[C] Hate Or Love

De whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... Mai multe

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# Short Story 01

# SPECIAL CHAPTER

4.6K 315 24
De whatthechic_

"Setiap orang akan diberi satu kanvas putih di dalam hidupnya. Itu pilihan kita bagaimana harus mencorak dan mewarnakan kanvas itu. Bagaikan kehidupan nyata ini, kita adalah watak utama di dalam sebuah cerita. Mereka yang disekeliling hanyalah penggerak cerita itu. Yang membawa ke mana cerita itu pergi adalah diri kita sendiri. Semua bergantung pada pilihan dan peluang yang kita ambil untuk sampai ke pengakhiran cerita itu. Jadi, teruskanlah. Teruskan walau sulit dan pahit mana kehidupan kita, jangan pernah mengalah. Pelangi muncul selepas hujan. Kebahagiaan pasti akan datang bila tiba masanya nanti."

❀❩

HUJAN malam itu membuat bulu romaku merinding. Aku bangun dari tidurku dek kesejukan malam yang melampau. Buat seketika aku blur kerana masih mengantuk.

Tangan diraba ke sebelah. Tiada orang. Aku memalingkan kepala memandang sisiku. Darius tiada.

Sekarang jam 1 pagi.

Aku turun dari katil lantas bergegas ke bawah mencari suamiku. Aku melihat cahaya malap daripada ruang tamu. Itu cahaya daripada televisyen.

Dari jauh aku melihat Darius baring di atas ruang tamu rumah kami. Dengan tv yang masih terpasang. Aku menggelengkan kepala. Aku berjalan mendekati Darius yang sudah nyenyak tidur.

Lalu aku duduk di atas karpet melihat Darius tidur. Baru aku teringat. Yang dia merajuk dengan aku tadi. Hanya kerana aku tidak mahu temankan dia tengok bola. Tak sangka pula sampai taknak tidur dengan aku malam ni.

Wajah redupnya aku tenung lama. Haih.. suami siapalah ni? Aku membelai lengannya lalu aku selimutkan tubuhnya. Kesian, sampai kesejukan.

Aku duduk berselimut di atas karpet itu. Mataku mula layu dan akhirnya aku terlena.

Hangat.

Aku kenal bau ini. Dan aku tahu aku dimana. Berada di dalam pelukan lelaki ini. Bunyi alarm membangunkanku dari lena tidur. Baru saja aku mahu bangun, Darius menarikku semula ke dalam dakapannya. Aku senyum.

Kerana aku selesa dengan dia.

"Nak pergi mana.. abang rindu Arfah." ujar Darius yang masih tidur. Tetapi sedar yang aku mahu pergi. Eleh, tadi bukan main merajuk.

Aku memeluknya erat di dalam selimut. Dan baru aku sedar. Bukan tadi kami berada di bawah? Takkan Darius bangun dan bawaku ke atas kot? Dan lagi satu.. Darius tidak berbaju sekarang ni.

Aku meneguk liur. Jangan Arfah, anak kau ni pun belum lahir lagi. Jangan.. jangan.. sabar Arfah. Aku menggeleng kepala laju-laju.

Aku melihat Darius celik.

"Good morning.." ucapku.

Dia senyum.

Aku tersentak apabila teringat sesuatu.

"Bangunlah subuh ni!" ujarku lantas bergegas bangun dari baringku. Aku memukul Darius yang masih baring.

"Bangun sekarang." marahku.

Darius menggeleng. Aku membulatkan mata tanda amaran.

"Nak kiss dulu." ujar Darius.

Dasar.

"Lantak ko lah." kataku lantas turun dari katil. Aku senyum apabila Darius juga bangun mengikutiku.

Usai solat subuh, aku terus mengemas katil. Dan bersiap sedia untuk sediakan sarapan pagi. Darius pula sedang bersiap untuk pergi kerja.

Kuali aku keluarkan daripada kabinet.

Baru saja mahu menghidupkan api, perutku terasa sesuatu. Sakit. Yang tak dapat aku ungkapkan bagaimana rasa sakitnya.

Aku berpaut pada kerusi di dapur itu.

"Abang!" jeritku. Tetapi dia tidak dengar. Sedang mandi barangkali.

Aku jerit sekali lagi. Mata aku pejam rapat. Ya Allah, sakitnya!

"Ya Allah, sayang!" ujar Darius yang baru turun ke bawah sebaik saja mendengar aku jerit kuat. Wajahnya terkejut.

Nafasku turun naik.

"Sakit.." ujarku sambil memegang perut. Air mata mula mengalir.

Tanpa melengahkan masa, Darius mengangkat tubuhku lalu dimasukkan ke dalam kereta dengan berhati-hati.

Aku melihat suamiku memandu.

"Darius, sakit...." aduku lagi. Kerana aku tidak tahu mahu membuat apa jadi aku hanya terus mengadu sakitku pada Darius.

Darius disebelah melihatku. Tangannya daripada tadi tidak lepas menggenggam tangan kananku.

"Okey sayang dah sampai."

Darius keluar daripada kereta untuk mendapatkan nurse.

Aku dibawa ke bilik bersalin.

Kami berdua masuk. Darius masih setia disisiku.

"Darius.. kalau saya ada salah saya minta maaf.." ujarku. Takut jika kali ini adalah yang terakhir untuk aku dan dia.

Darius menggeleng.

"Ye sayang, saya maafkan. Jangan takut, abang ada dengan sayang." balas Darius sambil membelai kepalaku. Dahiku dikucup.

Aku masih menahan sakit. Tanganku genggam kuat cadar katil. Darius hanya disitu. Dia tidak tahu mahu buat apa dan dia juga tidak berani untuk lihat. Wajahnya risau.

Bunyi tangisan bayi bergema di dalam bilik bersalin ini. Air mataku mengalir di pipi. Aku senyum gembira. Tanganku masih digenggam Darius. Dia senyum memandang aku dan anak itu.

Aku melihat Darius mendukung bayi yang baru dibersihkan itu. Wajahnya bersinar gembira. Telinga mendengar suara lelaki itu menazankan anak perempuan kami di telinga.

Mataku mula layu kerana penat. Aku memandang wajah suami dan anakku sebelum semuanya gelap.

❀❩

BUNYI tapak kaki berlari di koridor hospital. Orang-orang yang berada disitu juga sudah mula memandang.

Dia berhenti dihadapan sebuah bilik dengan nafas tercungap-cungap. Gadis disebelahnya cuba menenangkan lelaki itu.

Pintu bilik ditolak dari luar. Mereka berdua menapak masuk ke dalam. Wajah Syahmi dan Mayleen terpampang di muka pintu.

Aku yang sedang meneguk air terkejut.

"Kau dah pahal berpeluh macam ni?" soal Darius disebelahku.

Syahmi sengih gembira.

"Wah aku dah jadi pakcik lagi!" ujar Syahmi gembira. Wajahnya tak boleh blah. Sumpah.

Mayleen hanya menggelengkan kepala. Manis saja wajahnya. Kini dia sudah bertudung. Sejak dia mula rapat dengan Syahmi. Entah apa yang terjadi antara mereka, tapi nampak seperti sesuatu.

"Nah saya bawa ni untuk awak." ujar Mayleen. Bakul berisi buah-buahan diletakkan di atas meja.

"Hai Hawa.." Mayleen mula bermain dengan anak perempuanku Hawa yang berada dipangkuku. Baru saja menyusu. Dan sekarang tidur.

"Ala.. kita lambat lah. Hawa dah tidur." ujar Syahmi kecewa.

Aku hanya ketawa.

"Family kau dah datang belum?" soal Syahmi pada Darius.

"Kejap lagi rasanya." balas Darius.

Pintu diketuk sebelum dibuka dari luar. Aku melihat wajah ibu mertuaku masuk bersama cucu-cucunya. Laila dan Adam. Wajah kanak-kanak itu ceria apabila melihat Syahmi turut berada disini. Ya.. mereka suka dengan Syahmi kerana lelaki itu kelakar. Hahaha.

Syahmi dan Mayleen keluar sekejap membawa Laila dan Adam untuk bermain di taman.

"Arfah sihat?" soal ibu mertuaku. Sejak aku berkahwin dengan anak lelakinya, dia perlahan-lahan mula menerima aku di dalam keluarganya. Dan aku bersyukur melihat perubahan wanita itu.

Aku mengangguk.

"Sihat ma, alhamdulillah.." jawabku. Dia senyum. Aku memberikan Hawa padanya. Wajah wanita itu bahagia melihat cucunya yang baru lahir.

Aku melihat Darius yang sedang bersembang dengan ayah yang baru saja tiba. Ayah pasti baru pulang dari tempat kerja. Susah-susah datang dari jauh untuk melihat cucunya.

"Liana dengan Syamil mana yah?" soal Darius.

"Tadi nampak dekat bawah." jawab ayah.

Baru saja berkata tentang mereka, tup tup sudah muncul. Liana datang pada aku dengan wajahnya yang masam. Tetapi masih sempat memberikan aku senyuman dan mengucapkan tahniah.

"Tahniah, Arfah!" ujar Liana teruja.

Aku hanya senyum mengangguk. Kini kami sudah sama-sama menjadi ibu.

"Oi Liana.." panggilku.

"Apa?"

"Kau.. merajuk dengan Syamil eh??" tekaku. Tidak lain lah ni. Pasti merajuk dengan suami. Macamlah aku tak kenal kawan aku sendiri.

Liana memandang Syamil yang sedang bermain dengan Hawa dan mama.

"Dia lah tu tadi.. makan aku punya coklat." cerita Liana.

Aku tergelak. Habis semua memandang aku.

"Coklat tu mahal kot pastu tinggal satu semua dia makan.." tambah Liana. Aku hanya sengih tidak tahu mahu kata apa.

"Bonda....." suara anak perempuan Liana bergema di satu bilik. Wajahnya sedih dan murung. Laila berjalan ke arah bondanya sambil menangis.

"Kenapa sayang?" soal Liana lembut. Air mata anaknya dilap.

Laila tersedu sedan.

"Uncle Cami kata muka Laila macam katak... " adu Laila sambil menyedut hingus. Aku hanya menggeleng. Perangai tak ubah seperti Liana.

Aku mendengar Liana ketawa. Syahmi yang sedang mendukung Adam hanya sengih-sengih.

"Mana ada muka Laila macam katak.. tu tengok muka Uncle Cami. Macam cicak." gurau Liana. Riak wajah Syahmi sudah berubah.

"Muka aku macam cicak ke?" soal Syahmi pada Darius.

Aku melihat Darius mengangguk. Kami semua ketawa.

"Bonda.. Laila nak cencing." bisik Laila di telinga bondanya. Comel aku tengok.

"Huh? Ouh.. sekejap bonda ambil beg dekat ayah." ujar Liana. Dia keluar daripada bilik ini dan berjalan ke arah Syamil yang sedang duduk bersama Darius.

Laila pula hanya memegang tangan bondanya tidak lepas.

"Beg baju Laila mana?" soal Liana.

"Kenapa? Dahnak salin ke?" soal Syamil.

"Takdalah. Ni Laila nak pergi tandas. Lepastu nak tukar pampers Adam pula." jawab Liana.

"Eh takpelah. Biar abang bawa Adam tukar pampers. Laila pergi dengan bonda ye sayang.." ujar Syamil. Lantas Adam yang didukung Liana diambil.

Liana pergi membawa Laila ke tandas di tingkat bawah meninggalkan Adam bersama Syamil.

"Pampers belum penuh lah Adam. Duduk sini dululah ye." ujar Syamil setelah memeriksa lampin anaknya yang tidak basah.

Suara tawa Adam memecah kesunyian. Entah apa yang lawak di muka Darius apabila lelaki itu bermain dengannya.

"Suka pula dia.." ujar Darius.

"Weh Mil.. susah tak jaga anak?" soal Darius ingin tahu. Apatah lagi anak pertamanya baru lahir.

Syamil senyum sambil keningnya diangkat.

"Susah.." jawab Syamil sambil menggeleng kepala.

"Kena tidurkan anak.. buat susu anak.. lagi-lagi kalau jam dua tiga pagi merengek minta susu menangis tak henti.. and kena get ready kena bebel dengan isteri kau." ujar Syamil menakutkan Darius.

Syamil ketawa. Peha Darius dipukul sekali.

"Rileks lah. Lama-lama nanti kau biasa. Yang penting hidup kau happy dengan isteri dan anak kau." tambah Syamil.

Darius hanya mengangguk. Kemudian matanya ternampak sesuatu.

"Mil aku rasa kau dalam masalahlah." ujar Darius.

"Apanya?" soal Syamil.

"Anak kau kencing." jawab Darius. Membulat mata Syamil. Dia melihat seluarnya yang mula basah dengan kencing Adam.

"Aduh tembus. Rasanya tadi belum penuh. Mampos, mesti kena bebel dengan Liana nanti." ujar Syamil seraya bergegas bangun dan ke tandas membawa Adam.

Darius hanya menggelengkan kepalanya.

Beberapa hari berlalu. Aku sudah pulang ke rumahku. Bagai mahligai yang indah. Disinilah ketenangan yang aku suka.

Aku duduk di atas lantai berlapik toto. Badan disandar pada sofa. Darius yang baru saja keluar dari dapur terus datang ke sini membawa air panas yang baru dibancuh.

"Nah air milo.. abang buat. Kaw punya!" ujar Darius bangga.

Aku memandang dia menyampah.

"Eleh.. tapi masih belum boleh kalahkan lori milo punya milo." bantahku. Hahaha. Berubah kecewa terus muka Darius. Comel je.

"Hawa anak papa buat apa tu.." ujar Darius yang terkejut melihat anaknya yang baring di atas tilam. Muka terkejut betul bila nampak Hawa. Bagaikan baru saja teringat yang dia ada anak.

"Tengah tidurlah. Tak nampak ke? Janganlah kacau Hawa. Dia baru je tidur lepas susu." ujarku menghalang Darius daripada mengganggu lena tidur Hawa.

Darius murung. Kemudian mendekatkan diri pada aku. Wajah aku dipandang. Senyuman manis diberi. Darius mengusap lembut rambutku.

"Kenapa ni.." soalku risau. Jangan tiba-tiba dia minta anak lagi satu sudah.

"Terima kasih, Arfah." ujar Darius tiba-tiba.

Dahiku berkerut.

"Terima kasih sebab lahirkan anak kita. Hawa cantik macam ibu dia. Kita akan besarkan Hawa dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. Abang sayang isteri dan anak abang." ujar Darius meninggalkan lidahku kelu. Tidak tahu mahu membalas apa.

Air mata mula menitik.

"Dan Arfah nak berterima kasih dekat Allah. Sebab hadirkan lelaki sebaik abang dalam hidup Arfah. Arfah harap.. Arfah dapat tatap muka abang lebih lama sampai Arfah tutup mata." ujarku. Takut jika aku kehilangan dia. Takut jika Tuhan tarik lelaki ini daripada hidup aku.

Darius senyum manis. Air mataku dikesat lembut.

"Bau apa ni?" soal Darius.

Aku senyum jahat.

"Hawa berak." jawabku.

Wajah Darius berubah terkejut.

"Abang kena cuci ke?" soalnya dan aku mengangguk.

Aku melihat Darius gelabah mencari pampers dan tisu basah. Aku tergelak kecil melihat suamiku yang kelam kabut menguruskan anak. Dan pada masa yang sama aku bangga. Kerana Darius gigih untuk menjadi ayah yang baik.

Aku mengeluh.

Masa bergerak dengan pantas. Setiap detik yang telah berlalu masih aku rindu. Dan masih jelas di ingatan. Akan aku simpan baik-baik di lubuk hati. Cebisan kenangan yang aku lalui di dalam hidup ini. Dari awal hingga akhir. Tak akan pernah aku lupa setiap saat itu.

Terima kasih, Tuhan. Kerana berikan aku kanvas yang dilukis indah dengan corak berwarna-warni di atasnya. Aku berdoa.. semoga tiada titik hitam yang akan memusnahkan kanvas itu.

❀❩ terimakasih

Wait, guys. Siapa dekat sini curious pasal watak lain? I mean Liana, Syamil, Syahmi and that chinese girl Mayleen?? I ada buat dua extra chapter khas untuk watak-watak tu. So, let's keep in touch and wait for their short story! Lepas siap i publish terus!

Continuă lectura

O să-ți placă și

Saranghae♡ De ChaeRy

Ficțiune adolescenți

94.2K 3.9K 40
[COMPLETED] Si jejaka yang agak kasar. "What's wrong with you? Lain kali jalan, tengok sekeliling. Please la jangan langgar orang sesuka hati." "Same...
6 Royals De Ian

Ficțiune adolescenți

2.3M 142K 68
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Ri...
811K 31.8K 74
[Complete √] [#2 in teen fiction- 21May2020] Tengku Karissa Jupither, gadis berkacukan British-Melayu telah berpindah dari New york ke negara asalny...
My Lovely Crush❤ De Dreaming

Ficțiune adolescenți

196K 6.5K 58
"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila me...