Love?? Hakthuiii ✔

By dUkeLawa

1M 18.6K 2.9K

Dont trust anyone who says love to you More

prolog
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
satu kosong
satu satu
empat tiga
satu dua
satu tiga
satu empat
empat empat
satu lima
satu enam
satu tujuh
satu lapan
satu sembilan
dua kosong
dua satu
dua dua
dua tiga
dua empat
dua lima
dua enam
dua tujuh
dua lapan
dua sembilan
tiga satu
tiga dua
tiga tiga
tiga empat
tiga lima
tiga enam
tiga lapan
tiga tujuh
tiga sembilan
empat enam
empat kosong
empat enam
empat satu
empat tujuh
empat dua
empat lapan
empat sembilan
lima kosong
empat lima
lima satu
lima dua
lima tiga
lima empat
lima lima
lima enam
lima tujuh
epilog
thanks note
thanks

tiga kosong

14.7K 250 10
By dUkeLawa

"Eh, sama pula kaler baju Ayie dengan Emilia", tegur kaklang bila aku membawa seteko milo suam untuk habuan anak anak buah. Budak budak mana suka sangat kopi dan teh ni.
Kami semua duduk di lantai yang sudah dibentang tikar, bersarapan beramai ramai di tengah rumah. Kaklang sedang menyuapkan anak yang kecil, Ayie duduk di depannya. Kebetulan aku meletakkan teko itu disebelah Ayie. Kami berdua saling berpandangan. Eh... baru aku perasan.

"Macam pengantin baru la korang ni", giat Kimi, merenyeh panjang. Eh Kimi ni, nak kena cubit kejap lagi.

"Tu la cantik warna ni. Hari tu kakngah nak buat baju kaler ni, tapi abang ngah kau tak nak. Kalau jadi, mesti kami yang pengantin baru", tambah kakngah. Mak tersenyum simpul duduk di hujung hidangan. Mak mengensot sikit, memberi ruang padaku untuk duduk. Jadinya aku duduk bersebelahan Ayie. Bukan main lagi Kimi mengenyit mata padaku, tersengih sengih. Aku jolok juga mata dia nanti ni.

Setelah semua kembali ke rumah setelah selesai solat raya, bermulalah sesi bergambar. Seperti biasa, perempuan mesti nak touch up. "Emilia, kau pandai mekap sekarang ye. Kau belajar ek?", tanya Suhaila tatkala aku mengenakan pemerah pipi ke wajahnya.
"Belajar kat youtube je", balasku.

"Ok, gambar ramai ramai dah. Famili sendiri sendiri pun dah. Yang semua single pun dah", cikgu a.k.a along memberi informasi tentang gambar gambar yang sudah diambil.
Aku memang menjauhkan diri, kurang senang dengan renungan cikgu. Kak Ayu pun dah besar perutnya, macam sarat sangat menanti hari.

"Jap. Ayie, Emilia meh sini...", panggil kakngah. Aku yang dah bergerak ke dapur terhenti, Ayie yang duduk di bawah rumah memandang ke dalam. Pandangan kami bertembung. Sesungguhnya sejak yang lain balik, aku dan Ayie jarang berkomunikasi.

"Korang duduk sini, ambil gambar berdua. Sweet sangat baju korang ni", kata kakngah.

"Ala.. suka warna baju kan. Nanti orang buka baju, ambil je gambar baju", balas Ayie mengelak bila kakngah menariknya masuk.
Manakala aku terhalang dek Suhaila yang berdiri di pintu dapur tergelak gelak bila melihat kakngah bergelut menarik Ayie supaya duduk di sofa.
Akhirnya, kami bergambar berdua. Adus.. sangat kekok ye. Bila ada orang memerhati berbeza dengan saat berswafoto. Kimi yang menjadi jurukamera, sangat sangat menggedik. Macam macam gaya disuruhnya, hahhh.. tak kuasa nak ikut.
Ada juga kami bergambar dengan mak, duduk diantara kami.
Gambar aku dan Suhaila, kembar baju pun ada. Paling best, gambar gila gila bertiga - aku, Suhaila dan Kimi. Ayie jadi jurukamera.

"Kau kan suka sangat kacau aku", kataku sambil mencubit cubit Kimi. Dia menjerit kesakitan kemudian tergelak gelak. Cikgu menjeling pada kami, cemburu ke nyampah ke, aku tak tau.

"Kau ni, kuat sangat jerit. Cikgu dah jeling tu", aku menampar bahu Kimi.

"Biarkan dia. Ayie ok je", balas Kimi menuding pada Ayie yang menuju ke dapur.

"Eh jap. Ayie nak makan kot. Jom ikut aku". Aku mengajak Kimi dengan menarik lengan bajunya.

"Apsal lak aku kena ikut?"
"Takde la nampak sangat aku layan Ayie. Kau ni kan nak kata bodoh.. cerdik tapinya.", ujarku perlahan. Kimi menarik rambutku kemudian meninggalkan aku, laju je berjalan ke dapur. Saja tau dia ni..

Aku menyenduk nasi hujan panas dan ayam masak madu, lauk kegemaran Ayie, selain ayam kicap, ke pinggannya yang menambah buat kali ke dua. Kimi meratah rendang daging. Lontong dengan sambal sotong pun dah aku letak dalam mangkuk untuk dia makan sekejap lagi.

Mak muncul tiba tiba tah dari mana, "suka sangat Ayie makan ayam tu. Buka puasa baru ni pun, Emilia masak lauk tu kan?", tanya mak melucutkan tudungnya. Aku mengangguk dan menuangkan air sirap sejuk untuk mak.

"Lisa tak nak datang raya ke?", tanya mak tiba tiba. Ayie tersedak, dia mengerling padaku. Eh.. pehal kau pandang aku.

"Tak kot mak. Kak Ayu cakap Lisa beraya kat kampung suami dia", celah Kimi menyuap lontong pula. Banyak betul si Kimi ni makan. Tadi semangkuk lontong, 3 potong lemang dengan rendang dimakannya sebelum solat raya. Tak padan dengan kurus kering, bela hantu raya ke apa ni??

"Elok elok ada dua menantu perempuan, dah tinggal satu", keluh mak mencubit rendang daging.

"Emilia tu ada. Kira menantu la mak", usik Kimi.

"Menantu apanya?? Mak nak kawinkan kamu dengan dia, menolak", tempelak mak. Aku bangun perlahan, malas nak masuk campur.

"Mak!!"
"Ni paklong dengan rombongan sampai", jerit Suhaila dari ruang tamu atas, melayan kawan kawan sekolahnya dulu datang beraya.
"Emilia buatkan air. Lepas tu tolong bawakan hidangan ke bawah rumah. Kita jamu diorang kat situ", arah mak sambil mengenakan tudung kembali. Ayie turut membantu aku membelah buluh lemang dan berhidang.

"Hasri... ni ke pengantin kamu hari tu?", tanya maklong, aku rasa sebab nampak dia paling berumur dalam kelompok yang hadir. Ayie tersenyum sambil meletakkan dulang yang berisi makanan. Aku membawa dulang berisi jug air. Gelas memang dah ada di situ.

"Ni anak angkat aku. Emilia. Hasri ni, dah solo sekarang ni kaklong", jawab mak. Mereka terkejut, lalu mak pun buka cerita. Aku tinggalkan mereka, biarlah mereka bercerita.

"Lia, ikut Ayie kejap", Ayie menarik aku ke belakang rumah, sedang keadaan rumah ramai orang.

"Nak apa ni? Kan ada orang datang tu", Ayie memegang tanganku.

"Malam raya pertama selalunya kami akan ke rumah tok su. Bapa sedara mak yang masih ada. Ada bbq. Lia naik kereta dengan Ayie k".

"Tengok la macam mana", aku menarik tanganku dan berjalan ke rumah.

"Malam ni ramai sepupu Ayie yang bujang", jelasnya tapi aku tak faham maksudnya.

"So?" Tanyaku mengangkat kening.

*******

Hasri

"Lia... bangun. Dah sampai ni", kejutku. Sempat juga kucium pipinya sebaik Kimi keluar dari kereta. Kimi duduk di belakang, cepat saja dia keluar. Katanya bagi peluang kat aku. Yelah, aku asyik merungut dah banyak hari tak dapat bermanja dan bermesra dengan Lia. Asyik asyik Kimi je yang berkepit dengan Lia dan Suhaila. Kemana saja bertiga... kalau Suhaila tak de, memang Kimi dan Lia macam belangkas. Anak anak buah yang kenit kenit pun asyik nak berkepit dengan Lia.  Aku pernah nampak along cuba berbual dengan Lia tapi kehadiran Ayu secara tiba tiba mematikan semangat along.

Semua dah sampai dan masuk ke dalam  rumah, ye la dah lewat bertolak dari rumah tok su. Perjalanan pun sejam, tapi aku buat sejam lebih. Aku menyeluk ke dalam baju kurung kedah Lia, kenyalnya. Aku rindu kau Lia, aku mengucup bibir Lia apabila bibir Lia terbuka sedikit, kesedapan agaknya. "Sayang, Lia period la", bisik Lia.
"Tau. Nak ringan ringan je. Kita balik Penang esok ye".

Mata Lia terbeliak, aku tergelak, "main main je". Lia menghela nafas lega. Aku yang tak lega sebab tadi kawan kawan sekolah Suhaila, ada yang minta nombor telefon Lia. Anak paklong yang duda anak satu pun dok perhati Lia. Apatah lagi anak dia boleh pula mesra dengan Lia, siap duduk atas riba Lia dan minta disuapkan. Maklong dah bagi hint kat mak, tapi mak buat tak faham. Kat bbq tadi pun ada juga mata yang tak lepas memandang Lia.

Esok siapa pula nak datang ni. Hati aku tak senang. Suhaila memang takde siapa nak tanya; sepupu sendiri kan. Lia keluar dari kereta selepas puas kami bermesraan. Aku keluar 10 minit selepas itu. Rumah dah gelap, semua dah tidur.

Esok pagi pagi lagi, along dan kaklang balik ke rumah mentua masing masing. Tinggal keluarga kakngah yang akan pulang petang nanti dan kami yang bujang.

Aku memerhatikan Lia sibuk menumis bahan untuk kuah mee rebus, hidangan raya hari ke dua, mak arahkan saja. Memang selalunya begitu, sejak dia datang bersama along. Lia kata dah kebiasaan menolong arwah nenek di dapur tapi setakat potong potong bawang dan bahan mentah. Memasak tak dibenarkan. Suka sangat dia bila mak dengan beriya nak mengajarnya memasak - hands on. Banyak resepi mak, Lia dapat.

Suhaila dah keluar, katanya nak beli telur tapi macam melencong je sebab lama sangat dah dia keluar. Kimi sibuk melayan kawannya yang datang, tu mesti nak tidur sini. Aku kena tidur bilik lain la gayanya.

"Ayie, kau pandang apa kat Emilia, tak berkelip mata tu", tegur mak berbisik ketika dia menampar perlahan bahuku. Adusss..  mak perasan pula aku merenung belakang tubuh Lia yang memakai shirt dan kain batik. Teguran mak terus membuat aku tunduk dan menggaru kepala.

"Takde la mak. Ayie tengah fikir nak balik Penang ni".

"Dah nak balik?", tanya mak untuk kepastian.
"Cuti raya kan dua hari je".
"Emilia cuti berapa hari?".
"Dua hari mak tapi ada la diorang bagi cuti extra", jawab Emilia mengenyit mata. Pada aku ke pada mak?
"Kamu tak minta cuti ke Ayie?"
"Dapat sehari je extra sebab ramai sangat apply cuti".
Kesian mak mengeluh. Lia menjeling padaku.

Malam tu, kami semua duduk berkumpul depan tv. Emilia mengurut kaki mak dalam bilik, mak kepenatan melayan sedara mara yang datang. Suhaila melayan telefon walaupun tv terpasang. Kimi bersembang dengan kawannya.

Lia keluar menyertai kami dua beradik setelah mak tidur. Dia teragak agak untuk duduk di mana, cuma disebelah aku yang kosong dan diantara Kimi dan kawannya. Akhirnya dia duduk disebelah aku. Sekejap je pun, letih agaknya setelah aku lihat beberapa kali dia menguap.

"Suhaila, aku masuk tidur dulu ye", pamitnya. Suhaila menganggukkan kepala. Kimi dan kawannya masuk ke bilik. Sah, aku kena cari port lain.

"Kau tidur mana Ashu?", tanyaku bila dia masuk ke bilik mak.

"Aku tidur dengan mak. Tak larat nak naik tangga. Lagipun kat atas panas. Bilik mak ada aircond".

Aku menyelak langsir bilik Suhaila, Lia tak tutup pintunya, mungkin dia menyangka Suhaila akan tidur bersamanya. Kain batik Lia terselak ke pangkal paha, perut pun nampak. Bilik tidur Lia hanya ada kipas meja, aku faham kepanasannya. Aku mengunci pintu bilik dan terus berbaring disebelah Lia, menghadapnya. Rambutnya yang jatuh menutupi wajah, aku tolak ke belakang. Aku kucup hidungnya, Lia membuka mata, "eh...", terus aku menyambar bibirnya.
"Suhaila mana?", bisiknya takut suara didengari orang.
"Tidur dengan mak". Lia terdiam bila tanganku mula meraba dadanya yang telanjang.

Continue Reading

You'll Also Like

64.9K 2.9K 57
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏~ 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛...
329K 15.5K 63
Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau...
2.2M 87K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...
765K 2.6K 24
Walaupun badai datang melanda namun cinta antara Arman dan Elly tetap utuh.. Hayati kisah hidup mereka.. 18+