Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

13

4.2K 71 10
By syyisnn

Matanya memerhatikan sekeliling. Kelibat gadis yang baru sahaja menghubunginya, dicari. Katanya, baju berwarna biru laut beserta seluar jeans hitam dan memakai selendang berwarna biru.

'Mungkin dekat atas?' Bisik hati kecilnya. Setelah puas memerhatikan di bahagian bawah, dia terus melangkah menaiki anak tangga.

Haa! Jumpa juga akhirnya.

"Hai, Ara!" Ujar Hilman apabila menemukan sosok tubuh yang dicari. Tidak dinafikan juga, Ayra kelihatan cantik sekali malam ini.

Allah! Apa aku ni?

"Hai. Lamanya tak jumpa kan? Awak apa khabar?" Soal aku apabila mata Hilman seakan merenungku lama.

Hilman sedar akan perbuatannya lalu menarik kerusi ke belakang dan melabuhkan punggungnya. "Sorry, saya tak sengaja. Err..saya sihat je. Cuma letih sikit sebab banyak kerja dekat sekolah."

Oh ye aku lupa. Izz Hilman ini bekerja sebagai guru ganti. Katanya, baru berapa hari menjadi guru. Entah kenapa dia menceburi bidang itu. Setahu aku, dia mengambil bidang kejuruteraan tetapi sekarang dia malah bekerja sebagai guru. Ingin ditanya takut dituduh sibuk hal orang. Jadi, aku pilih untuk berdiam sahaja.

"Kenapa awak call saya? Ada apa-apa yang terjadi ke?" Soalnya kembali. Suasana menjadi sepi semula setelah aku mati akal.

Macam mana eh nak cakap? Er..

"Awak boleh tolong saya tak, Izz?"

Mukanya berkerut. Mungkin dia cuba menghadam kata-kataku? Atau dia pelik?

"Maksud awak? Cuba awak straight to the point je?"

Aku diam. Sesekali aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat demi impian aku. Aku kena cuba sedaya upaya untuk minta tolong dengan Hilman. Hanya dia yang boleh tolong aku sekarang ni.

Yes! Hanya Hilman.

"Ayra?"

Argh! Aku mengelamun lagi.

"Sorry. Macam ni, kalau saya minta tolong awak, agak-agak awak nak tolong saya tak?"

"Tolong apa? In shaa Allah, saya cuba."

Huh.. aku hembus nafas sekali lagi. Tak salahkan mencuba?

"Tolong pujuk Doktor Amer supaya ubah keputusan pihak pakar. Saya tak nak lakukan pembedahan tu. Tolong saya, Izz. Saya buntu, saya tak tahu nak minta tolong siapa. Awak kan kawan Doktor Amer? Pasti dia akan dengar cakap awak, kan?" Aku pandang Hilman. Nampak seperti dia sedang berfikir. Tak apalah, aku boleh tunggu.

Hampir lima minit suasana sepi. Hanya bunyi-bunyi bising di luar serta suara orang-orang di sekeliling kami. Lamanya?

Atau dia tak nak tolong aku? Sebabtu dia diam je?

"Awak tak nak tolong saya ke? Em.." Cepat-cepat Hilman menggeleng. Riak wajahnya juga berubah seperti rasa bersalah. "Bukan tu maksud saya, Ara. Amer tak bagitahu saya pun tentang pembedahan awak? Awak sakit apa, Ara? Saya tak faham."

Aku menelan air liur. Hilman tak tahu? Allahuakhbar, aku ingat dia tahu. Manalah tahu, si Maya pergi bagitahu dia ke atau dia sendiri tahu. Tapi aku salah sangka. Hilman tak tahu pun soal pembedahan aku. Macam mana ni? Takkan aku nak cerita dekat dia? Allahu.. aku buntu.

"Ara?"

Tapi salah aku juga kan? Aku yang tak tanya dia sama ada dia tahu atau tidak. Aku juga tidak boleh mengautakan fakta. Kalau aku kata, aku mengalami kanser, aku takut kata-kataku nanti menjadi doa. Nak buang rahim pun aku dah takut, inikan pula kanser? Nauzubillah...

Tapi..

"Awak tak tahu ke pasal saya?" Hilman menggeleng. Nampaknya aku memang kena cerita dekat dia. Anggap sahaja ini sebagai luahan hati. Mana tahu setelah aku cerita, dia akan menolong aku?

"Doktor kata saya kena buang rahim saya sebab ianya berisiko tinggi buat masa ni. Saya tak nak buat semua ni, tapi Mikha suruh saya ikut apa kata doktor. Saya tak tahu nak kata apa, saya takut Mikha akan berubah balik. Disebabkan benda ni, dia dah berubah. Saya tak nak dia berubah balik jadi macam haritu. Hampir seminggu saya terpaksa dapatkan rawatan untuk stabilkan keadaan saya. Kalau saya dah sihat, saya akan dimasukkan ke bilik pembedahan. Waktu tu nanti, saya dah tak mampu nak buat apa-apa."

"Tolong saya, Izz. Saya dah cuba slow talk dengan Mikha, Doktor Amer pun, tapi still sama. Diaorang tak peduli dengan kata-kata saya. Diaorang asyik pentingkan kesihatan saya. Tapi Izz, saya dah sihat. Saya tak sakit pun. Rahim saya pun sihat. Doktor Amer mungkin salah scan. Tolong saya, Izz. Saya tak nak kehilangan rahim saya. Saya nak ada anak. Please..."

Setelah puas meluah, aku diam kembali. Aku biarkan Hilman menghadap semua kata-kata aku. Biarlah kalau dikatakan membuka aib sendiri. Yang penting, rahim aku selamat dan aku juga masih berpeluang untuk memiliki anak. Itu impian aku sekarang.

Mikhail milik aku dan akan selamanya milik aku. Dulu, dia berubah. Dia menjadi Mikhail yang langsung sama sekali aku tidak kenal. Tapi kini, disebabkan pembedahan ini, dia kembali menjadi Mikhail yang aku cintai. Mikhail yang aku sayang serta Mikhail yang aku dambakan. Aku tak nak kalau dengan keputusan aku untuk membantah kata-katanya akan menyebabkan dia berubah lagi.

Aku cintakan Mikha, aku sayangkan dia. Dia suami aku dan tidak mungkin untuk aku membantah. Cuma Doktor Amer yang boleh buat keputusan tika ini. Jika Doktor Amer mengatakan aku tidak perlu melakukan pembedahan itu, Mikhail juga terpaksa terima.

Tapi, Doktor Amer juga tidak mengendahkan alasan aku. Katanya aku tidak mempedulikan langsung kesihatan aku. Sebab aku pedulilah, aku tak nak buat pembedahan itu. Aku tak nak sebabkan ini, aku makin sakit.

Bayangkan, kalau aku betul-betul melakukan pembedahan itu. Pasti Mikhail akan melayani aku teruk sekali. Aku juga tidak mampu memberi dia anak lagi. Aku juga tidak layak digelar seorang wanita kerana tidak mempunyai rahim lagi. Aku akan makin sakit  dengan semua ni. Mikhail pasti akan meninggalkan aku kerana aku juga tidak boleh membahagiakannya lagi. Mikhail lelaki dan mana mungkin dia akan tahan dengan aku waktu itu. Ya Allah, aku tak nak semua tu terjadi.

Aku tak sanggup kalau Mikha tinggalkan aku. Aku sayangkan dia. Sayang aku padanya tak dapat diungkap dengan kata-kata. Rindu aku juga tidak dapat dibuktikan dengan kata-kata. Aku masih tak sanggup untuk menerima semua kenyataan ini.

"Buat masa ini, hanya awak yang mampu tolong saya. Doktor Amer pasti akan dengar cakap awak. Saya tahu, awak tak akan kecewakan saya. Kan?"

Diam.

"Izz, cakaplah something. Kenapa awak diam je? Awak tak nak tolong saya? Awak tak nak tolong saya capai impian saya? Awak suka tengok saya sedih macam ni? Izz, saya tahu. Dari dulu sampai sekarang, saya suka susahkan awak. Asal ada masalah, saya pasti akan cari awak. Saya pasti akan minta tolong awak. Mesti awak rasa saya ni menyusahkan awak je. Tapi, anggaplah ini yang terakhir."

Dadaku semakin senak. Mataku juga mula bergenang. Please, jangan menangis sekarang!

"Risiko untuk saya mengandung lagi tipis, Izz. Kalau saya diberi peluang, hanya baby yang akan selamat. Nyawa ibu akan pergi dan hanya baby yang mampu diselamatkan. Apa lagi yang saya mahukan? Cukuplah saya mampu hadiahkan zuriat buat Mikha. Saya akan bahagia dengan pengorbanan ini, Izz."

Setitis demi setitis air mataku jatuh. Jatuh membasahi pipiku. Anak mataku masih setia memandang Hilman yang masih dalam keadaan bingung. Aku tak tahu apa yang bermain di benak fikirannya. Salah ke kalau aku nak minta tolong?

"Awak tak perlu berkorban sebesar itu, Ara."

Akhirnya Hilman bersuara. Namun, kata-katanya sebentar tadi menyebabkan hatiku terguris. Aku fikir, dia akan bersetuju untuk membantu aku. Mungkin Hilman sudah muak untuk membantu aku lagi.

"Saya ada perasaan, Izz. Cuba awak bayangkan nanti, isteri awak tak boleh mengandung. Tercalar tak ego awak waktu tu? Saya tak kisah sama ada nyawa saya yang terpaksa dikorbankan, janji saya ada hadiah untuk diberikan kepada Mikha atas tanda cinta saya untuknya."

Kalau tadi, aku sudah berhenti menangis namun kini aku menangis lagi. "Saya cuma seorang perempuan yang terlalu banyak kekurangan. Saya cuma seorang isteri yang tak layak untuk memperolehi kebahagiaan. Kebahagiaan suami sendiri pun saya tak mampu nak bagi, layak ke saya digelar isteri? Tak, Izz. Setiap suami itu pasti menginginkan zuriat dan apa perasaan Mikha kalau dia sendiri tak mampu nak menjadi seorang ayah? Awak lelaki dan pasti awak akan tahu perasaan itu, kan?"

Sesekali jariku hinggap ke pipi untuk mengesat air mataku. Aku terlalu lemah sehinggakan hal sebegini sahaja sudah membuatkan aku tersentuh.

"Cuma lelaki yang tulus mencintai tak akan mempersoalkan tentang zuriat."

Setiap kali Hilman membuka mulut dan mula berkata-kata, pasti kata-katanya amat menyakitkan. Kenapa dengan dia?

"What's wrong with you? Kenapa awak suka tuduh Mikha bukan-bukan? Salah dia apa pada awak?" Soalku dengan nada tidak puas hati. Wajahnya aku tatap lama. Cuba mencari bebola matanya namun aku gagal. Aku tak seberani itu untuk menatap mata lelaki yang bukan mahramku.

"Salah dia? Dia tak ada apa-apa salah dengan sa-" Belum sempat dia menyambung kata-katanya, aku terlebih dahulu membidas. Soal Mikhail, aku tidak boleh membiarkan. Mikhail suami aku dan aku harus mempertahankannya. "Habis kenapa awak cakap Mikha macam tu? Salah ke saya sebagai seorang isteri nak balas budi baik dia?"

Hilman menggeleng. "Awak terlalu mencintai dia sehinggakan segala salah dia awak buat tak nampak. Kalau dia sayangkan awak, dia tak akan sakitkan awak. Dia tak akan buat awak jadi macam ni. Salah dia, awak jadi macam ni."

Dia seolah-olah kembar Doktor Amer. Dulu, Doktor Amer mengatakan seperti itu. Ini semua salah Mikhail sebab memperlakukan aku macam ni. Tapi..

"Saya ada alasan kukuh untuk semua persoalan tu. Dia bukan sengaja pun. Saya yang kuat berahsia sehinggakan semua masalah tentang saya, saya rahsiakan. Semuanya berpunca dari saya. Awak tak perlu tuduh dia."

Senyuman sinis dari Hilman membuatkan aku tersentak. Sumpah! Ini bukan Izz Hilman yang aku kenal di kolej dahulu. "Apa alasannya?"

Ah sudah! Bodohnya kau, Ayra.

Tapi aku juga tak sanggup nak dengar Mikhail dituduh macam ni.

"Mikha ugut saya untuk berzina dengan perempuan lain. Saya masih isteri dia dan saya tak akan terima semua tu. Saya ada hati dan perasaan. Saya rasa macam saya ni isteri yang tak berguna."

"Suami yang baik akan berzina dengan perempuan lain? Is it?"

"Jap! Kenapa awak suka nak cari salah Mikha? Dia tak ada buat dosa dengan awak. Tolonglah, Izz. Saya cuma minta tolong awak untuk pujuk Doktor Amer. Saya tak suruh awak cari salah suami saya. Sejauh mana salah dia, sejauh mana dosa dia pada awak, saya mohon maaf bagi pihak dia. Saya tak nak perbesarkan masalah ni. Just, tolong pujuk Doktor Amer untuk ubah keputusan ini."

Hilman ketawa. Agak lama juga sehinggakan aku yang berasa seriau mendengarnya. "Relax, Ara. Saya bukan nak provok awak atau nak cari salah dia. Saya cuma nak tahu seteguh mana awak dengan pendirian awak dengan keputusan ni. Tapi, sekarang saya tahu. Awak betul-betul nekad dengan semua ni. Awak betul-betul sanggup korbankan nyawa awak hanya untuk melahirkan zuriat buat Mikhail? Beruntungnya dia sebab dapat awak sebagai isteri."

Alhamdulillah. Mati-mati aku ingat Hilman dah berubah. Rupanya..

"Jadi, jawapan awak?"

Lambat-lambat dia mengangguk. "Saya setuju untuk tolong awak. Saya akan pujuk Amer untuk ubah keputusan. Saya akan pastikan Amer setuju dengan keputusan awak. Jangan risau, saya akan cuba sehabis baik. Okay?"

Aku mengangguk lembut. Bibirku mengukirkan senyuman. Aku tahu, Hilman tak pernah mengecewakan aku. Untungnya aku sebab dapat jadi kawan dia.

"Tapi, pertolongan saya bukan percuma. Disebabkan Amer tu degil orangnya, saya letakkan syarat untuk pertolongan saya kali ini."

Eh?

"Apa syaratnya?"

Continue Reading

You'll Also Like

6.9K 198 20
Melepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihi persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat...
1.5M 51.8K 55
Bila dah sayang mula datang orang ketiga, Bila dah sayang mula tinggalkan kita sendiri. Tapi bila dah hilang, Baru datang mencari. Siapa saya? Bonek...
136K 4.5K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...
155K 1.7K 39
Dilarang membaca jika anda tidak votes atau tekan star . atau harus bayar? # setiap ijazah perlu votes dahulu baru qobiltu #seorang yang menyukai set...