Andai Itu Takdirnya

Af qvreena_

274K 5.8K 456

[ complete] ✧✧✧✧ Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman... Mere

ANDAI ITU TAKDIRNYA
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
AIT
Coretan Seketul Reen

BAB 17

4.9K 117 3
Af qvreena_

" Kehidupan itu seperti roda. "

✧✧✧✧

Hari ini, harinya. 

Hari di mana Hanna dan Adam meluangkan masa bersama di bulan yang manis.

" Sayang, ada nak singgah mana-mana ke? " Tanya Adam sambil mengurut belakang tengkuknya yang terasa sakit kerana terlalu lama memandu tanpa henti.

" Kita berhenti dekat RnR sekejap. Mesti abang letih kan? " Hanna jatuh kesian melihat Adam yang sudah memandu selama 3 jam tanpa berhenti.

" Okay, sayang. Untuk kesayangan abang, semua boleh. " Kata Adam lalu mengenyit matanya kepada Hanna. 

Hanna mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Jantungnya berdegup dengan kencang. Sebuah senyuman terukir di bibir merah nya.

Akhirnya, kereta Audi rs7 milik Adam berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Taiping, Perak.

" Abang nak pergi mana? " Tanya Hanna apabila dapat tangkap gerak-geri Adam yang ingin membuka pintu kereta.

" Nak pergi beli air. Dahaga. " Kata Adam. 

Hanna menggeleng kepalanya.

" Tak payah. Biar Hanna pergi belikan. Abang tidur lah sekejap. Kesian abang bawa kereta dari tadi. " Pujuk Hanna.

" Tak apa, abang okay jelah. " Kata Adam lalu pusing badannya untuk membuka pintu kereta. Perbuatannya terhenti apabila Hanna menarik badannya.

" Kenapa degil sangat ni? " Adam ketawa melihat raut wajah Hanna yang sedang marahkan dia itu.

" Hanna pergi sekejap. Abang tidur tau. " Pesan Hanna lalu keluar dari kereta Adam.

Adam tersenyum manis menghantar kelibat Hanna pergi. Dia menguap kecil lalu matanya mula layu. Sudah lama dia tak bawa kereta sejauh ini.

✧✧✧✧

Fatihah mengikut pramugari yang menunjukkan di mana tempat duduknya.

" This is your place, miss. " Kata pramugari itu. 

' Yakwohhhh cantik banget wajahnya. '

" Oh. Thanks. " Fatihah menunduk sedikit tanda terima kasih kepadanya.

" Welcome. Enjoy your trip, miss. " Kata pramugari itu lalu beredar dari situ. 

Fatihah mengeluh lalu duduk di tempatnya.

" Tak baik mengeluh. " Terkejut beruk Fatihah apabila dia baru perasan yang di sebelahnya sekarang ialah seorang lelaki.

" Suka hati saya lah. " Kata Fatihah dengan nada berbisik.

" Boleh tak tutup langsir tu. Saya nak tidur ni. Silau. " Fatihah memandang lelaki itu yang sedang merenung ke luar tingkap.

" Tak nak. " Jawapan lelaki itu membuatkan Fatihah mula naik berang. Dia memandang lelaki itu seperti ingin di telan.

" Ingat tingkap tu milik awak sorang je ke?! " Suara Fatihah mula naik satu oktaf.

" Dah kau paksa aku tutup langsir, ingat tingkap kau sorang juga ke? Aku bayar tiket, suka hati aku lah nak buat apa pun. " Kata lelaki itu dengan tenang.

Fatihah merengus geram lalu bangun. Dia mencari kelibat pramugari yang berjaga sekarang ini.

" Hai, miss. Can I help you? " Tanya pramugari di situ.

Fatihah menolak rambutnya kebelakang.

" Saya nak tukar tempat duduk. Boleh? " Tanya Fatihah lalu menjeling ke arah tempatnya.

" Kenapa cik nak tukar tempat? Ada yang tak selesa ke? " Tanya pramugari itu lagi.

" Yes. Bijak soalan awak tu. Saya tak selesa sebab ada gorrila di tepi saya. Bulu dia lebat sangat. Panas. " Kata-kata Fatihah membuatkan dahi pramugari itu berkerut.

Sejak bila gorrila dibenarkan masuk dalam ini?

" Di mana tempat cik itu? " Tanpa membuang masa, Fatihah berjalan ke tempatnya.

" Mana gorila yang cik katakan itu? " Tanya pramugari apabila tidak nampak pun kelibat gorila itu. Cuma ada seorang lelaki yang merenung ke luar tingkap.

" Tu gorrila. " Fatihah tersenyum sinis apabila lelaki itu mula memusingkan badannya. Senyuman nya mati apabila orang itu ialah-

" Aiman? " Fatihah membulatkan matanya memandang lelaki itu yang sedang tersenyum sinis.

" Eh tak, aku bukan Aiman. Aku Gorrila. " Kata Aiman dengan bengang apabila gadis itu menggelarnya gorrila.

" So, cik jadi nak tukar tempat? " Tanya pramugari itu.

" Yes. Of course " Kata Fatihah lalu ambil beg nya.

" Bye gorrila. " Sempat lagi Fatihah membisikkan kata-kata itu kepada Aiman.

" Siap kau kalau aku nampak muka kau lagi. " Kata Aiman.

" Tak, awak takkan nampak muka cantik saya ni lagi. Bye. " Kata Fatihah lalu berjalan ikut pramugari itu.

" Will see, ugly donkey. "

✧✧✧✧

Hanna menggeliat kecil. Matanya masih kabur. Dia mengedip-ngedipkan matanya.

" Sedap tidur? "

Spontan Hanna memandang sebelah kanannya. Terkebil-kebil dia memandang orang itu.

" Aik? Baru bangun tidur dah lupa dah abang ni suami Hanna? " Adam ketawa kecil melihat wajah polos Hanna yang baru bangun tidur itu.

Hanna memalingkan pandangan nya ke luar tingkap. Dahinya berkerut.

" Kita dekat mana ni? " Tanya Hanna.

Adam tersenyum manis. Dia mencapai tangan Hanna yang terletak elok di atas pahanya.

" Sayang rasa? " Soalan dibalas dengan soalan. Hanna memandang Adam.

" Kam- kampung abah? " Tanya Hanna dengan tergagap-gagap. 

Adam ketawa melihat Hanna yang tergagap-gagap itu.

" Kenapa tergagap-gagap ni sayang? " Tanya Adam sambil mengusap lembut pipi Hanna. Dia kembali pandang ke hadapan.

Jalan sempit. Ada nanti terbabas masuk dalam sawah.

" Kenapa kita pergi kampung abah? " Tanya Hanna dengan sebak. Sudah 4 bulan dia tak melawat kampung ini.

" Abang nak jumpa ayah mertua abang lah. " Kata Adam dengan senyuman manis.

Mata Hanna mula berkaca.

" Abang- "

Terkejut Adam apabila Hanna memeluk badannya. Namun selepas itu, senyuman mula terukir di bibirnya.

" Terima kasih abang. " Kata Hanna dengan sayu.

" Kenapa nak berterima kasih bagai ni sayang? Abang datang sini bukan kerana sayang, abang datang sini sebab abang sendiri yang nak datang. " Kata Adam selamba. 

Hanna meleraikan pelukan itu.

Terserlah wajah kemerahan Hanna akibat menangis tadi. Bibirnya di muncung kan.

" Sayang, jangan lah tunjuk bibir macam tu. Tergoda abang tengok. Hmm. " Kata Adam dengan gedik. 

Hanna menjeling Adam.

" Mata tu. Ha mata tu. Haish geram abang nengok. Janganlah jeling macam tu, sayang. Tulang rusuk abang ni dah menari macam Baekhyun. Hmm. " Kata Adam sambil memuncungkan bibirnya.

Ketawa Hanna mula pecah dengar kata-kata Adam itu. Ada je dia cari bahan lawak dia.

" Sayang! Kenapa ketawa? Ketawa sayang tu buat abang- "

" Dah. Tak payah nak mengada sangat. Fokus pada jalan tu. " Hanna memotong kata-kata Adam. Baik dia potong sebelum Adam membebel lebih mengarut lagi.

Adam ketawa apabila Hanna dapat agak apa yang dia akan katakan tadi.

Hanna tersenyum sambil melihat sawah padi yang mula menghijau itu.

" Dah sampai. " Kata Adam lalu memandang Hanna di sebelahnya.

" Tak nak turun ke, sayang? " Tanya Adam apabila lihat Hanna yang mengelamun itu. 

Hanna memandang Adam. Dia membuka pintu.

" Assalamualaikum. " Adam memberi salam. Hanna yang berada di sebelah Adam, hanya memerhati rumah kayu itu.

Hatinya mula sebak mengenangkan kenangan dia bersama keluarganya ketika bertandang ke kampung ini. Sekarang semua dah berubah. Dia tidak lagi datang bersama keluarganya, namun datang bersama dengan suaminya.

" Waalaikumussalam. " Balasan salam itu membuatkan Hanna memandang ke arah pintu rumah itu.

Mata nya bertembung dengan mata tajam yang sedang memandangnya.

" Waalaikumussalam. Eh? Hanna! " Adira, sepupu kepada Hanna menjerit apabila terlihat Hanna yang kaku berdiri itu. Habis dilempar daun pandan yang baru dia kutip dari kebun belakang rumah sebentar tadi.

Dia memeluk erat tubuh gadis kecil itu.

" Hanna. Kau sihat? Kenapa aku tengok kau nampak berisi ni? Kau dah ada isi ke? Asal balik tak cakap? " bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh gadis itu. Hanna tersenyum kecil.

" Alhamdulillah aku sihat. Mana ada lah. Aku berisi sebab suami aku ni bagi makan cukup untuk aku. " Kata Hanna lalu tersenyum memandang Adam yang tersenyum sumbing.

" Aloh, baru ingat nak anak sepupu. " Kata Adira dengan nada sedih.

" Tak lama lagi. Ada lah anak sepupu. " Kata-kata Adam itu membuatkan Hanna membulatkan matanya manakala Adira ketawa terkekeh-kekeh.

" Buatlah bersungguh-sungguh okay? " Adira mula cakap kotor.

" Kau ni Dira. Pandai cakap macam ni, tapi tak kahwin-kahwin lagi. " Kata Hanna dengan muka yang merah menahan malu.

" Jom lah masuk. " Adira mula mengalihkan topik. 

Hanna hanya menggeleng kepalanya. Mereka berjalan ke arah tangga.

" Eh. Aku baru teringat. Kau masuk lah dulu. Aku nak kutip daun pandan yang aku lempar entah ke mana tadi. " Bebel Adira lalu mencari di mana terletaknya daun pandan yang dia lemparkan sebentar tadi.

Hanna dan Adam mula melangkah masuk ke dalam rumah kayu itu.

" Assalamualaikum. " Hanna memberi salam kepada penghuni-penghuni rumah itu.

" Waalaikumussalam. Hanna? " Mak long datang memeluk badan Hanna.

" Ya Allah, rindunya mak long dengan kamu, Hanna. " Kata mak long apabila pelukan sudah terlerai.

" Kamu balik dengan siapa ni? " Tanya mama pula.

" Dengan suami Hanna. " Kata Hanna dengan senyuman. Semua di situ sudah menayangkan senyuman yang penuh maksud tersirat.

" Datang sini nak honeymoon ke? " Tanya Aisyah. Hanna tersedak air liur nya sendiri. Semua di situ ketawa dengan telatah Hanna itu.

" Mana suami kau, Hanna? " Tanya Wawa, sepupu Hanna.

" Ada dekat luar. " Hanna ingin memanggil Adam tapi terbantut apabila Adam sendiri datang bersama dengan-

Uwais.

Hanna memandang Uwais dari ekor matanya. Dia tahu, Uwais sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.

Hanna pun tak tahu kenapa Uwais bertindak dingin dengannya. Sejak habisnya majlis  perkahwinan dia dengan Adam?

" Hanna dan Adam dari Kuala Lumpur ke? " Tanya Maksu.

" Ya, Maksu. Kitaorang dari KL. " Hanna jawab dengan senyuman nya.

" Bercadang duduk sini berapa hari? "

" Seminggu je mak long. Adam dapat cuti seminggu je. " Adam pula jawab soalan Mak Long itu.

" Malam ni, korang tidur dekat mana? " Tanya Kak Aisyah pula.

Hanna pandang Adam, dan Adam pandang Hanna. Masing-masing tak beri kata sepakat untuk tidur di mana malam nu

" Mestilah dekat resort mewah. Dia orang kan tengah berbulan madu sekarang ni. "

Semua orang memandang ke arah sebelah Adam, di mana berdirinya Uwais di situ.

" Apa? Betul lah Is cakap. "

" Hanna. Betul kan yang Hanna datang sini untuk berbulan madu dengan Adam? " Uwais memandang Hanna dengan senyuman yang manis. Tapi bagi Hanna, Uwais sedang tersenyum sindir kepadanya.

" Betul ke Hanna? " 

Hanna mendongak kepalanya. Semua mata terarah kepadanya.

" Tak. Kita orang memang niat nak balik sini. "

Hanna terkejut. Dia memandang sebelahnya.

Adam.

Ya, Adam yang jawab bagi pihaknya. Adam menoleh ke sebelahnya. Senyuman manis diberikan kepada Hanna.

" Halamak aih, diaorang ber eye's contact lah pula. "

Suara yang mengusik itu membuatkan Hanna dan Adam tertunduk malu. Semua di situ tergelak melihat pasangan sejoli yang malu-malu diusik itu.

" Kira, tidur di sini lah ye Hanna? Adam? " Tanya Adira dengan teruja.

" Ye Dira oi! " Kata Hanna lalu ketawa kecil. Dia memandang ke tepinya.

Bukan pandang Adam tetapi Uwais. Berkerut dahinya apabila Uwais sudah tiada di tempatnya.

Kenapa Uwais berubah? Dia ada buat salah ke? 

Uwais yang dia kenal bukan macam sekarang ini. Uwais memang dah betul-betul berubah. Tapi kenapa?

✧✧✧✧

Hanna merenung kosong wajah polos Adam yang sudah lama tertidur. Dia pula masih tak boleh tidur. Entah kenapa hati dia rasa gelisah semacam.

Hanna menolak lembut lengan Adam yang berada di atas pinggangnya. 

Dia bangun dari pembaringannya. Dia ingat nak ambil udara malam di beranda.

" Sayang, nak pergi mana tu? " Langkah Hanna terhenti apabila suara serak basah milik Adam menegurnya.

" Nak pergi tandas kejap. " Kata Hanna.

" Nak abang temankan? " Tanya Adam sambil menggosok matanya.

" Tak apalah. Hanna boleh pergi sorang-sorang. Abang sambung lah tidur. " Kata Hanna. 

Adam tanpa banyak tanya lagi terus menarik selimut menutup badanya.

Hanna berjalan ke arah beranda rumah kayu ini. Langkahnya terhenti apabila pintu di beranda itu terbuka dengan luas.

" Siapa tak tutup pintu ni? " Bisik Hanna sendirian.

Dia menghampiri beranda itu. Matanya disambut dengan figura seorang manusia yang sedang berdiri di palang beranda.

" Uwais? " Panggil Hanna apabila tahu siapa gerangan orang itu.

" Uwais buat apa tak tidur lagi? " Tanya Hanna lalu berdiri di tepi Uwais yang hanya memandangnya sekilas.

" Tanya orang. Hanna tu, kenapa tak tidur lagi. Suami ada sebelah, takkan tak boleh pejamkan mata. " Kata Uwais.

Hanna terdiam mendengar kata-kata itu.

Sinis?

Ya, dia rasakan Uwais seperti sedang menyindirnya dengan sinis sekali.

Hanna mendongak memandang Uwais yang tinggi lampai itu.

" Uwais, Hanna ada buat salah ke dengan Uwais? " Tanya Hanna tanpa segan silu. 

Uwais tersenyum sinis.

Ya, Hanna nampak itu.

" Asal pula tanya soalan tu? " Tanya Uwais.

" Kenapa Hanna rasa Uwais lain sangat? Tak macam dulu-dulu. " Ayat terakhir itu, Hanna hanya bercakap dengan nada perlahan.

Tapi, masih dapat didengari oleh Uwais. Uwais tersenyum sinis.

" Macam dulu-dulu? Yang mana satu? Nak Uwais berborak rancak dengan Hanna ke? Adam tak cemburu ke kalau Uwais berborak dengan isteri dia? " Tanya Uwais dan matanya jatuh pada wajah Hanna yang disimbahi oleh cahaya bulan. Kebetulan pula bulan malam ni, bulan penuh.

" Tak. Adam takkan cemburu punya. " Kata Hanna dengan perlahan. 

Uwais ketawa sinis.

" Hanna. Lelaki ni tahap cemburu dia tu tinggi tau. Lagi-lagi bila tengok perempuan yang dia sayang berborak rancak dengan lelaki lain. " Kata Uwais lalu menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus.

" Uwais lelaki dan Uwais tahu perasaan tu macam mana rasanya. Sakit sangat bila tengok perempuan yang kita sayang, rapat dengan lelaki lain. " Kata Uwais.

Hanna mendongak kepalanya memandang Uwais. Mata mereka bertembung selama 3 saat sebelum Uwais melarikan matanya ke arah lain. Hanna pula menunduk pandang lantai.

Dia.

Ya, dia dapat nampak kekecewaan di anak mata Uwais.

" Satu je Uwais nak pesan. "

Hanna mendongak memandang wajah Uwais dari tepi.

" Kalau Hanna berharap yang Uwais akan layan Hanna macam dulu, Hanna silap. Sebab- "

Uwais memandang Hanna. 

Hanna pula hanya tunggu dengan sabar apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

" Hanna dah jadi isteri Adam. " Sambung Uwais. 

Hanna hanya diam.

" Dah lah. Uwais nak masuk tidur. Jangan duduk lama-lama dekat sini. Tak elok. " Pesan Uwais lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Hanna masih terdiam. Dia sebenarnya masih terkejut. Terkejut dengan perangai Uwais yang berubah terlalu mendadak.

' Takkanlah disebabkan aku dah bersuami, dia nak layan aku macam orang luar? '

Hanna mengeluh. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Selesai tutup pintu beranda, dia berjalan masuk ke dalam bilik.

Adam yang sedang lena tidur itu, dipandang. Diusap wajah itu dengan lembut.

' Nasib Adam sedang tidur. Kalau dia tahu aku berborak dengan Uwais mesti dia cemburu. Abang, Hanna minta maaf sebab tipu abang tadi. '

Hanna mencium pipi Adam lalu memejamkan matanya.

Adam membuka matanya apabila terdengar dengkuran halus milik Hanna. Wajah polos yang sedang tidur itu ditatap dengan kasih sayang. Dia menyentuh pipi Hanna.

" Sayang, Abang cemburu sangat. " Kata Adam lalu memeluk badan Hanna.

" Maafkan abang, sayang. " Adam memejam matanya.

Mereka tidur lena di dalam pelukan masing-masing.

✧✧✧✧

Fatihah memeluk badannya apabila angin pantai menyapa kulitnya yang terdedah tanpa lengan baju.

Dia tunduk sambil berjalan di pasir pantai.

" Ya Allah! " Fatihah menjerit apabila tubuhnya melayang di atas pasir. Dia langgar batu ke apa ni?

" Buta ke? " Suara garau yang tenang itu menyapa di telinga milik Fatihah. 

Fatihah yang sedang berkerut menahan sakit itu, mendongak kepalanya.

" Lahh. batu boleh bercakap rupanya. " Kata Fatihah apabila batu yang dia sangkakan tadi ialah manusia. Tapi, dia tak nampak pula wajah orang itu sebab matahari yang berada di belakang kepala orang itu, menyilaukan matanya.

" Hey! Donkey? Nampaknya kita berjumpa lagi. " 

Fatihah mengerutkan dahinya apabila suara orang itu seperti pernah didengari. Dia bangun dari duduknya.

" Gorrila? " Fatihah membulatkan matanya apabila memandang wajah Aiman yang sedang tersenyum sinis itu.

" Ya, gorrila. Miss me? " Tanya Aiman dengan selamba. Fatihah mengerutkan dahinya.

" The hell aku nak rindu dekat kau? " Bidas Fatihah selamba. 

Aiman terbatuk-batuk mendengar kata-kata kasar Fatihah.

" Eh? Bukan ke tadi kau berangan? Mesti teringatkan aku kan? Kan? " Aiman tersenyum nakal.

Fatihah terkebil-kebil memandang wajah Aiman.

" Aduh! Kau dah kenapa setan?! " Marah Aiman apabila Fatihah memukul kepalanya dengan selipar di tangannya.

" Alhamdulillah. Ni masih kau. " Kata Fatihah lalu ketawa melihat Aiman yang kesakitan itu.

" Lahh, kau Islam rupanya. " Kata Aiman dengan senyuman sinis. 

Fikir macho lah senyum macam tu?

" Kenapa pula? Of course lah aku Islam. " Kata Fatihah lalu menolak rambutnya ke belakang.

Aiman tergeleng-geleng melihat kelakuan Fatihah tadi.

" Kau tanya aku kenapa pulak? Kau tengok cara kau berpakaian sekarang. Adakah menunjukkan itu cara Islam berpakaian? " Sinis sekali kata-kata Aiman itu

Fatihah tertunduk malu.

Dia tahu. Ya, dia tahu yang sekarang ni dia hanya pakai singlet dan seluar tight sahaja.

" Alah, dekat Maldives ni kan. Okaylah pakai macam ni. Sekali sekala. Kalau dekat Malaysia, dah tak boleh dah nak pakai macam ni " Fatihah membalas. 

Aiman ketawa.

" Kesian siapa yang jadi suami kau nanti. Apa-apa pun, aku nasihatkan, berubah lah cepat-cepat. Masih tak terlambat. " Kata Aiman lalu masukkan tangannya ke dalam poket seluar.

" Aku pergi dulu. Harap tak jumpa kau lagi. " Kata Aiman lalu melangkah meninggalkan Fatihah yang terkulat-kulat 'dibasuh' dengannya.

" Ye, aku tahu aku jahil. Tak macam kau. Baik. " Fatihah tersenyum tawar. Dia melangkah pergi dengan perasaan yang bercampur baur.

✧✧✧✧

" Hari ini, Hanna dan Adam ada nak pergi mana-mana ke? " Mak long bertanya apabila mereka berdua sedang makan sarapan pagi.

Hanna dan Adam saling berpandangan.

" Hurm, pagi ni ada satu tempat nak pergi. " Adam jawab bagi pihak Hanna sekali. 

Hanna memandang Adam dengan dahi berkerut.

Adam tersenyum melihat Hanna yang berkerut itu. Hanna tak tahu lagi semua ini kerana dia rancang tanpa pengetahuan Hanna.

" Oh, petang tak ada buat apa-apa kan? " Sapuk Wawa yang berada di sebelah mak long. Mak long menjeling anaknya itu.

" Tak ada rasanya. " Jawab Hanna lalu menjeling Adam sekilas. Dia sebenarnya agak terasa sikit apabila Adam tidak bincang dengannya.

" Adam masuk bilik dulu, mak long. " Selesai membasuh pinggan miliknya, Adam meminta untuk masuk ke dalam bilik.

" Hanna nak pergi tengok Adam sekejap. " Hanna bangun dan bawa pinggan je sinki.

" Amboi. Sekarang tak boleh nak berenggang sekejap je dengan suami, mesti nak pergi tengok suami dia tu buat apa. " Semua di situ ketawa apabila mendengar usikan dari Aisyah. Hanna pula menjeling Aisyah tajam. Pipinya, tak payah nak kata lah, memang dah merah kalau tomato.

Sempat Hanna memandang Uwais yang sedang menunduk sambil makan nasinya. Dia mengeluh lalu sambung berjalan ke arah biliknya.

" Abang. " Hanna menolak pintu biliknya. Berkerut dahinya apabila tiada langsung kelibat Adam di dalam bilik itu.

" Mana dia pergi? " Hanna masuk ke dalam bilik.

Krekkk...

Terkejut Hanna apabila pintu bilik itu tertutup rapat.

" Abang! " Hanna menjerit apabila satu tangan yang sasa sedang memeluk pinggangnya. Tak payah nak terangkan, dia dah tahu siapa gerangan lelaki yang memeluk nya itu.

Adam.

Ya, Adam. Sebab dia tahu hanya Adam yang suka pakai minyak wangi bau macam ni.

" Ya sayang? " Adam berbisik di tepi telinga Hanna. Naik bulu roma Hanna apabila diperlakukan sebegitu.

" Sayang rindu abang eh? " Tanya Adam lalu mengucup telinga milik Hanna. Hanna menggeliat kegelian.

" Abang! Gelilah. " Jerit Hanna. 

Adam menutup mulut Hanna.

" Senyap sikit sayang. Nanti orang ingat kita buat perkara yang bukan-bukan pagi macam ni. " Kata-kata Adam itu disambut dengan pukulan oleh Hanna.

" Ah, sakit sayang. " Adam menggosok dadanya. Bibirnya dicebikkan.

Ketawa Hanna melihat perangai manja adam itu.

" Comel isteri abang ni. Aumm. " Adam tersenyum nakal. 

Hanna berlari naik atas katil. Perangai Adam sekarang tak boleh dibawa berbincang. Sekejap itu, sekejap ini.

" Sayang, cepatlah bersiap. " Adam duduk di birai katil. Dia memandang Hanna.

" Kenapa? Nak pergi mana? " Tanya Hanna.

" Abang nak bawa sayang jumpa orang yang abang sayang sangat-sangat. " Adam tersenyum manis. Manakala Hanna menayangkan muka masam.

" Siapa? " Tanya Hanna dengan mendatar.

" Sayang pergi bersiap dulu, nanti sayang tahu lah. " Kata Adam.

" Abang jangan macam-macam. " Hanna memberi amaran kepada Adam sebelum dia melangkah masuk ke dalam tandas.

" Kenapa pula? " Adam buat-buat tanya, biarpun dia dah tahu apa maksud amaran Hanna itu. Dia sembunyikan senyumannya apabila melihat wajah merah Hanna.

" Tak ada apa-apa lah. " Kata Hanna lalu menjeling Adam. Dia menutup pintu bilik air.

" Sayang! " Adam memanggil Hanna.

" Apa? " Hanna jawab dari dalam bilik air.

" Sayang tertinggal sesuatu dekat luar ni. " Adam mengetuk pintu bilik air itu.

" Apa dia? " Terjengul wajah Hanna apabila pintu bilik air itu terbuka luas. Adam terpaku melihat rambut Hanna yang panjang mengurai itu.

" Abang? " Hanna memanggil Adam yang asyik memandangnya itu.

Adam berdehem kecil.

" Kenapa? " Tanya Hanna.

" Tak. Tak ada apa-apa. Abang gurau je " Kata Adam lalu berjalan ke arah katil. Dia menggosok belakang tengkuknya.

Hanna memandang Adam dengan hairan. Dia hanya mengangkat bahu lalu menutup kembali pintu bilik air.

Adam pula masih gelisah. Dia pelik dengan dirinya. Macam lah selama ini dia tak pernah lihat langsung rambut Hanna.

Tadi, dia baru ingat nak mengusik Hanna tetapi dia pula yang diusik.

Adam ketawa kecil.

' Hanna, Hanna. Kau dah buat aku betul-betul jatuh cinta dekat kau untuk kali kedua dan yang terakhir. '

Mungkin?

Mata Hanna mula berkaca apabila melihat pusara kubur milik arwah abahnya.

" Abah- " Dia terduduk di tepi pusara kubur itu. Tangannya menyentuh batu nisan yang berada di pusara kubur itu.

" Assalamualaikum, abah. " Hanna kalah dengan esakkan nya. Dia menangis di tepi kubur milik abah nya.

Dah 4 bulan dia tak melawat kubur arwah abah nya. Rindu yang tiada penghujung, akhirnya dapat dilepaskan walaupun hanya sementara.

Tak sangka, Adam bawanya ke sini. Rupanya orang yang Adam sayangkan sangat itu, ialah arwah abahnya.

" Sayang. "

Hanna dapat rasa bahunya disentuh dari belakang. Dia tidak endahkan panggilan Adam itu.

" Sayang, tak baik menangis dekat kubur. " Tegur Adam lalu duduk mencangkung di sebelah isterinya. Dipandang wajah Hanna yang sudah merah kerana menangis itu.

" Saya tak boleh tahan. " Kata Hanna dengan tersekat-sekat. Hatinya terasa sebak melihat kubur abahnya itu.

" Dah lah sayang. Tak elok. " Kata Adam lalu menggosok belakang Hanna supaya gadis itu bertenang.

" Nah. Kita sedekahkan surah Yassin kepada arwah abah. " Kata Adam sambil menghulurkan Yassin kepada Hanna. 

Hanna menyambung lalu mengesat sisa air matanya.

" Bismillahirrahmanirrahim- " Mereka mula mengalunkan bacaan surah Yassin di pusara kubur arwah bersama-sama.

✧✧✧✧

" Doktor. " 

Qayyim yang sedang menulis sesuatu di atas kertas, mendongak memandang ke arah pintu apabila seseorang memanggil nya.

" Ya? "

" Doktor tak balik lagi ke? Shift doktor dah lama habis. " Tegur jururawat perempuan yang setia bersama dengannya.

" Syif saya dah habis ke? " Tanya Qayyim dengan pandangan tidak percaya.

Dia mengeluh apabila jururawat perempuan itu menggangguk.

" Thank you, Zara. Kalau awak tak tegur saya tadi, dah tentu saya bermalam di sini. " Kata Qayyim sambil membuka kot putih khas untuk doktor.

" Welcome doktor. Itu memang tugas saya. " Kata jururawat itu lalu tersenyum manis.

" Saya balik dulu. Awak pun balik lah. Dah lewat ni. " Kata Qayyim dengan senyuman manis. Dia melangkah keluar dari pejabatnya.

Jam di tangannya dikerli. Pukul 12 tengahari.

Dah setengah jam syif dia tamat. Tapi dia pula leka dengan kerja yang dia tangguh kerana cuti.

Dia mengeluh.

Kerja sebagai doktor ini memang tiada kehidupan langsung. Atau dalam bahasa Inggeris dipanggil life.

Kenapa?

Kerana dia dah berumur 27 tapi jodoh masih tak sampai-sampai.

" Haih, jodoh. Bila anda ingin muncul kan diri anda? " Tanya dia sendirian sambil melangkah ke arah kawasan parkir kereta.

✧✧✧✧

" Abang. "

Adam memandang Hanna yang berada di sebelahnya. Sekarang mereka di dalam kereta. Kereta mereka sekarang sedang menuju ke arah kawasan bandar.

" Yes, darling? " Tanya Adam sambil menarik tangan Hanna. Dibawa tangan Hanna ke bibirnya, lalu dikucup dengan lembut.

" Terima kasih bawa Hanna pergi jumpa abah. " Kata Hanna dengan suara yang sebak. Dia tak boleh sikit kalau cakap pasal abahnya, kalau tak mesti perasaan sebak mula hadir.

" Sama-sama sayang. Abang memang nak jumpa dengan abah juga. " Kata Adam. Dia mengusap jari Hanna.

" Abang. " Hanna memanggil Adam lagi.

Adam memandang Hanna sekilas lalu pandang ke hadapan kembali.

" Boleh abang janji dengan Hanna sesuatu? " Tanya Hanna sambil memandang Adam yang segak memandu itu.

" Apa dia? Kalau minta abang jangan kahwin lain, abang tak nak janji. " Kata-kata gurauan Adam itu disambut dengan cubitan berbisa milik Hanna.

" Aduh sayang. Sakit, sakit! " Adam sedaya upaya mengelak dari terkena cubitan Hanna itu.

" Hah tu lah. Cakap mengarut lagi. Tak suka lah. " Hanna menarik tangannya yang berada di dalam genggaman Adam.

Adam ketawa kecil melihat wajah masam Hanna yang merajuk itu.

" Abang gurau jelah sayang. Abang janji, sayang isteri abang yang pertama dan terakhir. Abang sayang, isteri abang yang sorang ni je. Abang tak nak orang lain gantikan tempat sayang. Allah dah takdirkan sayang jadi isteri abang dan bakal ibu kepada anak-anak abang nanti, InshaAllah. " Adam tersengih nakal apabila mengucapkan ayat yang terakhir itu.

Hanna sudah merona merah menahan malu. Adam sangat manis. Lagi-lagi mulut dia tu. Dulu, Hanna jatuh cinta sebab mulut manis dia tu lah.

" Abang janji erh? " Hanna menghulurkan jari kelingkingnya.

" Perlu ke? " Tanya Adam.

" Perlu lah. Nanti takut abang langgar janji kita ni. " Kata Hanna.

" Alah, tak ada can lah nak langgar janji. " Bisik Adam kecil tapi dapat didengari oleh Hanna. Hanna memukul bahu Adam.

" Jahatnya abang ni. Munafik! " 

Hambik kau munafik setepek atas muka.

" HAHAHAHAHA, abang gurau jelah. Yelah-yelah abang janji. Meh jari tu. " Adam menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Hanna.

Hanna masih dengan rajuknya.

" Sayang, abang bawa kereta ni. Jari abang dah lenguh tu ha. " Kata Adam dengan lembut.

Hanna merengus lalu jari kelingkingnya ditautkan dengan jari kelingking milik Adam.

Pinky promise!

Adam tersenyum melihat wajah Hanna itu.

" Sampai bila nak buat muka macam tu hah? Abang nak tengok muka lain pula. " Kata Adam. 

Hanna menjeling Adam.

" Amboi lain macam je bunyi muka lain tu. " Hanna berkata dengan sinis.

Adam sudah ketawa terbahak-bahak.

' Hanna ni kuat cemburu juga. Ingatkan dia je yang kuat cemburu. '

Adam menggeleng kepalanya lalu mencapai tangan Hanna. Hanna cuba melarikan tangannya dari Adam, tetapi lelaki itu lebih tangkas untuk menangkapnya.

" Sayang, listen this. Tengku Faris Adam hanya sayang Nur Hanna Sofea seorang sahaja. Kalau ada perempuan tu nama Hanna juga, dia takkan sama dengan Hanna abang ni. " Adam mencuit dagu Hanna.

" Sayang jangan pertikaikan kasih sayang dan rasa cinta abang pada sayang ni tau. Sebab abang takkan berubah hati dari sayang, InshaAllah. " Kata Adam lalu mengucup tangan lembut milik Hanna.

Hanna tersenyum lega. Kata-kata itu yang ingin dia dengar dari zaman dia bercinta di sekolah menengah dahulu.

Adam memandang Hanna dan Hanna memandang Adam. Mereka berdua sama-sama tersenyum bahagia.

✧✧✧✧

Bersambung....

✧✧✧✧

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

64.7K 6.7K 39
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.1M 34.6K 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya W...
157K 7K 108
🏆#1 ranking in Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking in Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking in Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeri...
2.1M 48.7K 65
C O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri c...