[Terbit] Jejaka Blue & Gadis...

By ariaseva

10.8M 259K 44.2K

US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arf... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION! JBGH DITERBIT?!

Bab 2

271K 11.1K 4.7K
By ariaseva

Dengan pantas Avrin bergerak menuju ke balai pelepasan. Kawasan menunggu bagi penumpang first class agak jauh sedikit dari economy class dan business class. Tempat menunggu bagi first class jauh lebih selesa dan sedikit orang daripada tempat menunggu economy class.

Avrin memerhati tempat menunggu economy class dari jarak jauh, 'crowded gila kut' tuturnya dalam hati.

Dia tidak sedar akan dirinya sedang diperhatikan dari jarak dekat. Dia sedang leka mendengar lagu dari iPodnya. Lagu Taylor Swift dipasang dan mulutnya terkumat-kamit menyanyi bersama.

But you stood there in front of me just
close enough to touch
Close enough to hope you couldn't see what i was thinking of
Drop everything now, meet me in the pouring rain
kiss me on the sidewalk, take away the pain
Cause i see sparks fly whenever you smile
Get me with those green eyes baby as the lights go down give me something that'll haunt me when you're not around
cause i see sparks fly whenever you smile....

Selepas pengumuman telah dibuat, Avrin terus bangun dari duduknya kemudian mengangkat beg galas Q.AV's nya.

Tanpa menoleh kanan dan kiri, Avrin terus pergi ke tempat yang sepatutnya. Selepas dia menunjukkan passport dan ticketnya, dia terus bergerak menujuk ke A380 Louise Airlines. Dia memang gemar untuk menaiki Louise Airlines, syarikat penerbangan Amerika yang berjaya hingga sekarang.

Dia terus menaiki tangga untuk pergi ke tingkat atas kapal terbang, iaitu tingkat bagi business class dan first class suite.

Avrin menunjukkan ticketnya kepada seorang pramugari yang bertugas di tingkat atas kapal terbang.

"Welcome to Louise Airlines first class suite. Let me show your seat," dengan ramah pramugari itu bertutur kemudian menyuruh Avrin mengikutnya.

Selepas segala pengumuman telah dibuat, Airbus A380 itu berlepas. Avrin hanya memasang earpod ke telinganya dan dia pun terlena.

"Excuse me, miss."

Avrin terjaga dari tidurnya apabila dia terdengar seorang pramugari menegur penumpang di tempat duduk kerusi belakangnya.

Dia sudah dapat mengagak yang lunch meal akan dihidangkan. Selepas pramugari itu menghidangkan lunch meal kepada penumpang lain, pramugari itu bergerak ke arah tempat duduk Avrin.

"Excuse me miss. Do you want to eat your lunch now or?," tanya pramugari itu dengan ayat yang sengaja digantung supaya penumpang dapat meneruskan ayat jika ada penumpang yang tidak mahu makan lunch mealnya lagi.

"I'd like to eat my lunch now," jawab Avrin dengan senyuman.

Makanan dihidangkan di atas meja Avrin. Nasi briyani, ayam golek, sayuran, aiskrim dan buah-buahan dihidangkan.

"Would you like to have a milk or orange juice?," tanya pramugari itu lagi sebelum menghidangkan minuman.

"Orange juice please," jawab Avrin tenang.

Pramugari tadi hanya mengangguk dan menuangkan jus oren ke dalam cawan kemudian diletakkan ke atas meja Avrin. Avrin menggemari susu tetapi tidak dengan lunch meal.

"Alhamdulillah," ucap Avrin setelah mengisi perutnya dengan nasi briyani yang dihidangkan.

Avrin tahu Louise Airlines dimiliki oleh orang beragama Islam, sebab itu Avrin tidak ragu-ragu untuk makan makanan yang dihidangkan di situ.

Dia kemudian memasang tv di depan kerusinya itu dan menekan movie. Cerita Twilight menjadi pilihan.

     Tok tok...

Meja Avrin diketuk dua kali dengan menggunakan jari telunjuk. Avrin memandang gelaran yang mengetuk mejanya tadi. Mukanya jelas terkejut dengan apa yang baru dinampak.

"Tutup la sikit mulut tu, jangan ingat dalam kapal terbang takda lalat tau hahaha," gurau Aryan.

"Seriously you are in first class suite", tutur Avrin tanpa mempedulikan jenaka lelaki itu tadi.

"Kenapa? Saya tak boleh naik first class suite ke?", jawab Aryan. Senyuman masih tidak lekang dari bibir.

"Okay then, now tell me kenapa awak tak bayar je duit buku minah tadi tu ?", tanya Avrin dengan muka yang tertanya-tanya.

"Ohh. Cause she didn't deserve it", jawab Aryan selamba. Masih dengan senyuman.

"Apa awak cakap ni. Straight to the point boleh tak?", marah Avrin. Muka masih masam mencuka.

"Senyum la sikit. Iye, iye saya cakap straight to the point. Sebenarnya minah tu tahu saya tak curi buku dia. Dia lebih kurang memfitnah saya je," tutur Aryan dengan tenang.

"Macam mana awak tahu? And how could you speak in Malay so freakin good?," tanya Avrin. Masih dengan muka tanda tanya.

"Hahaha. Saya nampak buku yang dia kata hilang tu ada kat dalam beg dia tu. Dia saja je nak fitnah saya. Nak tackle saya lah kut hahaha. Oh saya duduk Malaysia juga kekadang. Balik tempat asal atas urusan kerja," jawab Aryan dengan tenang dan senyuman yang dibuat buat nakal.

"Ish perasanlah," ngomel Avrin.

"By the way, I'm Aryan. Aryan Froy Louise. Boleh panggil Aryan, nak panggil Froy pun boleh. Dua dua tu orang memang selalu guna untuk panggil saya. Tapi better awak panggil saya Aryan," panjang lebar Aryan berbicara.

"Nampak gayanya awak orang Islam. Kacukan ya?," tanya Avrin malas-malas. 

"Saya tak kacuk. Cuma family masuk Islam, jadi nama saya pun ada lah nama Islam. So how bout you ? Your name?," tanya Aryan ingin tahu.

    "Oh. Avrin. Quin Avrin. People do call me Rin", jawab Avrin malas.

"Okay Avrin. So buat apa kat New York ?", Aryan cuba untuk berbual lebih panjang.

     "Saya sambung study", jawab Avrin masih dalam malas.

"Kos apa ?", tanya Aryan ingin tahu.

"Yang awak sibuk tanya ni kenapa ? Pergi duduk lah sana. Tercegat je kat sini nanti apa pula penumpang lain cakap. Pramugari marah nanti tau", Avrin bertutur dalam nada tegas.

"Hahaha berani ke diorang nak marah saya", jawab Aryan masih dalam ketenangan.

Avrin jadi tidak sedap hati.

'Apa maksud dia berani ke diorang ? Dia ni gangster ke apa ? Ke taukey dadah ?' tutur Avrin dalam hati. Avrin kini mencurigai kehadiran Aryan Froy Louise di depan matanya.

"Awak jangan curiga lah pasal saya. Saya bukan gangster. Saya menusia biasa juga. Kalau saya gangster, dah lama saya bunuh minah yang suruh saya bayar duit buku dia tu tadi", Aryan seperti dapat mengagak apa yang terlintas di fikiran Avrin.

"Awak ni apa sebenarnya ? Macam mana boleh tahu apa yang terlintas dalam fikiran saya ?", marah Avrin kerana apa yang dikatakan oleh Aryan tadi sememangnya seperti yang dia fikirkan.

"Saya jodoh awak maybe ? Can we be friends ?" tanya Aryan lembut.

"Saya tahu awak budak baik, cuma garang sikit lah haha", sambung Aryan, masih dengan senyuman.

"Okay okay kita kawan. Sekarang boleh awak duduk tak ?", jawab Avrin malas.

Aryan tersenyum lalu terus duduk di tempat duduknya. Sekali lagi Avrin terkejut.

"Awak memang duduk situ ke ?", soalnya.

"Yes. What's wrong ?", soal Aryan semula.

Avrin hanya menggeleng. 'Macam mana aku boleh tak perasan dia duduk tepi aku je haihh'.

12 jam berlalu...

Avrin menuruni anak tangga satu persatu. Badannya masih lesu dan lenguh dek kerana penerbangan yang agak lama.

Dengan laju Aryan mengekori Avrin.

"Laju-laju nak pergi mana ni ?", usik Aryan sambil tersenyum.

Dia akhirnya dapat berjalan beriringan dengan Avrin.

Tanpa toleh, Avrin menjawab "takda masa lah nak borak. Lain kali lah borak".

Aryan masih tersenyum, seperti tidak berasa apa-apa dengan kata-kata perempuan anggun di depan matanya itu.

"Garangnya", Aryan masih mengusik.

Avrin masih tidak endahkan usikan lelaki itu. 'Jangan ingat kau hensem kau boleh rapat dengan aku' bisik hati Avrin.

"Can i have your number ? Mana tahu saya boleh bawak awak ronda-ronda New York kan", Aryan masih mencuba untuk berkomunikasi dengan si gadis.

Dengan sepantas kilat, Avrin menoleh. Mata bertentang mata. Debaran tetiba terasa di jantung Avrin. Avrin terus menoleh ke arah lain.

"Please lah. Awak jangan fikir awak handsome, awak boleh dapat apa yang awak nak. Dengan perempuan lain maybe ya, tapi tidak dengan saya. Saya warning awak ya, jangan pernah cuba untuk cuba. Did you get it ?" Avrin bernada tegas tapi masih berdebar.

Walaupun telah memandang ke arah lain, dia dapat rasa yang dia masih diperhatikan oleh jejaka kacak di hadapannya itu.

Aryan tersenyum.

"Okay i got it. Take a good care !" Aryan sempat berpesan sebelum melangkah pergi meninggalkan Avrin terkaku sendiri.

'Hah ? Dia bla macamtu je ? Ingatkan nak sangat kenal dengan aku. Jenis mudah give up rupanya !' hati Avrin bertutur. Avrin melangkah pergi.

Avrin menguruskan hal barang-barangnya. Beg-begnya diletakkan di atas troli kemudian ditolak kasar.

IPhone miliknya dikeluarkan dari beg yang digalas. Dia ketawa kecil melihat telefon bimbitnya yang ketinggalan zaman itu.

'Dah zaman iPhone X lah sekarang. Aku still pakai iPhone 6s ni. Tak apalah asalkan colour favourite'. Getus Avrin dalam hati. Rosegold adalah warna kegemarannya. Barang-barangnya kebanyakannya berwarna pink-pink cair begitu.

Nombor telefon didail.

"Hello abang, adik dah sampai kat airport ni", beritahu Avrin kepada abangnya, Qey Aris.

"Abang ada kerja lah perlu diselesaikan. Abang suruh adik kawan abang ambik Rin boleh ? Dia baik je jangan risau", beritahu Qey Aris kepada adiknya.

Qey Aris rasa serba salah dalam diam. Salah dia kerana tidak memberitahu awal kepada adiknya yang dia tidak dapat pergi ke New York untuk menyambut adiknya itu. Ataupun dia memang sudah merancang huhu.

"What ?! Are you nuts ?! Siapa adik kawan abang tu ?", marah Avrin dengan muka yang dibuat bengis seperti abangnya dapat nampak mukanya itu.

"I'm so so sorry dik. Abang tak sempat nak inform kat adik. Tapi adik kawan abang tu boleh hantarkan adik. Dia pun ambik abang dia dari airport juga. Adik duduk kat restoran Fresh Ice boleh ? Abang suruh dia cari kat situ. Boleh ? Please..", pujuk Qey Aris.

    "Iyalah iyalah. Lepasni bawak shopping dua kali ganda lah ! Gotta move bye !", talian segera dimatikan untuk menunjukkan protes.

Qey Aris terkedu tetapi masih tersenyum.

Dengan pantas Avrin berjalan sambil menolak trolinya ke arah restoran yang dikatakan abangnya.

'Wow halal. Maybe i should get some food' getus hati Avrin setelah tiba di depan restoran yang berlabel 'halal' itu.

Avrin meninggalkan trolinya diluar restoran. Sesak pula kalau nak bawa masuk sekali. Avrin terus mencari tempat untuk diduduk. Restoran agak ramai dengan pelanggan. Avrin akhirnya mendapat tempat dimana hanya ada dua kerusi seperti memang disediakan untuk pasangan bercinta.

Setelah memesan makanan dan minuman, Avrin terus mengeluarkan iPhone miliknya. 'Daddy' ditekan.

"Hello daddy, Rin dah sampai dah dalam 15 minit tadi", beritahu Avrin.

"Kenapa lambat sangat call daddy ? Ish. Dah makan belum ni ? Abang Aris ke yang ambik nanti ?",?bertubi soalan dari Dato' Arfan.

    "Baru nak makan ni kat restoran. Taklah abang tak jadi ambik. Dia ada kerja. Adik kawan dia yang jemput Rin nanti. Alang-alang ambil abang dia juga katanya", jawab Avrin dengan muka yang dibuat buat menyampah.

"Lahh yeke. Takpalah kalau macam tu. Makan kenyang-kenyang. Apa-apa jangan lupa call daddy tau", pesan Dato' Arfan kepada anak kesayangannya itu.

"Okay boss", jawab Avrin. Talian dimatikan.

Setelah makanan yang dipesan telah selamat terjun ke dalam perut, Avrin mengambil masa untuk menghabiskan apple juicenya itu.

"Hi sorang je", tegur seorang lelaki berambut perang.

'What the hell kenapa ramai sangat mat saleh celup yang boleh speak Malay ni' getus hati Avrin.

Tanpa dipelawa, lelaki itu duduk di kerusi hadapan Avrin. Avrin mengerutkan kening.

"Don't worry lah. I datang ni sebab kawan abang i yang suruh. Dia suruh pick up you kat sini. Nama i Ariq. You ?", terang lelaki yang boleh tahan handsome itu.

"Oh ingatkan apalah tadi haha. I Avrin. Mana abang you ? Bukan ke you ambik abang you ?", soal Avrin ramah. Avrin tersenyum sambil menyoal.

"Ohh. Tu dia. Dia jenis tak berkawan dengan orang. You know, no sense of humour hahaha", terang Ariq selepas menunjuk kearah lelaki yang sedang duduk berseorangan di meja paling hujung restoran.

Avrin terkejut. Matanya tidak lekang dari memandang lelaki itu.

'Aryan ? Seriously kenapa dunia ni kecil sangat ? And wait.. Adik dia cakap dia jenis tak berkawan dengan orang. Then why dia terlalu friendly dengan aku ?' getus hati Avrin.

"Hello ?? Kenapa you pandang abang i macamtu. You dah jatuh hati dekat abang i ke ? I nak pesan ni, tak payahlah jatuh hati dekat dia. Dia tu tak pandai bergaul lah. Nak bercakap dengan perempuan memang susah sangat", pesan Ariq kepada Avrin.

Avrin tersentak bila Aryan memandangnya. Mata bertentang mata. Tetapi Avrin musykil, 'kenapa dia tak senyum langsung ? Dia dah lupa aku ke ? Dia dah benci aku ke ?' getus Avrin dalam hati.

Aryan mengalih pandangannya kearah adiknya. Dia kemudian bergerak menuju ke arah adiknya.

"What took you so long ? Kalau dah borak bila nak baliknya ?" tegas Aryan.

"Chill lah bro, baru nak borak" Ariq jawab selamba.

Avrin terdiam.

Aryan memang nampak sangat sombong.

"Kalau kau nak borak lama kat sini, aku balik naik cab je. Bye", ugut Aryan sambil terus bergerak ke luar restoran untuk mendapatkan troli begnya.

"Jomlah you. Abang i tu mengarut sikit. Tak chill langsung. Hidup asyik nak serius je. Jom. Kereta i dekat je. Mana barang-barang you ?", tanya Ariq.

Avrin tidak menjawab malah hanya mengangkat jari telunjuknya dan ditunjuk ke arah troli yang berada di tepi pintu hadapan restoran.

Ariq bingkas bangun dan menuju ke arah troli yang ditunjuk oleh Avrin.

Aryan terlebih dahulu melangkah pergi meninggalkan Ariq dan Avrin di belakang. Avrin masih tertanya-tanya dengan apa yang sedang berlaku di depan mata.

Lelaki yang sangat menyerabutkan dan banyak tanya secara tiba-tiba bertukar menjadi lelaki yang sangat sombong.

Ariq memasukkan barang-barang Avrin kedalam kereta miliknya. Aryan juga memasukkan barang-barang miliknya kedalam but kereta.

Avrin hanya memerhati pergerakan dua beradik itu.

Buat seketika, Avrin bertentangan mata dengan Aryan. Muka Aryan tetap tanpa reaksi. Tiada senyuman, tiada lagi Aryan yang banyak mengusik.

Aryan terus mengalih pandangannya ke arah lain. Tanpa banyak kata, Aryan terus buka pintu dan terus masuk ke tempat duduk hadapan.

Ariq membuka pintu belakang untuk Avrin.

"Silakan my dear", pelawa Ariq dengan ramah.

Avrin hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta.

Ariq masuk ke tempat duduk pemandu, terus bersuara "so Rin, i nak hantar you kat mana ni ?".

"Hantar i kat Pavilion Condominium je. I duduk tumpang kat rumah kawan i dulu. Esok i baru settlekan hal study" terang Avrin.

"Wow great. You dah ada kawan dekat sini ! Cepat betul !", jawab Ariq.

Ariq terus memulakan pemanduannya. Aryan yang berada di tempat duduk sebelah Ariq masih diam membisu.

"So you umur berapa Avrin ?", tanya Ariq cuba untuk memulakan perbualannya semula setelah 3 minit diam membisu.

"Masuk tahun ni dah 23 tahun", jawab Avrin malas.

"Wow you sama umur dengan i lah ! Jodoh mungkin ? hahaha", Ariq teruja dan mengusik.

Avrin memandang ke arah Aryan. Lelaki itu masih tidak bereaksi. Diam macam patung.

"Hahaa ye kut", malas-malas Avrin buat-buat terhibur dengan usikan Ariq itu.

"So you buat apa datang New York ni ? Jalan-jalan ? Atau hanya nak berjumpa dengan abang you ?", soal Ariq lagi.

"I sambung belajar", jawab Avrin malas.

Ariq menunjukkan muka teruja selepas memdengar jawapan Avrin. 'Wait wait. Kalau adik dia ni sama umur dengan. aku. It means dia ni tua. Maybe sama umur dengan abang aku. 25 ? 27 ? 29 ? Tapi muka nampak muda' getus hati Avrin. Masih lagi dalam tanda tanya.

Tiba-tiba iPhone miliknya berdering. 'Abang Aris' terpapar di hadapan skrin iPhonenya.

"Hello", sapa Avrin malas.

"Dah. Adik kawan abang tu lah yang ambik. Rin suruh dia hantar kat condominium kawan Rin je".

Aryan dan Ariq hanya mendengar perbualan telefon Avrin itu dengan mulut yang tertutup.

"Okay takpa lah nanti apa apa Rin call abang". Talian dimatikan.

"Abang you dengan abang i selalu je lepak kat rumah i. Shopping sama-sama. Buang duit pun sama-sama", Ariq memulakan semula perbualan dengan Avrin.

"Diorang tidur pun sama sama tau atas satu bantal hahaha", usik Ariq. Avrin akhirnya melepaskan tawanya yang sedari tadi hanya menahan.

"Kau boleh tak drive je jangan banyak bunyi", tegas Aryan bersuara.

"Cepat lah sikit drive tu. Aku nak balik cepat ni", sambung Aryan lagi.

Avrin hanya memerhati sikap Aryan yang berubah 180 darjah itu.

Ariq tidak membantah malah hanya mempercepatkan pemanduannya.

"Thanks sebab hantar i", ucap Avrin sambil menarik beg bagasinya itu.

"No problem lah. Kalau you nak jalan-jalan dekat sini, you call lah i. I sentiasa ada untuk you. By the way, this is my number. Do call me if you need anything okay ?", pesan Ariq sambil menghulurkan sekeping kad.

Kad bertukar tangan.

Avrin hanya mengangguk dan tersenyum. Avrin memandang ke arah Aryan sekilas. Lelaki itu masih tidak bereaksi. Masih menghadap ke hadapan jalan. Avrin masih memikirkan tentang Aryan sama ada dia memarahi Avrin atau terasa hati dengan Avrin.

Tetapi dia tidak boleh terus memikirkan tentang itu.

"Saya gerak dulu ye", kata Ariq sebelum masuk ke tempat duduk pemandu.

Avrin melambai sebelum kereta jenama Lexus itu meluncur pergi.

"Huhh", Avrin melepaskan keluhan. Dia menarik begnya dan kemudian masuk dalam pintu utama apartment.

Butang lift ditekan. Avrin terus masuk ke dalam lift. Pantas menekan butang yang bertanda 20 kemudian menunggu kotak bergerak itu sampai ke tingkat yang dia hendak tuju.

Ding dong.. Ding dong..

Avrin menekan loceng pintu rumah milik kawannya itu.

"Hey !! Finally you're here dude !", Erin jerit kegembiraan.

    "Haha tolong aku masukkan barang-barang aku ni dulu baru kita sembang okay ?".

Tanpa banyak kata, Erin menolong kawan baiknya dari Malaysia itu mengangkat barang.

Mereka duduk di atas sofa selepas selesai meletakkan barang ke dalam bilik yang telah disediakan untuk Avrin.

"So how's going ? Long time no see dude i really miss you so much", kata Erin.

"Biasa je. Aku rindu kau juga. Aku cuma takda masa la nak lawat kau kat US. Malaysia banyak kerja la doe", tutur Avrin.

"Tu lah kau. Aku dah suruh jadi macam aku. Menganggur. Cuma tunggu business family turun kat tangan je hahaha", tutur Erin selamba.

Ibu bapanya mempunya perniagaan emas di New York. Erin mengikut ibu bapanya untuk tinggal di New York atas urusan kerja. Dia berkawan dengan Avrin sejak umur 15 tahun di Queen Elizabeth International School Kuala Lumpur. Selepas graduasi, Erin terus berpindah ke New York dan tidak menyambungkan pelajarannya.

"Aku bukan pemalas macam kau sorry", perli Avrin.

"Kau datang sini naik apa tadi dari airport ?", tanya Erin.

"Kawan abang aku punya adik yang hantar".

"Wow great. Handsome tak ?", soal Erin lagi.

"Boleh lah. Abang dia mata biru cair. Tapi adik dia mata biru laut. Rambut dua dua perang. Tinggi juga. Beragama Islam pula tu. Perfectlah bak kata orang", terang Avrin dengan pujian yang melambung terhadap dua beradik itu.

"Tapi aku dah jumpa abang dia tu kat Malaysia. Kat dalam first class suite pun sama. Masa aku jumpa tu, dia banyak cakap tau. Asyik sakat aku je. Tapi bila aku marah dia, aku cakap kat dia jangan cuba untuk cuba aku, dia terus macam give up. Bila sampai kat US, lelaki tu jadi sangat pendiam. Adik dia pun kata yang dia tu pendiam sebenarnya. Entahlah aku pelik lahh" bebel Avrin panjang lebar.

"Wow hebat tu. Kau tak hargai langsung apa yang ada depan mata kan ? Apa nak jadi dengan kau ni Rin ? Sudah-sudahlah jual mahal tu. Tak kemana lah cik kak oii", bebel Erin pula.

"Dahlah. Aku nak rest lah. Penat yang amat ni. Aku tidur dulu lah", cara Avrin untuk mengelak dari mendengar bebelan Erin. Kaki terus melangkah ke bilik.

Avrin melempar badannya ke atas katil yang empuk itu.

Tiba-tiba iPhone miliknya berdering. Lambat-lambat Avrin mengangkat. 'Private number ?' Avrin getus di dalam hati.

Dia hanya mendiamkan diri setelah mengangkat panggilan itu.

"Hello", si pemanggil akhirnya bersuara. 'Suara garau tu. Aku kenal suara tu'.

Lambat-lambat Avrin mula bersuara.

"Hello", suara Avrin mendatar.

"Saya nak jumpa awak. Can i ?", tanya Aryan lembut.

    "Mana awak dapat number saya ni ? Rasanya saya takda pun beri kat adik awak", tanya Avrin tanpa menjawab soalan.

    "Oh yang tu nanti lah saya cakap. Boleh tak ni ? Saya perlu jumpa awak. Jumpa kat NYC Park depan Lord Jewellery boleh ?", Aryan bertutur. Sangat lembut.

Avrin masih berfikir. Aryan sudah berubah menjadi Aryan yang sangat menjaga tutur bahasa. Tidak sampai hati pula kalau dia mahu menolak ajakan Aryan itu.

"Baiklah kita jumpa. Tapi bukan harini lah. Saya penatlah. Nak rehat", adu Avrin kasar.

"Saya dah ada depan kondo awak, please turun", lembut Aryan meminta.

"Seriously are you nuts ?", tutur Avrin. Masih kasar.

"Please Quin Avrin", pinta Aryan. Kekal lembut.

"Okay okay give me five minutes", Avrin mengalah walau dalam keterpaksaan.

Tetapi hatinya gembira. 'What ? Apasal aku happy semacam aje ni. Haih whatever lahh' getus Avrin di dalam hati.

"Okay take your time". Talian segera dimatikan.

Avrin hanya memakai semula sweater berjenama GAP yang dipakai semasa menaiki kapal terbang tadi. Rambut lurus berwarna coklat cair diikat tocang bagi mudah pergerakannya. Muka hanya disapu bedak bayi berjenama Baby Johnson's.

Dia memakai kasut low cut berjenama Vans itu dan terus menyambar beg sandangnya yang berjenama Rou Evold.

Avrin terus keluar dari biliknya. Dia melangkah ke ruang tamu. Erin masih disitu menonton televisyen.

"Aku nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan", tutur Avrin mendatar.

"Kawan mana yang kau nak jumpa ni ? Pakwe tadi tu ke ? Bawak lah aku sekali Rin !", rengek Erin.

"Kau tak payah nak mengada. Aku pergi sekejap je ada urusan. Nanti aku balik lah", jelas Avrin sambil laju melangkah ke pintu.

Erin hanya mencebikkan mukanya. Avrin terus menutup pintu selepas keluar dari rumah kawannya itu.

Ting !

Setibanya Avrin di tingkat bawah, dia dapat nampak dari pintu kaca lobi kondo itu.

Aryan sedang bersandar di tepi Audi R8 miliknya. Tangan kiri sedang ralit dengan iPhone8nya yang berwarna hitam. Tangan kanan pula diletakkan ke dalam poket seluarnya.

Avrin kagum dengan perubahan pada diri Aryan. Semasa di airport, pakaian Aryan lebih menampakkan yang dia lelaki biasa dengan t shirt lengan pendek dan seluar jeans berwarna kelabu.

Tetapi di hadapan Avrin sekarang ialah jejaka casual yang sangat berstyle. T shirt berwarna hitam di dalam, jacket cotton disarungkan diluar dan seluar jeans skinny yang berwarna soft grey. Sangat tampan, kacak, bergaya dan perfect.

Avrin berfikir untuk naik ke atas semula dan menukar pakaiannya. Baru sahaja dia memusingkan badannya untuk naik semula ke atas, namanya tiba tiba dipanggil.

"Avrin awak nak pergi mana ?", soal Aryan dengan lembut tetapi suara yang agak kuat sehingga didengari oleh Avrin yang agak jauh dari kedudukan Aryan.

Avrin menoleh. Dia pantas menjawab "nak tukar baju lah. Awak pakai cantik-cantik macamtu. Saya pakai selekeh je".

Aryan tersenyum.

"Cantik ye saya pakai ?", usik Aryan dengan senyuman yang masih di bibir.

Avrin pantas pandang ke arah lain.

"Ish. Awak nak bawa saya kemana ni ? Kalau tempat best, saya nak pergi tukar baju dulu", pinta Avrin kasar.

"Tak perlu lah tukar baju. You still look gorgeous in that sweater", puji Aryan ikhlas. Senyuman ikhlasnya masih tidak hilang dari pandangan.

"Iyalah iyalah" Avrin malas melayan.

Avrin melangkah laju mendekati Aryan yang masih bersandar di tepi kereta mewah miliknya.

Aryan terus membuka pintu kereta tempat duduk hadapan untuk Avrin. Avrin tidak banyak songeh, hanya mengikut.

Selepas Aryan masuk ke dalam tempat duduk pemandu.

Avrin bertanya "awak memang suka colour black ke ? Kat atas kapal terbang awak pakai t shirt black. Colour iPhone awak pun black juga. Kereta awak pun black. Baju awak sekarang ni pun black. Why black ?" bebel Avrin.

Aryan tersenyum selepas mendengar Avrin punya bicara.

"Cuma warna anak mata, rambut dan kulit je yang tak black", sambung Avrin lagi.

Aryan tergelak kecil selepas mendengar ayat terakhir Avrin. Kereta Audi R8 miliknya meluncur laju. 3 minit tanpa suara.

Aryan menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Kenapa awak ni berubah-ubah eh ? Saya ingatkan awak ni dah benci kat saya sebab asyik diam je bila ada saya. Duduk pun berasingan masa kat restoran kat airport tu", bebel Avrin lagi.

Aryan memandang ke arah gadis di tepi nya itu dengan perlahan.

Gadis itu masih pandang ke luar tingkap. Aryan tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Avrin sebentar tadi.

"Okay sekarang awak nak jadi macam kat airport tu balik ke ? Memang taknak bercakap dengan saya ke ? Baik turunkan saya kat sini kalau rasa taknak bercakap dengan saya", marah Avrin dengan suara yang agak tinggi.

"Hey kenapa ni. Saya takda buat salah pun. Janganlah marah-marah. Saya taknaklah jawab semua soalan awak tu dalam kereta ni. Nanti dah sampai destinasi kita borak lah ye ? Kalau nak borak dalam kereta lebih baik tak payah gerak pun dari tadi. Duduk dalam kereta depan kondo awak tu je", Aryan akhirnya bersuara.

Nada yang sangat perlahan dan menggoda. Avrin dapat berasa debaran jatungnya yang seperti mahu terjun ke luar tingkap.

Aryan tersenyum melihat Avrin yang seperti tidak tentu arah itu.

NYC Park

Mereka sampai ke destinasi. Avrin keluar dari kereta dan berjalan ke arah tempat duduk berdekatan.

Ramai manusia yang datang untuk beriadah. Ada juga yang membawa anjing mereka berjalan-jalan.

"Awak nak bawa saya pergi park je tapi awak punya pakaian macam nak bawa saya pergi dinner", Avrin memulakan bicara setelah mereka berdua telah duduk di bangku tepi taman.

"Saya keluar check business tadi. Pastu ada projek kena pantau. Lepas tu baru saya datang jumpa awak", jawab Aryan tenang. Avrin hanya mendiamkan diri.

"Tapi kalau awak nak saya bawa awak pergi dinner pun boleh", sambung Aryan dengan senyuman. Matanya masih memandang kanak-kanak yang berada disitu.

"No thanks", jawab Avrin ringkas.

"Okay saya akan jawab soalan awak dalam kereta tadi ye. Iya saya memang suka colour hitam. That's my favourite colour. Saya bertukar jadi diam sebab saya ikut apa yang awak suruh. Awak kata stop cuba. Dan saya pun stop lah", jawab Aryan ringkas tapi itulah jawapannya.

"Then kenapa call saya pastu ajak jumpa ?", tanya Avrin.

"Sebab saya rasa bersalah. Ariq cakap awak asyik pandang saya. Jadi saya tahu yang saya buat tu salah. Saya perlu minta maaf kalau saya dah buat salah. Saya mintak maaf Avrin. Boleh maafkan saya ?", suara Aryan bertukar sayu. Matanya masih memandang ke hadapan.

    "Takpala saya maafkan awak. Lepasni jangan buat lagi tau", pinta Avrin.

Aryan kemudian menoleh kepada Avrin. Mata bertentang kata.

"Awak risau ke kalau saya tak bercakap dengan awak ?", tutur Aryan masih dalam nada yang sangat lembut. Suaranya mampu mencairkan mana-mana perempuan termasuk Quin Avrin !

Avrin terus memandang ke hadapan. Malu.

"Mana ada saya risau. Buang masa je nak risau. So macam mana awak dapat nombor saya ?", Avrin cuba untuk mengubah topik perbualan.

Aryan sedar dengan perubahan muka Avrin yang bertukar kepada warna kemerahan itu.

Aryan terus memandang ke hadapan bagi mengurangkan rasa malu dan gementar yang dihadapi oleh gadis yang telah memikat hatinya itu.

"Abang awak la yang beri. Saya cakap kat dia yang barang awak tertinggal dalam kereta. Jadi dia berilah haha", jawab Aryan.

Avrin tersenyum mendengar Aryan ketawa. Ketawa pun lembut je dengar.

"Ariq cakap yang awak ni susah nak bergaul. Langsung tak bercakap dengan perempuan. Awak sedar tak saya ni perempuan ?", tanya Avrin lagi.

Muka Aryan tiba-tiba berubah. Dia terdiam. Dia cuba menutup muka yang cuak itu.

"Awak tanya kat Ariq pasal saya ye ? Kenapa tak tanya saya sendiri je kalau nak kenal-kenal haha", Aryan akhirnya bersuara setelah 2 minit berdiam diri.

Avrin tersenyum dengan usikan Aryan itu.

"Jom balik. Waktu maghrib dah nak dekat ni", ajak Avrin.

Aryan hanya mengangguk.

Mereka masuk ke dalam kereta. Semasa perjalanan ke kondo milik kawan Avrin, mereka tidak bersuara sepatah pun. Setelah melalui jalan yang sesak, akhirnya mereka sampai.

"Thanks awak", ucap Avrin. Door lock masih tidak dibuka oleh Aryan.

Aryan memandang ke arah Avrin.

"Boleh kita keluar lagi lepasni ? Maybe ?", Aryan bertanya dengan lembut.

"Boleh. Tapi janganlah call saya guna private number. Saya nak save number pun susah", adu Avrin.

Aryan ketawa kecil mendengarkannya.

"Iyalah lepasni saya call guna number saya. Pastu awak save contact ye ?", tutur Aryan.

Avrin hanya tersenyum. Aryan masih memerhatikannya. Mata biru milik Aryan sangat cantik. Seperti lautan biru yang terkena cahaya matahari.

Avrin terus memandang ke arah lain.

"Sampai bila awak nak tenung saya dan memang taknak buka door lock sampai esok ke ni ?", Avrin akhirnya bersuara.

Aryan tersentak kemudian tersenyum.

"Kalau bermalam dalam kereta ni dengan awak, saya sanggup je", Aryan mengusik sambil tersenyum.

"Jangan nak mengada"

"Garangnya lah awak ni"

"Bukalah cepat".

Aryan hanya patuh. Door lock dibuka dan dia terus menghulur lima keping not 100 USD kepada Avrin.

"Saya ganti balik apa yang awak dah bayar kat KLIA tu", tutur Aryan.

Avrin hanya megerutkan dahi.

"Takpalah saya taknak. Hati-hati drive tu. Bye !", Avrin terus melangkah pergi.

Aryan hanya memerhati langkah Avrin yang mula hilang dari pandangan. Setelah bayangan Avrin hilang, Aryan tersenyum sendiri. Audi R8 meluncur laju meninggalkan Pavilion Condominium itu.

"Aku dah balik", ucap Avrin pada Erin.

"Audi siapa tu ?", soal Erin tidak semena-mena.

"Tu lah member aku", jawab Avrin tenang.

"That brothers kan ?", teka Erin.

"Takdalah. Bukannya dua-dua ada. Tadi tu abang dia je", masih lagi tenang.

"Siapa nama dia ?" tanya Erin lagi.

"Aryan", jawab Avrin masih tenang.

"Nama panjang dia apa", tidak henti-henti soalan keluar dari mulut Erin.

"Yang kau nak tahu sangat kenapa ni ?", marah Avrin.

"Aku tanya jawab jelah !", nada suara Erin juga berubah.

"Aryan Froy Louise. Dah, puas hati kau ?", Avrin mula menyampah.

"Okay", ringkas jawapan Erin. Erin terus masuk ke dalam biliknya yang terletak di tingkat dua.

'Apa kena dengan dia tu ?' bisik hati Avrin. Avrin terus masuk ke dalam biliknya.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Avrin membelek iPhone miliknya. Terdapat 3 notification whatsapp nya. Daripada nombor yang tidak dikenali.

Hi Avrin -unknown

Saya lupa nak tanya awak tadi -unknown

Siapa nama kawan awak tu ye ? -unknown

Sudah satu jam mesej itu diterima. Patut balas atau tidak ye. Okay balas

Siapa ni ya ? -Avrin

Aryan -Aryan

Ohh. Number awak ke ni ? -Avrin

Iya ni number saya -Aryan

Okay saya save contact. So kawan saya yang mana satu yang awak tanya ni ? -Avrin

Yang awak tengah duduk rumah dia sekarang -Aryan

Kenapa ? Awak berminat dengan dia ke ? -Avrin

Saya minat kat awak -Aryan

Dup dap.. dup dap..

Nama dia Erin. Awak ada dekat mana ? -Avrin

Ohh okay 😄👌🏻 Ada dekat rumah -Aryan

Avrin hanya tergelak kecil melihat emoji yang dihantar oleh Aryan. Comel je dia ni. Akhirnya Avrin terlena.

Continue Reading

You'll Also Like

154K 4.3K 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pi...
1.1K 88 25
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
8M 547K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020šŸ†, The top hero2020šŸ†,The best romance2020šŸ†,The top author2020šŸ† AIN SURAYA, dia seorang isteri...
697 119 29
Biodata Ezril Hayyan umur 22 tahun darah kacukan, tinggi 185 kulit hitam manis / sawo matang mata warna biru laut and of course hensem anak kepada No...