My Super Daddy ✔

By aiyaaaaaaa

516K 19.7K 958

030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda... More

0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6
0.7
0.8 & 0.9
1.0
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
Extra 2.0
Extra 2.1
Extra 2.3
Extra 2.4
Extra 2.5
Extra 2.6
Extra 2.7
Extra 2.8
Extra 2.9
Extra 3.0
Extra 3.1
Extra 3.2
Extra 3.3
END
SURPRISE?
SURPRISE FOR THE REAL END (RAYA)

1.1

16.6K 638 49
By aiyaaaaaaa

Dato Ahmad Danial tergamam dan terkaku mendengar semua cerita Merissa tadi. Betul ke itu perangainya dulu? Atau Merissa hanya sengaja buat buat cerita?

"Saya dah ceritakan semua pada awak. So please, give me back my son. Saya tak mintak pun awak bertanggungjawab atau apa apa pun . I just want my son and saya janji saya tak akan muncul depan awak lagi" Merissa menyatukan kedua tapak tangannya seperti memohon kepada Dato Ahmad Danial.

Setelah lama Dato Ahmad Danial berfikir, dia mengangguk perlahan.

Merissa mengalirkan air mata bila Danial setuju . Terima kasih Ya Allah .

"Mak tom, boleh bawa Danny turun ke bawah?" Jerit Dato Ahmad Danial memanggil Mak tom.

Tak sampai dua minit, Mak tok pun turun ke ruang tamu . Di dukungannya terdapat Danny yang sedang menghisap gengaman tangannya .

"Kenapa Danial?" tanya Mak tom . Dia hairan melihat wajah Dato Ahmad Danial yang sudah berlainan itu .

"Mak tom boleh siapkan pakaian Danny semua? Lepas tu Mak tom bawa turun ke bawah . Danny itu bak sini dekat Danial" Dato Ahmad Danial menghulurkan tangannya untuk mengambil Danny.

Mak tom mengangguk. Dan dia kembali ke ruang atas untuk kemas barang barang Danny .

Dato Ahmad Danial menantap wajah Danny buat kali terakhir mungkin . Seluruh wajah danny di kucup berkali kali . Rasa airmatanya mahu mengalir tapi di tahan .

"Lepas ni mungkin daddy tak boleh jumpa dan bermanja dengan Danny. Dan nanti mesti daddy akan rindukan Danny. Rindu nak main lawan ps4 sama sama . Rindu nak mandi sama sama . Rindu nak main bogel sama sama . Danny jaga diri baik baik eh . I love you so much sayang" Bisik Dato Ahmad Danial di telinga Danny. Danny dari tadi hanya diam tak bergerak semasa daddy nya bisik . Macam faham apa yang cuba Daddy nya sampaikan .

Mak tok turun dan di tangannya terdapat beg pakaian Danny . Dato Ahmad Danial bangun dari duduknya . Kemudian dia ke arah Merissa . Danny di hulurkan.

Merissa menyambut Danny. Wajah Danny di kucup. Rindunya anak mummy !!

"Ni beg Danny, pakaian dan barang Danny semuanya ada dalam ni" ujar Dato Ahmad Danial dengan nada yang perlahan dan serak serak basah . Beg Danny di hulurkan kepada Merissa .

Merissa menyambutnya . Badannya di tundukkan sedikit . Tanda terima kasih.

"Terima kasih sebab jagakan Danny. Saya mintak diri dulu" Merissa terus berlalu dari rumah agam Dato Ahmad Danial.

Dato Ahmad Danial terduduk bila Merissa sudah pergi. Mukanya di tekup dengan ke dua belah tangan . Terhinjut hinjut bahunya menahan sebak di dada .

Mak tom pelik melihat keadaan sekarang . Merissa sudah pergi dan bawa sekali dengan Danny. Tapi kenapa Dato Ahmad Danial menangis? Apa yang berlaku? Apa hubungan Merissa dengan Danny? Anak dia kah?

"Danial, kenapa Merissa bawa Danny pergi? Apa yang terjadi sekarang?" tanya Mak tom dan bahu Danial di sentuh .

Danial mengangkat wajahnya melihat Mak tom . Mukanya sudah ke merahan menahan tangisan .

"Mak tom, Danny dah pergi" kata Dato Ahmad Danial dengan sendunya .

Mak tom mengusap perlahan bahu sasa Dato Ahmad Danial. Ni pertama kali dia melihat Danial menangis .

"Kenapa Merissa bawa danny pergi?"

Dato Ahmad Danial diam seketika.

"Danial nak naik dulu"

Dato Ahmad Danial bangun dan berlalu naik ke ruang atas . Mak tom hanya memandang Danial sampai hilang kelibatnya . Dia pelik dengan Danial . Sakit kepala dia cuba proses kan apa yang berlalu .

Mak tom mengangkat bahunya . Dari aku sakitkan kepala, baik aku buat kerja dekat dapur .

***

Sudah seminggu peristiwa itu berlaku dan sejak peristiwa itu, Dato Ahmad Danial serik duduk termenung . Dan ke mana saja dia pergi, dia akan selalu baju Danny . Baju Danny di cium dan peluk seolah olah dia cium Danny. Rindu? Memang tak boleh di ungkap dengan kata kata.

Dato Ahmad Danial duduk di tepi kolam . Kakinya di biarkan berendam . Air jernih itu di pandang dan Dato Ahmad Danial ternampak wajah Danny yang gelak ketawa menampakkan gusinya yang belum di tumbuhi gigi.

"Danial kenapa duduk berendam dekat kolam tu tengah tengah malam? Nanti demam" panggil Puan Sri Aida .

Ya, sejak peristiwa itu . Dato Ahmad Danial pulang ke rumah mamanya dan Mak tok pun dah kembali bekerja dengan Mama . Dato Ahmad Danial pun sudah tahu cerita yang diceritakan oleh Merissa memang benar . Semuanya pun dia mengetahui dari mamanya .

Dato Ahmad Danial menyesal dengan perkara yang pernah dilakukan. Sepatutnya dia bertanggungjawab masa Merissa memberitahu tentang kandungannya . Dan sekarang dia dah tak boleh nak putarkan semula masa .

Puas Puan Sri Aida memujuk Dato Ahmad Danial supaya jumpa Merissa dan Danny. Tapi Dato Ahmad Danial masih tidak mahu berjumpa sekarang. Sebab apa? Sebab dia malu dengan dirinya . Dia malu untuk mengadap dengan keluarga Merissa . Dan dia takut , dia akan di belasah atau di benci .

Tipu lah kalau dia cakap dia tak rindukan Danny . Sungguh nya dia rindu pada budak tembam tu . Dan tipu lah kalau dia tak tertarik dengan Merissa masa dia terlanggar gadis itu di Airport . Sesungguhnya Merissa sangat cantik .

"Danial, kenapa ni?" Puan Sri Aida memegang bahu sasa anaknya .

Dato Ahmad Danial tersedar dari lamunannya . Dia cuba mengukirkan senyuman.

"Tak ada apa ma" Dato Ahmad Danial menggelengkan perlahan kepalanya. Air yang jernih itu masih di tenung .

Puan Sri Aida melepaskan keluhan. Bukan di tak kesian kan anaknya tapi apa yang dia boleh buat? Nak cari Merissa pun, dia tak kenal dengan gadis itu . Berjumpa pun tak pernah . Dan pasal Danial mempunyai anak itu pun dia terkejut masa Danial menceritakan semuanya .

"Sampai bila Danial nak macam ni? Danial pergi lah jumpa mereka . Kita bincang elok elok"

"Tapi ma, Danial takut . Danial takut nak berjumpa dengan keluarga Merissa . Boleh ke mereka terima Danial? Sebab Danial lah, yang hancurkan masa depan Merissa" balas Dato Ahmad Danial dengan suara yang serak basah .

Puan Sri Aida nampak anak lelakinya yang sedang mengalirkan air mata itu . Hati ibunya tersentuh melihat keadaan anaknya . Puan Sri Aida duduk bersebelahan Dato Ahmad Danial. Bahu anaknya di peluk dan di gosok lembut .

"Danial kan anak lelaki mama yang kuat dan berani? Kalau Danial asyik cakap yang Danial takut, sampai bila pun tak selesai masalahnya . Danial tak cuba lagi kan? Jadi sekarang Danial cuba untuk hadapi semuanya ni. Danial cakap dengan mama Danial nak bertanggungjawab kan? So kipidap. Mama tahu anak lelaki mama ni boleh" Puan Sri Aida menepuk menepuk bahu Dato Ahmad Danial.

"Dah jangan menangis lagi . Nampak noh dah tak hensem anak lelaki mama ni" usik Puan Sri Aida . Tangannya sibuk mengesatkan airmata Dato Ahmad Danial.

Dato Ahmad Danial tersengih.

"Danial akan cuba ma"

"Tak boleh cuba cuba . Danial mesti lakukan"

"Yes, i will"

Dato Ahmad Danial kata dengan semangat . Puan Sri Aida tersenyum senang. Perangai dan muka Danial saling tak tumpah seperti suaminya . Sebiji perangai dengan suaminya . Teringat pasal suaminya, Puan Sri Aida menghadiahkan Al fatihah untuk suaminya yang sudah di jemput Ilahi . Rindu akan suaminya tak pernah habis dan tak akan pernah hilang . Nama suaminya tetap terpahat di hati .


Aira nak belanja gambar Danny si bambam kita

korang boleh nampak kan dia punya tangan yang macam ulas durian tu ?

Her rolls my fav 😂❤

***
Vote and comment. Thanks!

Continue Reading

You'll Also Like

120K 3.1K 11
Ehem ehem....... Atas permintaan ramai. Hehehe Encik Duda Pujaan Hati versi Ramadhan ♥️
352K 8.7K 24
Medina merupakan gadis biasa. Memiliki latar belakang yang sedarhana dan amat prihatin dengan keadaan sekelilingnya. Namun, tanpa di sedari , seorang...
536 57 8
(n.) Ya. Cerita yang sama, cerita yang klise sangat-sangat. Benci lepastu sayang. Mamat lembut dengan minah yang kasar tapi tak kasar sangat. Huh!
1.1M 3.2K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...