Love?? Hakthuiii ✔

By dUkeLawa

1M 18.5K 2.9K

Dont trust anyone who says love to you More

prolog
satu
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
satu kosong
satu satu
empat tiga
satu dua
satu tiga
satu empat
empat empat
satu lima
satu enam
satu tujuh
satu lapan
satu sembilan
dua kosong
dua satu
dua dua
dua tiga
dua empat
dua lima
dua enam
dua tujuh
dua lapan
dua sembilan
tiga kosong
tiga satu
tiga dua
tiga tiga
tiga empat
tiga lima
tiga enam
tiga lapan
tiga tujuh
tiga sembilan
empat enam
empat kosong
empat enam
empat satu
empat tujuh
empat dua
empat lapan
empat sembilan
lima kosong
empat lima
lima satu
lima dua
lima tiga
lima empat
lima lima
lima enam
lima tujuh
epilog
thanks note
thanks

dua

24.6K 366 16
By dUkeLawa

"Cikgu cari apa?", tanya Cikgu Adnan merangkap cikgu kaunseling sekolah bila melihat aku menyelak rekod pelajar bermasalah.

"Rekod Emilia binti Abdullah"

"Oh, dia tu. Kejap". Pantas saja dapat dicarinya. Yelah, dia yang buat penyimpanan, dia je yang tau nak cari di mana.

Aku selak satu persatu, banyak juga rekod disiplinnya. Aku menghela nafas panjang, Cikgu Adnan perasan, "Kenapa cikgu?".

"Takde cara nak tolong dia ke? Dia nak ambil SPM lagi berapa bulan ni", kataku tersandar.

"Cubalah Cikgu Hilmi tangani masalah dia. Saya ni tak cukup tangan nak uruskan. Sesi harian ni pun dah tak tentu hala. Lagipun, tengok rekod kehadirannya untuk sesi kaunseling, tak memberi kerjasama. Kita tunggu la dia, tapi dia tak datang", kata Cikgu Adnan nada sesal.

*******

"Allah...", aku membrek kereta dengan kuat. Sungguh aku tak perasan ada sesuatu melintas. Salah aku. Aku tak beri perhatian pada pemanduan, dah la lampu di kawasan tu tak berfungsi. Aku sebenarnya penat, banyak perkara perlu dilakukan untuk masuk rumah baru. Tak sedar dah hampir tengah malam. Mulanya nak tidur saja di situ tapi mengenangkan aku kena bertugas untuk perhimpunan pagi esok, aku balik. Aku kerling pada jam kereta 0217 pagi. Aku turun dan pergi melihat apa yang aku langgar.

"Ya Allah. Maafkan saya. Puan tak apa apa?", tanyaku bila melihat seorang perempuan mengerekot badan menahan kesakitan di atas jalan raya. Rambutnya kusut masai, baju tshirt longgar tanpa kolar dan berseluar track dah koyak di lutut. Seliparnya putus sebelah.

"Saya ok", jawabnya sambil cuba bangun. Namun matanya liar memandang ke arah blok flat tempat tinggal aku tak jauh dari situ. Dia rebah kembali. Percubaan kedua, aku memapahnya ke dalam kereta.

"Encik nak bawa saya ke mana?", ada nada cuak dan gementar di situ.

"Pergi klinik depan tu".

"Encik ni siapa dengan dia?", soalan pertama dikemukakan padaku oleh doktor setelah melakukan pemeriksaan.

"Saya terlanggar dia tadi. Tu saya bawa ke sini", terangku. Aku memandang kepada mangsa langgar tadi apabila langsir pada katil pemeriksaan diselak oleh jururawat. Aku perhati mukanya kemudian pada kad doktor diatas meja -Emilia binti Abdullah.

"Betul ni encik?"
Aku mengangguk, "kenapa doktor?"
"Saya nak buat laporan polis dan memanjangkan kes ni ke hospital besar".
'Ahhhh... sudah. Luka sikit saja', hatiku berdebar, takut.

"Kenapa doktor? Dia luka sikit saja".
"Bukan sebab kemalangan ni. Tapi kesan penderaan pada tubuh Cik Emilia".
"Dera?"
"Ya. Dera. Saya rasa dia kena pukul. Ada kesan lama dan baru. Kesan cucuhan rokok pun ada di tapak kakinya. Bekas luka di kepala, banyak lagi saya boleh senaraikan" nyata doktor itu sambil menunjukkan padaku.
"Encik,...", Emilia memandang dan memegang tanganku.
"Tolong jangan repot polis. Kesian adik adik". Aku dan doktor terpinga pinga.
"Doktor, tolong saya. Rahsiakan perkara ini dari polis", rayunya.

"Rumah awak yang mana?", soalku sambil memapahnya menaiki tangga. Tinggi juga, tingkat 3 tapi bila sakit dilanggar begitu memang sukar nak berjalan.

"Haaa... dah subuh baru nak balik. Tiap tiap malam keluar menyundal", suara itu menyambut kepulangan Emilia dan ketibaan aku. Aku sempat melihat jam sewaktu naik tangga tadi, hampir 330 pagi.

"Malam ni kau bawak jantan balik pulak.. dah berani ye". Emilia melangkah masuk bersama beg plastik berisi ubat. Aku tercegat di pintu setelah ayat power itu terbit dari mulut perempuan lebih kurang sebaya aku, bergelar ibu. Aku tak sedap hati untuk meninggalkannya tanpa memberitahu hal sebenar pada ibunya.

"Dia tolong Emi tadi", tergagap Emilia menjawab.

"Tolong apa? Kau tolong lepaskan nafsu dia", pekik ibu Emilia berserta pakej melibas kayu beluti sepanjang depa orang dewasa ke belakang Emilia. Emilia jatuh tergolek.

Aku menerpa menolong. Tak kira rumah siapa, Emilia perlukan pertolongan. "Kau siapa?", sekali lagi kayu dihayunkan, aku melindungi Emilia dengan tubuhku. Arghhh... bagai nak gugur organ dalaman.

"Saya langgar dia. Saya bawa dia ke klinik".

"Penipu. Berapa kali kau dah tidur dengan anak aku? Dia ni kalau tak menyusahkan aku memang tak sah", jeritan ibu Emilia menyebabkan kedua dua pintu bilik terbuka. Satu bilik ada seorang budak lelaki dalam lingkungan 4 tahun berdiri di pintu, seorang lelaki sedang tidur di atas tilam bersama seorang bayi. Manakala bilik hadapan yang berdekatan pintu masuk, ada 2 orang lelaki berkain pelikat dan berseluar paras lutut terpisat pisat di depan pintu.

"Apa yang dia susahkan puan?", tanyaku setelah keadaan reda sedikit.

"Macam macam. Dari dalam perut dah menyusahkan aku. Dah besar ni, minta tolong pun tak boleh. Patut aku bunuh kau masa dalam perut dulu. Bapak kau pun tak nak kau bila tau aku buntingkan kau. Anak sial la kau ni". Disepak sepaknya tubuh anak dara itu. Aduhhh, sakit telinga aku. Emilia menangis teresak esak.

"Tak baik puan cakap anak macam tu", aku cuba menasihatkan.

"Kau tak faham bahasa kan? Aku kata dia menyusahkan aku. Nak sekolah lah, kelas tambahan lah. Alasan berjela bila aku suruh jaga adik. Hei Emi.. berambuslah kau. Siang malam tak boleh tolong aku. Sakit mata aku pandang muka kau".

Segala pakaian, beg dan buku dicampak ke tengah rumah. "Kau dah pandai bawak balik jantan kan. Kau ikut la dia". Pintu bilik ditutup rapat.

Serius, aku terkedu. Tak pasal aku terbabit. Senangnya dia bagi anak dara dia kat aku. Ye... anak dara. Aku dah berpeluh dingin.

******
Emilia

Aku malu. Aku tak kenal lelaki ni tapi ibu suruh aku ikut dia. Aku masukkan buku buku yang tak seberapa ke dalam beg sekolah. Aku ambil beg plastik dan masukkan baju yang bertaburan.
'Malunya encik ni tengok bra buruk aku dan seluar kecil yang berlubang lubang ni'. Pantas tanganku menyumbatnya diantara baju tadi. Baju sekolah aku lipat dan masukkan ke dalam beg sekolah. Aku duduk terselepot. Abang abang laknat yang menyewa bilik depan dah menutup pintu. Hanya ada encik tadi, memandang aku.

"Macam mana ni?", soalnya. Aku mengangkat bahu, tak tau. Deraian air mataku dah kering.

"Ikut saya", katanya. Aku mengelengkan kepala.

"Ni rumah ibu saya".
"Tapi ibu kamu dah halau kan?"
Aku menangis lagi.

Ibu tiba tiba membuka pintu dan membentak, "Tak pergi lagi? Berambus lah". Pintu bilik dihempas lagi.

"Meh, ikut saya", beg sekolah dan beg plastik dijinjingnya. Aku mengikutnya perlahan dari belakang. Dia memandu entah kemana aku tak perasan kerana terlena, sedap sungguh tidur dalam sejuk pendingin hawa. Dia mengejutkan aku, kemudian kami masuk ke dalam rumah bersama.

"Awak duduk sini dulu. Makanan saya dah beli kat kedai mamak tadi, ada kat dapur. Awak rehat dulu. Saya nak pergi kerja". Aku mengangguk. Aku penat, letih. Setelah makan, aku hilang ke alam lain.

*****

Hilmi

"Good morning. Kenapa ada dark circle ni?", tanya Cikgu Sal tiba tiba gaya menggoda pula pagi ni. Dah la pakai kebaya sutera. Aku hanya tersenyum sambil membetulkan tali leher sebelum bertugas di perhimpunan.

"Cikgu... bangun. Takde kelas ke pagi ni?". Cikgu Adnan mengejutku. Aku mengelengkan kepala, "lepas rehat". Aku tertidur selepas perhimpunan tadi.

"Teruk sangat rupa Cikgu hari ni", sapa Cikgu Adnan sebaik aku masuk ke bilik kaunseling selepas loceng terakhir waktu persekolahan berbunyi. Baru selesai mengajar Prinsip Akaun.

"Saya tak tidur semalaman Cikgu".

"Teruk ke mengemas rumah baru?"

"Boleh la. Dah saya ni sorang sorang. Takde isteri nak tolong".

"Dah tak kawin, mana nak ada isteri".

Kami gelak besar, terhenti bila Cikgu Sal masuk.

"Seronoknya ketawa. Cerita apa?", tanyanya duduk di sofa berhadapan meja kami berdua. Kakinya disilangkan.

"Cikgu Hilmi ni sibuk kemas rumah baru sampai tak tidur", kata Cikgu Adnan.

"Besar rumah baru Cikgu?", tanya Cikgu Sal padaku.

"Bolehlah untuk saya seorang. Kalau ada rezki, jadi berdua". Berubah muka Cikgu Sal.

"Dah ada calon ke?", usik Cikgu Adnan. Aku tergelak besar. Melihatkan tak mendapat sambutan dari Cikgu Sal, aku mengubah topik perbualan.

"Ada apa Cikgu Sal datang bilik kaunseling?"

"Ni... Emilia ni buat hal lagi. I dah bagi warning letter minggu lepas, dia tak datang lagi hari ni. Cikgu kaunseling tak boleh tolong ke?"

Aku mengetap bibir, "nak tolong apa?" Saja tanya soalan bodoh.

"Saya tak nak la gantungkan persekolahan dia. Nak SPM dah ni. Kalau ikut rekod, malas nak cakap. Saya tak nak dia ni jadi penambah rekod tak cemerlang sekolah kita".

Continue Reading

You'll Also Like

155K 2.8K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
66.9K 2.4K 75
"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Ka...
889 178 13
BLURB CIK MANIS PIPI GEBU Yura si pipi gebu dan Ilhan si penyewa rumah mak. Pantang bertemu, ada saja yang diributkan. Mereka berbalah. Tak pernah...
156K 5.7K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.