Love?? Hakthuiii ✔

By dUkeLawa

1M 18.5K 2.9K

Dont trust anyone who says love to you More

prolog
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
satu kosong
satu satu
empat tiga
satu dua
satu tiga
satu empat
empat empat
satu lima
satu enam
satu tujuh
satu lapan
satu sembilan
dua kosong
dua satu
dua dua
dua tiga
dua empat
dua lima
dua enam
dua tujuh
dua lapan
dua sembilan
tiga kosong
tiga satu
tiga dua
tiga tiga
tiga empat
tiga lima
tiga enam
tiga lapan
tiga tujuh
tiga sembilan
empat enam
empat kosong
empat enam
empat satu
empat tujuh
empat dua
empat lapan
empat sembilan
lima kosong
empat lima
lima satu
lima dua
lima tiga
lima empat
lima lima
lima tujuh
epilog
thanks note
thanks

lima enam

16.6K 293 42
By dUkeLawa


Emilia

Setelah usai semuanya, Ayie membersihkan diri dan menyarung pakaian santai.  Sengaja aku menyentuh lembut jari Ayie sebelum dia keluar. Mataku melirik pada katil yang dihias indah. Ayie tersenyum dan tertawa kecil.

"Nakal la sayang ni". Dia mencuit hidungku.
"Malam ni abang tidur luar ye. Sayang rehat la. Simpan tenaga untuk majlis besar esok".

Ayie mengucup dahiku dan menutup pintu. Hai Lia, tidurlah kau sensorang malam ni. Silap tak pinjam Aryan tadi. Boleh juga buat peluk peluk. Haydan pun takde. Balik rumah neneknya selepas majlis selesai. Cikgu kata ada perkara yang perlu diperhalusi.  Mungkin keluarga kak Ayu malu dan terkejut dengan apa yang Lisa lakukan.

Pintu bilikku diketuk dan dibuka, Ayie rupanya. "Belum tidur lagi?", bila dilihat aku masih termenung dan lampu masih menyala.

"Tak rasa mengantuk", balasku, terkejut bila ditegur.
"Ayie tu, kenapa tak tidur lagi?". Aku bertanya. Sibuk betul, dah la biarkan aku tidur sendirian.
"Dah buat apa yang mak suruh tadi?".
Mataku terus bulat. "Lupa".

"Tu la, asyik termenung je. Cepat buat. Kita ada majlis esok ni". Aku menuruti perintah suamiku. Cewahhh... dan dan suami ye.

Ayie menemani aku turun berwudhu. Kemudian aku menyarung telekung, selesai bersolat sunat, bertahajud dan berzikir seperti yang mak pesan. Ayie meninggalkan aku setelah aku selesai.

Lampu bilik Ayie tutup dan sebaik kuletakkan kepala di bantal, hilang terus. Sedar sedar terdengar azan subuh dari masjid berdekatan.

Berdebar sangat rasanya bila menyarungkan baju kebaya labuh ungu gelap dari fabrik songket ke tubuhku. Macam mimpi rasanya.

Sepatutnya perasaan ni dirasai semalam. Ayie la merosakkan mood teruja nak jadi pengantin. Nasib baik berakad jua.

Rasa lemah kepala lutut bila nampak pengantin lelaki bertanjak dan berkeris. Aduh.. cair ni. Senyuman ni perlu dikawal, kalau tak meleret leret nanti.

Aku perasan Ayie menyembunyikan tawanya disebalik hingutan tubuh. Dia tau makna senyuman aku. Nak aje aku cubit. Kang tak pasal kena lepuk dengan mak andam. Silap silap hari bulan, mak yang cubit aku sebab galak sangat.

Hana dan Aryan turut bergambar sama dengan anak anak buah Ayie dan kami di atas pelamin. Seperti biasa, Aryan mesti nak berpangku denganku.

Pipi aku dicium sepuasnya, "mama pretty". Pandainya budak ni. Dah kena mekap memang la mama jadi cantik. Rindu sangat dengan Aryan dan Hana ni. Nak minta pinjam Aryan untuk malam ni kalau Kak Shila tak balik KL hari ni. Ayie?? tangguh la dulu.

*******

Hasri

Ajakan Emilia untuk berada di dalam bilik, aku tolak dek pesanan Abi dan mak. Bergetar jiwa bila Emilia semanja tadi, dah macam kucing Parsi je aku tengok.

Walaupun aku dah bersama dia beratus kali tapi Lia tetap berjaya menjentik naluri lelakiku. Sabarlah Lia, bukan abang tak nak. Esok masih ada sayang.

Aku termenung bila Kimi menceritakan apa yang berlaku setelah aku tidak meneruskan perjalanan ke rumah Lisa. Kami sama sama duduk di tangga luar sambil menikmati suasana malam.

Para tetamu sudah pulang, acara kemuncak akan berlangsung esok. Ahli keluarga pun dah mencari sarang masing masing untuk berehat setelah seharian penat. Hanya kedengaran bunyi cengkerik.

"Lepas kau ikut Saiful tu, aku pergi ambil Azam dengan wife dia dulu. Kan lalu rumah mak Azam dulu kalau nak ke rumah Lisa. Masa aku sampai, pintu rumah Lisa dah terbuka. Aku park kereta kau depan gate dia. Tapi aku pelik bila lampu bilik je yang menyala. Hall dan porch gelap. Aku tak sedap hati. Aku bagi salam. Azam dan wife dia, ada ikut aku sekali. Cuma mereka tak bersuara". Kimi berhenti, menyedut rokok. Kebelakangan ini, hebat sangat tabiat merokok Kimi ni. Stress sangat ke?

"Lisa suruh aku masuk, minta tolong angkat Syifa ke dalam kereta. Katanya dia sedang masukkan baju Syifa dalam beg, kalau kalau kena tahan wad. Kami bertiga pun masuklah. Aku terus ke bilik, Azam dengan isteri, cari suis lampu hall. Tiba tiba ada orang bagi salam. Ramai kau. Macam dah rancang je. Padahal aku baru sampai. Tak sampai 5 minit".

"Dia tak dapat bezakan suara kita. Aku tak sangka Lisa nak buat macam tu", kataku perlahan.

"Dia tau soft spot kau, Syifa", balas Kimi.

"Lagipun, Abi dah pesan kat aku, perhatikan kau dan Emilia. Tapi kau la yang aku kena lebih. Emilia takpe, sebab aku dan mak dah bawa dia jumpa Abi balik dari spa tadi".

"Owh.. tu yang korang balik lambat. Aku ingat dah jadi yang bukan bukan".

Kimi tergelak, "kau risaukan aku ke bini kau?". Aku hanya ketawa.

"Apasal pergi jumpa Abi?", soalku.

"Aku cerita kat mak pasal Emilia lepas hantar dia pergi spa. Mak terus cadangkan pergi jumpa Abi lepas ambil Emilia. Rupanya, korang dah kena main. Ada orang tabur barang kat rumah ni. Tu yang Lia tawar hati, rasa benci kat kau, tak boleh tidur. Kau pun macam tak nampak dia dan sibuk hal lain. Dah tu, asyik dengan Syifa. Mana la Emilia tak angin. Kau tau kan kekurangan dia. Mesti la dia cemburu bila kau asyik dengan Lisa dan Syifa. Dah la Lisa tu bekas isteri kau ".

Aku menarik nafas panjang. Ye ke aku sentiasa dengan Lisa dan Syifa?

"Mujur tak kuat, Abi kata. Lagipun Abi cakap tahajud kau buat tu ada kesan. Aku gila terkejut bila Abi kata kau buat tahajud. Hahahahaha".

Aku pun sama gelak. Sungguh, aku sendiri tak sangka aku boleh berubah. Dari dulu asyik bergelumang dosa boleh berpusing, solat tak tinggal dan siap bersolat sunat.

Sebab mak dan Lia la aku berubah. Nasihat mak supaya aku mendekatkan diri dengan Yang Esa setelah aku seperti hilang arah dengan pemergian Lia tanpa khabar berita. Mak yang beri kekuatan pada aku sejak kecil hingga kini.

Dosa dengan Lia tu, aku cuba meminimakan sebolehnya. Sebab tu aku nak percepatkan pernikahan kami.

"Siapa tabur?"

"Abi tak cakap. Dia kata orang tu selalu keluar masuk. Lepas tu dia cakap, semangat kau dah kena pegang, fikiran kau bercelaru. Macam mana caranya, aku tak tau. Abi kata dia tolong dari jauh je. Tapi mak merayu supaya Abi datang. Masa aku tau kau keluar lepas maghrib tadi, aku terus call Abi".

Aku terdiam, mengingat kembali kejadian tadi. Ada kebenarannya. Aku seolah olah terpukau dengan panggilan yang diterima. Aku nampak along, Suhaila, Haydan, sepupu sepupu di dalam rumah dan dibawah khemah tapi aku tak menegur mereka seperti selalu. Seolah aku ditarik tarik, runsing hatiku tak dapat digambarkan.

"Motor camne? Hilang pula kang", tanyaku. Tu satu satunya motor yang ada.

"Dah ambil. Masa balik sini tadi. Azam bawak". Jawab Kimi tersengih.

Aku masuk ke dalam, lampu bilik Lia masih menyala. Ala Lia ni, buat aku risau lagi. Haaa.. elok la tu. Berkhayal. Apa mak pesan tadi, semuanya lupa.

Kali kedua menyarungkan pakaian songket ke tubuh. Kali ini terasa kelainan. Keterujaan yang tak dapat digambarkan. Semangat yang ada dalam diri membara, setelah menempuh pelbagai rintangan yang nyata dan tidak.

Senyuman terukir di bibir Lia sewaktu mendekati aku yang berdiri menantinya di jalan masuk ke rumah mak dengan diiringi paluan kompang. Lain benar senyuman Lia. Sejak kembali ke dalam hidup aku, baru ini aku nampak senyuman manis seperti di Penang.

Aku menikmati langkahan Lia menuju ke arahku. Terpesona melihat Emilia dalam busana pengantin tradisional, tampak berbeza. Bukan takde yang berfesyen tapi dia yang berkeras nak gaya asli. Tak terasa panas terik dek matahari atas kepala melihat senyumannya.

Sebaik Lia berdiri disebelahku, jari jemarinya aku genggam. Sejuk bak air batu. Aku ingatkan aku je yang gementar.

Sesi menepung tawar, bergambar dan makan beradab selesai. Berjumpa dengan tetamu pun setel.

Aryan ditinggalkan bersama kami atas permintaan Lia. Jelingan aku padanya tika dia menyuarakan hasrat kepada Shila, langsung tak diendahkan. Mujur sehari je. Tu pun sebab esok kami dah nak berbulan madu.

Aku mengetuk pintu bilik sebelum membuka. Lia sedang menanggalkan busana tadi untuk digantikan dengan pakaian yang lebih ringkas. Aku bersandar pada pintu yang tertutup. Tengkolok telah kutanggal sebaik masuk ke rumah dan kuletak di atas almari rendah disebelah pintu.

"Ayie nak t shirt yang mana?", tanya Lia membelakangkan aku. Hanya coli berwarna ungu seperti busana tadi, ditubuhnya. Bahagian bawah masih berkain.

"Sayang, look at me". Dia menoleh dan tersenyum.

"Kenapa ni? Bersandar gitu pula. Nanti roboh pintu tu", kata Lia meletakkan baju dan seluar yang akan dipakainya ke atas katil.

Dia mendatangi aku yang masih terpaku di pintu, kain busana tadi perlahan lahan melorot ke lantai. Di depanku, hanya Lia bercoli dan berseluar dalam.  Air liur kutelan.

Tubuhnya melekat di tubuhku yang masih berpakaian. Tanganku diambil dan diletakkan dipunggungnya. Tangan Lia di wajahku. Jarinya bermain dikening, turun ke mata. Diurutnya mataku yang tertutup. Kemudian, hidungku disentuh, jari tadi jatuh ke bibirku dan berjalan di situ. Tanganku menyentuh daging punggungnya tanpa berlapik, aku ramas sehingga Lia mendesah.

"Lia rindu bibir ni", bisiknya.
"Lia rindu rasanya".
Bisikan Lia menambahkan hangat tubuhku. Dah la bilik ni memang panas kalau siang.

Tanganku masih di bahagian yang sama cuma dah bergerak ke kawasan depan. Lia mengeluh bila kusentuh.

Continue Reading

You'll Also Like

195K 15.7K 83
Rule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu kel...
4.3K 350 28
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒂𝒓𝒊 ʏᴀɴᴀsᴀᴍᴍ_ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶 𝓧 𝓝𝓲𝓴 𝓛𝓲𝔂𝓪𝓷𝓷𝓪 Kau Jalan pakai mata ke pakai...
89.3K 5K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
842K 32K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...