[C] Hate Or Love

Por whatthechic_

275K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... Más

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#30

4.7K 300 3
Por whatthechic_

BUNYI petikan jari menyedarkan aku daripada lamunan. Aku memandang orang di hadapan aku. Hampir saja aku tersedak apabila melihat wajah Darius yang tiba-tiba saja muncul di hadapan.

"Kau buat apa kat sini?" soalku. Tapi bila sedar dengan soalan bodohku itu, terasa bodoh pula. Sebab ini kan pejabat ayah dia. Tak peliklah kenapa dia ada dekat sini, kan?

"Saja. Lama tak jumpa kau. So, aku datang sini." jawab Darius seraya duduk di bangku di hadapanku. Aku hanya duduk di atas tong ais berwarna oren. Tidak bergerak kerana malas.

"Ouh, tapi kan. Macam mana kau tahu aku part time dekat sini?" soalku lagi. Takkan dia tanya mama?

"Aku yang dapatkan kau kerja ni. Mestilah aku tahu." jawab Darius.

Hah?

"Oh sebab kau lah ni mama aku paksa aku kerja sini." rungutku. Masih ingat lagi perbalahan aku bersama mama lima hari yang lepas. Waktu itu aku sudah minta kerja di kedai roti berdekatan sekolah. Tapi mama bertegas nak aku kerja di kafe pejabat dia.

"Eh hahahaha. Aku cadangkan je. Tak sangka pula yang mak kau paksa." ujar Darius.

Suasana diam. Dan aku kembali di dalam lamunanku. Air milo kotak yang sudah habis masih aku sedut. Straw yang sudah digigit-gigit itu aku keluarkan daripada mulut. Aku menghela nafas.

"Kau ada masalah ke? Ouh, kena marah dengan bos lah tu en?" soal Darius.

Aku memandang dia. Lama, untuk beberapa detik. Kemudin aku bangun dan menapak ke dapur. Barang-barangku dimasukkan ke dalam beg lalu aku mencabut apron yang tersangkut pada tubuh.

Apabila mata melihat mesej yang dihantar oleh mama beberapa minit lepas, aku terus bergerak keluar. Aku berjalan pergi meninggalkan Darius bagaikan dia tiada disitu.

Aku nampak dia bangun untuk mengejar langkahku. Tetapi aku masih tidak berhenti. Terasa tangan disambar seseorang cepat-cepat aku tepis kasar. Aku memandang wajah Darius yang terkejut dengan tindakanku.

Nafasku turun naik.

"Arfah, aku ada buat salah ke?" soal Darius.

"Aku nak balik. Mama dah tunggu." ujarku lantas membetulkan tali begku yang hampir terjatuh daripada bahu.

"Bagitahulah aku so aku tahu apa salah aku." kata Darius.

Aku pandang wajah dia.

"Lain kalilah. Aku penat ni." balasku seraya melangkah pergi.

Sampai saja dirumah, aku mencampak beg kecilku lalu mengehempaskan tubuhku di atas sofa. Mataku dipejam rapat. Iya, aku penat. Cukuplah hari ini.

"Nanti malam mama nak jumpa kawan mama dekat luar. Arfah nak ikut ke apa?" soal mama di dapur yang sedang meneguk segelas air masak.

Mata yang dipejam dibuka semula. Aku bangun dari baringku.

"Takpelah ma. Arfah nak tidur kot malam ni. Kalau lapar Arfah beli kat luar je nanti." balasku.

Mama tidak menjawab. Dia hanya mengangguk lalu naik ke atas. Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Beg aku ambil lalu naik ke bilik untuk mandi.

Usai membersihkan diri, telefon bimbit terus aku cari. Sejak daripada aku di dalam bilik mandi lagi ia sudah berdering. Tetapi hanya sekali sebelum panggilan itu mati. Entah siapa yang telefon pun aku tak tahu.

Dahiku berkerut melihat nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin telefon. Siapa ni? Kena telefon balik ke? Ah, bagi lah aku pakai baju dulu.

Tshirt putih aku sarung pada tubuh. Sekali lagi aku mengintai telefon bimbit yang berada di atas katil. Nombornya aku tekan lalu di dial. Telefon bimbit aku kepit di antara telinga dengan bahuku.

Ring..

Talian diangkat.

Aku menunggu orang itu memulakan perbualan. Tetapi dia hanya diam sepertiku.

"Hello? Siapa ni?" soalku. Malas mahu melengahkan masa.

"Ni.. aku. Liana." jawabnya dihujung talian.

Aku diam tidak berkata apa-apa.

"Aku nak minta maaf pasal tadi. And pasal ibu aku dengan... mak Darius tu kau jangan ambil hati tau." ujar Liana.

"Jangan risau, aku dah biasa." balasku.

Suasana kembali diam. Tiada sesiapa yang mahu meneruskan perbualan.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, aku letak—" kata-kataku dicantas.

"Kita masih kawan kan?" soal Liana membuatkan tubuhku mengeras.

Aku tidak menjawab soalan itu.

"Kita sambung lain kali? Aku penat ni." ujarku. Kemudian aku tidak mendengar apa-apa daripada Liana.

"Okey, sorry ganggu kau." ujar Liana. Aku tidak berkata apa-apa lantas panggilan tersebut dimatikan.

Aku mengeluh. Kenapa aku macam ni? Aku tahu jauh di sudut hati aku rindu pada dia tapi entah kenapa aku tak dapat nak terima apa yang jadi di kafe tadi.

Aku melihat jam pada dinding. Sudah jam 7 malam. Wah, lama juga aku tidur petang tadi ya. Nanti malam mesti susah nak tidur. Entah-entah tak tidur pun sebab tengok drama. Hahaha. Mentang-mentanglah cuti esok. Untung aku, baru hari first kerja esoknya dah ada cuti. Terbaiklah kafe tu.

Pintu bilik aku buka lantas turun ke bawah. Baru saja selangkah turun anak tangga, perut sudah berbunyi minta diisi. Bila kali terakhir aku makan ya? Rasanya dalam pukul 1 tengahari tadi.

Satu-persatu pintu almari dapur aku buka. Tetapi satu paket maggi pun takda. Menyesal juga aku tak ikut mama. Kalau tak boleh ajak mama singgah subway masa on the way balik rumah.

Aku naik semula ke atas untuk mengambil tudung dan kunci motor. Oh, tidak lupa juga duit. Kang dah sampai kedai baru sedar yang duit tak bawa. Rasa macam tampar diri sendiri je.

Motorsikal diberhentikan di hadapan gerai satay. Peh, asap dia. Menusuk hidung. Cabut saja kunci motor, aku terus duduk di salah sebuah kerusi kosong.

"Nak makan apa?" soal orang yang mengambil pesanan. Amboi, macam gangster bunyi dia.

"Satay daging 5, satay ayam 4. Makan sini." ujarku.

Pelayan itu mengangguk. Baru saja dia mahu beredar, aku memanggilnya semula. Eh dia ni, kalau ye pun bagilah aku order air dulu.

"Teh o' ais. Lepastu bungkus satay ayam 5 satay daging 4." tambahku. Mana tahu malam nanti aku lapar tiba-tiba. Aku prepare je dulu.

Pelayan itu mengangguk lagi kemudian terus menyampaikan pesanannya.

Aku melihat sekeliling. Ramai juga orang yang makan disini. Harap-harap aku tidak terserempak dengan siapa-siapa dari sekolah yang aku kenal lah. Kalau ada pun buat-buat tak kenal je lah.

"Terima kasih." ucapku sebaik saja makanan yang dipesan sudah sampai. Wah.. terliur. Gembira betul aku bila nampak satay di depan mata. Yelah, seharian kot bekerja. Jadi penat lelah aku terbayar lah dengan satay.

Aku mengambil satu cucuk lalu dicicah pada kuah kacang. Belum sempat satay itu masuk ke dalam mulutku, seseorang menyapa. Satay diletakkan balik pada pinggan. Tetapi mata masih memandang satay itu dengan mulut yang terliur.

"Boleh saya duduk?" soal Syamil.

Aku memandang orang itu. Eh dia? Aku mengangguk walaupun sebenarnya aku masih blur. Apa yang patut aku cakap ni?

"Awak buat apa kat sini?" soalku.

Astaghfirullah. Mestilah nak makan!

Syamil tergelak. Okey, pasti dia terfikir benda yang sama dengan aku.

"Mama saya minta tolong belikan satay so saya singgah sini." jawab Syamil. Wau, jauh-jauh dia singgah ye.

Aku hanya mengangguk.

Satay yang berada di atas pinggan aku sumbat ke dalam mulut. Susah pula mahu kunyah sebab mulut terlalu penuh.

"Ada kuah kacang dekat hidung." ujar Syamil.

"Hah??" soalku terkejut kemudian mengelap hidungku menggunakan tangan. Tetapi tiada apa-apa.

"Tipu je." kataku kemudian sambung mengunyah.

Dia hanya gelak. Lempang kang.

"So dah habis sekolah ni awak ada plan?" soal Syamil.

Plan?

"Ouh, plan takda tapi saya baru je dapat part time dekat kafe office ayah Darius." jawabku.

Wajahnya terkejut.

"Oh yeke.." balas Syamil. Wajahnya murung.

"Bukan awak kerja dekat office tu ke?" soalku.

Dia menggeleng.

"Tak lagi. Next week saya pindah ikut mama ke Sabah." kata Syamil. Aku hanya mengangguk. Kemudian aku teringat akan sesuatu. Tak silap aku, aku ada dengar sesuatu masa di kafe pagi tadi.

Sebaik saja melihat Syamil pergi bersama keretanya, cepat-cepat aku menghidupkan enjin motorsikal untuk pulang. Rasanya aku sudah lepak disini dekat sejam. Makanan yang dibungkus aku masukkan ke dalam bakul motor.

Dengan berhati-hati aku membawa motor pulang ke rumah. Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara yang aku cuba untuk tidak fikirkan. Namun segala yang berlaku di kafe pagi tadi terimbas di kepala.

Aku brek secara mengejut apabila dengan tidak sedar ada kereta yang tiba-tiba menghimpitku membuatkan aku terjatuh. Kemudian terdengar bunyi dentuman kuat dekat denganku.

❀❩ to be continued.

Seguir leyendo

También te gustarán

1.4M 63.7K 75
Ish,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi...
3M 152K 84
• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
405K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...