Love?? Hakthuiii ✔

By dUkeLawa

1M 18.5K 2.9K

Dont trust anyone who says love to you More

prolog
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
satu satu
empat tiga
satu dua
satu tiga
satu empat
empat empat
satu lima
satu enam
satu tujuh
satu lapan
satu sembilan
dua kosong
dua satu
dua dua
dua tiga
dua empat
dua lima
dua enam
dua tujuh
dua lapan
dua sembilan
tiga kosong
tiga satu
tiga dua
tiga tiga
tiga empat
tiga lima
tiga enam
tiga lapan
tiga tujuh
tiga sembilan
empat enam
empat kosong
empat enam
empat satu
empat tujuh
empat dua
empat lapan
empat sembilan
lima kosong
empat lima
lima satu
lima dua
lima tiga
lima empat
lima lima
lima enam
lima tujuh
epilog
thanks note
thanks

satu kosong

21.7K 356 28
By dUkeLawa

Makin ramai adik abah pulang, anak perempuan kak ngah yang sulung turut menumpang dalam bilik Suhaila. Anak buah lelaki menumpang dalam bilik abah. Bilik kosong lagi satu untuk kak ngah dan suaminya. Suaminya orang Amerika, tak betah berkongsi bilik. Kak lang menumpang bilik mak. Hakimi pula berkongsi dengan Hasri, adik abah yang kerja di KL, katanya jurutera. Suhaila bagitau Hasri ni romeo dari along. Along tu diburu perempuan tapi Hasri ni memburu dan diburu. Hebat, memang pun rupa sangat kacak, jauh mengalahkan abah. Memang berbeza dari adik beradik lain, ikut rupa ayahnya kot.

Sibuk sangat abah hari ni, dari sebelum subuh dah keluar rumah. Pagi tadi masa sarapan je nampak abah. Tu pun jauh, tak dan nak tegur pun. Tapi abah sempat kenyit mata. Abah ni, sejak kat kampung ni macam macam tau. Malam semalam, orang lain sibuk kat bawah rumah menyambut kakngah sekeluarga tiba dari utara, abah naik ke atas katanya pening. Aku ambil minyak angin dan panadol yang memang aku bawa dari rumah. Semasa masuk ke bilik sebelah, aku tengok dia duduk di bucu katil. Panadol yang aku beri; ditelan dan  meminta aku memicit kepalanya yang diletakkan diribaku.

Sewaktu aku turun ke bawah, Hasri ada di meja makan sedang minum air. Aku senyum padanya sekadar berbudi bahasa, dan menyertai keriuhan adik beradik abah. Jenuh nak menjawab soalan soalan kakngah dan kaklang, mujur ada mak dan Suhaila, diorang tolong jawabkan. Hasri turut serta, duduk di sofa belakangku.

"Along mana?", soalnya tiba tiba. Baru yang lain perasan dan tertanya tanya.

"Cikgu kata dia pening, dia nak tidur kejap", jawabku bagi pihak abah. Semua terdiam seketika, kemudian kembali bising.

"Penatlah kakak nak kejar awak", ujarku mencungap sambil mengejar Irsyad, anak kaklang untuk dimandikan, Izah kukelek dipinggang. Mandi pagi pun susah, masing masing dah bau masam. Apataknya, lepas sarapan terus hilang, ni dah dekat jam 10. Kaklang meninggalkan pesan padaku untuk mandikan Izah dan Irsyad, dia dan kakngah ke pasar membeli barang mentah untuk dijadikan lauk malam ni. Izah dan Irsyad ni macam kembar. Tapi bukan kembar lahir, cuma kembar tahun. Cucu mak yang lain aku tak nampak, pergi mandi sungai ke meronda kampung ke aku tak tau. Sunyi sepi rumah, hanya ada suara Irsyad dan Izah je.

Irsyad berlari mengelilingi rumah mak kemudian di celah celah kereta yang bersusun di halaman.
"Nah..."
"Tolong bawakan ke bilik air boleh? Tak larat nak dukung"
Abah akur. Basah baju aku akibat budak dua orang ni main simbah simbah air masa mandi. Geram sungguh. Tak pasal macam baru lepas mandi je rupa aku ni, padahal aku dah mandi subuh tadi. Aku masuk ke bilik mak membawa keduanya sebab kaklang cakap baju mereka ada di situ.

Langkahku terhenti  bila Hasri sedang baring di atas katil mak. Aku ambil baju Izah dan Irsyad yang kaklang dah letak di hujung katil dan keluar.

"Nak kemana?", soalnya.
"Pakaikan baju Izah dan Irsyad kat luar".
"Pakai je kat sini. Tak ganggu aku pun", katanya sambil tangan laju menekan nekan telefonnya.
Payah nak pakaikan baju budak budak tu, ada je akal nak melarikan diri.
"Suhaila mana?", tanya Hasri sewaktu aku nak menyiapkan Izah. Irsyad masih berbogel dah berlari keluar dari bilik.
"Gi ambil kerepek dengan mak"jawabku kalut menyikat rambut Izah.
"Irsyad.. meh sini pakai baju", jeritku, bangun dan keluar untuk menangkapnya. Izah dah cantik wangi, aku tinggalkan dengan Hasri.

"Ala paklong lagi", Irsyad memukul mukul abah yang berjaya menangkapnya.
"Budak nak kena sunat ni, nakal sangat", sakat abah, sewaktu menghulurkan Irsyad padaku.

"Kenapa seksi sangat ni?", bisik abah. Aku baru terperasan padahal dari dalam bilik air, aku dah begini.
"Lepas ni pergi tukar baju", pesan abah. Aku dah segan nak masuk bilik mak.

"Kenapa tak bawa Irsyad masuk bilik pakai baju?", tanya abah bila aku masih tak berganjak.
"Tolong masuk, ambilkan baju Irsyad. Ada Hasri kat dalam".
"Bila dia masuk?", abah terkejut.
"Dari tadi".

"Nah. Puas la dia tadi", bebel abah menghulurkan baju Irsyad. Izah didukungnya.
"Puas apa?"
"Tengok Emilia la. Cepat pergi tukar baju tu. Nanti yang lain balik pula".
Aku mengetap bibir. Aku tau la bra hitam aku nampak jelas disebalik tshirt yang aku pakai. Dah la bra ni kain nipis je, takde span.

"Kau tengok tu, menyampah tau". Aku pandang ke arah yang Suhaila nyatakan. Kami sedang mengelap dulang dulang yang sudah dibasuh untuk digunakan malam ni di bawah anjung.

"Siapa tu?"
"Yang baju merah tu tunang Hasri. Yang baju ungu, kakak dia ex awek along masa kat Uni".
"Lawa".
"Sebab lawa tu la dia curang. Kena cekup dengan suami orang. Dia kata along takde masa untuk dia. Along sibuk belajar dan kerja untuk sara kami adik beradik. Dia sunyi".
Aku dan Suhaila masih pandang pada mereka bertiga. Abah kebetulan ada di halaman ketika itu, perempuan berbaju ungu terus memaut tangan abah.

"Amboih... pegang pegang pula. Perempuan gatal ni nak kena. Kau habiskan lap dulang ni".
Suhaila mencampakkan tuala kecil yang digunakan untuk mengelap dulang, lalu bangun dan berjalan ke arah mereka.

Bahuku dicuit orang, "tengok apa?".
Urmm... Hasri. Main cuit pula mamat hensem berbaju melayu merah ni, melabuhkan punggungnya di belakang aku. Eh.. janji pakai baju warna sama dengan cik tunang. Aku menudingkan jari.

"La.. kenapa dia bawa Ayu pula. Kacau betul". Hasri meninggalkan aku.

"Geram betul aku la..", rungut Suhaila sambil membungkus nasi ambeng untuk tetamu bawa pulang. Aku turut membantu.

"Kau tengok tu, saja nak jadi tukang pass dulang ke depan sebab along tukang sambut. Gatal betul. Tak habis habis nak menggoda along. Nak jual body pakai ketat ketat cam tu". Aku pelik dengan apa yang dirungutkan, aku perhati sekeliling.

"La... akak jual kuih tu kan? Dia nak goda along ke?", tanyaku naif.
"Tengok la tu... menyampah tau".

"Kenapa ni? Menyampah kat sapa?", tanya kakngah yang tiba tiba muncul diantara kami.

Suhaila memuncungkan bibirnya ke arah yang dimaksudkan.

"La.. biarlah. Along single kan. Mana tau kot rezeki jodoh along dengan dia", nasihat kakngah. Suhaila mempamerkan muka masam. Aku lagi la, bila nampak adegan bertepuk tampar satu hero dengan dua heroin. Sabar je la.

"Ashu tak suka. Along baik, kena dapat perempuan baik baik. Bukan perempuan macam diorang", gumam Suhaila.

"Baik la diorang tu. Kita kenal keluarga dan latar belakang kan, asal orang baik baik", sampuk kaklang.

"Kalau baik, tak menggatal macam tu. Tak curang dengan along. Tak kecewakan along", balas Suhaila bangun meninggalkan kami. Aku terasa dengan ayat kaklang- aku bukan dari keluarga yang baik. Aku anak yang tak diingini.

"Kenapa tak tidur lagi? Tak cukup memenatkan ke kenduri tadi?", terkejut aku bila abah menegur ketika aku memanjat mata tangga ke atas sementara abah nak turun.

"Dahaga. Nak air?", tanyaku dan menghulurkan botol yang kuisi air tadi. Aku dan abah duduk ditangga. Abah menghulurkan botol selepas meneguk separuh isipadunya kemudian menggenggam tanganku sebelum dikucup lama. Tak pernah begini.

"Jom tidur". Abah bangun nak menarik tanganku bersama. Aku masuk ke bilik Suhaila dan abah ke biliknya.

*********

Hilmi

Sejak tiba di rumah mak, Emilia sering berdua dengan Suhaila, aku nak berdua dengan dia payah. Ngam sangat, yelah sama umur. Yang aku ni pun, kat kampung baru terasa nak berduaan dengan dia. Selama duduk serumah takde pula nak bermesra. Lain pula rasanya di kampung.

Mujur mak tak banyak soal  aku bawa Emilia balik kali ni. Suhaila lagi la, suka sangat. Buat pertama kali, aku nampak Emilia ada kawan. Dan dia boleh menyesuaikan diri dengan Suhaila yang manja, Hakimi yang pendiam dan mak yang sporting.
Bilik kami bersebelahan.

Aku nak Emilia balik nanti, itu kata nafsuku bila Ila, makwe zaman sekolah kutemui sewaktu membeli kuih di kedai untuk sarapan. Ila sekarang sangat wow, memang aku tergoda. Aku lelaki, normalkan aku terangsang bila dilayan dan disentuh Ila, ada masa terasa dadanya terkena lenganku.  Sesekali aku menjeling pada Emilia yang bersembang dengan Suhaila. Aku tak pasti, dia ada perasaan ke tak sebab tiada riak cemburu langsung.

Come on Hilmi, ingat yang pernikahan ni untuk tolong jaga Emilia bukan memiliki dia. Kau janji nak jaga dia macam kau jaga adik adik kau. Sebab tu kau bawa dia balik, nak perkenalkan dan membawa masuk dia dalam keluarga besar kau, bukan sebagai isteri tapi adik dan agar dia dapat merasai nikmat berkeluarga. Ingat janji kau pada dia yang kau akan lepaskan dia jika dia bertemu lelaki yang lebih sesuai.

Ketika kakngah tiba, aku naik ke atas, yang lain berkumpul bercerita di bawah. Emilia sedang melipat telekung, aku nampak dari bayang disebalik langsir pintu bilik ketika menaiki tangga. Aku selak langsir, dia sedang membetulkan tali bra di bahu.

"Ada panadol? Dia mengangguk.
"Bawa ke bilik".
Aku menelan perlahan, botol air kuhulur padanya selepas kuteguk isinya.
"Boleh tolong picit kepala tak? Pening", pintaku.
Emilia tersenyum, aku rebahkan badanku dan kepala diribanya. Dituangkan sedikit minyak angin di tapak tangan dan diurut kepalaku perlahan. Sesekali hidungku tersentuh payudaranya, saat itu pergerakannya terhenti. Kemudian disambung kembali.
"Pergilah turun. Nanti Suhaila cari pula", kataku setelah adik aku semakin galak menongkat langit bila Emilia mengurut tengkukku dengan cara mengalihkan kepala aku ke dadanya. Nak aje aku gigit apa yang ada didepanku namun aku kawal, tak mahu jadi perkara lain. Dia akur dengan perintahku.

Mula mula Ila, ni Ayu pula. Aku nampak Emilia memandang padaku bila Ayu bersalam denganku dan terus memaut tanganku mesra. Saat Suhaila datang menegur perbuatan Ayu yang padanya melampau, aku nampak Hasri merapati Emilia. Hasri memang kacak, dia muda 10 tahun dariku. Lagi putih, lebih tinggi, berambut lurus paras atas bahu dan berjawatan bagus dari aku.

Malam itu usai kenduri, Ila dan Ayu bertengkar bawah khemah. Aku turut ada sama. Emilia tah dimana. Hasri dan Lisa, tunangnya duduk ditangga rumah melihat kami. Anak anak buah, aku halau masuk rumah, ini perbincangan orang tua. 2 orang janda bercakaran demi nak dapatkan aku -bujang terlajak. Sebenarnya dah berstatus suami.

Ila, buah hati masa sekolah. Anak tokey kedai makan tempat aku hantar kuih sebelum ke sekolah. Hubungan kami terhalang sebab maknya takut aku mengikut perangai ayah. Dia dijodohkan dengan saudara jauh bekerja di Pahang. Langsung kami terputus hubungan. Tubuh Ila sangat curvy dan solid kata omputih.

Ayu, junior masa di universiti. Asal satu negeri tapi daerah berbeza. Dia ni montok dan gebu. Ramai yang cemburu bila aku bercouple dengan dia. Tapi putus separuh jalan sebab aku terlalu sibuk dengan belajar dan kerja part time. Bila dia ajak dating, aku tolak. Aku lebih rela kerja dan simpan duit untuk dihantar pada mak dan adik adik di kampung. Tambahan pula kakngah di Amerika Syarikat ketika itu. Memang dapat biasiswa tapi aku tau tak cukup.

Malas aku nak dengar cerita lama, aku suruh Ila dan Ayu balik. Aku nak cari bini aku yang sah. Sewaktu aku menuruni tangga, kami bertembung. Aku berdebar saat dia menghulur botol air dan duduk disebelahku atas tangga dapur. Aku genggam tangannya dan kucium lama. Dia tak sama dengan Ila dan Ayu.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 121 32
Neya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berum...
914 182 13
BLURB CIK MANIS PIPI GEBU Yura si pipi gebu dan Ilhan si penyewa rumah mak. Pantang bertemu, ada saja yang diributkan. Mereka berbalah. Tak pernah...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
67K 2.4K 75
"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Ka...