikit adunan tersebut ke dalam kuali.  Dalam beberapa minit saja, cekodok pisang tu siap digoreng.  Bulat dan berwarna kuning keemasan!

          "Berjaya! Alhamdulillah...," jerit kami serentak.

          Kami menjerit dan melompat-lompat sambil berpelukan.  Gembira sangat-sangat sebab experiment kami yang pertama berjaya dengan gemilang dan cemerlang.  Tak sangka betul, rupa-rupanya kami ni berbakat juga dalam bidang masakan!

          Tiba-tiba...

          "Malam dah ni, kenapa menjerit macam monyet kat zoo tu?" tegur seseorang dari arah belakang kami.

          Adila dan aku terus menoleh ke belakang.  Sampai hati kata kami macam monyet!

          Afiq Khairul yang berdiri di situ hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.  Dia ke dapur pun sebab ibu dan Mak Cik Faridah yang menyuruhnya ke sini.  Tengok-tengok kalau anak dara dua 'ekor' ni dah siap buat cekodok pisang.  Tapi, dia terkejut apabila melihat Adila dan Leha terjerit-jerit dan melompat-lompat macam monyet kat zoo tu.  Macam orang gila!

          "Abang Afiq tengok cekodok pisang kami ni.  Ini kali pertama kami buat tau... Ingatkan dah hancur jadi lempeng tadi," ujar Adila satu-persatu sambil menyuakan seketul cekodok pisang tu di hadapan Afiq Khairul.

          Aku hanya tersenyum melihat gelagat Adila.  Aku pun turut bangga dengan karya masterpiece kami tu!

          "Kalau dah siap, bawalah keluar... Setakat ini pun nak dibanggakan ke?" perli Afiq Khairul.

          Adila muncungkan bibirnya.

          "Heh, mestilah bangga! Tak kisah pun, yang penting kami berjaya." Cebik Adila sambil meletakkan semula cekodok pisang tu ke atas pinggan.

          Aku jeling Afiq Khairul.  Hish, kot iya pun... Janganlah cakap macam tu.  Dasar hati batu! Kutukku dalam hati.

          "Adila bawalah keluar cekodok pisang tu.  Biar aku saja yang kemas dapur ni dulu," cadangku lalu menggangkat bekas-bekas yang ada di atas meja dan di tepi dapur gas.

          "Baiklah," balas Adila sambil tersengih.

          "Abang Afiq angkat air kat dulang tu," arah Adila seraya berlalu dari situ.

          Aku hanya pandang sekilas kepada Adila dan Afiq Khairul yang sudah pun melangkah ke ruang tamu.

          Tanpa membuang masa, aku kemas dapur seperti sedia kala semula.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Setelah aku lap meja makan tu sampai berkilat, barang-barang sudah diletak di tempat asal, pinggan mangkuk dah dicuci habis... Aku atur langkah ke belakang rumah.  Penyapu yang tergantung di tepi pintu, aku ambil dan kemudian mendongak ke langit.  Aku perhatikan bintang-bintang yang bertaburan di langit tu.  Cantiknya!

          Buat seketika, aku menghayati keindahan bintang-bintang itu.  Setelah puas, aku berpaling tetapi aku dikejutkan dengan satu lembaga yang berdiri di belakangku.

          Yaa Allah!

          Aku terduduk di situ.  Lemah semangat aku.  Terkejut punya pasal!

          "Apasal berdiri kat belakang aku macam tu?!" jerkahku keras.

          Aku mendongak dan tengok Afiq Khairul yang berwajah serius itu.  Dengan selamba dia berdiri di situ sambil tangan kirinya menyeluk saku seluarnya.

          "Kau ada hutang dengan aku," tegas Afiq Khairul lalu menarik lenganku supaya berdiri semula.

          Keningku terangkat.  Hah? Hutang? Sejak bila pula aku berhutang dengan dia ni? Bingungku sendiri.

          "Lepas!" tempikku kuat.  Apa ni pegang-pegang lengan anak orang? Biarpun berlapik, haramlah!

          Tanpa aku sedari, terus saja batang penyapu tu aku cucuk kat perutnya.  Kuat pula tu!

          "Auchhh!" Afiq Khairul mencangkung di situ sambil menahan kesakitan di perutnya.

          Aku terkelu.  Alamak!

          Terus penyapu tu terlepas daripada tanganku.  Aku turut tunduk dan perhatikan perutnya.  Sakit sangat ke?

          "Maaf, aku tak sengaja... Aku betul-betul tak sengaja.  Kau okey ke?" tanyaku kalut dengan nada bersalah.

          Afiq Khairul perhatikan Leha yang turut mencangkung di sebelahnya itu.  Kedudukan mereka yang sedikit rapat ketika ini membolehkan dia melihat wajah Leha lebih dekat lagi.  Afiq Khairul terkilan apabila melihatkan air mata budak tu mengalir menuruni pipi mulusnya itu.

          "Apasal kau menangis? Sepatutnya aku yang menangis kat sini.  Kau ingat tak sakit ke kena cucuk pakai batang penyapu tu?!" tanya Afiq Khairul dengan nada marah.

          "Dah, kau jangan nak nangis kat sini.  Kau nak diaorang salah faham ke?" tambah Afiq Khairul lagi.

          Pantas aku lap air mataku.

          "Kau okey ke? Kau jangan beritahu kat umi ye... nanti aku kena marah.  Aku tak sengaja.  Kau yang mulakan dulu," rayuku dengan wajah sendu.

          Dahi Afiq Khairul berkerut seribu.  Dia berdiri semula sambil mengusap perutnya yang terasa sengal itu.  Tekaknya terasa gatal... dia berdehem beberapa kali.

          "Aku cari kau ni pun sebab perangai kau siang hari tadi.  Kat mana kau belajar jelir-jelir lidah macam tu? Aku kerat lidah tu, baru tahu!" ugut Afiq Khairul.  Serius.

          Aku hanya diam di situ.  Tahu yang diri ini bersalah.  Tidak semena-mena, Afiq Khairul memegang bahuku.

          Aku tersentak.

          "Ye laa, aku tahu... Aku salah.  Lepas!" arahku sambil mencuba menolak cengkaman tangan Afiq Khairul tu.

          Tapi, tak berjaya!

          Afiq Khairul pula buat-buat tak dengar.  Genggaman di bahu Leha makin dikuatkan.  Kemudian mendekatkan dirinya kepada Leha.  Nak pedajal budak ni dulu baru dia puas hati!

          Aku meronta-ronta untuk melepaskan genggaman tangan Afiq Khairul.  Renungan Afiq Khairul yang semacam itu membuatkan aku kecut perut.  Takut weh!

          Tidak tahan dengan tingkah laku Afiq Khairul yang menakutkan ini, aku mencarut...

          "Lepaslah monyet, gorila, bab..." Ops, sikit terlepas ayat tu daripada mulutku!

          Pantas aku ketap bibirku.  Hampir tersasul!

          Afiq Khairul pandang mukaku dengan kening terangkat sebelah.  Dia ulang ayat yang aku hampir tersasul tu.  Barangkali tak percaya yang aku mencarut macam tu kat dia.

          "Binatang bunyi oink tu ke?" Muka Afiq Khairul jadi sangat menakutkan.  Suram dan kelam!

          Aku gelengkan kepalaku berkali-kali sebab aku tak sampai ke tahap itu lagi dalam bab-bab mencarut kat orang lain.  Apalagi dalam keadaan marah!

          "Kau babun! Bukan oink-oink tu!" balasku cepat...

          "Laaa, kat sini rupanya Abang Afiq dengan Leha.  Puas Adila cari dari tadi tau!" sergah Adila yang tiba-tiba muncul di muka pintu dapur.

          Tidak semena-mena, Afiq Khairul ketawa terbahak-bahak.  Adila dan aku terkejut dengan reaksi Afiq Khairul tu.

          "Kau buat lawak apa tadi kat Abang Afiq?" tanya Adila yang kini berdiri di sebelahku.

          Aku kerutkan keningku.  Hairan.  Kenapa Afiq Khairul ketawa?

          "Tak tahu," balasku ringkas.  Aku betul-betul tak tahu!

          Gila kot? Terus saja aku pusing jari telunjukku di tepi kepalaku.  Berulang-ulang dengan memek muka yang sengaja aku biulkan.  Tapi, Adila pula yang ketawa sakan kat situ.  Aku ketap bibirku lagi.  Tak faham dengan adik-beradik ini.

          Muka aku ada drama buat lawak ke? Bebelku dalam hati.

JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ Terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-3 ni. Have a nice day guys!

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP) f² द्वारा

किशोर उपन्यास

1.1M 64.5K 44
STORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu...
781K 31.2K 60
{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan t...
5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...