Isteri Encik Mafia [C]

By Nuristina__

3.2M 124K 4.8K

"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit bal... More

[IEM]
E | BAB 1
E | BAB 2
E | BAB 3
E | BAB 4
E | BAB 5
E | BAB 6
E | BAB 7
E | BAB 8
E | BAB 9
E | BAB 10
E | BAB 11
E | BAB 12
E | BAB 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Cast 2
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
OPINION💞
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44 #Torture 1
Bab 45
Bab 46
EPILOG
SPECIAL CHAPTER
Attention!!

Bab 31

52.3K 2.2K 53
By Nuristina__

Dinding pintu bilik ditumbuk . Melepaskan rasa amarahnya yang menggelegak naik . Dia tidak menyangka hal sedemikian boleh terjadi .

Dan yang paling mengecewakan , dia tidak dapat melindungi Dheya dan menjaga keselamatan isterinya . Dia betul - betul menyesal kerana tidak peka dengan keselamatan Dheya .

Stephany yang duduk di sisi abangnya hanya mampu menunduk kesal sambil tersedu - sedang menahan tangisan .

Sudah dua jam Dheya dimasukkan ke ruang rawatan namun masih tiada khabar berita daripada Doktor . Ashrell juga sejurus sampai di airpot , dengan segera bergerak ke Hospital .

Dyan dan Victor juga telah diarahkan olehnya untuk pergi ke tempat kejadian . Dia ingin melihat rakaman CCTV di kawasan tersebut .

Pintu bilik rawatan dibuka dari dalam . Batang tubuh seorang perempuan yang lengkap berpakaian seorang doktor menyapa pandangannya .

“ Encik ni suami Puan Dheya Nasuha ke ? ” soal Doktor yang memakai nametag Azila . Ashrell yang sedang menunduk dengan segera mengangkat wajah dan bangun daripada kerusi .

It's me . I am her husband . ” jawab Ashrell sambil memaku penglihatannya pada wajah tua doktor yang merawat isterinya itu .

Doktor itu tersenyum .

“ Puan Dheya selamat . Kami dah melakukan CT scan dan tiada kecederaan pada tubuh badan isteri Encik . Cuma mungkin Puan Dheya akan mengalami sedikit trauma . Itu sahaja . Saya pergi dulu . ”

Ashrell terduduk . Wajah diraup perlahan . Melepaskan lelah di dada . Stephany yang mendengar juga turut tersenyum . Terharu .

“ Kami boleh masuk doktor ? ” soal Stephany . Doktor Azila itu tersenyum dan mengangguk .

But , make sure Puan Dheya berehat secukupnya . Badan dia masih lemah dan kalau tidak ada apa - apa masalah , mungkin lagi dua hari , Puan Dheya boleh keluar . ”

Doktor itu terus melangkah sejurus berkata tentang tahap kesihatan Dheya .  Ashrell bangun dan terus melulu masuk ke bilik wad . Batang tubuh isterinya dicari .

Dheya mengukir senyuman nipis pabila ekor matanya dapat menangkap badan sasa suaminya . Dia tahu tentang kedatangan Ashrell itupun dek kerana terdengar perbualan antara Doktor dan suaminya .

“ Awak.... Bila sampai ? Macam mana kerja ? Dah selesai ? ” soal Dheya sambil mengamit tangan suaminya agar duduk di sisinya . Dia mengesot sedikit memberi ruang untuk Ashrell duduk .

Ashrell menghela nafas berat . Diturut sahaja tindakan isterinya yang menariknya agar duduk di sisi katil . Anak mata hitam pekat Dheya direnung dengan pandangan redup .

“ Kerja aku okay . Yang tak okay sekarang ini , kau ? Kenapa kau biarkan orang kacau kau ? ” soal Ashrell dengan nada yang lembut .

Bahu Dheya dipegang dan dibawa mengadap kearahnya . Dheya hanya menunduk . Tidak mahu beradu mata dengan mata Hazel suaminya .

Soalan suaminya dibiarkan tidak berjawab . Biarlah . Dia tidak mahu memperbesarkan masalah . Yang penting sekarang ini , dia gembira kerana suami kesayangan sudah pulang .

“ Jawab soalan aku Mi amore . ” balas Ashrell sambil menarik kedua - dua belah tangan Dheya . Kekura tangan isterinya dibawa ke mulut dan dicium .

Dheya tersentak .  Seluruh sel otaknya tidak berfungsi seketika apabila melihat tingkah laku suaminya yang ganjil . 

“ Aw-aw-awak... ” Jawapan yang ingin diberitahu kepada suaminya tidak terkeluar dek lidah yang tiba - tiba menjadi kelu . Dheya memejamkan mata .

Dia cuba untuk menenangkan diri yang sudah terketar - ketar menahan rasa berdebar . Pertama kali , mata hitamnya beradu pandangan dengan mata Hazel suaminya tetapi dalam keadaan redup dan bukan mencerlung .

Dan dia.... Hampir terpukau !

“ Shhh... ” Jari telunjuk Ashrell dibawa rapat menyentuh bibir munggil isterinya . Dia tahu isterinya sedang berdebar .

Dheya tergamam . Lagi sekali Ashrell berjaya membuat jantungnya berhenti berdegup . Bulat matanya merenung jari telunjuk Ashrell yang berada di bibirnya .

“ Errr... Aw-awak ni kenapa ? Sa-saya okay-lah... Awak tu yang kenapa ? Tiba-tiba jadi ca-caring macam ni ? ” soal Dheya laju sambil menepis lembut jari suaminya .

Belakang tapak tangan dibawa menyentuh dahi suaminya untuk memastikan yang suaminya tidak demam ataupun sakit .

Risau jika tinglah laku ganjil Ashrell berpunca kerana lelaki itu demam ataupun sebagainya . Bukan dia tidak suka cuma terkejut .

“ Hisy , kau ni ! Aku okaylah . Aku cuma risaukan kau . Baru ja aku tinggalkan kau tak sampai pun sebulan dah terbaring macam ni . Esok - esok , entah apa pulak yang jadi . ” marah Ashrell sambil menolak tangan Dheya di dahinya .

Dheya mencebik . Peha Ashrell ditampar kasar melepaskan amarah kerana perlian suaminya . Tahulah suaminya itu tidak rindukan dia seperti mana dia rindukan suaminya .

“ Wowowo... Dah sampai kemana korang berborak ? Kitaorang yang dekat luar nih dah naik lenguh lutut menunggu .  ” sampuk Faliq diikuti Stephany dari arah belakang .

Ditangan mereka masing - masing membawa plastik berisi sedikit bekalan makanan . Maklumlah sejak sampai di sini , dia dan Ashrell masih belum menjamah apa - apa makanan begitu juga dengan Stephany dan Dheya .

“ Kak Dheya okay ? Ni Hany ada belikan bubur ayam untuk Akak . ” ujar Stephany seraya meletakkan plastik di meja kecil .

Belakang badan abangnya , Ashrell ditepuk memberi arahan supaya abangnya bangun daripada katil . Dia mahu menyuap bubur untuk Dheya .

Ashrell menjeling sekilas sebelum mengangkat punggung dari katil dan duduk di sofa . Telefon bimbit dikeluarkan lalu dia menghantar mesej kepada Mammy , Daddy dan Grandpa .

“ Akak okay . Thanks Hany sebab selamatkan akak . Tapi... Boleh akak tanya sesuatu ? Macam mana Hany boleh guna pis... ”

Stephany yang mendengar soalan Dheya dengan segera menghulurkan mangkuk yang sudah diisi dengan bubur . Dia tidak mahu Dheya meneruskan lagi soalannya itu .

“ Errr... Akak makanlah dulu . Lepasni kita borak lagi . Akak masih lemah lagi tu . ” sambung Stephany janggal .

Renungan tajam Ashrell dan Faliq tidak diendahkan . Sudah pasti , selepas ini Abang dan Faliq akan menuntut kepastian daripada dirinya soal apa yang diucapkan oleh Dheya .

Dan Stephany tahu cara dia menyelamatkan Dheya menggunakan pistol adalah salah satu cara yang salah kerana boleh membocorkan rahsia besar keluarganya dan juga boleh membahayakan nyawa Dheya .

Dheya mengangguk . Mangkuk ditangan Stephany diambil dan dihulurkan kearah Ashrell di sofa . Ashrell mengerutkan dahi .

“ Suap ! ” Satu perkataan itu sahaja mampu membuat Ashrell pengsan dek permintaan tidak masuk akal isterinya .

And the answer is No . ” Ashrell menggeleng sebagai balasan . Faliq dan Stephany yang mendengar jawapan gila Ashrell membulatkan mata .

Bengong punya Ashrell !

Dheya juga turut terkejut dan terus menundukkan kepala sebaik sahaja mendengar jawapan tidak daripada suaminya .

Dia kecewa . Baru sahaja niat dihati mahu bermanja dengan encik Suami alih - alih dia dilayan bagai orang luar . Kalau dia tahu baik dia koma ja terus . Biar sasau Ashrell dibuatnya .

Faliq menggeleng . Dia menapak mendekati Ashrell dan kepala Ashrell diluku . Bertuah punya suami ! Isteri nak bermanja , dia boleh jawab tak pulak !

“ Baik kau pergi suap Dheya sebelum aku telefon Aunty bagitahu apa yang kau buat dekat dia sekarang . ” bisik Faliq di cuping telinga Ashrell . Perut Ashrell ditumbuk sekilas .

Ashrell mendesis kesakitan . Jelingan tajam dihadiahkan buat Faliq . Ashrell mengeluh sebelum berjalan menghampiri tubuh badan Dheya yang menunduk sejak tadi .

Belakang badan isterinya diusap . Dheya mengangkat wajah namun tidak memandang wajah suaminya . Wajahnya dipalingkan kearah lain .

Ashrell tersenyum nipis melihat telatah manja isterinya . Pipi gebu Dheya dicuit sepintas sebelum mengambil mangkuk bubur di rak .

Bubur disua ke mulut kecil isterinya . Dia menoleh dan mengerutkan dahi memandang wajah kacak suaminya .

“ Apa ? ”

“ Nganga lah mulut tu ! ”

“ Nak buat apa ? ”

“ Nak main nyorok - nyorok .  ”

Dheya menjeling .

“ Haa... Tanya lagi soalan bodoh macam tu ! Aku suruh nganga tu nganga je lah . ” balas Ashrell geram .

Dheya mendengus kasar sebelum menganga seluas - luasnya . Ashrell tersengeh seraya menyuap bubur ke dalam mulut isterinya .

Faliq dan Stephany yang melihat adegan tersebut hanya menggeleng - gelengkan kepala melihat drama tak berbayar di hadapan mereka .

Dua - dua sengal !

♣️ ♣ ️♣️

Happy reading .

Continue Reading

You'll Also Like

877K 35.3K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
855K 43.7K 47
Highest #1 in Highschool Highest #1 in action Highest #1 in romantik Kemana saja dia pergi pasti si dia juga ada. Pertemuan dia dengan seorang jejaka...
516K 24.9K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.1M 40K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...