Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

17

3.6K 65 10
By syyisnn

"Sorry, Elly." Ujar Mikhail seraya panggilannya diangkat. Sejak dia balik semula ke pejabat, mindanya terlalu berserabut. Lama juga dia memikirkan apa yang harus dia lakukan. Tak tahu sama ada Ayra atau Ellyda. Dua-dua dia sayang, dua-dua dia mahukan tetap ada dengannya.

Namun, dia juga tahu dua-duanya tidak mahu berpoligami. Masing-masing ingin menjadi pertama dan tetap yang pertama tanpa didua. Argh, bagaimana ini? Aku tak sanggup nak ceraikan Ayra. Aku tak sanggup nak kehilangan Ayra. Cukuplah aku seksa hati dia selama ini, biar aku tebus kembali silapku.

Ellyda.. Tak mungkin aku sanggup tinggalkan dia. Wanita itu sanggup bersama denganku walaupun dia tahu aku sudah beristeri. Tak, tak mungkin aku ingin mensia-siakan dia.

"Elly, you tak sudi maafkan I ke? You dah bencikan I? Takkan sebab satu salah I, you nak hukum I macam ni?" Soal Mikhail kembali setelah kata maafnya tidak dibalas.

Kembali sepi. Hany deruan nafas yang menjadi musik latar.

"Okay, kalau you perlukan masa untuk maafkan I, go on. Cuma I nak you tahu, I betul-betul tak sengaja tadi. Maafkan I, Elly. I sayangkan you dan I tak nak kehilangan you-"

"Kehilangan I? Sekarang pun memang you dah kehilangan I, Mikha. Usahkan memiliki, nak halang I dari pergi pun, you tak mampu." Belum sempat Mikhail ingin menghabiskan kata-katanya, Ellyda memberinya sindiran pedas.

Kenapa hari ini, Ayra dan Ellyda beremosi?

"Maksud you apa?"

Hilaian tawa di sebalik telefon itu membuatkan lidah Mikhail kelu. "Tak perlu rasanya you pura-pura bodoh hari ni. Kenapa eh you suka berdrama? Maaf, I tak berminat nak tonton atau sebaliknya. Tiba-tiba I rasa tawar hati dengan you. Bukan sebab herdikan you, tapi sebab you."

Mikhail diam. Dia cuba menghadam kata-kata Ellyda namun dirinya tetap tidak memahami. Ellyda terlalu berkias tika ini dan benar-benar membuatnya pusing.

"Blur? Sayang, sayang. Apa yang you fikir sampai ayat I pun you tak faham-faham? You dah berubah sejak Ayra sakit. You know what? Perhatian you 100% tertumpu pada isteri you! Ya, ya, I know, she's your wife. Wife, bukan skandal macam I. Tapi dulu, usahkan nak balik rumah, sebut nama dia pun you taknak. Sekarang? Hari-hari nak balik rumah, hari-hari nak sebut nama dia, nak puji dia. You memang suka buat orang macam sampah ke? Sekarang, you sebenarnya nak apa? Nak cinta I atau nak gunakan I je? Yela, isteri you kan tak boleh mengandung dah, tapi you tak sanggup nak ceraikan dia. So, maybe you nak I jadi ibu tumpang untuk anak-anak you. Yela, ibu tumpang je lah sebab you sendiri tak sanggup nak duakan isteri you. You nak jadikan I ni, sebagai perempuan simpanan you ke? Yela, I pun bodoh sebab sayangkan suami orang. Yakin sangat pada you, yakin yang you akan kahwin dengan I tapi hakikatnya tidak. You tak sanggup nak madukan isteri you. You cuma nakkan body I, then bila you dapat apa yang you nak, you blah. You dengan isteri you memang egois!"

"Enough, Ellyda Zahra." Dadanya berombak menahan amarah. Sejauh itu rupanya pemikiran Ellyda. Apa teruk sangatkah dirinya ini sehingga ingin menganggapnya sebegitu?

Kalau betullah dia hanya utamakan nafsu semata-mata, tak usahlah dia tunggu saat-saat genting seperti ini. Dari dulu lagi dia dah buat. Tapi, buktinya tidak kan?

"Puas dah kutuk I? Puas dah fikir buruk-buruk pasal I? You ingat I apa? Hei, I tak jahat lah sampai nak jadikan you, ibu tumpang anak-anak I. Kalau ibu tumpang, I bayar then you blah. Tapi, sekarang I stay dengan you kan? I nak kahwin dengan you kan? Kenapa you ni? You suka eh sakitkan hati sendiri? I sayangkan you and yes, I nak kahwin dengan you. You tak percaya?"

"Nak percaya macam mana kalau dah berkali-kali you cakap tapi usaha you apa? Ada you hantar rombongan? Setakat cakap 'i nak kahwin dengan you', semua orang boleh cakap." Ujar Ellyda dengan nada sinis. Hatinya benar-benar marah kali ini. Kali ini dia nekad. Kalau Mikhail tak sanggup nak hantar rombongan, dia sendiri yang akan jumpa Ayra.

Mikhail meraup rambutnya dengan kasar. "Fine. You tunggulah hujung minggu ni. I akan hantar rombongan meminang dan I nak you terima terus. Itu yang you nak kan? Itu je yang boleh buat you percayakan I kan? Okay, sayang. I akan buat dan kita tunang dua bulan then kita nikah."

"No, I tak nak tunang. Lepas je rombongan, I tahu seminggu lepas tu, kita kahwin. I tak nak lengahkan masa. Sebab I know, hati you cepat berubah. So, after rombongan, kita nikah."

What?!

"No! I tak setuju. Bagilah I masa nak kumpul bajet untuk buat majlis kita. You takkanlah tak nak-"

Laju sahaja Ellyda membalas. "Memang I tak nak sanding pun. Buang masa. Lagipun you tu suami orang, takkan nak buat majlis kot. Tak perlu, cukup nikah then settle. Benda tu pun susah ke? You kata you nak kahwin dengan I? I dah permudahkan urusan you dah. You tak perlu keluar duit banyak-banyak, cuma sedikit wang untuk mahar dengan hantaran je."

Ar!

"Okay, fine. You nak macam ni kan? Okay, hujung minggu ni I hantar rombongan. Seminggu lepas tu, kita kahwin. Okay? Sekarang, puas?"

-*-

Aplikasi itu dibuka berulang kali. Hatinya terasa berat untuk melakukannya namun dia sudah berjanji bukan? Demi kebahagiaan Ayra, dia harus melakukan itu.

"Saya minta maaf, sayang." Ujar Mikhail perlahan lalu mencapai beg kerja dan melangkah keluar dari pejabat.

Ya Tuhan, kuatkanlah hatiku..

Setibanya Mikhail di rumah, kelihatan Ayra sedang baring di atas sofa. Sesekali Mikhail melirik matanya ke arah jam di dinding. Emm, dah pukul 11 malam.

"Sayang..." Panggil Mikhail. Kata-kata Ayra siang tadi terngiang-ngiang di cuping telinganya.

'please, jangan panggil saya sayang lagi. I hate the word'

Adakah Ayra sudah membenci dirinya?

"Sayang, awak tak dengar ke saya panggil?" Ujar Mikhail perlahan seraya mendekatiku yang masih ralit menonton televisyen. Memandangkan aku juga tidak memberi respons, lantas tangannya meraih tanganku.

"Awak nak apa ni?" Ujarku apabila terkejut dengan perbuatannya. Aku memandangnya dan aku nampak matanya redup seketika. Ya Allah!

"Saya nak awak. Boleh, sayang?" Ujar Mikhail. Semakin lama semakin perlahan suaranya. Suaranya juga kini sudah serak-serak basah.

No. No. No.

Aku terus menggeleng dan menarik kembali tanganku yang hampir sahaja menjadi tempat untuk bibirnya berlabuh. "Kenapa pula tak boleh?"

Terus aku bangun dari dudukku dan berdiri di hadapannya. "Kali ni pun awak nak minta hak awak jugak ke? Tak puas ke?"

Kenapa setiap kali dia mahu, dia mendekati aku. Dan bila aku inginkan sesuatu, dia pergi? Perlakuannya mengibaratkan aku seperti boneka yang langsung tidak perlu dihargai.

"Saya nak buktikan pada awak yang saya betul-betul cintakan awak. Saya ada janji kan siang tadi?"

Aku berpeluk tubuh. Senyum sinis aku hadiahkan buatnya. "Ye, awak ada janji dan takkan dengan melempiaskan nafsu awak pada saya dikira cinta? Itu bukan cinta, sayang. Itu nafsu, nafsu."

Mikhail diam. "Nafsu, sayang. Tak perlulah awak buktikan cinta awak pada saya. Awak dah lama buktikan yang awak cintakan saya dengan curang belakang saya. It's enough for me." Sengaja aku tekankan ayat yang terakhir sekali. Aku nak dia tahu, hati aku terlalu sakit dengan semua ini.

"Itu bukan nafsu tapi itu cinta saya pada awak. Saya nak setiap satu cinta yang cuba saya beri menjadi satu nyawa yang akan hidup di rahim awak. Saya nak ada nyawa yang akan awak kendongkan dalam rahim awak. Saya nak anak kita menjadi saksi cinta saya pada awak dan cinta awak pada saya. Saya tahu, mungkin sekarang kata-kata saya sudah tidak lagi awak percaya. Tapi, dengan perbuatan boleh kan? Saya nak anak kita jadi saksi tanda cinta kita. Boleh kan?"

Terasa ada tangan mulai melingkar di pinggangku. Setelah itu, dagunya pula berlabuh di bahuku. Perlahan-lahan, dia mencium bahuku. "Please, Mikha. Saya tak boleh nak tunaikan."

Mikhail geleng. "Awak boleh tunaikan. Saya dah check dah apps tu yang hari ni chance untuk awak mengandung, high tau. Please?"

Sampai sebegitu sekali?

"Kita dah pernah cuba dengan cara tu kan? Cuma kita leka sehingga tak perasan ada nyawa dalam rahim awak. Kita kena tebus semua tu, sayang."

Ya Allah..

"Sayang, biarlah malam ini menjadi saksi untuk segala-galanya. Saya nak awak tahu, saya terlalu gembira dengan berita siang tadi. Saya dah buat keputusan, saya akan tunaikan segala hasrat awak."

Aku cuba untuk merungkaikan pelukannya namun aku tak mampu. "Jadi kenapa awak diam siang tadi?"

Perlahan-lahan Mikhail melepaskan pelukannya. Aku berasa lega seketika. Kemudian, dipusingnya bahuku agar menghadapnya dan kemudian tangannya melingkar kembali di pinggangku dan matanya merenung tajam mataku.

"Saya tak sanggup untuk kehilangan awak, sayang. Awak tahu kan risikonya? Awak akan pergi dan hanya baby kita je yang akan selamat. Awak tahu kan? Jadi, macam mana saya boleh gembira dengan berita tu sedangkan nanti, berita sedih yang menyusul?"

Aku cuba melarikan mataku namun dihalang Mikhail. "Pandang mata saya, sayang."

"Saya ada atau tidak, awak tetap akan bahagia, Mikha. Awak ada orang lain dan jika saya tak ada, dia boleh jadi pengganti saya." Ujarku sambil menatap matanya. Aku nak dia tahu, aku sakit dengan semua ini!

"Saya tahu semua ini salah saya. Salah saya sebab terlalu mudah buka hati untuk orang lain. Tapi, saya pun layak dapat peluang kedua, kan?"

Air mataku mulai jatuh di pipi. "Peluang kedua awak, bila awak sanggup tinggalkan dia. Tapi tak, awak sendiri kata awak sayangkan dia."

"Dan, dan mungkin awak akan kahwin dengan dia." Ujarku perlahan sambil mengelap air mataku.

Lingkaran di pinggangku semakin diketatkan. Pandangan matanya masih tetap merenungku. Sesekali mataku ingin memandang ke tempat lain, Mikhail lantas menahan daguku agar tetap menatap matanya.

"Bagi saya peluang untuk buktikan ketulusan cinta saya. Bagi saya peluang untuk bahagiakan awak."

Aku tak tahu apa yang merasukku, aku terus memeluk Mikhail dan seraya itu, air mataku mengalir lebat. "Saya cintakan awak, Mikha. Saya tak sanggup nak gadaikan apa yang saya punya pada orang lain. Saya tak mahu berkongsi awak dengan sesiapa. Please, jangan duakan saya."

Mikhail tersentak hebat. Sanggupkah aku menduakan Ayra? Bagaimana dengan janji aku pada Elly? Ya Tuhan..

Lantas Mikhail membalas pelukanku dan lantas tangannya mengusap belakang badanku. Aku tak tahu, hatiku kian rapuh dan semudah itu Mikha mendapat kata maaf dariku.

Dan.

Malam ini menjadi saksi sucinya cinta kami..

Continue Reading

You'll Also Like

688K 43.6K 103
Psychopath ialah seorang manusia yang bijak dan genius tetapi terlalu banyak berfikir sehingga jatuh sakit. -Take this test before its end your life...
79.5K 9.8K 32
[2.0 UNDER HIS SERIES] Afeef X Wildad Pernah dengar hijab terbuka atau lebih selalu didengari sebagai sixth sense? Afeef Benjamin. Dia insan terpilih...
867K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...
191K 2.9K 62
Ayis liyana seorang yang dingin sombong berlagak dan kurang ajar baginya harta adalah segalahnya sampai sanggup membuat apa sahaja demi kemewahan yan...