Rahsia Takdir Antara Kita

بواسطة scarletwani

1.8M 50.9K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... المزيد

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 6

28.3K 906 251
بواسطة scarletwani

"Assalamualaikum..."

Hanis terkedu.

"Wa-Waalaikummusalam.. Firdaus.."

Hanis sudah mula resah. Dia memandang Huzair. Huzair hanya mengeluh.

"Kenapa kecoh kecoh ni? Hanis? Awak pergi mana,penat saya tunggu awak kat mall tadi." Firdaus bertanya dengan selamba.

Huzair menunduk. Hanis sudah berpeluh takut apabila menghadap Firdaus.

Firdaus memandang pelik ke arah Hanis yang seperti ketakutan itu dan dia terperasankan sesuatu.

"Eh kenapa muka awak lebam lebam ni?" Firdaus menghampiri Hanis untuk melihat lebih jelas lagi.

"Ta-tadi Hanis.. Hanis ter-" kata kata Hanis pantas dipotong oleh Huzair.

"Hanis kena lempang."

Firdaus terkejut. "Lempang? Siapa lempang Hanis?"

Huzair hanya mendiamkan diri. Dia sedang merenung dalam ke mata Firdaus. Ada sesuatu yang tidak kena sekarang ini.

Firdaus yang merasakan renungan Huzair terus berpaling ke muka Hanis.

"Hanis,Kenapa sampai kena lempang ni? Apa yang terjadi? Siapa yang pukul Hanis ni sayang?" Bertubi tubi soalan Firdaus yang seolah olah mengambil berat tentang Hanis.

Datin Yasmin yang mendengar perkataan sayang hanya menunjukkan wajah kurang senang.

"Firdaus,sebenarnya.."

ENCIK Samad hanya mendiamkan diri sejak menghalau Hanis keluar dari rumahnya. Dia merasakan yang dia gagal mendidik anaknya sehingga berlaku perkara macam ni.

"Abang"

Encik Samad menoleh ke arah empunya suara. Kelihatan Puan Rozi menghampirinya sambil membawa secawan kopi.

"Minumla, Rozi buat kopi untuk abang." Puan Rozi menghulur cawan berisi kopi ke suaminya.

Encik Samad menyambut huluran air Isterinya sambil tersenyum.

Mereka mendiamkan diri. Masing masing sedang memikirkan perihal tengah hari tadi. Kenyataan yang telah pun berlaku bukan senang untuk orang tua itu terima. Anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh selama 24 tahun tersia begitu sahaja.

"Abang tak boleh terima dengan apa yang Hanis tu buat"

Puan Rozi memandang suaminya. Dia mengusap bahu Encik Samad.

"Biarlah bang. Kita bagi sendiri pengajaran tu kat dia. Saya tak ada anak perangai macam tu." Kenyataan dari mulut Puan Rozi cukup membuktikan yang dia amat kecewa dengan anak bongsunya.

Encik Samad mengeluh lalu bangun dari duduknya.

"Abang nak pergi mana?"

"Abang nak rehat kejap dalam bilik. Sakit kepala."

Puan Rozi mengangguk.

FIRDAUS memandang hairan Huzair yang tergantung bicaranya.

"Sebenarnya apa?"

Huzair memandang Datin Yasmin dan Hanis bergilir gilir.

Hanis sudah menitiskan air mata. Sungguh dia takut untuk kehilangan Firdaus.

Firdaus merengus.

"Along! Sebenarnya apa!?"

"Along dengan Hanis kena tangkap khalwat"

Suasana diam. Firdaus tergamam.

Hanis terus menghampiri Firdaus. Dia harus memberitahu perkara yang sebenar benarnya.

"Daus, dengar dulu apa yang saya nak cakap. Ini semua tak sengaja, sa-saya datang mall kan sebab nak berjumpa dengan awak. Lepa-"

"Sudah Hanis..sudah." Firdaus amat kecewa dengan berita yang dia baru terima.

"Dengar dulu Daus. Lepastu ada seorang budak lelaki ni, dia suruh saya per-"

"Awak tipu Hanis. Saya tak percayakan awak lagi." Firdaus menggeleng tanda dia sangat terkilan sangat.

Hanis memegang bahu Firdaus dengan erat. "Firdaus please.. percayakan saya!"

"Hanis! Enough!!" Dia menepis tangan Hanis lalu menunding jari telunjuknya ke Hanis.

"Awak perempuan paling keji..yang pernah saya jumpa. Saya setia dengan awak tapi awak permainkan cinta kita." Keras sekali suara Firdaus.

"Firdaus,awak dah salah faham. Tolong jangan buat saya macam ni. Kalau awak cintakan saya,tolong percayakan saya." Puas Hanis merayu.

"Saya tak sangka,Hanis..awak sanggup curangi saya. Paling saya tak dapat terima,awak curang bersama abang saya!" Kuat tengkingan Firdaus terhadap Hanis.

Hanis hanya mampu meraung. Dia tidak tahu lagi cara untuk membuatkan Firdaus percaya akan dirinya.

"Along, puas hati kau dapat kebas kekasih aku? Puas kan?" Tajam renungan Firdaus terhadap Huzair.

Huzair hanya mendiamkan diri. Dia membiarkan dirinya ditengking Firdaus. Siapa yang tak marah bila kekasih hati dirampas dengan abangnya sendiri?

Firdaus meraup muka beberapa kali. Datin Yasmin yang melihat anaknya yang kelihatan kusut itu terus menghampiri Firdaus.

"Angah..sudahlah tu" Datin Yasmin mengusap perlahan bahu anaknya. Dia tidak sampai hati melihat anaknya sedih.

"Mama, perempuan tu tipu angah. Dia dah tak sayangkan angah. Sanggup dia duakan angah dengan bercinta dengan along sampai kena tangkap basah." Firdaus menangis teresak esak di bahu Datin Yasmin.

Hanis di belakang hanya menunduk menahan tangisannya. Dia sungguh sedih mendengar kata kata Firdaus.

"Ya sayang. Mama pun benci tengok muka perempuan tak guna tu. Perangai dia tak ada beza pun macam jalang jalang kat luar sana tu." Datin Yasmin semakin jahat menghasut anak lelakinya.

Firdaus masuk ke dalam rumah meninggalkan Huzair,Hanis dan Datin Yasmin di luar rumah.

Mencerlung mata Datin Yasmin memandang Hanis. Dia cukup benci memandang muka jahat itu.

"Sekali kau masuk dalam keluarga aku,tak ubah macam kau masuk neraka!" Kata Datin Yasmin sambil menunjal kepala Hanis.

Datin Yasmin terus masuk ke dalam rumah. Dia terserempak dengan Firdaus di tengah tangga.

"Angah? Angah nak pergi mana bawa beg semua ni?" Risau Datin Yasmin melihat Firdaus turun bersama beg pakaian.

"Angah nak keluar dari rumah ni. Angah nak pindah tempat lain. Angah nak tenangkan fikiran angah ni." Katanya sambil turun satu persatu anak tangga.

Datin Yasmin segera mengejar Firdaus lalu memegang tangan anaknya.

"Please jangan tinggalkan mama. Janganlah buat macam ni nak. Tak kesiankan mama ke?" Datin Yasmin memujuk Firdaus. Dia mesti menghalang anaknya pergi.

"Mama jaga diri ya? Angah pergi tak lama. Bila angah dah tenang,angah balik semula ke rumah." Firdaus mencium tangan Datin Yasmin lalu beredar. Dia harus cepat cepat meninggalkan rumah sebelum hatinya lembut dengan pujuk rayu mamanya.

Datin Yasmin hanya membiarkan Firdaus pergi. Dia berlalu ke biliknya di tingkat atas. Dia mahu menghubungi anak bongsunya.

Firdaus memakai kasutnya dengan laju. Huzair hanya melihat adiknya itu.

"Kau nak pergi mana ni? Dengan beg bagai?" Soal Huzair sambil memeluk tubuh.

"Kau jangan nak sibuklah. Kau jaga hal kau,aku jaga hal aku." Kata Firdaus sambil mengikat tali kasut.

"Da-daus..awak nak pergi mana?" Hanis menyoal sambil menggentel hujung bajunya.

Firdaus hanya menyepikan diri. Dia tidak mahu lagi ada apa apa dengan Hanis.

"Awak cakaplah awak nak pergi mana? Saya minta maaf saya kecewakan awak. Tapi please jangan tinggalkan saya. I need you." Pujuk Hanis tak putus asa.

Selesai mengikat tali kasutnya,Firdaus terus bangun lalu menuju ke keretanya tapi terhenti kerana ditahan oleh Hanis.

"Saya ada idea. Apa kata kita je yang kahwin? Petang ni jugak. Awak boleh gantikan tem-tempat along." Beria ria Hanis memberi idea kepada Firdaus.

Firdaus tersenyum sinis. Lalu perlahan lahan menoleh ke arah Hanis.

Hanis tersenyum manis sambil mengangkat kening dan mengangguk.

"Hanis,hanis..kau dah gila ke? Takkan la aku nak ambik bekas orang untuk jadikan isteri aku?" Sinis sekali kata kata yang dilemparkan terhadap Hanis.

Pang!

Firdaus memegang pipinya yang pijar. Dia menahan geram.

"Awak jaga sikit mulut awak tu! Jangan biadab. Saya tahu saya salah,duduk berdua duaan dengan lelaki bukan mahram saya,tapi siapa awak nak label saya ni tak suci? Siapa?!" Hanis tidak tahan lagi mendengar hinaan orang,lebih lebih lagi dari orang yang dia sayang dan cinta.

Firdaus ketawa sinis. "Siapa aku? Aku nilah orang yang kau cinta bagai nak mati tu. Tapi akhirnya,kau tidur dengan jantan lain. Yang tinggal untuk aku cuma sisa!" Menjadi jadi Firdaus menghina Hanis.

"Firdaus!" Hanis ingin menamparnya lagi tapi segera ditahan oleh Huzair.

Huzair hanya menggeleng memandang Hanis.

"Angah,kau pergilah. Aku harap kau akan jumpa kebahagiaan kau kat luar sana."

"Memang aku akan jumpa kebahagiaan kat luar sana!" Firdaus ketawa sinis.

******************

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

228K 4.6K 25
#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...
127K 5.1K 77
Ahmad Ilham Haziq ialah kebahagiaan Hani. Kehadiran lelaki itu dalam hidup Hani telah mengubah sikapnya. Tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama. "K...
339K 14K 26
[Status: Completed ] Tak tahu macam mana boleh dia terlalu suatu lorong sunyi membuatkan dia terlibat menjadi saksi satu kes perbuatan kejam. Hidupny...