[Terbit] Jejaka Blue & Gadis...

By ariaseva

10.8M 259K 44.2K

US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arf... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION! JBGH DITERBIT?!

Bab 4

186K 9.7K 2.4K
By ariaseva

        Tok.. tok.. tok..

         "Rin ! Boyfriend kau datang ni ! Tak bangun lagi ke woi !", Erin menjerit dari luar pintu bilik Avrin.

         Avrin membuka mata perlahan-lahan. Masih mengantuk.

'Siapa pula bising pagi-pagi buta nii' getus hati Avrin. Avrin melangkah keluar dari bilik.

Dengan badan terhuyung-hayang, Avrin terus pergi ke dapur.

          "Hi tak solat subuh ke tadi", suara garau itu tegur Avrin dari belakang.

Avrin tersentak. Dia pantas menoleh.

           "Nice pijamas by the way", Aryan memuji baju tidur berwarna pink dengan bercorakkan kartun Pooh itu.

          "Arghhhh !!", Avrin terus mencerit. Tapi masih berdiri di situ.

          "Kau dah kenapa ni ?", tanya Erin yang baru melangkah masuk ke dapur itu.

          "Weiii macam mana ada mamat ni kat sini ni ?!", Avrin separa jerit.

Aryan masih tercegat di depan Avrin sambil tersenyum nipis.

          "Aku dah kejut kau dah tadi. Aku dah cakap kan yang boyfriend kau datang. Yang kau terkejut macam tak tahu apa ni kenapa ?", terang Erin.

          "Aku tak sedar apa-apa pun Erin !", Avrin masih separa jerit.

Senyuman Aryan makin melebar melihat kecomelan Avrin.

          "Apa kau cakap tadi ? Boyfriend aku ?", tanya Avrin yang baru sedar apa yang disebutkan oleh kawannya itu tadi.

          "Iyalahh boyfriend kau. Sampai hati kau kan, dah ada boyfriend tak bagitahu aku pun", jawab Erin.

Avrin masih dengan muka blurnya.

         "Pergi bersiap, sayang. Saya nak bawa awak keluar", tiba-tiba Aryan bersuara.

           "Haaa ?!" Avrin masih tidak tahu apa-apa. Jantung Avrin bagai nak gila bila terdengar Aryan memanggilnya 'sayang'.

           "Pergilah bersiap tu. Aku pun nak keluar ni", celah Erin lalu melangkah keluar dari dapur.

          "Nanti saya jelaskan. Tolong bersiap dulu please ?", Aryan memberitahu selepas memastikan bayangan Erin hilang dari pandangan.

Avrin tidak banyak songeh, dia terus melangkah masuk ke biliknya. Debaran masih terasa di jantungnya.

          "Hi", tegur Avrin pada Aryan yang sedang membelek iPhonenya di ruang tamu rumah Erin itu.

Aryan meneliti Avrin dari atas ke bawah. Jatung Aryan berdegup dengan kencang.

Avrin memakai plain dress lengan pendek berwarna pink cair. Dressnya menutupi bawah lututnya. Kasut boot berwarna pink pudar itu dipakai oleh Avrin dengan sangat comel. Rambut Avrin pula diikat sanggul, menampakkan Avrin sangat anggun.

         "Hello ?", tegur Avrin pada Aryan yang seperti baru lepas nampak hantu itu.

Avrin menjadi segan apabila Aryan memandangnya dengan mata yang tidak berkelip.

         "Ahh.. Jom", tersekat-sekat Aryan berbicara. Matanya dipandang ke arah berlainan.

Aryan pandai mengubah riak mukanya menjadi tenang semula.

Aryan dan Avrin masuk ke dalam kereta jenama Lexus itu. Avrin sedar yang itu adalah kereta yang dibawa oleh Ariq tempoh hari semasa mengambil dia dan Aryan dari airport.

         "Ni bukan kereta Ariq ke ?", tanya Avrin.

Kereta jenama Lexus itu meluncur keluar dari tempat parking Pavilion Condominium.

         "Haah. Saya bawa kereta dia", jawab Aryan sambil memandu.

          "Kenapa bawa kereta dia ? Dia tak guna ke ?", tanya Avrin lagi ingin tahu.

          "Hahaha. Dia ada banyak lagi kereta lah. Dia tak kisah pun saya rembat satu", jawab Aryan dengan gelaknya.

          "Kenapa bawa kereta dia ? Kenapa tak guna kereta awak je ?", tanya Avrin lagi.

          "Kereta saya semua jenis sport. Macam tak padan pula kalau nak bawa awak", jelas Aryan.

          "Saya okay je naik R8 awak haritu", Avrin berkata lagi.

          "Awak suka naik Audi ke ? Ke R8 tu je yang awak suka ?", giliran Aryan pula menanyakan soalan.

          "Suka. Kat Malaysia saya pakai Audi lah. Abang Long saya pun minat pakai Audi", jelas Avrin.

          "Ohh. Awak pakai Audi apa kat Malaysia ?", Aryan masih dengan soalan. Mencuba untuk tidak berhenti dari berborak.

         "TT", ringkas Avrin jawab.

         "Nak bawak saya kemana ni ?", akhirnya Avrin bersuara tentang destinasi mereka.

          "Beli phone baru. Awak tukar number lain jelah ye. Nanti saya settlekan hal number lama awak tu", jelas Aryan.

        "Kenapa awak baik sangat ?", tanya Avrin lalu menoleh ke arah Aryan yang sedang memandu.

Lelaki itu masih nampak bergaya walau hanya memakai t shirt Polo berwarna hitam. Kaca mata hitam yang dipakai oleh lelaki itu lagi menambahkan kekacakan lelaki itu.

           "Saya tahu saya handsome, janganlah pandang saya macamtu. Bukan apa, takut accident je nanti", usik Aryan yang menyedari dirinya diperhatikan.

Avrin pantas menoleh kearah berlainan. Soalannya tadi tidak terjawab.

           "Kita pergi NYC Mall dulu ye ?", soal Aryan selepas beberapa minit hanya mendiamkan diri.

           "Okay. Kenapa awak cakap kat Erin yang awak tu boyfriend saya ?", tanya Avrin yang mengigati tentang kata-kata Erin di rumah tadi.  

           "Untuk keselamatan awak. Jangan tanya apa-apa dah lepasni. Saya cuma mintak awak percayakan saya je. Boleh ?", Aryan berbicara dengan sangat lembut.

          "Hah ? Saya tak fahamlah", suara Avrin makin meninggi.

          "Nanti saya terangkan, tapi bukan sekarang. Sampai masanya saya akan terangkan, okay ? Buat masa sekarang tolong percayakan saya. Boleh ?" pinta Aryan lagi. Nada suara masih lembut.

           "Kenapa pulak ?" tanya Avrin seperti anak kecil.  

           "Please Avrin...", Aryan sedikit merayu.

          "Okay okay saya percayakan awak", Avrin bersuara.

Dia pun jadi cair bila Aryan membuat suara begitu menggoda. Tidak sampai hati pula kacau dikecewakan. Aryan tersenyum selepas Avrin akhirnya mempercayainya.

         NYC Mall, New York City

Aryan dan Avrin melangkah masuk ke dalam mall beriringan. Aryan masih tidak lepas pandang ke arah Avrin setiap kali gadis itu memandang ke arah lain. Takut kantoi yang dia memerhati gadis itu. Kecantikan Avrin sangat terserlah hari ini. Aryan pun tidak yakin yang dia dapat menahan rasa untuk memeluk Avrin itu.

           "Nak pergi mana dulu ?", tanya Avrin. Mereka berhenti di satu sudut.

           "Jom pergi Apple Store dulu", jawab Aryan. Mereka kemudian berjalan beriringan menuju ke tingkat tiga.

Tiba-tiba Avrin dilanggar seorang perempuan.

          "Auchh !", Avrin separa jerit. Badannya hampir melayang tetapi sempat Aryan memegang bahunya.

         "Opps ! Sorry, girl. Eh ! Hi Froy ! What are you doing here ?", kata gadis berambut merah itu apabila menyedari Aryan Froy Louise berada di samping Avrin.

Aryan tidak menampakkan apa-apa reaksi. Mukanya tenang sahaja tetapi tidak dengan senyuman.

          "Shopping with my girl", jawab Aryan selamba.

          "Well.. well.. well.. Who knows you would love someone who had hazel eyes. New girl haa ? Have you fuck her yet ? Of course you had, right ? Seems like she lovrs you cause of your money dude", gadis berambut merah itu berkata lagi. Tetapi kali ini cukup menyakitkan hati Avrin.

'Fuck ? Gila ke minah ni ? Kau ingat aku macam kau ke ?' getus Avrin di dalam hati.

          "Stop it Letty. She is totally not like you. And i'm not like Charlie. You may go now", jawab Aryan.

Riak mukanya masih tenang. Tangannya memegang tangan Avrin.

         "Well.. We'll see how long your dick would be calm. Bye !", gadis yang digelar 'Letty' itu berbicara sebelum melangkah pergi dengan badan yang saja dibuat-buat mantap.

          "Dah kenapa dia tu ? Saya baru nak lempang tadi", Avrin bersuara akhirnya.

        "I'm sorry. Dia takda hak nak cakap macamtu tadi. Awak jangan ambik peduli apa yang dia kata ye ?", kata Aryan dengan tenang. Tangannya masih memegang tangan Avrin.

          "Takpalah. Siapa je tak fikir macamtu. Saya pun bukannya baik sangat. Awak pulak anak orang kaya. Siapa je yang tak fikir kan. Tapi dia tu siapa sebenarnya ?", jawab Avrin juga tenang.

         Tangan yang dipegang oleh Aryan itu dilepaskan. Dia kemudian memeluk tubuh. Aryan yang menyedari itu terus memohon maaf.

          "Sorry...".

         "Dia tu ex-girlfriend Charlie. Charlie tu kawan Ariq. Dia dengan Charlie selalu juga lepak rumah saya. Saya pun lepak lah sekali sebab saya okay je dengan semua orang. Tapi Charlie tu just gunakan rumah saya untuk melepaskan hawa nafsu dia dekat girlfriend dia tu je. Boleh kata setiap kali lepak diorang akan emm emm..", Aryan menerangkan kepada Avrin.

          "Wow sampai macamtu sekali. Then kenapa dia cakap saya dekat dengan awak sebab duit awak je ?" soal Avrin lagi.

          "Dia tu yang tak sedar diri. Dia dengan Charlie tu yang rapat dengan keluarga saya sebab nak duit je. Dulu hari-hari dia dengan Charlie akan suruh saya dengan Ariq belanja diorang barang berjenama", terang Aryan jujur.

Avrin mengangguk-anggukkan kepalanya.

          "Awak ada terfikir yang saya dekat dengan awak sebab duit tak ?", soal Avrin.

          "Hah ? Apa awak merepek ni hahaha. Saya kenal awak Avrin. Quin Avrin, 23 tahun, model sementara dekat brand berjenama Malaysia yang akan masuk peringkat international, anak kepada Dato' Arfan iaitu generasi ke-8 dalam syarikat Petronas. Ibunya pula Datin Quin Avin, pemilik penuh brand Q.AV's yang akan masuk peringkat international tak lama lagi. Am i right ? Awak anak jutawan Malaysia. Kenapa saya perlu risau awak akan kikis duit saya. Entah-entah saya yang kikis duit awak hahahah", terang Aryan dengan muka yang dibuat-buat bijak sambil tergelak di akhir ayat.

         "What the fish ?! How could you know about me so well ? Are you spying me ?", kata Avrin selepas terkejut mendengar keterangan Aryan tadi.

Semuanya fakta.

Aryan hanya tersenyum apabila anak jutawan Malaysia itu nampak begitu terkejut.

         "Awak dah tahu pasal saya tapi saya sikit pun tak tahu pasal awak. Tak aci lah macamtu !", suara Avrin sengaja dibuat buat rajuk.

Aryan tersenyum lagi.

         "Nanti saya beritahu pasal saya pula ye ? Jom cari phone yang awak nak dulu", kata Aryan selepas mereka tiba betul-betul di hadapan Apple Store.

Avrin hanya mengangguk.

Avrin masuk ke dalam kedai yang besar itu. Dia kemudian membelek satu persatu telefon pintar yang ada di dalam kedai itu.

          "So awak nak yang mana ?", tanya Aryan selepas berdiri di tepi gadis bermata hazel itu.

          "Saya nak iPhone 7plus jelah. Tapi nak colour rosegold. Hehe", jawab Avrin.

IPhone 7plus ditangan dibelek beberapa kali.

          "Kenapa 7 ? Kenapa taknak iPhone X ?", tanya Aryan yang sedang membelek iPhone X yang berada bertentangan Avrin.

        "Tak minatlah. Takda button hahaha", jawab Avrin sambil ketawa kecil.

        "Kalau macamtu ambil iPhone 8plus lah", kata Aryan.

Avrin hanya mengangguk. Kemudian Aryan pergi mendapatkan pekerja disitu. Avrin hanya memerhati.

Lima minit kemudain Aryan datang dengan beg plastik yang berisi iPhone 8plus yang telah dibayarnya.

         "Nah. Saya beli rosegold 256gb. Okay ?", kata Aryan sambil menghulur beg plastik ke arah Avrin.

          "Ishhh. Jom pergi bank. Saya bayar balik", kata Avrin dengan suara yang mendatar.

Beg plastik bertukar tangan.

          "Tak perlulah. Bukannya mahal pun. Jom pergi makan. Awak nak makan kat mana ?", kata Aryan selamba sambil berjalan keluar meninggalkan Avrin terpinga-pinga di belakang.

Kemudian Avrin mengikuti langkah Aryan.

         "Tahulah kaya", perli Avrin sambil mata dipandang keatas.

Aryan hanya tergelak.

          "Jom makan Juicy Crispy. Sedap situ. Saya boleh cerita pasal diri saya dekat situ. Nak ?", ajak Aryan.

Kaki sudah mula melangkah pergi ke restoran Juicy Crispy yang berada di tingkat satu. Avrin hanya mengikut.

         "Okay", lambat-lambat akhirnya Avrin menjawab.

Mereka beriringan masuk ke restoran. Seorang pelayan mendekati mereka. "For two please", tanpa ditanya Aryan sudah berbicara dahulu.

Pelayan itu kemudian menghantar Aryan dan Avrin di meja paling hujung restoran, bersebelahan dengan cermin kaca.

Aryan hanya mengangguk dan terus duduk. Avrin mulai sedar yang Aryan seorang lelaki yang susah untuk mengukir senyuman dengan orang sekeliling.

          "Nak makan apa ?", tanya Aryan selepas membelek menu yang diletakkan di atas meja itu.

            "Fish n chip jelah. Saya takda rasa nak makan benda lain buat masa sekarang", jawab Avrin.

Dia memang tidak mempunyai selera untuk memakan makanan yang lain.

Aryan hanya mengangguk.

         "Nak air apa ?" tanya Aryan selepas dia memesan makanan kepada pelayan.

Pelayan lelaki itu masih berdiri di tepi meja sambil menunggu pesanan minuman pula.

         "Honeydew", pendek Avrin menjawab. Sekali lagi Aryan mengangguk.

         "So tell me about you", pinta Avrin.

Aryan yang sedang memandang ke arah luar itu terus menoleh memandang mata hazel yang cantik milik Avrin.

Jantungnya berdebar setiap kali memandang mata hazel itu. Tidak sangka Avrin kini berada di depan matanya.

            "Saya anak jutawan Amerika yang ke-8", Aryan jawab dengan jujur.

            "Wow. Okay tell me. Business ? Or ?", tanya Avrin. Reaksi mukanya jelas menampakkan yang dia sangat kagum dengan apa yang baru didengarinya.

           "Business. Kapal terbang yang awak naik haritu. Louise Airlines. Itu family saya yang punya", terang Aryan. Tangannya mengusap belakang tengkuknya.

           "Seriously ?!! Wow !! Saya penumpang tetap airlines tu tau tak ? Tak sangka pula awak pemilik syarikat penerbangan tu !", teruja Avrin.

'Patutlah Louise Airlines. Kenapa aku tak terfikir pulak yang Aryan punya nama belakang ialah Louise', getus Avrin dalam hati. Mukanya masih teruja. Mata bulat hazelnya jelas membesar.

          "Bukan saya punya la. Family saya. Sebabtu haritu saya kata staff kat situ tak berani marah saya kan. Sebab saya anak pemilik haha", Aryan cuba membetulkan ayat Avrin.

            "Awak punya juga lah kiranya. Patutlah awak berani. Lagi ? Business apa lagi yang family awak ada ?", tanya Avrin ingin tahu.

             "Family saya ada syarikat penerbangan dan syarikat yang menguruskan hal business-business yang kecil seperti mall, shopping complex, hotel dan brand. Disebabkan saya anak anak kedua dalam keluarga, jadi saya yang menguruskan business kecil-kecil tu kecuali brand. Brand kami sendiri diuruskan oleh Ariq. Ariq tu pemalas. Dia taknak uruskan yang lain tapi brand tu je dia nak uruskan", terang Aryan panjang lebar.

             "Apa nama brand keluarga awak ?", tanya Avrin.

            "The Louise. Hahaha. Semua ada nama family. Brand saya yang saya tubuh sendiri je takda nama keluarga", terang Aryan dengan muka yang rendah diri.

            "Awak ada brand sendiri ? Wow seriously wow. Apa nama brand awak ? I'm so proud of you !", puji Avrin ikhlas. Aryan tersenyum malu.

           "F.L. Collins", jawab Aryan sepatah.

           "Jenama tu bukan ke ada kat banyak barang selain pakaian. Rasanya jenama makanan kucing saya pun F.L. Collins hahaha", Avrin tergelak di akhir ayat.

Aryan tersenyum.

          "Thanks support brand saya", Aryan tersenyum.

          "So brand makanan kucing tu pun awak punya ?", tanya Avrin lagi.

Aryan hanya mengangguk.

Avrin masih teruja dengan apa yang baru didengarinya.

Avrin terasa sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan Aryan. Keluarga lelaki itu jauh lebih berjaya berbanding keluarganya. Brand milik ibunya sendiri pun baru nak dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Tetapi brand milik kepunyaan Aryan sudah lama berada di peringkat antarabangsa. Betapa kecilnya diri dia sekarang ini. Dia hanya kaya dengan harta keluarga, tetapi harta dari hasil titik peluhnya sendiri langsung takda.

           "Habistu kenapa awak nampak macam tak busy pun", tanya Avrin lagi.

           "Saya suruh orang lain uruskan semua. Saya ni kira pemilik jelah hahaha", jawab Aryan selamba.

          "Tapi sometimes saya kena uruskan sendiri juga", sambung Aryan lagi.

Avrin hanya mengangguk tanda faham.

           "Umur awak berapa ?", tanya Avrin lagi.

           "27 tahun. Tua dah. Awak je yang muda lagi", jawab Aryan.

          "Ohh awak sama umur dengan Angah saya. Dia pun 27 tahun. Tapi umur awak tu terlalu muda untuk jadi pemilik brand ternama hahaha", Avrin ketawa.

Aryan terpegun melihat Avrin ketawa. Manis. Anggun. Sangat cantik.

          "Jom makan dulu", Aryan mengajak selepas makanan mereka dihantar oleh dua orang pelayan perempuan. Avrin hanya mengangguk.

       "Alhamdulillah", ucap Aryan selepas mengisi perutnya dengan grilled lamb itu. Avrin hanya tersenyum melihat Aryan yang kekenyangan itu.

         "Jom !", ajak Aryan.

         "Pergi mana ?", tanya Avrin sambil mengikut langkah Aryan yang sudah bergerak keluar restoran.

          "Pergi rumah saya", jawab Aryan selamba.

        "Haaa ?! Nak buat apa kat rumah awak ?", tanya Avrin dengan suara yang terkejut. Muka jelas kelihatan sedikit pucat.

          "Hahaha janganlah takut sangat. Pergi rumah family saya lah. Saya nak kenalkan awak dengan diorang", jelas Aryan.

Aryan tersenyum lebar menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik itu.

          "Nak buat apa kenalkan saya kat diorang ?", tanya Avrin lagi.

          "Mummy dengan daddy saya tanya saya keluar dengan siapa. Jom jelah. Diorang tak makan awak punya lah. Jangan risau. Tapi kalau diorang makan awak, saya makan diorang balik hahaha", usik Aryan.

Avrin tergelak mendengar gurauan Aryan itu tadi.

          "Iyalah iyalah. Jom", ajak Avrin.

Aryan hanya tersenyum.

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 32.9K 12
SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER Tarikh preorder bermula 25/05/2023 Harga: SM: RM28.00 SS: RM31.00 Status: Completed Tengku...
453 73 11
HIS SERIES : 1 I will loving you until my last breath. Tanpa rasa cinta, bolehkah semua berjalan seperti yang diaturkan? Dipaksa mencintai, tak seind...
116K 5.6K 21
Terbitan, Suara Hati Publication. "Politic is a scary thing, but the world is the scariest. It keeps lying to you." - Haydar Black Dunia memandang su...
10.8M 227K 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak...