[Terbit] Jejaka Blue & Gadis...

By ariaseva

10.8M 259K 44.2K

US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arf... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION! JBGH DITERBIT?!

Bab 6

166K 9.2K 2.9K
By ariaseva

Avrin baca whatsapp kita -Aryan

Seriously ? How could ? -Qey Aris

Dia nak send phone number dia dekat kau kan tadi -Aryan

Serious lah. Habistu macam mana ni ? Nanti dia tahu lah kenapa kau baik sangat dengan dia -Qey Aris

Tak kut. Cuma dia akan musykil kenapa kau tak tahu yang Avrin ada dengan aku padahal aku selalu whatsapp kau update -Aryan

Habistu macam mana ? -Qey Aris

Takpalah pandailah aku settlekan. Kalau kau jumpa dia nanti, kau iyakan aje lah tau -Aryan

Alright 👌🏻 -Qey Aris

Aryan menghantar whatsapp kepada Qey Aris sambil memandu pulang. Sebal hatinya bila teringat muka Avrin tadi. 'Huhh !'.

Avrin membuka kotak berisi telefon bimbit barunya di ruang tamu.

"Phone baru nampak", tegur Erin yang baru tiba dari biliknya.

"Aryan belanja. Dia nak ganti phone aku yang hilang semalam", terang Avrin.

"Aku tukar number baru. Meh phone kau.. Aku nak isi", sambung Avrin lagi. Telefon pintar Erin bertukar tangan.

         "Hello, daddy", sapa Avrin pada daddy kesayangannya.

"Hello Rin. How could you updated me nothing, Rin. I need an explanation, right now. Why don't you pick up my call ? I worried about you !", suara Dato' Arfan seperti menahan sebak.

"I lost my phone, dad. I'm sorry for not updating", Avrin memohon maaf.

"Okay.. So how was your study ? Is everything good ?", tanya Dato' Arfan prihatin.

"Everything went fine. I haven't start my class yet. Next Monday is my first class", jawab Avrin.

"Where do you live ? Erin's house ? How's your transport ?" tanya Dato' Arfan.

"Yeah Erin's house. I took cab or uber. Erin's house with my U was quite far. I'm thinking bout rent a new house. Maybe somewhere that not that far with my U. Easier for me to go to the class", terang Avrin.

"Ask Abang Aris to help you there, okay ? Anything just call me. I got to go". Talian dimatikan.

Avrin sedar dia mempunyai harta dari ibu bapanya, tetapi keluarga sangat sibuk hingga jarang mereka meluangkan masa bersama.

IPhone milik Avrin tiba-tiba bergetar menunjukkan whatsapp masuk.

Saya ambil awak pukul 10 pagi esok. Okay ? -Aryan

No. Saya tak rasa nak keluar -Avrin

Kenapa ni ? -Aryan

Nothing -Avrin

Tapi abang awak nak jumpa dengan awak -Aryan

Then kenapa dia tak whatsapp saya sendiri -Avrin

Dia suruh saya bawa awak ke Cali. Dia ada urusan. So esok saya pick up at 10, okay ? Sediakan baju sikit. Kita akan tidur rumah abang awak -Aryan

Whatsapp Aryan dibiarkan tanpa balasan. 'What the fish ? Perlu ke Aryan yang beritahu aku semua benda ? Apasal abang tak inform sendiri aje ? Ada aku cincang abang sampai lumat ni'

       I already found that girl -Aryan

       Seriously ? -Hayden

       I'll tell you later. Keep in touch.                          Cau -Aryan

        Ding dong... Ding dong...

"Rin ! Boyfriend kau dah sampai ni !", Erin terjerit.

"Masuklah dulu", pelawa Erin yang hanya mempelawa tanpa memandang kearah Aryan.

Aryan hanya mengatur langkahnya masuk ke dalam rumah. Aryan duduk di atas sofa empuk milik Erin. Matanya meliar seperti mencari sesuatu.

Avrin melangkah ke ruang tamu. Hari ini dia memakai baju yang selesa sahaja oleh kerana dia akan pergi ke California bersama Aryan. T shirt plain berwarna putih dipakai dengan cardigan jaring bewarna krim. Seluar skinny putih susu dijadikan padanan dengan bajunya. Kasut Converse high cut berwarna putih dipakai. Rambutnya dibiarkan bebas.

Avrin terus duduk di sebelah Aryan tanpa toleh dan teguran. Uk tidak ak pun tidak. Jadi bisu.

Aryan menoleh kesebelah. Kening dinaikkan sebelah.

"Marah lagi ke ni ?" tanya Aryan.

"Jom lah karang lambat pulak nak sampai Cali", ajak Avrin.

Avrin menggalas begnya kemudian bergerak ke arah pintu.

Aryan hanya memerhati tanpa gerakan. Avrin kemudian menoleh.

"Memang nak tercegat dekat situ jeke ?", tanya Avrin tegas. Kening sudah dikerutkan.

Aryan bangun dari kedudukan. Pantas bergerak ke arah pintu.

"Erin !! Aku gerak dulu !!", jerit Avrin kepada Erin yang sedang menjamu selera di dapur.

"Okay ! Take care !", pesan Erin dengan pelat dek penuh makanan di dalam mulut. 'Take care konon. Puih....' getus Aryan.

Aryan dan Avrin masuk ke dalam kereta Mercedes milik Aryan.

"Kita nak pergi sana dengan kereta ke ?", tanya Avrin sejurus selepas masuk ke dalam kereta.

"Tak. Jet", jawab Aryan.

"Saya pantang betul kalau saya tanya tapi orang buat main tau", suara Avrin sudah dinaikkan satu oktaf.

Aryan kemudian hanya tersenyum dan meneruskan pemanduannya.

"Kat mana ni ?", tanya Avrin selepas mereka tiba di satu tempat kelihatan seperti lapangan terbang tetapi hanya beberapa makhluk saja yang terdapat disitu. Bangunan itu tampak mewah dan gah.

"Sini lah terletaknya private jet", jawab Aryan sambil memarkir keretanya di basement.

"Habistu kita buat apa kat sini ?", tanya Avrin. Mukanya jelas kebingungan.

"Saya dah kata kita akan naik jet kan", jawab Aryan selamba.

'Okay this is crazy' getus Avrin.

"Jom", Aryan membuka pintu kereta.

Aryan dan Avrin jalan beriringan masuk ke dalam bangunan mewah itu. Selepas Aryan menyelesaikan hal-hal di kaunter.

Avrin sempat meneroka ruangan yang besar disitu. Dia pernah naik private jet bersama daddynya suatu ketika dahulu. Tetapi tempat penerbangan di Kuala Lumpur tidaklah sebesar ini.  Tiba-tiba...

"Ar !!! Ar !!!", jerit seorang perempuan yang sedang berlari kearah Aryan.

Avrin yang berada di tempat menunggu memandang ke arah perempuan tersebut.

Aryan yang berada di kaunter terus menoleh ke belakang.

"Nadia ??", Aryan bertanya perlahan pada diri sendiri.

Aryan memandang ke arah Avrin yang berada di tengah ruangan. Wajah gadis itu jelas kelihatan pelik.

"Kenapa you tak cakap you nak fly ke Cali ? I nak ikut juga", gadis yang dikenali sebagai Nadia itu berbicara selepas sampai di depan mata Aryan.

"I pergi ada urusan. Mana you tahu yang i pergi Cali harini ? Yang you nak ikut kenapa ?", tanya Aryan tidak puas hati.

"Saja temankan you. Aunty Keren yang bagitahu i lepas i datang rumah you tadi. Pleasee... I nak ikut", perempuan itu sedikit merayu.

"Ish. Tak payah teman lah. Bukannya i tak biasa. Dahlah you pergi balik sana", halau Aryan.

"Kalau you tak bawak i, i jerit biar satu bangunan ni dengar" ugut Nadia.

"Okay okay okay.. Tapi jangan ganggu urusan i. Faham ?", Aryan mengalah selepas mendengar Nadia sudah mula menjerit.

Aryan mengeluh.

"Hey.. Kita bertolak pukul 12. Ada lagi sejam", tegur Aryan selepas mendapatkan Avrin.

Avrin hanya mengangguk.

"Budak tu ikut sekali", Aryan tunjuk ke arah Nadia yang sedang membeli air.

"What ? Are you nuts ? Apa kejadahnya budak tu ikut sekali ? Kita nak pergi jumpa abang i kut ! Bukannya berjalan !", marah Avrin.

Aryan mengambil tempat di sebelah Avrin.

"Saya tak boleh nak buat apa. I'm sorry...", Aryan memohon maaf ikhlas. Kepala ditundukkan sedikit. '

The hell lah minat terpekik terlolong tadi tu ikut' Avrin hanya berkata dalam hati.

"Siapa dia tu ?", tanya Avrin dengan suara yang sudah diturunkan oktaf.

"Kawan saya. Kawan masa kecil je sebenarnya. Dah besar ni dia yang beria sangat padahal saya taknak pun berkawan dengan dia", jawab Aryan jujur.

Avrin hanya mengangguk.

"Hey you.. i ada belikan...", Nadia tidak habis katanya.

"Siapa you ?", Nadia tanya Avrin.

Aryan ingin menjawab tetapi pantas Avrin memegang tangan Aryan.

"Avrin. Saya girlfriend Aryan. Kami akan berkahwin selepas saya habis study". Dengan tenang, Avrin menjawab. Riak mukanya sangat tenang.

Aryan dan Nadia dua-dua kelihatan terkejut. Tapi Aryan cepat-cepat padam muka cuaknya.

"Is that true. Ar ?", tanya Nadia untuk mendapat kepastian.

Aryan berkira-kira untuk menjawab. Jantungnya bergerak pantas.

"Iya. Betul lah tu", jawab Aryan dengan muka tenang.

Avrin tersenyum kemudian melentokkan kepalanya di bahu Aryan.

Aryan terkejut tetapi hanya mengikut. Tangan Aryan diusap lembut oleh Avrin. Jatung Aryan seperti mahu melonjat keluar. Nafsu lelakinya membuak. Nadia menjadi tidak senang melihat.

"Untung you. Dapat bakal isteri cantik macam ni. Ada udang disebalik batu ye ?", Nadia memuji Aryan kemudian bertanya kepada Avrin.

  "You buat apa dekat sini ? You dah menganggu privacy kami berdua", pedas Avrin melawan.

Kepalanya masih di atas bahu Aryan.

"You guys belum kahwin pun lagi ! And Ar is my best friend ! We were close since we were childhood !", tegas Nadia.

"And who cares ?", ringkas, mudah, tetapi sangat menyakitkan hati Nadia.

Tangan Avrin masih mengusap lembut tangan Aryan.

Lelaki itu menjadi seperti tiang. Tidak bergerak. Aryan hanya memerhati dua gadis itu berbalah mulut. Aryan sedar Avrin ialah seorang gadis yang tidak boleh dipijak sesuka hati.

"I see you in an hour, Ar. Bye !", Nadia terus berlalu pergi meninggalkan pasangan itu.

"Are we gonna marry soon ?", tanya Aryan dengan tawanya di hujung ayat.

"Kalau awak masuk merisik, kita kahwin lah" jawab Avrin selamba.

Tangannya dialih dari tangan Aryan. Kepalanya juga kembali ke tempat asal.

"Awak tak boleh buat sesuka hati macamtu tadi tau tak ?", jelas Aryan.

"Kenapa ?", tanya Avrin sungguh.

"Awak jangan lupa yang saya ni lelaki. Kalau saya terkam awak tadi siapa yang susah ? Saya jugak yang susah", jelas Aryan dengan tawanya yang berdekah.

"Ishhh awak ni", Avrin menoleh ke arah berlainan.

Mereka bertiga masuk ke dalam perut private jet milik keluarga Aryan itu dengan pantas.

Avrin mengambil tempat di sebelah kiri manakalah Aryan mengambil tempat di sebelah kanan Avrin. Nadia mengambil tempat bertentangan dengan Aryan. 10 minit pertama hanya bunyi radio sahaja yang terpasang.

"You tak check latar belakang bakal isteri you tu ke, Ar ? Mana tahu dia nak dekat you sebab duit you jeke", Nadia memulakan perbualannya dengan Aryan.

Aryan hanya menggeleng. Dia tidak mahu melayan gadis ini seorang. Menjengkelkan.

Avrin menutup matanya dengan penutup mata, tetapi dia masih boleh mendengar dengan teliti. Sebab tiada manusia di dunia ni mendengar menggunakan mata.

"Betul.. Baik you check balik latar belakang dia ni. Anak siapa, asal mana. Entah-entah parents dia yang suruh dia kikis you. Iyalah orang sekarang kan susah nak dipercayai", sambung Nadia lagi.

Avrin yang mendengar, terus bertindak. Penutup mata dibuka laju.

"Saya pening kepala lah. Bising. Boleh tak awak urut kepala saya ?", pinta Avrin.

Aryan pantas menoleh selepas mendengar suara Avrin.

"Haa ? Pening sangat ke ? Jom pergi kat bed, saya urut kepala awak. Lepastu awak tidur ye ?", kata Aryan lembut.

Avrin hanya mengangguk. Mereka berdua bergerak ke arah katil di belakang pesawat.

Nadia ketap gigi melihat Aryan seperti menganggap dia tidak wujud. 'Ishhh !!' marah hatinya.

Avrin baring di atas katil. Aryan duduk di tepi bahu Avrin.

"Pening kepala betul ke ni ?", tanya Aryan. Matanya meneliti keadaan Avrin.

"Tak pun. Serabut dengar minah tu memfitnah saya yang bukan-bukan", jawab Avrin jujur.

Matanya memandang Aryan yang sedang memandangnya. Mata biru Aryan jelas menampakkan yang dia tercuit.

Aryan tersenyum.

"Awak jeles ke ?", tanya Aryan dengan senyuman nakal tidak lekang dari mulutnya.

"Mana ada. Perasan aje", jawab Avrin. Jantungnya berdegup dengan laju. Pantas dia mengalih pandangan ke arah berlainan.

"Iyalah. Awak tidur lah dulu. Nanti saya kejut kalau dah sampai", kata Aryan.

"Awak duduklah sini dengan saya", Avrin nampak begitu manja.

Aryan hanya tersenyum. Dia kemudian mengambil tempat di katil sebelah. Badan dihempas.

    California

Avrin bangun dari kedudukannya setelah pesawat itu mendarat. Dia memandang ke arah Aryan. Wajah mulus itu diperhati. Sangat kacak. Mukanya nampak sangat baik walaupun sedang tidur. 'Dah sampai nak kejut konon. Dia yang terbongkang'.

Nadia pantas mendekati Aryan. Avrin tahu niatnya yang ingin mengejut 'bakal suami' palsunya itu.

Dengan pantas, Avrin menghalang Nadia.

"He's my future husband. I got him, thank you", Avrin berkata sambil mendepakan tangan seperti menyuruh Nadia beredar dari situ.

Nadia mengetap gigi dan berlalu pergi.

"Awak.. Kita dah sampai", kejut Avrin perlahan.

Aryan membuka mata perlahan-lahan. Matanya masih kabur.

Aryan tersenyum melihat Avrin yang berada di depan matanya.

Aryan bangun dari kedudukan. Tangan Avrin dipegang. Avrin hanya mendiamkan diri.

Selepas melihat Avrin diam, Aryan tersenyum.

"Jom", ajak Aryan.

Mereka turun dari pesawat dengan berpegangan tangan. Nadia yang sudah berada di bawah hanya mengetap gigi.

Mereka kemudian menaiki kereta yang telah disediakan dan terus menuju ke tempat yang diingini.

Pent House Jouise, California

Mereka tiba di rumah Qey Aris. Qey Aris sudah menunggu di depan pintu.

"Yo, brother", Qey Aris dan Aryan Froy Louise berjabat tangan cara lelaki.

Kemudian Qey Aris mendapatkan Avrin.

"Adik !!!", dengan teruja mereka berpelukan. Aryan hanya tersenyum di sisi.

"Siapa ni ?", tanya Qey Aris sejurus selepas melihat kelibat gadis berambut hitam itu.

"Nadia. Ar's childhood friend", terang Nadia.

"Qey Aris. Avrin's most handsome brother", Qey Aris perkenalkan dirinya.

Mereka berjabat tangan.

"Are you gonna stay with us too ?", tanya Qey Aris.

"Yes of course. So you ni bakal abang ipar Ar lah ye ?", tanya Nadia ramah.

Qey Aris menandang ke arah Aryan dan Avrin bergilir-gilir.

"Haah i bakal abang ipar Ar", jawab Qey Aris sambil memeluk bahu Aryan dan ditekan-tekan.

Aryan hanya menahan kesakitan.

Avrin hanya berdiam diri.

"Eh masuklah. Housemate i balik kejap lagi", pelawa Qey Aris. Mereka melangkah masuk.

Pantas tangan Aryan dipegang. Dia dibawa ke hadapan rumah.

"Okay now tell me. What are you guys doing, 'bakal adik ipar' ?" tanya Qey Aris dengan sengaja menekankan perkataan bakal adik ipar.

Aryan kemudian tergelak terbahak-bahak. Qey Aris mengerutkan dahi.

Pangggg !!  Satu tamparan mengena pipi Aryan. Aryan mengaduh kesakitan.

"Woii apa kau buat ni ?! Aku dua tahun lagi tua dari kau, tahu tak ?!", marah Aryan sambil mengusap-usap pipinya.

Giliran Qey Aris pula tergelak terbahak-bahak. Perutnya ditekan-tekan.

Aryan mulai geram dengan lelaki berhati busuk dengan mata berwarna hazel di depan matanya ini.

"Yes. I'm gonna marry her", satu jawapan. Aryan terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Qey Aris yang terpinga-pinga di luar rumah.

Qey Aris masih meneliti ayat kawan baiknya itu tadi. 'Fuck ! Datang-datang cakap nak kahwin dengan adik aku ? Apa benda nya semua ni ?! Dah jatuh cinta ke apa ?!'

Continue Reading

You'll Also Like

22.6K 1.2K 3
Tak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling s...
2.2M 132K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
452 73 11
HIS SERIES : 1 I will loving you until my last breath. Tanpa rasa cinta, bolehkah semua berjalan seperti yang diaturkan? Dipaksa mencintai, tak seind...
29.2K 4K 14
"Kau tahu benda paling bodoh yang aku pernah buat? Iaitu lepaskan orang yang aku cinta pada orang lain. Dan selamanya orang yang aku suka itu, takkan...