Psycho Of Love

By AmaraAishh

4.8M 220K 29.7K

[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan l... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
Author's Note
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
Harris' Time
#31
Appreciate's Note
#32
#33
Author's Note
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
Not an Update
#41
#42
#43
#44
Saya punya Nota
#45
#46
#47
Mahu HADIAH?
#48
#49
New Story
Teaser Psycho Of Love 2.0
Pre-Order POL 2

#50 (Epilog)

102K 4.1K 851
By AmaraAishh

Husna menggosok telapak tangannya apabila kesejukan mula dirasai di seluruh tubuh. Walaupun sudah memakai jaket dan baju berlapis-lapis, kesejukan masih terasa. Bibir Husna terketar-ketar dan terasa ingin mulai membeku. Walaupun dia dan Harris berada di Korea pada musim panas, suhunya masih sejuk.

Figura Harris yang berada di hadapan, Husna tarik dan rangkul tangan Harris. Terasa hangat sedikit berbanding tadi, rasa ingin menyorok tubuhnya di dalam jaket Harris pula. "S..sejuk," bergetar nada Husna menunjukkan dia tidak tahan sejuk. Harris tersenyum senget. Dia dah biasa dah dengan cuaca macam ni. Kalau pergi dekat United Kingdom masa musim sejuk, tambahan pula hujan masa tu, memang berganda-ganda sejuknya.

"Nak abang hangatkan ke?" Harris tersenyum nakal sambil merapatkan tubuh mereka. Pinggang Husna dirangkul erat supaya Husna tidak dapat berganjak sedikit pun. Husna memberikan pandangan tajam kepada Harris. Nasib baik suami kalau tidak, memang dia buat drama Korea kat sini. "Jomlah balik," rengek Husna sambil menggoyang-goyangkan tangan Harris. Mata dikedipkan beberapa kali, cuba untuk meraih simpati.

"Sekejaplah. Kita pergi Namsan Tower dulu jom. Lepas tu, kita pergi Itaewon. Kat situ ada banyak makanan tau."

"Okey jom."

Citttt. Cakap pasal makanan laju je Husna ni. Segala kesejukan tadi dibuang daripada tubuh serta-merta. Kali ini, Harris pula ditarik-tarik supaya suruh cepat. Sampai sahaja di Namsan Tower, Husna termengah-mengah kerana terpaksa menaiki anak tangga sebelum sampai di tingkat aktiviti love lock yang selalu dibuat oleh pasangan dari seluruh negara.

Mereka tidak mengikuti jalan hiking semasa ingin ke Namsan Park kerana perjalannya agak jauh. Tambahan pula, keadaan Husna sekarang yang sedang mengandung. Takut jika ada apa-apa terjadi jika berjalan terlalu jauh. Husna dan Harris menggunakan perkhidmatan kabel di mana semuanya dapat dilihat daripada atas.

Husna erat memegang jaket Harris kerana berasa gayat dan kadang-kadang dia akan menyorok di sebalik jaket Harris. Harris tersengih dan menggenggam tangan Husna erat sambil membisikkan sesuatu. "Setinggi-tinggi menara Namsan ni, lagi tinggi cinta Ifhzan Harris kepada Husna Raudhah. Saranghae." Wajah Husna mula berona merah namun mengukirkan senyuman malu. Wajahnya disorokkan sekali lagi di dada Harris membuatkan para pelancong yang berada di dalam kabel tersebut tersenyum memandang mereka berdua.

Setibanya di hadapan Namsan Tower, Harris menarik Husna dan menyuruh Husna menggengam tangannya agar tidak berpisah kerana saat ini ramai orang yang sedang berkunjung di Namsan Tower. Husna hanya menurut, almaklumlah. Husna ni pendek. Kalau hilang nanti, susah pula laki dia nak mencari. Lainlah kalau Harris hilang, sekejap je dapat cari dengan kepalanya macam zirafah tu. Masya Allah.

Di Namsan Tower terdapat restoran, kedai dan muzium. Jika nak pergi ke tingkat lebih atas, bayaran akan dikenakan tetapi tidak pada tempat yang terdapat love lock. Ramai warga tempatan Korea yang menjual mangga dan kunci beserta pen marker mahupun pelekat. Ini semua untuk aktiviti love lock sahaja. Apabila tiba di situ, ramai orang yang sedang bergambar, mengunci mangga bersama pasangan masing-masing. Warga luar negara mahupun warga tempatan memenuhi setiap tempat.

Harris menarik Husna di suatu sudut yang agak menarik jika dipandang dari atas dan mangga bersama kunci yang mereka beli tadi diletakkan di atas palang besi sebelum menulis sesuatu di atasnya. 'There's 1 thing 2 tell you 3 words 4 you, I love you Husna Raudhah, my wife, mom to my kids, grandma to my grandchildren. May we meet at Jannah with our big family :) . Sincerely from, your husband, dad to your kids, grandpa to your grandchildren. 💜'

Husna tersenyum lalu mencium pipi Harris. Leher Harris dirangkul sebelum Harris mendukung Husna. Terkekek-kekek Husna ketawa. "Tak berat ke?" Harris menggeleng. "Tak berat tapi berat sangat!" Pipi Harris ditarik dan digerakkan ke kiri dan ke kanan sebelum dilepaskan. Dada Harris ditepuk perlahan. "Jahat tau," barisan gigi yang rata ditunjukkan oleh Harris.

Harris menggenggam tangan Husna dan dibawa masuk ke dalam poket jaketnya apabila dia berasa Husna menggigil kesejukan. Husna ni mana pernah pergi luar negara, sekali pergi ke Korea terus. Mengikut janji Harris, mereka akan ke Itaewon iaitu syurga makanan halal di Korea. Sebelum mereka bergerak ke Itaewon, Harris sempat menangkap gambar mereka berdua atas pertolongan warga tempatan Korea. Fasih pula Harris berbahasa Korea, sehingga Husna sendiri terkejut.

"Macam mana abang tahu bahasa Korea ni?" Membulat mata Husna saat bertanya dengan Harris tetapi Harris hanya membalas dengan senyuman bangga. "Abang punya skandal sebelum sayang kan, belambak kat sini. Cuma itulah, abang malas nak cakap."

Mata Husna sudah mulai mengecil. Dia tahu Harris sengaja nak menipu. Pasti ada sebab lain Harris ni. "Baik abang bagitahu. Nak menipu pula orang tua ni," terkekek-kekek Harris ketawa apabila Husna memanggilnya orang tua. Budak fanta ni tak sedar diri ke yang dia ni muda setahun je? Harris berdecit.

"Nantilah abang cerita."

"Alaa ceritalah sekarang. Please hubby my lovey dovey. Please," rayu Husna sambil membuat wajah comel. Bibir sengaja dimuncungkan dan wajah Harris diusap. Sekali lagi Harris berdecit lalu ketawa. Kepala Husna yang dibaluti tudung bawal itu diusap lembut. "Kat restoran ya sayang? Sejuk mulut abang ni nak bercerita kat luar. Lainlah kalau sayang tolong panaskan dengan ciu----"

Husna menjegilkan matanya lalu segera menarik Harris untuk bergerak. Semakin banyak Harris bercakap, semakin kuat Harris merepek. Inilah contoh dia. Merepek tengah-tengah jalan tapi nasib baik tak ada siapa pun faham apa yang Harris sedang bebelkan kecuali Husna sendiri.

Sampai sahaja di Itaewon, mata Husna bersinar kerana banyak papan tanda di atas kedai yang menunjukkan pelbagai masakan yang disediakan di sana. Perut Husna semakin hebat berkeroncong setelah dia lihat satu kedai yang menawarkan makanan seafood dan daging. Sedap ni kalau makan sup panas! Husna segera menarik Harris dan masuk ke dalam kedai yang dipilih.

Yang keluar duitnya, Harris. Yang memesannya pun Harris. Husna hanya perlu duduk dan menunjuk apa yang dia nak makan. Penangan seorang bakal ibu. Mereka menunggu dalam beberapa puluh minit dan tada, sedia untuk dimakan! Daging dipanggang di hadapan mereka sendiri dan makan panas-panas. Begitu juga dengan sup. Semakin naik gila Husna dibuatnya merasai kenikmatan makanan hangat.

Harris mencebik. Gemuklah isteri dia lepas ni. Yakin sangat. Tapi, Harris suka juga dengan makanan Korea ni sebabnya dia mencampurkan sekali dengan sayur-sayuran dan bukan daging sahaja. Itu yang penting. Patutlah badan mereka kecil-kecil sahaja. Susah nak jumpa orang yang obesiti kat sini. Satu pengajaran yang harus diamalkan.

"Abang, ceritalah." Pinta Husna dengan mulut yang masih penuh. Kali ini,Harris pula yang menjegilkan matanya. Tak senonoh punya bini. "Makan dulu baru cakap. Berapa kali abang nak pesan ni? Haish," kepala Husna diluku kecil. Mendengus si kanak fanta itu sambil memandang Harris tajam. Tetapi Harris hanya mengangkat kening, berpura-pura tidak bersalah.

Usai makan, Husna bersandar di dinding. Perutnya yang buncit diusap diiringi dengan senyuman kepuasan. Puas dapat makan. Kalau tahu dekat Korea makanan dia macam ni, setiap tahun dia melawat Korea lagi. Pasti!

"Al kisah taib. Al kisah maka tersebutlah kisah. Taib. Sang kancil datang beramai-ramai menghadap duli yang maha mulia Sultan Firaun. Firaun mana ada sultan. Entah." Dialog daripada cerita almarhum P.Ramlee iaitu bujang lapok dilakonkan semula. Terkekek-kekek Husna ketawa. "Abang ni.."

Harris tersengih. Ya, dia tahu akan bakat dia untuk menjadi pelakon tapi apakan daya, dia terlalu hensem untuk menjadi pelakon. *Flip jambul*

"Sebenarnya, abang belajar kat Korea lepas habis SPM. Kat sini, ada keluarga angkat abang. Nama keluarga angkat abang ni, keluarga Kim. Diaorang mualaf. Abang belajar sini sebab abang dengar diaorang punya persekitaran dan cara pembelajaran okey. Kalau abang pergi belajar dekat UK ke German ke takut kena kejutan budaya pula. Masya Allah. Jadi, abang belajar kat sini dalam empat tahun. Lepas habis belajar,abang kerja kat sini selama setahun. Cari pengalaman. Balik sahaja Malaysia, atuk jadikan abang CEO masa abang umur 24 tahun. Syarat atuk masatu nak abang belajar dan bekerja di luar negara. Itu sahaja syarat dia. Ayah dulu tak dapat jadi CEO sebab ayah tak nak belajar luar negara. Tu sebab atuk yang jaga syarikat tu sampai abang balik Malaysia."

Husna mengangguk-angguk mendengar penjelasan Harris yang berjela-jela panjangnya. Tapi, menarik juga Harris ni. Patutlah masa Harris umur 24 tahun baru jumpa dengan dia. Rupa-rupanya membawa diri ke Korea.

"Nanti abang bawa sayang jumpa keluarga angkat abang. Anak dia perempuan. Itu pun seorang je. Nama anak dia Kim Hae Ra. Lawa. Macam Lisa Blackpink tapi Hae Ra tu lembut lah. Sopan je dan yang paling penting dia pernah minat kat abang."

Uhuk uhuk.

Husna tersedak saat dia minum teh panas. Nasib baik tak melecur lidah tu. Sempat jugalah Husna tiup sebelum sumbat dalam mulut. Saat Husna tersedak, Harris terus menepuk perlahan belakang Husna dan mencapai air putih lalu disuakan ke bibir Husna. Air itu diminum dengan rakus.

"Sorry sayang."

"Tak apa abang. Bila kita nak gerak?" Bibir dilap menggunakan tisu dan wajah Harris ditatap. Berani kamu memuji wanita lain ya! Husna hanya mampu berkata di dalam hati. "Esok." Husna mengangguk. Okeylah tu daripada sekarang. Mahu patah kaki dia. Sekarang ni, dia nak balik ke apartment mereka yang terletak di Apgujeong. Di apartment ni la Harris tinggal dulu masa belajar dan bekerja. Walaupun apartment ni paling mahal di Seoul, dengan sikap cermat Harris, dia mampu memiliki sekurang-kurangnya satu apartment. Terharu kejap.

Sebelum mereka pulang, Harris sempat membeli makanan. Nanti balik, tinggal panaskan sahaja. Ya, dia tahu dia bijak. Acecece. "Ramai artis duduk kat apartment Apgujeong ni tau sayang. Contohnya macam Suho dengan Siwon. Diaorang berdua ni ada black card. Memang kaya gilalah. Abang pun kaya juga HAHAHAHAHAHAHAHA."

Sakainya Harris. Ya ampun. Husna memandang Harris dari atas ke bawah. Kalau Harris tak pakai smart-smart, mesti Harris dilabel sebagai orang gila. Husna hanya menadah telinga bila Harris bercakap tentang itu ini. Yalah, layankan ajelah perangai membongkak Harris ni. Bukannya selalu kan. Husna jamin, sebelum diaorang balik ke Malaysia, mesti Harris nak buat pembedahan plastik untuk hidung sebab hidung Harris mulai mengembang dari semasa ke semasa.

Keesokkan harinya, mereka bergerak ke salah satu tempat yang agak jauh daripada pusat bandar. Tetapi, suasana sangat aman dan damai daripada hiruk-piruk bandar. Saat mereka sampai di hadapan sebuah rumah, Harris dan Husna keluar daripada kereta. Husna hanya mengekori Harris daripada arah belakang. Nanti salah rumah kang, buat malu je.

"Assalamualaikum! Anyyeonghaseyo! (Hello!)" Harris mengetuk pintu kayu yang diukir dengan ukiran bunga. Lawa sangat. "Omma-nim (Mak!) Appa (Ayah!) Hae Ra-ssi (Hae Ra!)" Laung Harris lagi dengan bahasa Koreanya. Fuh, Husna berasa bangga dengan suami dia hohoho. Tidak lama kemudian, pintu dibuka dan figura seorang lelaki yang berumur 50-an keluar.

"Is-ssi (Is!)" Tubuh Harris didakap erat dan Harris membalas pelukan ayah angkatnya. Tak sangka begitu rapat sekali mereka berdua. Mereka berdua mula berbahasa Korea, mungkin bertanya tentang keadaan dan bila sampai. Di satu ketika, Harris menarik Husna dan memperkenalkan Husna ke arah Encik Kim.

"Wah, yeopuda (Cantiknya!)" Puji Encik Kim sambil tersenyum memandang Husna. Husna yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum lalu mengangguk. "Kamsahamida appa (Terima kasih ayah)." Harris tolong membalas sebagai wakil buat Husna. Salah Harris juga tak nak ajarkan dia bahasa Korea. Cit.

Apabila dipersilakan masuk, Husna tergamam kerana rumah ini sungguh bersih dan kemas. Perabotnya juga tidak banyak dan merimaskan. Ayat-ayat suci Al-Quran juga tergantung di dinding. Husna begitu tersentuh. Mereka diajak ke ruang tamu untuk bertemu bersama isteri Encik Kim iaitu Puan Kim. Harris sahaja yang berbual-bual bersama mereka memandangkan Encik dan Puan Kim tidak fasih dalam bahasa Inggeris.

Mereka juga dihidangkan dengan teh panas dan kimbap. Makanan popular Korea. Husna makan dengan begitu berselera menyebabkan Puan Kim berasa senang hati. Tiba-tiba salam diberi daripada luar. Terkocoh-kocoh Puan Kim membuka pintu dan tersembullah figura gadis yang manis bertudung sedang membawa beberapa buah buku. Mungkin baru pulang dari perpustakaan.

"Oppa? (Abang?)"

"Nae. Anyyeong Hae Ra-ssi. (Ya. Hai Hae Ra.)"

"Anyyeong oppa (Hai abang)," balas Hae Ra sambil menundukkan sedikit tubuhnya. Dia berkata dalam bahasa Korea sebelum masuk ke dalam bilik, mungkin untuk membersihkan diri. Memang betullah kata Harris, wajahnya iras-iras Lisa Blackpink. Jangan salah anggap, Husna tahu sebab dia sempat tengok kat Google.

Tidak lama kemudian, Hae Ra keluar dan duduk bersimpuh di sebelah Puan Kim. Dia memandang Husna, Husna turut memandang ke arahnya dan memberikan senyuman. Hae Ra membalas dan dia merapatkan jarak antara mereka berdua. Harris sekadar memandang adegan mereka dengan ekoran mata.

"Anyyeonghaseyo. Hae Ra imnida. (Hai. Nama saya Hae Ra.) My name is Hae Ra. You must be oppa Is wife right?" Husna mengangguk lalu tersenyum.

"Anyyeonghaseyo. (Hai.) My name is Husna. But, you can call me Na."

"Ahh nae. (Ah baik.) When you come here with Is oppa? I'm sorry because I late."

"It's fine. We just arrived a few minutes ago at your house and two days ago we were arrived at Korea."

Hae Ra mengangguk. Kimbap diambil lalu dihulurkan ke arah Husna. Husna menggeleng lalu ketawa kecil. "I already ate until my tummy is big now hahaha."

"Oh my Allah. You pregnant noona? Is oppa, your wife is pregnant?"

Harris mengangguk mengiyakan. Mata Hae Ra membulat dan dia mengusap perut Husna. "When you will labour? I can't wait to see your baby."

"In shaa Allah. Four months to go," Husna tersenyum melihat wajah teruja Hae Ra. Nasib baik Hae Ra ni baik sahaja orangnya walaupun dia minat dekat suaminya. Mungkin, dia kuat pegangan agama yang membuatkan dia dapat menerima qada' dan qadar Allah. Mungkin.

Mereka berbual-bual sehingga tidak sedar azan Zuhur sudah pun masuk. Mereka sekeluarga solat berjemaah yang diimamkan oleh Harris. Sebagai seorang isteri, sudah semestinya Husna berbangga. Sebelum mereka bertolak ke tempat yang seterusnya, keluarga angkat Harris sempat memberikan buah tangan yang berupa buah pisang kaki yang terkenal di Korea.

Sedar tidak sedar, sudah hampir seminggu mereka berdua di Korea Selatan. Semua kenangan manis disimpan rapi dalam kamera khas Harris. Yang pasti, Harris pasti akan menyambung diari mereka berdua yang tidak lama lagi akan masuk buku ke-11. Harris tersenyum sambil memandang ke arah Husna yang sudah lena tidur akibat kepenatan sejak balik dari Lotte World. Mula-mula seronok, lepastu, penat. Pipi bidadarinya diusap lembut sebelum dikucup. "Saranghae yeobu. (Saya cintakan awak, sayang)"

***

Beberapa bulan kemudian, di suatu malam yang sunyi, Husna bergerak ke kiri dan ke kanan. Cuma untuk menyelesakan posisinya sekarang. Harris yang berada di sebelah sedang enak diulit mimpi digerakkan perlahan. Wajah Husna berkerut-kerut menahan kesakitan. "A..abang," kejut Husna perlahan namun suaranya semakin kuat apabila kesakitan tidak dapat ditahan. Akhirnya, dia menjerit.

"Abanggggg!!!"

Terkejut Harris sehinggakan dia bangun terduduk tegak. Matanya terbuka luas seperti sudah lama tidur. "S..sakit!!!" Rambut Harris ditarik sehingga kepala Harris terhantuk di kepala katil. Harris mengaduh dan segera mencapai bajunya di kepala katil. "Ha? Sakit? Sakit kat mana sayang? Nak beranak dah ke?"

"Ya!!! Ibuuuuuuu!!!! Mamaaaaaa!!!!" Jerit Husna seolah-olah ingin mengejutkan semua penghuni di dalam rumah ini. Ya. Mereka sekarang berada di rumah Tan Sri Irwan atas kehendak ibu dan mama mereka berdua supaya senang andai Husna ingin bersalin nanti.

Harris menutup telinga lalu segera mencapai kunci kereta sebelum itu, jam sempat dikerling. Baru pukul 3.20 pagi. Ya Allah, pagi-pagi buta jugalah anak aku nak keluar. Harris segera mendukung Husna dan turut menjerit seperti Husna memanggil satu rumah. Terkocoh-kocoh penghuni rumah tu suruh Harris bawa pergi hospital cepat-cepat.

"Ha?! Husna nak bersalin?! Ya Allah! Is, bawa pergi klinik eh hospital sekarang. Cepat!!" Nyaring suara mama Harris bersuara. Dia turut merasakan debaran untuk menerima cucu yang pertama. Ibu Husna pula terkocoh-kocoh ingin mengikuti Husna dan Harris tanpa memakai tudung.

"Ibu, pakaikan Husna tudung ibu! Ibu!!!" Husna sudah terjerit-jerit di dalam kereta, nasib sahaja pintu kereta terbuka. Cepat-cepat adik Husna menyarungkan cardigan dan tudung sarung. Abang Harris, Fatih segera mengekori Harris untuk menyampaikan maklumat nanti. Dengan bacaan bismillah, Harris memandu dengan kadar yang agak laju kerana Husna tidak habis-habis menjerit.

Di dalam bilik bersalin, Harris menemani Husna. Walaupun doktor di situ tidak bagi pada mulanya, namun Harris masih berdegil. "Kau dah kenapa tak bagi aku masuk dalam?! Tu bini aku lah! Aku dah tengok semua! Sana!" Jururawat itu ditolak tepi. Nasib baik doktor tu bagi kalau tidak memang Harris la yang jadi doktornya.

"Abang!!!!" Husna menjerit sambil menggenggam tangan Harris dan sekali-sekala, dia akan membenamkan kukunya ke kulit Harris. Sakitnya bukan main kepalang. Terasa menyesal pula bila masuk ehek. "Ya sayang. Sakit sayang. Mengucap sayang mengucap."

"Abang sakit. Nak rambut nak rambuttttt!!!" Tak semena-mena rambut Harris pula menjadi mangsa tarikan. Husna menangis, Harris pun turut menangis kerana kesakitan yang ditanggung. Selepas beberapa puluh minit berperang, akhirnya seorang bayi telah selamat dilahirkan.

Kelegaan dirasai oleh Harris dan Husna. Husna lega kerana selamat melahirkan dan Harris lega kerana rambutnya tidak ditarik lagi. Lepas ni, dia kena buat rawatan kat Yun Nam Hair Care. Pasti. Jururawat mengambil tuala kecil dan membalut tubuh si bayi lalu diberikan kepada Harris. Harris mengazankan anak sulungnya dengan perasaan sebak. Alhamdulillah, dia dah ada anak sekarang. Impian dia dah tercapai.

Harris tersenyum memandang wajah anaknya. Putera pula tu. Memang rezeki sangatlah ni. Wajah Husna ditatap dan dikucup dengan rasa kasih sayang. Putera mereka diberikan kepada Husna pula. Kedua-duanya menitiskan air mata melihat wajah anak mereka.

"Terima kasih sayang. Abang minta maaf sebab buat sayang sakit melahirkan anak kita. Maafkan abang," ujar Harris dengan nada perlahan, tak nak menganggu anak mereka yang sedang tidur. "Terima kasih juga sebab sudi bagi rambut abang untuk Husna tarik."

Harris ketawa kecil lalu mencium ubun-ubun Husna. "Tak sesakit yang sayang rasakan," Husna tersenyum dan mengusap pipi Harris. Kemudian, wajah putera mereka dipandang. "Tapi berbaloi abang. In shaa Allah. Lepas ni, kita jaga anak kita elok-elok okey?" Harris mengangguk laju. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, panggilan daripada Fatih. La, lupa yang Fatih sedang tunggu kat luar. Harris tersengih.

"Ha, dah selamat melahirkan dah. Alhamdulillah. Bagilah tahu yang lain lepastu masuklah sini," ujar Harris di talian dan tidak lama kemudian panggilan dimatikan. Mesti Fatih tak sabar-sabar nak beritahu satu ahli keluarga mereka.

Tiba sahaja keluarga mereka, wad yang besar tadi tiba-tiba jadi kecil. Terlalu ramai yang hadir tetapi alhamdulillah. Putera Husna dan Harris kejap-kejap dipegang oleh ibu, abah, mama, ayah, Fatih, Nik dan lain-lain. Harris tersenyum melihat kebahagian terpancar di wajah masing-masing.

"Muka dia sama macam Is dengan Husnalah. Hidung ikut Is, bibir ikut Husna, mata ikut Is, pipi ikut Husna. Ya Allah, comelnya." Puji mama Harris, Datin Yana sambil mengucup pipi bayi itu bertalu-talu. Yang lain, turut mengangguk.

"Ni, dah bagi nama dah?" Soal Tan Sri Irwan memandang cicitnya. Harris tersenyum memandang Husna. Kepala dianggukan. "Dah. Disebabkan keluarga kita mula daripada huruf I dan H, jadi Is bagi nama dia Ilman Harraz yang maksudnya ilmu yang sangat warak. Ilman iaitu ilmu dan Harraz ialah sangat warak."

"Uishh hebatnya nama," giliran Nik pula memuji. Harris mengangkat kening berkali-kali. "Mestilah. Ifhzan Harris kan. Jadi nama putera kitaorang, Ilman Harraz bin Ifhzan Harris."

Harris dan Husna tersenyum sambil mengangguk. Puas dengan nama anak mereka. Moga nama ini memberi peribadi yang sama kepada anak mereka. Aamiin.



Mohon baca kat bawah ni sehingga habis jika nak tahu apa rahsia cerita ni.








Sudah habislah epilog dan tamatlah POL. Lepas ni aku tak tahulah aku buat ke tak lagi cerita sebab tahun depan aku spm.

Double chaps sudah, bonus chap pun sudah, tinggal tubuhkan group ws. Siapa yang berminat nak join gp wasap POL bolehlah pm aku nombor korang ya anak-anak.

Aku add orang sampai bulan Februari sahaja atau sehingga full sebab takut dah mula busy bulan February tu.

Oh ya, aku tak buat cerita baru tahun depan tapi ada satu buku ni tajuk dia PART. Ini bab random ja sebab luahan hati aku ehek. So nak baca pun bolehlah lepas ni. Just check out kat profile aku.

Terima kasih sebab sudi baca, sudi vote, sudi komen walaupun aku kekadang tak balas komen dan terima kasih add kat library korang, add kat reading list. Terima kasih banyak2 💜💜💓💓🌸 . Ia amat bermakna kat aku sehingga aku dapat menang award from novaestar ni. Terima kasih.

Rahsia cerita ni sebenarnya, aku ambil inspirasi daripada kisah hidup aku sendiri.

Di mana, ex bf aku seorang yang psiko macam si Harris ni tapi Harris lagi teruk. Aku ada buat penambahan daripada yang ori, well ,cerita kan. Tapi memang ah ex bf aku ni inspirasi buat cerita ni.

Fizikal dia macam Harris. Sekali pandang, boleh buat kau suka or minat. Bila dah lelama kenal, kau akan mula takut dan mula jauhi dia.

Husna ni ibarat diri aku pada mulanya. Tapi dah lelama yang time kahwin tu, sorry tak keh. Aku cuma sambung kan sahaja cerita ni seperti korang nak (happy ending) .

Selamat tahun baru dan selamat bersekolah. Tekadkan azam untuk tahun depan. Aku syg pembaca aku (even silent readers) uhuk uhuk. Doakan kejayaan aku pada masa akan dtg. Aamiin. korg pun sama. Aamiin. Okey assalamualaikum

Jumpa di PART.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 66.9K 58
Amaran ⚠️ - CRINGE dan tak pernah edit sejak 2017. " Aku akan buat kau menyesal sebab tolak aku! Dhia. ". Wajah Ayyan sungguh menakutkan hati kecil...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
281K 13.5K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
371K 13.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...