My Super Daddy ✔

Por aiyaaaaaaa

516K 19.7K 958

030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda... Más

0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6
0.7
0.8 & 0.9
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
Extra 2.0
Extra 2.1
Extra 2.3
Extra 2.4
Extra 2.5
Extra 2.6
Extra 2.7
Extra 2.8
Extra 2.9
Extra 3.0
Extra 3.1
Extra 3.2
END
SURPRISE?
SURPRISE FOR THE REAL END (RAYA)

Extra 3.3

12K 495 49
Por aiyaaaaaaa

Merissa tersenyum melihat semua keluarganya terdapat di dalam bilik wadnya itu . Semuanya tersenyum bahagia .

Jika aku pergi nanti, masih adakah senyuman itu di bibir diaorang?

Jika aku pergi nanti, masihkah mereka tertawa bahagia begitu?

Jika aku pergi nanti, mereka akan sentiasa mengingati aku ke?

Secara pelahan senyuman di bibir Merissa hilang . Dia akan merindui semua yang berada di hadapannya ini .

Merissa melepaskan nafas panjang . Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku .

"Sayang fikirkan apa?"

Soalan Danial membuatkan Merissa kembali ke alam yang nyata . Merissa cuba memaniskan wajahnya . Dia tahu wajahnya sangat lah buruk sekarang .

"Fikirkan masa depan kita"

Danial tersenyum manis . Di birai tepi katil Merissa, dia duduk . Kepala Merissa di usap perlahan .

"Kenapa sayang cadang nak anak lagi ke?" tanya Danial dengan senyuman nakalnya di bibir .

Merissa mencubit perut Danial . Anak dah enam, tak akan nak tambah lagi kut . Tapi orang kata anak ramai ni, murah rezekinya nanti .

"Ke situ pulak dia . Anak anak baru je lahir . Tak akan nak tambah lagi kut" Merissa menjeling manja ke arah Danial .

Danial tertawa kecil .

"Apa salahnya . Kita merancang awal awal . Kalau kita dapat dalam 12 anak pun jadi lah . Meriah raya bila kita dah tua nanti kan sayang?"

Merissa tersenyum kekok .

Kalau nyawa Rissa panjang ..

"Amboi sampai 12 anak ye . Lepas ni, abang pulak lah bersalin . Penat dah Rissa nak mengandungkan anak anak abang"

"Kalau abang ni di takdirkan boleh mengandung, dah lama abang mengandung tau"

"Tak payah lah menyampah pulak Rissa"

"Menyampah menyampah ni lah suami tercinta sayang kan?" Danial menjungkitkan berkali kali kening tebalnya .

"Yela . Suami yang tersangat lah tercintaaaaaa" Merissa sengaja memanjangkan 'tercintaaa' nya itu .

"Macam ni lah abang sayang" Danial memeluk bahu Merissa .

"Ouh sebelum tu kan sayang . Sayang dah ada nama untuk anak anak kita tak?"

"Abang dah ada idea ke?"

"Ada"

"Apa dia?"

"Kita kan dapat dua orang baby girl dan sorang baby boy . Jadi girl abang nak namakan Melisa Allisya dan Medina Auliya . Kalau boy pulak abang nak namakan Dariel Farmizi . Macam mana?"

"Rissa ikut je, janji nama anak anak kita ada maksud yang baik baik" Merissa tersenyum bahagia .

Dia teringat bahawa esok dia akan menjalani pembedahan . Hari ni dia nak gunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama sama keluarganya . Dia takut, esok merupakan hari terakhir dia bernafas .

Semoga Allah permudahkan perjalanan pembedahan nya esok . Amin .

***

Keesokan harinya,

Dato Ahmad Danial menolak pintu bilik wad Merissa . Dia memerhati seluruh ruang bilik wad tersebut . Dia tercari cari mana kelibat Merissa .

Dato Ahmad Danial menuju ke arah bilik air wad itu . Pintu bilik air itu di tolak . Seluruh ruang bilik air itu juga di memerhati tapi Merissa juga tiada .

Mana Merissa pergi?

Dato Ahmad Danial keluar dari bilik wad tersebut bila puas mencari Merissa di setiap sudut tapi Merissa tetap tiada .

Nurse yang lalu di hadapannya itu dia tegur .

"Nurse, tumpang tanya boleh?"

Nurse yang bernama Fatimah itu mengangguk .

"Mana ye pesakit dalam bilik wad ni?"

"Ouh pesakit yang baru saja bersalin semalam ye? Dia sedang menjalani pembedahan"

Berkerut dahi Dato Ahmad Danial . Menjalani pembedahan? Pembedahan apa?

"Boleh saya tahu pembedahan apa ye?"

"Pembedahan paru paru . Jadi sekarang dia sedang menjalani pembedahan pemindahan paru paru"

Dato Ahmad Danial tercengang . Cancer paru paru? Dato Ahmad Danial meraup wajahnya .

"Terima kasih" kata Dato Ahmad Danial pada nurse Fatimah, sebelumnya beredar dari situ .

Dato Ahmad Danial duduk di kerusi yang terdapat di situ . Wajahnya diraup kasar .

Kenapa dia tak tahu langsung tentang hal ni?

Kenapa sayang rahsiakan tentang ni dari abang?

Kenapa sayang pendam sorang sorang?

Semua ni salah kau Danial, kenapa sebelum ni kau tak siasat punca wajah Merissa sering pucat?

Kau lalai jadi seorang suami Danial!!

Kau lalai!!

Kau lalai!!

Ya Allah!!

Tanpa diduga air mata jantan Dato Ahmad Danial mengalir di pipi .

Dia kesal!!

Maafkan abang sayang!!

***

"Dato .." panggil Doktor Shahrul bila dia terserempak dengan Danial yang sedang duduk di ruang menunggu itu .

Dato Ahmad Danial mengangkat wajahnya yang sudah lencun dengan airmatanya .

"Doktor!" Dato Ahmad Danial terus terbangun dari duduknya .

"Kenapa doktor tak pernah bagi tahu saya yang isteri saya menghindap cancer paru paru? Kenapa doktor rahsiakan hal yang penting ni?" Tanya Dato Ahmad Danial bertalu talu .

Doktor Shahrul melepaskan nafas panjang . Sepucuk surat yang terdapat di dalam kocek kemeja putih panjang itu di keluarkan dan di hulurkan pada Danial .

"Kenapa saya tak beritahu Dato tentang hal ni sebab isteri Dato yang suruh saya rahsiakan . Dan saya ada berita buruk nak bagi tahu Dato tentang isteri Dato ..." Doktor Shahrul menarik nafasnya panjang sebelum menyambung . " Isteri Dato ..."

***

Buat suami Merissa yang tersayang,

Buat pertama kali Rissa nak mintak maaf atas segala kekurangan Rissa selamani . Kekurangan Rissa menjadi seorang isteri pada abang dan kekurangan Rissa menjadi seorang mummy pada anak anak kita . Rissa cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang . Dulu kita pernah buat satu kesilapan yang besar, kita lalai dengan nafsu . Sampai Rissa mengandungkan Danny, anak sulung kita . Rissa sedih, sedih bila fikirkan Danny anak sulung kita tidak di bin kan nama abang . Rissa takut nanti masyarakat akan tanya tentang itu, keji dan menghina . Rissa tak kuat untuk fikirkan .

Mesti abang marah Rissa kan? Sebab rahsiakan semua ni . Bukan niat Rissa nak rahsiakan, tapi Rissa tak nak susahkan sesiapa . Cukuplah Rissa susahkan semua orang yang berada di sekeliling Rissa selamani . Lagi lagi keluarga Rissa, Rissa tahu Rissa bukan anak yang baik . Tolong cakap dekat mama dan papa, Rissa mintak maaf untuk segalanya . Tolong halalkan makan minum Rissa selamani .

Mesti abang dah tahu kan tentang penyakit Rissa? Ya, Rissa menghindap cancer paru paru stage 3 . Rissa dapat tahu ni pun masa Rissa masuk hospital beberapa minggu yang lalu . Rissa sedih, tapi Rissa selalu ingat yang Allah pernah berfirman 'Allah tak akan menguji umatnya lebih dari kemampuan seseorang' . Jadi Rissa kuat, kuat untuk bertahan . Sampai Merissa lahirkan anak anak kita .

Abang .. Rissa nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki . Tolong halalkan makan minum Rissa selamani . Dan cuma satu sahaja yang Rissa nak mintak, tolong kucup kan dahi anak anak kita untuk Rissa ye . Cakap dekat mereka yang Rissa sayang sangat dekat mereka .

Mereka lah anugerah yang terindah yang Allah kurniakan untuk Rissa . Dan abang pun anugerah yang sangat sangat sangat terindah buat Rissa . Anugerah yang Allah kirimkan untuk Rissa di dunia dan di akhirat . InsyaAllah .

I love you abang . Doakan semoga Rissa pergi dengan tenang . Salam terakhir buat abang .

Yang benar,

Isteri kepada Dato Ahmad Danial .

Dato Ahmad Danial terduduk setelah selesai baca surat yang di berikan oleh Doktor Shahrul tadi .

Wajahnya sudah lencun dengan airmatanya . Hatinya terlalu sakit . Airmatanya tak berhenti mengalir .

Kenapa sayang tinggalkan abang?

Anak anak kita masih kecil, diaorang tak sempat rasa kasih sayang dari sayang .

Ya Allah aku tak kuat!!

Kalau ini dah di tetapkan oleh Allah . Abang terima dengan hatinya terbuka . Abang izin kan sayang pergi . Tenanglah sayang di sana . Abang redha dengan pemergian sayang . Abang akan selalu ingatkan sayang walaupun sayang tak berada di sisi abang lagi . I love you too sayang .

***
1150 words
Vote and comment. Thanks!

Seguir leyendo

También te gustarán

68.9K 6.8K 67
Aku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sam...
76.1K 233 15
Transgender woman x bisexual girl
1.3M 29.9K 55
hai nama aku alyah dan aku anak yatim piatu. sedihkan ?. tapi aku tak kisah sebab mereka tinggalkab aku time aku masih kecik lagi. ok straight to the...
392K 13.7K 41
Umairah seorang gadis berumur 14 tahun, ibu bapanya meninggal ketika dia berumur 3 tahun. Umairah dijaga oleh bapa saudaranya. Umairah seorang gadis...