Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 13

27.7K 961 31
By scarletwani


Huzair semakin lama semakin menghampiri sambil matanya merenung ke bibir Hanis.

"Meow.."

Mereka berdua tersentak mendengar suara kucing. Hanis terus berpaling membelakangi Huzair. Dia memejam mata. Aduh aduh malunya aku,nasib baik tak sempat,bisiknya.

"Hei Leo.. sini kat daddy.", Huzair memanggil kucing peliharaannya sambil menahan malu yang menggunung.

Dia hampir tercium Hanis.

Huzair mengangkat kucingnya dan diletakkan di atas riba. Dia mengusap usap bulu badan kucing itu.

Hanis mengalihkan pandangannya ke Huzair semula. Dia melihat telatah kucing itu yang menggesel gesel kepalanya ke tangan Huzair. Comelnya..

"Jantan ke betina?", soal Hanis sambil cuba menyentuh kepala kucing itu.

"Jantan..", dia melihat Leo menghidu hidu tangan Hanis yang cuba menyentuhnya.

"Ohh comelnya. Jumpa ke beli?", Huzair ketawa kecil.

"Mana ada kucing kat tepi jalan macam ni. Leo ni abang beli sendiri.", Hanis mengangguk mendengar jawapan Huzair.

Hanis merenung Leo sambil tersenyum.

"Hanis suka kucing ke?"

Hanis mengangguk suka. Dia memang sukakan kucing tapi dia tak mahu membelanya. Puncanya malas.

"Hanis suka je. Tapi Hanis tak nak bela. Sebab malaslah nak bersihkan tempat berak dia la, nak mandikan dia la, pakai duit lagi nak belikan makanan dan keperluan kucing tu. Tu tak termasuk lagi bulu bulu dia yang terlekat kat karpet,sofa semua. Penat nak bersihkan.", rungut Hanis dengan bibirnya mencebik.

"Tapi seronok tau ada kucing ni.", kata Huzair sambil menghalakan Leo ke arah Hanis.

"Hai mummy..saya Leo", Huzair bersuara kecil bagi pihak Leo sambil menggoyangkan tangan si comel itu.

Hanis ketawa dengan perlakuan Huzair. Huzair pandai hiburkan hatinya.

***

Tiara sedang sibuk menggariskan celak di bahagian atas pelepuk matanya. Dia mempunyai mata yang sungguh menawan dan cantik. Juga mampu membuatkan lelaki tergoda.

Setelah siap bersolek, gadis itu menuju ke ruang tamu miliknya. Dia terkejut melihat seorang lelaki sedang menonton televisyen sambil menyuap snek ke dalam mulutnya.

Tiara menjulingkan matanya ke atas. Lelaki ini sungguh tidak faham bahasa!

"Adam..you buat apa kat sini? Berapa kali I kena bagitahu you, jangan suka suka hati masuk rumah I.", ujar Tiara dengan muka bengis. Dia tidak sukakan lelaki itu kerana tidak habis habis mengganggunya.

"Ala come on baby. Bukannya I buat apa apa pun. I cuma tumpang tengok tv je," selamba Adam menjawab.

Tiara menjeling tajam sebelum dia mengatur langkah ke pintu rumah. Malas dia mahu melayan karenah si jantan tu.

"Baby nak pergi mana ni? Ala jomlah lepak dengan I. Dah lama kita tak lepak sama sama kan?", Adam bangun dari duduknya dan mendapatkan Tiara. Dia melihat Tiara dari atas sehingga bawah. Sungguh cantik dengan rambut hitam dan bentuk badan yang menggiurkan.

"Lepak? I tak ada masa nak lepak dengan lelaki macam you. I nak pergi photoshoot(?) la.", kata Tiara yang sedang menepis tangan gatal Adam yang meliar ke lengannya yang terdedah.

"Busy memanjang je you ni. Tak ada masa dah untuk I? Ala please tunda la program tu. Kita pergi lepak eh?.", pujuk manja Adam sambil menguis nguis dress yang dipakai Tiara.

Tiara merengus kuat. "Apa apa jelah you ni. Malas I nak layan.", Tiara terus keluar dari rumah itu selepas memakai kasut tumit tinggi berwarna ungu.

Adam bersandar di tepi pintu sambil tersenyum sinis. Dia melihat kereta Tiara yang sedang meluncur keluar dari perkarangan rumah lalu hilang dari pandangan mata.

***

Rasya tersenyum gembira sambil menuruni anak tangga satu persatu. Dia gembira kerana jalang tu dah tak ada. Huh,aman hidup aku!

"Mak Munah, tolong buat saya air milo. Hantar ke bilik bacaan ya?", arah Rasya mesra kepada Mak Munah. Mak Munah hanya mengangguk.

Mak Munah ke dapur untuk menyediakan minuman untuk Rasya. Dia berasa kesunyian apabila Hanis tiada di rumah itu. Sejak Hanis mengikut Huzair pindah ke kondo 3 hari lepas.

Selalu ada sahaja Hanis yang menjadi teman boraknya. Hanis seorang yang sangat baik. Tergamak Datin Yasmin dan Rasya menderanya sebegitu kejam.

Dia menggeleng perlahan. Dia mengacau air milo tersebut sebelum dibawa ke Rasya.

Sampai sahaja di bilik bacaan, mak Munah mengetuk pintu sebelum mengatur langkah menghampiri Rasya dan Datin Yasmin.

"Ini dia air Milo cik Rasya.", mak munah meletakkan cawan air milo tersebut di atas meja.

"Thanks mak Munah.", ucap Rasya. Dia mencapai cawan tersebut lalu menghirupnya sedikit.

Mak Munah terus berjalan keluar dari bilik bacaan tetapi langkahnya terbantut apabila dia terdengar butir bicara Datin Yasmin tentang Hanis. Dia berdiri di sebalik dinding.

"Mama memang sakit hati betul dengan perempuan tu tahu tak? Dia sengaja hasut along supaya keluar dari rumah ni.", ujar Datin Yasmin geram.

"Ala ma. Biarlah perempuan tu keluar dari rumah ni. Aman sikit, lagipun Sya memang benci tengok muka dia. Perempuan murahan. Patutnya kita bunuh jelah Hanis tu,lepastu campak dalam sungai.", Rasya menghempas novel yang dibacanya ke atas meja. Potong mood betul bila bercakap pasal perempuan tu.

"Kan. Patutnya kita tetak dia dengan parang biar kasi mampus. Perempuan tu keluar dari rumah mama tak kisah. Tapi along pun ikut sekali keluar dari rumah, itu yang mama tak tahan tu!", tegas Datin Yasmin berkata.

Berani Hanis merampas anak sulungnya. Datin Yasmin mula merancangkan sesuatu di benak fikirannya.

"Along tu dah buta agaknya. Takkan la dia tak nampak lagi jahat perempuan tu. Dah kena perangkap pun masih bengap lagi tak tahu apa apa. Bela jelah budak dungu tu.", kata Rasya.

"Mama rasalah kan. Budak tu dah guna gunakan along la. Entah bomoh mana yang dia jumpa tah.", kali ini Datin Yasmin mula menfitnah Hanis.

Rasya menyentuh dagunya. Dia mengangguk. "Memang jahat betul lah perempuan tu."

Mak Munah yang mendengarnya hanya menggeleng geleng sebelum beredar dari situ.

***

Petang itu, Hanis mula memasak untuk makan malam. Dia mahu memasak makanan kampung. Nasib baik barang basah semua lengkap di dalam peti ais tersebut.

Berpeluh peluh dia berperang di dapur. Entah kenapa dia tiba tiba berbunga hati ingin memasak makanan untuk Huzair.

Dia sudah mula jatuh cinta ke? Kalau ya pun, mungkin bertepuk sebelah tangan. Yalah,tak mungkin Huzair boleh jatuh suka mahupun cintakan dia.

Dia kembali memotong bahan bahan memasak sambil bernyanyi kecil. Hari ini dia mahu memasak ikan siakap 3 rasa, sayur kangkung, udang goreng tepung dan dan tidak lupa juga sambal belacan kesukaan Huzair.

Jam menunjukkan pukul 7 setengah malam menandakan Huzair tidak lama lagi akan pulang.

Dia menyediakan pinggan dan gelas di atas meja makan. Dia kagum melihat hasil kerjanya.

"Ohh ya nasib baik tak lupa. Ish kalau lupa ni boleh beku air oren aku.", kata Hanis. Dia membuka peti ais di tempat beku lalu mengeluarkan jug air oren yang dibuatnya.

Selesai menyiapkan semua,Hanis membuka apron dan menyangkutnya di dinding. Dia berlalu ke bilik atas untuk menunaikan solat maghrib.

***
"Masuk..", arah Huzair apabila kedengaran pintu diketuk. Terjengul muka PA nya, Erin.

"Hai bos. Dah pukul berapa ni? Tak nak balik ke?", soal Erin sambil matanya melirik ke arah jam.

Huzair termangu seketika sebelum matanya juga melirik ke arah jam tangannya.

"Ya Allah. Tak perasan saya dah pukul 8 setengah. Terlepas maghrib pulak tu.", Huzair berdecit sambil memicit kepalanya yang terasa berdenyut.

"Hmm bos ni kan kalau buat kerja memang tak fikir pasal sekeliling. Ha tengok kan dah terlepas solat.", ujar Erin sambil menggeleng. Dia kenal benar dengan sikap bosnya itu.

"Tulah. Leka sangat buat kerja sampai tak perasan dah malam."

"Hmm kalau macam tu jomlah kita pergi singgah masjid. Bos Qada solat maghrib lepastu terus solat isyak sekali. And then boleh kita pergi dinner sekali. Bos belanja. Lapar la bos.", kata Erin sambil memegang perutnya dengan mimik muka lapar.

Huzair ketawa kecil. "Okay then. Let's go.", ajak Huzair sambil mencapai beg kerjanya. Kertas yang berlambak di atas meja dibiarkan begitu saja.

"Alright. Saya follow bos dari belakang."

***

Hanis termenung ke arah siling atas. Sesekali dia melirikkan mata ke arah pintu rumah. Tiada tanda tanda Huzair pulang.

Jam sudah menunjukkan pukul 9:45 malam. Dia mengeluh kecil.

"Mana Huzair ni. Lambatnya balik. Lauk pun dah sejuk dah tu.", kata Hanis. Dia memejamkan mata seketika sebelum dia membukakan mata dengan besar.

Dia bangun dari baringnya dengan cemas.

"Entah entah Huzair accident tak?", spekulasi tak berasas keluar dari mulut kecil itu. Hanya itu sahaja alasan yang logik.

Hanis segera menampar pipinya sendiri. "Ya Allah. Tak mungkin tak mungkin. Ish mulut ni pun. Nauzubillahiminzalik.", Hanis menggeleng perlahan. Dia tidak mahu terjadi apa apa pada suaminya itu.

Kedengaran bunyi kunci dari luar rumah. Hanis terus meluru ke arah pintu lalu membukanya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam. Lambatnya abang balik?", soal Hanis,lemah. Dia mencapai beg kerja dan kot Huzair.

"Err tulah. Abang leka sangat buat kerja sampai tak perasan dah malam.", kata Huzair yang sedang membuka kasutnya.

"Abang dah makan?"

"Abang dah makan tadi dengan PA abang. Hanis dah makan ke?"

Hanis tersenyum kecil sambil mengangguk. Dia terus beredar naik ke tingkat atas.

Huzair hairan melihat wajah sugul Hanis. Dia menutup pintu rumah. Dan saat itu dia terpandangkan sesuatu di atas meja.

Dia menghampiri meja makan lalu membuka penutup makanan itu. Huzair berdecit.

"Aduh Huzair. Apa yang kau dah buat ni?", perlahan sahaja dia merungut memarahi diri sendiri.

Huzair mendongak melihat ke tingkat atas. Sesekali dia mengeluh. Dia rasa bersalah sangat. Sudahlah Hanis penat penat masak untuknya, dia boleh pulak makan di luar bersama perempuan lain pula tu.

"Confirm Hanis merajuk ni.", Huzair menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kesal sangat..

********************
Slow sikit la bab ni hehe..kering idea

Continue Reading

You'll Also Like

330K 17.4K 47
" i will not accept the reality of our story " > " I don't need any languages to say that i love you " Perasaan itu had...
913K 45.1K 52
Hubungan yang dijalinkan selama dua tahun berakhir apabila sang jejaka melarikan diri pada hari untuk mengikat tali perkahwinan. Aurelia terduduk tid...
1.5M 45.2K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...
771K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...