[C] Jika Harus Begitu

By Jwayara

5.6M 166K 18.5K

"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Epilog

Bab 56

52.6K 2.4K 182
By Jwayara

[ JIKA HARUS BEGITU ]
Akan kubiarkan cucuran air mata ini bertutur disaat bibir tidak sanggup lagi mengungkapkan rasa

"SIAPA disana?! Keluar!"

Satu tangan sasa menekup bibirnya dari belakang. Matanya membulat. Darleesa bergelut untuk melepaskan diri selepas satu susuk berpakaian serba hitam bertindak untuk mencempung tubuhnya. Skil yang dipelajari digunakan sebaik mungkin tetapi serangannya dipatahkan begitu saja apabila tangan sasa itu menarik rapat tubuh mereka supaya bersatu. Dia tidak dapat melihat siapakah gerangan tersebut kerana wajah jejaka itu terlindung dengan topi dan mask muka. Sekelip mata saja Darleesa terlambung ke udara dan tersidai kemas di atas bahu lebar figura hadapan.

"Sial, bawa dia pada aku! Tangkap hidup-hidup!"

Kazam mengarah dalam jeritan. Berpusu-pusu anak buahnya mengejar ke dalam hutan belantara. Bunyi tembakan bergema berkali-kali seiring jeritan keras. Burung-burung di dahan pokok lari berterbangan, suasana sepi itu riuh-rendah dengan bunyi derapan dan kocakan lumpur berselut. Panggilan yang masih belum termati dilekapkan kembali di cuping telinga. Suara Syed Norman keras di hujung talian. Arahan yang dikeluarkan diikuti selepas panggilan dimatikan. Pistol dihala muncung tepat kearah Wak Semelai dan kepala lelaki asli itu bersepai dengan beberapa butiran biji peluru. Farina yang masih terkejut dengan gemparan tersebut terkial-kial menyusun langkah selepas tangannya ditarik Kazam. Mereka sama-sama memasuki ke dalam kereta seraya BMW mengaum garang membelah tanah merah.

"Lepas lah!" Meliang lentok badan Darleesa ke kanan dan ke kiri mengikut gerakan figura sasa ini jauh ke dalam hutan. Darleesa masih belum mengalah, belakang hoodie lelaki itu dicakar dan suaranya melantun bengis untuk melepaskan diri. Naik merah wajah Darleesa apabila pipi punggungnya ditepuk perlahan sebagai serangan balas. Tercabul.

"Lepas saya cakap! Jangan sampai saya bunuh awak nanti!"

Pekiknya dalam nada tertahan. Bahang di kedua-dua belah pipi makin terasa. Dipukul-pukul belakang lelaki itu sekuat hati. Tidak cukup dengan memukul, belakang leher lelaki itu dicakar pula sehingga terluka. Mereka semakin jauh. Dia tidak dapat melihat keadaan sekeliling kerana gelita dengan lindungan pohon-pohon meninggi. Cekap si lampai itu membawanya entah ke mana hala. Darleesa bagaikan ingin menangis kerana diperlakukan sebegitu rupa.

"Saya cakap lepas! Awak pekak ke apa?! Lepas lah!"

Amarahnya tidak diendahkan sama sekali. Berkali-kali Darleesa cuba menggelongsor dari belakang lelaki itu tetapi pinggangnya dipegang kejap. Tiba saja di kawasan bertanah landai, tubuhnya diturunkan dibalik lindungan pohon besar. Darleesa menendang ganas kaki figura misteri tersebut sekuat hati untuk melarikan diri. Waima begitu, usahanya sia-sia sebaik saja tangan kekar itu laju m0enarik pinggangnya pula.

Natijahnya, tubuh kecil Darleesa disandar mengejut pada kayu pokok manakala kedua-dua belah tangan gerangan di hadapan mengunci pergerakannya. Jantung Darleesa berdegup bagai nak gila. Kedudukan mereka rapat, nafas lelaki itu terhembus hangat di dahi. Bunyi beberapa derapan tapak kaki diselangi suara keras berkumandang. Matanya tidak berkedip, nafasnya terkunci. Lelaki misteri itu membawa jari telunjuk ke bibir, isyarat untuk menzip mulut serapat-rapatnya.

Bang! Satu das tembakan dilepaskan tiga kali. Bertempiaran burung-burung gagak berbunyi. "Keluar! Kau fikir dengan menyorok kau boleh terlepas? Sini kawasan aku lah!"

Batu sederhana besar dikutip lelaki itu dan dibaling jauh ke arah bertentangan untuk mengelirukan lelaki-lelaki berkenaan. Anak mata Darleesa perlahan-lahan terlari ke atas, mencari pancaindera gerangan di hadapan bermodalkan cahaya dari pancaran bulan mengambang. Dia masih belum mengecam tetapi apabila derapan kaki penjenayah yang dilihatnya tadi mampir di kawasan persembunyian, lelaki itu menghilangkan jarak mereka sehingga figuranya tersembunyi dibalik tubuh tegap si jejaka. Bau cologne yang cukup dikenali mencipta detakan hebat di dada. Darah menyerbu laju ke segenap tubuh sehingga dia hilang punca. Darleesa mendongak untuk membuat kepastian. Anak mata mereka berdua bertembung. Lama.

"Kau cari disana. Dia tak lari jauh."

"Okey."

Setelah keadaan kembali reda, lelaki itu berpaling ke kiri dan ke kanan untuk mengintai. Yakin tiada bahaya yang mengancam, jarak mereka tercipta setelah figura itu berundur setapak ke belakang. Darleesa masih menggeletar dengan riak ketakutan bercampur sangsi. Apabila lelaki itu menanggalkan tali mask muka di telinga kiri, jantungnya gugur tertiarap ke tanah. Mata bundar yang dirindui setengah mati itu menghantar satu renungan yang sukar diramalkan sama sekali. Tangan Darleesa disentuh dan diusap lembut, wujud garisan riak kesal yang terpampang di wajah gerangan ini apabila menyedari kesan calar dan luka-luka kecil di telapak tangannya.

"Macam mana aw-"

Bibir Darleesa dipagut dan diurut lembut tanpa sempat bicara dihabiskan. Kedua-dua belah tangannya terjatuh ke bawah. Lelaki itu menarik tubuhnya rapat untuk mengalirkan segala rasa yang terpendam. Apabila ciuman terungkai, mata bundar itu sayu merenung ke dalam korneanya. Makin bergetar urat sendi bergoncang seiring paluan jantung yang ingin melompat keluar dari badan. Lelaki itu mengelus lembut pipinya dengan marak kasih. Darleesa dihurung rasa sebak berganda-ganda.

"Aku rindu kau." Khairul mengucap dalam bisikan halus. Ada getaran dalam nadanya. "38 hari kau hilang Darleesa, 5 minggu 3 hari aku cari kau merata-rata alam. Aku hampir gila sayang."

"Saya ada alasan saya sendiri..." Darleesa menunduk kebawah, tidak sanggup untuk menentang anak mata bundar itu. Bunyi keluhan dilepaskan kedengaran. Wajah diangkat. Dia masih tertanya-tanya bagaimana lelaki itu boleh menjumpainya di sini. Mustahil lelaki itu boleh mengetahui lokasi keberadaannya yang terceruk di kawasan pendalaman yang tidak pernah dimasuki pihak berkuasa. "Macam mana awak boleh ada di sini? Awak jejak saya?"

"Aku datang dengan polis."

Khairul membalas separa berbisik. Mata hazelnya masih mengawasi keadaan sekeliling. Bimbang-bimbang keberadaan mereka terdedah oleh mata-mata liar. Selepas penangkapan Johan dua minggu lalu, lelaki itu dipaksa untuk berbicara perkara benar kerana hukuman penjenayah dapat dikurangkan sebagai insentif dalam pemberian maklumat penting untuk menyelesaikan kes. Ini membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan memastikan keadilan diperoleh. Nyawa isterinya dalam bahaya saat ini.

"Polis dah kumpulkan orang kampung."

Polis? Mata Darleesa membulat. "Ke-kenapa?"

"Panjang, nanti aku cerita sayang. It's not safe, we need to get out of here."

Khairul membalas lembut. Tangan Darleesa ditarik dan mereka sama-sama berjalan menyelusuri semak-samun. Darleesa tidak pasti arah selamat yang perlu diikuti tetapi melihat saja lelaki itu ligat berjalan di satu kawasan asing, dia beranggapan mereka menuju ke jalan yang betul. Di akhir penghujung rimbunan pokok-pokok besar, kakinya menjejak ke kawasan lapang bertanah merah. Berdebar-debar jantungnya apabila terdapat sebuah Range Rover berwarna hitam yang terparkir di situ. Ammar dan seorang lelaki berkumis keluar dari kereta apabila menangkap kelibat mereka berlari anak di tengah jalan.

Khairul membuka langkah besar dan menguak pintu untuk mempersilakan Darleesa masuk ke dalam kereta. Seatbelt dikenakan pada tubuh isterinya. Darleesa yang menjadi pemerhati dalam kekabutan itu kelihatan takut dengan sebarang kemungkinan. Bunyi das tembakan meletus. Wajah Ammar dicari. "Mar, kau bawa Darleesa terus ke Seremban. Inspektor Zamani dan lain dah tunggu disana. Dengar cakap aku, jangan berhenti di mana-mana pun. Jangan berhenti. Kalau ada yang mengejar, teruskan pandu sampai bini aku betul-betul ada di tempat selamat. Pelan kita dah berubah. Syed tengah buru Leesa sekarang sebab dia ada di sini. Leesa tak boleh ada dengan aku, budak-budak dia ramai."

Ammar mengangguk mengerti. "Kau nak kemana?"

"Aku kena patah balik ke kampung. Adham cari Syed."

Khairul mengetap rahang. Matanya terlari sekilas ke arah Darleesa yang turut menadah telinga. Wajah gadis itu sayu sekaligus memberatkan lagi hatinya untuk berpisah. Tapi apa yang bisa dia lakukan? Membiarkan gadis itu tetap bersamanya adalah satu idea yang buruk. Syed Norman tahu dia akan menuju lurus kearah Darleesa tidak kira apa pun. Sebelum upacara di perkampungan asli bermula, tim polis sudah terlebih dahulu bersedia di posisi kerana maklumat yang dibongkar Johan bertepatan. Malam ini bakal menjadi malam berdarah dan isterinya berada di kampung tersebut.

Dia mengikuti Darleesa ke hutan selepas gadis itu bertindak untuk membuntuti dua penduduk kampung. Dia tidak mengerti sesuatu yang menjentik perasaan ingin tahu sang isteri pada mulanya. Jadi dia meneruskan juga langkah sehingga mereka berdua tiba di satu kawasan asing. Melihat saja sketsa perbualan tersebut, dia bisa mengagak itu adalah salah satu urusan jual beli manusia. Fokus Khairul terganggu apabila suara Adham dari handsfree kedengaran cemas. Lelaki itu memaklumkan Syed Norman pecah masuk ke rumah ketua kampung untuk mencekup Darleesa. Semakin gabra dia jadinya tatkala persembunyian gadis itu pula terkantoi.

"Tolong jaga bini aku, Mar. Dia nyawa aku."

"Jangan risau, aku jaga Leesa sebaiknya. Kau hati-hati bro."

Ammar melolos ke dalam perut Range Rover lalu menghidupkan enjin. Darleesa bersidai di tepi tingkap bertutup yang menghala kearah dirian Khairul. Lelaki itu tersenyum halus seakan-akan mengetahui anak mata mereka bertentangan dibalik halangan cermin yang digelap seratus-peratus. Hati kecilnya menjerit pilu, tapak tangan melekap rapat pada cermin tingkap. Tatkala pacuan empat roda yang didiaminya kini bergerak, Darleesa masih belum jemu memandang Khairul yang semakin jauh ditinggalkan di belakang. Kegelapan malam menenggelami layar mata. Bunyi das tembakan bergema disepanjang jalan.

Sang suria yang meninjau hening menghamparkan cahaya ke serata alam. Sesekali mata Darleesa mengintai keadaan di luar jendela dengan segumpal harapan. Tiba saja ke Ibu Pejabat Polis Seremban dalam lingkungan sebelas malam, kehadirannya ditunggu-tunggu oleh Katrina dan beberapa orang pegawai. Gadis itu terus memeluknya rapat. Dia keliru. Namun melihat saja senyuman halus Ammar apabila pancaindera mereka bertembung, dia mulai berasa sebak. Seorang pegawai polis wanita mengiringinya ke dalam dan dia diminta untuk beri kerjasama bagi membantu siasatan. Segala informasi dan bentuk ancaman yang yang diterima disuap kepada pihak berkuasa. Termasuk rakaman video yang direkod.

Suasana kafeteria gamat dengan celoteh pembaca berita di televisyen. Milo hangat dari mesin yang dihulur Katrina disambut dengan ucapan terima kasih. Gadis itu tersenyum kecil sebagai balasan dan mereka sama-sama memandang panorama pagi yang menghadap bukit-bakau. Dia tidak mampu melelapkan mata di waktu malam kerana terlampau risau dengan keselamatan Khairul. Sudah puas Katrina memujuk dan bersabar, tetapi hatinya masih belum dapat ditenangkan selagi figura lelaki itu tidak muncul di depan mata. Perut yang masih leper diusap lembut. Suara gemersik kakak iparnya yang tiba-tiba berlagu mencuri perhatian Darleesa. Raut itu keruh.

"Kakak kesal dengan sikap kakak terhadap you sebelum ni."

Katrina menunduk ke bawah. Segan untuk mengulas segala kejahatannya terhadap Darleesa. Realiti yang diketuk Khairul sebelum ini benar-benar memerangkap dirinya di dalam lautan kesalahan. Bila kesedaran itu mulai hadir, dia menjadi nanar. Apa yang diperkatakan Khairul benar belaka. Dia tidak pernah mencuba untuk mengenali Darleesa, apatah lagi menyelami budi baik gadis itu. Segala percubaan Darleesa untuk menjalar kemesraan dengannya tidak terusik sekalipun. Malah, dia bongkak dengan menggunakan tragedi dahulu sebagai alasan untuk membenci. Bila gadis itu hilang, perasaan itu semakin besar menghempap bahu. Setiap hari dia menunggu khabar dari Khairul, setiap hari dia berdoa agar Allah memelihara Darleesa dimana saja gadis itu berada.

"I've been such a jerk to you. Kakak malu, malu untuk berhadapan dengan seseorang yang kakak pernah caci dan membenci. Masa memang tak boleh diputar. Tapi kalau kakak diberi kesempatan untuk mendapat kemaafan dari you, I hope there's still time to make things right. Kakak minta maaf, Darleesa."

"Leesa tak pernah membenci kakak. Sekelumit pun tak pernah terlintas." Balasnya ikhlas. Apabila Katrina mulai dihurung sebak, Darleesa menggenggam erat tangan gadis itu bersama gayutan senyuman. "Leesa syukur kakak boleh terima Leesa walaupun bermacam-macam yang jadi dalam keluarga kita. Leesa tahu tak mudah untuk kakak tempuh lebih-lebih lagi selepas nenda pergi."

"Kakak dah boleh terima qada' dan qadar Allah. Apa yang jadi bukan salah Leesa, bukan juga dibawah kawalan kita. Sedih semestinya ada. Tapi sampai bila kakak nak terus meratap orang yang dah pergi?" Katrina memulangkan. Terbit sedikit kerinduan kepada arwah nenda yang telah meninggalkan mereka dua bulan yang lalu. Mata bulat Darleesa dicari. "Kakak lupa hargai orang yang selalu ada di sisi kakak. Kakak terlampau ikutkan perasaan sampaikan kakak tak tahu yang Leesa turut terkena tempiasnya."

"Kita sama-sama tuntut keadilan." Bicara Darleesa lagi. Nadanya tertahan. Beremosi. "Kita mulakan semula ya?"

"Kita mulakan semula." Katrina mengulang kembali.

***

Jenayah Syed Norman akhirnya dibuktikan satu-persatu di kaca televisyen selepas tamparan kejadian tiga hari lalu. Lelaki itu ketahuan menjalankan aktiviti perdagangan manusia, pelacuran dan penyeludupan dadah untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Kelab malam, The Iron dibuka sekadar untuk membutakan mata-mata pihak berkuasa dalam kegiatan haram, malah tersabit juga kesalahan kepada pegawai polis yang menjadi gunting dalam lipatan bagi melindungi jenayah lelaki itu selama ini. Mereka dikenakan tindakan tatatertib dan menggalas hukuman undang-undang yang setimpal. Malam kejadian, beberapa pegawai diberikan waran untuk menggeledah The Iron, dan mereka menjumpai barang terlarang dan berbahaya seperti senjata tangan, satu tan dadah jenis heroin base yang dianggarkan bernilai RM 300 ribu untuk satu kilogram.

Pihak yang terlibat untuk kegiatan tersebut dikumpulkan dan ditahan untuk siasatan lebih mendalam. Polis masih memburu Syed Norman yang hilang tanpa jejak di seluruh kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Pada malam kejadian, lelaki itu tidak berjaya diberkas setelah menghilang dengan butiran peluru di tubuh. Apabila pihak polis cuba menjejak kesan-kesan darah yang menitik, lokasi terakhir adalah di kaki gaung yang mencerun. Unit K9 ditugaskan keesokan paginya untuk menjejak penjenayah dengan bantuan anjing-anjing terlatih namun tiada satu petanda yang boleh membawa mereka kepada lelaki terbabit.

Tuak, atau dikenali sebagai Tuak Songoi menyerah diri selepas mengakui bahawa dirinya turut bersalah kerana terlibat dalam pemerdagangan manusia selepas Wak Semelai mati ditembak. Rahsia kehilangan wanita-wanita di kampung ini akhirnya terbongkar. Isteri Radin Ketari, Ratna Dewi yang menghilang sebelum ini akhirnya ditemui kerana telah dilacurkan dan diseksa seumpama objek.

Paling menyayat hati, mayat-mayat yang terkorban akibat kerakusan Syed Norman dikuburkan pada salah satu kawasan tersorok di kampung ini. Berlumba-lumba kereta polis keluar masuk untuk menjalankan tugas. Jabatan Perkhidmatan Forensik dan Patologi (JPFP) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab untuk mengenal pasti mayat tanpa identiti melalui proses forensik.

Dukacita buat keluarga Zetira, mayat gadis itu turut ditemui setelah menghilang lamanya. Forensik menentukan identiti mayat yang telah mereput melalui kaedah sidik jari, pencocokan DNA, rekod gigi, dan penyiasatan lanjut seperti pemeriksaan forensik dan antropologi. Tengku Zairi dan Tengku Natrah hadir ke hospital setelah dihubungi pihak berkuasa tempatan. Mereka memberikan bukti hubungan keluarga dengan mangsa dan mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang bagi menuntut mayat untuk proses pengebumian. Ramai orang awam yang ikut menangisi nasib setelah ahli keluarga mereka ditemui mati dalam keadaan tidak bernisan.

Pihak polis masih belum berhenti memberkas Syed Norman dan kuncu-kuncunya yang terlepas. Sekatan di KLIA juga dikawal ketat untuk mengelakkan mereka terbang ke luar negara. Kediaman penjenayah menjadi kawasan tawanan polis dan Darleesa belum hilang kebimbangannya terhadap Puan Kirana memandangkan Farina dan Aqil sama-sama berkomplot. Selepas keseluruhan kes terbongkar, mereka datang ke rumah wanita tua itu di Puncak Alam bersama sepasukan polis. Aqil dan Farina tidak dapat dijejaki, manakala Puan Kirana pula dikhabarkan menetap di rumah kebajikan orang-orang tua semenjak dua bulan lalu. Darleesa mengajak Khairul untuk melawat, dan wanita tua itu menangis setelah kebenaran tersingkap. Sempat Puan Kirana memohon maaf atas segala kekhilafan selama ini kerana telah menganiaya seorang anak yatim piatu.

Sudah pasti Amirah menuntut penjelasan daripada pihak Darleesa sendiri selepas mengetahui kes tersebut dari kaca televisyen. Gadis itu datang melawatinya di rumah bersama Geevitha dan Saleha. Dia bercerita dari mula hingga ke akhir dan gadis itu nampak kaget kerana keluarga angkatnya, Wak Semelai terlibat dalam gejala berkenaan. Beratus-ratus kata maaf menerobos di telinga Darleesa. Amirah mengecop diri sendiri sebagai pangkal masalah kerana meletakkannya di posisi bahaya.

Namun begitu, dia tetap berkeras menyakinkan bahawa kedatangannya ke sana adalah pilihan sendiri. Saleha memberi khabar bahawa gadis itu meminta cuti untuk ke Jelebu bagi memeriksa keadaan Bakawali dan Cindai yang dikawal ketat oleh polis. Barangkali bimbang menjadi sasaran Syed Norman yang masih menjadi pelarian sehingga kini.

Seminggu kemudian, pihak polis memberi kenyataan bahawa mereka menjumpai satu topeng muka dan sekunjur tubuh manusia yang sudah bloated dan keras akibat tenggelam di dalam lumpur jelus. Apabila unit forensik mengenal pasti, mayat tersebut bukan milik Syed Norman. Tiada sebarang kecederaan ditubuh seperti yang diakui Adham memandangkan lelaki itu yang menembak Syed Norman sehingga mengalami pendarahan.

Darleesa masih dihantui dengan bayang-bayang yang mengejarnya. Khairul membuka cerita tentang malam kejadian. Suaminya mengejar seorang lelaki yang berpakaian sama seperti mayat yang dijumpai. Anehnya pihak berkuasa sudah cukup pasti gerangan tersebut adalah Syed Norman kerana semasa pergelutan berlaku, suara lelaki itu serupa dengan penjenayah yang dicari-cari. Masakan orang lain yang diupah menjadi kambing hitam? Kalau benar, dimanakah Syed Norman pada malam itu?

Gel dingin terasa lembut dioles di atas kulit perut yang terdedah. Darleesa tersenyum apakala ukiran manis doktor Vaishnavi meleret semasa memeriksa detak jantung bayi menggunakan alat ultrabunyi. Kebiasaannya, kandungan yang sudah berusia tiga bulan boleh melalui prosedur berkenaan dan proses ini tidak menyakitkan sama sekali. Tujuannya adalah untuk memberi gambaran tentang perkembangan bayi. Khairul yang sedari tadi menemani Darleesa disisi berasa sebak sebaik saja bunyi detakan jantung malaikat kecil di rahim Darleesa normal temponya. Tetapi yang anehnya, terdapat dua degupan jantung sekaligus. Kepala isterinya yang berlapik tudung diusap sayang.

"It seems like you have not one, but two babies."

Doktor Vaishnavi berkata gembira. Matanya bercahaya-cahaya. Genggaman tangan Khairul di tangan Darleesa kejap. Mereka berdua sama-sama teruja mendengarkan khabar baik tersebut. Doktor Vaishnavi menyambung kata dengan nada ceria. "There's two heartbeats here. We'll need to monitor your pregnancy to make sure the babies are healthy. But it looks like you might be getting twice the joy and twice the love."

"Allah, Subhanallah..."

Ucap Khairul penuh syukur dalam gembira. Dahi Darleesa dikucup penuh cinta, tidak jemu bibirnya mengucapkan terima kasih buat sang isteri. Mata Darleesa berkaca-kaca. Bagaimana dia boleh mengandungkan pasangan kembar kalau perutnya tidak sebesar mana? Hebatnya perancangan Tuhan. Hadiah yang tidak terungkap indahnya. Dia khuatir dengan kesihatan zuriat mereka kerana sebelum ini dia melakukan aktiviti-aktiviti lasak semasa menuntut ilmu pertahankan diri. Tetapi selepas doktor Vaishnavi memaklumkan bayi-bayi dalam keadaan sihat belaka, dia mengucap kata syukur pada yang Maha Esa. Bak kata Khairul, 'anak mama dan baba kuat. Kuat seperti mamanya.'

Paling mengujakan Darleesa, dia sudah ada buku pink sendiri. Buku pink untuk ibu mengandung di Malaysia adalah buku panduan yang memberikan maklumat penting mengenai kehamilan, persalinan, penjagaan bayi, dan isu-isu berkaitan kesihatan ibu dan bayi. Ia biasanya mengandungi tips berguna, panduan pemakanan, senaman yang selamat, dan nasihat kesihatan yang relevan untuk ibu mengandung. Khairul pun sibuk untuk membaca juga. Macam lelaki itu pula yang mengandung.

"Well, let's not get too excited just yet. This is still the first ultrasound, and we still need to run further tests to confirm that there are indeed two babies in the womb." Doktor Vaishnavi tertawa halus. "These include more ultrasounds, blood work, and other diagnostic scans. We might even need to do an amniocentesis to take samples of amniotic fluid and test it for DNA."

"We'll do whatever it takes to make sure the babies are healthy and safe."

Khairul membalas. Doktor Vaishnavi mengangguk setelah perbualan mereka terhenti dengan kata persetujuan yang terselit jenaka. Darleesa dan Khairul ditinggalkan sebentar. Darleesa membetulkan posisi dalam keadaan duduk dari katil yang menjadi tempat pembaringannya sebentar tadi. Lelaki itu berlabuh secara berdepan dan membawa tangannya ke bibir. Satu kucupan hinggap disitu. Mata bundar Khairul bersinar-sinar merenungnya. Perut Darleesa disentuh pula oleh Khairul sebelum lelaki itu mendekatkan bibir dan menghadiahi satu ciuman penuh kasih untuk malaikat-malaikat kecil yang sedang membesar di dalam abdomen. Berbunga-bunga hati Darleesa menyaksikannya.

"Hadiah yang paling indah dari satu-satunya wanita yang sangat istimewa dalam hidup aku. Aku bersyukur." Khairul mendongak, anak mata mereka bertentangan. Lama. "Terima kasih kerana sudi mengandungkan zuriat kita. Aku cintakan kau sepenuh hati, Putri Darleesa."

Darleesa tersenyum kecil. Tangan Khairul yang masih mendarat di perutnya dielus lembut. "Saya cintakan awak lebih dari segalanya, Khairul Firhad."

"Selamanya?"

"Selamanya."

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 61.7K 61
AMARAN : HARAP SEBOLEHNYA TAK DIBACA ATAU DILAWAT SEBAB SAYA MALU T A M A T Iloveyou 100% in the name of Allah " sopan sikit tak boleh ?" Kataku. Lel...
2.2M 86.1K 57
(Fully Completedโœ”) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan...
1.3M 62.4K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
568K 23.5K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...