'Bodyguard' For Princes

By Jsr_Maira

196K 12.9K 1.4K

Perjalanan seorang puteri menjadi seorang bodyguard kepada tujuh orang putera. *Buku ini ditulis oleh diri sa... More

Start
Melarikan Diri
Dandelion Kingdom
Jumpa Kawan Baru
Putera Adam
Utusan Putera
Watak
Berjumpa Dengan Ahli Sihir
Latihan Kuasa
Adam Tahu?!
Pencarian
Perlawanan Penentuan
Yukino
Jealous?
Penyembuh Merah
Dicuriga
SELAMAT HARI RAYA!
Kebenaran
Ke Kerajaan Daisy
Yakin
Putera Liam
Putera Liam 2
Hampir Ketahuan
Malu
Demam Panas
Sedar
Terkejut
Surat
Keluar Tanpa Kebenaran
Berebut
Mulai Curiga
Berangkat ke Kerajaan Sunflower
Question
Majlis
Terbongkar
Dikurung
Melarikan diri 2
Berjumpa Lagi
Ahli Sihir Jahat
Ketahuan
Gelisah
Crystalia
Berjumpa
Berjaya
Pulang
Berbincang
Kerajaan Lily
Taruka
Sedar

Rindu

3.3K 232 11
By Jsr_Maira

Kepulangan Crystalia dan para putera disambut meriah oleh semua orang dalam istana Kerajaan Dandelion.

Terutamanya Adam.

"Kak Rys! Adam rindu akak!" jerit Adam sambil memeluk erat Crystalia.

Crystalia tersenyum malu apabila semua orang memandangnya. Yelakan, siapa tak pelik sebab seorang putera merindui orang lain daripada keluarga sendiri.

"Aik? Adam tak rindu abang² Adam ke?" soal Yukino dengan kening kanan terangkat.

Adam memandang Yukino dan Saugo. Dengan jelingan yang diberi, Adam menjelirkan lidahnya ke arah mereka berdua.

"Tak rindu pun."

Terkejut Yukino dan Saugo dibuatnya. Yang lain hanya ketawa melihat telatah mereka bertiga.

"Oh..tak rindu ehh..sini kau.."

Yukino dan Saugo memeluk erat Adam. Adam hanya ketawa dan sesekali memukul kepala Yukino dan Saugo dengan perlahan.

Gurau la katakan.

"Arghh! Abang! Ahahaha! Gelilah. Ahahaha!!" ujar Adam dengan penuh gelak ketawa.

Adam ingatkan kedua abangnya itu hanya memeluknya tetapi tidak sangka sampai geletek(?) dia sekali.

Raja dan Permaisuri menggeleng melihat anak² mereka.

Dengan pantas, Permaisuri menuju ke arah Crystalia dan memeluk erat Crystalia.

Crystalia yang terkejut dengan pelukan Permaisuri terus membeku. Dengan perlahan-lahan dia membalas pelukan Permaisuri tidak kalah erat.

Mata Crystalia berair kerana membayangkan mamanya memeluknya sekarang ini. Sungguh dia rindukan keluarganya.

"Selamat pulang Rys." Ujar Permaisuri tanpa melepaskan pelukan.

Crystalia mengangguk pantas. Permaisuri dapat rasakan bahunya basah.

Permaisuri melepaskan pelukannya dan terkejut memandang Crystalia yang sudah menangis. Tanpa mereka sedar, air mata Crystalia berubah menjadi mutiara.

Hanya Ryouta yang perasan kejadian tersebut.

"Kenapa Rys? Sakit ke?" soal Raja dengan risau.

Yukino dan Saugo berhenti memeluk Adam untuk melihat keadaan Crystalia. Risau la katakan.

Crystalia menggeleng kepalanya dan tersenyum manis.

"Tak..saya hanya rindukan keluarga saya." jawabnya dengan lembut.

Yang lain tersenyum maklum. Walaupun Crystalia menangis, wajahnya tetap cantik, malah makin berseri.

"Mari kami ubatkan rindu awak." ujar Izay dengan senyuman.

Crystalia memandang pelik ke arah Izay. Yelakan, dalam hatinya sudah berdebar kerana bimbang semua sudah mengetahui identitinya.

Tetapi sangkaannya meleset sekali kerana sekeluarga itu memeluk Crystalia beramai-ramai. Crystalia tersenyum dan 'tersambung' menangis lagi.

'Terima kasih semua.'

---

Di Kerajaan Sunflower, Permaisuri pergi ke arah Raja yang sedang bersantap.

"Abang sudah sediakan kelengkapan untuk majlis nanti?" soal Permaisuri sambil duduk di hadapan suaminya.

Raja memandang Permaisuri dan tersenyum.

"Ya. Abang sudah selesaikannya. Jangan bimbang ye." jawabnya sambil menggosok rambut isterinya.

Permaisuri tersenyum maklum. Raja gembira kerana isterinya sudah semakin baik.

Baru sahaja Raja ingin bercakap, General Perang datang mengadap mereka berdua.

"Maaf jika saya mengganggu tuanku. Putera bongsu daripada Kerajaan Stone datang melawat tuanku." ujarnya.

Raja dan Permaisuri saling berpandangan.

---

Crystalia dan Adam berada di sebuah taman. Seperti yang dijanjikan oleh Yukino, Adam dapat berjalan berdua dengan kakak tersayangnya.

Walaupun tadi sempat diprotes oleh para putera yang lain kecuali Saugo.

Adam tersenyum melihat Crystalia yang sedang fokus dengan bunga di tangan.

"Kak Rys, boleh Adam tanya?" soal Adam dengan perlahan.

Crystalia memandang Adam dan mengangguk.

"Er..Kak Rys dah pilih kan?" soal Adam dengan penuh harapan.

Crystalia membeku sekejap. Dia tahu sangat apa yang ditanya oleh Adam. Kalau readers ada tanya apa yang pilih tu, ianya pilih suami.

Kan Adam nak Crystalia jadi kakak ipar dia.

Crystalia tersenyum kepada Adam dan mengangguk.

"Betul ke?!" soal Adam dengan gembira.

"Sudah tentulah." jawab Crystalia dengan gembira.

Adam meloncat gembira kerana tidak lama lagi impiannya akan tercapai.

"Tapi Adam tidak boleh bagitau sesiapa pun." sambung Crystalia sambil memandang Adam.

Adam mengangguk semangat. Dia tak kisah pun siapa yang akan jadi suami Crystalia, asalkan Crystalia menjadi kakak iparnya.

"Ceritalah macam mana akak pilih salah satu abang Adam." ujar Adam dengan senyuman.

Crystalia membalas senyuman Adam. Dia memeluk bahu Adam.

"Semuanya bermula dari sekuntum bunga di Kerajaan Daisy......"

---

Raja dan Permaisuri tersenyum kaku memandang Tazuko di hadapannya.

Tazuko tersenyum maklum apabila melihat Raja dan Permaisuri salah tingkah.

"Tazuko je yang datang? Tashima mana?" soal Raja sekadar ingin tahu.

Yelakan. Dari tadi hanya nampak Tazuko sahaja.

"Abang tidak datang. Saya datang sini nak tengok keadaan Crystalia." ujar Tazuko dengan buat² serius.

Terkaku mereka mendengar Tazuko. Permaisuri teragak-agak untuk berkata tentang Crystalia.

Hampir ketawa Tazuko melihat telatah keluarga itu.

Disebabkan Raja dan Permaisuri saling berpandangan dan membalas pandangan, akhirnya dia terlepas ketawanya. Raja dan Permaisuri memandang pelik ke arah Tazuko yang masih ketawa.

"Kenapa Tazuko ketawa?" soal Raja dengan pelik.

Tazuko menggeleng sambil tersenyum.

"Saya tahu apa yang jadi di sini. Saya tahu pasal kehilangan Crystalia." ujar Tazuko dengan wajah yang sangat tenang.

Berubah wajah Raja dan Permaisuri apabila Tazuko berkata seperti itu.

"A-apa yan--"

"Dan saya tahu di mana Crystalia berada." pintas Tazuko dengan senyuman.

Raja dan Permaisuri memandang tepat ke arah Tazuko yang tengah tersenyum.

"Di mana Lia berada sekarang?" soal Raja dengan cepat.

"Maaf tuanku. Tapi saya tidak boleh mengatakan di mana dia sekarang. Sebab saya hormati Crystalia."

Tazuko dapat melihat wajah kecewa mereka berdua.

"Tapi jangan bimbang tuanku. Crystalia akan ada di majlis dia nanti." ujar Tazuko dengan jelas.

Permaisuri memandang Tazuko dengan gembira.

"Lia betul² akan datang ke?" soalmya dengan nada yang gembira.

"Saya sangat yakin." ujar Tazuko dengan senyuman manisnya.

Raja dan Permaisuri saling memeluk antara satu sama lain.

Mereka sangat gembira kerana Crystalia akan pulang. Tetapi satu benda yang mereka tidak tahu, adakah Crystalia akan betul² pulang nanti?

Continue Reading

You'll Also Like

215K 8.8K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
747K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
21.1K 69 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg