Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Ju...

By jyeons

58.3K 5.4K 1.7K

"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F... More

01
02
03
04
05
06
07
08
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
#Epilog 💍

09

2.1K 208 79
By jyeons

"Jangan tinggal daku.. oh Ayu.. oh juwita"

Nak tersembur saliva dari mulut Ayu. Ya hari ini adalah harinya. Hari Ayu balik semula ke kandang universitinya. Cuti semestanya sudah sampai ke penghujung.

"Jangan tinggal solat. Ingat pesan ayah ni. Jaga diri. Jangan berkawan dengan orang tak betul. Cari kawan yang baik baik faham?". Encik Fakhrul gigih mengingatkan anak perempuannya.

"Baik ayah". Ayu mengiyakan saja. Ini dah masuk sem ketiga namun pesanan bapanya tetap sama seperti dulu.

Tanda sayangkan anak.

"Kalau jumpa jodoh wassap aku tau". Lain pula yang disebut Dania. Dia mengata Khal hmph dia pun dua kali lima— menyakat soal jodoh. Hampeh.

"Aku nak capai cita cita dululah.. tak kuasa nak benakkan kepala otak pasal lelaki lah suami lah apa lah..". Bidas Ayu. Ada benar juga kata-kata Ayu. Impian harus dijadikan kenyataan terlebih dahulu.

"Hah betul cakap kakak kamu. Capaikan cita cita dulu lepastu baru sibuk fikir kahwin.. ke adik nak langkah bendul?". Membesar mata Dania dengan gurauan Encik Fakhrul. Takutlah tu—

"Kalau nak boleh je.. calon pun dah ada- aduh!". Terbantut nak sambung ayat. Puan Mas tepuk perlahan lengan suaminya.

"Abang ni.. dia baru habis SPM tapi.. kalau adik nak kahwin juga. Ibu tak kisah". Seloroh Puan Mas. Dania menepuk dahi. Suami isteri sama saja.

"Dah habis dah? Oh haaa Ayu nak masuk dah lah. Bye bye wahai kakakku". Badan Ayu habis Dania tolak tolak. Sengaja mahu tukar topik.

Memandangkan sudah ramai pelajar melangkah masuk ke ruang perhimpunan. Ayu menyambar tangan kedua ibu bapanya untuk disalam. Tak lupa juga Afieq dan Dania.

Sayu sahaja sekeluarga tersebut memerhati Ayu yang semakin lama semakin jauh. Meningkat dewasa itulah yang harus dikorbankan— demi mencapai cita-cita.

"Sekarang kita nak pergi mana? Nak singgah restoran? Perut dah berkeriuk". Cadang Afieq sambil menggosok perutnya yang tidak terlalu buncit dan tidak terlalu berketak six packs. Sedang-sedang saja.

"Rasanya kita singgah beli tapau jelah. Kesian Isyraf kat rumah tinggal sorang sorang. Lagipun takkan lah kita nak kenyangkan perut kita je. Balik nanti kita jamu sama sama". Ujar Puan Mas.

"Betul juga tu". Dania menyelit.

"Amboi.. risau nampak". Hah sudah— Afieq dah papar muka nak minta penampar guna tapak kasut.

"Apa? Betul lah apa yang ibu cakap tadi. Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Kalau hensem takpelah juga.. ini–". Kata Dania seolah menyampah.

"Ehh aku memang hensem lagikan macho kalah mamat arnab pujaan hati kau tu"

"Dah dah jom kita gerak. Nak gaduh ke apa sambung kat rumah". Tegur Encik Fakhrul manakala dua beradik itu sudah jeling menjeling buat memek muka mengejek bagai.

———

[Jungkook POV]

"Sadaqallahul azhim.."

Al-Quran kecil beserta terjemahan aku tutup lalu aku cium. Kesan air mata mengalir di pipi dikesat. Oleh kerana terkesan membaca ayat-ayat suci tadi.

Tubuh aku sandarkan pada sofa. Aku membaca al-Quran di ruang tamu. Selesai sahaja solat sunat Dhuha aku memang berniat nak duduk rehat di ruang tamu— mahu tengok TV.

Disebabkan rancangan TV semuanya tak menarik. Aku mengambil keputusan ingin mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Daripada tidak lakukan apa apa lebih baik buat pahala. Sudahlah diri banyak dosa. Apa salahnya isi masa terluang dengan menambah pahala kan?

Sunyi sungguh rumah ni bila semua orang takde. Aku melepaskan keluhan. Paling aku tak suka bila bersendirian. Mulalah aku fikir masalah. Dugaan yang aku sedang terima sekarang.

Omma tengah buat apa?

Dia masih marahkan aku ke?

Aku menyerabutkan rambut. Lantas aku berdiri dan al-Quran aku letak di atas rak kemudian bergerak ke luar rumah. Hirup udara segar lagi bagus daripada melayan hasutan syaitan.

Tipulah aku kata aku tak pernah rasa putus asa dengan segalanya yang aku alami. Sampai satu tahap— aku terdetik hati nak putuskan urat pergelangan tangan sendiri.

Aku menyesal sebab terfikir nak buat benda bodoh sebegitu. Serupa tak ada iman saja. Alhamdulillah. Allah hantar kawan-kawan baik yang mampu nasihat aku untuk teruskan hidup.

You can't stop me lovin' myself
Braaahhhhh woohoooo

Deringan lagu telefon di atas meja kecil bersebelahan pintu utama membantutkan langkah aku.

"Handphone siapa ni..". Tanya aku sendirian sebelum menjawab panggilan. Aku berani angkat sebab terpapar nama Afieq pada skrin. Lagipun manalah tau hal kecemasan ke apa kan.

"Assalamualaikum". Ucap aku.

"Waalaikumusalam. Ini siapa?"

Aku menjarakkan telefon untuk melihat semula nama si pemanggil. Memang tak salah nama Afieq terpampang tapi suara perempuan pula yang keluar.

"Ini siapa?". Aku menyoal kembali.

"Dania. Aaaa.. ni siapa?"

"Jungkook"

"Oh haa betul lah handphone aku tinggal kat rumah. Uish mati mati aku ingat tercicir kat mana tadi"

Aku tergelak. Cara Dania cakap memang kelakar. Kemungkinan dia sedang bercakap dengan Afieq.

"Uh sorry. Saya cuma nak pastikan telefon saya ada kat mana. Nasib ada kat rumah"

"Oh.. takpe..". Dalam talian pun awkward.

"Ok um.. sekejap lagi kitaorang balik bawa makanan. Tunggu eh? On the way ni. Bye"

Tuttt—

Skrin telefon yang masih menyala menarik perhatian aku. Automatik degupan jantung aku berubah laju.

Inilah lelaki yang Yusuf cakap pada aku haritu? Sampai dia tersalah anggap bahawa aku ni boy friend Dania.

Cermin yang tak jauh dari tempat aku berdiri saat ini menjadi sasaran. Telefon pintar Dania juga tak lepas dalam genggaman tangan.

Pantulan wajah aku melalui cermin aku teliti. Foto jejaka terpapar di lockscreen Dania yang dikatakan serupa aku itu diletakkan di sebelah muka aku. Berulang kali mata aku bandingkan.

"Hm.. aku lagi handsome"

Bunyi kenderaan mula memasuki kawasan garaj menyedarkan perbuatan aku. Heol— aku tengah buat kerja gila.

[End Jungkook POV]
———

Jam menunjukkan pukul 9.10 malam. Kehulur kehilir Dania meronda dalam ruangan kamar tidurnya. Buntu tak tahu nak buat aktiviti apa.

Ayu dah selamat balik ke universiti. Waktu sebegini selalunya dia berborak bersama Ayu. Ada sahaja topik yang dibincangkan mereka.

Baru hantar kakaknya pagi tadi.
Dah rindu lah tu—

Akhirnya Dania mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik. Tak nak jadi seperti katak di bawah tempurung. Katak pun inginkan kebebasan. HAHA.

Pintu dikuak. Tudung yang tersarung di kepala dibetulkan. Sebenarnya Encik Fakhrul, Afieq dan Jungkook solat Isya' berjemaah di masjid. Sengaja Dania pakai tudung awal.

Sediakan payung sebelum hujan. Bila mereka dah pulang nanti tak adalah terkejar-kejar, kelam-kabut nak mencari tudung. Lagipun sudah biasa. Bila dah terbiasa, tak rasa panas pun.

Sob sob

Terhenti langkah Dania apabila dia terdengar bunyi seakan akan seseorang sedang menangis. Berdirinya Dania di hadapan bilik Afieq.

***

[Dania POV]

Wajah aku mencuka. Tak lawaklah time gini ada orang menangis. Siapa lagi yang ada dalam rumah selain aku dan ibu? Yang pergi masjid tadi belum balik lagi tak silap aku.

Kalau hantu pun– awalnya 'dia' muncul. Biasanya lepas jam 12 tengah malam.

Aku tak hiraukan. Aku set minda nak turun bawah bertemankan ibu. Kadang-kadang ini semua imaginasi je. Syaitan saja nak menakutkan manusia.

Baru nak angkat kaki aku terdengar lagi. Tak ragu-ragu bunyi datang dari dalam bilik Afieq. Tak mungkin Afieq yang nangis? Kalau betul lah– aku nak gelakkan dia AHAHAHAH.

Dia stres akibat belajar terlebih sangat ke tak jumpa jodoh lagi? Hahahahaha aku terhibur sendiri. Aduhai apalah kau ni Dania.

"Appa.. hyung.. omma.."

Senyuman aku mati.

Jungkook yang menangis rupanya?

Dia dah balik dari masjid ke?

Kiri kanan aku perhati. Line clear! Telinga aku lekap pada pintu— nak dengar lagi luahan daripada mulut dia.

"Kenapa ya Allah.."

"Haish kenapa aku lemah sangat ni.. Allah uji aku sebab Allah sayangkan aku.. aku tahu aku kuat"

Sepertinya Jungkook sedang bermonolog dengan dirinya sendiri. Kesiannya dia. Mesti dia terima dugaan yang berat dalam hidup dia.

Nak dibandingkan dengan aku. Sememangnya aku percaya bahawa ada orang lain yang lebih susah daripada aku. Setiap manusia punyai kisah kehidupan masing-masing.

Aku sepatutnya bersyukur.

Apa agaknya konflik yang Jungkook hadapi sekarang eh? Manalah tahu aku boleh bantu dia. Bukan berangan nak jadi heroin tapi sebab rasa simpati.

Nampak je luaran aku ni jenis hati kering tapi sebenarnya munafik semua tu. Aku hati tisu juga hm bolehlah sikit.

Aku menjarakkan diri daripada pintu bilik yang dihuni Jungkook. Terbatal niat aku nak lekapkan telinga semula. Buat kerja mazmumah sebegini pun sudah rasa berdosa.

Lagi satu bala. Jikalau tak ada angin tak ada ribut dia buka pintu. Aku nak lari mana? Sudah semestinya aku jatuh kedebuk ala ala nangka busuk nanti.

Ting!

Aku tersentak dek bunyi noti masuk. Haih asyik terkujat saja. Pernah sampai aku melatah sebab bunyi ni. Paling memalukan- bila depan orang ramai.

Kenapa tak tukar je bunyi tu?
Entahlah nak.

khal 🐸

tgh ngendap org eh?

Dia pasang mata-mata ke? Bukan boleh percaya dia ni. Kelihatan seperti budak noob tapi duit banyak. Pasal itulah dia selalu belanja aku kentang goreng mak cik Lia depan rumah tu.

Aku pun menaip.

uish tau tau je

BETUL KE WEH!?
aku teka je haaaaaa kantoiiiii

kau nak apa sebenarnya

nak kau 🌚

EIUWWWWWWWWW
Muntah hijau.

Klerk— baru aku sedar aku masih berdiri depan bilik Afieq dan Jungkook pun dah keluar. Tak sempat nak lari fuhh. Ini semua salah Khal eh- salah aku juga. Tak menyempat nak chat.

"Dania? sob.."

KENAPA DIA SEDUT HINGUS LEPAS SEBUT NAMA AKU ALLAHU COMELNYA HEJSJKAKSJS DENGAN MUKA INNOCENT DIA

"Buat apa kat sini?". Jungkook menambah soalan sambil memulas tombol guna sebelah tangan untuk menutup pintu rapat.

"Uh.. takde buat apa. Awak tak pergi masjid ke?". Pertanyaan aku dibalas angin lalu walaupun aku tahu tak ada angin sekarang ni. Terkebil-kebil mata Jungkook memandang aku.

Aku silap soalan ke?

"Pergi tadi.. baru je balik". Aku meng'oh'kan jawapan dia. Aku tak tahu. Mungkin sebab dari tadi aku asyik terperap dalam bilik umpama kentang menunggu direbus sehingga empuk.

Jungkook melepasi aku lalu menuju ke tangga. Terserlah wajah dia seperti baru lepas menangis. Tak menonjol sangat tapi aku boleh nampak. Nak saja aku soal dia kenapa nangis.

Keberanian tak cukup pula. *menangis sambil melutut tepi pasu bunga ibu*

"Awak tak nak turun bawah sekali?". Lamunan aku lesap sebaik sahaja Jungkook bersuara. Dia tunggu aku? Ewah ewah nak ajak turun sama-sama ke?

"Memang nak turun pun". Aku menggerakkan kaki kemudian membuntuti dia. Dia depan aku belakang. Jarak kami dalam dua anak tangga gitu.

"Pfft..". Aku menahan gelak. Masa ini juga lah Khal buat lawak. Mata aku fokus pada skrin telefon tapi aku berhati-hati melangkah kaki.

Aku perasan macam ada sesuatu menghalang jalan aku. Terus aku alihkan pandangan ke hadapan— weh nasib baik sempat brek!

"Jungkook. Kenapa berhenti tengah tangga?". Hampir hampir saja aku nak terlanggar belakang badan dia kot. Lampu brek pun tak bagi eish dia ni.

Rasa nak tercabut jantung aku bila dia mengejut pusingkan badan menghadap aku. Satu anak tangga je jarak aku dengan dia. Astaghfirullah.

"Handphone saya tertinggal dalam bilik"

Aku keluh perlahan. Alahai aku ingat apalah tadi. Buat suspen je.

"Oh pergilah ambil". Arah aku. Tanpa berlengah Jungkook naik semula. Aku kembali menapak ke bawah selepas memberi laluan kepada dia. Namun terbantut—

"Dania.. tunggu saya sekejap boleh?"

Aku mengerut dahi. Malas nak berfikir apa apa. Aku turutkan saja permintaan dia. Sambil menunggu aku chat dengan Khal hm Lisa juga. Aku tak faham kenapa Lisa teruja sangat nak chat aku.

Terasa diri famous sekejap mueheh.

Sedang bergembira melayan kerenah Khal. Gentle tak tipu lawak dia kali ni tak hambar. Banyak kali aku terhibur. Selepas itu ruangan chat Lisa aku tekan.

lalalalisa

saya nak tanya sikit boleh?
apa hubungan awak dengan jungkook eh?

WHUT.
Dia kenal Jungkook?

macam mana boleh kenal jungkook?

adalah heheh
jawab soalan saya pleasee

mana ada apa apa hubungan pun

owh
okayy
saya saja tanya

"Seronoknya main handphone tu". Tegur Jungkook. Barangkali dah selesai ambil telefon pintar dia. Aku mengetap bibir. Maklumlah melayan peminat.

"Maaf buat awak tunggu. Saya ada benda nak cakap sebenarnya.. nak minta pendapat sikit"

"Pendapat apa?". Kini aku fokus sepenuhnya kepada jejaka bergigi arnab. Vivo Y aku pinggir tepi. Aku berdiri di atas anak tangga manakala Jungkook menyandarkan belakang tubuhnya ke dinding bersebelahan pintu bilik.

"Ibu sendiri kalau dah marah, dia tak mengaku saya ni anak dia. Masih ada peluang lagi ke nak mohon kemaafan daripada dia?". Sayu saja nada Jungkook. Aku terdiam. Bingung seketika.

Jungkook tertawa kecil. Aku perasan dia ketawa bila pandang muka 'topik apakah ini?' aku. Sudahlah aku ni jenis lambat tangkap.

"Comellah.. awak mesti blur kan?". Cepat cepat aku kawal riak wajah. Aduh dia memang suka buat pipi aku berubah jadi tomato.

"Uh.. ya ya. Apa jadi sebenarnya?". Selamba badak aku soal dia semula. Tak kisahlah aku nampak dungu di situ. Bak kata cikgu, malu bertanya sesat jalan.

"Panjang cerita sebenarnya"

"Pendekkan". Cadang aku sebelum meletakkan sebelah bahu ke dinding namun masih berdiri atas anak tangga. Aku menghadap Jungkook saat ini.

"Omma cakap dia takkan maafkan saya sampai bila bila sedangkan saya sendiri tak tahu apa salah saya. Puas minta maaf.. benda sama jadi juga. Saya penat tapi dalam masa yang sama rasa tak tenang". Jelas Jungkook berakhir keluhan.

"Kali terakhir jumpa dia bila?". Tanya aku.

"Beberapa bulan lepas.."

"Tak nak jumpa dia lagi? Mana tahu dia dah lembut hati nak maafkan awak?". Jungkook seolah ragu-ragu nak balas cadangan aku.

"Saya fobia. Takut benda sama jadi. Nak ke dia ampunkan saya yang dah dicop anak derhaka ni?". Rasa sebak dan simpati mula menyelubungi diri aku.

"Orang tengah marah memang semua dia luahkan termasuk ayat yang dia tak pernah terfikir pun nak ungkap. Insha-Allah saya yakin dia dah maafkan cuma awak kena tunjuk kesungguhan pada dia yang awak betul betul dahagakan keampunan dari dia"

Fuyoo apabila Dania berbicara. Aku tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut aku weh. Oh ya.. pengalaman mendewasakan aku ceh!

"Dia.. akan maafkan saya?"

"Insha-Allah. Saya yakin! Cubalah pujuk dia lagi. Biar dia rasa apa yang dia lakukan tu tak betul caranya. Saya jamin rasa simpati dalam diri dia mesti ada. Awak kan darah daging dia"

"Hm.. insha-Allah nanti saya jumpa dia. Terima kasih Dania, sebab bagi pendapat". Ucap Jungkook dengan senyuman.

"Um.. saya nak minta pendapat lagi sebenarnya.. boleh ke?". Tambah Jungkook sambil ketap gigi. Dah comel tu comel jelah tak payah nak tayang gigi lagi haish.

"Oh boleh boleh. Apa dia?"

"Saya ada suka seseorang.. patut ke saya terus terang je pada dia?"

MAK AII
SOALAN APAKAH INI

"Em.. ikut keadaan kot. Agak agaknya kena reject tak tapi.. kalau dah berkenan sangat baik jadikan isteri terus. Takdelah zina hati atau apa apa berlaku". Ujar aku berjela.

Jungkook tak balas malah tersenyum sendiri sambil menunduk. Amboi— dah angau nak kahwin ke bang?

"Dah jumpa calon ke?". Dengan beraninya aku tanya dia selamba. Uish. Dania sudah maju.

"Dah tapi rasanya dia akan reject saya kot. Yelah saya bukannya hensem mana pun. Biasa biasa je". Aku rasa nak lempang dia sekarang. Boleh dia cakap muka dia 'biasa biasa' je?

Jap. Kenapa hati aku rasa diremuk?
Dia dah jumpa calon? Awalnya..

"Tak semua perempuan pandang paras rupa. Akhlak lagi penting". Well itulah pendapat aku.

"Awak pandang paras rupa tak?"

"Uh.. em..". Aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Khal pernah soal aku sebegini dan aku pun balas 'adalah sikit'. Aku tak nak digelar perempuan yang memandang paras rupa—

"Pandanglah juga tapi hati lagi penting". Iyaaaa kita sepatutnya jujur!

"Ok.. cuba tanya kenapa saya tanya awak soalan ni". Hairan aku perangai dia. Turutkan jelah.

"Kenapa?"

"Sebab calon tu ada depan mata saya"

ASTAGHFIRULLAH.

DIA MELAWAK JE KAN? TAK MUNGKINLAH HAAA JANGAN BAGI FAKE HOPE KEPADA DANIA MAISARA WAHAI ARNAB

"Saya gurau je.."

Lalu dia pun senyum sebelum berjalan dan menuruni tangga melepasi aku yang masih tercengang dek ayat dia sebentar tadi. Memproses.

Dia.. bergurau?

———
to be continued 🐇

(⊙‿⊙✿)

Continue Reading

You'll Also Like

96.4K 8.4K 13
+bila mak kau paksa kau kahwin padahal kau muda lagi duh cliche sia hahaha kau bacalah sendiri. start: 12/11/15 end: 26/11/15 cr cramazing poster; @_...
1.4M 108K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
7.9K 446 33
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
131K 3.9K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...