Obses Dalam Percintaan -MSA-

By Fiezajungkookie

1.9M 66.8K 2.9K

Amaran ⚠️ - CRINGE dan tak pernah edit sejak 2017. " Aku akan buat kau menyesal sebab tolak aku! Dhia. ". W... More

Prolog -ODP-
Bab 1 [ODP]
bab 2 [ODP]
Bab 3 [ODP]
Bab 4 [ODP]
Bab 5 [ODP]
Part 6 [ODP]
Bab 7 [ODP]
Bab 8 [ODP]
Bab 9 [ODP]
Bab 10 [ODP]
Bab 11 [ODP]
CAST 💕.
Bab 12 [ODP]
Bab 13 [ODP]
Bab 14 [ODP]
Bab 15 [ODP]
Story baru author!!!
Bab 16 [ODP]
Bab 17 [ODP]
Bab 18 [ODP]
Bab 19 [ODP]
Bab 20 [ODP]
Bab 21 [ODP]
Bab 22 [ODP]
Bab 23 [ODP]
Bab 24 [ODP]
Mintak bace!
Bab 25 [ODP]
Bab 26 [ODP]
Bab 27 [ODP]
Bab 28 [ODP]
Bab 29 [ODP]
Bab 30 [ODP]
Bab 31 [ODP]
Bab 32 [ODP]
Bab 33 [ODP]
Bab 34 [ODP]
Bab 35 [ODP]
Bab 36 [ODP]
Bab 37 [ODP]
Bab 38 [ODP]
Bab 39 [ODP]
Bab 40 [ODP]
Bab 41 [ODP]
Bab 42 [ODP]
Bab 43 [ODP]
Bab 44 [ODP]
Bab 45 [ODP]
Bab 46 [ODP]
Bab 47 [ODP]
Bab 48 [ODP]
Bab 50 [ODP]
Bab 51 [ODP]
END [ODP]
Special part Danish Rafael
hye

Bab 49 [ODP]

28.2K 900 38
By Fiezajungkookie


Tersenyum Ayyan melihat kelesuan yang terpancar pada wajah Dhia yang baru sahaja bersalin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keadaan Dhia pun dah stabil.

Cuma mungkin terlampau penat. Jadi Dhia tertidur. Ayyan mengambil tangan kanan Dhia lalu digenggam dengan lembut. Tangan Dhia di cium. Tidak lupa dahi juga turut dicium sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan anaknya

Bila tengok Dhia yang menjerit sakit untuk melahirkan bayi yang ada  diperut keluar. Membuatkan hati Ayyan sedih serta sakit.

Air mata jantan Ayyan turut mengalir apabila Dhia meneran sekuat hati. Peluh mengalir di wajah dan leher Dhia.

Dengan sekali lagi jeritan yang begitu kuat , akhirnya anak mereka berjaya dilahirkan. Sempat Dhia tersenyum sebelum matanya tertutup.

Mata Dhia bergerak menandakan bahawa  dirinya sudah bangkit dari tidur yang agak lama. Ayyan bangun membantu Dhia supaya duduk.

"Dhia nak air?". Tanpa suara Dhia mengangguk. Sisa sisa penat masih ada menyebabkan dirinya lemah.

Ayyan menghulurkan muncung cawan ke bibir pucat Dhia. Dengan sekali tegukan air yang ada di dalam cawan habis.

" Okay. Nak air lagi tak". Ayyan berura ura ingin mengambil air lagi tetapi melihat gelengan Dhia , Ayyan meletakkan cawan ke atas meja kembali.

Tangan Dhia dicapai semula dan dibawa ke pipinya. Sekejap dicium. Dhia mampu tersenyum dengan keadaan yang begitu.

"Abang anak kita mana?". Soal Dhia perlahan. Bibir yang pucat bergerak menyatakan soalannya.

" Sabar ye. Kejap lagi nurse bawakan okay. Kau rehat dulu. Kau ada sakit lagi tak. Dah pucat dah sayang aku ni. Penat sangat kee?".

Ayyan mengajak Dhia berborak. Pipi dan bibir Dhia disentuh lembut. Jelas nampak muka Dhia yang pucat.

"Tak sakit dah". Dhia juga mengusap rambut Ayyan. Tersengih Ayyan.

Baru ingin berborak lagi. Pintu wad dibuka dari luar. Doktor dan seorang nurse menolak bayi yang berada di baby cot .

Semakin lebar senyuman Dhia dan Ayyan. Perasaan teruja hadir dalam diri Ayyan. Matanya kekal pada bayi tersebut.

" Puan Dhia. Macam mana masih sakit?". Doktor yang bernama Ridzuan bersalam bersama Ayyan.

Tak sangka aku dah jadi puan. Rasa kekok pulak. Selama ni orang panggil cik je sekarang dah tak ada panggilan cik lagi yang ada hanya Puan.

Hahaha. Berangan lah kau Dhia dan dapat anak pun nak gelaran puan tu. Aishh

"Alhamdulillah. Dah okay sikit dari tadi". Jawab Dhia. Matanya menjenguk bayi yang sedang tidur pulas.

Anak ibu..

" Okaylah macam tu Puan Dhia. Bayi Puan sudah diazankan oleh Encik Ayyan sebentar tadi semasa puan masih keletihan". Ujar doktor Ridzuan lagi.

Dhia mengangguk mengiyakan. Matanya masih menjenguk bayinya.

"Sabar puan Dhia. Saya tahu puan dah tak sabar nak dukung bayi tu". Doktor Ridzuan tergelak melihat telatah Dhia yang baru bergelar ibu

" Okay lah kalau keadaan Puan Dhia sudah semakin baik , saya minta diri dulu. Dan anak puan boleh lah tengok ye. Apa apa pun tahniah Encik Ayyan dan Puan Dhia yang mendapat cahaya mata".

Ulas Doktor Ridzuan panjang. Rasanya ada baiknya kalau dia keluar sekarang ni. Sebab suami puan Dhia ni lain macam je tengok dia cuba bersembang dengan puan Dhia.

"Terima kasih Doktor". Dhia mengukir senyuman. Dapat dirasakan perasaan Ayyan yang tidak tenang kini.

Selepas doktor keluar. Nurse tersebut mengajar Dhia cara yang betul untuk mendukung bayi. Setelah Dhia agak mahir nurse tersebut keluar dari wad.

" Abang. Anak kita". Sedu Dhia apabila melihat muka anaknya. Comel .

"Iya. Dhia janganlah menangis. Ni baby kita dah ada depan mata". Pujuk Ayyan. Kerana mata Dhia mula berair.

Dhia mencium sesungguhnya dahi si anak. Air mata gembira turun daripada mata Dhia. Akhirnya masa yang di tunggu tunggu telah tiba.

" Akhirnya kita dah bergelar ibu ayah". Ujar Ayyan. Seronok dia mengacau pipi tembam anaknya yang berada di dukungan Dhia. Nyenyak betul tidurnya.

Sedang melayan anak. Muncul papa , mama , Wiah , Suha dan Afiq.

"Assalamualaikum". Ucap semua yang baru masuk me dalam wad.  Dhia dan Ayyan menyambut dalam mereka.

" Macam mana Dhia. Okay. Seronok tak dah bergelar ibu ni". Soal mama sebaik berdiri di sebelah Dhia.

Manakala yang lain mula menempel nak dekat dengan si baby kecik ni. Nak tengok ikut muka sapa.

"Jantinanya apa? Perempuan ke lelaki. Kalau perempuan mama nak pergi beli baju dia cantik cantik. Kalau lelaki mama belikan baju yang boleh nampakkan cucu mama ni hot. Seksi. Kacak".

Bukan main beria lagi mama. Kalau Ayyan dan Dhia yang baru mendapat anak.

" Ish awak ni! Tangan Beria sangat. Biarlah ibu ayah dia tentukan sendiri. Sibuk je awak ni". Tegur Papa. Kuat mama mencubit lengan si suami. Tulah orang tengah happy dia yang sibuk.

Semua yang ada tergelak melihat mama yang mencubit papa. Apa lagi menjeritlah papa sakit. Walaupun dah tua cubitan tetap muda. Boleh terkoyak kulit.

"Lelaki mama". Jawab Ayyan bagi pihak Dhia yang sedang tersenyum melihat telatah mama papa.

Mama papa mengangguk faham. Dapatlah cucu pertama lelaki.

" Comelnya dia kakak. Pipi dia merah merah. Putih betul". Suha mencucuk pipi anak kakaknya. Rasa nak gomol je.

"Nanti besar jadi macam abang Ayyan tau! Kacak!". Suha tergelak sendiri. Memang betul pun suami Kakak Dhia hensem. Kacak.

Mestilah si anak mewarisi kekacakkan papanya bila besar nanti.

"Eleh! Kau tak malu ke puji suami Akak kau. Dah tepi!". Halau Afiq ke tepi. Ditolak Suha dengan sikunya ke tepi.

" Kau apehal!". Marah Suha. Memganggu betul lah malaun ni. Tanpa menghiraukan Suha. Afiq terus menerpa ke arah baby.

"Okay bila besar nanti. Ikut muka abang Afiq tau. Muka abang Afiq ni kacak. Hensem". Masuk bakul angkat sendiri. Itulah peribahasa yang sesuai bagi si Afiq ni.

Ayyan menolak kepala Afiq ke tepi dari mendekati anaknya.

" Tak payah kau! Ni anak aku. Apesal pulak nak ikut muka hodoh kau tu. Nanti besar anak aku tak kacak kalau ikut kau. Dah tepi!".

Tadi Afiq menghalau Suha. Sekarang Ayyan pula menghalau Afiq. Suha yang di tepi mama mengangkat thumbs up kepada Afiq. Mengejek.

Mulut Suha bergerak tanpa suara yang menunjukkan. 'Padan muka!'. Lepastu Suha mengelakkan Afiq. Seronok lagi kenakan orang kan dah kena balik.

Afiq menghembus nafas bengang. Rasa nak cubit je mulut Suha yang mengejeknya. Fikir sini ramai orang je. Kalau tak memang kena kau Suha.

Agak satu jam lebih jugaklah family yang datang tadi dah balik ke rumah. Meninggalkan Dhia dan Ayyan berdua. Eh! Silap bertiga.

Baby tadi sudah diletakkan di baby cot dia kembali. Dari masa family ada bising tapi sekarang berubah senyap.

"Dhia". Panggil Ayyan. Ada sesuatu yang ingin disampaikan Ayyan pada Dhia.

" Terima kasih sudi jadi isteri serta ibu kepada anak aku. Terima kasih sebab sudi layan aku. Sebab lahirkan anak aku walaupun nyawa kau dipertarungkan. Terima kasih Dhia".

Ayyan mengucup dahi Dhia selepas mengungkapkan ayat tersebut.

"Sama sama. Itu dah jadi tanggungjawab Dhia pada abang. Abang kan suami Dhia. Jangan lah berterima kasih banyak sangat dekat Dhia. Perkara tu memang patut Dhia laksanakan. Pasal anak. Itukan anak kita bersama. Jadi mestilah Dhia sanggup lahirkan dia".

Dhia memeluk pinggang suaminya. Sementara Ayyan berdiri. Senyuman semanis yang mungkin diukir di bibirnya.

" Aku sayang kau!". Ayyan membelas pelukan kembali. Erat bagai tidak mahu dilepaskan.

"Dhia sayang abang juga dan anak kita".

Agak lama dalam keadaan begitu akhirnya Ayyan membuka mulut.

" Nama anak kita sapa?".

Dhia mendongak memandang Ayyan sambil dagu bertampung pada perut Ayyan. Muka Dhia berkerut seakan menyuruh Ayyan yang memberi nama kepada anaknya.

"Tak kau bagilah. Nanti anak perempuan aku yang bagi nama". Dhia berfikiran sejenak. Beberapa saat kemudian baru Dhia dapat memikirkan nama yang sesuai untuk putera sulung mereka.

" Muhamad Danish Rafael ..... "

++++++


Kak Athar menjemput Atirah untuk makan tengahari bersama sama. Dan sekarang Atirah sudah ada di depan rumah Kak Athar dan Nasrul.

Tapi kenapa pintu tak terbuka?

"Assalamualaikum. Kak Athar. Assalamualaikum". Sedikit menjerit Atirah kerana lebih tiga kali dah dia memberi salam namun hampa tiada yang menyahut.
Nasrul di dalam rumah yang berada di ruang tamu. Memekakkam telinga. Malas nak buka pintu untuk si selenga tu.

Bukan dia tak dengar Atirah bagi salam saja didiamkan. Yang kakaknya pun satu ajak si Atirah tu buat apa. Ha ! Duduk lah kau kat luar tu panas camni.

" Ya Allah. Nasrul! Kau buat pekak je Atirah bagi salam tu. Apa masalah kau ni. Kesian dia duduk luar tu. Dahlah panas. Kau ni kan. Aishh".

Rungut Kak Athar. Dia baru selesai mandi. Dah pesan kan Nasrul kalau Atirah datang tolong bukak pintu. Ni tak! Jahat sungguh!

"Waalaikumsalam Atirah. Ha masuk masuk. Maaflah tadi kakak mandi tak dengar". Kak Athar menjawab salam sebaik pintu dibuka. Ayu Atirah menyalam tangan Kak Athar.

" Cantik Atirah harini. Tudung pink". Puji Kak Athar. Atirah tersenyum malu. Masuk je ke ruang tamu bertembung mata dengan Nasrul.

Nasrul apa lagi. Dijengilkan mata tu besar. Biar Atirah takut. Athirah menunduk takut.

"Dah dah Atirah. Jangan layan Nasrul tu. Atirah duduk dulu kat sofa tu. Akak nak masuk bilik jap".

Kak Athar masuk ke biliknya kembali manakala Atirah duduk di sofa bertentangan dengan Nasrul. Lagi kuat Nasrul berdecit menyampah. Matanya kalau boleh nak jengilkan tu sampai terkeluar bola mata tu.

Nasrul bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Atirah menghela nafas berat. Sempat dia menangkap ayat Nasrul walaupun perlahan.

" Menyampah aku!".

Itulah ayat yang Nasrul sempat katakan sebelum masuk ke dalam.

Atirah diam terkulat di situ. Kepala ditunduk sahaja. Nasrul benci aku ke?













Continue Reading

You'll Also Like

429K 6.1K 20
MAFIA SERIES [FIRST BOOK] COMPLETE EBOOK AVAILABLE📲📚 What happen when the love of your life is a mafia? Mafia? Yes mafia. He's dangerous, unbeatabl...
231K 16.9K 56
" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even though criminal such as me , touch her , b...
607K 23.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
83.2K 7.2K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...