Isteri Encik Mafia [C]

By Nuristina__

3.2M 124K 4.8K

"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit bal... More

[IEM]
E | BAB 1
E | BAB 2
E | BAB 3
E | BAB 4
E | BAB 5
E | BAB 6
E | BAB 7
E | BAB 8
E | BAB 9
E | BAB 10
E | BAB 11
E | BAB 12
E | BAB 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Cast 2
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
OPINION💞
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44 #Torture 1
Bab 45
Bab 46
EPILOG
SPECIAL CHAPTER
Attention!!

Bab 33

49.3K 2K 67
By Nuristina__

Rambang mata Dheya apabila melihat koleksi - koleksi baju terkini yang dijual di butik kesukaannya . Berbaloi juga dia mengajak Ashrell untuk menemaninya shopping .

Butik itu memang terkenal dengan koleksi - koleksi pakaian yang eklusif dan menarik perhatian pelanggan . Sempat jugalah dia menebual beberapa orang pekerja di situ .

Bertanyakan soal harga dan sebagainya . Maklumlah , Dheya bukan orang yang suka membazirkan duit membeli sesuatu benda yang tiada pentingnya .

Sekali - sekala saja dia mahu memanjakan diri dengan memakai pakaian yang boleh tahan berjenama juga .

" Awak... Cantik tak baju ni ? " soal Dheya kepada Ashrell yang duduk di sebelahnya . Sehelai dress bercorak bunga - bunga kecil ditunjukkan kepada Ashrell .

" Cantik . Kau pakai apa - apa pun tetap cantik . Kau pilihlah yang mana kau suka , nanti aku bayar ." Ashrell bersuara .

Dheya tersenyum gembira lalu mengangguk . Lengan Ashrell dipeluk manja .

" Awak jangan pergi mana - mana tau ! Saya risau takut ada langau yang ngorat awak nanti . " bisik Dheya perlahan apabila matanya dapat menangkap mata - mata gatal yang galak merenung suaminya .

Tahulah suami kita hensem ! Tapi sayang , she is mine .

Ashrell yang mendengar bisikan berbaur cemburu oleh Dheya hanya mengangkat bahu dan tersenyum nipis . Dia mengikuti langkah isterinya .

Selesai membeli pakaian , Ashrell meminta izin untuk ke tandas seketika . Dheya mengangguk .

" Saya tunggu awak dekat bangku tu tau ! " beritahu Dheya . Dia mengorak langkah dan melabuhkan punggung di sebuah bangku yang kosong .

Ashrell pula sudah hilang dalam lautan manusia menuju ke bilik air . Dheya menunggu sambil membelek - belek telefon .

" Excuse me Miss , May I... "

Dheya mendongak memandang ke atas dan terkejut seketika . Wajah seseorang yang sudah lama dia tidak jumpa dipandang penuh teruja .

" Edward ! "

" Dheya ! "

Masing - masing mempamerkan riak wajah terkejut . Dheya mengajak Edward untuk duduk di sebelahnya .

" Awak buat apa dekat sini ? " soal Dheya ingin tahu .

Edward tersenyum nipis . Rindu sungguh dia untuk melihat wajah tenang dan polos Dheya yang berjaya mencuri hatinya .

" I baru sampai semalam . Saja datang sini , nak tenangkan fikiran . Tak sangka pulak boleh jumpa you dekat sini . How are you ? "

" Saya okay . Makin sihat adalah . Dah lama kan kita tak jumpa . Saya pergi haritu pun tak sempat nak said goodbye . Awak sibuk sangat . Maklumlah doktor . " seloroh Dheya sambil ketawa kecil .

Edward juga turut sama ketawa apabila mendengar bicara Dheya .
Tanpa mereka sedari , ada sepasang mata yang memerhati adegan mereka berdua itu .

" Kau muncul juga akhirnya... Aku ingatkan kau dah mampus ! Just wait and see , apa yang akan berlaku . " gumam Ashrell sinis di sebalik dinding .

Dia saja melengahkan masa supaya senang dia memerhati gerak - geri lelaki yang paling dibencinya , Edward Khaleef . Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang lelaki itu .

Tetapi tup-tup lelaki itu tiba - tiba muncul di depan matanya . Dan yang paling menyakitkan hati , lelaki itu ada menaruh hati kepada isterinya . Itu yang dia tidak boleh terima .

Banyak lagi perempuan lain , bini aku jugak kau nak masuk line !

Dia keluar daripada tempat persembunyian . Rambut yang sedikit berserabai dibetulkan begitu juga dengan baju kemejanya .

Ashrell mengorak langkah menuju ke tempat isteri dan lelaki jahanam itu berbual . Senyuman nipis diberikan pabila anak matanya menangkap senyuman daripada isterinya .

" Sorry Bie lambat sikit . Orang ramai dekat tandas . " ujar Ashrell tanpa memandang wajah Edward yang galak merenungnya .

Ada aku kesah ? Bini aku . Suka hati aku la !

Dheya mengerutkan wajah apabila telinganya menangkap panggilan yang digunakan oleh Ashrell . Bie ? Like seriously ?

Ashrell tidak menghiraukan kerutan wajah isterinya . Pinggang ramping Dheya dipeluk manja . Sempat juga pipi gebu Dheya dicium sekilas .

" Eh , awak ni ! Tak malu ke ? Ada orang lain tau dekat sini ? Sorry ye , Edward... " Dheya bersuara sambil menoleh ke wajah Edward dan seterusnya Ashrell .

Ashrell membuat wajah terkejut .

" Tak kisah pun . Benda halal , kan Encik Edward ? " Ashrell sekali lagi membidas .

Dheya menggeleng . Nampak benar suaminya itu cemburu dengan Edward . Apa yang dia cemburu pun , Dheya tidak tahu .

Untuk menjernihkan keadaan yang semakin tegang , Dheya dengan segera memeluk lengan Ashrell dan meminta izin untuk pulang .

" Err... Takpelah Edward . Kami balik dulu ya . Jumpa lagi... " pamit Dheya lalu menarik tangan Ashrell . Dia tahu suaminya itu sedang menahan sabar . Kan tak pasal pasal ada yang bertumbuk jugak nanti !

Sesampai di tempat letak kereta , Ashrell terus meleraikan pegangan Dheya di lengannya lalu masuk ke dalam perut kereta . Dheya ditinggal begitu saja .

Geram ! Isterinya bukan mahu membelanya malah memenangkan lagi lelaki jahanam itu ! Entah apa yang istimewa pun dia tidak tahu . Biasa saja .

" Ish ! Awak ni kenapa ? Eeeii... " omel Dheya sambil menghentakkan kaki di atas jalan tar . Tiada langsung rasa malu mahupun sakit . Yang dia tahu , Ashrell dah melampau !

Ashrell mendengus kasar . Kedua - dua jari telunjuk disumbat laju ke dalam lubang telinga . Tidak mahu mendengar tangisan mengada - ngada isterinya itu .

Dheya menjerit geram . Tangisan yang mula - mula perlahan mula dikuatkan pabila tiada feedback daripada Ashrell yang masih duduk di dalam kereta .

Tayar kereta disepak kasar . Ashrell mendengus untuk entah ke berapa kali . Pintu dibuka dan dia mengatur langkah menuju ke isterinya .

Memekak ja bini aku ni tahu !

Lengan Dheya ditarik dan dibawa masuk ke dalam kereta . Enjin kereta dihidupkan dan pedal minyak ditekan .

Dheya masih lagi dengan tangisan kecilnya . Langsung tidak mengangkat muka memandang wajah suaminya tika itu .

Ashrell menjeling dengan ekor mata . Bibir digigit geram . Pedal minyak ditekan seraya menambahkan lagi had kelajuan di jalan raya . Dia mahu tengok sejauh mana Dheya mahu mendiamkan diri .

Dheya mendongak sedikit pabila merasakan yang kelajuan kereta semakin meningkat dan laju . Dapat dirasakan tubuh badannya sedikit terhuyung - hayang .

Dadanya juga berombak kencang pabila matanya dapat menangkap kereta yang dipandu oleh Ashrell dengan lajunya memintas dan memotong kereta yang berada di hadapan .

Preeettt..... Kreeeett.....

Pinn ! Pinn ! Pinn !!

Kreet.....

Prettt........

“ Syed Ashrell Lee ! Are you crazy ? ” jerit Dheya kuat sambil tangan mencengkam kulit kerusi dan sebelah lagi berpaut pada palang kereta .

Bunyi tayar kereta bergeseran dengan permukaan jalan menimbulkan bunyi yang membingitkan cuping telinga seterusnya mendorong kereta mereka berhimpit dan berselisih dengan kereta yang lain .

Dheya semakin cemas apabila tiada tanda - tanda Ashrell ingin memperlahankan kelajuannya . Pegangan di palang dikuatkan .

Dalam hati tidak henti - henti dia berdoa agar Allah menyelamatkan nyawanya dan Ashrell .

“ Ashrell... Please... I'm begging you . Jangan buat kerja gila . Perlahankan kereta... Saya tak nak mati lagi !! ” pujuk Dheya dengan nada yang mendatar .

Namun reaksi Ashrell masih seperti tadi . Dheya mula panas punggung . Mata dijeling ke meter kelajuan . Jarum mula menunjukkan angka nombor yang maksimal .

Dheya menyumpah di dalam hati . Dia mesti melakukan sesuatu kalau mahu menyelamatkan nyawanya daripada melayang .

“ Bie... Saya merayu dengan Bie , bawa slow sikit . Saya minta maaf kalau awak marah saya bercakap dengan Edward . Saya janji ! Saya takkan bercakap atau jumpa dengan dia lagi . I'm swear ! ” ujar Dheya kuat .

Ashrell tersenyum sinis apabila mendengar rayuan isterinya . Tahu takut ! Aku baru acah sikit . Kelajuan kereta diperlahankan .

Dheya menghela nafas lega apabila Ashrell mula membawa kereta dalam keadaan  yang normal . Dada diurut perlahan .

“ Fuhh ! Alhamdulilah . ” bisik Dheya perlahan . Kepala ditoleh menghadap wajah dingin suaminya . Tangan Ashrell dipegang .

Sorry... ” Perlahan sahaja suara Dheya memohon maaf . Ashrell menjeling sekilas sebelum memutarkan stereng kereta dan memberhentikan kereta di bahu jalan .

“ Aku tak suka kau rapat dengan jantan tak guna tu ! Aku suami kau ! ” marah Ashrell sambil merenung tajam mata isterinya .

Dheya meneguk liur . Panahan mata itu menandakan suaminya benar - benar memaksudkan apa yang diperkatakan olehnya . Dheya mengukir senyuman nipis dan mengangguk .

“ Saya janji ! ” Bersuara Dheya sambil mengangkat tangan seperti gaya seseorang sedang bersumpah .

Ashrell mengangguk . Hidung mancung Dheya dicuit .

“ Aku maafkan kau .”

Kereta bergerak semula dan menuju ke rumah .

♣ ️♣️ ♣️

End.
































Kidding...🔥

Continue Reading

You'll Also Like

401K 34.8K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
854K 43.7K 47
Highest #1 in Highschool Highest #1 in action Highest #1 in romantik Kemana saja dia pergi pasti si dia juga ada. Pertemuan dia dengan seorang jejaka...
264K 17.3K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
404K 23.4K 37
Darvel International High School atau singkatannya Darvel Int.High ialah sebuah sekolah elite yang menjadi idaman para pelajar. Pertembungan antara...