[COMPLETED] Never Let You Go...

By SuamikuKacakGila27

241K 25.2K 1.7K

"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu... More

【Prologue】
【Bab 1】
【Bab 2】
【Bab 3】
【Bab 4】
【Bab 5】
【Bab 6】
【Bab 7】
【Bab 8】
【Bab 9】
【Bab 10】
【Bab 11】
【Bab 12】
【Bab 13】
【Bab 14】
【Bab 16】
【Bab 17】
【Bab 18】
【Bab 19】
【Bab 20】
【Bab 21】
【Bab 22】
【Bab 23】
【Bab 24】
【Bab 25】
【Bab 26】
【Bab 27】
【Bab 28】
【Bab 29】
【Bab 30】
【Bab 31】
【Bab 32】
【Bab 33】
【Bab 34】
【Bab 35】
【Bab 36】
【Bab 37】
【Bab 38】
【Bab 39】
【Bab 40】
【Bab 41】
【Bab 42】
【Bab 43】
【Bab 44】
【Bab 45】
【Bab 46】
【Bab 47】
【Bab 48】(LAST)
【Epilogue】
Thank You ❤

【Bab 15】

4.3K 451 26
By SuamikuKacakGila27

Maaf unpublish tadi. Saya edit panggilan balik sebab ada yang tak selesa.

. _____ . _____ .

Aku terbaring sakit di atas katil. Kepala aku berdenyut-denyut hebat. Sakit sehingga ke tulang pipi, kening dan tengkuk. Berapa kali je aku ulang alik tandas. Mual dan loya tekak yang luar biasa. Hari ni, dah hampir empat bulan aku tinggalkan dadah. Tapi semakin lama aku rasa macam nak berputus asa. Sakitnya bertambah. Ada kalanya sampai aku menangis beberapa jam menahan sakit. Itu pun aku masih tak ambil ubat tahan sakit. Aku yakin, kalau aku ambil ubat penahan sakit tu, aku makin sakit ketagih. Jadi biarlah aku sakit sekarang daripada aku langsung tak pulih. 

Jungkook dah bersiap-siap. Sebenarnya aku dan dia nak pergi ke rumah ibu. Ibu dah lama tak berjumpa jadi aku pun nak ikut. Aku rindu. Tapi tiba-tiba je jadi macam ni. Aku risau kalau-kalau jadi lebih teruk.

"Sayang, okey tak?" Soalnya. Aku diam. Pejam mata, peluk lutut untuk tahan rasa memulas. Rasa nak melepas, tapi bila sampai tandas, tak keluar apa-apa pun. Hanya keluar air sahaja. 

"Sampai berpeluh-peluh macam ni. Tegakkan badan. Nanti kejang."

"Sakit, awak."

"Ya, faham. Nanti kaki awak kejang, lagi sakit." Jungkook paksa aku tegakkan badan. Tapi perut kau betul-betul sakit. Kejang dekat perut. 

"Awak pergilah rumah ibu. Saya stay." Kata aku. Lembut aku menolak tangannya supaya pergi. 

"Macam mana saya nak pergi kalau awak sakit macam ni?" Aku corakkan senyuman nipis. Aku pejam mata. Tak mampu membalas kata-kata itu dek lidah kerana terlalu sakit menahan derita. Entah bilalah aku nak berhenti rasa sakit ni. 

"Jom, saya angkat."

"Eh, tak nak!" Aku tolak Jungkook jauh-jauh. Aku kembali meringkuk, mencecahkan lutut ke dada. Jungkook berdecit. Dia tak jadi nak kaut badan aku supaya dibawa keluar rumah. Malu orang nampak. Dahlah jiran-jiran sini suka gosip.

"Tengok tu? Meringkuk lagi?"

"Sakit." Aku hampir menangis. Jungkook bongkokkan tubuh. Dia menarik aku dan perlahan-lahan tubuh aku dicempungnya. Terasa kecil aku dibadannya yang agak sasa. 

"Saya berat."

"Campak je dalam pool."

Aku berdecit. Sempat lagi nak jadikan diri sendiri tu duda.

Aku dibawa sehingga ke kereta. Jungkook masuk ke dalam dan kereta dipandu sederhana laju ke rumah ibu. Aku rasa perjalanan agak cepat. Entah berapa Jungkook bawa. Sedar-sedar je, rumah ibu dah berada depan mata aku. 

"Jangan keluar dulu. Saya angkat."

"Eh, jangan. Saya keluar sendiri," cepat-cepat aku keluar walaupun lambat. Jungkook dah mengacah nak dukung aku. Tapi aku segera larikan diri. Aku nampak ibu dari jauh, sedang berdiri di muka pintu. Tersenyum dia memandang aku. Aku membalas senyumannya, tetapi kelat. Sakit pada tubuh sangat bisa. 

"Dah sampai pun! Lama ibu tunggu!" Kata ibu. Aku tersenyum. Aku peluk ibu dan berlaga pipi dengannya.

"Jungkook lambat bersiap." Aku menuduh. Jungkook terus tak jadi nak masuk. Aku sengih. 

"Tuduh?" Aku jelir lidah dan masuk ke dalam rumah. Ibu pegang tangan aku. Aku tiba-tiba rasa pusing kepala. Aku pegang kepala dan cuba stabilkan berdiri. 

"Eh, Seyoung? Kenapa ni?" Ibu cemas. Jungkook pegang bahu aku.

"Sayang nak pengsan ni. Ibu, saya bawa Seyoung naik atas sekejap eah?" Aku terus hilang dalam dunia aku. 

Puan Jeon memerhatikan langkah kaki Jungkook membawa menantunya naik ke tingkat atas. Kemudian dia bercekak pinggang. Wajahnya berubah tidak senang. Sekejap dia berjalan ke kanan, sekejap dia berjalan ke kiri. Resah.

"Macam mana ibu nak selamatkan kamu dari perempuan penagih tu, Jungkook?" Puan Jeon sudah tahu tentang siapa Seyoung sebenarnya. Latar belakang, sejarah silam, ahli keluarga dan sebagainya. Semua itu datang dari anak buahnya, Ji. Cuma... dia sedang berlakon menyukai menantunya itu. Dia sedang cuba menjatuhkan Seyoung ke dalam kasih sayang palsunya, dan jika sampai masa, didera perasaan Seyoung cukup-cukup. Dan apabila tiba masanya nanti, pasti Seyoung dan Jungkook bergaduh kerana ingin mempertahankan pendapat masing-masing.

Dia akan buat anaknya pening untuk memilih sama ada isteri, atau ibu.

Maka, hajatnya untuk melihat anak dan menantunya itu berpisah, tercapai. Cuma masa. Dia sangat perlukan masa. Waktu ini, dia perlu perlahan-lahan mempermainkan perasaan halus Seyoung. Dibelai, diberi kasih dan sayang supaya Seyoung menganggapnya seperti malaikat! Dan tiba masanya nanti, barulah perempuan itu tahu dia siapa. Dia akan sabar menanti. 

"Ibu tak akan biarkan dia lahirkan keturunan kita. Dia tak layak, perempuan kotor tu tak layak lahirkan zuriat kamu. Ibu sanggup tak bercucu daripada ambil dari darah daging dia."

"Ibu?" Puan Jeon tersentak. Jungkook berkerut-kerut dahi cuba memahami apa yang dikumat-kamitkan ibunya. 

"Ya?"

"Cakap apa?"

"Err... tak apa-apa. Ibu tengah risau dengan Seyoung. Dia macam kerap sakitkan?" Soal Puan Jeon. Jungkook kemam bibir.

"Haah. Antibodi dia tak kuat. Kerap sangat sakit."

"Tak pergi jumpa doktor? Manalah tahu, ada jangkitan ke?"

"Tak ada. Dia sihat. Cuma itulah masalah dia, kerap sangat sakit." Kata Jungkook. Puan Jeon mengangguk. Langsung tak ambil peduli dengan kata-kata anaknya. Dah penagih dadah, nak berhenti memanglah susah! Kotor, getus hati Puan Jeon.

"Dia tengah buat apa sekarang?" Soal Puan Jeon.

"Tidur. Sekejap lagi bangun, dia sihat." Jungkook senyum.

"Ohh.. yelah. Biarkan dia tidur. Kamu nak pergi mana lepas ni?" Puan Jeon renung tubuh anaknya atas bawah. Sesekali dia menilik wajah Jungkook. Bimbang jika ada luka-luka dadah Seyoung melekat atau berjangkit. Habis kotor anaknya ini. Tak sabar rasanya Puan Jeon hendak menyembur rasa marah yang menggila. 

"Nak pergi office sekejap. Ada meeting sebenarnya. Ibu tengokkan Seyoung boleh?" 

"Boleh." Puan Jeon angguk dan senyum. 

"Okey, saya pergi dulu ya?" 

"Ya." Jungkook pun beredar. Puan Jeon tersenyum sinis. Dia memandang tingkat atas. 

'Kau nak sangat anak aku, kan? Kau lupa diri kau siapa. Tak apa, biar aku ajar kau.'

Continue Reading

You'll Also Like

42.9K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
22.8K 482 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
252K 37.5K 50
Remake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim T...
25.9K 2.6K 30
『 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆𝒅 』 ੈ♡‧₊˚➵ menceritakan seorang gadis yang membodoh bangang tiada sudah, tersukakan jejaka para idaman gadis yang dingin dan beku...