Cikguku Suami Private ๐Ÿ’œjjk ๏ฟฝ...

By Miss_RoseGold

138K 13.5K 3.6K

๐Ÿ‡จ ๐Ÿ‡ด ๐Ÿ‡ฒ ๐Ÿ‡ต ๐Ÿ‡ฑ ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡น ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ฉ [Siri Bangtan x Readers] ๐Ÿ’„K-Novel๐Ÿ’„ Suami hak milik persendirian. Sharing is not... More

๐Ÿšง NOTIS PEMBERITAHUAN
Prolog
๐Ÿ’ฃ1
๐Ÿ’ฃ2
๐Ÿ’ฃ3
๐Ÿ’ฃ4
๐Ÿ’ฃ5
๐Ÿ’ฃ6
๐Ÿ’ฃ7
๐Ÿ’ฃ8
๐Ÿ’ฃ9
๐Ÿ’ฃ10
๐Ÿ’ฃ11
๐Ÿ’ฃ12
๐Ÿ’ฃ13
๐Ÿ’ฃ14
๐Ÿ’ฃ15
๐Ÿ’ฃ16
๐Ÿ’ฃ17
๐Ÿ’ฃ18
๐Ÿ’ฃ20
๐Ÿ’ฃ21
๐Ÿ’ฃ22
๐Ÿ’ฃ23
๐Ÿ’ฃ24
๐Ÿ’ฃ25
๐Ÿ’ฃ26
๐Ÿ’ฃ27
๐Ÿ’ฃ28
๐Ÿ’ฃ29
๐Ÿ’ฃ30
๐Ÿ’ฃ31
๐Ÿ’ฃ32
๐Ÿ’ฃ33
๐Ÿ’ฃ34
๐Ÿ’ฃ35
๐Ÿ’ฃ36
๐Ÿ“€ 37
๐Ÿ“€ 38
๐Ÿ“€ 39
๐Ÿ“€ 40
๐Ÿ“€ 41
๐Ÿ“€ 42
๐Ÿ“€ 43
๐Ÿ“€ 44 ๐ŸŒก
๐Ÿ“€ 45
๐Ÿ“€ 46
๐Ÿ“€ 47
๐Ÿ“€ 48
๐Ÿ“€ 49
๐Ÿ“€ 50 ๐ŸŒก
๐Ÿ“€ 51
๐Ÿ“€ 52 ๐ŸŒก
๐Ÿ“€ 53
๐Ÿ“€ 54
๐Ÿ“€ 55
๐Ÿ“€ 56 ๐Ÿšซ
๐Ÿ“€ 57
๐Ÿ“€ 58
๐Ÿ Epilog ๐Ÿ
๐Ÿ’ Appreciation Post ๐Ÿ’
Cikguku Suami Private S2

๐Ÿ’ฃ19

2.8K 274 60
By Miss_RoseGold

Aku mengeliat kecil setelah terjaga dari lena. Dah berapa lama aku tidur ni? Jam di dinding menunjukkan waktu sudah berganjak ke pukul 7.30 malam. Lama juga aku tidur.

Perutku bergendang minta diisi. Aku mengintai dari pintu bilik yang aku buka sedikit. Tingkat bawah masih lagi diterangi lampu. Adakah Jungkook berada di rumah?

Ah! Aku tak kira. Kalau aku nampak dia, aku akan buat-buat tak kenal. Okey! Buat-buat tak kenal. Aku betulkan rambut yang agak serabai sebelum melangkah ke dapur.

"Dah bangun?" suara garau Jungkook membuatkan langkahku terhenti seketika. Namun, aku endahkan kehadirannya lalu terus melangkah ke dapur. Ramen carbonara aku capai sebelum direndamkan ke dalam mangkuk berisi air panas. Serbuk perencah aku tabur dan gaulkan sehingga mengenai kesemua mi. Tak lupa juga rencah tambahan yang disertakan.

Sekotak jus epal dan segelas air sejuk aku letakkan di atas dulang bersama mangkuk ramen. Sebaik aku melangkah ke tangga, laluanku disekat oleh tubuh sasa Jungkook.

"Ish, tepilah. Orang lapar ni" rungutku dengan harapan bahawa dia akan berganjak dari tangga. Namun, dia tetap berdegil lalu menggelengkan kepala.

"Jom makan dekat meja makan. Buat apa saya tempah set meja tu mahal-mahal kalau tak nak guna. Baik campak saja dari atas. Biar berkecai semuanya" gerutunya geram. Tiba-tiba saja beremosi.

Tanpa banyak soal, aku menghenyakkan punggung ke atas kerusi putih di meja makan. Ramen carbonara yang sudah kembang itu aku sumbatkan ke dalam mulut. Aku biarkan renungan Jungkook tergantung sepi.

Setelah semangkuk ramen selamat masuk ke dalam perut aku, aku berura-ura untuk bangun dan meninggalkan tempat itu. Sayangnya, tanganku segera dicapai oleh Jungkook.

"Duduk sini dulu" aku menghempaskan punggung di atas kerusi yang bertentangan dengannya. Tangan kananku diraih.

"Awak marah saya?" soalannya aku biarkan sepi. Mataku langsung tidak menatap wajahnya. Wajahku turut aku alihkan ke tepi.

"Pasu tu lagi kacak dari saya ke? Pandanglah sini" kali ini, jari-jemari runcingnya mengalihkan wajahku untuk bertentangan dengannya.

"Marah saya lagi ke?" senyap dan terus senyap. Aku kehilangan kata-kata. Aku tidak mampu menidakkan egoku yang masih marahkan Jungkook.

"Saya minta maaf. Saya cuma risaukan awak. Tak salah--"

"Salah sebab awak tengking saya. Ingat saya tak terasa ke bila awak tinggikan suara untuk perkara yang boleh dibincangkan secara baik-baik?" hamburku geram.

"Haish, yalah. Saya salah. Saya minta maaf" Jungkook menundukkan wajahnya menatap tangan kami yang masih bertaut. Lelaki di hadapanku ini sewajarnya mendapat anugerah terutamanya dalam soal merobohkan egoku.

"Yalah, saya maafkan. Saya cuma terasa hati apabila awak tinggikan suara dengan saya. Sebelum ni, Seokjin saja yang membebel pada saya. Orang lain buat tak tahu saja. Saya mengantuk--"

"Eh, eh. Sayang, esok sekolah. Kerja rumah dah siap? Baju dah gosok? Buku dah kemas?" alamak! Macam mana aku boleh lupa esok sekolah. Aku menepuk dahi licinku lantas kepalaku digeleng. Semua yang dia sebutkan tu, langsung aku tak sentuh lagi. Matilah aku.

🏫🏫🏫

"Hara, bangun. Dah pukul 6.30 dah ni! Hara!" pintu bilikku diketuk bertalu-talu oleh Jungkook. Mataku masih belum boleh dibuka. Semalam Jungkook sibuk menyuruhku untuk siapkan kerja rumah yang aku sudah tangguhkan selama seminggu! Kami berdua tidur pada pukul 1 pagi semalam. Macam mana dia boleh bangun dah sekarang ni?

"Hara! Bangun cepatlah! Nanti tak pasal-pasal punch card saya warna merah hari ni!" aku merangkak turun dari katil untuk ke pintu bilik.

"Awak~ Saya betul-betul tak larat ni. Saya nak cuti hari ni je, please" aku bersila di hadapan tubuh tegap Jungkook yang sedang berdiri di hadapanku.

"Tak boleh! Pergi mandi, bersiap cepat sikit. Kena pergi sekolah hari ni, muktamad! Kalau awak tak nak bersiap, saya tolong siapkan awak" aku bingkas bangun dan berlari anak ke bilik mandi. Perangai dia agak menakutkan akhir-akhir ni. Lebih baik berhati-hati.


S

K

I

P


Jungkook memberhentikan kenderaannya di perhentian bas berhampiran pintu pagar sekolah. Malanglah nasibku sekiranya ada pelajar melihat aku dan Jungkook datang ke sekolah bersama-sama. Maka, akan berlakulah peperangan antara aku dan peminat-peminatnya.

Aku berjalan masuk ke dalam bilik persalinan perempuan. Aku mengganti seragam sekolahku kepada pakaian sukan. Hari ini, semangatku berkobar-kobar untuk bertemu guru Pendidikan Jasmani yang mengganti Pn. Seulhye.

Aku berharap supaya dia lebih berlembut dan tidak setegas Jungkook. Aku berjalan ke padang setelah selesai menukar pakaian. Kelibat empat orang rakanku sudah tidak kelihatan. Mereka berempat tidak akan terlambat apabila berkaitan guru lelaki baharu.

"Baiklah, murid-murid. Saya, Sir Park Jimin akan menggantikan Puan Park Seulhye yang cuti tanpa gaji selama setahun. Jadi, siapa ketua kelas?" Daehwi mengangkat tangan dengan gaya gediknya.

Dengan gaya lemah-lembutnya, Daehwi memeriksa setiap wajah pelajar 5 Galaksi. Sengaja dia bersikap lemah-lembut untuk menarik perhatian Sir Park. Lelaki sebegini sepatutnya diikat dan direjam dengan batu.

"Semua rakan sekelas kamu dah cukup?"

"Em, rasanya dah. Eh, sekejap. Budak brutal tu tak ada lagi. Eh, rambut penyapu! Kawan you mana" soalnya dengan gaya diva kepada Sunny.

"Woi, sotong! Aku dekat sini" aku berjalan ke arah mereka semua. Bibirnya dicebikkan sehodoh mungkin.

"Eh, kau--"

"Okey, sudah ya? Sekarang ni waktu Pendidikan Jasmani. Waktu seni pertahanan diri nanti, awak ajak dia lawan" kata Sir Park untuk menghentikan sotong tidak bertulang itu.

'Cis, nak ajak aku lawan? Aku tarik seluar kau depan orang ramai pun menangis, ada hati nak lawan aku. Kalau mandul, jangan salahkan aku'

"Sekarang ni, saya akan ajar bab 5 iaitu pertolongan cemas. Sekarang saya nak kamu cari pasangan. Kamu berdua akan buat amali" baru sahaja aku nak berlari ke arah Rain, seketul kentang iaitu Nara lebih pantas menyambar lengan Rain.

Apabila aku berpusing sahaja, kelibat Hana dan Sunny sedang berpegangan tangan memusnahkan harapan aku. Solo lagilah ni? Malang sungguh nasib aku. Takkanlah aku nak seru Jungkook untuk jadi rakan amaliku pula.

"Kamu, tak ada pasangan lagi ke?" aku sekadar menggeleng terhadap pertanyaan Sir Park.

"Kita berdualah. Saya pun tak ada pasangan lagi ni. Awak jadi model saya hari ni. Boleh?" bersinar-sinar mataku dengan permintaannya. Bolehlah aku tenung dia lama-lama sikit. Eh, jangan dilupakan kewujudan Jungkook yang akan menjadi raksasa.

"Baiklah, sekarang saya sudah bersedia untuk mulakan sesi pembelajaran. Semua, berkumpul di depan pentas. Hara! Naik atas pentas" aku melompat naik dan berbaring di atas tilam lompat tinggi. Bak kata Sir Park, kita kena bijak memanfaatkan apa yang ada. Semua model akan baring di atas tilam tersebut manakala pasangan mereka akan membuat amali.

"Mula-mula sekali, periksa nadi di pergelangan tangan dan leher. Kalau masih berdenyut, terus hantar ke hospital. Kalau denyutan semakin lemah, barulah buat bantuan pernafasan. Sekarang, letak tangan di antara dada" terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Jangan risau, saya tak ambil kesempatan ke atas pelajar" dia tersengih kecil. Aku hanya tergelak kekok di sebelahnya.

"Seterusnya, kalau mangsa masih tidak memberi sebarang reaksi atau tindak balas, lakukan bantuan pernafasan"

"Apa kata sir tunjuk macam mana caranya" kata Hyeji sambil menggulung hujung rambutnya segedik mungkin.

"Erk, Hara. Kali ni nampak gaya, saya kena ambil kesempatan dekat awak. Takkan awak nak biarkan bibir saya tercium bibir Hyeji tu" tanpa sempat aku berkata apa-apa, bibirnya melekat erat ke bibirku. Terasa hembusan karbon dioksida dari mulutnya memasuki trakeaku.

Pelbagai reaksi yang kami terima dari pelajar lain. Ahli skuadku sudah kecut perut kerana statusku yang sudah bergelar isteri Jungkook. Ada yang merakam adegan itu dan ada juga yang menyumpah seranah diriku. Seolah-olah aku yang cium Sir Park.

Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Setelah tautan bibir kami terpisah, aku dapat lihat muka Hyeji sangat cemberut. Matanya menjeling tajam dan menikam anak mataku. Aku endahkan tohmahan tak berasas mereka lalu terus berlalu ke tandas.

®©

"Eh, apa ni?! Lepaslah! Sakitlah, janganlah macam ni"






























{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍

























Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓

Continue Reading

You'll Also Like

69.3K 5.9K 22
Kiss me like you need me, babygirl . Kau nak hajat kau tercapai? Mintalah apa sahaja yang kau mahukan. Dalam satu petikan jari, semua yang kau hajati...
56.3K 3.8K 82
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
60.6K 7.3K 72
Pinggang ramping dia aku lepas dan tanpa menghiraukan muka tergamam bercampur pucat lesi dia, aku menyambung lagi. "Tidur dengan aku, Byun Hyuna. Jan...
101K 7.4K 46
Jeon Jungkook merupakan seorang CEO terkemuka di sebuah syarikat terbesar di Korea. Kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, dia sendiri tak ada masa...