[Terbit] Jejaka Blue & Gadis...

由 ariaseva

10.8M 259K 44.2K

US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arf... 更多

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION! JBGH DITERBIT?!

Bab 25

145K 7.6K 1.1K
由 ariaseva

"Kau dari mana ni ? Apasal lebam pipi kau ni ? Siapa buat kau ?", bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Erin.

"Takda apalah. Biasalah budak lelaki gaduh berebut awek", Mikael menipu. Erin hanya diam memerhati Mikael.

"So, apa aku kena buat lepasni ?", tanya Mikael sengaja menukar topik perbualan. "Kau tak payah buat apa-apa lagi. Aku dah hantar dua orang budak untuk langgar kereta Avrin bila dia keluar rumah", Erin berkata sambil kaki melangkah ke arah meja kayu yang terletak pelbagai jenis pisau di atasnya.

"Siapa yang kau hantar tu ? Kereta apa yang diorang pakai ?", tanya Mikael ingin mengambil tahu. "Apasal kau nak tahu ?", soalan dijawab soalan.

"Saja je tanya. Kalau tak boleh tanya takpalah aku tak tanya dah lepasni", suara Mikael dibuat-buat sayu. "Yelah yelah. Aku suruh diorang guna kereta buruk je. Sebab baru baru ni Eris pakai kereta Mercedes tapi mat saleh celup tu dapat kesan. So kalau hantar kereta buruk, siapa yang dapat kesan kan ?", Erin berkata sambil keningnya diangkat sebelah ke arah Mikael.

"Kereta apa buruk tu ?", tanya Mikael lagi. "Dua-dua Honda cabuk", jawab Erin selamba. "Dua-dua ?", tanya Mikael lagi. "Iya, diorang pakai kereta yang berasingan. Mudah sikit nak langgar Avrin tu", jawab Erin.

"Tapi kau pasti ke Honda cabuk tu boleh langgar kereta Avrin ?", tanya Mikael. "Kenapa ?", giliran Erin untuk bertanya. "Avrin tu pernah ke pakai kereta yang tak mahal ? Entah-entah nanti budak-budak kau yang mati sebab langgar Avrin, budak tu hidup bahagia je", Mikael berkata lalu terus beredar dari situ. Erin terdiam sendiri. Dia juga ada memikirkan tentang itu, tetapi apakan daya. Dia tidak mahu risiko keretanya menjadi mangsa pula selepas kereta Eris begitu teruk dilanggar oleh Range Rover putih milik Avrin.

"Hey !! Nak pergi mana ?", tanya Avrin kepada Aryan yang sedang menuju ke arah pintu utama. Aryan menoleh ke arah gadis itu. Cantik. Aryan tersenyum sendiri.

"Hello ? Saya tanya ni kan. Yang awak tersenyum sorang-sorang tu kenapa ?", Avrin melambaikan tanganya di depan muka Aryan.

"Saya ada urusan sekejap. Duduk rumah elok-elok ye ?", Aryan berkata sambil membuka pintu utamanya yang berkunci.

"Bawak saya tak boleh ke ? Saya bosan lah duduk rumah sorang-sorang", Avrin mencebikkan mukanya.

"Sekejap je saya pergi. Kak Isha ada kat rumah kan, awak borak lah dengan dia", kata Aryan. Kaki masih berada di tempat yang sama. "Taknaklah. Kak Isha tu asyik tidur je kat dalam bilik. Bosan saya. Please.. Nak ikut..", Avrin sedikit merayu.

"Hey, hey. Janganlah macam ni. Tak tahan saya. Karang saya bawak pergi hotel, nak ?", usik Aryan. Bibir diukir senyum nakal.

"Ish ! Malas lah ikut. Baik saya tidur kat rumah lagi bagus", Avrin seolah-olah merajuk. Kaki terus menuju ke tingkat atas. Aryan tersenyum melihat kecomelan Avrin.

"Sekejap je. Dalam satu jam lagi saya balik ye ?", Aryan berkata dengan suara yang kuat supaya dapat didengari oleh Avrin.

Mikael melangkah kaki di bangunan gah milik Aryan. Dengan sekilas pandang, dia dapat mengagak yang Aryan berkali ganda lebih kaya berbanding Erin. Mana tidaknya, Erin hanya membayar dia RM2000 sebulan manakala Aryan dengan selamba membayarnya RM2000 sehari dengan kerja yang amat mudah.

Tok.. tok.. tok..

"Come in", kedengaran suara Aryan di dalam pejabatnya.

Pintu dibuka dengan perlahan. "Boss, ada orang nak jumpa dengan boss. Dia kata boss yang suruh dia datang sini", gadis berkaca mata itu berkata. Mikael berada di sisinya. "Okay. You may go now", Aryan berkata kepada gadis itu.

Mikael terdiam saat masuk ke dalam bilik kerja Aryan. Sangat besar, sangat gah, sangat mewah, sangat moden, semua sangat.

"Duduk", arah Aryan kepada Mikael. Kaki Mikael melangkah ke arah kerusi di depan meja Aryan. Dia duduk dengan tertib. Menjaga adab lah katakan.

"So, ada informasi baru ?", tanya Aryan. Mukanya nampak tegas tetapi tenang. Tiada senyuman terukir di bibir itu.

"Emm.. Aku cuma dapat sikit. Tapi harap-harap benda ni berguna lah untuk kau", Mikael mulakan bicaranya. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Gemuruh.

Aryan mengangguk tanpa bicara.

"Erin ada hantar dua orang budak untuk langgar Avrin bila Avrin keluar dari rumah", Mikael berkata. "Dua buah kereta Honda cabuk", sambungnya lagi.

Aryan menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Anything else ?", tanya Aryan dengan mukanya yang tenang. Mikael pantas menggelengkan kepalanya.

"You may go now. Pasal langgar-melanggar ni aku pandai nak uruskan", kata Aryan lalu terus membuka fail kerjanya. Mikael tidak banyak bunyi. Dia menganggukkan kepala beberapa kali dan terus bangun dari kedudukannya. Kaki melangkah ke pintu.

"Mikael", panggil Aryan. Mikael menoleh ke belakang. Aryan sedang memandang ke arahnya.

"Kembar dua orang tu ada beri kau apa-apa bayaran tak harini ?", tanya Aryan. Mikael tahu 'kembar dua orang' itu merujuk kepada Jayden dan Hayden yang mempunyai rupa yang sama, warna rambut yang sama dan gaya rambut yang sama. Seperti copy paste.

Mikael menggeleng beberapa kali. "Takpalah. Hari-hari dah diorang bagi duit. Aku buat kerja bukannya banyak pun", Mikael berkata.

"Mikael, aku kenal family kau. Anak angkat yang kau jaga, Sarah. Semua aku tahu. Aku bagi duit untuk kau bantu family kau", kata Aryan.

"Tapi apa yang kau dah bagi tu dah cukup", kata Mikael lagi.

"Ambik ni. Belanja Sarah mainan. Birthday dia dah nak dekat kan ?", Aryan berkata. Tangannya menghulur sampul surat bewarna coklat.

"Macam mana kau tahu birthday dia dah nak dekat ?", tanya Mikael. Dia memang keliru.

"Kalau kau pun aku boleh culik, takkan tarikh birthday anak angkat kau aku tak boleh nak dapat", Aryan berkata. Tangan masih menghulur sampul surat bewarna coklat. Tidak disambut.

"Hmm yelah. Berapa dalam ni ? Aku taknak lah terima kalau banyak sangat. Duit ni halal ke haram pun aku tak pasti", kata Mikael. Mukanya nampak sayu.

Aryan melepaskan nafas berat. "Kenapa kau rasa duit ni haram ? Sebab aku pembunuh ? Sebab kau bekerja dengan pembunuh ?", tanya Aryan. Kening diangkat sedikit.

Mikael mendiamkan diri.

"Kau salah. Aku bukan pembunuh. Dan duit ni, duit income syarikat aku. Takda benda yang haram dalam syarikat aku. Semua halal. Hasil titik peluh aku", Aryan menyambung selepas melihat Mikael hanya mendiamkan diri.

"Dan kau,.. kau bekerja untuk aku sebab kau kena tolong aku. Kau tak nampak ke yang dia cuba untuk bunuh Avrin, bakal isteri aku. Dan kau ada nampak macam aku ni nak bunuh dia ke ?", Aryan berkata. Dia mulai bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke arah Mikael yang tercegat berdiri. Tangan kiri dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tangan kanan pula memegang sampul surat bewarna coklat.

"Tapi kau langgar Eris", Mikael akhirnya bersuara.

"Dia lumpuh je kan ? Tak mati kan ?", Aryan berkata dengan selamba.

"Kalau dia mati macam mana ?", Mikael mulai mengangkat mukanya yang sedari tadi menunduk.

"Aku langgar slow je. Tak mati punya", Aryan berkata selamba lagi.

"Kalau dia mati ?", Mikael bertanya lagi.

"Sekarang dia mati ke ? Tak kan ? So tak payah nak kecoh. Selagi dia tak mati, aku tetap tak dipanggil pembunuh", Aryan berkata dengan tenang. "Jangan banyak cakap. Ambik ni, beli mainan untuk Sarah", Aryan menyambung. Sampul surat bewarna coklat dihulurkan.

"Berapa..", Mikael tidak sempat bertanya. "Seribu je. Cukuplah buat beli mainan", Aryan memotong.

"Hmm..". Sampul surat bertukar tangan. "Terima kasih. Aku akan cakap dekat Sarah yang kau beri dia hadiah", kata Mikael.

Aryan hanya tersenyum. Senyuman pertama buat Mikael. Lelaki yang hampir rogol bakal isterinya.

           "Fuck lah duduk rumah sorang macam ni. Haihh", Avrin mengeluh. Kaki menyentuh air kolam renang di belakang rumah. Sentuh sikit boleh lah. Berenang malas.

"Hey. Best ke cakap sorang-sorang ?", tegur Aryan yang datang dari belakang Avrin. Avrin terlompat sedikit.

"Ish ! Awak ni ! Terkejut saya", Avrin menjeling ke arah Aryan.

Aryan mengambil tempat di sebelah Avrin. Kaki disentuh air.

"Bosan ye duduk sorang-sorang ?", Aryan bertanya. Suaranya yang garau kedengaran sangat lembut. Mencairkan hati ramai gadis.

"Takdalah. Saya suka duduk sorang ni. Pergilah keluar balik tu. Nanti dah kahwin entah-entah saya je yang ada kat rumah. Suami busy kerja", Avrin mengomel. Mukanya masam mencuka.

Aryan tersenyum. "Dah kahwin nanti saya tak keluar rumah lah", kata Aryan.

"Kenapa ?", tanya Avrin. Kening kerutkan.

"Saya layan awak kat dalam bilik", Aryan berkata selamba. Senyum nakal terukir di bibir.

Avrin menjeling tajam. Pantas dia terus bangun dari duduknya. "Dahlah. Malas layan. Saya nak pergi tidur", kata Avrin sebelum melangkah ke dalam rumah.

"Nak keluar jalan-jalan tak ?", tanya Aryan. Kakinya juga melangkah mendapatkan Avrin. Avrin segera berhenti melangkah selepas mendengar soalan Aryan.

"Nak !!", Avrin menoleh ke arah Aryan. Mukanya jelas teruja. Aryan tersenyum. "Pergi siap. Lepastu tunggu saya kat ruang tamu. Saya nak pergi jumpa Ariq dekat office sekejap", Aryan berkata.

"Ish !!! Asyik-asyik pergi office ! Yang dari tadi pergi office tak jumpa Ariq terus kenapa? Suruh tunggu kat rumah, entah-entah berjam pulak nanti awak pergi office", Avrin mengomel.

"Saya balik kejap jenguk awak. Tak tak. 20 minutes", Aryan tersenyum.

Avrin terharu bila mengetahui lelaki itu balik ke rumah hanya untuk menjenguknya. "Promise ?"

"Iya, promise", jawab Aryan dengan senyuman.

Avrin mengukir senyum ikhlas sebelum melangkah naik ke biliknya untuk bersiap.

繼續閱讀

You'll Also Like

22.6K 1.2K 3
Tak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling s...
156K 4.3K 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pi...
29.2K 4K 14
"Kau tahu benda paling bodoh yang aku pernah buat? Iaitu lepaskan orang yang aku cinta pada orang lain. Dan selamanya orang yang aku suka itu, takkan...
3.9M 45.1K 8
his code name: Alpha (COMPLETE) "Dalam hidup aku hanya ada dua tugas yang patut aku jalankan. Yang pertama, tugas aku kepada Allah dan negara. Yang k...