Psycho Of Love

By AmaraAishh

4.8M 220K 29.7K

[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan l... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
Author's Note
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
Harris' Time
#31
Appreciate's Note
#32
#33
Author's Note
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
Not an Update
#41
#42
#43
#44
Saya punya Nota
#45
#46
#47
Mahu HADIAH?
#48
#50 (Epilog)
New Story
Teaser Psycho Of Love 2.0
Pre-Order POL 2

#49

61.7K 2.6K 400
By AmaraAishh

Bunyi kompang dipalu memenuhi suasana dewan yang bising dengan orang ramai yang sedang beratur mengambil makanan dan tempat duduk. Saat kompang dipalu, semua orang berhenti melakukan aktiviti untuk melihat para pengantin yang tiba manakala beberapa orang jurugambar giat menangkap kenangan manis pasangan-pasangan pengantin tersebut.

Dewan yang dihiasi dengan pelbagai perabot dan barang hiasan mengikut tema Prince dan Princess amat kelihatan mewah, sepadan dengan pasangan-pasangan pengantin ini. Kedua-dua pasangan pengantin ini berjalan di karpet merah, sesuai dengan tema yang diadakan. Tangan si suami merangkul tangan si isteri dan mereka berjalan beriringan. Senyuman langsung tak lekang daripada bibir kedua-dua pasangan.

"Diumumkan ketibaan pengantin yang pertama, Encik Harris dan Puan Husna bersama pasangan yang kedua, Encik Nik bersama Puan Ilyahani," pengumuman dibuat oleh MC yang bertugas yang menarik perhatian orang ramai dalam dewan tersebut. Lebih-lebih lagi si jurugambar yang langsung tidak memberhentikan kegiatannya. Pasti ada sahaja flash yang memenuhi wajah para pengantin.

Pasangan yang pertama melabuhkan punggung di atas pelamin yang disediakan setelah mereka naik ke atas pentas, diikuti dengan pasangan kedua iaitu Nik dan Ilyahani. Husna dan Harris, pasangan pertama saling memandang antara satu sama lain dengan pasangan kedua. Masing-masing bersikap malu apabila duduk di atas pelamin dan menjadi tumpuan umum.

Husna mengulum senyuman. Dah enam bulan kandungan baru nak bersanding ya? Itulah, masa kahwin dulu acah sangat tak nak bersanding grand-grand. Sekarang lagi malu kalau dah mengandung, bersanding lagi. Husna menggeleng kepala kecil, cuba membuang anasir negatif daripada kepala.

Ini semua atas permintaan atau lebih tepat, syarat yang diberikan oleh Harris. Dia yang memberikan syarat ini sewaktu dia, Nik dan Tan Sri Irwan berada di ruang tamu tempoh hari. Ingatkan syarat apa yang dikemukan oleh Harris. Nasib baik benda yang normal sahaja; tak ada panjat gunung, ambil gigi harimau kat hutan atau kumpul tujuh air daripada tujuh perigi yang berlainan.

"Is dah fikir masak-masak. Is terima kalau Nik masuk ke dalam keluarga kita dan menjadi suami Ilyahani tapi ada beberapa syarat."

Senyuman Tan Sri Irwan mati, begitu juga dengan Nik. Harris tak ada cakap pun nak bersyarat bagai sebelum ni? "Syarat apa?" Tan Sri Irwan menyoal lalu memandang Harris dan Nik. Nik turut memandang Harris, cuba mentafsir air muka Harris namun tiada apa yang dapat ditafsirkan kecuali..

Sebuah senyuman.

"Jap eh," Harris bangkit lalu bergerak menuju ke dalam keretanya. Apabila dia keluar, terdapat sebuah fail yang berada di dalam genggamannya. Nik membesarkan anak matanya, cuba untuk menjelaskan imej yang berada di retinanya.

Harris melabuhkan punggungnya di tempat tadi, sofa yang berhadapan Tan Sri Irwan. Fail yang dibawa tadi dibuka beriringan dengan senyuman yang dari tadi terukir. Macam orang menghidap penyakit angau pun ada. "Atuk, Nik. Ini fail perjanjian kita. Is nak tetapkan syarat tapi karang kalau terlanggar syarat tu tak boleh saman pula," ujar Harris.

Nik mengangkat kening lalu menoleh ke arah Harris. "Kau tak cakap pun ada syarat semua ni," nada Nik kedengaran lembut tapi tegas. Nasib baik umur dia dan Harris hanya berjarak setahun. "Aku sedang bagitahu la ni," Tan Sri Irwan menggeleng melihat kerenah Harris. Harris, Harris. Ku sangkakan kau dah berubah rupa-rupanya belum lagi.

Saat fail itu dibuka, hanya tertera empat syarat sahaja di situ. Fail bukan main besar tapi hanya sekeping kertas berada di dalam. Sengaja nak bikin suspen Harris ni. Nik menarik nafas lega dan adrenalinnya menjadi normal kembali. Syukur syaratnya tak gila sangat macam cerita dongeng tu.

"Syarat pertama, persandingan Nik Mikail bin Profesor Haji Nik Muhammad dan Ilyahani Hafizah binti Dato' Irsyad Hamid kena sekali dengan persandingan Ifhzan Harris bin Dato' Irsyad Hafiz dan Husna Raudhah binti Ahmad Bakar. Syarat yang kedua, selepas Nik Mikail kahwin dengan Ilyahani Hafizah, seminggu sekali kena pergi ke rumah ayah Ilyahani Hafizah dan Tan Sri Irwan Hamdan. Syarat yang ketiga, jangan sakitkan hati Ilyahani Hafizah sehingga dia lari daripada rumah kalau tidak, hukuman akan dijalankan di mana Nik Mikail tak dapat tidur serumah dengan Ilyahani Hafizah selama lapan hari. Syarat yang terakhir, hormat Ifhzan Harris dan Husna Raudhah sebagai sepupu ipar walau di mana pun Nik Mikail berada. Setuju?"

Nik mengedip-ngedipkan matanya mendengar syarat-syarat yang dikemukakan oleh Harris. Otaknya ligat berfikir dan menganalisis. Syarat pertama, okey. Syarat kedua pun okey. Syarat ketiga tu Ya Allah beratnya. Nik menelan air liur. Mampu ke dia? Syarat keempat, tiada masalah. Hati dia pun sudah mula menerima qada' dan qadar Allah.

Nik menoleh memandang ke arah Tan Sri Irwan, cuba untuk meminta pendapat. Tanda senyuman dan anggukan daripada Tan Sri Irwan membuatkan Nik lebih yakin dan seterusnya bersetuju untuk menerima syarat-syarat yang dikemukan oleh Harris. Terpaksalah dia terima.

Setelah menandatangani surat perjanjian tersebut, Harris menghulurkan tangannya dan huluran disambut dengan senyuman. In shaa Allah, Nik boleh. Dia yakin yang dia boleh. Allah akan beri sesuatu kepada hambaNya mengikut kemampuan dan bukan melebihi kemampuan hamba-hambaNya.

Nik tersenyum kecil apabila mengimbas kembali kenangan 'manis' dia bersama Harris. Mungkin Harris selaku sepupu yang paling sulung mempunyai alasan dia tersendiri. Mungkin. In shaa Allah, selepas ini hubungan dia dan Harris semakin pulih.

"Sekarang ini, acara memotong kek pula. Dipersilakan para pengantin untuk ke hadapan," sekali lagi, MC bersuara memanggil para pengantin untuk berdiri di hadapan kek pasangan masing-masing. Apabila Harris, Husna, Ilyahani dan Nik sudah berdiri di hadapan kek mereka. "Satu, dua, tiga!" Dengan bacaan bismillah, masing-masing memotong kek diiringi dengan tepukan orang ramai.

Kek bertukar tangan, acara suap-menyuap pula. Masing-masing dengan telatah masing-masing di mana Harris disuap oleh Husna walhal sepatutnya Harris menyuap Husna. Cit mengada. Dah nak jadi ayah orang pun mengada lagi. Nik pula menyuap Ilyahani, mukanya kadang-kadang dikalihkan kerana malu yang teramat. Alololo comelnya diaorang ni haih. Untung Ilyahani em.

Dari sekeping gambar jadi berpuluh malah beratus. Itulah detik-detik manis yang sempat dirakam oleh jurugambar profesional daripada agensi-agensi yang terkemuka. Lagu Bayang dan Luluh daripada Khai Bahar mula memenuhi ruang dewan. Penyanyi jemputan seperti Haqiem Rusli, Aiman Tino dan juga Hael Husaini turut menyanyikan lagu masing-masing.

Anak-anak dara mahupun janda berhisteria di dalam dewan tersebut. Ini belum jemput Mario Maurer dengan Jirayu Tangsrisuk lagi. Kalau jemput, mungkin Husna dan Ilyahani meroyan. Yalah, Husna kan minat lelaki ala-ala Thailand ni, Ilyahani pula lagi minat. Fuh. Mahu berang Harris dibuatnya.

Selepas majlis sandingan berakhir, Harris dan Husna terus ke bilik mereka untuk beristirahat. Sebenarnya Husna yang penat tapi itulah Harris sengaja tumpang sekaki tapi disebabkan Husna ni budi bahasa orangnya, dia suruh Harris pergi bersalaman dengan orang yang hadir sebagai wakil dia dan Harris. Harris turutkan sahaja tapi dengan hadiah yang berupakan ciuman. Cit cit. Menyampah aku.

Nik dan Ilyahani masing-masing bersalaman dengan tetamu yang hadir dan mengucapkan terima kasih. Mereka menerima begitu banyak pujian dan doa agar mereka berbahagia sehingga ke syurga. Aamiin, mereka mengaminkan di dalam hati bersama senyuman yang menghiasi wajah.

Selepas menerima banyak pelawaan untuk berswafoto, akhirnya mereka dapat berehat setelah semua tetamu sudah balik. Mujur sahaja keluarga Ilyahani dan Nik memahami dan menjadi sukarelawan untuk menguruskan dewan. Nik baru sedar bahawa kahwin ni sangat penat. Cukuplah kahwin sekali. Dengan senyuman, dia menoleh ke arah Ilyahani. Ilyahani turut membalas.

Aku jeles.

***

"Assalamualaikum," sapa Nik sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mereka berdua. Kopiah berwarna putih diletakkan di atas meja solek, dia baru sahaja selesai duduk berbual-bual di ruang tamu setelah solat Isyak tadi manakala Ilyahani sudah naik ke atas untuk membersihkan diri.

Ilyahani tersentak. Dia terus meletakkan novelnya ke tepi dan menjawab salam Nik dengan perasaan malu. "Dah mandi?" Soal Nik. Ilyahani mengangguk. "Saya mandi dulu."

"Ha..okey. Nanti saya siapkan baju untuk awak," balas Ilyahani dengan nada yang sangat lembut, cuba untuk mengelakkan daripada tergagap-gagap. Nik membalas dengan senyuman kecil lalu mengangguk. Dia sendiri pun masih malu apatah lagi Ilyahani sebagai seorang perempuan. Tapi, Nik tahu macam mana nak bersweet dengan isteri dia. Ehek.

Usai mandi, Nik menuju ke salah satu beg di mana terdapat beberapa helai baju sementara duduk di rumah mertuanya. Dua helai kertas diambil lalu disorokkan. Belum masanya lagi. Nik merapati Ilyahani yang sedang duduk di atas katil sambil merenung ke arah hadiah-hadiah yang mereka terima.

"Bukalah," Ilyahani tersentak dan segera mendongak memandang wajah Nik. Subhanallah hensemnya. "Em..nak buka sama-sama," ujar Ilyahani perlahan yang mengundang tawa kecil daripada Nik. Ini baru pertama kali Ilyahani dengar ketawa Nik selalunya nada dingin sahaja.

Nik mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah Ilyahani. Sambil membuka balutan hadiah, sambil itu Nik cuba berbual dengan Ilyahani. Mengikut kata Tan Sri Irwan, eh silap, atuknya tadi, Ilyahani ni seorang yang suka ketawa dan manja. Cuma perlu rapat sahaja dengan Ilyahani ni.

"Awak," panggil Nik. Balutan hadiah yang sudah dibuka diletakkan di tepi untuk dibuang nanti. "Ya?"

"Abang nak panggil awak, Hani boleh?" Berdegup kencang jantung Ilyahani saat mendengar perkataan 'abang' terlontar dari bibir Nik. Ilyahani menelan air liur. Ya Allah, malunya. "B..boleh," tergagap-gagap Ilyahani menjawab. Wajahnya ditolehkan.

Sekali lagi, Nik ketawa. "Malu la tu," saja Nik menyakat isterinya supaya lain kali, hubungan mereka lebih akrab. Macam hubungan Harris dan Husna tapi yang lainnya, Harris tu nakal banyak. Nik ni sopan sikit ahiks. "Abang ni.." ujar Ilyahani malu sambil menumbuk manja lengan Nik. "Betullah kan malu?" Sakat Nik lagi.

Ilyahani mengangguk tanda ya dan Nik semakin galak ketawa. Lama-lama, Ilyahani turut ketawa dan cubitan manja kena di pipi Nik. "Nakal eh sakat kita. Nanti kita sakat dia balik kang baru tahu," ujar Ilyahani sedikit berani dan mesra.

"Ya? Takutnya kita," aksi geli-geleman ditunjukkan oleh Nik yang mengundang tawa besar daripada Ilyahani. Pandai juga Nik melawak dalam diam ya. Setelah suasana reda, Nik mencapai tangan Ilyahani dan jarak mereka dirapatkan. Dua helai kertas tadi diambil lalu diletakkan di atas tangan Ilyahani. "Nah, untuk awak."

Ilyahani menunduk dan memandang ke arah tapak tangannya. Terdapat dua keping tiket penerbangan ke Perth. Mata Ilyahani membuntang. Sebelum sempat Ilyahani bertanya, Nik terlebih dahulu merapatkan bibirnya ke telinga Ilyahani. "For our honeymoon."

Terasa darah menyerbu ke wajah Ilyahani. "Just two of us." Sambung Nik lagi. Fuh jantung kita pula yang berdegup you alls. Kena bawa mengucap banyak-banyak ni. Ilyahani memandang Nik lalu tersenyum. "Thank you." Tak sangka Nik tahu yang Ilyahani betul-betul teringin nak ke Perth. Romantiknya! Moga perkahwinan mereka hingga ke syurga. Aamiin.

Di tempat yang lain, Husna merengek apabila mengetahui Nik dan Ilyahani akan ke Perth untuk honeymoon sedangkan dia dengan Harris dulu tak ada pun! Macam mana Husna tahu? Sebab dia terdengar perbualan Nik dengan Harris tadi. Terdengar k terdengar. Bukan sengaja dengar. Bibir dicebikkan. Rasa nak menangis pun ada.

"Sayang, cak," sempat lagi Harris bermain cak-cak dengan Husna sebelum masuk bilik. Husna mencebik lalu menghiraukan Harris. Perutnya yang semakin membesar diusap perlahan, cuba untuk menyalurkan perasaan yang dia rasa saat ini bersama bakal anaknya.

Wajah sebek Husna dipandang. Apahal bini aku ni? Harris menapak perlahan-lahan ke arah Husna dan melutut. Perut Husna diusap lalu dikucup perlahan diiringi dengan senyuman di bibir. "Anak abi sihat tak hari ni? Penat ke?" Krik krik. Tiada jawapan. Selalunya, Husna lah yang selalu jawab tapi tidak pada kali ini. Harris tersenyum senget. Mesti Husna merajuk ni pasal honeymoon.

Ha, macam mana pula Harris tahu? Oh tolonglah. Mata dia belum buta okey untuk nampak tubuh kecil Husna yang bersembunyi di dapur yang sedang khusyuk mendengar perbualan dia bersama Nik. Heh. Tahulah diaorang mana pernah pergi honeymoon sampailah Husna dah mengandung enam bulan ni. Sebagai isteri, mesti Husna rasa terkilan juga kan.

Sebagai seorang suami yang baik, penyayang, caring dan hensem, dia dah sediakan juga tiket honeymoon untuk diri dia dan Husna. Tiket penerbangan diletakkan di atas perut Husna dan serta-merta mata Husna membuntang.

"Korea?!"

Kening diangkat berkali-kali, tanda bangga. Lampu ditutup dan dengan bacaan bismillah, Husna diterkam. Ehem. Maksud aku, tidur.












TAMAT.

Alhamdulillah, pada hari ini, tamat sudah POL. Lepas ni bonus chapter iaitu epilog pula akan muncul ya anak-anak semua.

Kenapa watak Harris dan Husna sikit pada chapter tamat?

Sebab kita nak bagi peluang pada watak Nik dan Ilyahani.

Harris dan Husna akan mendominasi epilog so dont worry.

Lepas epilog, baru aku tubuhkan group whatsapp untuk POL ya.

Nanti aku beritahu macam mana cara-caranya.

Oh ya, gambar atas tu Harris dengan bapak dia HAHAHAHAHAHA okey gurau. Tu Harris dengan Nik. Nik lagi hensem kan? HAHAHAHAHAHA. Nik aku punya HAHAHAHAHAHHA.

Continue Reading

You'll Also Like

83.4K 7.2K 27
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
258K 15.6K 58
Sejak berpindah ke sekolah baharu. Heying sering dikacau oleh rakan sekelasnya. Atau lebih tepat,orang yang duduk di sebelahnya. Park Jimin. Namja ya...
603K 20.4K 54
Completedโˆš Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
271K 13.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...