[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#29

4.2K 297 9
By whatthechic_

AKU melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Entah mengapa kaki masih menggeletar walaupun peperiksaan sudah pun tamat. Iya, peperiksaan besar itu telah tamat. SPM. Cuma perlu tunggu keputusannya di awal tahun hadapan.

Di tengah-tengah laluan itu aku berdiri kaku. Rasanya seperti masa berlalu dengan pantas. Sama seperti sekarang. Telinga bagaikan mendengar bunyi jarum jam berdetik.

Banyak perubahan yang berlaku tahun ini. Yang banyak memberi kesan pada diri. Seperti tidak percaya. Yang aku akan melangkah keluar daripada sekolah ini. Sekolah yang banyak memberi kenangan manis mahupun pahit.

Semua telah berlalu. Dan aku perlu menghadap apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Apakah perkara baharu yang bakal aku temui nanti? Adakah ianya sesuatu yang baik? Ataupun ia akan menyakitkan?

"Jom. Cikgu ada sediakan air sejuk dekat kantin." Qistina mengajakku. Mengeluarkanku daripada lamunan itu.

Aku hanya mengangguk seraya menapak ke kantin sekolah. Ramai pelajar sudah duduk sambil minum segelas air. Beg yang berada di atas meja panjang itu aku ambil lalu alat tulis segera dimasukkan ke dalam bekas pensil.

"Nah aku ambilkan untuk kau." seseorang menyapaku. Syahmi. Dia membawakan segelas air sejuk untuk aku.

Aku mengambil gelas itu dari tangan Syahmi.

"Thankyou." ucapku lalu air itu aku teguk. Wah, manis nak mampos.

"Kau balik terus ke apa ni?" soal Syahmi.

"Ye lah kot. Dah tu nak buat apa kat sekolah." balasku. Memang tidaklah nak duduk di sekolah sampai petang. Dahlah panas.

Beg sandang milikku aku pakai di belakang. Fuh, ringan macam bawa angin. Mentang-mentanglah hari terakhir peperiksaan, bawa buku nota dan alat tulis sahaja.

Aku berjalan ke tempat parkir motorsikal. Iya, aku sudah mula membawa motorsikalku sendiri ke sekolah sejak beberapa bulan yang lepas.

Kunci motor aku cucuk pada tempatnya. Baru saja mahu menghidupkan enjin motorsikal, seseorang mencampak beg sekolahnya pada aku. Cepat-cepat aku menyambutnya. Nasib baik dia tidak mencampaknya dengan kuat.

Aku tidak memandang orang itu kerana aku tahu siapa dia.

"Kau nak apa?" soalku pada Darius yang sedang berjalan ke arah sini.

Dia berdiri di hadapan aku. Bajunya sudah dikeluarkan daripada seluar. Tengok gaya dia ni mengingatkan aku dengan satu watak drama korea lah. Siapa tu nama dia? Oh, Baek Kyung daripada drama Extra-Ordinary You.

Segak.

"Awalnya balik." ujar Darius. Wajahnya nampak muram.

Enjin motor itu aku hidupkan.

"Dahtu dekat sekolah nak buat apa? Penat do aku nak tidur." balasku.

Darius diam.

"Ada orang bagi kau hadiah." ujarnya.

Keningku terangkat. Hah? Mana?

"Hadiah apa?" soalku. Kemudian buat-buat seperti sedang mencari sesuatu.

"Ada kat dalam beg tu. Ambillah." kata Darius.

Aku melihat beg sandang milik Darius yang dibaling pada aku tadi. Zipnya aku buka. Terdapat satu hadiah berbalut di dalamnya. Tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.

"Untuk aku?" soalku ingin kepastian.

Darius hanya mengangguk.

"Kau yang bagi ke?" soalku lagi.

"Syamil." jawab Darius.

Aku menjeling dia. Sakai betul. Mengaku jelah kau yang bagi.

Hadiah itu aku belek. Kemudian memandang Darius semula. Wajahnya serius seperti tadi.

"Kau tak bergurau ke? So.. Syamil bagi?" soalku. Wah, terkejut.

"Erk.. okey. Cakap terima kasih kat dia." ujarku lalu beg sandang milik Darius aku beri pada dia. Helmet aku pakai di kepala dan bersedia untuk pulang ke rumah.

Baru saja mahu bergerak pergi, Darius bergerak ke hadapan sedikit membuatkan aku brek secara tiba-tiba. Kaget aku.

"Kenapa ni?" soalku yang benar-benar terkejut. Ingatkan ada apa-apa jadi tadi.

"Kau masih taknak jawab soalan aku?" soal Darius. Matanya memandang aku membuatkan aku jadi tidak senang.

Dahiku berkerut. Kemudian teringat akan sesuatu. Tentang apa yang pernah ditanya oleh Darius sebulan sebelum peperiksaan SPM dulu.

"Em, nantilah. Aku penat ni." Aku memberikan alasan.

Aku nampak perubahan pada wajahnya. Kecewa.

"Sorry." perkataan itu keluar daripada mulutku tanpa sedar.

"Jangan buat aku tunggu lagi lama. Aku tak ada banyak masa tinggal." ujar Darius.

Aku terdiam.

"Baliklah." kata Darius sebelum berundur ke belakang.

❀❩

SUARA lagu daripada laptopku aku kuatkan lagi bagi mengalahkan bunyi hujan yang agak lebat diluar. Aku membuka lagu daripada Ariana Grande yang bertajuk One Last Time. Kemudian berjalan ke arah tingkap bilikku. Bidainya aku tarik supaya dibuka.

Angin malam yang bertiup agak kuat menyelusup masuk ke dalam bilikku mendinginkan lagi kesejukan malam. Aku menarik kerusi belajarku lalu duduk di hadapan tingkap bilik itu. Mataku hanya melihat lampu jalan yang berkelip-kelip menunggu masanya untuk mati.

Laptop yang berada di atas katil aku ambil lalu membuka album. Banyak gambar yang diambil semasa aku dan Darius menyiapkan tugasan sekolah. Semuanya dihantar melalui telegram.

Tanganku berhenti menekan kekunci sebaik saja melihat satu gambar. Gambar aku bersama Darius di  i-City Shah Alam. Kami pergi dalam dua minggu sebelum peperiksaan SPM bersama Syahmi dan Mayleen.

"Arfah."

Bahuku terhinjut apabila menyedari tindakan Darius yang secara tiba-tiba menarik tanganku. Keadaan jeda seketika sebelum aku melepaskan tangannya.

"Kau nak apa aku nak makan kacang ni." ujarku. Iya, aku baru saja mahu memasukkan sesudu kacang panggang yang baru dibeli di luar tadi.

Darius memandang aku lama. Wajahnya nampak tegang. Membuatkan aku tidak berani untuk memandang matanya.

Air milo ais aku sedut bagi mengelakkan daripada bertembung dengan matanya. Tetapi Darius mengambil air itu daripada tanganku.

Dia menghela nafasnya.

"Kau memang tak ada perasaan langsung ke dekat aku?" soal Darius.

Aku terdiam.

"Kenapa kau tanya aku macam tu?" aku menyoalnya kerana aku sendiri tidak tahu mahu menjawab apa.

Aku nampak Darius mengetap bibirnya.

"Aku tak minta kau untuk terima aku. Sebab aku tahu sekarang bukan masanya and kita masih belajar. Cuma, sampai bila kau nak biar perasaan aku tergantung? Aku bukan penat untuk tunggu kau, tapi hati aku sakit bila sedar yang aku cuba untuk raih kasih daripada orang yang bukan pun milik aku." luah Darius.

Entah mengapa aku dapat rasa kesakitan dibalik kata-katanya. Bukan aku cuba untuk mengabaikan perasan dia tetapi aku sendiri tidak tahu jika aku mempunyai perasaan yang sama sepertimana perasaan dia pada aku. Aku takut jika aku masih tersangkut di masa lalu dan akhirnya akan melukakan hati dia.

Sebab aku sendiri sedar, sudah banyak perkara yang Darius cuba lakukan untuk tunjukkan perasaan dia pada aku cuma aku saja yang buat-buat tidak nampak walaupun dia sudahpun luahkannya. Kejamkah aku?

"Jangan buat aku rasa teruk macam ni, Darius." kataku. Hati masih tidak dapat menemukan jawapan yang tepat bagi soalannya.

Kami berdua diam seketika.

"Kalau kau tak suka dengan cara aku, aku boleh cuba untuk berhenti." ujar Darius.

Mataku yang daripada tadi memandang bawah laju memandang anak mata lelaki itu. Dia seperti tidak bergurau dengan kata-katanya.

Suara lantang Mayleen memecahkan kesunyian di antara kami. Dia melambai ke arah aku dan Darius. Aku membalas lambaiannya lalu menapak ke arah Mayleen dan Syahmi. Meninggalkan Darius seorang diri di situ. Entah kenapa, hati terasa sakit bila diri sendiri yang melangkah pergi dan membiarkan saja lelaki itu.

"Rugi lah you tak masuk tempat salji tu." kata Mayleen. Aku hanya ketawa. Bukan aku tidak mahu masuk, cuma aku tidak tahan dengan suhu yang terlampau sejuk. Dan Darius juga tidak masuk sebab nak temankan aku diluar.

Aku melihat Syahmi yang masih memeluk tubuh.

"Tadi aku buat orang salji. Mukanya macam kau." ujar Syahmi padaku. Laju saja aku menayangkan buku lima.

"Mana Darius?" soal Syahmi.

Aku menoleh belakang di tempat kami berdiri tadi. Tetapi dia tiada.

❀❩

BUNYI alarm mengejutkanku daripada tidur yang lena. Tepat jam 8 pagi. Aku bangun lalu terus turun ke bawah tanpa memberus gigi.

Perlahan-lahan aku menuruni tangga. Rambut yang gatal aku garu laju-laju. Entah kenapa sejak beberapa hari ni rutin harianku jadi tunggang langgang.

Sudah seminggu selepas hari persekolahan tamat. Dan hari ini, aku perlu memulakan hari kerjaku. Iya, hari pertama. Buat permulaan aku hanya ambil kerja separuh masa sahaja di sebuah kafe.

Aku mengambil sekeping roti lalu disapukan mentega kacang. Tanpa membakarnya, aku terus makan.

"Cepat sikit Arfah. Kejap lagi mama dah nak gerak ni." aku mendengar mama menjerit dari tingkat atas.

Dengan malasnya aku naik ke atas dan bersiap untuk kerja di hari pertama. Okey, Arfah. Ini hari pertama kau. Jadi tolong tunjukkan reputasi yang terbaik!

Kereta diberhentikan di tempat parkir. Kami tiba di tempat kerja mama. Jangan tanya kenapa. Sebab mama yang paksa aku untuk apply kerja di kafe pejabat ini. Katanya biar senang. Dekat dan tak perlu ulang-alik untuk ambil aku kerja.

"Pergi cepat. Kang hari first dah lambat pula." arah mama. Aku hanya mengangguk lalu berjalan malas ke arah bangunan tinggi itu.

Kafe yang bakal dijadikan tempat aku bekerja itu terletak di aras satu. Fuh, jadi tak perlulah untuk aku naik turun dari atas ke bawah. Bagus.

"Assalammualaikum." aku memberi salam sebaik saja melangkah masuk ke dalam kafe itu. Peh, aura dia macam tengah masuk ke dalam kelas.

Aku berjalan mendekati salah seorang kakitangan di kafe itu.

"Hai." aku menegur seorang pekerja lelaki berbangsa Cina yang sedang mengelap meja.

"Hai.. ouh you yang baru apply haritu kan? Ha jom jom saya bawa you." lelaki Cina itu membawa aku ke bilik staf lalu menunjukkan tempat rehat pekerja wanita. Pakaian diberi pada aku bersama sepasang apron.

"Nanti ada apa-apa you tanya aja siapa-siapa kat sini." ujar lelaki itu. Aku melihat tanda namanya. Wei Yi.

"Oh okey.. terima kasih!" kataku mesra. Kemudian lelaki Cina itu berlalu ke hadapan dan menyambung kerjanya.

Dan aku apa lagi. Usai tukar pakaian, aku terus mulakan kerja aku di bahagian kaunter. Wah.. baru beberapa jam bekerja penatnya seperti baru lepas berlari maraton. Biasalah, pertama kali.

"Hai, nak pesan apa?" soalku pada pelanggan yang entah ke berapa. Sejak aku mula kerja tadi, pelanggan tak berhenti daripada membanjiri kafe ini.

"Chicken Grilled Burger dua." pesan pelanggan itu.

"Itu sahaja?" soalku inginkan kepastian.

Pelanggan itu hanya mengangguk lalu duit dihulurkan seperti sudah tahu jumlahnya berapa. Pesanan dihantar pada pekerja di bahagian dapur. Kemudian aku kembali ke hadapan. Pelanggan wanita itu sudah duduk di salah satu kerusi.

Lama juga aku tenung wanita itu dan baru aku sedar. Yang aku pernah nampak dia sebelum ini. Bukankah dia wanita yang.. ada di dalam kereta bersama Syamil dulu? Jadi, ini ibu Darius?

"1354!" aku menjerit nombor giliran apabila pesanan sudah siap dimasak.

Aku melihat wanita itu bangun lantas menatang dulang berisi makanan tanpa air. Wah.. banyak juga dia makan ya.

Belum sempat aku mahu ke belakang, aku mendengar bunyi pintu dibuka. Satu susuk tubuh yang aku kenal. Seorang perempuan bertudung bawal berjalan sambil melihat telefon bimbitnya. Menyedari dirinya tidak keseorangan, telefon bimbit itu dimasukkan ke dalam beg tangan. Kerusi ditarik. Kemudian dia duduk di hadapan wanita tadi.

Adakah itu Liana yang aku kenal?

❀❩ to be continued.
Guys sorry lah tak update 😭
I pergi bercuti 😭🤘🏼
Nak rest kan minda. Rasanya
ini last update kot sebelum exam
next week. So i kena bercuti lagi 😭
Nanti next punya next week baru i sambung okeh! 🤓

Continue Reading

You'll Also Like

6 Royals By Ian

Teen Fiction

2.3M 142K 68
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Ri...
928K 24.6K 36
Actually, memang tak tahu nak buat desc macam mana. enjoy reading ! Highest ranking : #1 in romance #2 in drama #1 in Malaysia
83.3K 6.2K 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak...
642K 37.5K 69
Fiona Academy,ianya sebuah sekolah swasta yang melahirkan band2 muzik yang terkenal pada setiap tahun.Setiap pelajar wajib ada satu bidang muzik. Ant...