Love?? Hakthuiii ✔

By dUkeLawa

1M 18.5K 2.9K

Dont trust anyone who says love to you More

prolog
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
satu kosong
satu satu
empat tiga
satu dua
satu tiga
satu empat
empat empat
satu lima
satu enam
satu tujuh
satu lapan
satu sembilan
dua kosong
dua satu
dua dua
dua tiga
dua empat
dua lima
dua enam
dua tujuh
dua lapan
dua sembilan
tiga kosong
tiga satu
tiga dua
tiga tiga
tiga empat
tiga lima
tiga enam
tiga lapan
tiga tujuh
tiga sembilan
empat enam
empat kosong
empat enam
empat tujuh
empat dua
empat lapan
empat sembilan
lima kosong
empat lima
lima satu
lima dua
lima tiga
lima empat
lima lima
lima enam
lima tujuh
epilog
thanks note
thanks

empat satu

13.4K 251 62
By dUkeLawa


Hasri

Memang aku tak salah lihat sebaik aku melangkah masuk ke bahagian roti dan cafe. Itu Lia, berbaju dress paras lutut warna coklat dan merah berjalur tegak, ada tali pinggang halus bagi menampak kan kerampingannya dia. Di tepi telinga, ada aksesori rambut berbentuk bunga menjalar bagi menghiasi mahkota wanita, rambut panjangnya diikat longgar. Lia semakin cantik.

Aku kenal budak lelaki tu, Aryan yang membaling botol tempoh hari. Aku mendekati mereka, tiba tiba seorang lelaki datang menatang dulang berisi makanan dan minuman membuatkan aku menjauhkan diri. Konon konon mencari barang di lorong sebelah.

Aku memandang lelaki itu bersungguh. Aku yakin itu dia, Saiful. Aku harus menegurnya, aku kena pastikan siapa Emilia padanya.

'Mama? Papa??'
Hati aku berdegup kencang. Dada aku dilimpahi air hujan yang tiba tiba mencurah seolah tiada hentinya.

Apalagi yang kau nak Hasri? Sudah terang lagi bersuluh?

Makanan yang aku beli, aku kunyah perlahan. Payah sungguh nak telan. Tawaku tika berbual dengan Saiful, dibuat buat sedang hatiku pedih. Lia langsung tak berbunyi, aku rindu suaranya. Aku rindu senyumnya. Aku rindu kucupan dan belaiannya. Aku rindu semuanya yang ada pada Emilia. Pandanglah aku, sekalipun jadilah. Please sayang.

****

Emilia

"Akak dah tempah katering dan khemah", kata Kak Shila sewaktu kami sedang makan malam.

"Khemah? Ramai ke akak jemput?", tanya abang Saiful sambil menyuap Aryan dan mulutnya sekali.

Hana dengan aku, aku pun sedang makan. Sekadar mendengar perbualan dua beradik ni.

"Takkan semua nak makan dalam rumah? Rumah kau bukan besar mana", sindir Kak Shila.

"Yelah. Rumah kau besar di KK. Rumahku kecil saja", bunyi slang kenegerian sudah mula. Aku faham tapi tak boleh nak sertai. Tak pandai.

"Eloklah ada khemah, orang masuk rumah pun tak ramai. Tak bersepah. Cuma Aryan tu...", mulutku menunjukkan pada Aryan yang dah sampai ke pintu bilik bawah.

"Eyan, jangan ganggu Odu tido", jerit Kak Shila. Mencicit Aryan berlari jauh dari bilik itu.

"Emi buat cucur udang dengan kuah kacang boleh? Dah lama akak tak makan, sejak Saiful ni bawa kau ke KL". Soalan Kak Shila itu membuatkan aku teringat terus pada Ayie.

"Bila?"

"Hari kenduri tu nanti. Katering untuk makan tengah hari je. Ada la kuih kuih manis sikit". Aku pun ok saja, "tapi Aryan dan Hana kena ada yang jaga".

"No problem", balas dua beradik itu tersengih girang.

"Tapi abang nak kuah cili yang manis pedas tu", tambah abang Saiful tersengih sengih.

"Ok. Emi buatkan sekali".

"Mama...."Aryan menarik bajuku. Aku masih menggoreng cucur udang, takut terpercik minyak gorengan je ni. Tetamu dah mulai ramai. Aku kena siapkan sebelum majlis bacaan yassin dan tahlil bermula. Kenduri sempena mak abang Saiful dan Kak Shila semakin sembuh dan ala ala house warming kerana sejak masuk ke rumah ni, kami tak pernah buat kenduri.

Aku matikan api dapur dan mengikut Aryan yang dah segak berbaju melayu ungu, sedondon dengan papa. Katanya lelaki satu tona. Perempuan sama tona lain. Beriya dua beradik tu membeli baju di Jalan TAR.

"Eyan nak papa", dia menuding tangan pada papa di bawah khemah. Laaa... patut tak keluar. Kasut tak pakai. Dia ni memang jenis pembersih. Kalau keluar, walaupun di porch mesti berkasut.

"Stay dengan daddy la. Daddy ada dengan Odu tu", aku menunjukkan ke arah bilik Odu.

"No no. Nak papa", bentaknya. Aku pun menyarungkan kasutnya dan menghantar pada Abang Saiful. Abang Saiful menyambut dukunganku.

"Sibuklah nak papa. Papa janji nak jaga Eyan. Mama belum siap menggoreng cucur ni", bebelku. Aku tak peduli dengan orang keliling.

"Sorry mama", balas abang Saiful. Dia mencuit pipiku. Aku terkejut. "Ada tepung kat pipi tu", jelasnya mengenyit mata.

"Oyi mama. Papa yef mama", kata Adryan. Amboih budak ni... masa ramai orang la dia cakap macam macam. Aku tarik hidungnya, abang Saiful tersenyum simpul. Kerja aku belum siap lagi. Mujur Hana baik saja sepanjang hari dengan kak Shila. Cuma bila dah selesai majlis baru dia merengek.

*****

Hasri

"Hasri, you should try this. Homemade prawn fritter with peanut sauce". Saiful meletakkan 4 keping potongan cucur yang disirami dengan kuah kacang, macam selalu Lia buat untuk aku. Banjir.

Memang dari sampai tadi, bau cucur udang dah menusuk lubang hidung. Tapi takkan nak pergi cari sampai ke dapur orang kan?. Selesai majlis tahlil dan bacaan doa selamat, baru Saiful letakkan bekas berisi cucur di meja buffet.

Nak menitik air mata ni saat gigitan pertama cucur udang. Aku rindu. Aku tau ni Lia yang masak.

"Sedap kan?", tanya Saiful yang terus duduk didepanku. Aryan diribanya turut menggigit cucur. Aku mengangguk.

"Aryan suka sangat cucur udang ni", ujar Saiful bila Aryan mengambil satu lagi potongan cucur.

"Sedap sangat ke sampai air mata kau nak jatuh tu?", tanya Man. Aku cepat cepat kesat.
"Kau rasa la. Aku rindu rasa ni", balasku. Maka semeja pergi merasa, semuanya yang hadir reunion tempoh hari.

"Papa, hot. Nak mama". Saiful mengangkat Aryan yang berpeluh peluh - basah baju melayunya dan berjalan ke rumah, aku hanya dapat pandang Lia yang sedang mendukung bayi perempuan dari bawah khemah. Aryan kemudian berdiri disebelah Lia, mengekor saja ke mana Lia pergi.
Lia masih membawa auranya, pakai baju apa pun lawa. Hari ni dia memakai baju kebangsaan vietnam -Ao Dai tona pink dan berselendang.

"Kan aku dah kata, dia kawin baru. Lawa bini baru dia. Muda lagi tu". Ada suara sumbang masih ingat perbualan tempoh hari. Masing masing diam bila Saiful datang dan duduk bersama.

*****

Emilia

Badan Hana panas pula aku rasa. Ni mesti sebab kurang rehat dan ramai orang tadi. Baby Hana ni sangat sensitif. Tambahan pula Hana ni lahir tak cukup bulan. Lebih sebulan tinggal di unit penjagaan rapi untuk bayi pramatang. Dan setiap hari aku berada disisinya. Walaupun masih belum mengerti, aku tau dia perlukan sentuhan dan kasih sayang.

Aku buka baju Hana dan jaramkan dengan air. Aryan, kubiarkan dengan mami dan daddy iaitu Kak Shila dan suaminya.

"Emi penat?", tegur abang Saiful. Agakya baru selesai kerja kerja mengemas di bawah dan luar.

"Hana demam", aku mengubah topik perbualan kami. Aku membetulkan cara duduk, segan.

"Kawan kawan abang kirim salam. Semua puji cucur dan kuah kacang tu. Ada yang menangis bila kunyah cucur tu".

Aku tergelak tapi kena perlahan, takut Hana sedar. "Biar betul abang ni".

"Betul la"
"Siapa?"
"Hasri". Tawaku mati tiba tiba.
"Dia.."
"Yang kita jumpa masa lunch hari tu". Aku terdiam.

Usai abang Saiful bersolat isyak, aku bergerak keluar. "Emi nak kemana?"

Aku menunjuk ke bilik sebelah.
"Tidur sini malam ni. Abang risau tak tersedar kalau Hana terjaga atau panas sangat badannya nanti".

"Tapi..."

"Please. Think about Hana". Matanya mengharap sangat, aku tewas. Akhirnya aku bersetuju.

Sesekali bila Hana merengek, papa cepat menepuk punggungnya. Ada masa dia sambung lena, adakala dia menangis. Aku ambil dan mendakapnya sementara papa buatkan susu.

Abang Saiful duduk di atas katil menghadap aku yang menyusukan Hana, di arm chair berhampiran dinding kaca. Bila Hana dah lena kembali, baru aku letakkan dia ditengah tengah katil antara aku dan abg Saiful. Spontan mataku tertutup bila pandangan kami bertemu. Aku rasa abang Saiful membetulkan rambutku yang menutupi sebahagian mukaku. Cukup setakat tu, hati aku berbisik.

Aku tak sedar aku terlena. Sedar sedar, azan subuh berkumandang dari telefonku di bilik sebelah. Perlahan aku bangun dan bergerak ke bilikku.

"Emilia", panggil Kak Shila ketika aku sedang memanaskan kuah daging semalam.

"Akak rasa macam nampak Hasri masa kenduri semalam tapi macam lain sikit. Pelanduk dua serupa kot", katanya sambil tangan laju membancuh tepung untuk dibuat cucur.

Aku terus memeluknya, "memang dia", air mataku mencurah curah keluar.

"Emi masih cintakan dia?", soal kak Shila setelah hujan berhenti. Aku mengangguk perlahan.

"Tapi hati ni masih sakit kak", luahku dalam sendu.

"Dia datang seorang ke semalam?"

"Emi tak nampak dia semalam. Tau pun  abang bagitau malam tadi. Tapi kami pernah jumpa minggu lepas".
"What? So dia tau la Saiful..."
"Tahla. Tapi dia dengan Saiful satu universiti dulu".
Kak Shila melopong mendengar ceritaku.

"Ni Saiful, akak dengan abang sibuk minggu depan ni, ada pameran ke IPT untuk calon calon SPM. Kami sewa booth untuk kolej. Mak, akak bawa ke Subang, rumah abang sementara nak balik ke KK. Abang kata nak ambil nurse jaga 24 jam. Nak tinggalkan dengan you all, kesian pula kat Emilia", kata Kak Shila, berbual dengan abang Saiful, Hana diribanya.

Aku menyidai kain yang telah dibasuh tadi. Suami kak Shila sekadar mengiyakan. Aryan seperti biasa, akan menolong.. aku rasa lebih kepada mengganggu kerjaku. Telatah dan mulutnya tak pernah senyap.

Petang ni tinggal aku, Hana dan abang Saiful sementara Aryan mengikut Kak Shila berjalan jalan. Hana merengek nakkan aku, sedangkan selalunya elok main dengan papa. Mungkin masih belum sihat sepenuhnya. Dia nak berbaring atas dadaku. Abang Saiful meletakkan dua biji bantal dibelakangku, agar selesa untuk aku duduk. Kemudian dia ke dapur dan kembali semula dengan secawan coklat panas dan diberikan padaku.

"Abang tengok kebelakangan ni, Emilia banyak termenung, makan pun tak macam selalu. Tak sihat ke?"

Dia meletakkan belakang tangannya ke dahiku. Adus.. merah mukaku. Aku tak dapat menolak sebab sebelah tangan memeluk Hana, sebelah lagi cawan.

"Merah muka. Malu?", usiknya. Makin merah la. Aiyooo.. pergi sana jauh jauh.

Hana ni, bila aku letak je mesti terjaga dan menangis. Bagi kat papa pun tak nak. Aku nak mandi ni, dah nak malam.
Abang Saiful faham keadaan aku, dia ambil Hana dariku, Hana menangis kuat. Didukungnya rapat ke dada. Sebelah tangannya menarik aku rapat pada Hana. Kami berpelukan dengan Hana ditengah, baru Hana diam. Aku terasa bibir abang melekap di dahiku.

Memang lelah menjaga dua anak kecil seorang diri, perlu tumpukan perhatian pada mereka. Mujur sekarang ada perkhidmatan penghantaran makanan yang siap dimasak. Paling tak tahan, tiap pagi Aryan bising bila aku tak cium papa. Jadinya tiap kali papa pergi dan balik kerja mesti kena cium.

Malam tu, aku terlena sewaktu menidurkan Aryan di bilik papa, nak tidur dengan Hana katanya. Selalu elok je tidur kat bilik sebelah. Mengada betul. Aku rasa ada orang duduk di sebelahku, membuatkan aku terjaga dan menoleh.

Aku terus bangun dan berdiri, "sorry, tertidur". Abang Saiful memegang tanganku. Jantung aku macam nak pecah. Dia bangun, berdiri disebelah dan menarik aku ke dalam dakapannya. Ubun ubunku dikucup lama. Aku menolak tubuhnya perlahan dan masuk ke bilik sebelah. Pintu kututup dan kunci. Aku bersandar, air mataku jatuh satu persatu.

Aku tau dia mengingininya. Dah banyak kali disuarakan, melalui kiasan dan sentuhan tapi aku yang seolah tidak faham.

Hati aku masih tertutup selepas dilukai 3 tahun lepas. 3 tahun aku hidup sendiri, aku rawat duka dan luka. Sakitnya bila dilukai tapi hati masih menyintai. Mujur Kak Shila banyak memberi kekuatan padaku.

Sungguhpun Kak Shila sibuk dengan kerjanya, membantu suami membuka cawangan baru kolej di KK, dia tetap membantuku. Aku menjadi pembantu peribadinya. Sungguhpun sibuk di pejabat tapi bila malam aku lebih banyak menyendiri walaupun tinggal di rumah sewa untuk pekerja. Setiap malam aku menangis, malah hampir membunuh diri dan kemurungan sehinggalah kelahiran Aryan. Kak Shila menempatkan aku di bilik adiknya yang berhijrah ke New Zealand agar aku sentiasa dalam pemerhatiannya.

Kepulangan abang Saiful dan isterinya, sedikit memberi ketegangan. Isteri abang Saiful selalu sangat cari pasal dengan aku. Katanya aku menggoda abang Saiful, sengaja cari jalan untuk berdua duaan. Sumpah, aku selalu mengelak dari bertembung dengannya. Aku lebih suka berkurung dalam bilik dan bermain dengan Aryan jika Kak Shila tiada di rumah. Kak Shila pula sering mengikut suaminya bekerja di luar kawasan.

Aku pernah suarakan ingin pulang ke semenanjung, tak tahan dengan sikap isteri abang Saiful yang terlalu cemburu. Bayangkan jika suaminya di dapur, aku tak boleh ke sana walaupun hanya untuk mengambil Aryan yang baru pandai berjalan jatuh pada masa itu. Apa saja yang tak dikatakan padaku, malah mencederakan aku pun pernah tapi aku diamkan. Biar aku sakit asal jangan Aryan. Adat orang menumpang, bertabahlah Emilia.

Sehinggalah saat dia tiba tiba menjerit dari dalam bilik, aku serba salah hendak masuk. Ketika itu, hanya aku, Aryan, Odu dan pembantu Odu yang ada. Aku biarkan, aku takut dengan dia. Aku sambung bermain dengan Aryan di ruang tamu tingkat atas. Sekali lagi aku dengar dia meminta tolong.

Pintu biliknya kubuka, aku lihat dia berdiri tak bergerak, tangannya memegang bakul berisi buku buku ilmiah dan darah berlimpahan membasahi lantai bilik. Aku kaget. Aryan kudakap erat sambil menjerit meminta tolong. Pembantu Odu yang menelefon ambulans.

Malam itu, buat pertama kali abang Saiful bercakap denganku. "Terima kasih Emilia", dengan mata berkaca. Aku sugul dengan perkhabaran yang disampaikan oleh Kak Shila, bayi yang dikandung terpaksa dikeluarkan kerana keadaan terlalu kritikal, ibu tak dapat diselamatkan. Aku tak tau kenapa. Apa yang aku dengar kandungan pertamanya gugur membuatkan dia tertekan. Itu penyebab mereka suami isteri pulang ke KK dari UAE.

Kali ini, kandungannya lemah dan uri terletak di pintu rahim. Kak Shila kata hubungan kelamin mereka terjejas, tu sebab isteri abang Saiful sangat cemburu padaku.

Continue Reading

You'll Also Like

67K 2.4K 75
"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Ka...
136K 4.6K 52
Disebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pa...
2.4K 121 32
Neya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berum...
842K 32K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...