Lagenda Si Pari-Pari [ C ]

SyuhadaNr द्वारा

498K 39.6K 2.9K

Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kera... अधिक

Prolog
1.PEMALAS!
2.ACADEMY
3.DICABAR
4.KEITH
5.TAKNAK KAWAN KAU!
6.SETERU
7.HAREZ
8.KELIRU
9.CHOCOLATE CAKE!
10.KEITH ADA DI MANA-MANA?
11. SAKIT GIGI
12. WITH CALVIN
13.MARAH
14. PUJUK
15. DENDAM!
Galeri 1
16. HATI TISU
17. TIDUR.
GALERI 2
18. SAVAGE
19. TERPERANGKAP
20. KYRA? HAREZ? KISAH SILAM?
21. KENAPA DENGAN MEREKA?
22. TANDAS
23. PERASAAN
24. KEMBALI SENYUM
25. HUTAN VOORSE
27. GAME OVER!
28. TRUTH OR DARE?
29.FOBIA?
30. HILANG.
31. BERULANG KEMBALI.
32. SAYANG KYRA TERHADAP NYEA.
33. CARI JALAN LAIN
34. NAK BALIK!
35. PUSARAN AIR
36. NYEA? BETUL KE?
37. POSYEN HILANG!
38.RUN!
39. LAGI SATU HARI
40. PILIHAN FYIRA.
41. SANDWICH
GALERI 3
42. DIKEJAR
43. KERANA MULUT
44. CERITA SEPANJANG JALAN
45. KERAJAAN PARI-PARI HITAM.
46. ANDORA
47. NAMA KEITH
48. TUNGGUL
49. MAZE
50. TAK SEDAP HATI!
51. SELAMATKAN NYEA
52. PENJARA
53. HILANGNYA SAYAP
54. TAK LAYAK
BUKAN UPDATE
55. MELAWAT?
56. MATLAMAT
57. MEREKA DATANG!
58. DALAM ISTANA
59. MANUSIA
60. API
61. LELAKI MISTERI
62. SAKIT!
63. KEINGINAN YANG KUAT!
64. MANA NYEA?
65. KAWAN KE?
66. BALASAN!
67. TERHINA
68. API DALAM DINGIN.
69. PERANG: MANTERA BATAL MAGIS
70. PERANG : LELAKI BERJUBAH HITAM.
71. PERANG : SILVER HOLE
72. PERANG: MAYAT HIDUP!
73. HOPE!
74. FAIRY LAW!
75. MEMORIA
76. DENDAM BERSISA
77. JASAD
78. WAKE UP
79. END

26. JANJI

5.8K 463 39
SyuhadaNr द्वारा

Hutan Voorse kelihatan gelap memekat dikala malam menjelma. Hal ini, tumbuh-tumbuhan semuanya tumbuh meninggi, menghadang padangan langit dan sinaran cahaya bulan untuk memancar.  Dia duduk memeluk lutut. Mata hanya merenung unggun api di hadapannya. Kelihatan wajahnya tiada perasaan langsung. Kepala ditundukan ke bawah, jari halus mengutip ranting tersebut. Perlahan dia mematah-matahkan ranting, dan sesekali dia mengeluh.

Terdapat sekumpulan, dan beberapa pasangan turut duduk mengelilingi unggun api besar tersebut. Mungkin mereka mahu mengambil udara segar sebelum tidur, ataupun mahu menikmati suasana dingin segar di hutan Voorse?

Dia menjeling ke sisi iaitu jauh sedikit dari tempatnya. Violet dan Victoria sedang jalan beriringan menuju ke khemah mereka yang terletak bersebelahan sahaja. Kelihatan mereka berdua sedang rancak berbual dan nampak mesra!

Bibir digigit perlahan. Sejak dia dan Violet tidak lagi bersama Nyea, gadis itu mula berpaling tadah. Violet cuba berkawan dengan Victoria? What the hell! Dulu bukan main benci dan menyampah bila tengok muka perempuan itu! Tapi sekarang? Violet sudah berubah.

"Fyira, bila kau nak tidur? Dah lewat ni," Violet berlari anak mendekatinya. Tiba sahaja, dia bercekak pingang. Dia terkejut dengan kehadiran Violet.

"Sekejap lagi, Violet ...." ayat Fyira tergantung, dikala terdengar derapan tapak kasut menghampiri. Violet turut memandang.

"Hi, semua!" tegur Keith seraya tersenyum. Violet hanya membalas dengan senyuman kelat. Fyira sudah mengaru kepala.

"Okay, aku dah mengantuk. Aku tidur dulu, Fyira. Kau jangan tidur lambat!" pesan gadis itu sebelum memusingkan badan ke belakang. Kaki diorak laju meninggalkan mereka berdua.

"Tidur? Aku baru nak ajak berbual. Er, boleh aku duduk, Fyira?"

Fyira mengangguk perlahan. Rambut merah milik Keith berkilat tatkala terkena sinaran cahaya unggun api, dia duduk di sisi Fyira tetapi dengan kadar jarak yang jauh. Suasana menjadi sunyi ... Fyira hanya berdiam diri sambil menguis tanah dengan mengunakan ranting kayu.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanya jelah ...." balasnya mendatar.

"Tentang, Nyea."

Mendengar nama Nyea hati Fyira bagai dijentik! Tangan berhenti dari mengais tanah. Dia terdiam seperti patung. Keith mengaru pipi melihat reaksi gadis di sebelahnya.

"Nyea?" ujarnya setelah sekian lama berdiam.

"Ya ...." Keith menoleh ke kiri dan kanan, mata merayap ke seluruh tempat bagi memastikan tiada pari-pari yang hampir dengan mereka. Fyira mengerutkan dahi tanda pelik. " Kau nampak apa yang berlaku tempoh hari?" soalnya perlahan. Wajah diseriuskan.

"Nampak apa?"

"Fyira ... terus terang dekat aku. Apa yang kau nampak dekat Colloseo."

Sekali lagi Fyira terdiam. Kemudian, nafas ditarik dalam. Gadis itu seperti cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara. Kalau boleh dia sudah tidak mahu cerita pasal Nyea lagi.

"Sayap dia ...."

"Jadi kau nampak? Macam mana? Sekejap! Violet sekali?" soal Keith bertubi-tubi. Terkebil-kebil Fyira memandang muka terkejut Keith.

"Aku dan Violet pergi berlari ke tandas. Dia sakit perut dan tak tahan! Jadi ... ingatan kami tidak terpadam."

Keith tergamam mendengar kata-kata Fyira. Padanlah mereka tak terpadam memori! Keith mula tidak keruan. Perasaan risau menyelubungi dirinya. Hatinya tidak tenang memikirkan tentang hal ini. Mereka berdua sudah tahu, habislah! Fyira mengaru pipi melihat lelaki tersebut seperti lelaki mati isteri.

"Kau janganlah risau. Aku akan simpan rahsia ni."

"Tolonglah, simpan rahsia dia baik-baik. Fyira jangan beritahu sesiapa."

"Yeah ... Kau tak perlu risaukan aku. Lebih baik risaukan Violet. Dia sudah mula berkawan dengan Victoria. Kenapa kau risau sangat sebenarnya ni? Sekejap! Jangan cakap memori kau juga tak ... Kau nampak juga?" Fyira membulatkan mata. Kedua tangan sudah menegang kepala. Dia mula pening dengan apa yang Keith cakap.

"Shhh ...." Cepat-cepat Keith meletakan jari telunjuk ke bibirnya agar Fyira tidak bercakap kuat. "Memandangkan kau nampak, aku terpaksa ceritakan semua perkara tentang Nyea tapi kau kena janji sesuatu ...."

"Cerita ? Janji? Apa benda pula!" gadis itu bangun dari duduk memeluk lutut tetapi baju ditarik kuat supaya kembali duduk.

"Fyira dengar dulu! "

"Dengar apa ni Keith? Aku kelirulah! Kau buat aku pening." nada suara Fyira kedengaran seakan marah tetapi dikawal.

"Sabar. Ini pasal nyawa Nyea. Soal hidup dan mati dia. Kau kena janji akan rahsiakan perkara ini, okay?"

KICAUAN burung kecil bergema menambahkan suasana tenang pagi itu, sekaligus telah mengejutkan beberapa pari-pari yang nyenyak tidur. Satu persatu pari-pari keluar dari khemah dan ada sudah bersiap sedia.

"Nyea, kau pasti ke dah sihat?"Lilith jalan menyaingi gadis itu. Nyea berambut ikat seperti ekor kuda, menyeluk tangan ke dalam poket sweater Elite. Dia nampak sungguh berkarisama dan nampak lain!

"Yeah ... aku dah sihat!" balas Nyea semangat, dada ditepuk perlahan. Dia tersenyum menampakan gigi putih. Risau sangat si kembar ni.

Tiba ditapak perkhemahan, pari-pari lain juga sudah berkumpul. Terlihat, Calvin sedang melakukan sedikit senaman tekan tubi mengunakan sebelah tangan. Manakala Kyle pula sibuk menumpang duduk di atas badan Calvin. Terkumat-kamit mulut Calvin seperti menyumpah Kyle. Lelaki berambut biru hanya tertawa besar.

Beberapa pari-pari gedik pula mula naik miang melihat dua jejaka tersebut tetapi hanya mampu dari jauh.

"Selamat pagi semua!" tegur Nyea ceria. Calvin terkejut lalu tangannya tidak dapat menampung beban dan dia terhempas pada permukaan tanah. Impak dari itu, Kyle melayang jatuh ke belakang. Kepala terhentak pada tanah.

Nyea dan Lilith, mengekek ketawa melihat mereka berdua. Pari-pari lain sudah menahan gelak, jika terlepas takut berkecil hati pula maklumlah mereka berdua lelaki paling dihormati di akademi.

Kyle bangun sambil mengosok kepala "Er, aduh ... Sakitnya kepala aku."

"Ah, kau tak fikir aku pula? Sakit belakang aku! Berat macam badak air kau ni." bidas Calvin sedikit bengang. Kepala Kyle ditolak kasar.

Tidak lama kemudian Lesie sampai bersama sebuku roti ditangan. Mulutnya tidak henti mengunyah. Di belakangnya pula, Luth berjalan lambat sambil membawa satu buku nota kecil, seperti biasa mukanya tiada perasaan.

"Keith mana?" soalan pertama terpacul dari bibir Nyea. Sedari tadi batang hidung lelaki si rambut merah tidak nampak.

"Itu dia!" jawab Lesie menunding jari ke arah Keith yang sedang lari terkocoh-kocoh. Setelah sampai, dia membongkok sambil bertongkatkan lutut. Termengah-mengah dia, dengan rambutnya serabai dan basah seperti baru lepas mandi.

"Maaf, lambat!"

"Tak apa, jadi ... Aku dapat berita bahawa Mr.Harez dan Mr.Dell tak dapat datang hari ini kerana ada masalah. Jadi kita kena uruskan." terang Calvin, yang lain hanya mengangguk.

Lilith bercekak pingang sambil mata meliar melihat pari-pari yang lain. Mereka semua sudah berkumpul. "Apa kata kita bahagikan kumpulan untuk aktiviti hari ini?" cadangnya. Masing-masing setuju, lagipun dari awal lagi memang mereka sudah rancang.

Mereka dibahagikan kumpulan dengan cabutan nama yang dilakukan oleh kumpulan Elite sendiri secara bergilir. Setiap seorang akan menjadi ketua utama bagi nama yang dicabut. Pari-pari lain sudah teruja kerana mahu sekumpulan dengan ketua idaman mereka!

Setelah siap, mereka semua diarahkan untuk berkumpul dalam bentuk bulatan. Ketua akan duduk ditengah-tengah dan meminta ahli lain memperkenalkan diri. 

Nyea berjalan dengan rasa janggal dalam dirinya. Satu persatu ahli kumpulan dikerling sekilas. Fyira duduk bersila menjadi tatapan mata sebelum berhenti di tengah ruang. Telinganya sempat menagkap bisikan halus sedang mengumpat tentang dirinya dan tidak kurang juga ada yang memuji. Kembang sekejap bila dengar ada yang puji. Yang mengumpat kau tunggulah nanti, Nyea ketua!

"Ehem! Semua kenal aku kan? Jadi tak perlu aku kenalkan diri. Aku nak korang kenalkan diri bermula dari ... Ha! budak tengah korek hidung! Kau bangun sekarang,"

Budak lelaki berambut coklat itu terperanjat, lantas jari dibawa turun dari hidungnya. Dia mengesat jari pada bajunya sendiri dan pari-pari lain melemparkan pandangan jijik!Terpinga-pinga dia memandang Nyea. Rakan disebelah menyiku lalu berbisik sesuatu, terus budak itu berdiri menegak!

"Selamat pagi, Cik Nyea! Nama saya Jin Oren. Saya duduk di ...."

Tiba-tiba Nyea mengangkat tangan supaya berhenti. Jin Oren meneguk air liur melihat muka serius Nyea ."Cukup, aku cuma nak tahu nama je. Tak perlulah panjang berjela, dan takpayah panggil aku Cik. Kita semua hampir sebaya kut. Next!"

DIA meletak segelas minuman suam di atas meja bersebelahannya. Tangan menyentuh dahi, terasa masih lagi hangat tetapi lebih baik dari semalam. Sudah dua hari dia demam panas dan baru hari ini demamnya kebah.

"Anakanda, sudah sihat?" Willys melangkah masuk ke dalam bilik puteri kesayangannya lalu duduk dibirai katil. Camelia tersenyum.

"Okay berbanding semalam, ayahanda."

"Baguslah. Kamu berehat dahulu." Willys mahu bangun tetapi Camelia menarik hujung baju dan dia terduduk kembali.

"Anakanda mahu tanya,"

Willys mengerutkan dahi. Wajah Camelia dipandang sebelum mengusap perlahan kepala. Wajah Camelia persis wajah isterinya. Dia tersenyum. "Tanya apa sayang?"

"Ayahanda pasti ke mahu satukan kakanda dengan dia?"

Lelaki berambut kuning keemasan terdiam sejenak. Dia seperti sedang berfikir akan sesuatu.

"Ah, ayahanda memang berniat mahu satukan mereka."

"Tapi, kakanda Calvin pasti tidak setuju. Lagi pun ...anakanda lihat dia macam ada pilihan sendiri." 

"Pilihan sendiri? Siapa?" riak wajah terus berubah mendengar kata-kata Camelia. Nafas ditarik sedalam mungkin. "Walauapa pun, ayahanda tetap dengan pilihan ini. Dia tidak boleh membantah suatu hari nanti!"

Camelia tergamam mendengar jawapan tersebut. Kepala menunduk perlahan ke bawah. Jari bermain-main dengan cadar yang membaluti kaki. Dia agak terkejut kerana suara ditinggikan kepadanya.

"Maaf, ayahanda tidak sengaja. Ini bukan hal kamu Camelia ... jadi tak perlu kamu nak ambil kisah. Itu tak penting untuk kamu." ujarnya lembut.

"Hmm ...."

"Lebih baik anakanda pergi tidur. Rehatkan diri supaya cepat sembuh."


Cover white guardian book 2 sudah siap! 🎉 😆 tunggu masa nak publish.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

6.7K 41 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
218K 8.2K 55
Lek!! Ni bkn crita sedih k😴😴 Ni crita lawak naharam!! Warning: x logic langsung!! Done editing!!! Sekian author yg comel wkwkwkwk highest rankin...
44K 4K 60
Kisah benar tentang perjalanan hijrah seorang pelajar sekolah agama. Di saat dia sedang bertatih dalam penghijrahannya, satu persatu ujian datang men...
31.6K 845 13
Zura dikejar makhluk ghaib dari asrama universitinya. Tiba-tiba, dia termasuk ke alam ghaib. Mampukah dia kembali ke alam nyata? Boleh atau tidak, h...