Andai Itu Takdirnya

By qvreena_

275K 5.8K 456

[ complete] āœ§āœ§āœ§āœ§ Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman... More

ANDAI ITU TAKDIRNYA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
AIT
Coretan Seketul Reen

BAB 26

4.7K 105 18
By qvreena_

" Takdir milik aku. "




✧✧✧✧



Aiman mengeluh hampa. Kejadian yang berlaku minggu lepas, menghantui dirinya. Kerana kejadian itu juga, tidurnya tidak lena kerana memikirkan di mana Hanna berada sekarang.

" Allah! " Aiman meraup wajahnya dengan kasar. Dia buntu. Tidak tahu, di mana lagi perlu dia cari Hanna.

Deringan telefon miliknya, membuatkan dia tersentak. Dia memandang skrin telefonnya.

Donkey

Tiba-tiba, otaknya berfikir yang Hanna mungkin sedang tinggal dengan Fatihah. Yelah, Fatihah kan kawan baiknya.

" Kenapalah aku tak pernah terfikir dari awal lagi? Tak adalah aku kena maki dengan mak Hanna. " Kata Aiman lalu mencapai telefonnya.

" Hello? " Aiman menjawab panggilan itu.

" Hello. Tengah buat apa? " Suara lembut milik Fatihah masuk ke gegendang telinganya.

" Tengah fikirkan tentang awaklah. Tadi ingat baru nak call awak, tapi awak call saya dulu. " Gelak Aiman dengan manja. Panggilan nya yang dulu kau-aku kini sudah ditukarkan kepada saya-awak.

Fatihah tersenyum malu.

" Tak nak jumpa ke? " Tanya Fatihah. Dia sebenarnya rindu gila dekat Aiman. Sudah seminggu lebih diaorang tidak berjumpa.

" Awak nak jumpa saya ke? " Tanya Aiman. Saja bermain tarik tali dengan Fatihah.

Nak!!

" Tak nak pun. " Jawab Fatihah. Hatinya terseksa berkata sedemikian. Haih! Nasib lah labu.

" Okay. " Aiman mematikan panggilan telefon.

Fatihah berkerut memandang skrin telefonnya yang sudah gelap itu.

" Haih! Merajuk lah tu! " Kata Fatihah dengan keluhan kasar. Malas dia layan rajukkan Aiman itu.

" Siapa yang merajuk? " Terkejut Fatihah apabila baru sedar yang Hanna duduk di sebelahnya.

" Sejak bila kau duduk sini? " Tanya Fatihah. Sumpah dia tak sedar, sejak bila Hanna duduk di sebelah nya. Dia takut Hanna dengar perbualan nya dengan Aiman tadi.

" Baru je tadi. Aku terdengar kau kata merajuk? Siapa yang merajuk? " Tanya Hanna ingin tahu.

" Ni, ibu aku cakap yang kucing aku nama Wak Momo tu merajuk tak nak makan. " Dalih Fatihah. Hanna ketawa kecil lalu menggangguk.

Mereka berdua tumpu perhatian kepada drama yang sedang bersiaran sekarang ini.

" Kau dah makan ubat? " Tanya Fatihah bagi menghilangkan sunyi yang melanda antara mereka berdua.

" Dah. " Jawab Hanna dengan senyuman manis.

" Kau kena rehat cukup-cukup tau. Jangan buat kerja berat. Takut pisang berbuah dua kali ganda pula. " Pesan Fatihah.

" Ya, ya. Aku dah dengar ayat ni, hurm termasuk hari ni, dah 20 kali. " Sakat Hanna.

Fatihah memukul lembut bahu Hanna. Terkekeh-kekeh gadis itu sambil mengusap bahunya.

" Aku nasihat ada makna. Yelah, kandungan kau tu, doktor cakap dah cukup lemah. Nasib tak gugur tau. Ish! Sakit pula hati aku bila teringatkan yang Adam lakukan ini semua. Kalau aku jumpa dia memang lunyai lah dia kena dengan aku. " Kata Fatihah sambil menumbuk bantal dengan geram.

Hanna tersenyum pahit.

" Kau tak marah ke Hanna? " Tanya Fatihah. Dia pelik dengan kawan baiknya yang sorang ni. Orang dah buat jahat dekat dia tapi masih boleh tersenyum manis macam tak ada apa-apa yang berlaku.

" Marah tu memang marah. Yelah, dia dah lah tak mengaku yang ni anak dia, and then buat aku hampir kehilangan anak aku ni. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Nak marah pun dah tak guna kan. " Kata Hanna sambil mengusap perutnya dengan lembut.

" Dah kau senang macam tu je maafkan diaorang? " Tanya Fatihah dengan tidak puas hati. Bagi dia tidak adil kalau Hanna terseksa dengan perbuatan Adam ni, walhal Adam dengan bahagia menjalani kehidupannya.

" Siapa cakap aku maafkan diaorang? Kau rasa perbuatan dia tu berhak ke dapat kemaafan dari aku? Dia hampir bunuh anaknya sendiri. Dia hampir bunuh aku. Dia tak percaya cakap aku. Dia tuduh aku. Dia seksa aku. Dia hasut umi aku supaya benci kan aku. Dia ceraikan aku. Dia buat semua orang buang aku dari hidup mereka. Kau rasa berhak lagi ke dia dapat kata kemaafan dari aku? Aku takkan maafkan dia selamanya. Sehinggakan ajalnya dijemput, aku tetap tak akan maafkan dia, Tihah. "

Terkedu Fatihah mendengar kata-kata nekad Hanna itu.

Fatihah menarik Hanna ke dalam pelukannya. Belakang Hanna diusap lembut supaya gadis itu tenang.

" Aku tak nak dah jumpa dia, Tihah. Aku dah serik. Aku dah letih. Kau tolong aku Tihah. Bawa aku pergi jauh dari dia. " Kata Hanna yang berada di dalam pelukan Fatihah itu.

" Ya, ya. Aku janji, akan bawa kau pergi jauh dari dia. " Janji Fatihah. Dia mengusap rambut Hanna yang sudah dipotong pendek.

Rambut yang dipotong pendek itu, kerana permintaan Hanna yang inginkan permulaan kehidupan baru, di mana, dia ingin lupakan segala kenangan rambut panjangnya. Kenangan manis mahupun pahit.


✧✧✧✧


Adam menaip sesuatu di dalam komputer nya. Dahinya berkerut menahan sakit kepala.

Hari ini, dia agak sibuk kerana sekejap lagi akan diadakan mesyuarat bersama wakil syarikat besar yang berada di Australia. Mereka akan berkerjasama dengan syarikat tersebut, kerana itulah Adam sibuk ingin sediakan apa yang patut supaya mesyuarat itu berjalan dengan lancar.

" Baby. " Tersentak Adam apabila pintu pejabat dibuka secara mengejut dari luar. Dia mendongak memandang pintu.

" Maafkan saya, bos. Saya dah halang tetapi Cik Farisha- "

" Sokey, awak boleh keluar sekarang. " Potong Adam lalu kembali fokus pada skring komputer.

Farisha tersenyum menganjing ke arah Lily. Lily menjeling Farisha lalu tutup pintu bilik pejabat tersebut.

" Baby, you busy ke? " Tanya Farisha sambil mengurut bahu Adam. Terpejam mata Adam seketika apabila menerima nikmat urutan dari tangan lembut milik Farisha.

" You letih ke? Nak I urut? " Tanya Farisha sambil tangannya jatuh di atas paha milik Adam.

" Farisha, please, no. " Larang Adam tetapi dia tidak melakukan sebarang tindakan pun. Matanya terpejam apabila menerima urutan di pahanya.

" You nak lagi ke? " Bisik Farisha dengan menggoda di tepi telinga Adam.

Adam terdiam. Nafsu lelakinya tiba-tiba bangkit apabila dibisik menggoda oleh Farisha.

" Tengku Faris Adam! " Tersentak Adam dan Farisha apabila disergah oleh seseorang. Mereka berdua perbetulkan kedudukan mereka tadi.

" Astagfirullahaladzim. " Mengucap panjang orang tersebut. Adam bangun dari kerusinya.

" Papa, bukan macam yang papa fikirkan. Adam dan Farisha cuma- "

Pang!

Tergamam Adam dan Farisha apabila tangan Dato' Nasir mendarat di pipi Adam.

" Cuma apa?! Cuma buat cucu haram untuk papa ke?! " Marah Dato' Nasir sampaikan merah menyala wajahnya.

" Tak boleh jadi ni. Kamu makin melebih-lebih Adam. Papa nak kamu dengan dia kahwin hari ini juga! Tiada bantahan lagi! " Kata Dato' Nasir lalu melangkah keluar dari bilik pejabat anak teruna nya. Sempat dia kerli ke arah Farisha yang tunduk malu memandang lantai.

Adam terduduk di atas kerusi. Dia memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut sakit.

" Sayang, maafkan- "

" Tinggalkan I sorang. Please. " Kata Adam dengan suara yang masih terkawal.

Farisha akur kerana takut melihat wajah Adam yang merah itu.

Dia menutup pintu bilik Adam. Senyuman kemenangan terukir di bibirnya.

' Kau akan jadi milik aku, Adam. '

Kata Farisha lalu berjalan meninggalkan kawasan pejabat Adam.


✧✧✧✧


Aiman mendail nombor seseorang.

" Hello. " Suara lembut menyapa ke dalam telinganya.

" Keluar. " Aiman matikan panggilan. Dia tersenyum apabila langsir yang berada di dalam rumah dikuak oleh seseorang.

" Aap- apa awak buat dekat sini? " Tanya orang itu dengan takut-takut memandang sekeliling. Dia menutup pintu rumahnya dengan rapat.

" Nak jumpa donkey saya lah. " Kata Aiman dengan senyuman manis memandang Fatihah.

Fatihah mencebik bibirnya. Dia membuka pagar.

" Tak nak jemput bakal suami awak ni, masuk ke? " Tanya Aiman apabila Fatihah tidak menjemputnya masuk. Dia sebenarnya ingin menguji Fatihah.

" Err, tak bolehlah sebab tak ada orang dalam rumah tu. " Kata Fatihah. Sesekali dia memandang ke dalam rumah, takut-takut Hanna mengintai dirinya bersama Aiman.

" Alaaa, apa salahnya kita masuk dan biarkan pintu terbuka luas. " Cadang Aiman.

Fatihah menggeleng kepalanya.

" Tak nak lah. " Bantah Fatihah. Dia sebenarnya risau kalau Aiman dapat tahu yang Hanna sekarang tinggal bersamanya.

Aiman menggaru pipinya. Buntu untuk fikir alasan apa lagi untuk dia dapat masuk ke dalam rumah Fatihah.

Dia tahu, pasti Hanna ada di dalam rumah Fatihah sekarang ni.

" Tapi saya dahagalah. " Rengek Aiman dengan manja.

Fatihah mengerutkan dahinya.

" Kejap, saya ambil air. " Kata Fatihah lalu berjalan ke arah pintu rumah.

" Haip! Tak boleh masuk. Duduk dekat situ diam-diam. " Marah Fatihah apabila Aiman ikut dia melangkah masuk ke dalam rumah. Aiman memuncungkan mulutnya lalu bergerak ke arah kerusi yang ditunjukkan oleh Fatihah tadi.

" Hah, sapa datang tu? " Tanya Hanna apabila turun dari tangga.

Fatihah cepat-cepat menutup pintu rumahnya.

" Err, kawan aku. " Kata Fatihah sambil menolak Hanna ke arah dapur apabila gadis itu ingin mengintai siapa yang datang.

" Bagi lah aku nak tengok siapa yang datang. " Kata Hanna. Dia agak pelik dengan perangai Fatihah itu.

" Err, hah tadi Ain call aku, dia cakap nak jumpa kita dekat taman belakang kawasan rumah kita ni. Apa kata kau pergi dulu. Aku ada urusan sikit. Nanti aku akan pergi. " Kata Fatihah sambil menolak lembut badan Hanna keluar mengikut pintu dapur.

" Aku tak ada selipar. " Kata Hanna. Cepat-cepat Fatihah keluarkan selipar Jepun.

" Nah. Pakai selipar ni. " Kata Fatihah dengan kalut.

Hanna terkedu melihat selipar yang kebiasaan orang bawa ke tandas tu.

" Jaga diri baik-baik. Nanti aku pergi. " Kata Fatihah.

Hanna hanya mengangguk malas lalu berjalan ke arah taman yang dimaksudkan oleh Fatihah.

Dia sebenarnya sudah tahu yang kawan dimaksudkan oleh Fatihah tadi ialah, Aiman. Macam mana dia tahu? Dengar dari suara yang bercakap di luar tu pun dia dah tahu siapa milik suara tersebut. Saja dia nak uji Fatihah. Tapi malangnya, Fatihah tiada kekuatan lagi untuk kongsi dengannya.

Fatihah melepaskan nafas lega apabila Hanna mula meninggalkan kawasan rumahnya. Dia cepat-cepat mencapai gelas lalu air sejuk dari peti dituang ke dalam gelas tersebut.

" Nah. " Fatihah menghulurkan gelas yang penuh dengan air itu ke arah Aiman.

Aiman memandang gelas itu. Dahinya berkerut.

" Lama-lama tadi, awak boleh bawa air kosong je?  " Rungut Aiman tetapi tetap meneguk air kosong tersebut.

" Orang bagi tu pun dah nasib baik tau. " Balas Fatihah.

" Tak nak balik ke? " Tanya Fatihah apabila sunyi sepi melanda antara mereka.

" Amboi, menghalau nampak." Ketawa Aiman.

Fatihah menjeling.

" Awak tahu tak, Hanna pergi mana? " Pertanyaan Aiman itu membuatkan Fatihah tersedak liurnya.

" Kenapa tanya macam tu? Mestilah sekarang ni dia ada dekat rumah Adam. " Balas Fatihah cuba menahan supaya tidak tergagap-gagap ketika menjawab.

" Awak tak tahu lagi? " Tanya Aiman.

Fatihah mengerdipkan mata nya.

" Tahu apa? " Tanya Fatihah.

" Hanna dah keluar dari rumah Adam. Diaorang dah bercerai. " Kata Aiman sambil perhatikan riak wajah Fatihah.

Fatihah terdiam. Dia membulat kan matanya.

" Like seriously?! Jangan main-main perkara cerai ni. " Marah Fatihah padahal dia sudah tahu tentang itu.

" Betul. Tapi, takkanlah awak tak tahu. " Uji Aiman.

Fatihah terdiam.

" Sebelum ni tak tahu tapi sekarang dah tahu. Kenapa awak tanya macam tu? " Tanya Fatihah.

" Yelah, awak kan kawan baik dia. Takkan lah tak tahu. " Uji Aiman lagi.

Fatihah menelan air liurnya.

" Awak rasa Hanna sekarang ada dekat mana? " Tanya Aiman.

Fatihah menggigit bibirnya.

" Dekat rumah aku lah kan? " Tanya Fatihah dengan bengap. Nasib suaranya perlahan sahaja..

" Apa? " Tanya Aiman apabila nampak bibir Fatihah terkumat-kamit seperti berkata sesuatu.

" Tak ada apa-apa lah. Hurm, awak baliklah. Saya ada urusan sikit. Okay bye! " Fatihah berlari anak masuk ke dalam rumahnya.

Tidak sempat Aiman berkata sesuatu, Fatihah sudah tutup pintu rumahnya dengan rapat.

Apabila sudah pastikan Aiman meninggalkan kawasan rumahnya, dia dengan cepat-cepat keluar berlari ke arah taman di mana Ain dan Hanna berada sekarang.

" Kau dah kenapa Tihah? " Tanya Ain sedikit terkejut melihat Fatihah yang tercungap-cungap bernafas seperti baru selesai berlari acara marathon 4×1000

' Eh? Larian tu untuk kau je Ain. '

Ketawa kecil Ain di dalam hati apabila teringatkan tentang itu.

" Tak ada apa-apa lah. Eh siapa budak comel ni? " Tanya Fatihah sambil mengusap rambut panjang budak perempuan comel itu.

" Oh kenalkan, anak angkat aku, Asya namanya. "

Tergamam Fatihah mendengarnya. Hanna yang berada di situ tergelak kecil melihat wajah terkejut beruk Fatihah itu. Mesti wajahnya tadi begitu juga apabila mendengar kata-kata Ain sebentar tadi.

" Sebenarnya kan, aku ajak jumpa sebab nak jemput korang. " Kata Ain lalu menaipkan sesuatu di dalam telefon nya.

Kting...

Bunyi deringan tanda mesej masuk membuatkan Fatihah membuka telefonnya.

Esok birthday Asya. Aku nak ajak korang sekali sambut. Dekat pantai yang kita pergi hari tu. Jangan baca kuat-kuat. Nanti Asya dengar.

Fatihah menghulurkan telefonnya pada Hanna kerana Hanna datang ke sini sehelai sepinggang.

" Aku okay je. " Balas Fatihah. Dia mencuit kecil dagu Asya.

" Aku tak tahulah boleh pergi ke tak sebab esok aku kena jumpa dengan doktor. " Kata Hanna dengan nada serba salah.

" Alaa, tak boleh ke kau datang juga? Datang lewat sikit pun tak apa, asalkan kau ada. " Kata Ain.

" Tengoklah dulu. " Balas Hanna.

" Hurm Hanna. Aku nak tanya, harap kau tak terasa dengan soalan aku ni. Kenapa dengan pipi kau? " Tanya Ain. Soalan itu dari tadi berlegar di dalam kepalanya. Tadi, dia hampir tidak dapat cam yang orang yang berada di hadapannya sekarang ini ialah Hanna.

" Aku nak cerita sekarang pun, takkan habis, Ain. " Kata Hanna sambil tunduk memandang rumput.

" Kau ada masalah? " Ain bertanya sambil memegang tangan Hanna. Hanna mengangguk kecil.

" Nanti ada masa free, aku akan cerita dekat kau. " Kata Hanna dengan senyuman manis.

" Kalau macam tu, malam ni jom lah tidur dekat rumah aku. Tihah, jom lah. " Ain memujuk Hanna dan Fatihah.

" Okay. Nanti kitaorang pergi. " Kata Fatihah sambil mengusap rambut milik Asya.

" Alaaa, kenapa tak sekarang? " Tanya Ain dengan muncung itik nya.

" Kau nak sangat suruh aku tidur dekat rumah kau tapi tak bawa baju? Tidur ke namanya tu? " Marah Fatihah.

Hanna ketawa kecil.

" Hurm yelah, yelah. Aku tunggu dekat rumah. Datang, jangan tak datang. " Pesan Ain lalu bangun dari duduknya.

" Ye aku datang. " Fatihah menaikkan matanya ke atas.

" Jom sayang, kita balik. Nak maghrib dah ni. " Ain memanggil Asya yang berada di atas riba Fatihah.

" Mama, Asya nak makan aiskrim. " Kata Asya sambil memimpin tangan Ain.

" Amboi Hanna, orang tu dah upgrade jadi mama. "  Fatihah menyiku lengan Hanna.

" Tu lah pasal, hebat beliau. " Hanna menyiku lengan Fatihah pula.

Ain menjeling tajam ke arah mereka berdua. Terkekeh-kekeh ketawa macam beruk diaorang apabila menerima jelingan menggoda tersebut.

" Aku balik dululah. " Kata Ain lalu memimpin tangan Asya ke arah keretanya.


✧✧✧✧


Ain mengusap rambut panjang milik Asya. Asya yang lena itu dipandang dengan kasih sayang.

Esok-

Ain teringatkan sesuatu. Dia mencapai telefonnya. Nombor seseorang didail.

" Hello. Boleh tak kita jumpa sekejap? " Tanya Ain. Dia menanti jawapan dari orang tersebut.

" Okay, kita jumpa depan rumah saya. " Kata Ain lalu matikan panggilan telefon. Dia memandang Asya yang lena tidur itu.

" Sekejap ye, sayang. " Ain mencium dahi Asya. Dia keluar dari rumahnya untuk berjumpa dengan orang yang dia janji sebentar tadi.


✧✧✧✧


Qayyim memarkir keretanya betul-betul di hadapan seorang perempuan.

Tersenyum kecil dia memandang wajah kalut perempuan itu yang hampir kena langgar dengannya.

Dia keluar dari kereta.

" Nak apa jumpa aku ni? " Tanya Qayyim sambil menyandarkan tubuhnya di hadapan bonet keretanya.

" Awak tak ingat esok hari apa? " Tanya perempuan tersebut.

" Tak. Boleh tak berterus terang je? Tak payah nak belok sana, belok- "

" Esok hari penting Asya. " Potong Ain. Dia memandang Qayyim yang terdiam memandang nya.

" Awak tak ingat kan? " Tembak Ain.

Qayyim berdehem sambil membetulkan kedudukannya.

" Aku ingat. " Balas Qayyim.

" Dia nak sangat pergi pantai. " Kata Ain sambil memeluk tubuhnya kerana angin malam meniup dengan kencang.

" Saya harap- "

" Esok. Send location pantai. Aku datang. " Kata Qayyim lalu berjalan ke arah pintu kereta.

Ain ikut dari belakang.

" Tapi boleh saya ajak orang lain juga? " Tanya Ain sambil menghalang pintu supaya Qayyim tidak menutupnya lagi.

" Suka hati kau. Dah, pergi masuk. Sejuk dekat luar ni. " Kata Qayyim sambil menolak badan Ain yang menghalang pintu kereta nya.

Ain menghantar kereta milik Qayyim pergi meninggalkan kawasan rumahnya.

Tersenyum Ain apabila Qayyim risaukan tentang dirinya.

" Sejuk dekat luar ni? " Ain menggentel hujung bajunya.

" Haish! Apa aku mengarut ni?! " Kata Ain lalu berlari masuk ke dalam rumahnya.

Dari jauh, Hanna dan Fatihah yang berada tidak jauh dari rumah milik Ain, sudah nampak situasi tersebut.

" Tihah, tak lama lagi anak dalam perut aku ni boleh makan nasi minyak Ain lah kan? " Kata Hanna dengan nada berusik.

Fatihah ketawa.

Mereka keluar dari kereta lalu berjalan masuk ke arah pintu rumah milik Ain.


✧✧✧✧

" Esok, papa tak kira, Adam dan perempuan tu akan bernikah tidak kira apa jua. Kamu berdua dah melampau! Papa ingat lepas papa lepaskan kamu di pejabat agama minggu lepas, kamu tidak akan buat lagi, tetapi makin berani kamu berdua buat dekat pejabat! "

Adam meraup kasar wajahnya. Serabut!

Wajah mamanya yang muram itu kembali terlayar di kotak fikiran nya.

" Mama tak sangka yang Adam dah ceraikan Hanna? Mana janji Adam yang katanya ingin tunggu sebulan lagi? "

Tanya Datin Sarah dengan esakkan.

" Dia makin melampau, mama. Adam pergi kerja, dia boleh buat dalam rumah Adam. Adam dah banyak kali warning. Tapi dia tak dengar, so apa lagi? Cerai jelah. "

Kata Adam dengan selamba.

" Mama tak percaya Hanna macam tu! Adam cakap Hanna macam tu, tetapi Adam lagi teruk dari Hanna! Mama tak percaya Adam se liar ini! "

Pang!

Adam memegang pipinya yang ditampar oleh mamanya petang tadi.

Dia ketawa apabila teringat yang mamanya sebut tentang Hanna.

" Liar? " Ketawa dia mendengar kata-kata itu.

Dia mengeluh. Pandangan nya dilontarkan ke arah bandar metropolitan di malam hari.

Hidupnya sekarang, terasa sunyi. Kosong. Sesuatu telah pergi dan mengakibatkan hatinya terasa kosong.

Dia berjalan masuk ke dalam rumahnya kembali. TV dibuka bagi hilangkan rasa sunyi yang melanda.

Matanya yang tadi terarah pada TV, kini beralih ke arah pintu bilik yang berada di sebelah TV.

Itu bilik Hanna.

Dia melarikan pandangannya. Hatinya, menyuruh dirinya bergerak ke arah bilik tersebut, tetapi dirinya tidak mahu.

Matanya memandang ke arah pintu bilik Hanna lagi.

" Haish! " Adam bangun dari duduknya. Dia mencapai telefonnya dan kunci kereta miliknya lalu keluar dari rumahnya. Macam mana sekalipun, dia tak akan jejakkan kakinya ke bilik itu.

" Hello, jumpa I di tempat biasa. " Adam mematikan panggilan telefon apabila selesai bercakap.

Dia melangkah masuk ke dalam kereta Audi rs7miliknya.


✧✧✧✧

" Apa hal kau nak jumpa aku ni? " Tanya Aiman apabila dia sudah duduk di atas kerusi.

" Esok, aku nak kau jadi saksi. "

Aiman mengerutkan dahinya.

" Saksi apa ni? Saksi penceraian kau dengan Hanna? Tu ke? " Tanya Aiman dengan sinis.

Adam memandang tajam wajah Aiman.

" Please, antara aku dengan dia dah selesai. So, kau tak perlulah sebut nama dia lagi, bernanah telinga aku dengar. " Kata Adam lalu menyisip minuman nya.

" Sekarang ni aku nak kau jadi saksi nikah aku dengan Farisha. " Kata Adam.

" Kau gila ke Adam?! Baru minggu lepas bercerai, sekarang kau dah nak kahwin lain pula? " Marah Aiman mendengar kata-kata Adam itu.

" Lah? Apa salahnya? Aku boleh ikut suka hati aku je nak kahwin dengan siapa-siapa pun. " Kata Adam dengan bangga.

" Kau tak kesian ke dengan anak bini kau? " Tanya Aiman dengan nada yang lemah.

Adam mengerutkan dahinya.

" Eh? Aku ada anak bini ke? Setahu aku, aku bukan pegang status suami orang lagi dah. " Kata Adam. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

" Adam, dalam perut Hanna sekarang ni, anak kau! Bukan anak orang lain. " Marah Aiman lagi.

" Aiman, Aiman. Berapa kali dah aku nak cakap? Anak dalam perut perempuan tu, bukan anak aku. Tu hasil dia dengan jantan lain! "

Allah.

Mengucap panjang Aiman mendengarnya. Ye, memang dah banyak kali dia mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Adam sendiri, tetapi dia tak percaya yang berada di hadapannya sekarang ini adalah sepupunya.

" Ikut suka hati kau lah Adam. Apa yang kau nak, kau akan dapat, tapi jangan lupa Adam, peluang kedua tak ada sesiapa yang akan dapat. " Kata Aiman lalu bangun dari duduknya.

" Esok aku akan datang. Tapi bukan sebagai saksi, sebab aku tak setuju dengan perkahwinan kau kali ni. Kalau kau terdesak sangat cari saksi, apa kata kau panggil Qayyim, dia kan kawan baik dunia akhirat kau. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa, telefon je aku. Assalamualaikum. " Kata Aiman lalu berjalan keluar dari cafe tersebut.

Adam berdecit. Dia memandang sinis ke arah Aiman yang keluar dari cafe.

" Ingat aku hadap sangat lah peluang kedua yang entah apa-apa tu? " Bebel Adam. Tangannya mencapai telefonnya yang berada di atas meja.

" Mana you? "

Apabila panggilan telah tersambung, suara seorang perempuan menyapa telinganya.

" Meja hujung. " Kata Adam, dia sudah nampak Farisha yang memakai mask menutup mukanya, takut peminat nya terkam lah tu.

Farisha masih tercari-cari adam di hadapan pintu cafe.

" Ah! Okey I dah nampak. "

Panggilan telefon di matikan. Farisha berjalan dengan lenggok tubuh yang menggiurkan ke arah Adam.

Tertelan air liur Adam melihatnya.

Dia melarikan matanya ke arah luar cermin cafe ini.

" Kenapa you nak jumpa I? " Tanya Farisha apabila sudah selesa dengan cara duduknya.

" I dah buat keputusan. " Kata Adam.

" Keputusan apa? " Tanya Farisha dengan dahi yang berkerut.

Adam berdehem kecil.

" Esok, kita nikah. "

" Hah? "


✧✧✧✧


" Ain! Cepatlah! Nanti pantai ramai orang kalau datang lambat. " Jerit Fatihah yang berada di luar rumah.

Fatihah duduk mencangkung memandang Asya yang cantik memakai gaun labuh berwarna biru lembut.

" Cantiknya, anak mummy ni! " Kata Fatihah sambil mengelus lembut wajah Asya. Asya tersipu malu.

" Mummy pun cantik! Macam barbie doll! " Kata Asya dengan ceria.

Fatihah bersorak gembira apabila ada anak kecil itu memujinya.

" Barbie apanya macam tu, Asya? Mata sepet tu bukan Barbie tapi babis "

Ain yang baru keluar dari rumah, terdengar kata-kata Hanna itu ketawa mengekek.

" Babis? Apa tu ibu? " Tanya Asya dengan penuh minat.

Hanna mendukung Asya.

" Hurm, babis tu macam perkataan saya sayang awak. Cuba Asya cakap dekat orang yang Asya suka, nanti orang tu terkejut macam mummy Tihah tadi- aduh! " Hanna mengaduh kesakitan apabila bahunya terasa sakit.

Asya ketawa besar melihat Hanna dipukul oleh seseorang. Dia pusing memandang ke belakang.

" Kau tak payah nak ajar anak aku, perkara mengarut. " Kata Ain sambil menjengilkan matanya.

" Okay fine! " Hanna merajuk lalu meletakkan Asya di bawah kembali.

Fatihah ketawa.

" Hanna, orang tu sayanglah anak Qayyim ni, mesti ada makna opps! " Fatihah berlari masuk ke dalam kereta apabila melihat Ain yang sudah mengeluarkan kaki cheetah nya.

" Mama, cepatlah, Asya dah tak sabar nak pergi pantai ni! " Jerit Asya kerana melihat Ain yang sedang belasah Fatihah di dalam kereta itu.

" Jom sayang, kita masuk dulu. Jangan layan sangat perangai mama dan mummy tu, sampai ke esok tak habis lagi. " Kata Hanna sambil mengunci pintu rumah milik Ain. Dia memimpin tangan Asya sehingga ke pintu kereta.

Hari ini, ialah hari jadi Asya. Seperti yang sudah dirancangkan oleh Ain semalam, mereka akan bergerak ke pantai untuk menyambut hari jadi Asya yang ke 5 tahun.

Asya, baru je kenal dia dan Fatihah semalam, tapi sekarang dia dah tukar gelaran aunty Hanna dan aunty Fatihah kepada ibu dan mummy. Cepat sungguh budak ni biasakan diri dengan orang yang baru kenal.

" Hanna, kau okay? " Pertanyaan Ain membuatkan lamunannya terhenti. Hanna memandang Ain dan Fatihah yang duduk di hadapan.

" Aku okay je. Kenapa? " Tanya Hanna, pelik melihat Ain dan Fatihah memandang nya serentak.

Ain kembali memandang ke hadapan, keretanya mula bergerak.

" Tak lah, aku panggil kau, tapi kau tak jawab pun. Aku takutlah kau terasa sebab aku pukul kau tadi. " Kata Ain dengan serba salah.

" Eh tak ada lah. Aku okay je. Cuma aku risau tak pergi hospital. " Kata Hanna sambil mengusap rambut panjang milik Asya. Sejujurnya, ketika Ain memukulnya tadi, dia ingatkan Adam yang memukulnya.

" Tak apa. Aku kenal Doktor Danish tu. Nanti aku cakaplah dekat dia, esok kau pergi sebab hari ni ada urusan. " Kata Ain.

Hanna mula dapat bernafas lega apabila dapat tahu yang doktor lelaki itu ialah kawan kepada Ain.

" Kenapa kau tak cakap dari semalam lagi? Taklah aku risau sampaikan tak boleh tidur. " marah Hanna. Ain ketawa.

" Sorry. "

" Tak apa. "

" Hanna, macam mana urusan kau dengan Adam? " Tanya Ain dengan berhati-hati.

Hanna terdiam mendengar soalan itu.

" Sorry, Hanna. Bukan- "

" Aku dan dia dah tak ada apa-apa Ain. Seperti yang aku ceritakan semalam, aku dan dia dah bercerai, maksud nya urusan aku dengan dia dah tamat. Aku pun dah malas nak dengar nama dia tu. " Kata Hanna dengan maksud yang penuh dengan tersirat. Semalam dia dah luahkan semua perkara kepada Ain. Tiada apa-apa yang tertinggal lagi.

Dia sebenarnya menyimpan dendam dengan Adam. Luka dan lebam di pipinya sudah beransur pulih. Cuma tinggal parut sahaja. Parut inilah membuatkan benci dia terhadap Adam semakin membara. Setiap kali dia lihat parut ini di cermin, setiap itulah benci dia terhadap Adam meluap-luap.

" Hanna? "

" Ah ye? " Hanna tersedar dari lamunan nya yang jauh itu.

" Aku tanya, kau ada rasa nak makan sesuatu tak? " Tanya Fatihah.

" Tak ada lagi setakat ni. " Balas Hanna dengan senyuman. Hatinya terharu dengan layanan Ain dan Fatihah. Diaorang seperti umi dan abahnya. Yelah, sekarang ni kan dia dah jadi anak yatim piatu. Ada keluarga tetapi kena buang.

Hanna memandang ke luar tingkap.

' Ya Allah aku redha. Redha dengan ketentuan mu. '

Bisik Hanna di dalam hati.


✧✧✧✧


" Aku nak, masa Adam lafazkan akad nikah, kau telefon perempuan tu. Faham? "

" Kenapa aku? " Tanya orang suruhan.

" Sebab kau ada nombor dia kan? "

" Aku tak ada. "

" Aku tak kira, kau cari lah nombor dia dekat lubang cacing sekali pun. Kalau kau tak buat apa yang aku suruh, aku akan bongkarkan rahsia kau tentang- "

" Okey, fine aku buat. "

Tersenyum lebar orang itu melihat kekalahan orang suruhannya.

' Kau, orang suruhan. Tempat kau hanya di bawah tapak kaki aku. Kau tak boleh lawan cakap aku. '


✧✧✧✧


" Mama! Asya nak mandi pantai boleh?! "

Tersenyum Hanna melihat Asya bersama Fatihah yang sedang berada di gigi air.

" Tak boleh! Nanti basah baju princess Asya tu! " Jerit Ain kerana jarak antara mereka terlalu jauh.

Asya menayangkan wajah masam. Tetapi tak lama kerana Fatihah seperti memujuknya.

" Apa lah, si Fatihah tu menghasut anak aku sampai tersenyum lebar macam tu. " Tergeleng-geleng Ain melihat Asya yang memandangnya dengan senyuman melebar selepas dipujuk oleh Fatihah.

" Macam tak kenal Tihah tu. Kalau tak pujuk cara idea baik, dia pujuk dengan idea nakal dia tu. " Kata Hanna dengan gelakkan kecil di hujung ayatnya.

" Apa rancangan kau lepas ni? " Tanya Ain sambil membetulkan tudungnya yang ditiup oleh angin pantai.

" Aku ingat nak pergi bercuti lah. " Kata Hanna sambil memejam kan matanya bagi menghayati keindahan alam menggunakan mata hatinya.

" Kat mana? " Tanya Ain dengan penuh minat.

" Entah. Kalau boleh nak dekat dengan pantai macam sekarang ni. Damai je. " Kata Hanna dengan senyuman.

" Pergi Maldives lah. Laut cantik kat sana. Udara pun segar. Sesuai untuk kandungan kau. " Cadang Ain.

Hanna memikir kata-kata itu.

" Nak tu memang nak, tapi aku tak mampu lah weh. Tiket pergi dan balik mesti mahal. Tempat nak tidur lagi. Makan lagi. Banyak duit kena gunakan tu. " Kata Hanna. Dia sebenarnya memang mahu pergi ke Pulau Maldives sebab pulau itu pulau idamannya. Pulau yang dia ingin pergi bersama suami tercinta, tetapi tidak kesampaian hajatnya itu.

Hanna mengeluh.

" Aku ingat, setakat nak pergi tenangkan fikiran di pantai-pantai tu, dekat Terengganu pun ada. Kelantan ke? Cantik juga tempat kat situ. " Kata Hanna lagi.

" Hurm, kalau kau nak pergi Maldives, aku boleh tolong tanggung kau, Hanna. Alah setakat belanja kau, boleh sangat. Kau kan kawan aku. " Kata Ain. Dia sangat teruja untuk tolong Hanna bercuti. Dia tahu Hanna perlukan tempat yang tenang, udara yang nyaman, tempat yang cantik untuk tenangkan fikiran nya.

" Terima kasih tapi tak perlu kot Ain. Membazir je. Baik pergi Terengganu, dekat sikit. Bajet pun aku boleh tampung lagi. " Tolak Hanna dengan lembut. Dia takut buat hati Ain terasa. Dia tahu Ain beria-ia ingin menolongnya, tetapi Maldives tu terlalu jauh dan mahal.

" Hurm yelah. Kalau suatu hari nanti fikiran kau berubah, kau cakap je dekat aku. InshaAllah aku tolong punya. " Kata Ain dengan senyuman manis.

Hanna membalas senyuman Ain itu. Dia tak tahu nak cakap apa kerana dia terlalu terharu dapat kawan baik seperti Ain dan Fatihah.

" Haih, lambat lagi ke Ain? " Tanya Fatihah yang tiba bersama Asya di dalam dukungan nya.

" Kejap aku call. " Kata Ain lalu keluarkan telefonnya dari beg.

" Siapa? " Tanya Hanna kepada Fatihah apabila Ain sedang mendail nombor seseorang.

" Ayah kepada Asya. " Kata Fatihah dengan ketawa kecil di hujung ayatnya.

Hanna hanya mengangguk kecil.

Dia memegang dadanya.

' Kenapa berdebar semacam ni? '

Tanya Hanna di dalam hati. Dia berdebar dan takut.

Kalau Qayyim datang, mesti Adam datang sekali.

' Ya Allah, janganlah dia datang. '

Makin berdebar hati Hanna apabila panggilan sudah disambungkan.

" Hello? Lambat lagi ke? " Tanya Ain.

Pelik Hanna dan Fatihah memandang dahi Ain yang berkerut itu.

" Ha okay kejap. " Kata Ain lalu membuat loud speaker.

" Asya, papa nak- "

" Tengku Faris Adam Bin Dato' Nasir. "

" Ye saya? "

Berkerut dahi semua yang berada di situ apabila suara Adam yang kedengaran.

Hanna meneguk air liurnya. Berdebar dengan apa yang dia bakal didengari sekejap lagi.

" Aku nikahkan kau, dengan anak aku, Nur Farisha Hani Binti Fairuz, dengan mas kahwin sebanyak tiga ribu tunai. "

Bagai dipanah petir Hanna mendengar perkataan yang disebut oleh seorang lelaki yang berada di dalam talian tersebut.

Air mata Hanna mengalir laju, hatinya sakit sangat-sangat. Tak terungkap sakitnya itu.

" Aku terima nikahnya-  "

Hanna menutup telinganya lalu bangun dari duduk. Dia berjalan meninggalkan kawasan itu dengan tangisan yang teresak-esak.

Tak sanggup. Tak sanggup lagi dia dengar Adam lafazkan kalimah tersebut.

Air matanya mengalir laju. Selaju darah yang keluar kembali dari bekas luka di hatinya.

" Hanna! " panggilan dari Ain dan Fatihah tidak dihiraukan lagi.

Dia berjalan tanpa hala tuju dengan air mata yang masih mengalir di pipi.

' Ya Allah! Kenapa kau uji aku dengan cara ini?! Aku tak kuat Ya Allah, aku tak kuat- '

Hanna mengesat air matanya.

Dia duduk di pondok perhentian bas. Kakinya sakit, berjalan terlalu lama. Dia tunduk memandang kakinya.

' Cepatnya- Baru 9 hari kitaorang bercerai, dia dah kahwin- '

' Ya Allah, sakitnya hati ni. '

" Hanna? "

Hanna dapat lihat sepasang kaki yang berada betul-betul di hadapan kakinya. Dia mendongak memandang siapa gerangan orang itu.

" Awak buat apa dekat sini? Sorang-sorang pula tu. " Tanya lelaki tersebut. Dia terkejut memandang wajah Hanna yang basah lencun dek air mata.

Hanna terdiam.

" Aiman, awak pun sama kan? " Tanya Hanna sambil menunduk kembali.

" Sama apa? " Tanya Aiman lalu duduk di sebelah Hanna.

" Sama macam Qayyim, Adam. " Kata Hanna dengan lemah. Air matanya tidak lagi mengalir. Dia terlalu letih untuk keluarkan air matanya.

" Kenapa dengan diorang? " Tanya Aiman.

" Aad- Adam. Dia kawin dengan Farisha- " Kata Hanna dengan nada yang sebak.

Aiman terdiam. Maksudnya, Hanna dah tahu?

" Macam mana awak tahu? " Tanya Aiman lagi.

" Qayy- Qayyim. " Hanya itu Hanna dapat katakan. Dia tak mampu lagi bercakap kerana letih dengan semua ini.

Aiman meraup mukanya.

' Qayyim, aku tak sangka kau- '

" Aiman. Tolong hantar saya balik. " Kata Hanna dengan lemah.

" Ah? Ah ye ye. Jom. " Aiman membukakan pintu kereta untuk Hanna.

Hanna masuk tanpa berkata apa-apa.

" Adam, aku akan buat kau menyesal dengan apa yang dah kau buat ini. " Kata Aiman lalu masuk ke dalam keretanya.


✧✧✧✧


" Apa dah terjadi? " Fatihah terkejut apabila pintu rumah dibuka, Aiman bersama Hanna di sisinya, tercegat di hadapan pintu rumah nya.

Dia memandang Aiman dan Hanna silih berganti. Matanya jatuh pada tangan Aiman yang memegang erat lengan Hanna yang lesu itu. Perasaan cemburu mula menghantui dirinya.

" Saya jumpa Hanna dekat pondok perhentian bas. " Kata Aiman sambil memandang Fatihah yang menayangkan muka kosong.

Hanna yang sedar, wajah Fatihah berubah mula menepis lembut tangan Aiman yang berada di lengannya.

" Terima kasih, hantar saya balik. " Kata Hanna. Lututnya tiba-tiba longgar, dan dia hampir terjatuh. Tetapi sempat disambut oleh Aiman.

Fatihah yang melihat adegan itu, makin terbakar semua kalori, lemak, hati, hempedu di dalam badannya.

" I boleh tolong pegang Hanna. " Kata Fatihah lalu memukul kasar tangan Aiman yang memegang kedua belah bahu Hanna. Panggilannya juga sudah tertukar kepada 'I' kerana terlalu marah.

Dia tolong memapah Hanna masuk ke dalam rumah lalu diletakkan Hanna di atas kerusi.

Fatihah terkejut apabila dia pusing ke belakang, Aiman berdiri elok di belakangnya.

" Nak apa lagi? Tak reti nak balik ke? Ke tak jumpa pintu keluar? Meh saya nak tunjukkan. " Perli Fatihah lalu berjalan ke arah pintu. Diikuti oleh Aiman.

Aiman sembunyikan senyuman melihat wajah cemburu yang dipamerkan oleh Fatihah.

" Ni jalan keluarnya, tuan Putera. " Perli Fatihah lagi.

Aiman tidak dapat menahan tawanya.

" Kenapa gelak? Keluar lah! " Marah Fatihah. Pipinya juga sudah panas kerana menahan malu yang teramat.

" Cemburu ye? " Tanya Aiman memandang wajah Fatihah yang sudah merah itu.

" Mana ada! " Bantah Fatihah. Dia melarikan wajahnya ke arah lain.

" Minggu depan, saya hantar rombongan meminang. " Kata-kata Aiman itu membuatkan Fatihah mengerutkan dahinya.

" Nak meminang siapa? " Tanya Fatihah sambil memandang Aiman.

" Nak meminang tuan puteri yang kuat cemburu ni lah. " Kata Aiman dengan senyuman manis.

Fatihah menjeling.

" Siapa nak kahwin dengan awak? " Tanya Fatihah, dia pusing memandang ke arah lain kerana tidak dapat tahan senyuman yang ingin melebar.

" Eleh! Tadi cemburu. Orang tua-tua kata, cemburu tu tanda sayang. Betul ke? " Tanya Aiman dengan nada berusik. Dia mencari wajah Fatihah yang sengaja disorokkan olehnya.

Fatihah menunduk malu.

" Tak betul! Mengarut je semua tu. " Kata Fatihah.

Hanna yang berada di dalam rumah, tersenyum melihat kebahagiaan Fatihah dan Aiman.

' Moga Aiman dapat jaga Fatihah dengan penuh kasih sayang. '

Doa Hanna di dalam hati. Dia tak mahu kawannya hidup menderita seperti dirinya.

Hanna memejam kan matanya. Perjalanan hidup dia masih panjang, dia kena rancang dengan baik.


✧✧✧✧


Adam mencabut butang baju melayu putih miliknya. Dia memandang Farisha yang sedang berbaring di atas katil.

Majlis perkahwinan mereka sudah selesai. Mereka tidak buat besar-besaran kerana papa dan mamanya malu dengan perkahwinan mereka ini.

" Farisha, boleh kita cakap sekejap? " Tanya Adam sambil duduk di atas katil. Dia memandang belakang badan Farisha yang baring membelakangi dirinya.

" Farisha? " Panggil Adam lagi.

" I mengantuk lah, sayang. " Kata Farisha dengan suara yang lemah.

Adam mengeluh. Dia baru ingat nak suruh Farisha urut belakang badannya yang lenguh.

" Abang lenguh ke? "

Terkejut Adam apabila suara Hanna tiba-tiba kedengaran. Dia pusing ke belakang apabila rasakan satu tangan berada di atas bahunya.

" Abang nak Hanna urutkan? "

Terkedip-kedip mata Adam memandang Hanna yang sedang senyum memandangnya. Jarak mereka berdua sangat hampir.

" Kat mana abang lenguh? Sini? "

Terpejam mata Adam merasai nikmat urutan dari Hanna.

" Ye, ye. Kat situ. " Kata Adam.

Berkerut dahi Farisha melihat Adam yang seperti 'high' dan bercakap seorang diri.

Farisha mencuit bahu Adam yang membelakangi dirinya.

" Ah! Ye ye kat situ. Sedapnya- "

Farisha semakin pelik bercampur takut melihat Adam seperti tidak siuman itu.

" Adam! " Farisha menolak kasar badan Adam.

Adam tersentak. Dia pusing memandang ke belakang ingin memarahi Hanna yang menolak dirinya. Tetapi kemarahannya, lebur apabila orang yang berada di belakangnya, bukanlah Hanna, tapi Farisha.

" You dah kenapa? High semacam je. " Tanya Farisha sambil mengikat rambutnya yang panjang.

Adam meraup wajahnya.

' Allah! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku perlu ingat dia lagi?! '

Hati Adam merungut geram.

" I nak makan. " Kata-kata Farisha membuatkan Adam memandang Farisha yang sudah menjadi isteri sah nya, 4 jam yang lepas.

" Tadi dekat rumah family I kenapa tak makan? " Tanya Adam dan bangun menuju ke arah almari yang tersedia semua pakaiannya.

" I tak ada selera nak makan lah. " Rungut Farisha sambil memandang Adam yang sedang mencari sesuatu di dalam almari pakaian miliknya.

" Kenapa pula? " Tanya Adam dengan malas.

" Keluarga you tu, macam tak suka I je. " Kata Farisha dengan suara yang dibuat-buat sedih. Dia ingat lagi macam mana mak mertuanya bercakap dengannya ketika ingin balik ke kondominium Adam tadi.

" Haih! Terasa lapar lah pula. Tadi tak selera sebab nampak orang yang tak sepatutnya. Hurm, abang. Sarah nak makan kejap. Lapar sangat ni. "

Macam tu lah bunyinya. Farisha mengeluh kasar.

Adam tersenyum sinis mendengar rengekan Farisha itu.

' Padan dengan muka kau. Siapa suruh nak sangat jadi menantu keluarga Nasir? '

Adam tidak menghiraukan Farisha lagi. Dia berjalan ke arah tandas.


✧✧✧✧


Aiman memandang Qayyim yang menarik kerusi di hadapannya lalu duduk.

" Pahal nak jumpa? " Tanya Qayyim sambil letak telefon dan kunci keretanya di atas meja. Dia mengangkat tangan untuk memanggil pelayan.

" Apple juice. " Pesan Qayyim dan pelayan itu berlalu pergi selepas mengambil order.

" Kau pergi ke majlis nikah Adam? " Tanya Aiman lalu menyisip minuman nya.

" Yes. Kenapa kau tak pergi? " Tanya Qayyim pula.

" Aku ada hal sikit. Hurm, macam mana majlis diaorang? Meriah? " Tanya Aiman lagi.

Qayyim menguap luas.

" Tak pun. Majlis kecil-kecilan je. " Balas Qayyim dengan malas.

Aiman mengangguk kecil.

Pesanan Qayyim sudah tiba.

" Aku nak tanya kau ni, kau jangan marah pula. " Kata Aiman sambil bersandar pada kerusi.

Qayyim hanya mengangkat keningnya bermaksud dia berminat apa yang akan ditanya oleh Aiman sekejap lagi.

" Macam mana kau boleh- "

" Kejap-kejap. Aku nak pergi tandas kejap. Dah tak tahan ni. " Kata Qayyim lalu bergegas bangun dari kerusinya.

Aiman memandang Qayyim yang sedang bertanya kepada pelayan tadi, di mana terletaknya tandas.

Dia pusing memandang ke hadapan. Telefon Qayyim yang berada di atas meja, membuatkan dirinya terasa ingin mengambilnya.

' Peluang keemasan! '

Kata Aiman lalu mengambil telefon milik Qayyim tersebut.

' Shit! Ada password pula! '

Rungut Aiman lalu letak kembali telefon milik Qayyim tersebut. Dia baru ingat ingin siasat tentang Adam dan Hanna. Dia pasti yang Qayyim ialah dalang semua rancangan ini.

Aiman buntu. Apa lagi yang perlu dia buat? Dia ingin bongkarkan semua ini supaya Hanna rasa bangga dengannya.

' Dan sudah semestinya,Hanna akan terhutang budi dengannya dan- '

" Sorry lama. Tandas jauh pula tadi. " Terkejut Aiman apabila Qayyim sudah kembali duduk di kerusinya.

Aiman tersenyum.

" No hal lah. " Balas Aiman.

" Ah? Kau nak tanya apa tadi? " Tanya Qayyim yang baru teringat yang Aiman tidak habiskan soalannya tadi.

" Hurm, aku dah tak ingat dah. Lupakan jelah. Bukan penting pun. " Kata Aiman dengan gelakkan kecil.

Qayyim hanya mengangguk kecil walaupun di dalam hatinya berasa sangsi dengan sikap curiga Aiman itu. Namun, dia hanya buat tidak endah dengan perasaan tersebut. Apapun, dirinya berasa senang dengan kejadian hari ini.

Ya. Dia menang besar.


✧✧✧✧

Bersambung-

✧✧✧✧

Continue Reading

You'll Also Like

135K 5.4K 56
Book 07 [completed]āœ… Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ā˜ļø ź€˜źˆ¤ź‚¦ź…źˆ¤ źźŒš Encik Duda Hotszz ! ā˜ļø ā™”ļøŽ Isyraf Ɨ Aisha ā™”ļøŽ " Nak ngorat Encik Duda ni...
143K 3.4K 77
[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya ber...
282K 13.6K 60
[ ā‘ ā“¢ā“£ ā“ƒā“žā“„ā“”ā“› ] Dijodohkan dengan musuh sendiri? Itulah yang dialami oleh Ezly Merquez dan Arissa. "Musuh tetap musuh dan kau jangan harap aku angap ka...
524K 25.2K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...