[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER

# Short Story 01

4.8K 270 54
By whatthechic_

MAYLEEN & SYAHMI

ENJIN motorsikal dimatikan. Dia membuka topi keledar. Rambutnya yang rosak dibetulkan sedikit di cermin. Sempat dia mengenyitkan sebelah matanya pada diri sendiri di cermin itu.

Syahmi berjalan di koridor dengan wajah penuh bangga. Pengawas cantik lalu disebelah langsung tidak dia pandang. Dia tiba di hadapan kelas Sains Tulen. Paginya kini sudah bertenaga apabila melihat gadis pujaan hati.

Belum sempat dia mahu mengusha gadis itu lebih lama, seseorang menyapa. Syahmi menoleh belakang memandang gerangan itu. Dia tidak bergerak sebaik saja melihat seorang lelaki dihadapannya.

Rambutnya kemas, baju putih yang dilipat lengannya hingga ke siku. Nampak segak dengan wajah polos ingin tahunya juga.

Syahmi senyum gembira memandang lelaki itu.

"Adrian!" jerit Syahmi lalu lelaki itu dipeluk.

Dek terkejut apabila melihat dirinya dipeluk, laju pelukan itu dileraikan.

"Kau dah pahal? Kang orang fikir kita gay!" ujar Adrian marah.

Syahmi hanya gelak sambil menggaru kepala.

"Takdalah. Lama siot tak jumpa kau. Cuti holiday kau camana? Rindu sial ngan kau." ujar Syahmi. Tangan kanannya melingkari bahu Adrian. Sejak cuti penggal haritu, terkurung saja Syahmi di rumah neneknya. Mana tak rindu dengan kawan-kawan bila lama tak jumpa?

"Blah la kau. Dah lah, aku ada kelas dekat makmal. Chow!" ujar Adrian seraya pergi ke kelasnya.

Syahmi melangkah masuk ke dalam kelas. Oleh kerana keterujaannya yang ingin masuk ke kelas, dia tidak perasan akan seorang pelajar perempuan sedang menyapu sampah. Kaki terpijak pada bulu penyapu itu.

"Apa you ni! Tak nampak ke saya tengah menyapu. Habis tanggal bulu penyapu ni!" marah seorang pelajar berbangsa Cina bernama Mayleen.

Syahmi blur. Otaknya terhenti seketika kerana dia hampir terjatuh tadi.

"Pukul kang!." ujar Mayleen lagi. Bengang kerana Syahmi tidak meminta maaf kepadanya.

"Eh eh jangan! Bukan mahram." balas Syahmi cuba menjauhkan dirinya dari gadis itu.

Seseorang berdehem. Syahmi memandang Darius yang baru saja pulang daripada bertugas.

"Pahal bising-bising ni?" soal Darius.

"Takda bro. Mayleen ni nak pukul aku." ujar Syahmi memanipulasikan cerita.

Membulat mata gadis itu seperti kaca katanya.

"Aku tulis nama kau, Mi." ujar Darius lantas pen dan buku yang berada di tangannya dibuka. Nama penuh Syahmi siap dengan bin ditulis di dalam buku itu.

"Sampai hati kau, Darius. Khianat kawan sendiri. Apa salah aku?" soal Syahmi dengan wajah sedih.

Darius tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tugas tetap tugas.

"Kau kacau perempuan. And kau fikir aku tak nampak ke kau buang sampah gula-gula depan pintu tadi?" soal Darius.

Mayleen hanya menggelakkan Syahmi kemudian pergi dari situ dengan penyapunya.

"Aku taknak rehat dengan kau nanti Darius." kata Syahmi.

"Bukannya kita rehat sama waktu pun." balas Darius lantas berjalan pergi ke tempat duduknya meninggalkan Syahmi yang ternganga dan tersentak.

Satu persatu perkataan di atas papan putih disalin dalam buku tulis. Matanya dikecil-kecilkan. Bukan sebab dia rabun tapi tulisan cikgu Bahasa Inggeris ni kecik nak mampos.

"Eh sorry." ujar Arfah apabila sikunya terkena pada tangan kiri Syahmi yang sedang menulis. Syahmi hanya redha. Perkataan yang terconteng itu dipadam dan dibetulkan.

Pintu kelas diketuk. Darius masuk dan duduk di tempatnya. Untung dia ada perjumpaan pengawas. Tak perlu nak salin semua ni.

"Syahmi nanti aku pinjam buku kau." ujar Darius.

"Aku tak siap salin lagi do. Esok je la aku salin orang punya balik." balas Syahmi.

Buku Arfah yang sudah tertutup Darius ambil lalu dibuka helaian demi helaian.

"Kau pahal?" soal Arfah. Marah apabila bukunya diambil tanpa izin.

"Buruk betul tulisan." kata Darius menaikkan lagi darah Arfah. Syahmi yang mula tersedar pergaduhan bakal tercetus laju saja dia beredar dan keluar daripada kelas.

Loceng dibunyikan.

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing. Syahmi masih di tempat parkir motorsikal. Oleh kerana hujan, dia terpaksa menunggu sehingga hujan reda sedikit sebelum beransur pulang.

"Tak payahlah!"

Jeritan seseorang menarik perhatian Syahmi yang sedang bermain telefon bimbit. Waktu sekolah sudah tamat. Memang beranilah dia nak keluarkan telefon itu. Kalau tidak, depan Darius pun dia tidak berani.

Syahmi berjalan ke arah koridor berdekatan tempat letak motor itu. Dia melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul dan mengganggu seorang pelajar. Ada juga beberapa pelajar perempuan yang merupakan geng rempit sekolah. Dengan baju sendat, tudung singkat, kain senteng. Mohon dijauhkan.

Menyedari itu bukan hal dia, langkahnya dipatah balik. Malas mahu masuk campur. Kang dia pula yang ditimpa masalah.

"Cantik rambut.. cium kang." suara garau seorang lelaki kedengaran ditelinga. Syahmi menggulingkan bebola matanya lantas langkah diatur semula ke arah sekumpulan pelajar itu.

Dua pelajar lelaki ditolak ke tepi untuk melihat siapa mangsa yang diganggu. Ouh, rakan sekelasnya. Lengan gadis itu yang berlapik ditarik keluar daripada kerumun orang-orang disitu.

"Eh bro kau siapa?" soal seseorang mematikan langkah mereka berdua. Syahmi menoleh memandang gerangan itu.

"Amirul Syahmi, 5 Omega. Sekarang aku takda masa. Kalau nak gaduh, esok cari aku dekat atas." ujar Syahmi lantas menarik gadis itu pergi dengannya.

Dalam hatinya marah. Kerana membiarkan dirinya terjebak dengan perkara begini lagi setelah lama dia tinggalkan dunia itu.

Syahmi duduk di atas motor sambil memakai helmetnya.

"Taknak balik?" soal Syahmi pada Mayleen yang masih disitu seperti ingin berkata sesuatu.

Mayleen mendekatkan dirinya dengan Syahmi.

"Saya nak minta maaf pasal dekat kelas pagi tadi." ujar Mayleen serba salah.

"Dan yang tadi?" soal Syahmi.

Wajah Mayleen blur.

"Ouh terima kasih sebab tolong saya tadi." ucap Mayleen.

Syahmi diam. Wajah gadis itu dipandang lama dengan ekspresi kosong.

"I might got beaten by those kids later. So prepared yourself with another apology tomorrow." ujar Syahmi. Enjin motorsikal dihidupkan. Topi keledar yang berada di bakul motor dicampak lembut pada gadis itu. Cepat-cepat Mayleen menyambutnya.

"Get on. I'll give you a ride." ujar Syahmi.

❀❩

POKETNYA diseluk untuk menyimpan kunci motor. Syahmi duduk di salah sebuah meja makan. Seorang pekerja mamak datang menyapa.

"Mau makan apa dik?" soalnya.

"Macam biasa la uncle." jawab Syahmi tidak bersemangat.

"Aiyoo.. ini ada masalah apa pula dik? Muka macam baru lepas putus cinta ja.." ujar pakcik mamak itu yang sudah lama kenal dengan Syahmi sebagai pelanggan tetap kedai mamak ini.

"Ish, Uncle ni. Awek pun takda macam mana nak putus?" soal Syahmi. Pakcik itu ketawa lantas pergi menyiapkan pesanan Syahmi.

Sepinggan mi goreng mamak dan secawan air teh tarik panas diletakkan di atas meja. Syahmi mula menjamah makanan tersebut.

Bunyi telefon bimbit mematikan kunyahannya. Nama Adrian tertera di skrin. Mesej dibalas. Tak lama kemudian Adrian dan Darius sampai di kedai mamak ini.

"Whatsup!" ujar Adrian ceria. Eleh buat-buat ceria pula dia.

"Kau tak call dia?" soal Darius.

Adrian mengeluh.

"Buat apa nak call? Bukan boleh buat apa pun. Dah dia insists nak putus." keluh Adrian. Kasihan. Ini baru namanya putus cinta, uncle.

"It's okey bro. Ramai lagi perempuan cantik luar sana and banyak lagi benda kau boleh buat selain bercinta." nasihat Darius.

Adrian hanya diam merenung cawan.

"Yes bro. No matter how much it hurts, aku tahu yang aku still kena terima whatever it is yang dah ditakdirkan untuk aku dengan hati yang terbuka. Thanks lah bagi semangat." balas Adrian.

Syahmi dari tadi hanya mendengar sambil mengunyah mi goreng.

"Kau pahal diam je?" soal Adrian.

"Aku tengah makan kan? Mana boleh bercakap." jawab Syahmi. Dijelingnya si Adrian.

Loceng sekolah berbunyi. Cikgu Ariana bangun dan bersedia untuk keluar dari kelas. Sudah tiba waktu rehat. Masing-masing sudah keluar. Tinggal Syahmi saja di dalam kelas sedang mengemas buku.

Matanya memandang luar apabila pintu dihempas kuat. Sudah tahu apa yang bakal datang.

"Kau ni en yang berlagak hero minggu lepas?" soal seorang pelajar lelaki Melayu Tingkatan 4. Dia membawa sebatang kayu besbol di tangan.

"Lambat kau datang." balas Syahmi sinis. Wajahnya tenang saja. Beg sekolahnya di zip lalu diletakkan di atas kerusi semula.

Syahmi melihat nametag nama pelajar lelaki itu.

"Blok ni kosong and takda siapa boleh selamatkan kau. Kalau kau pengecut, kau masih ada masa untuk lari." ujar Rahim pelajar Tingkatan 4 itu.

"Biar aku ulang. Kau, masih ada masa untuk lari." ujar Syahmi membuat Rahim keliru.

Syahmi mendekatkan diri dengan Rahim.

"Aku tak pernah nampak muka kau pun sebelum ni? Budak baru eh?" soal Syahmi.

"Kau memang nak mati ke?" soal Rahim.

Syahmi ketawa. Dia duduk di atas meja.

"Kenapa kau datang sorang? Mana geng kau?" soal Syahmi. Tetapi soalan itu tidak dijawab.

"Biar aku teka. Diorang taknak ikut kau kan? Nak tahu tak kenapa?" soal Syahmi lagi.

Syahmi turun dari meja. Langkahnya diatur dekat ke arah Rahim. Rahim yang mula ketakutan terus melangkah ke belakang sehingga tubuhnya terlanggar tembok koridor itu.

Kayu besbol dirampas dari tangan Rahim lantas diletakkan pada lehernya.

"Sebab.. diorang kenal aku. Since kau budak baru, mungkin kau tak tahu aku siapa. Waktu aku bagi kau peluang untuk lari, kau taknak kan? Sekarang kau nak aku tolak kau jatuh balkoni ni ke??" soal Syahmi.

Rahim menggigil. Kayu besbol itu terus menolak lehernya. Kemudian kayu besbol itu dijatuhkan ke atas lantai. Syahmi mengundur ke belakang.

"Blah." arahnya sepatah.

Rahim laju berlari turun ke bawah.

"Kau kenapa tak turun rehat?!" Suara Cikgu Mus berkumandang dari blok sebelah.

"Sorry cikgu, saya tertidur tadi!" jawab Syahmi.

❀❩

SUASANA senyap. Tiada sesiapa yang memulakan perbualan antara mereka berempat di meja itu. Masing-masing membisu.

Darius hanya diam membuat kerja sekolah. Dia tidak mempedulikan sekeliling. Kini dia menjadi perhatian di dalam kelas kerana warna baju sekolahnya.

Syahmi melihat Arfah yang juga diam disebelahnya. Wajahnya muram. Juga nampak marah.

"Cikgu, saya nak pergi tandas!" ujar Syahmi lantas keluar dari kelas.

Syahmi berjalan di sekitar koridor. Bukannya ke tandas. Tapi sibuk tawaf satu sekolah. Bosan, di kelas masing-masing membisu. Di fikirannya juga buntu dan tertanya-tanya. Mengapa Darius tiba-tiba berubah. Ada sesuatu yang terjadi ke?

Langkahnya dihentikan di belakang bangunan. Sengaja dia mahu kesini. Kerana dia tahu seseorang mengikutinya sejak tadi. Dia menghembus nafasnya lalu tubuh dipusingkan memandang belakang.

Wajah Mayleen dilihatnya.

"Kenapa ikut aku?" soal Syahmi.

"Pasal haritu.. saya tak suka terhutang budi dengan orang. Saya tak tahu macam mana nak balas." ujar Mayleen.

Syahmi berjalan mendekati Mayleen.

"Cukup kalau kau tak bagitahu sesiapa pasal tu. Especially Arfah dan Darius." ujar Syahmi.

Mayleen mengerutkan dahinya.

"Tu je?" soal Mayleen.

"Tuje? Hahaha. Dahtu kau nak aku suruh kau jadi kuli aku macam dalam drama korea ke?" soal Syahmi.

"Memang taklah!" marah Mayleen. Gadis itu melangkah pergi meninggalkan Syahmi disitu.

Pili air ditutup.

"Weh Ad, Darius takda share pape dekat kau ke? Pasal baju dia tu?" soal Syahmi pada Adrian yang sedang membetulkan rambut.

Adrian menggeleng.

"Takda. Actually aku pun terkejut masa nampak dia rehat dekat kantin tadi. Budak kelas aku pun ramai yang cakap pasal Darius kat kelas. Ah, adalah tu." balas Adrian.

Syahmi bersandar pada dinding.

"Tapi kalau nak kata dia kena lucut jawatan.. aku tak percaya do. Kesalahan apa yang dia buat sampai kena lucut??" soal Syahmi tidak puas hati melihat kawan rapatnya menjadi bahan bual di sekolah.

"I don't know. Mungkin dia sendiri yang letak jawatan?" teka Adrian.

Syahmi diam.

"Yang kau tu. Aku dengar minggu lepas kau ada kacau budak form 4?" soal Adrian. Syahmi terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Adrian.

"Macam mana kau tahu siot??" soal Syahmi.

"Kau buat lagi ke, Mi? Kau dah janji kan dulu??" soal Adrian.

Wajah Syahmi berubah.

"Itu last, promise. Bukan sengaja." balas Syahmi.

❀❩

NAFASNYA bagaikan mati untuk seketika. Apa yang didengar tidak benar kan? Dia cuma salah dengar bukan?

"Woi! Ulang balik apa kau cakap tadi!" tengking Syahmi pada seorang pelajar kelas akaun.

"Classmate kitorang, Adrian. Baru je meninggal tadi. Cikgu yang bagitahu." jawab pelajar lelaki itu.

Syahmi terkedu. Tak mungkin!

Dia berlari ke kelas untuk mencari Darius dan Arfah. Tetapi kedua-duanya tiada. Telinganya mendengar pelajar-pelajar yang lalu lalang dikelasnya sedang bercakap tentang Adrian.

Syahmi memejamkan matanya seketika. Kemudian pintu kelasnya ditendang kuat sehingga dua cermin tingkap jatuh lalu pecah.

"Korang semua boleh diam tak?!" jerit Syahmi.

Masing-masing terkejut. Kerana sudah lama mereka tidak lihat sisi Syahmi yang ini. Dan ia sudah kembali.

Cahaya bulan menerangi kegelapan malam. Bunyi burung hantu mengejutkan manusia dari lena tidur.

Basikal ditonton untuk pulang ke rumah. Plastik yang sarat dengan barang diletakkan di dalam bakul.  Baru saja dia mahu menongkat basikal itu di tepi deretan kedai, sebuah motorsikal yang diparkir berdekatan jatuh tertimpa gadis itu.

"Auch!" adu Mayleen. Kemudian menyumpah dalam Bahasa Mandarin.

Motorsikal itu diangkat seseorang. Kemudian orang itu membantu Mayleen untuk bangun.

"Aku faham apa yang kau baru cakap tadi." ujar lelaki itu.

Mayleen mengangkat wajah.

"You?" soalnya. Terkejut melihat Syahmi yang membantunya bangun. Kemudian tersedar yang dia baru saja menyumpah Syahmi. Tak sangka pula Syahmi tahu Bahasa Mandarin.

"Kenapa awak tendang motor tu?!" marah Mayleen. Dia melihat lutut kakinya yang sudah luka. Kainnya juga koyak terkena pada besi motor itu.

Syahmi diam.

Mayleen juga sama. Kerana dia tersedar apabila mengingatkan berita di sekolah semalam. Tentang kematian Adrian.

"Awak okey?" soal Mayleen risau. Risau melihat wajah Syahmi yang tidak bermaya. Melihat pakaian lelaki itu juga merisaukannya. Masih berbaju sekolah.

Syahmi tidak menjawab. Dia hanya memandang lantai tar itu.

"Kau buat apa dekat sini malam-malam?" soal Syahmi menukar topik.

Mayleen hanya senyum nipis. Sekarang sudah jam 12. Memang patutlah dia tanya.

"Beli baranglah. Saya tak boleh tidur. Sebab tu keluar rumah." jawab Mayleen.

Dua cawan mi segera dibawa keluar dari kedai 7 Eleven itu. Kemudian diletakkan di atas meja bulat yang disediakan.

"Macam mana majlis pengebumiannya?" soal Mayleen ingin tahu.

"Dah selesai semalam." jawab Syahmi.

"Kau lupa beli air." ujar Syahmi. Dompet dikeluarkan daripada poket. Sekeping not sepuluh ringgit dikeluarkan daripada dompet.

Syahmi berjalan masuk ke dalam kedai itu. Mayleen hanya menunggu di luar. Matanya terhenti pada sesuatu di atas lantai. Sekeping gambar.

Gambar itu diambil. Dia senyum melihat orang-orang di dalam gambar itu. Semuanya kawan rapat Syahmi. Gambar itu diambil ketika mereka semua bercuti bersama.

Baru saja dia mahu meletakkan gambar itu di atas meja, baru dia perasan akan sekeping lagi gambar yang dilekatkan di belakang gambar yang sama tadi.

Gambar seorang perempuan. Wajahnya familiar di sekolah.

"Aku belikan kau air susu. Kau minum tak?" soal Syahmi membawa dua kotak air.

Mereka berdua menjamah mi segera itu bersama.

"Syahmi you dropped this tadi." ujar Mayleen lantas gambar itu diberi pada Syahmi.

Syahmi diam seketika. Matanya merenung gambar itu. Kemudian diambil dari tangan Mayleen.

"Thankyou." ucap Syahmi.

"Boleh saya tahu siapa perempuan cantik tu?" soal Mayleen.

"Just someone." jawab Syahmi.

"Your love?" teka Mayleen.

Syahmi memandang Mayleen tajam. Riak wajah gadis itu juga berubah apabila melihat Syahmi memandangnya begitu.

"Saya tanya je. Kenapa dengan orang lain awak baik tapi dengan saya awak selalu marah-marah!" ujar Mayleen tidak puas hati. Dia bangun untuk pulang ke rumah.

Syahmi mengeluh. Dia bangun mengejar langkah gadis itu.

"Kau dah nak balik?" soal Syahmi.

"Sibuklah." balas Mayleen yang masih marah.

Basikal milik gadis itu ditahan Syahmi.

"Apa you ni?!" jerit Mayleen.

"Kau tu perempuan. Biar aku teman kau balik." ujar Syahmi.

Mayleen diam.

Mereka tiba dihadapan sebuah rumah batu kecil. Pagar rumah itu dibuka.

"Terima kasih." ujar Mayleen. Sejak dia mula kerap berjumpa dengan Syahmi, entah berapa kali dia sudah mengucapkan perkataan yang sama pada lelaki itu.

"Aku minta maaf pasal tadi." kata Syahmi yang mula serba salah dengan tingkahlakunya terhadapan Mayleen.

"Awak samseng eh?" soal Mayleen.

Wajah Syahmi berubah terkejut.

"Not anymore." balas Syahmi.

Ouh..

"Eh kau." panggil Syahmi. Mayleen yang baru saja mahu masuk ke dalam kawasan rumah mematikan niatnya.

"Apa?"

"Lain kali boleh tak jangan keluar malam sorang-sorang? Tak tahu ke bahaya?" soal Syahmi.

Mayleen mengukirkan senyuman sinisnya.

"Kenapa? Awak risaukan saya ke?" soal Mayleen.

Syahmi merenung gadis itu.

"No. But your parents will." jawab Syahmi.

❀❩

KERTAS putih itu direnung sayu. Walaupun keputusan SPM nya cemerlang, tapi hatinya langsung tidak gembira. Kerana kawan-kawannya tiada disini.

Mereka yang dulunya sentiasa bersama di sekolah ini kini tidak lagi. Satu persatu manusia melangkah pergi. Tinggal dirinya dan Arfah. Dan juga gadis Cina itu. Darius pula tiada hari ini. Hampa. Kerana hari inilah yang paling ditunggu-tunggu untuk berjumpa dengan Darius. Tetapi sangkaannya meleset. Tiada langsung kelibat lelaki itu.

Baru saja tadi dia melihat Arfah pulang. Kini dia seorang di sekolah. Dia berdiri di padang sekolah itu. Bibirnya tersenyum manis. Mengingatkan memori bersama rakan-rakan rapatnya ketika bermain bola disini.

Baru saja Syahmi mahu melangkah pergi, tubuhnya ditolak jatuh ke tanah. Syahmi melihat wajah-wajah itu. Dia masih ingat siapa mereka.

"Bawa dia ke sana." arah salah seorang lelaki itu.

Tubuh Syahmi ditolak kuat ke dinding belakang bangunan sekolah.

"Macam mana result SPM kau? Baik?" soalnya sinis.

Syahmi memandang lelaki itu tajam. Itulah musuhnya dulu. Ketika dia berada di dalam satu kumpulan samseng di luar sekolah.

"Kau nak apa Ren?" soal Syahmi.

"Kau fikir.. kau bekas leader Young Threats dulu kau boleh sesuka hati kacau budak aku??" soal Ren.

"Kenapa tak boleh?" balas Syahmi sinis.

Wajah Ren berubah marah. Lalu diarahnya anak-anak buah untuk menumbuk Syahmi di perut. Syahmi yang masih di lantai itu sudah terbatuk-batuk.

"Kenapa tak lawan balik bro? Betul-betul dah insaf kau ye?" ujar Ren.

Ren mendekatkan dirinya pada Syahmi yang tertunduk. Rambutnya juga sudah kusut.

"Kau rasa ada ke orang yang akan selamatkan kau kalau kau tak lawan balik? Kau lupa ke.. Young Threats dah bubar dua tahun lepas?" ujar Ren lagi.

Darah yang menitis keluar dari mulut hanya dihiraukan. Syahmi hanya diam sambil kepala menunduk memandang lantai.

"Aku dah janji dengan arwah Adrian." kata Syahmi perlahan.

Dahi Ren berkerut.

"Apa dia? Ulang balik?" soal Ren.

Syahmi tidak membalas apa-apa.

"Aku cakap ulang apa kau kata lah babi!" jerit Ren lantas Syahmi ditumbuk lagi di perutnya. Tangan Ren menggenggam rambut Syahmi kuat.

"Kau memang berharap nak mati kan?" soal Ren.

"Apa salahnya?" kini Syahmi bersuara.

Ren melihat bibir lelaki itu sinis. Seakan-akan mempermainkan dirinya sekarang ini.

Ren bangun dan mencari sesuatu. Satu kerusi kayu yang sudah patah diambil lalu dihayunkan ke atas untuk menghentam tubuh Syahmi. Tetapi belum sempat dia mahu lakukan itu, seorang gadis menjerit kuat nama Syahmi.

"Apa awak semua buat ni??!" jerit Mayleen yang mula cemas. Nasib baik gadis itu terdektik untuk ke tandas. Dan selepas mendengar bunyi bising di belakang tandas, terus saja dia menjenguk kawasan itu.

Takut-takut dia melangkah mendekatkan diri pada Syahmi yang sudah tersandar di dinding.

"Awak kenapa ni??" soal Mayleen. Dia melihat wajah pucat Syahmi yang berlumuran darah.

Syahmi mendongak memandang Mayleen. Wajah gadis itu ketakutan. Ada air mata mengalir keluar daripada mata gadis itu. Risau.

Ren ketawa melihat dua manusia itu.

"Korang ni.. aku takda masa lah. Biar aku hentam je dua-dua ni!" ujar Ren lantas kerusi kayu itu dihayun sekali lagi.

Syahmi menarik gadis itu ke dakapannya sebelum kerusi kayu itu berkecai di tubuh.

"Dah blah."

Telinga mendengar bunyi tapak kaki mula beransur pergi. Mayleen masih seperti tadi. Ketakutan di dalam dakapan lelaki itu.

Tangan Syahmi dialihkan daripada tubuhnya. Dia melihat Syahmi yang memejamkan mata tidak sedarkan diri. Mayleen yang mula cemas terus berlari meminta bantuan.

Bunyi titisan air daripada IV drip membangunkan Syahmi dari tidurnya. Dia cuba bergerak tetapi abdomennya terasa sakit. Terasa tangan disentuh seseorang. Syahmi menoleh memandang gerangan itu.

Dia melihat wajah Mayleen yang risau.

"Kenapa awak buat macam tu? Kenapa awak biar kerusi tu kena dekat awak je?? Tengok sekarang awak dah sakit.." ujar Mayleen. Matanya bengkak gara-gara menangis.

"Kenapa kau menangis ni? Kita selamatkan?" soal Syahmi. Nadanya perlahan saja kerana tiada tenaga.

"Sebab saya risaukan awak lah!" marah Mayleen. Habis semua di wad kecemasan itu memandangnya.

Syahmi cuba menenangkan gadis itu. Kemudian dia tergelak kecil melihat telatah Mayleen yang menangis seperti anak kecil.

"Ye.. ye.. saya okey. Saya minta maaf sebab buat awak risau. Dah janganlah menangis. Nanti orang ingat saya yang buat." kata Syahmi. Sudah bertukar panggilan namanya.

Mayleen menyedut hingus.

"Awak dah hutang dua kat saya." ujar Syahmi.

Mayleen menjeling lelaki itu.

"Baik awak cakap siapa diorang tadi? Kenapa diorang pukul awak teruk??" soal Mayleen ingin tahu.

Tetapi Syahmi hanya diam.

"Bagitahu sekarang. Kalau tak saya taknak kawan dengan awak lagi." ugut Mayleen.

Syahmi memandang gadis itu tidak percaya. Matanya berkelip. Adakah gadis itu sedang mengugutnya?

❀❩

BAGAIKAN mimpi. Semua itu berlalu dengan pantas. Syahmi bangun dari tidurnya lantas turun ke bawah untuk bersarapan.

Baru saja beberapa hari lepas dia serabut dengan masalah kawan rapatnya, dan hari ini dia dikejutkan dengan satu sampul surat berisi jemputan perkahwinan.

Nama seseorang yang pernah disukainya dulu tertera di kad itu.

"It's been a while, Liana."

Mereka keluar daripada dewan besar itu. Niatnya yang mahu berjumpa Darius terbatal apabila dia terserempak dengan suami kepada Liana.

Syed Syamil. Mereka pernah berjumpa di pejabat ayah Darius dulu.

"Nak balik dah?" soal Syamil.

Syahmi senyum dan mengangguk.

"Haah. Ni tengah tunggu kawan dekat dalam." ujar Syahmi. Kepala menjengah ke dalam dewan mencari Mayleen.

Tepat pada masanya. Mayleen tiba membawa dua goodies bag di tangan.

"Terima kasih datang ye.." ujar Syamil. Mereka berdua membalas dengan sopan lantas terus beredar.

Pintu kereta dibuka lalu Mayleen memboloskan diri ke dalamnya.

"You're not going to cry here, right?" soal Mayleen melihat Syahmi yang hanya diam.

Mayleen ketawa kecil.

"Cuba bayangkan. Kalau budak-budak sekolah dulu dapat tahu yang Syahmi si samseng sekolah menangis sebab crush dia kahwin. Mesti diorang gelakkan awak." gurau Mayleen.

"Ada nampak air mata keluar dari mata saya ke?" soal Syahmi.

Mayleen hanya gelak. Teringat akan cerita lama. Apatah lagi semasa dia dapat tahu yang Syahmi dulu pernah menjadi samseng di sekolah.

Dari mana dia tahu? Dia desak Syahmi untuk cerita. Katanya, dia jadi macam tu pada mulanya kerana "Salah pilih kawan." Yes. Semasa di Tingkatan 1, Syahmi rapat dengan seorang senior Tingkatan 4 dan 5. Dan mereka yang membawa Syahmi ke jalan itu.

Sehinggalah Syahmi berumur 16 tahun. Dialah yang paling kuat di dalam kumpulan itu. Young Threats. Tapi takdir menemukan Syahmi dengan kawan-kawan baru. Yang berjaya mengubah diri Syahmi daripada seorang yang berperwatakan negatif kepada positif.

"Tu Arfah dah datang." ujar Syahmi mematikan lamunan Mayleen.

❀❩

LAPTOP yang berada di atas meja ditutup. Syahmi mengambil kunci keretanya untuk keluar. Belum sempat mahu membuka pintu rumah, Ummi menegurnya.

"Syahmi nak pergi mana panas-panas ni? Bukan tadi baru balik kelas ke? Kejap lagi nak maghrib dah." ujar Ummi yang risau.

Syahmi menggaru kepala.

"Jumpa kawan jap Ummi. Ada hal. Ummi nak kirim apa-apa ke?" soal Syahmi.

Ummi menggeleng.

Syahmi mencium tangan Umminya lantas memboloskan diri ke dalam kereta.

Hampir dua puluh minit Syahmi termenung di dalam keretanya. Kata-kata gadis itu bermain di fikiran. Tidak pula dia sangka bahawa perkahwinan gadis itu adalah paksaan. Dan Liana langsung tidak punya hati pada Syamil. Baru saja tadi Liana mengaku yang dia masih ada perasaan padanya.

Syahmi mengeluh.

Pintu kereta dibuka seseorang.

"Haiya, awak fikir apa? Nampak kusut je." ujar Mayleen yang baru saja tiba setelah dihubungi lelaki itu.

"Saya nak tanya something." ujar Syahmi.

"Tanyalah." jawab Mayleen sambil mengunyah churros.

"Saya tanya ni bagi pihak kawan kepada kawan punya kawan saya. Dia punya ex crush dulu dah kahwin tau. Lepastu ex crush dia pergi jumpa dia and cakap yang dia tak cintakan suami dia and dia masih ada perasaan pada dia. Apa awak akan buat?" soal Syahmi.

Mayleen memandang Syahmi dengan wajah berkerutnya.

"Apa tu.. berbelitlah! Mengaku jelah awak tengah cakap pasal diri sendiri. Halah halah.." kata Mayleen.

Syahmi terkejut. Jelas sangat ke?

"First biar saya tanya. Awak masih ada perasaan pada Liana?" soal Mayleen.

Syahmi diam sebelum menjawab.

"Takda." jawab Syahmi.

"Good. Lagipun dia isteri orang dah. Tak elok musnahkan rumah tangga orang lain. Even diorang tak ada perasaan pada each other, diorang masih perlu cuba." balas Mayleen.

Syahmi memandang gadis disebelahnya itu.

"Awak taknak tanya kenapa saya dah tak ada perasaan dekat Liana?" soal Syahmi.

Mayleen menjungkitkan keningnya.

"Sebab awak dah move on." jawab Mayleen mudah. Tetapi riak wajah Syahmi tidak berubah. Bagaikan bukan itu jawapannya.

"Okey then.. apa dia?" soal Mayleen pula.

Bibir lelaki itu naik.

"Sebab hati saya dah ada pada perempuan lain." jawab Syahmi.

Kali ini Mayleen diam. Wajahnya kecewa entah mengapa. Kemudian dia senyum tawar.

"Tahniah.." ucap Mayleen.

Syahmi hanya senyum melihat reaksi gadis itu.

"Get ready tau." ujar Syahmi.

"Huh?" Mayleen tidak mengerti.

"Lepas Arfah dan Darius kahwin.. turn kita pula." balas Syahmi.

Mayleen terkedu. Dia memandang Syahmi tidak percaya. Adakah itu bermaksud..

❀❩

SYAHMI bersandar di keretanya menunggu gadis itu. Matanya melihat gambar-gambar di skrin telefon. Gambar ketika hari perkahwinan Darius dan Arfah.

Dia senyum gembira. Akhirnya mereka temui jalan untuk bahagia. Dan kini tiba gilirannya.

"Syahmi." Suara ayu gadis itu memanggil namanya.

Syahmi mengangkat kepala memandang Mayleen yang berdiri di pagar rumahnya. Mata lelaki itu tidak berkelip. Entah mengapa jantungnya berdegup laju melihat gadis itu.

Ayu saja wajahnya. Bertudung selendang dan berbaju kurung bunga-bunga. Senyuman terukir dibibir lelaki itu.

"Cantik." kata Syahmi tanpa sedar.

Wajah Mayleen sudah merah.

"Dahlah nanti lambat ummi awak tunggu." ujar Mayleen.

Syahmi masih tersenyum melihat gadis itu. Sejuk saja hatinya. Tak sangka pula yang Mayleen akan bertudung hari ini.

"Ummi awak garang ke?" soal Mayleen.

"Garang. Ummi ada rotak tebal." gurau Syahmi.

Mayleen sudah mula takut.

"Ala saya takut." ujar Mayleen. Dadanya berdebar kencang apabila kereta mula masuk ke perkarangan rumah.

Kelihatan seorang wanita sedang menyapu halaman. Bagaikan sedang menunggu kedatangan mereka.

"Assalammualaikum ummi.." ujar Syahmi lantas mencium tangan umminya. Sudah lama dia tidak pulang kerana sibuk bekerja.

Ummi memeluk anak kesayangannya itu.

"Ummi rindu Syahmi.." kata ummi.

Kemudian orang tua itu memandang Mayleen yang berdiri di sebelah Syahmi.

"Syahmi, ini ke Mayleen?" soal ummi.

Syahmi senyum mengangguk.

"Apa khabar, makcik.." sapa Mayleen. Dia masih gementar.

Gadis itu ditarik ke dakapannya.

"Ayunya kamu.." puji ummi.

Mereka masuk ke dalam.

"Makcik duduk seorang je ke?" soal Mayleen.

"Eh, tak payah makcik-makcik. Panggil ummi je.. Ummi duduk dengan ayah Syahmi. Adik-adik Syahmi pun masih belajar kat sekolah menengah." ujar ummi.

Usai makan, mereka semua duduk di ruang tamu. Bersembang apa yang patut.

"Ummi sekejap ya. Nak angkat call." ujar Syahmi meminta diri untuk ke luar.

Mayleen memandang wajah ummi.

"Ummi.." panggil Mayleen.

"Ye sayang? Cakap je jangan takut." ujar ummi. Senyuman daripada tadi tidak lekang di bibir.

"Boleh tak ajarkan Mayleen agama? Mayleen berminat nak tahu tentang Islam." ujar Mayleen takut-takut.

Ummi terdiam. Dan pada masa yang sama bangga. Kerana anak lelakinya berjaya membimbing seorang perempuan untuk mengenal Islam.

"Boleh sayang.. Cakap je bila. Nanti kita mula pelan-pelan." ujar Ummi.

Mayleen senyum gembira.

Usai melawat ummi, mereka berdua gerak untuk pulang. Tetapi Syahmi singgah di pantai berdekatan untuk mengambil angin.

"Terima kasih.." Syahmi memberikan duit pada makcik yang menjual air di pantai itu.

Dia berjalan ke arah Mayleen yang berdiri di atas pasir.

"Nah." Cawan air itu dihulur pada Mayleen.

"Macam mana? Garangkan ummi saya?" soal Syahmi.

Mayleen hanya menjeling lelaki itu.

"Tipu je tahu.." kata gadis itu.

Syahmi ketawa.

"Saya sebenarnya tak pernah tanya soalan ni dulu kat awak tapi saya nak tahu sangat. Sejak bila awak ada perasaan dekat saya eh?" soal Mayleen serius.

Lelaki itu kaku.

"Perasaan tu mula ada pada hari awak menangis untuk saya." jawab Syahmi.

Mayleen terdiam. Sudah lama rupanya.

"Awak ikhlas?" soal Mayleen.

Syahmi memandang Mayleen. Redup saja pandangannya. Bibirnya juga senyum segaris.

"Ya. Saya ikhlas sayangkan awak. Dan saya tak pernah menyesal sebab kenal dengan awak. Saya rasa, dah tiba masanya untuk kita bagitahu kawan-kawan kita tentang ni." ujar Syahmi.

Mayleen senyum. Dia juga setuju. Tidak berniat sebenarnya mahu rahsiakan. Tapi hubungan itu terjadi secara tiba-tiba. Begitu juga perasaan mereka berdua. Yang datang tanpa diduga.

"Syahmi, terima kasih sebab selama ni ada dengan saya.." kata Mayleen.

Syahmi senyum manis. Tangannya mengusap kepala gadis itu yang bertudung.

"Aduh!" Syahmi mengadu kesakitan.

"Kenapa ni??" soal Mayleen mula risau.

"Jari tercucuk jarum kat tudung awak ni.." jawab Syahmi. Kemudian tubuh lelaki itu dipukul Mayleen.

"Padan muka!" ujar Mayleen kemudian berjalan pergi.

"Nanti kalau dah jadi suami, awak tak boleh pukul saya lagi!" Syahmi mula mengejar langkah gadis itu.

❀❩ the end.

Wait, ada lagi satu chapter short story
for Liana dan Syamil. Diminta tunggu ya.
Ok move! Actually aku dah publish buku baru!
Tajuk: HER SECOND BEST


Go check it out dekat my profile!
Boleh baca sinopsisnya dekat sana ok?
Aku harap korang baca and support
buku baru aku macam mana korang
support buku ni okey?! 😘❤️
Korang saranghae! hshshs

Continue Reading

You'll Also Like

404K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...
203K 14.8K 33
[Karya kedua queenzfina] [1st of Triplets Series] [Beautiful cover by @ShaDhia] 🏅Achievement 🏅 🏆 The Best Teen Fiction 2020 | The Diamond Award �...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
6 Royals By Ian

Teen Fiction

2.3M 142K 68
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Ri...