Andai Itu Takdirnya

By qvreena_

274K 5.8K 456

[ complete] āœ§āœ§āœ§āœ§ Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman... More

ANDAI ITU TAKDIRNYA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
AIT
Coretan Seketul Reen

BAB 32

4.4K 116 4
By qvreena_


✧✧✧✧

Deruan ombak menyapa telinga. Burung-burung berterbangan di dada langit menghiasi retina mata yang memandang.

Hanna tersenyum manis melihat keindahan laut terbentang luas di hadapannya.

Hari berganti hari, sedar tak sedar sudah seminggu dia berada di negeri yang terkenal akan keropok lekor.

Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tiada lagi masalah yang membelenggu kotak fikirannya. Dia tenang berada di sini.

Tentang umi nya.

Tiada perubahan.

Ain dan Fatihah cuba untuk menerangkan perkara sebenar pada uminya, tetapi mempunyai pelbagai halangan yang dihadapi oleh mereka berdua.

Antaranya ialah, Qayyim menghantar seseorang untuk memerhatikan gerak-geri Ain supaya Ain tidak dapat membuka mulut tentang perkara sebenar.

Hanna mengeluh panjang apabila mendengar luahan Ain ketika mereka berdua menelefon bertanyakan khabar, tempoh hari. Dia tak tahu apa lagi masalah Qayyim tu.

" Aunty! "

Tersenyum Hanna melihat Shahrizat melambaikan tangannya ke arah dirinya. Shahrizat seronok bermain air bersama Syafit.

Sepanjang berada di sini, Shahrizat selalu mengajak Syafit ke pantai untuk bermain air.

Hanna melunjurkan kakinya ke hadapan. Diurut betisnya yang terasa kebas.

" Kenapa dengan kaki tu? "

Terkejut Hanna apabila suara garau bersuara di tepi telinganya. Dia menoleh ke kiri.

Dahinya berkerut apabila melihat Syafit mencangkung di sebelahnya.

Hanna pusing memandang ke hadapan, mencari kelibat Shahrizat.

Patutlah, senang dia datang relaks di sini, rupanya dia dah tinggalkan Shahrizat bermain pasir. Takut juga dia, kalau Syafit tinggal Shahrizat berseorangan main air.

" Kebas. Macam biasalah. " Kata Hanna sambil tangannya tidak henti-henti mengurut pahanya. Syafit mula duduk di atas kayu di sebelah tikar yang Hanna sedang duduk.

" Teruk sangat ke? " Tanya Syafit dengan prihatin. Dia nak tolong pun tak boleh.

" Tak mana. " Jawab Hanna sambil tersenyum manis.

Syafit memandang perut Hanna yang sudah kelihatan sedikit membonjol.

" Kandungan awak dah masuk 3 bulan kan? Bila tarikh check-up? " Tanya Syafit sambil membuka penutup botol air mineral. Diteguk air tersebut dengan rakus.

Hanna melihat Syafit. Bukan wajah Syafit yang menarik perhatiannya tetapi halkumnya yang sedang bergerak-gerak apabila air diteguk rakus.

Hanna membuat muka jijik.

Geli sia!

Tak faham betul dengan perempuan yang tergila-gilakan lelaki yang mempunyai halkum yang besar. Dia tak tahu ke lelaki yang ada halkum besar ni macam lelaki tu tertelan kepala ayam? Bila teguk air, tak rasa ke macam lelaki tu tercekik kepala ayam?

Dia sorang sahaja ke yang rasa macam tu?

" Ye, eherm. " Hanna berdehem kecil bagi menghilangkan rasa mual di tekak.

" Apa yang dikatakan oleh Doktor di hospital Ampang, saya perlu pergi esok untuk buat check-up kandungan. Dia dah maklumkan kepada Doktor di Terengganu ni, dan saya hanya pergi bawa buku rekod sahaja esok. " Kata Hanna sambil mengusap perutnya.

" Boleh saya ikut? " Tanya Syafit tanpa segan silu.

Hanna ketawa kecil.

" Boleh sangat. Awak dah kata yang awak nak teman saya pergi ke mana sahaja, kan? " Kata Hanna sambil ketawa kecil.

Syafit tersenyum nipis. Dia memandang wajah Hanna.

" Kenapa tengok saya macam tu? " Tanya Hanna apabila tidak selesa Syafit merenung wajahnya sebegitu.

Syafit ketawa kecil.

" Saya cuma rindukan dia. " Kata Syafit sambil tunduk memandang pasir.

Hanna memandang Syafit.

Hah sudah, rindu siapa pula ni?

" Dia perempuan kedua yang bertakhta di hati saya. Perempuan yang sangat saya cintai. Selalu bersama dengan saya ketika saya susah dan senang. Tetapi sayang- " Syafit mendongak memandang wajah Hanna.

" Tak salahkan kalau saya tanya kenapa? " Tanya Hanna dengan takut-takut.

Syafit tersenyum kecil.

" Tak salah sebab dia dah tinggalkan saya. " Kata Syafit sambil tergelak kecil.

Hanna mengerutkan dahinya. Kena tinggal pun masih boleh ketawa lagi?

" Siapa perempuan tu? " Tanya Hanna sekadar ingin memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Janggal weh!

" Awak nak tahu? " Tanya Syafit. Hanna berdehem kecil.

" Tak nak pun tapi kalau awak nak cerita saya tak kisah pun. " Kata Hanna dengan tenang. Padahal di dalam hatinya sudah meronta-ronta ingin mengetahui kisah tragis Syafit dan perempuan malang yang sudah meninggalkan lelaki yang berharga seperti Syafit ini.

" Kalau macam tu tak apa lah. " Syafit berura-ura untuk meninggalkan Hanna.

" Syafit. Saya nak tahu. " Kata Hanna lalu berdehem kecil. Mukanya terasa membahang panas. Dia membetulkan tudungnya yang terbang ditiup angin.

Syafit tersenyum kecil memandang Hanna.

" Saya dan dia belajar di kolej yang sama. Dia selalu meluahkan masalahnya kepada saya. Dia selalu datang pada saya. Dia selalu bersama dengan saya. Senang cerita, kami berdua terlalu rapat sehinggakan orang lain salah anggap yang kami berdua bercinta sedangkan kitaorang hanya berkawan dan tak akan lebih dari itu. " Syafit mula menceritakan tentang perempuan tersebut. Hanna tekun mendengar cerita Syafit itu.

" Tetapi, awak tahu kan, dalam persahabatan berlainan jantina ni pasti ada salah seorang jatuh hati pada kawannya. " Kata Syafit sambil mengeluh kecil.

" And ya. Saya lah orang bodoh itu. Saya mula jatuh cinta padanya apabila persahabatan saya dengan dia masuk ke tahun yang pertama. Satu hari, saya dapat kekuatan untuk meluahkan isi hati saya padanya. Saya baru nak call dia, tetapi dia yang dulu call saya. Apabila saya angkat panggilan tersebut, suara merdunya memasuki gegendang telinga saya, dia kata yang dia ada kejutan untuk saya. Dan saya juga mengatakan perkara yang sama kepadanya. "

" Kitaorang dah janji akan jumpa di satu restoran. Apabila saya sampai, awak nak tahu apa yang membuatkan hati saya hancur? " Syafit memandang Hanna.

Hanna terkedu melihat mata Syafit yang berkaca-kaca.

" Dia bersama dengan seorang lelaki. Sangat mesra. " Kata Syafit lalu tunduk memandang kakinya.

Hanna hanya diam membeku. Tidak tahu untuk membalas apa.

" Saya positif kan hati saya mengatakan mungkin lelaki itu abang dia ataupun kawannya. Saya kuatkan hati saya melangkah menghampiri dia yang bermesra dengan lelaki tersebut. Apabila dia nampak kelibat saya yang menghampiri nya, dia cepat-cepat bangun dan memperkenalkan lelaki yang berada di sebelahnya sebagai- " Syafit menggantungkan ayatnya.

Mata Hanna memandang Syafit yang tiba-tiba terdiam.

" Syafit. "

" Lelaki itu teman lelakinya. " Kata Syafit lalu mendongak merenung mata Hanna.

Sekali lagi Hanna terkedu tetapi bukan kerana melihat mata Syafit yang berkaca-kaca kerana sedih tetapi melihat mata Syafit yang mempunyai api kemarahan di bola matanya.

" Bayangkan, Hanna. Dia dah bercinta dengan lelaki itu sebelum dia kenal saya lagi. Bayangkan berapa lama dia beri harapan palsu kepada saya? Kenapa perlu dia tipu saya? Kenapa perlu dia tidak berterus terang dari awal lagi yang dia sudah berpunya? Tidak lah aku ni macam orang bodoh mengemis cinta dia! " Syafit mengepal penumbuknya. Nafasnya juga tidak terkawal kerana menahan amarah yang membara.

" Selepas kejadian itu, saya dah tak nampak lagi dia di kolej. Saya mesej, dia tak baca, bila saya call dia reject. Dan, akhirnya dia balas mesej saya. Hati saya berbunga-bunga apabila dia balas mesej saya tetapi hati saya kembali hancur apabila baca mesejnya. "

" 'Jangan kacau aku lagi. Aku tak nak jumpa kau. Jangan muncul depan aku lagi. Jangan cari aku. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. ' tu lah mesejnya yang saya ingat lagi. " Kata Syafit sambil tersenyum kecil.

" Dia pergi mana? Apa dah terjadi pada dia? " Tanya Hanna yang ingin tahu.

Syafit ketawa kecil mendengar soalan tersebut.

" Awak betul nak tahu? " Tanya Syafit dengan lembut.

Hanna mengangguk laju.

Syafit melepaskan keluhan. Dia membuang pandangan ke laut yang terbentang luas di hadapannya.

Fikirannya tiba-tiba melayang mengingatkan kejadian pahit tersebut.

" Syafit, please maafkan saya. "

Syafit memandang tajam perempuan di hadapannya. Sungguh benci dia akan perempuan tersebut.

" Kau nak apa? " Tanya Syafit dengan dingin. Dia memandang tajam perempuan yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu dan kini tidak lagi.

" Tolong saya, Syafit. Saya dah tak tahu nak buat apa. " Kata perempuan tersebut dengan sebak.

" Tolong? Sanggup lagi ke kau minta tolong dengan sampah yang kau buang satu ketika dulu? " Tanya Syafit dengan sinis.

Perempuan tersebut tunduk memandang meja.

" Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Tapi saya terdesak untuk meminta pertolongan awak. " Kata perempuan tersebut.

Syafit ketawa kecil.

" Kau nak apa sebenarnya? Datang merayu minta pertolongan dengan perut besar macam ni. Apa masalah kau? " Tanya Syafit dengan dingin.

Perempuan tersebut mengelap air matanya yang sudah mengalir perlahan ke pipi tembam nya.

" Saya mengandung 8 bulan, Syafit. " Kata perempuan tersebut dengan suara yang sebak.

" Oh. " Balas Syafit yang tidak berminat.

" Saya mengandung anak dia. Ini anak dia. Anak dia. Tapi dia- " Perempuan tersebut mula tidak dapat mengawal emosinya. Tangisannya mula kedengaran.

Syafit memandang seluruh restoran tersebut. Semua mata memandang pelik ke arah mereka berdua angkara tangisan perempuan tersebut.

" Ini anak dia, Syafit. Saya mengandungkan anak- "

Syafit menarik tangan perempuan tersebut, keluar dari restoran tersebut. Tangisan perempuan tersebut makin kuat kedengaran.

" Stop it, Shafa! " Syafit mula menaikkan suaranya. Terkejut Shafa dan tangisannya juga serta merta terhenti.

" Saya sebatang kara sekarang ini. Tiada sesiapa lagi. Keluarga saya dah buang saya. Dia orang buang saya bila dapat tahu kandungan saya sudah cecah 6 bulan. Dia orang halau saya dan cari lelaki yang bertanggungjawab buat saya mengandung ini. Tapi, 2 bulan Syafit. 2 bulan saya cari dia, tak jumpa-jumpa juga. Hinggalah saya teringatkan awak, saya cari awak selama sebulan dan hari ini, Allah dah temukan saya dengan awak. " Kata Shafa sambil sedaya-upaya untuk mengelap air mata yang laju mengalir di pipi tembam nya.

" Tak tanya keluarga atau kawan dia? " Tanya Syafit. Dia merenung tajam wajah sembab milik Shafa. Jatuh simpati melihat wajah gadis tersebut.

" Kawan dia kata yang dia dah larikan diri dengan seorang perempuan. " Kata Shafa dengan suara yang sebak memikirkan tentang nasib dirinya.

" Kenapa kau cari aku? " Tanya Syafit sambil menarik tangan Shafa lalu diletakkan sapu tangan miliknya di atas tangan tersebut.

" Sebab, hanya awak yang berada di fikiran saya ketika itu. " Kata Shafa sambil mengelap air matanya dengan sapu tangan yang Syafit berikan tadi.

" Awak boleh tolong saya kan Syafit? " Tanya Shafa apabila suasana diantara mereka sunyi tanpa kata-kata.

Syafit mula berdiri.

" Maafkan aku. Aku tak dapat tolong kau. Cari orang lain yang boleh tolong kau. Aku pergi dulu. " Kata Syafit lalu melangkah meninggalkan Shafa yang kaku di tempatnya.

" Hah satu lagi aku terlupa. Jangan cari aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Antara kita, dah tak ada apa-apa lagi. " Syafit mengulangi kata-kata yang pernah Shafa katakan kepadanya suatu ketika dahulu.

Shafa tertunduk menyesal apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syafit itu.

Ya, dia masih ingat kata-kata tersebut. Mana mungkin dia terlupa ayat yang pernah dia mesej kepada Syafit ketika dahulu.

Syafit kembali melangkah meninggalkan Shafa.

" Syafit! " Shafa menjerit memanggil nama Syafit. Dia tak kira apa-apa terjadi, Syafit perlu tolong dia.

" Syafit! "

Syafit dengar panggilan Shafa tersebut tetapi dia tidak hiraukan. Dia melintas jalan menuju ke arah keretanya yang di parkir di seberang jalan.

" Syaf- "

Bumm!

Langkah Syafit mati apabila suara Shafa mula sayup-sayup hilang dari telinganya dan digantikan dengan kekecohan di belakangnya.

Syafit menoleh ke belakang.

Terketar-ketar lutut nya apabila melihat Shafa terbaring kaku di atas jalan dengan darah yang mengalir keluar dari badannya.

Syafit berlari anak ke arah Shafa.

" Call ambulan! " Kata Syafit kepada orang ramai lalu memangku kepala Shafa.

" Syafit- " Shafa menghulurkan sesuatu kepada tangan Syafit.

Syafit melihat apa yang Shafa berikan kepada nya.

Sapu tangan miliknya yang sudah basah dengan darah.

" Maafkan saya sebab kotorkan sapu tangan awak- " Kata Shafa dengan tersekat-sekat.

" Syafit, maafkan saya juga sebab dah mempersiakan awak dulu. Saya menyesal sebab ting- "

" Shhh- Dah jangan cakap lagi. " Kata Syafit sambil meletakkan jarinya di bibir Shafa.

" Syafit, saya nak minta tolong satu perkara dengan awak. " Shafa melepaskan keluhan berat.

" Apa? " Tanya Syafit dengan lembut. Dia lindung wajah Shafa supaya tidak terkena cahaya terik matahari.

" Tolong- jaga anak saya kalau- saya dah tak ada. " Kata Shafa dengan nafas yang tersekat-sekat.

Syafit menggeleng kepalanya.

" Tak! Aku takkan jaga! Kau boleh jaga anak kau, Shafa. Kau kena kuat. Jangan cakap macam ni Shafa. " Kata Syafit dengan nada yang sebak.

Shafa tersenyum manis.

" Tolong ya, Syafit? " Shafa berkata dengan lemah.

Syafit menggeleng kepalanya. Air matanya yang sudah mengalir dilap dengan kasar. Dia tak malu untuk menangis kerana inilah dirinya yang sebenar.

Seorang lelaki yang lemah dengan perempuan yang dia paling sayang.

" Saya rasa saya dah tak lama, Syafit. Maafkan salah silap saya selama saya berkenalan dengan awak. Ter- teri- ma- kasih. " Shafa memejamkan matanya kerana tidak dapat tahan lagi.

" Shafa! Bangun Shafa! Kau tak boleh macam ni! " Syafit menggoyangkan badan Shafa. Dia memandang semua penonton yang menyaksikan drama tersebut.

" Mana ambulan?! " Jerit Syafit dengan bengang.

" Dalam perjalanan. " Kata seorang lelaki yang berdiri hampir dengan Syafit.

" Shafa, awak tak boleh macam ni. Bangun, Shafa. " Syafit menepuk pipi Shafa dengan lembut. Tetapi tiada sebarang reaksi dari Shafa.

Baru sahaja dia ingin mengamuk kerana ambulan tidak tiba-tiba lagi, tetapi hatinya mengucap syukur apabila terdengar siren kecemasan ambulan dari jauh.

" Tolong beri laluan! " Arah paramedik kepada semua orang yang berkumpul di tempat kejadian.

" Encik ni suami dia? " Tanya salah seorang paramedik tersebut.

" Ya. Saya suaminya. " Syafit tidak teragak-agak untuk mengaku dirinya adalah suami kepada Shafa.

" Berapa umur kandungan nya? " Tanya paramedik tersebut.

" 8 bulan. " Jawab Syafit dengan yakin.

" Boleh saya tahu apa yang dah terjadi? " Tanya paramedik tersebut. Syafit menggeleng kepalanya.

" Saya tak tahu. " Kata Syafit dengan tergagap-gagap.

" Ada sesiapa yang tahu? " Tanya paramedik kepada orang-orang yang berada di situ.

" Kes langgar lari. Tapi puan ni sempat elak dari terkena rempuhan tersebut dan jatuh ke atas jalan ini. " Kata seorang lelaki yang berbangsa India.

" Harun, kritikal. Kita kena selamatkan bayi di dalam kandungan ini. " Kata seorang paramedik yang sedang merawat Shafa.

" Encik perlu ikut kami ke hospital. Anak di dalam kandungan isteri encik perlu dilahirkan secara bedah. Encik perlu sign borang kebenaran untuk membedah di hospital. " Kata paramedik tersebut. Dia mengarahkan rakan-rakannya untuk membawa Shafa masuk ke dalam ambulan.

Syafit kaku di tempatnya. Bagaikan ditampar bertubi-tubi.

Di dalam kepalanya sekarang, asyik menyalahkan dirinya akan apa yang terjadi kepada Shafa.

Ini semua salah dirinya. Kalaulah dia tak melintas jalan, pasti semua ini takkan terjadi.

Dia memandang Shafa yang ditolak masuk ke dalam ambulan. Kenapa dia rasakan dunia berputar dengan perlahan? Semuanya terjadi dengan perlahan.

Syafit terjelepok di atas jalan. Dia memandang kosong Shafa yang ditolak masuk ke dalam ambulan itu.

Ini semua salah dirinya dan selama-lamanya kesalahan ini akan membelenggu dirinya. Tiada kata-kata yang boleh membuatkan rasa penyesalan di hatinya terpadam.

Selamanya, Syafit.

" Selebihnya awak mesti dah tahu apa yang terjadi kan? " Tanya Syafit kepada Hanna yang dari tadi diam mendengar ceritanya.

Hanna memandang Syafit. Dia menggaru pipinya yang terasa gatal.

" Maksudnya, anak di dalam kandungan Shafa tu- "

Hanna memandang Shahrizat yang tidak jauh dari tempat mereka duduk.

" Ya. Shahrizat anak Shafa dengan teman lelakinya. " Kata Syafit sambil tersenyum kelat.

Hanna memandang Syafit kembali.

" Tapi mana Shafa sekarang? Kenapa dia tinggalkan Shah? " Tanya Hanna.

Syafit ketawa kecil.

" Bayi di dalam kandungannya dapat diselamatkan dan dilahirkan dalam keadaan pra-matang. Tetapi, Shafa tidak dapat diselamatkan kerana banyak kehilangan darah. Saya yang uruskan semua tentang nya. Azan kan anaknya, uruskan jenazah dia, surat kematiannya. Semua saya yang uruskan. " Kata Syafit.

Hanna terkejut.

Tak sangka Shafa dah tak ada. Menyesal pula dirinya mengutuk perempuan itu teruk kerana tinggalkan Shahrizat dengan Syafit yang sudah banyak menolongnya.

" Family dia mana? Kenapa pula awak yang kena uruskan? " Tanya Hanna dengan hairan.

" Family dia dah buang dia dan tidak mengaku lagi Shafa tu anak dia. Semasa saya maklumkan tentang kematian anaknya, diaorang boleh lagi ketawa sedangkan anak gadisnya sudah tiada. " Kata Syafit dengan nada yang kesal dengan family Shafa.

Hanna mengangguk perlahan. Dia terdiam memikirkan nasib Shafa yang malang itu. Namun, sedikit sebanyak, cerita tentang Shafa itu mengingatkan kepada nasib dirinya sekarang. Difitnah, dibuang oleh keluarga, sebatang kara dan mengandung.

Hanna memandang Shahrizat yang seronok membina istana pasir.

Tak sangka kan? Dalam dunia ini masih ada seorang lelaki yang baik hati menjaga anak yang bukan darah dagingnya dengan begitu sayang sekali.

" Awak okey? " Tanya Hanna dengan lembut.

Syafit mendongak memandang Hanna.

" Okay? " Tanya Syafit yang tidak berapa faham dengan soalan Hanna itu.

Hanna mengangguk kecil.

" Saya okay je. " Jawab Syafit dengan yakin. Dia melemparkan sebuah senyuman kepada Hanna.

" Huaaa! " Syafit bangun lalu menggeliat membetulkan segala urat sarafnya.

Terkejut Hanna sehingga kan hampir melatah.

Syafit ketawa kecil.

" Jomlah balik. Dah nak senja ni. " Kata Syafit lalu berlari anak ke arah Shahrizat.

Tersenyum Hanna melihat keakraban antara Syafit dan Shahrizat.

Walaupun Shahrizat tu anak kepada perempuan yang pernah bertakhta di hatinya dan perempuan itu juga pernah menghancurkan hatinya, tetapi Syafit masih menjaga Shahrizat dengan penuh kasih sayangnya sebagai ayah.

Bagi Hanna, Syafit itu seorang lelaki yang profesional. Syafit menjaga Shahrizat kerana Shahrizat anak yang tidak bersalah dan Shahrizat tiada masalah dengannya.

" Aunty. Shah kutip cengkerang untuk aunty. Cantik tak? " Hanna tersenyum manis apabila Shahrizat meletakkan cengkerang yang cantik di atas tangannya.

" Wahh! Cantiknya! Pandai sayang cari. " Kata Hanna dengan gembira. Dia mengusap rambut Shahrizat lalu mencium dahinya.

" Kenapa awak buat muka macam tu? " Tanya Hanna apabila Syafit memandangnya tidak puas hati.

" Untuk Shah je? Untuk papa dia tak ada ke? " Tanya Syafit dengan membuat ekspresi wajah manja.

Hanna menolak bahu Syafit.

" Mengada! " Kata Hanna lalu melangkah ke arah kereta.

" Padan muka papa! " Kata Shahrizat lalu menolak pinggang Syafit. Dia mengejar Hanna yang sudah jauh ke hadapan.

Tersenyum Syafit melihat Shahrizat mengejar Hanna yang berjalan laju ke arah kereta.

Bahagia.

Ya, dia cukup bahagia sekarang. Seperti, kekosongan di hatinya sudah terisi?

" Mengarut. " Pangkah Syafit dengan suara hatinya. Dia ketawa kecil sambil melangkah ke arah Hanna dan Shahrizat yang sedang menunggunya.

✧✧✧✧

" Kau nak apa? " Tanya Ain dengan bengang apabila jalannya dihalang oleh seseorang.

" Tepi lah! Aku nak lalu ni. " Kata Ain lalu menolak orang tersebut supaya tidak menghalang laluannya.

" Kau jangan cabar aku Ain. " Kata orang tersebut lalu menolak Ain ke dinding.

Ain mengerang kesakitan apabila badannya terhempas di dinding dengan kasar.

" Kau dah kenapa, Qayyim?! " Marah Ain.

Sebenarnya dia ingin menghilangkan gugupnya kerana memikirkan yang hanya dia dan Qayyim sahaja yang berada di lorong ini.

Qayyim merenung wajah Ain yang begitu hampir dengannya. Dia meletakkan satu tangannya di tepi kepala Ain supaya Ain tidak dapat melarikan diri.

" Menarik juga kau ni. " Kata Qayyim dengan penuh maksud yang tersirat.

" Aap- apa maksud kau? " Tanya Ain yang tidak dapat menahan rasa gugup nya itu.

Qayyim tersenyum sinis. Dia menggerakkan tangannya ke arah wajah Ain.

Ain memejamkan matanya kerana takut. Hanya itu sahaja yang dapat fikirkan buat ketika itu.

Qayyim memandang mata Ain yang sedang tertutup rapat.

Senyumannya mati.

Dia terpegun dengan wajah Ain. Baru dia sedar yang Ain sangatlah cantik.

Tangannya dibawa ke arah mata Ain yang sedang tertutup rapat itu.

' Kenapalah dia cantik sangat? '

Bisik hati Qayyim apabila tangannya hampir terkena dengan mata Ain.

' Kejap! Apa yang aku tengah buat ni? '

Qayyim yang baru tersedar terus menolak kepala Ain supaya menjauhi dirinya.

" Adui! " Aduh Ain kesakitan apabila kepalanya terkena dinding.

" Jaga Asya. Aku tak ada 7 hari. " Kata Qayyim lalu meninggalkan Ain yang terpaku di tempatnya.

Ain mengusap kepalanya.

" Apa yang dia buat tadi? " Tanya Ain yang ingin tahu apa yang Qayyim sudah lakukan ketika dia pejamkan mata tadi.

Ain mula melangkah ke arah keretanya. Apabila pintu keretanya ditutup, dia termenung seketika.

" Dia tak ada 7 hari? Maksudnya- " Ain mengeluarkan telefon nya dari beg tangan. Nombor seseorang dicari di dalam senarai contact nya

" Hello Tihah! Good news! "

" Waalaikumussalam. Ha apa dia? "

Ain merengus apabila diperli oleh Fatihah.

" Assalamualaikum. " Ain memberi salam dengan lembut.

Terdengar bunyi ketawa milik Fatihah di panggilan sana.

" Waalaikumussalam. Good news apa ni? Cakap lah cepat. " Kata Fatihah yang tak dapat tahan untuk mengetahui berita gembira tersebut.

" Petang ni kita pergi rumah aunty Marina. " Kata Ain.

Fatihah terdiam seketika.

" Nak buat apa? " Tanya Fatihah.

" Nak bagitahu perkara sebenar lah. " Kata Ain.

" Kau nak tempah maut ke sial? " Tanya Fatihah dengan nada yang tidak percaya.

Ain menaikkan bola matanya ke atas.

" Dalam 7 hari ni, mamat sial tu tak ada. " Kata Ain.

" Dia pergi mana? "

" Entahlah aku pun. Dia cakap yang dia tak ada 7 hari, tu je. " Kata Ain lagi.

" Baguslah kalau macam tu. Tapi, orang suruhan dia tak ada ke? " Tanya Fatihah. Ain baru teringat tentang itu. Dia memandang sekeliling.

Kosong.

Rasanya tak ada kot. Biasanya, pasti orang suruhan Qayyim itu menyorok daripada kelihatannya tetapi tidak nampak seperti menyorok pun.

" Tak ada. Line clear. Maybe, dia ikut Qayyim. " Kata Ain bagi menyedapkan hati sendiri.

" Okeylah kalau macam tu. Kita jumpa petang nanti. Bye assalamualaikum. " Fatihah mematikan panggilan apabila Ain selesai menjawab salam.

Ain mula memakai seat belt. Sebelum memandu, dia memandang sekeliling untuk memastikan orang suruhan Qayyim itu tiada.

Keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan hospital kerajaan tersebut.

✧✧✧✧

" Eh? Adam? "

Adam mendongak memandang mamanya yang baru turun dari tingkat atas.

" Kenapa ma? Terkejut nampak Adam macam nampak monyet. " Kata Adam sambil nasi masih penuh di dalam mulutnya.

" Memang mama terkejut. Ni kenapa melantak makanan dekat sini? " Tanya Datin Sarah dengan nada yang tinggi.

" Kenapa? Tak boleh ke anak mama ni makan dekat rumah mama? " Tanya Adam dengan nada berbaur sedih.

" Bukan tak boleh, cuma mana isteri kamu? Isteri kamu tak masak ke dekat rumah sampaikan datang makan dekat sini? " Tanya Datin Sarah dengan lembut. Dia menuangkan jus oren ke dalam gelas kosong lalu gelas tersebut dihulurkan kepada anaknya.

Adam meneguk air tersebut dengan rakus. Tergeleng-geleng kepala Datin Sarah melihatnya.

Macam tak makan 1 bulan.

" Farisha pergi Paris seminggu. Ada fashion show. " Kata Adam. Dia menyuap lagi nasi ke dalam mulutnya. Dia dah lama tak merasa masakan mamanya ini.

" Tu lah kamu. Ada isteri yang boleh ada dengan kamu 24 jam, pergi ceraikan. Kan dah kena tinggal. Datang cari mama pula. " Kata Datin Sarah lalu berjalan keluar dari dapur menuju ke ruang tamu.

Adam merengus geram. Dia bangun menuju ke sinki dengan pinggan yang masih mempunyai separuh nasi. Tiada selera lagi untuk makan apabila menyentuh tentang itu.

Dia melangkah keluar dari dapur menuju ke ruang tamu apabila selesai membasuh pinggan miliknya.

" Mama. " Adam duduk di sebelah Datin Sarah yang khusyuk menonton drama.

" Tengok cerita apa ni, ma? Khusyuk je nampak. " Tanya Adam sambil melentokkan kepalanya di bahu mamanya.

" Ni cerita Kerana Dia Jodoh Aku. Best cerita dia ni. Tapi sayang, perempuan tu jahat buat suami dia macam tu. Suami dia punya lah baik layan dia macam anak puteri raja, tapi perempuan tu haih! Geram mama! " [ Promote jap hohoho. ]

" Oh. Typical Malay drama. " Kata Adam dengan suara yang perlahan, takut didengari oleh mamanya.

" Mama, busy ke hari ni? " Tanya Adam yang ingin kacau mamanya menonton tv.

" Busy. Petang ni mama nak pergi rumah kawan mama. " Kata Datin Sarah sambil matanya masih fokus pada skrin tv.

" Adam nak ikut. Bosanlah duduk rumah. " Kata Adam.

" Tak pergi kerja ke? " Tanya Datin Sarah dengan pelik.

" Tak. Malas. " Kata Adam dengan selamba.

" Amboi kau. " Datin Sarah menolak kepada Adam yang berada di atas bahunya.

" Mama, Adam naik atas dulu lah. Nak tukar baju. " Kata Adam yang ingin mengelak daripada terkena serangan bebelan mamanya.

Adam berlari anak menaiki tangga menuju ke biliknya.

" Pandai kau mengelak. " Kata Datin Sarah yang tidak puas hati.

" Huish apa dah terjadi ni? " Datin Sarah kembali fokus menonton drama.

Adam menolak pintu biliknya. Biliknya masih sama seperti yang dia tinggalkan pada 4 bulan yang lepas. Ini kali pertama dia jejakkan kakinya ke dalam bilik tidurnya ini. Kali terakhir dia tidur di bilik ini ialah ketika malam pertama dia dan Hanna berkahwin dan lepas pada itu, dia tidak jejak lagi kakinya ke bilik ini.

Ketika dia dan Farisha berkahwin, mereka tidak tidur di biliknya kerana dia sengaja tidak mahu mengingati Hanna. Dia bawa Farisha tidur di bilik tetamu yang berada di sebelah biliknya.

Adam berjalan menuju ke arah almari baju yang menempatkan bajunya. Apabila pintu almari dibuka, terkejut dia apabila terdapat 3 pasang baju kurung berada di dalam almari tersebut.

Baju Hanna.

Adam mencapai sepasang baju kurung milik Hanna. Dibelek baju tersebut.

Baju ini, baju ketika Hanna pakai pada malam berinai.

Ya, dia ingat lagi semua itu.

Adam memandang baju tersebut. Kenapa hati dia rasa macam ini?

Tak tentu arah?

Ya, hati dia tak tentu arah apabila memegang baju ini.

Mungkin rindu?

' Tak! '

Adam menggeleng kepalanya laju-laju.

Tapi-

' Hanna, semua ni takkan terjadi kalau kau tak mulakan dulu. '

Kata Adam di dalam hati. Dia melempar baju tersebut ke atas lantai.

Kakinya melangkah ke arah katil. Dihempas badannya ke atas katil yang empuk itu. Mahu rehatkan badan seketika.

Dari pintu yang separuh terbuka, Datin Sarah sudah lihat semuanya. Dia tahu anaknya masih sayangkan bekas isterinya, tetapi fitnah.

Ya, fitnah yang dibuat oleh seseorang, membuatkan hubungan percintaan mereka terputus di tengah-tengah jalan.

Datin Sarah perlahan-lahan menarik pintu bilik Adam. Dia berjalan menuruni tangga.

Ya, dia perlu buat sesuatu supaya anak dan bekas menantunya kembali bersama. Dan dia mesti hapuskan menantu yang sedia ada sekarang ini.

✧✧✧✧

" Assalamualaikum! " Fatihah memberi salam apabila mereka berdua sudah sampai di hadapan pintu pagar rumah Puan Marina.

" Waalaikumussalam. " Kelibat Haziq yang membuka pintu menyapa pandangan mata mereka.

" Eh? Kak Ain dengan Kak Tihah datang sebab apa? " Tanya Haziq sambil membuka pagar untuk tetamunya.

" Umi Haziq ada dekat rumah? " Tanya Fatihah apabila mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

" Ada. " Haziq menolak pintu rumahnya.

" Jemputlah masuk. " Pelawa Haziq dengan sopan.

Fatihah dan Ain yang memimpin Asya mula melangkah masuk ke dalam rumah.

" Umi ada dekat dapur. Kejap Haziq pergi panggil. " Kata Haziq lalu berjalan ke arah dapur. Fatihah dan Ain duduk di atas sofa.

" Weh. Macam mana aku nak mulakan? " Tanya Ain dengan nada risau. Fatihah memandang Ain.

" Kau cakap jelah apa yang ada dalam kepala kau. Kalau kau tergagap-gagap macam orang gila, barulah aku masuk. " Kata Fatihah bagi menenangkan hati Ain yang gundah gulana itu.

" Ha, Ain, Tihah. Datang ni kenapa? Rasanya minggu lepas baru je datang. " Suara Puan Marina yang keluar dari dapur, membuatkan Ain dan Fatihah terkejut bagai nampak hantu.

" Assalamualaikum, aunty. " Fatihah mencium tangan Puan Marina dan diikuti oleh Ain.

" Aunty, kitaorang datang hari ini, ada sebab. " Fatihah memulakan percakapan.

" Sebab apa? " Tanya Puan Marina dengan hairan.

Hairan dengan perangai Fatihah dan Ain yang kelihatan takut-takut untuk menceritakan sebabnya.

" Kitaorang ingin beritahu perkara sebenar pada aunty. Pasal Hanna. " Kata Fatihah dengan takut-takut apabila menyebut nama Hanna.

Ain dan Fatihah bertambah takut apabila melihat perubahan wajah Puan Marina apabila nama Hanna disebut.

" Kalau pasal perempuan tu, aunty tak nak dengar. " Kata Puan Marina lalu bangun dari duduknya.

" Aunty! Kalau sebelum ini aunty tak bagi peluang kepada Hanna untuk terangkan perkara sebenar disebabkan aunty malu ada anak seperti dia. Jadi beri peluang kepada kami untuk terangkan perkara sebenar bagi pihak Hanna? "

Kata Ain dengan berani.

Puan Marina yang tadi ingin bergerak ke dapur, kaku mendengar kata-kata Ain itu.

Ain ingin meneruskan kata-katanya apabila melihat Puan Marina yang terdiam tanpa balasan akan kata-katanya itu tadi.

" Hanna difitnah. Hanna tak bersalah. Hanna dijadikan mangsa keadaan, aunty. Dia tak bersalah langsung. Dia tak buat semua tu. Orang-orang tu dengki dengan rumah tangga Hanna dan Adam. Diaorang tak puas hati sebab pujaan hati diaorang dah berkahwin. "

" Aunty tak tahu ke yang Hanna dipukul teruk oleh Adam? Adam pukul Hanna disebabkan fitnah ini. Dia pukul, seksa Hanna tanpa siasat terlebih dahulu. Adam macam syaitan. Dia seksa Hanna tanpa ada belas kasihan. "

" Kalau dengan mulut, semua orang boleh cakap, Ain. Sudah lah. Sia-sia je awak buat semua ni. " Kata Puan Marina lalu menyambung langkahnya ke dapur.

" Aunty. Saya ada bukti yang kukuh menunjukkan Hanna tidak bersalah. " Kata Ain dengan nada yang serius. Langkah Puan Marina terhenti.

" Apa buktinya? Awak jangan macam-macam Ain. Entah-entah awak palsukan bukti tu hanya semata-mata ingin kawan baik awak tu terlepas dari semua ini. Ingat Ain. Salah tetap salah." Kata Puan Marina lagi.

Ain dan Fatihah mengucap panjang mendengar kata-kata itu. Tak sangka sampai macam itu Puan Marina sudah termakan akan fitnah yang disebarkan oleh manusia yang berhati busuk itu

" Ni buktinya aunty. Saya tak akan buat macam tu sebab saya tahu Hanna tidak bersalah. " Kata Ain lalu meletakkan satu sampul surat yang tebal di atas meja.

" Hanna tidak bersalah? Dah dia main dengan lelaki tu, apa cerita? "

Terkejut semua yang berada di ruang tamu itu apabila satu suara kasar mencelah.

Semua menoleh ke arah pintu masuk.

" Adam. " Datin Sarah menegur anaknya yang bersikap tidak sopan itu.

" Adam, kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat Hanna. Aku boleh report polis tau. " Ugut Fatihah yang geram melihat wajah selamba Adam.

" Apa yang aku dah buat? Aku tak bersalah apa-apa pun. Kawan baik kau tu yang salah. Cari kayu balak. " Kutuk Adam.

Ain dan Fatihah mengetap bibir menahan geram.

" Adam, stop it! " Datin Sarah mula menaikkan suaranya apabila melihat Adam yang mula tidak hormat akan dirinya.

" Kak, saya minta maaf kerana dah dengar semua perkara ini. Kalau akak sibuk, saya balik dulu lah. " Kata Datin Sarah yang serba salah apabila menimbulkan kekecohan di rumah orang.

" Eh tak apa, aunty. Apa kata aunty dengar sekali perkara yang sebenar. " Fatihah mula mencelah.

" Perkara sebenar? " Tanya Datin Sarah yang tidak faham dengan kata-kata Fatihah itu.

" Perkara yang sudah terjadi dekat anak menantu aunty. Semuanya adalah fitnah aunty. Diaorang, eh tak bukan. Adam. Adam dah terhasut dengan fitnah-fitnah yang dibuat oleh orang-orang yang dia sendiri kenal. " Kata Fatihah dengan serius.

" Siapa orang tu? Kau jangan pandai-pandai buat cerita. " Kata Adam dengan nada mula meninggi.

" Orang tu sangat-sangat kau kenal. " Fatihah masih ingin bermain tarik tali dengan Adam yang mula kelihatan seperti cacing kepanasan.

" Siapa?! " Adam tidak dapat tahan lagi amarahnya. Terkejut Puan Marina dan Datin Sarah yang mendengar tengkingan Adam itu

" Kau nak tahu sangat kan? Ni! Ni orang yang hancurkan rumah tangga kau dengan Hanna. " Ain yang tidak sabar melepaskan geramnya mula melemparkan satu sampul surat di atas meja.

Semua mata tertumpu pada sampul surat tersebut.

" Buka lah. Tadi nak tahu sangat. " Sindir Fatihah.

Adam menjeling Fatihah lalu mengambil sampul tersebut. Dibuka sampul tersebut dengan berhati-hati.

Isi yang berada di dalam sampul surat itu, dikeluarkan. Dia memandang semua orang di situ.

' Kenapa hati aku berdebar-debar? Kalau betul lah kata-kata Fatihah dan Ain itu benar, apa aku nak buat? '

Adam perlahan-lahan melihat kertas yang berada di tangannya sekarang. Dibaca dengan teliti surat tersebut.

' Ini macam laporan. '

Kata Adam apabila membaca tulisan yang terdapat di dalam kertas tersebut.

" Aku upah orang untuk siasat semua ini. Aku bukan upah saja-saja tau. Aku upah sebab aku pelik dengan apa yang dah terjadi ni. Aku kenal Hanna. Lebih 10 tahun aku kenal dia. Dia bukan perempuan macam yang kau sangkakan. Dia bukan macam tu. "

" Bila aku minta orang siasat semua ini, aku dapat jawapannya. Rupanya, memang betul tekaan aku. Hanna tidak bersalah. Dia dianiayai. Dia dijadikan mangsa keadaan. Dia difitnah oleh orang-orang yang kau dan dia kenal. Orang tersebut tidak puas hati dengan perkahwinan kau dan Hanna. Lagi-lagi Hanna tu perempuan idamannya. " Cerita Ain. Dia melihat Adam yang tekun membaca laporan yang orang siasatannya laporkan.

" Siapa orang tu? " Tanya Datin Sarah yang ingin tahu siapa dalang semua rancangan ini.

" Aunty, boleh duduk dulu? Saya takut aunty jatuh bila dengar semua ini. " Kata Fatihah sambil memegang bahu Puan Marina dan Datin Sarah. Mereka berdua mula duduk di atas sofa.

" Siapa, Ain? " Tanya Puan Marina.

Fatihah tersenyum kecil ke arah Ain. Ain menyembunyikan senyumannya.

" Aunty, kalau nak tahu, orang tersebut mempunyai rakan subahat. Dan rakan subahat dia adalah orang yang aunty dan Adam kenal-kenal sangat. " Fatihah mula bermain tarik tali dengan semua di situ. Saja ingin melihat wajah sorang-sorang yang kepanasan ingin tahu perkara sebenar.

" Boleh tak kau jangan nak berkias-kias. Bagitahu je semua! " Marah Adam.

Fatihah tersenyum sinis.

" Isteri kau, Farisha. Puas hati? " Kata Fatihah dengan nada menyampah. Dia suka melihat wajah Adam yang terkejut mendengar perkara tersebut.

" Maksudnya, Farisha tu rakan subahat? " Tanya Datin Sarah yang ingin kepastian.

Ain mengangguk laju.

" Ya, aunty. Dia rakan subahat orang tersebut. " Kata Fatihah dengan bersungguh.

" Mama dah agak, Adam. Mama dah lama tak berkenan dengan isteri kamu tu. " Kata Datin Sarah.

Adam hanya diam merenung kertas di tangannya.

" Dah tu, siapa dalang semua perbuatan ini?" Tanya Puan Marina pula.

Fatihah dan Ain memandang antara satu sama lain lalu mata mereka memandang Adam yang turut memerhatikan gerak-geri mereka berdua.

" Kawan kau, Adam. Qayyim " Kata Fatihah.

Adam terdiam mendengar kata-kata Fatihah. Walaupun dia dah baca di dalam laporan tersebut, tetapi dia masih ingin mendengar dari mulut seseorang. Dia tak percaya semua ini.

" Aku tak percaya. Ayyiem takkan buat macam tu lah! Kau jangan disebabkan ingin mempertahankan kawan baik kau tu, kau pergi sabitkan kawan aku pula! " Marah Adam yang tidak dapat menerima hakikat.

" Adam. " Datin Sarah menenangkan anaknya.

" Eh? Kau ingat aku suka-suki ke tuduh kawan kau tu? Kalau dia tak buat semua ini, aku takkan suka-suki lah sebut nama dia tu. Geli tekak aku nak sebut nama dia tu. " Kata Fatihah dengan sinis.

" Dah! Buang masa aku dengar cerita rekaan kau ni! " Kata Adam lalu melempar kertas tersebut pada Ain yang berada di hadapannya. Dia bangun dari duduknya lalu keluar dari rumah tersebut.

" Eh dia ni. Aku cakap perkara yang betul. " Bebel Fatihah dengan geram.

" Maafkan anak aunty tu ye? Dia tu tak dapat terima hakikat lah yang Hanna tidak bersalah. " Kata Datin Sarah dengan selamba.

" Tak apa aunty, biasalah tu. " Balas Ain dengan lembut.

Ain memandang wajah Puan Marina. Seperti dirinya baru tersedar akan kesilapannya.

" Apa kata, Ain cerita lagi perkara yang sebenar? Aunty tahu dah Hanna tidak bersalah, tetapi aunty masih nak tahu juga apa yang dah terjadi. Apa yang kawan Adam tu dah lakukan pada Hanna dan Adam. " Datin Sarah memegang tangan Ain.

Ain tersenyum. Dia mengutip kertas yang Adam baling ke arahnya tadi lalu dihulurkan kepada Datin Sarah.

" Bukti-bukti semua ada dalam ni. Gambar-gambar, bukti panggilan masuk dari telefon milik Qayyim dan Farisha, dan macam-macam lagi. " Terang Ain.

Datin Sarah membelek-belek kertas tersebut, membaca sekadar sepintas lalu.

" Jadinya, Hanna memang tidak bersalah? " Semua mata tertumpu pada Puan Marina yang tiba-tiba bersuara.

Fatihah berjalan menuju ke arah Puan Marina.

" Ya, aunty. Hanna tak bersalah langsung. Dia hanya dijadikan mangsa keadaan. Farisha minat Adam. Qayyim minat Hanna. Itulah yang terjadi sekarang ni. Hanya disebabkan fitnah manusia. " Kata Fatihah sambil memeluk bahu puan Marina.

Puan Marina memeluk badan Fatihah. Terkejut Fatihah dibuatnya. Bertambah terkejut apabila terdengar esakan halus milik Puan Marina.

" Aunty- " Fatihah menyentuh belakang badan Puan Marina.

" Aunty banyak berdosa dengan Hanna. Ya Allah, jahatnya aunty. Kenapa aunty bodoh pergi percayakan fitnah tu? Kenapa aunty tak percaya cakap Hanna? Tak, betul cakap Haziq, aunty tak pernah bagi peluang pada Hanna untuk terangkan bagi pihaknya. Allah, anak aku. Hanna,maafkan umi. Umi bersalah, nak. " Kata Puan Marina dengan esakan yang makin menjadi-jadi.

Fatihah menepuk perlahan belakang Puan Marina, bagi menenangkan perasaan wanita tua tersebut.

" Tolong, Tihah. Bagi tahu aunty, mana Hanna berada sekarang. Aunty nak jumpa anak aunty. Aunty bersalah. " Puan Marina meleraikan pelukan dan memandang wajah Fatihah. Dia tahu, Fatihah tahu di mana keberadaan anak perempuan tunggalnya itu.

" Maafkan saya, aunty. Saya tak boleh. " Kata Fatihah dengan serba salah. Bukan dia sengaja tidak mahu katakan di mana keberadaan Hanna, tetapi ini semua atas permintaan Hanna. Dia tak mahu sesiapa tahu di mana dia berada sekarang, termasuklah, keluarganya.

" Tihah. " Puan Marina memujuk Fatihah. Fatihah menjadi serba-salah pula. Dia pandang Ain.

Patutkah dia?

" Aunty, apa kata kita tunggu je Hanna balik sini? Tak silap saya, Hanna cakap dia nak balik sini bulan depan. " Ain membalas bagi membantu Fatihah yang kekeringan ayat.

" Betul cakap Ain tu, kak. Kita bagi Hanna masa tenangkan fikiran dia, okey? Hanna dah cukup terseksa dengan permainan keji manusia durjana itu. " Pujuk Datin Sarah pula. Dia memeluk bahu Puan Marina. Puan Marina akhirnya bersetuju dalam keterpaksaan.

Dia betul-betul ingin jumpa anaknya sekarang. Hatinya tidak tenang apabila dapat tahu yang anaknya tidak bersalah. Kejamkan dia?

" Ain, aunty pinjam bukti ni boleh? Aunty nak 'basuh' menantu 'kesayangan' aunty dengan bukti ni. " Kata Datin Sarah.

Ain tergelak kecil mendengar suara menyampah Datin Sarah apabila menyebut Farisha menantu kesayangannya.

" Ambik jelah Aunty. Saya dah ada copy. " Kata Ain.

" Ha yelah. " Datin Sarah melipat kertas tersebut lalu memasukkan nya dalam sampul.

" Pasal perempuan tu, biar aunty uruskan. Tahulah macam mana aunty nak 'basuh' dia cukup-cukup " kata Datin Sarah dan senyuman lain macam tersinggung di bibirnya.

Ain dan Fatihah mengangguk setuju.

' Alhamdulillah. Hanna, semuanya dah selesai. '

Cuma yang tinggal ialah, Qayyim.

Apa yang perlu dia buat supaya lelaki itu mengaku kesilapannya?

✧✧✧✧

Qayyim memandang tajam seseorang yang bersama dengan seorang lelaki, tidak jauh darinya.

" Kat sini rupanya kau. " Katanya lalu tersenyum sinis. Dia menghampiri orang tersebut apabila melihat dia keseorangan.

" Hello baby. "

Qayyim tersenyum gembira apabila melihat muka terkejut orang tersebut.

✧✧✧✧

" Giliran awak lambat lagi, saya nak pergi beli makanan sekejap. Awak nak ikut atau nak tunggu sini? "

Hanna tersenyum manis mendengar pertanyaan Syafit.

"Awak pergi lah. Saya tunggu dekat sini je. " Kata Hanna dengan lembut.

Hatinya yang dulu kosong, kini bagai sudah terisi kembali dengan kebahagiaan yang disalurkan oleh Syafit dan Shahrizat.

Sekarang mereka berdua berada di hospital untuk memeriksa kandungannya yang sudah masuk 3 bulan 1 minggu.

Hanna menghantar kelibat Syafit menuju ke arah lif, dengan senyuman di bibirnya.

" Hello, baby. "

Hanna menoleh ke belakang apabila terdengar suara betul-betul di belakangnya.

Senyumannya mati melihat gerangan orang tersebut.

" Kenapa buat muka macam tu? Tak suka ke dapat jumpa I? " Tanya orang tersebut.

" Oh, stop. Sebelum you tanya, biar I jawab. I datang sini semata-mata nakkan you. " Kata Qayyim sambil tersenyum sinis.

Hanna merenung tajam wajah Qayyim. Meluat dia melihat senyuman lelaki itu.

" Kau tak puas hati apa lagi ni? Kau dah hancurkan rumah tangga aku kan? " Hanna mula meninggikan suara. Tidak hirau lagi orang disekelilingnya.

" Oh, you dah tahu eh? Benda simple je, aku nak kau. " Kata Qayyim dengan serius.

" Gila. " Kata Hanna lalu berjalan meninggalkan Qayyim.

" Hanna. Kau kena ingat. Apa dah aku buat dekat rumah tangga kau dengan Adam, untuk dapatkan kau. Tiada sesiapa boleh halang aku dan tiada sesiapa boleh dapatkan kau melainkan aku. " Kata Qayyim membuatkan langkah Hanna mati.

Hanna ketawa sinis mendengarnya.

" Tapi malangnya, kau pun takkan dapat aku. " Kata Hanna dengan sinis.

" Kenapa? Sebab lelaki dan budak tu ke? " Tanya Qayyim sambil tersenyum sinis.

Hanna memeluk tubuhnya lalu pusing memandang Qayyim.

" Dalam urusan ini, tiada penglibatan diaorang. " Balas Hanna dengan serius.

Dia sebenarnya takut, takut Qayyim apa-apa kan Shahrizat.

" HAHAHAHAH! Tapi, sayang, aku akan libatkan diaorang dalam urusan ini juga. " Kata Qayyim dengan gelakkan sinis. Hanna menggengam tangannya kemas.

" Diaorang tiada kena mengena. Tolong jangan libatkan diaorang. " Kata Hanna dengan serius. Dia betul-betul tak nak libatkan Syafit dan Shahrizat dalam masalahnya dengan Qayyim.

" Oh, tolong? You minta tolong I? " Tanya Qayyim sambil tersenyum sinis memandang Hanna.

Hanna terdiam tanpa membalas. Dia dah terlepas cakap ke?

" Okey, I takkan libatkan diaorang, tapi dengan syarat- "

Hanna memandang Qayyim dengan tajam. Menyampah apabila lelaki itu sengaja mematikan ayatnya.

" Dengan syarat, kau kena jauhi diaorang kalau tak nak tengok diaorang mati depan mata kau. " Kata Qayyim sambil tergelak kecil di hujung ayatnya.

Hanna mengetap bibirnya dengan geram. Syarat paling mengarut dia pernah dengar selama dia hidup 25 tahun ini.

" Ingat Hanna. Aku nampak dia dengan kau, dia akan mati. " Kata Qayyim.

" Kau- "

" Hanna. "

Hanna menoleh ke belakang apabila suara yang sangat dia kenali memanggilnya.

" Kenapa tak masuk lagi? Nurse dari tadi panggil nama awak. " Kata Syafit yang baru datang bersama satu plastik di tangannya.

" Saya- " Hanna pusing ke hadapan kembali.

Kosong.

Qayyim sudah tiada.

" Awak apa? " Tanya Syafit pelik dengan perangai Hanna itu.

Hanna pusing memandang Syafit kembali. Dia tersenyum manis kepada Syafit lalu menggeleng kepalanya.

" Tak ada apa-apa lah. " Sangkal Hanna dengan laju.

" Nurse dah panggil tu. Awak pergi lah masuk. " Arah Syafit.

" Okey. " Hanna berjalan ke arah bilik rawatan tanpa menoleh lagi ke arah Syafit. Dia takut, takut Syafit mengesan keberadaan Qayyim sebentar tadi. Dan juga dia takut, Syafit mengetahui perkara yang dibincangkan oleh nya dan Qayyim tadi. Lebih baik dia diamkan dahulu.

" Hanna. "

Terkejut dia apabila terdengar suara garau milik Syafit.

Ada iras-iras suara Qayyim.

" Ye? " Hanna pusing memandang Syafit.

" Awak tertinggal buku rekod kesihatan awak. " Kata Syafit sambil menunjukkan buku rekod kesihatan milik Hanna.

" Oh? Hahaha, tak perasan lah pula. " Kata Hanna sambil ketawa kekok dia menghampiri Syafit.

Hanna mengambil buku di tangan Syafit, tetapi Syafit tidak lepaskan ia.

Hanna mula menggelabah apabila Syafit merenungnya tajam.

" Syafit, nurse dah- "

" Awak ada sorokkan sesuatu dari saya? "

Terkejut Hanna mendengar soalan tersebut. Terasa sesak dadanya ingin menarik nafas.

" Ssoso- sorok apa ni?! " Tanya Hanna dengan kasar lalu merampas buku tersebut dari tangan Syafit.

Kali ini Syafit pula yang terkejut dengan perangai Hanna yang tiba-tiba berubah. Dia menghantar kelibat Hanna memasuki bilik rawatan.

" Apa dah terjadi semasa aku tak ada tadi? " Tanya Syafit dengan hairan. Dia terduduk di atas kerusi sambil menunggu Hanna selesai.

✧✧✧✧

" Kau rasa, selesai ke masalah ni? " Tanya Fatihah apabila Ain sedang fokus memandu keretanya.

" Insha Allah. Masalah Hanna dan umi dia dah selesai. Masalah fitnah pun dah selesai. Sekarang cuma tinggal, masalah Qayyim. " Kata Ain. Keluhan dilepaskan.

Berat.

Macam dia pula yang jadi mangsa keadaan.

" Agak-agak, Qayyim pergi mana 7 hari tu? " Tanya Fatihah. Pertanyaan Fatihah membuatkan Ain memberhentikan keretanya dengan mengejut di bahu jalan.

" Kau dah kenapa ni? " Tanya Fatihah yang kecut perut apabila kereta-kereta di belakang keretanya tadi menekan hon kerana perbuatan Ain yang secara mengejut itu tanpa memasang lampu isyarat ke kiri.

" Tihah, kau fikir apa yang aku fikirkan sekarang? " Tanya Ain sambil memandang Fatihah di sebelah nya.

" Fikir apa? " Tanya Fatihah.

" Soalan kau tadi. Kau tak terfikir? " Tanya Ain. Fatihah terdiam seketika.

" Maksud kau, pasal Qayyim tak ada 7 hari dekat sini, sebab dia pergi- OMG! " Fatihah menekup mulutnya.

Ain menyandar pada kerusi.

" Macam mana ni? " Tanya Ain.

" Pandu balik rumah sekarang. " Arah Fatihah.

" Kenapa? Tak jadi ke nak gi kedai ni? " Tanya Ain.

" Tak jadi. Patah balik. Aku ada plan. " Kata Fatihah dengan serius.

" Okey. " Jawab Ain lalu menekan pedal minyak.

✧✧✧✧

" Kamu nak pergi mana tu? " Tanya Datin Sarah apabila melihat Adam bersiap-siap untuk keluar dari rumah.

" Nak pergi jemput Farisha dekat airport. " Balas Adam dengan nada yang mendatar.

Datin Sarah tahu yang Adam masih marahkan pasal semalam.

" Hah baguslah. Bawa dia balik sini. Malam ni tidur dekat sini. Mama masak sedap-sedap. " Kata Datin Sarah dengan nada yang gembira. Dia sengaja buat-buat gembira kerana dia mahu pujuk Adam tidur di sini malam ni. Dia mahu selesaikan semuanya pada malam ini juga.

Adam hanya mengangguk lalu keluar dari rumah mamanya itu.

" Kenapa tiba-tiba? " Tanya Adam dengan pelik. Hairan kerana mamanya seperti gembira mendengar kepulangan Farisha.

Adam masuk ke dalam keretanya.

" Kalau aunty nak tahu, orang tersebut mempunyai rakan subahat. Dan rakan subahat tersebut orang yang sangat aunty dan Adam kenal. "

" Isteri kau, Farisha. Puas hati? "

" Maksudnya Farisha tu rakan subahat? "

" Ya, aunty. Dia rakan subahat orang tersebut. "

Adam meraup kasar mukanya. Betul ke? Sahih ke bukti itu?

Kalau betul, apa yang perlu dia lakukan?

Allah.

✧✧✧✧

" Hanna! "

Hanna melajukan lagi langkahnya apabila seseorang memanggil namanya.

Dia tak nak jumpa orang tu!

" Hanna! "

Hanna menoleh ke belakang untuk melihat orang tersebut.

" Argh! "

' Ya Allah selamatkanlah anak aku. '

Dunia bagaikan tidak berputar lagi. Semuanya kaku. Antara dia dan orang tersebut.

" Awak tak apa-apa? " Tanya orang tersebut.

Hanna tersedar dari alam mayanya. Dia cepat-cepat menolak dada orang tersebut supaya melepaskan pelukan di pinggangnya.

Apa dah terjadi tadi?

' Astaghfirullahalazim. Ampunkan aku, ya Allah. '

Istighfar dia di dalam hati.

Nasib baik Syafit sempat tahan dia daripada terjatuh, kalau tak- na'uzubillah.

" Kenapa awak larikan diri dari saya? " Tanya Syafit.

" Ssa- saya nak berdikari, Syafit. " Jawab Hanna dengan spontan.

" Tapi, perlu ke sampai tak jawab call saya? " Tanya Syafit dengan nada yang menunjukkan dia sangat-sangat lah risau dengan kelakuan Hanna itu.

" Saya, tak bawa telefon. " Jawab Hanna lagi.

Syafit mengeluh.

" Kenapa awak jadi macam ni? " Tanya Syafit.

" Jadi macam mana? Syafit, kalau awak nak tahu, inilah diri saya yang sebenar. " Jawab Hanna dengan selamba.

" Tapi- "

" Tapi apa lagi?! Ini memang diri aku! Yes, aku pergunakan kau je selama ini. Kau kena ingat, sekali aku kena permain kan oleh lelaki, aku akan balas. Tak kena di tuan dia, kena dekat kau pun jadilah. " Kata Hanna dengan ketawa sinis di hujung ayat nya.

Syafit menggengam tangannya.

'Sabar Syafit, pasti ada yang tak kena ini.'

Bisiknya di dalam hati.

Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Dia menarik lengan Hanna yang berbalut dengan baju lalu diletakkan sesuatu di atas tangan gadis tersebut.

" Esok dah boleh start. Semoga awak berbahagia dengan kehidupan baru awak ini. " Kata Syafit lalu meninggalkan Hanna yang terpinga-pinga melihat Syafit.

Dia melihat satu kertas di tangannya.

" Jawatan kosong? " Hanna terdiam membaca ayat tersebut. Syafit carikan dia kerja kosong? Tapi kenapa di resort?

'Haih, ni buat aku makin serba salah dengan dia ni. Maafkan saya, Syafit. Saya terpaksa.'

Hanna menggigit bibirnya. Dia simpan kertas tersebut di dalam beg tangannya. Nanti-nantilah dia fikirkan balik kerja tu.

✧✧✧✧

Fatihah hanya diam memerhati makanan di hadapannya. Sungguh pasta dihadapannya tidak nampak menyelerakan.

" Kenapa tak makan, sayang? Tak sedap ke? " Tanya Aiman apabila melihat Fatihah bermain-main dengan makanan.

Fatihah mengeluh.

" Kenapa perlu awak ikut? " Tanya Fatihah dengan lemah.

" Apa salahnya? Saya kan tunang awak. " Kata Aiman dengan selamba. Dia menyuap spaghetti Carbonara ke dalam mulutnya.

" Tapi- Haih! " Fatihah mendengus perlahan.

Ini semua salah ibunya. Tengah hari tadi, di menelefon ibunya untuk meminta kebenaran pergi ke Kuala Terengganu. Tak sangka pula ibunya bagi dia pergi dengan selamba je dan rupanya dia telah call Aiman untuk mengikuti nya sekali.

Nasib lah labu.

" Tihah. " Ain yang bersama Asya pergi ke tandas, sudah kembali.

" Apa? " Tanya Fatihah dengan lemah.

" Flight kita lagi setengah jam. Cepatlah makan tu. " Kata Ain sambil menyedut minuman nya.

" Aku tak selera. Nah, Asya. Makanlah. " Fatihah menolak makananya kearah Asya.

" Asya nak? " Tanya Ain.

Asya mengangguk laju. Tersenyum Ain. Suka melihat Asya yang berselera apabila makan. Sekurang-kurangnya dia tahu yang anaknya itu sudah sihat. Kalau tak, dulu nak suruh makan pun macam ajak berperang.

" Awak nak pergi mana? " Tanya Fatihah apabila Aiman tiba-tiba bangun.

" Nak ke tandas kejap. " Jawab Aiman lalu berjalan ke arah tandas.

" Ain. "

" Hurm? "

" Kau tak kisah? " Tanya Fatihah dengan perlahan. Ain mendongak memandang Fatihah.

" Tak kisah apa pula ni? " Tanya Ain.

" Aiman ikut kita? " Tanya Fatihah. Dia tunduk serba salah.

" Oh. Ingat apa lah tadi. " Ketawa Ain kecil.

" Aku tak kisah pun sebab kalau ada Aiman, aku rasa dia boleh jaga kita dekat sana. " Kata Ain. Dia mengelap mulut Asya yang comot makan pasta.

" Oh. " Hanya itu yang dibalas oleh Fatihah. Dia termenung memandang ke luar tingkap KLIA.

" Panggilan terakhir. Jom? " Fatihah dan Ain mendongak memandang Aiman yang baru tiba.

" Ah, okey jom, Asya. " Ain menurunkan Asya dari kerusi.

" Jom Asya, dengan uncle Im? " Aiman menghulur tangannya pada Asya.

Asya dengan gembira menyambut huluran tersebut.

" Hah, biar saya bawa. " Kata Aiman lalu merampas beg roda milik Fatihah. Dia dengan selamba berjalan ke hadapan bersama dengan Asya dan beg roda milik Fatihah.

" Hish! " Rungut Fatihah dengan geram. Dia memandang tajam Aiman yang sudah jauh ke hadapan.

" Dia nak pujuk kau lah tu. Dah lah marah dia. " Kata Ain dengan senyuman penuh makna lalu ikut melangkah pergi dari kafe tersebut.

" Haih! " Keluhan dilepaskan. Dia turut meninggalkan kafe tersebut.

✧✧✧✧

" Baby, kenapa pergi rumah mama? " Tanya Farisha dengan tidak puas hati apabila mendengar hasrat Adam yang ingin singgah ke rumah mamanya.

" Mama nak jumpa you, dia dah masak sedap-sedap untuk you tau. " Kata Adam lalu memberi senyuman manis kepada Farisha. Farisha memeluk tubuhnya.

" I rasa, mama dah boleh terima you lah. " Kata Adam lagi.

" I tak percaya. " Kata Farisha.

Adam memandang sekilas isterinya di sebelah.

'I pun tak percaya dengan you.'

Bisik Adam di dalam hati. Kata-kata Fatihah dan Ain asyik bermain di kepalanya.

" Ikut suka hati you lah. " Sudah malas Adam melayan Farisha.

Farisha mendengus geram apabila Adam tidak melayannya.

5 minit suasana di dalam kereta itu tegang semacam. Akhirnya mereka sudah sampai di perkarangan rumah agam milik Dato' Nasir dan Datin Sarah.

" Turun. " Arah Adam sambil melonggarkan tali pinggang keledar yang melekat di badannya apabila sudah matikan enjin kereta.

" Tak nak. " Protes Farisha.

Adam mengeluh perlahan.

" You, kita dah sampai ni, turunlah cepat. " Adam memujuk Farisha dengan nada menyampah. Dia tidak rela.

" Tak nak juga. " Farisha masih berdegil.

" Tu mama dah keluar tu. " Adam mula kalut keluar dari keretanya.

" Mama. " Adam mendapatkan mamanya.

" Ha tu dah kenapa pula? " Tanya mama sambil melihat Farisha yang masih berada di dalam kereta.

" Biasalah ma, perangai dia. Pedulikan dia ma, jom kita masuk. " Kata Adam lalu menolak lembut mamanya masuk ke dalam rumah.

" Eeee! Tak guna! " Marah Farisha yang ditinggalkan di dalam kereta. Dia mengipas wajah nya.

" Panaslah pula. " Keluh Farisha yang kepanasan di dalam kereta. Dia memandang pintu rumah yang terbuka luas.

'Nak masuk ke tak nak?'

Farisha berbelah bahagi. Dia mengelap peluh yang mengalir di lehernya.

" Haih! Panas! " Farisha membuka pintu kereta milik Adam dengan kasar.

" Aduh! "

Terkejut Farisha apabila seorang lelaki menggosok badannya. Mungkin terkena pintu kereta yang dia tolak dengan kasar tadi.

" Tak nampak ke orang- " Lelaki itu terkejut memandang wajah Farisha. Farisha turut terkejut melihat lelaki tersebut berada di hadapannya.

" Sorry, I tak nampak. " Kata Farisha dengan lembut. Dia menyelit rambutnya ke belakang telinga.

Lelaki di hadapannya begitu kacak sekali. Dengan tubuh badan yang tegap dan sasa. Cukup menarik untuk di pandang.

Lelaki itu tersenyum manis.

" Tak apa. Kena banyak kali pun, I tak kisah kalau orang yang buat tu cantik macam you ni. " Kata lelaki itu dengan senyuman gatal di bibirnya.

Farisha ketawa gedik.

" You nak keluar ke? Meh I tolong. " Kata lelaki itu lalu menghulurkan tangannya ke arah Farisha.

" Thanks. " Ucap Farisha lalu menyambut huluran tersebut.

" Welcome. Your name? " Tanya lelaki tersebut.

" Farisha. " Kata Farisha dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

" Oh, beautiful name like you. " Puji lelaki itu. Farisha tersenyum kecil.

" Nama I- "

" Zafrel? "

Terkejut Farisha dan lelaki itu apabila suara garau mencelah di antara perbualan mereka. Mereka menoleh ke arah pintu rumah.

Adam berjalan menuju ke arah mereka.

Farisha cepat-cepat melepaskan pegangan tangan milik lelaki itu di tangannya.

" Bila kau sampai, Yiel? " Tanya Adam.

" Baru je. Kau sihat, Dam? " Tanya Zafrel.

" Alhamdulillah, macam ni lah. " Balas Adam. Dia memandang Farisha di sebelah Zafrel.

" Tak nak masuk ke? Mama panggil you. " Kata Adam pada Farisha. Zafrel memandang Farisha.

" Oh Yiel. Ni lah isteri aku. " Adam memperkenalkan Farisha pada zafrel yang pelik memandang Farisha dan Adam bersilih ganti.

" Oh. Tapi kenapa lain? Aku rasa masa aku datang ke majlis perkahwinan korang, isteri kau pakai tudung kan? " Tanya Zafrel.

Adam terdiam mendengar.

" Ah, hurm- "

" Yang itu isteri pertama Adam tapi dah bercerai. " Farisha jawab bagi pihak Adam yang tergagap-gagap untuk menerangkan perkara sebenar.

" Oh patutlah. " Zafrel mengangguk faham tanpa bertanya dengan lebih lanjut.

" Eh, jom lah masuk. Mama aku ada kat dalam tu. " Ajak Adam. Zafrel tersenyum manis.

" Tak apalah Adam. Aku datang sebab mummy aku kirimkan ini pada keluarga kau. Kirim salam aku dan mummy aku pada keluarga kau tau. " kata Zafrel lalu menghulurkan beg kertas pada Adam.

" Terima kasih. InshaAllah. Kirim salam dekat mummy kau juga. " Balas Adam.

" InshaAllah. Aku balik dulu. Assalamualaikum. " Zafrel melangkah keluar dari kawasan rumah agam itu.

" Waalaikumussalam. " Jawab Adam dengan perlahan.

" Zafrel tu ada kena mengena ke dengan keluarga you? " Tanya Farisha yang ingin tahu hubungan Zafrel dengan Adam.

" Dia kawan rapat I dari sekolah rendah lagi. Mana tak rapatnya, pagi, petang malam asyik jumpa sebab kitaorang berjiran. Cuma masa sekolah menengah kitaorang mula renggang dan kitaorang jumpa balik masa dekat Universiti. " Terang Adam sambil tersenyum kecil.

Zafrel ialah kawan pertamanya. Aiman apatahlagi. Dari kecil berjumpa. Dalam hidupnya, dia hanya mempunyai 3 orang kawan baik. Zafrel, Aiman dan Qayyim. Dia hanya selesa dengan mereka bertiga.

" Jom lah masuk. I panas. " Kata Farisha sambil mengipas wajah nya.

" Aik? Tadi tak nak masuk. " Perli Adam lalu berjalan meninggalkan Farisha.

" Huh! " Dengus Farisha kasar. Dia ikut Adam masuk ke dalam rumah.

" Apa yang lama sangat dekat luar tu ha? " Tanya Datin Sarah apabila melihat kelibat Adam masuk ke dapur.

" Yiel datang tadi. Berbual-bual sikit dengan dia sebab tu lah lama. " Kata Adam. Dia letak beg kertas di atas meja dapur.

" Yiel? Zafrel ke? Asal kamu tak ajak dia masuk rumah? " Tanya Datin Sarah.

" Dah ajak tapi dia tolak. Dia datang pun sebab mummy dia kirim sesuatu dekat mama. " Kata Adam.

Datin Sarah menghampiri anaknya itu.

" Apa dia? " Tanya Datin Sarah. Adam mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Biarlah dulu. Sekarang tolong mama angkat lauk-pauk ni letak dekat meja luar. " Arah Datin Sarah. Dia simpan beg kertas tersebut di dalam kabinet dapur.

Adam hanya patuh dengan arahan mamanya itu.

" Isteri kamu mana? Tak masuk lagi ke? " Tanya Datin Sarah dengan dingin.

" Dah masuk. Dia duduk dekat ruang tamu tu hah. " Kata Adam. Dia mengangkat pinggan mangkuk yang berisi lauk-pauk ke ruang makan.

" Amboi, kau! Siap aku kerjakan kau nanti. Kau tengok lah apa nasib kau kejap lagi. " Kata Datin Sarah sendirian. Dia membawa dulang minuman ke ruang makan.

" Panggillah isteri kamu tu mari makan. Kejap lagi papa balik. Mama nak bincang sesuatu dengan papa kamu tu. " Kata Datin Sarah sambil tangannya lincah menyenduk nasi ke dalam pinggan.

" Okey. " Adam berjalan menuju ke arah ruang tamu. Farisha yang berada di sofa dihampiri.

" Chat dengan siapa sampai tersenyum lebar macam tu? " Pertanyaan Adam membuatkan Farisha terkejut lalu menyembunyikan telefonnya di bawah pahanya.

" Tak adalah. Dengan kawan I. Mama you mana? I nak jumpa lah. " Farisha mengalihkan topik. Dia bangun lalu menarik Adam ke arah dapur.

" Mama. " Farisha menghampiri Datin Sarah yang sudah duduk di meja makan.

" Sihat? " Tanya Datin Sarah sekadar memaniskan keadaan.

" Alhamdulillah. Sihat. " Balas Farisha.

" Hah, duduklah. Kita makan sama-sama. " Kata Datin Sarah dengan senyuman manis yang palsu terukir di wajahnya.

Adam dan Farisha mula duduk di hadapan Datin Sarah.

Mereka makan tengahari bersama-sama tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut mereka.

✧✧✧✧

Hanna menyarungkan tuala pada kepalanya apabila terdengar ketukan di pintu yang tidak henti-henti.

" Ye, ye. Kejap. " Hanna kalut membuka kunci di pintu hotel.

" Aunty! "

Terkejut Hanna apabila pintu dibuka, seorang anak kecil datang memeluknya.

" Shah. " Hanna membalas pelukan Shahrizat. Sudah 2 hari dia tidak berjumpa dengan Shahrizat. Rindu mula bertandang di dalam hati nya.

" Kenapa aunty tak jumpa dengan Shah? " Tanya Shahrizat dengan suara yang serak. Hanna merenung wajah Shahrizat. Mata anak kecil tersebut sembab seperti baru lepas menangis.

" Maafkan saya, Hanna. Shah nak jumpa awak sangat-sangat. Saya terpaksa baw- "

" Tak apa. " Potong Hanna. Dia tidak suka dengar kata-kata yang membuatkan dirinya terasa serba salah. Lagipun, dia masih malu dengan kata-katanya kepada Syafit, semalam.

" Aunty, papa ada nak tunjukkan sesuatu untuk aunty. Kan papa? " Kata Shahrizat. Hanna memandang Syafit.

" Saya nak pinjam awak buat kali terakhir. Boleh? " Tanya Syafit dengan lembut. Hanna terdiam seketika.

" Boleh lah aunty. " Pujuk Shahrizat.

Hanna tersenyum lalu mengusap rambut Shahrizat.

" Okey. Bagi aunty 5 minit. " Kata Hanna. Shahrizat bersorak gembira. Syafit tersenyum kecil.

" Okey. Jom Shah. Kita tunggu aunty dekat lobi. " Ajak Syafit. Shahrizat bersetuju. Mereka mula meninggalkan bilik Hanna. Hanna menutup pintu biliknya.

" Kali terakhir. Ingat Hanna, ini demi keselamatan Syafit dah Shahrizat. " Hanna sudah nekad. Dia mula bersiap cepat.

✧✧✧✧

" Wah! Bau keropok lekor lah! " Jerit Ain dengan gembira. Tidak ingat yang dia berada di negeri orang.

" Asal kau bawa sekali jakun kau tu datang sini? " Fatihah menahan malu apabila beberapa pasang mata melihat ke arah mereka.

" Ceh! Mentang-mentang lah tunang dia ada sekali, terus cover perangai dia yang sebenar. " Kata Ain yang tidak puas hati. Fatihah menampar lengang Ain.

" Mama, mummy. Asya main air tadi. " Kata Asya dengan gembira apabila dapat bermain air bersama dengan Aiman.

" Wahh! Best tak? " Tanya Ain.

" Best! " Asya mengangkat ibu jarinya tanda best.

" Mana satu mummy, mana satu mama ni? " Tanya Aiman. Dia duduk di hadapan Fatihah.

Fatihah menjeling tajam Aiman. Masih marah akan lelaki itu. Dia menyedut ABC miliknya.

" Mama tu aku. Mummy tu yang sedang jeling sampai juling tu ha. " Kata Ain mengusik Fatihah. Fatihah memijak kaki Ain.

" Aduh! " Ain mengaduh kesakitan.

" Garang mummy pun. Kalau tu mummy Asya, ni maksudnya daddy Asya lah kan? " Tanya Aiman sambil menunjukkan dirinya sendiri. Dia tersenyum lebar.

Fatihah menggulingkan matanya tanda menyampah dengan Aiman.

" Yeay! Asya ada papa dan daddy! " Sorak Asya dengan gembira. Ain tersenyum manis.

Kesian melihat nasib Asya.

" Hurm, macam mana nak cari Hanna. " Kata Ain lalu mengeluh kecil.

" Haih kau ni. Sekali dengan bengap kau bawa ke sini? Telefon kan ada bengap. Telefonlah dia. " Kata Fatihah dengan selamba.

Ain menjuihkan bibirnya.

" Kejap aku call dia. " Kata Ain lalu mengambil telefonnya yang berada di dalam beg.

" Hello Hanna? "

Semua mata tertumpu pada Ain.

" Kau tengah buat apa sekarang ni? " Tanya Ain.

" Oh. Hurm kau tinggal dekat mana sekarang ni? " Tanya Ain lagi. Aiman dan Fatihah khusyuk mencuri dengar perbualan Ain dan Hanna.

" Oh. Tak ah. Saja tanya. Takpelah weh. Asya nak mandi ni. " Ain menipu sunat.

" Ah okey. Waalaikumussalam. " Ain mematikan panggilan.

" Apa yang Hanna cakap. Dia tinggal dekat mana? " Tanya Fatihah yang ingin tahu.

" Dia tinggal dekat hotel Seri Malaysia di kampung Cina. Tapi dia tak ada dekat hotel sekarang ni. " Kata Ain.

" Dah tu dia ada dekat mana sekarang ni? " Tanya Fatihah.

" Dia ada dengan Syafit sekarang ni. Tapi tak tahu dekat mana. Dia tak bagitahu. " Kata Ain.

" Kita nak tunggu dia dekat hotel ke? " Tanya Aiman dengan bodoh.

" Mestilah. Kalau tak nak jumpa dekat mana lagi. " Balas Ain. Fatihah hanya membalas dengan jelingan maut.

Aiman tersenyum kambing. Mereka mula membuat hal masing-masing.

✧✧✧✧

Hanna hanya diam apabila Syafit memberhentikan keretanya di hadapan rumah seseorang.

" Aunty tak nak turun ke? " Tanya Shahrizat yang tolong membukakan pintu untuk Hanna.

Hanna tersenyum manis. Dia mula keluar dari kereta.

" Aunty tak nak tau ke ni rumah siapa? " Tanya Shahrizat.

Hanna menunduk memandang Shahrizat.

" Ni rumah siapa? " Tanya Hanna.

" Rumah awak. " Kata Syafit lalu menunjukkan segugus kunci di hadapan wajah Hanna.

Hanna mendongak memandang Syafit. Tidak faham dengan kata-kata Syafit itu.

" Rumah siapa? " Tanya Hanna dengan wajah kosong.

" Rumah aunty lah! " Kata Shahrizat dengan gembira.

Hanna mengerutkan dahinya.

" Tapi kenapa? " Tanya Hanna dengan nada dingin.

" Saja. " Jawab Syafit dengan selamba. Dia menekan punat pada kunci dan pagar mula terbuka luas. Syafit dan Shahrizat mula melangkah masuk.

" Tak sekarang ni, kenapa awak buat keputusan tanpa persetujuan saya? " Tanya Hanna dengan bengang. Dia bukan apa, rumah ini pasti mahal. Yelah, rumah pun nampak besar pastilah harganya nilai digit yang besar-besar juga.

" Saya tahu awak marah saya sebab buat keputusan tanpa persetujuan awak, tapi saya buat semua ini kerana awak. Takkanlah awak nak tinggal dekat hotel tu selama-lamanya. " Penerangan Syafit membuatkan Hanna terdiam.

" Shh! Awak jangan risau tentang bayaran rumah ini. Saya dah selesaikan semuanya. " Potong Syafit apabila melihat wajah Hanna yang kerisauan.

" Awak bagitahu berapa jumlahnya, nanti saya ada duit saya bayar balik. " Kata Hanna dengan malu.

" Shah nak buka pintu tak? Nah kunci. " Syafit membuat seperti tidak dengar akan kata-kata Hanna.

" Syafit. Dengar tak? " Hanna memarahi Syafit.

" Apa? Dengar apa? " Tanya Syafit dengan tidak bersalah.

Hanna merengus kecil.

Shahrizat pula sudah merasmikan rumah tersebut.

" Saya kata nanti saya ada duit saya bayar balik semuanya. " Kata Hanna sekali lagi.

Syafit memandang Hanna.

" Tak perlu. " Balas Syafit dengan lembut.

" Mana boleh macam tu. Saya dah banyak menyusahkan awak. " Kata Hanna dengan serba salah.

" Tak. Saya tak pernah rasa susah pun. " Jawab Syafit dengan serius.

" Tak kira saya akan bayar juga. " Hanna berdegil.

" Tak kira saya tak akan ambik juga. " Syafit membalas.

Hanna memuncungkan bibirnya.

" Tolonglah Syafit. " Hanna merayu.

Syafit mengeluh. Ada juga perangai macam Hanna ni eh?

" Okey. Tapi dengan syarat. " Syafit menunjukkan dua jari ke arah Hanna.

" Apa? " Tanya Hanna.

" Pertama, saya akan ambil suku daripada harga rumah ini saja. Kedua- " Syafit memandang Hanna.

" Kedua? " Tanya Hanna yang tidak sabar.

" Kedua, awak tak boleh jauhkan diri dari saya dan Shahrizat. " Kata Syafit.

Hanna terdiam memandang Syafit. Dia melarikan pandangannya apabila tidak selesa Syafit terlalu asyik merenung wajah nya.

Apa yang patut dia lakukan? Haih! Kenapalah dia selalu tersepit di antara dua situasi? Kalau dia jauhkan diri dari Syafit, dia akan serba salah seumur hidup kerana hidup atas tanggungan Syafit. Kalau dia ikut syarat itu, nyawa Syafit dan Shahrizat dalam bahaya.

Apa patut dia lakukan ini?!

" Macam mana? Setuju? " Tanya Syafit. Dia bukan sengaja buat syarat macam tu. Dia buat syarat macam itu kerana mempunyai sebab. Dia rasa dia-

" Saya setuju. " Hanna sudah membuat keputusan. Dia rasa keputusan ini agak baik pada kedua-dua pihak. Dan dia rasa Qayyim tak ambil serius akan kata-katanya. Maybe lelaki itu hanya mahu menakutkan dia.

Syafit tersenyum menang.

" Jom masuk? " Pelawa Syafit dengan senyuman manis di bibirnya.

Dalam keterujaan mereka meneroka rumah tersebut, tanpa disedari oleh mereka, dari jauh, terdapat sepasang mata asyik memerhati gerak-geri mereka.

✧✧✧✧

" Ada apa mama nak bincang kan ni? " Tanya Dato' Nasir apabila isterinya memanggil semua berkumpul di ruang tamu.

Datin Sarah memandang tajam Farisha yang duduk di sebelah Adam.

" Mama nak bincang tentang anak menantu kita ni. " Kata Datin Sarah.

Farisha sudah seperti cacing kepanasan apabila Datin Sarah memandangnya dengan tidak puas hati.

" Apa lagi, ma? Kalau pasal bukti mengarut tu, Adam tak nak dengar. " Tolak Adam dengan keras apabila dapat agak jalan cerita yang mamanya ingin ceritakan.

" Adam. Bukti semua tu tak mengarut. Semuanya dah terbongkar. Kita dah tahu siapa dalangnya. "

" Adam tak nak dengar! Dah terang lagi bersuluh, yang betina tu bersalah! Buat apa lagi nak bukti bagai?! " Tanya Adam dengan nada yang meninggi.

" Adam. " Dato' Nasir menegur anaknya itu.

" Tak. Hanna tak bersalah, Adam. Kenapalah Adam ni keras sangat untuk terima semua ini? Kenapa Adam butakan mata, butakan hati Adam untuk terima semua ini? " Tanya Datin Sarah dengan nada lembut.

" Adam takut bila kebenaran ini terungkai, dan menunjukkan Hanna tidak bersalah, kan? " Tanya Datin Sarah lagi.

Adam hanya diam.

Dato' Nasir yang tidak tahu apa-apa, juga hanya mendiamkan dirinya. Begitu juga Farisha.

" Mama. Bukti tak kukuh. Adam tak akan percaya bukti itu. " Kata Adam.

" Kalau Adam tak percaya bukti tu, mama akan tunjukkan bukti yang lain. Bukti ni, mama yang sendiri upah orang untuk siasat. Dan betul apa yang mama fikirkan. " Datin Sarah memandang Farisha. Dia bangun lalu berjalan ke dapur.

Tak lama kemudian, Datin Sarah datang kembali dengan beg kertas di tangannya.

" Ini bukan ke? " Adam meminta perjelasan dari mamanya.

" Ye, kamu tak ingat ke mummy Zafrel ada syarikat ejen perisik upahan? " Datin Sarah tersenyum kecil. Dia mengeluarkan segala isi di dalam beg kertas yang Zafrel kirimkan tadi.

" Ini dia. " Datin Sarah meletakkan sekeping gambar di tengah-tengah meja. Adam mencapai terlebih dahulu.

" Gambar ini orang upahan mama ambil ketika dalang-dalang tersebut sedang berbincang. "

" Tapi mama, diaorang pakai topi kot. Mana nak nampak muka. " Bantah Adam.

Farisha turut melihat gambar tersebut. Terkejut beruk dia apabila orang yang berada di dalam gambar tersebut ialah dirinya, tetapi dia bernasib baik apabila dia pakai topi dan membelakangi kamera.

" Adam. Tengok yang tak pakai topi tu. Adam pernah nampak tak muka dia? " Tanya Datin Sarah dengan serius.

Adam khusyuk melihat gambar tersebut. Dia mengambil masa selama 2 minit untuk mengecam siapa gerangan orang yang berada di dalam gambar tersebut.

" Ah! Adam dah ingat. Dia ni lah yang keluar rumah Adam masa Hanna duduk sorang-sorang dekat rumah. " Cerita Adam dengan semangat.

" Dia Mikael. Cikgu mengajar di sekolah bersama dengan Hanna. " Terang Datin Sarah.

" And then? " Tanya Adam dengan tidak berminat. Dia menghulurkan gambar itu kepada Dato' Nasir pula.

" Kalau Adam nak tahu. Dia hanya menurut arahan sahaja kerana dia makan upah. Dia diarahkan untuk membuat Adam menceraikan Hanna. Dia diarahkan berlakon konon-konon nya menjadi lelaki simpanan Hanna. Tetapi semua tu hanya fitnah Adam. Fitnah yang ditaburkan oleh betina ini dan kawan Adam tu! " Kata Datin Sarah sambil menunding jari pada Farisha yang hanya diam.

Adam juga terdiam. Dia tidak berani bersuara apabila melihat wajah memerah milik mamanya.

" Adam. Percayakan cakap mama kali ini. Perempuan ini hati busuk, Adam. Sanggup dia hancurkan masjid yang dibina oleh Adam dan Hanna. " Kata Datin Sarah. Dia sudah tidak larat untuk bercakap panjang lagi.

Farisha masih terkulat-kulat di tempatnya.

" Bagi Adam masa, mama. Perkara ini sangat-sangat buat Adam pening kepala. " Kata Adam lalu bangun.

" Adam balik dulu mama. " Adam mencium tangan Datin Sarah.

" Adam. Kalau Adam tidak puas hati dengan bukti-bukti yang mama carikan ini, Adam boleh siasat sendiri. " Bisik Datin Sarah pada telinga anaknya. Adam tersenyum tawar.

" Baiklah, mama. Assalamualaikum. " Adam berjalan keluar dari rumah. Dia mengheret Farisha yang masih terkulat-kulat di tempatnya.

" Kau jangan bercakap dengan aku mulai sekarang. Balik nanti kita bincang. " Kata Adam lalu menolak Farisha masuk ke dalam kereta. Farisha sudah kecut perut mendengar suara dingin milik Adam.

Kereta Adam mula meluncur laju di atas jalan raya.

✧✧✧✧

" Terima kasih untuk hari ini. " Kata Hanna apabila kereta Syafit sudah berhenti di hadapan hotel yang dia menginap sudah seminggu lebih di sini. Dia menoleh ke belakang. Shahrizat yang lena tidur, membuatkan Hanna tersenyum kecil.

" Sama-sama. Saya pun nak ucapkan terima kasih kerana sudi keluar dengan kami hari ini. Shah betul-betul rindukan awak. " Kata Syafit.

Hanna memandang Syafit.

" Jangan tinggalkan kitaorang. We really-really need you. " Kata Syafit dengan suara yang mendalam. Anak matanya tajam menikam anak mata hanna.

" Papa, Shah nak buang air kecil. " Suara Shahrizat mematikan suasana janggal sebentar tadi.

Hanna menoleh ke belakang.

" Jom kita pergi tandas. " Ajak Hanna. Dia mula keluar dari kereta.

" Saya tunggu dekat lobi. " Tata Syafit.

Hanna mengangguk. Dia memimpin tangan Shahrizat menuju ke biliknya.

" Hanna! "

Terkejut Hanna apabila seseorang meneriak namanya dari jauh.

Hanna mengecilkan matanya untuk melihat gerangan manusia tersebut.

" Woi! Takkanlah seminggu dekat sini, dah lupa member sendiri?"

Orang tersebut menghampiri Hanna dan Shahrizat.

" Ain? " Teka Hanna. Dia juga berjalan menghampiri orang tersebut.

" Ain! " Hanna berlari apabila sudah dapat mengecam wajah Ain. Badan Ain dirakul dengan erat.

" Ain je? Aku tak nak raikan pula. " Hanna memandang belakang Ain. Fatihah datang menghampiri mereka dengan tenang.

" Kau pun ada Tihah?! " Hanna merakul badan Fatihah pula. Tersenyum Ain melihat Hanna yang gembira berjumpa dengan mereka.

" Kau sihat Hanna? Anak buah aku ni sihat tak? " Tanya Fatihah sambil memegang perut Hanna.

Hanna tersenyum manis.

" Alhamdullilah. Kitaorang sihat. Bila lagi korang sampai ni? " Tanya hanna.

" Dalam pukul 3 lebih macam tu lah. " Jawab fatihah.

" Kenapa nak datang- "

" Aunty, Shah- " Suara Shahrizat membuatkan 3 pasang mata menunduk memandang Shahrizat.

" Allah! " Hanna menepuk dahinya apabila dia terlupa yang Shahrizat ingin buang air kecil dan malangnya Shahrizat sudah melepaskannya.

Mereka bertiga saling berpandangan.

✧✧✧✧

" Aunty minta maaf sayang. " Kata Hanna apabila Shahrizat sudah siap salin pakaian. Nasib baik tadi mereka telah membeli baju untuk Shahrizat.

" Tak apa. " Jawab Shahrizat dengan senyuman manis. Hanna mengelap rambut Shahrizat yang basah.

" Aunty, boleh tak- hurm- Shah nak tidur dengan aunty dekat sini? " Tanya Shahrizat dengan takut-takut.

Hanna terdiam memikirkannya.

" Aunty tak kisah, tapi tu lah, papa Shah bagi ke? " Tanya Hanna.

Shahrizat pula terdiam memikir.

" Nanti Shah tanya papa. " Kata Shahrizat. Hanna tersenyum manis.

" Ibu! Ibu! " Terkejut Hanna dan Shahrizat apabila pintu diketuk dari luar.

" Ye, kejap sayang. " Hanna sudah tahu siapa orangnya daripada suara sahaja.

" Ibu. " Apabila pintu dibuka, seseorang memeluk kaki Hanna dengan erat.

" Kenapa ni, Asya? " Tanya Hanna dengan lembut.

" Asya rindu ibu. " Kata Asya dengan mata yang berkaca-kaca.

" Ibu pun rindu Asya yang comel ni. " Kata Hanna lalu mencuit lembut hidung mancung milik Asya. Tersenyum malu Asya dibuatnya.

" Amboi, Asya. Ada ibu Hanna, terus lupakan mama ye? " Kata Ain yang berada di belakang Asya.

" Aunty. Kenapa dia panggil aunty, ibu? " Tanya Shahrizat dengan polos.

Hanna pusing memandang Shahrizat di belakangnya.

" Hurm, sebab Asya tak ada ibu. " Balas Asya. Shahrizat memandang Asya.

" Shah pun tak ada ibu. " Kata Shahrizat.

Air muka Shahrizat mula berubah apabila menyentuh perihal ibu.

Hanna cepat-cepat memeluk Shahrizat.

Ain dan Asya juga terkejut dengan pengakuan Shahrizat itu.

" Sayang. Aunty boleh jadi ibu, Shah. Dah. Jangan nangis. " Pujuk Hanna apabila perasan air mata Shahrizat perlahan-lahan mengalir.

Shahrizat membalas pelukan Hanna.

" Janji? " Tanya Shahrizat yang berada di dalam pelukan Hanna.

" Janji, sayang. " Jawab Hanna dengan ikhlas. Matanya terpandang ke luar biliknya.

Syafit.

Lelaki itu dari jauh memandang mereka berdua.

" Sayang, jom kita jumpa dengan papa. Shah nak tidur dengan ibu kan? " Tanya Hanna dengan lembut.

Shahrizat mengangguk laju.

" Aiman dan Tihah ada dekat lobi, bersembang dengan Syafit. " Kata Ain. Hanna menutup pintu biliknya. Mereka bergerak menuju ke arah lobi yang tidak jauh dari biliknya.

" Syafit. " Hanna menegur Syafit yang rancak berbual dengan Aiman manakala Fatihah buat-buat sibuk dengan telefonnya.

Syafit memandang Hanna.

" Hurm, maafkan saya pasal Shah buang air kecil tadi. " Kata Hanna dengan serba salah. Syafit tersenyum kecil.

" Tak ada apa-apalah. " Kata Syafit dengan lembut.

" Apa kata saya belanja awak makan malam tanda kemaafan saya? " Tanya Hanna.

" Mana aci, Hanna. Kalau nak belanja tu, belanja lah gajah, gorilla, panda, dengan ladybug ni sekali. " Sapuk Fatihah. Aiman dan Ain menjeling Fatihah.

" Yelah, aku belanja sekali korang semua. " Kata Hanna. Syafit ketawa kecil.

" Jom lah. Lewat malam dah ni. " Ajak Ain.

Mereka semua mula bergerak ke arah kereta milik Syafit.

Kereta Syafit mula bergerak meninggalkan kawasan hotel tersebut.

" Kenapa berhenti, papa? " Tanya Shahrizat apabila Syafit memberhentikan kereta di kawasan yang gelap dan seberang jalan terdapat kedai 7-Eleven.

" Papa nak pergi 7-E kejap. Kejap ye? " Syafit mula keluar dari keretanya dan mula melintas jalan apabila sudah memastikan tiada satu kereta pun yang berada di atas jalan tersebut.

Terkejut Syafit apabila satu cahaya menyilaukan matanya.

Bamm!

" Syafit! " Teriak Hanna yang berada di dalam kereta apabila hanya dia sahaja yang menyaksikan kejadian tersebut. Terkejut habis semua orang yang berada di dalam kereta tersebut mendengar dentuman yang kuat disertai suara teriakan lantang milik Hanna.

Kereta yang melanggar Syafit itu, laju meninggalkan kawasan tersebut.

" Hanna! " Jerit Ain apabila melihat Hanna berlari keluar dari kereta.

" Syafit. " Air mata Hanna laju mengalir mencari Syafit di dalam kegelapan malam.

" Hanna. Bahaya! " Tegur Aiman apabila melihat Hanna yang ingin memasuki hutan.

" Aiman. Syafit ada dalam hutan tu. Ssa- saya nampak dia ter- tercampak dalam hutan tu. Kereta tu langgar Syafit. " Kata Hanna di dalam tangisannya.

Fatihah datang memeluk Hanna.

" Hanna. Kalau kita masuk dalam tu, tak ada guna juga. " Pujuk Fatihah.

Fatihah menoleh memandang ke arah kereta apabila terdengar suara tangisan Shahrizat dan Asya yang ketakutan.

Aiman mengeluarkan telefonnya. Nombor ambulan dan polis didail.

" Tapi, syafit- " Kata Hanna yang berada di dalam pelukan Fatihah. Tangisannya makin menjadi-jadi apabila kejadian tadi asyik terlayar di kotak fikirannya.

" Aku dah call polis. nanti diaorang sampai, diaorang akan cari Syafit sampai jumpa. " Pujuk Aiman yang sudah selesai memanggil polis dan ambulan. Matanya memandang ke dalam kawasan hutan yang gelap tersebut.

'Apa dah terjadi? Kenapa tiba-tiba je? Bukan ke tadi Syafit nak melintas jalan, tiada kereta? Mesti ada yang tak kena ni.'

Bisik hati Aiman. Dia memandang sekeliling. Sesuatu di atas jalan raya, menarik perhatiannya. Dia menghampiri objek tersebut.

Kertas?

Dia mengambil kertas tersebut.

Ingat Hanna. Aku dah bagi warning. Tapi kau abaikan dan dapatlah apa yang telah kau lakukan. Ini semua salah kau, Hanna.

Berkerut dahi Aiman yang membacanya. Apa semua ini?

Qayyim? Ini semua angkara dia ke?

Aiman memandang Hanna yang sedang ditenangkan oleh Fatihah. Pandangannya beralih pada Ain yang sedang menenangkan Shahrizat dan Asya yang sedang menangis.

Ya allah. Apa patut dia lakukan?

✧✧✧✧
Bersambung...
✧✧✧✧

Enjoy! 💜

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 34.6K 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya W...
151K 8.1K 24
Tyara Series: Book 2 Berdoa mereka tanpa henti. Berdoa mereka dengan air mata kerinduan. Berdoa mereka agar berjodohan. Berdoa mereka dengan kesakita...
804K 33K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...
384K 14.5K 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti sek...