[Terbit] Jejaka Blue & Gadis...

By ariaseva

10.8M 259K 44.2K

US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arf... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
ATTENTION! JBGH DITERBIT?!

Bab 30

164K 7.5K 1K
By ariaseva

           Tok.. tok.. tok..

      "Come in", arah Aryan. Jari jemarinya sedang menari di atas papan komputer. Seorang yang sangat sibuk sejak kebelakangan ini.

"Bro. Aku bawak Sarah", kata Mikael. Tangannya sedang memegang tangan gadis kecil berumur lingkungan lima tahun. Comel.

Aryan terus menoleh ke arah gadis di sisi Mikael. Komputernya diketepikan. Mata memerhati wajah mulus Sarah. Itulah anak angkat Mikael. Atau sebenarnya dialah anak kandung Mikael. Aryan mengetahui tentang itu pun sejak dia dan Mikael menjadi semakin rapat sejak kebelakangan ini. Anak luar nikah itu terhasil apabila Mikael tidak dapat mengawal nafsunya terhadap kawan baiknya, Sania. Maka terhasillah Sarah di dalam rahim Sania. Sania pula meninggal dunia sewaktu melahirkan Sarah. Mikael memikul tanggungjawab seorang diri sebagai seorang bapa kandung kepada anak kecil ini.

"Say hi to uncle", Mikael berkata kepada Sarah. Sarah memandang ayahnya kemudian menoleh ke arah Aryan.

"Hi, uncle". Comel Sarah menyapa.

"Hi, sweety. How old are you ?", tanya Aryan. Kaki sudah melangkah ke arah gadis kecil itu. Dia kemudian mencangkung bagi memudahkan Sarah memandang ke arahnya. Maklumlah, Aryan dengan ketinggian 185cm itu terlalu tinggi buat Sarah yang hanya beberapa inci itu.

"I'm 5 years old, uncle", jawab Sarah sambil tersenyum. Rambutnya coklat pekat. Mungkin mengikut genetik ibunya. Wajahnya yang putih itu sangat gebu bila dipandang. Aryan tersenyum.

"You're so sweet. Nak jalan-jalan dengan uncle tak ?", tanya Aryan. Keningnya diangkat beberapa kali. Mikael hanya memerhati. Sejuk hatinya melihat Aryan yang berubah dari watak setan kepada watak malaikat.

"Nak !! Nak mainan !", kata Sarah. Mukanya jelas teruja.

"Hey. Papa tak ajar anak papa mintak mainan dekat orang", Mikael berkata. Matanya memandang ke arah mata Sarah. Sarah mencebikkan mulutnya.

"It's okay, Kael. Tinggalkan anak kau kat sini. Kau boleh pergi buat kerja kau", kata Aryan. Badan sudah ditegakkan memandang Mikael yang 10 sentimeter rendah daripadanya.

"Eh takpa ke ? Kau boleh jaga dia ke ?", kata Mikael. Kening sudah dikerutkan. Gila ke boss jaga anak pekerja. Itu sudah gila.

"Takpa. Tinggalkan lah dia kat sini. Pandai-pandai lah aku jaga", kata Aryan. Kaki sudah melangkah ke arah kerusi kerjanya.

"Hmm.. Thanks, Froy"

"Panggil aku Ar kalau kat depan Sarah"

"Haa ? Okay, Ar", Mikael berkata. Badan ditundukkan ke arah anak gadisnya. "Baby duduk dengan uncle Ar sekejap ye ? Papa nak pergi kerja. Nanti papa ambik Baby, okay ?", jelas Mikael kepada Sarah. Gadis itu menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Kau panggil dia baby ?", tanya Aryan. Kening dinaikkan sebelah.

"Dialah nyawa aku", kata Mikael.

"Okay okay", Aryan berkata ringkas. Jari jemari terus sambung menaip di papan kekunci.

"Kau serius ke ni ? Tak ganggu kau kerja ke ?", tanya Mikael.

"Aku suruh tinggal tu tinggal jelah. Apa susah sangat ?", suara Aryan sudah naik satu oktaf.

"Okay okay. Aku pergi dulu", kata Mikael. Sarah menyalam tangannya. Dia kemudian mencium kedua belah pipi anak.

      Setelah kelibat Mikael sudah tidak kelihatan, Aryan memandang ke arah Sarah. Ternyata gadis kecil itu juga sedang memandang ke arahnya.

"Meh sini", panggil Aryan. Sarah melangkah kakinya menghampiri Aryan. Aryan kemudian mengangkat Sarah dan diletakkan di atas meja kerjanya. Bersebelahan dengan komputernya.

"Uncle nak buat kerja sekejap. Sarah tunggu uncle, boleh ? Lepastu kita pergi jalan-jalan", kata Aryan. Sarah hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

                Sudah 30 minit berlalu. Aryan masih menekan-nekan papan kekuncinya. Dia menoleh ke arah gadis kecil itu. Sarah sedang lena dibuai mimpi di atas sofa berbentuk L di dalam pejabat Aryan. Dia kemudian meneliti jam di pergelangan tangannya. Sudah masuk waktu Zohor.
Telefon bimbit dicapai. 'Ariq Frandy' ditekan.

"Hello. Kau datang office aku sekarang. Jangan nak banyak tanya, just be here in 10 minutes. Bye", talian dimatikan.

            Ariq meletakkan pistol yang dipegang di atas meja. Ariq seorang yang sangat handal dalam menggunakan senjata. Mungkin kisah silam yang mengajarnya. Aryan juga handal, tetapi tidak pernah menggunakannya ke arah keburukan. Tetapi Ariq seorang yang bertentangan dengan Aryan. Dia pembunuh, pendendam, perosak atas sebab satu. Dendam yang belum terbalas.

         Ariq masuk ke dalam Ferrari 488 milik Aryan. Dia perlu ke pejabat abangnya itu atas sebab yang tidak diketahuinya. Tetapi dia tetap akur dengan arahan abangnya.

Ferrari 488 bergerak laju.

             "Yo", sapa Ariq tanpa mengetuk pintu dahulu. Dia hanya menerjah masuk ke dalam pejabat abangnya itu.

"Perlahan lah sikit. Budak tu tengah tidur. Nanti terjaga pulak", Aryan berkata kepada Ariq. Tahu sangat adiknya tidak akan pernah mengetuk pintu dahulu sebelum masuk. Kalau suatu hari nanti Ariq mengetuk pintu terlebih dahulu, mungkin kiamat sudah semakin hampir.

"Budak mana ni ? Anak siapa ni ? Anak siapa kau culik ni, ngah ?", bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ariq. Mata masih memandang ke arah gadis kecil yang sedang dibuai mimpi. Muka gadis itu jelas tiada dosa.

"Shhhh.. Diamlah sikit cakap tu. Aduhh. Ni anak Mikael. Kau pun tahu dia ada anak kan", jawab Aryan.

"Apa anak dia buat dekat sini ?", tanya Ariq.

"Aku jaga sekejap", jawab Aryan ringkas.

"Wow ! Impressive ! Sejak bila kau jadi babysitter pulak ni ?", tanya Ariq. Bibir sudah mengukir senyum.

"Ah, tak payah banyak tanya. Sekarang ni aku nak kau tolong jaga dia sekejap. Aku nak pergi solat", arah Aryan. Kaki sudah melangkah ke arah Ariq.

"What ?! Kau yang pandai-pandai nak jaga dia, then aku pulak jadi mangsa ?", Ariq terkejut. Kening dikerutkan.

"Aku nak pergi solat je pun. Bukannya lama. Sepuluh minit je", kata Aryan dengan muka yang tenang.

"Manalah tahu kau nak buat solat sunat sekali ke. Atau wirid empat jam", kata Ariq. Dia mengambil tempat di sisi Sarah.

"Jaga dia. Kalau aku dapat tahu kau tinggal dia sorang kat sini, kau aku bunuh", kata Aryan.

"Sanggup kau bunuh adik kau sendiri hanya disebabkan budak ni", suara Ariq seakan-akan merajuk.

"Tak kisah", kaki Aryan melangkah keluar dari pejabatnya. Pintu dikatup perlahan supaya tidak mengganggu tidur si kecil.

Ariq mengeluh perlahan. Lelaki dengan watak setan itu sedang melatih dirinya dengan senjata merbahaya, tiba-tiba mendapat panggilan untuk ke mari. Dan akhirnya tugas diberi. Menjadi babysitter.

Really?

          Avrin mencapai iPhone miliknya yang berbunyi ringkas sebentar tadi.

Siap. Kejap lagi saya jemput awak
-Aryan Froy

Okay -Avrin

Avrin terus masuk ke dalam bilik bajunya untuk menyalin pakaian.

             Telefon bimbit Ariq berdering dengan nyaring.

"What ?", tanya Ariq dengan suara yang mendatar.

"Boss. Erin dah bertindak ni, boss. Dia nak bunuh Kevin", beritahu Jayden di hujung panggilan.

"Korang kat mana ?", tanya Ariq. Kevin ialah salah sorang dari anak buah dia dan Aryan. Mana mungkin dia tidak mahu mengambil tahu tentang lelaki itu.

"Gudang kat hujung Taman Melawati", jawab Jayden.

"Tunggu aku sampai", kata Ariq. Panggilan dimatikan. Mata menoleh ke arah gadis kecil yang sedang tidur.

"Haihhh", Ariq mengeluh panjang. Tangan terus mengangkat Sarah ke bahunya. Ringan. Kaki terus melangkah turun dari bangunan. Pintu kereta Ferrari dibuka kasar. Ariq meletakkan Sarah dengan perlahan di tempat duduk penumpang di sebelah. Tali pinggang dipasang kemas.

           "Fuck", Aryan mengeluh selepas melihat kelibat Ariq dan Sarah tiada di dalam pejabatnya. Tangan terus mencapai iPhone miliknya.

"Hello, Hay. Fran mana ?", tanya Aryan kepada Hayden. Dia pasti Ariq tidak akan menyambut panggilannya jika sedang bekerja. Atau lebih spesifiknya, berperang.

"Dia tengah on the way ke sini. Kenapa ?", jawab Hayden.

"Mana ?", tanya Aryan ringkas. Suaranya mendatar.

"Gudang lama Taman Melawati", jawab Hayden.

Panggilan terus dimatikan. Aryan mencapai kunci kereta Audinya. Kaki terus melangkah dengan laju.

Continue Reading

You'll Also Like

116K 5.6K 21
Terbitan, Suara Hati Publication. "Politic is a scary thing, but the world is the scariest. It keeps lying to you." - Haydar Black Dunia memandang su...
449K 7.1K 5
[BOOK 1] Pertemuan dengan raja yang dibesarkan tanpa agama. Menganggap diri adalah Tuhan penakluk, Menyuruhnya tunduk dan mengabdikan diri. "Call me...
313K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
3.2M 28.3K 7
(Terbit PBAS 2023) Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain. Redza mahu menyingkirkan sikap bur...