[C] Jika Harus Begitu

By Jwayara

5.6M 166K 18.5K

"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Pu... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Epilog

Bab 42

57.6K 2.5K 355
By Jwayara

[ JIKA HARUS BEGITU ]
Akan kubiarkan cucuran air mata ini bertutur disaat bibir tidak sanggup lagi mengungkapkan rasa

Media
Bohongi Hati (Piano) - Mahalini

SEBUAH kereta meluncur laju memasuki ke wilayah persendirian Cristallo Calvary selepas pintu gerbang berwarna keemasan dibuka secara automatik. Darleesa membuang pandang ke luar tingkap sambil menggagumi tampilan kemewahan landskap yang cukup luar biasa. Taman luas itu diserikan dengan berbagai jenis tanaman eksotik, air pancur, dan monumen-monumen artistik untuk memberi sentuhan kemegahan.

Selain itu, terdapat juga kawasan peristirahatan dengan binaan gazebo bergaya Italia, dan plot rekreasi lapangan tenis serta kawasan golf. Pacakan tiang lampu di sepanjang landskap taman memberi sentuhan magis pada waktu malam. Ketibaan mereka disambut oleh tiga orang wanita ber-uniform lengkap dari atas kepala hingga ke kaki. Seorang lelaki tegap datang merapati Maserati untuk menuntut kunci kereta.

"Lord Stefan and Lady Belladonna are eagerly awaiting your arrival. Allow us to show you the way."

Salah seorang wanita tersebut menunduk hormat selepas Khairul dan Darleesa mendaki anak tangga batu berukiran cantik. Mereka berdua diiringi ke dalam rumah agam tersebut sambil berpegangan tangan. Darleesa terpana melihat kekayaan bangunan yang tidak ubah seperti sebuah istana. Dalam dekorasi gaya Itali, keanggunan, kemewahan, dan keindahan abadi menjadi fokus utama.

Gaya ini terinspirasi oleh seni dan arkitektur klasik Itali, seperti Renaissance dan Baroque. Gaya binaan bergaya kolom-kolom, lengkungan, dan ornamen yang indah menjadi ciri khas, malah ia tampak lebih ketara selepas digabungan dengan warna hangat seperti merah, emas, kuning dan coklat untuk mencipta suasana yang mewah.

Aturan kaki mereka berhenti selepas memasuki mintakat ruang tamu yang disimbahi lampu chandelier. Beberapa figura manusia santai berbual mesra dalam bahasa asing. Apabila mata-mata itu menangkap kemunculan dia dan Khairul, satu kata aluan mesra terhidang di corong telinga. Seorang lelaki di dalam lingkungan awal 70 series bangkit dan memeluk mesra tubuh Khairul sambil bertutur dalam bahasa asing. Mendengar saja suaminya membalas fasih dalam Itali, dia begitu kagum. Senyuman kecil tergaris jua untuk menutup kegelisahan yang terperi.

Seorang wanita tua yang mungkin diberi jolokan sebagai Lady oleh dayang-dayang di istana tiba-tiba saja menghampiri dengan mata berkaca-kaca. Darleesa terpempan dan gabra dengan reaksi tersebut. Mengapa wanita itu melihatnya seolah-olah mereka pernah mengenali? Pautan tangan Khairul di lengannya memaksa Darleesa untuk mendongak dengan penuh tanda-tanya. Mata itu kelihatan redup, seolah-olah menyampaikan signal tersirat untuknya. Darleesa masih termanggu tidak mengerti.

"Aurora..."

Lady Belladonna menahan sebak yang semakin mendalam. Tangan tuanya naik mengusap lembut wajah bujur sirih itu dengan perasaan bercampur-baur. Lipatan kenangan yang sudah lama terkubur menari-nari di penglihatan. Menatap saja mata bulat sang cucu, dia dapat melihat jelas persamaan raut di wajah anak gadisnya, Carnithian Allesia.

Perasaan dendam rindu tersimpan di lubuk hati kembali naik ke permukaan. Dia tidak menyangka cucu yang selama ini dicari masih hidup selepas kecelakaan beberapa tahun dahulu. Mereka sekeluarga tidak menyangka salah seorang arkitek yang bekerjasama dengan Clara bakal membawa Aurora kembali ke sini setelah lama menghilang.

Semuanya bermula dengan kesilapan Lady Belladonna dan Lord Stefan belasan tahun dahulu. Mereka berdua fikir, dengan menentukan jalan hidup anak-anak akan membawa kepada kebahagiaan. Allesia merupakan anak sulung. Gadis itu bersemangat besar dan sentiasa patuh akan segala keputusan mahupun peraturan yang ditetapkan sehingga lah dipertemukan dengan seorang pelukis jalanan iaitu Daniel Alfian. Awalnya, mereka tidak tahu hal berkenaan. Tetapi hubungan itu terbongkar selepas ahli karporat suaminya, Anchilles melihat sandiwara mesra Allesia dan Daniel di tempat awam.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Lord Stefan turut menyusun rancangan untuk memadankan Allesia dengan anak lelaki teman perniagaannya, Angelo. Berita itu sampai ke telinga Allesia dan gadis itu membangkang perkahwinan aturan keluarga kerana sudah mempunyai seseorang di dalam hati. Definisi keluarga bahagia tidak lagi tercatit dalam kamus selepas Allesia melarikan diri dari rumah untuk mengahwini Daniel secara sembunyi.

Akibat terlampau kecewa dan malu, Lord Stefan tekad untuk menyekat limpahan kemewahan untuk memprovok gadis itu meninggalkan Daniel. Mereka sangka Allesia akan terkesan, tapi anak gadisnya itu sanggup melepaskan semuanya semata-mata untuk bersama dengan Daniel.

Tidak cukup dengan itu, mereka tergamak pula membuang Allesia dari senarai pendaftaran keluarga kerana tidak lagi mengakui ikatan darah. Tiga bulan berlalu pantas, Allesia dan Daniel kembali semula ke Milan dengan perut membusung untuk memohon kemaafan dan restu. Anak yang dikandung gadis itu membuatkan keadaan lebih jerih. Ego yang menggunung lebih mendahului segalanya.

Allesia dan Daniel dihalau secara hina dan tiada lagi khabar berita mengenai pasangan itu selepas enam tahun berlalu. Sepucuk surat tintaan Allesia banyak menceritakan madu dan racun kehidupan. Namun semuanya berubah selepas hadirnya Aurora Lucrezia atau Putri Darleesa sebagai cahaya dalam mengemudi bahtera perkahwinan.

Dia tidak pernah ketemu Aurora apatah lagi memeluk tubuh kecil itu. Hanya memandang dari jauh sudah cukup meleburkan kebekuan dibenak. Waima begitu, hati ibu mana yang tidak sayangkan anak? Lady Belladonna cuba memujuk Lord Stefan untuk menerima Allesia dan Daniel ke dalam keluarga mereka tetapi hati suaminya sekeras-keras batu. Dia cuba mengikut perkembangan anaknya dengan mengupah seorang penyiasat.

Kali terakhir berita menyayat hati dari Dominico adalah tentang kematian Allesia akibat kecelakaan. Dia cuba meminta Dominico untuk menjejak Aurora setelah mendapat khabar sahih bahawa cucunya itu masih hidup. Pergerakan mereka terbatas kerana polisi di Malaysia agak ketat. Sehingga ke hari ini, Tuhan masih mahu memberi peluang untuk menebus segala khilaf dimasa lalu.

"You looks like her." Ucapnya pilu. Air mata bergenang. "Tu cresci e diventi sempre più bella. Proprio come il tuo nome, Aurora." (Awak membesar dengan wajah yang sangat cantik. Selaras dengan nama awak, Aurora).

Lord Stefan menambah. "Non ha idea, mami. Non sa nemmeno chi siamo noi." (Dia tak tahu, mami. Dia pun tak tahu siapa kita.)

Darleesa membeku apabila Lady Belladonna terus menariknya ke dalam dakapan. Rasa perih secara tiba-tiba menyelit, bagaikan ada tarikan aneh apabila tubuh mereka bersatu. Perlahan-lahan tangan kakunya turut melingkar di tubuh wanita itu meskipun dia masih belum jelas dengan keadaan sekeliling. Clara dan Beatrice yang menjadi pemerhati hanya tersenyum nipis. Satu-satunya permata yang ditunggu Lady Belladonna selama ini akhirnya kembali.

"I'm sorry but it's so confusing."

Pelukan dirungkai. Akhirnya soalan itu meluncur juga dari bibir Darleesa selepas bermatian-matian dia menyangkal satu jawapan di minda. Kepalanya ditoleh pula ke sisi, mencari mata Khairul untuk memohon penjelasan. Dia mahu menangis. Perasaan lain menjelajah keluar dari kepompong yang dikunci selama ini. Dia terasa begitu dekat. Begitu dekat dengan mama.

"Awak... awak jujur dengan saya." Suara Darleesa berubah serak manakala ronaan merah di pipi mulai membias. Salah satu tanda dia bakal berhujanan. Dia masih belum puas menuntut jawapan selagi kenyataan tidak keluar dari mulut Khairul sendiri. Dia pasti lelaki itu mengetahuinya. Dia tahu lelaki itu merencanakan ini dari mula.

"Awak... awak tahu tentang ini? Ini sebab awak bawa saya ke sini? Awak tahu tentang asal-usul saya?"

Wajah tenang lelaki itu seolah-olah membenarkan persoalannya. Jari-jemari Khairul turun menyelusur ke dalam genggaman seolah-olah memberi kekuatan dalaman. Mutiara jernih menitis buat kesekian kalinya.

Patung beruang dipeluk rapat ke dada dan sebelah tangan lagi memegang satu album gambar. Kakinya bergerak mendekati seorang wanita yang duduk berteleku di atas sejadah. Sisi tubuh wanita itu diterpa. Kehadirannya mencetus satu senyuman manis di bibir mungil Siti Laila, perlahan-lahan lorekan di bibirnya turut mekar. Tubuh Darleesa dilingkar penuh kasih. Kepala didongak, mama masih lagi bertelekung selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Usapan tangan mama di atas kepalanya membuatkan dia ditiup angin ketenteraman.

"Mama..."

"Ya sayang mama." Siti Laila membalas lembut.

Album gambar yang sudah siap diselak di bahagian tertentu ditunjuk. Sebelum ini Darleesa melihat Siti Laila sering kali termenung di beranda sambil memegang album ini. Dia cuba cari tahu dengan menyelinap ke dalam kamar mama dan papa untuk mengetahui punca mama bersedih. Selak demi selak, dia menemui satu potret keluarga yang memaparkan figura-figura yang tidak pernah dia melihat seumur hidup. Tapi di dalam foto itu, mama juga ikut serta disamping seorang wanita yang agak berusia.

Perubahan riak Siti Laila sempat ditangkap tetapi apabila anak mata mereka bersatu, wanita itu mengukir satu senyuman halus. Jari telunjuk menari-nari di atas album. Bibir comelnya merangkak-rangkak menyampaikan perasaan ingin tahu. "Mama, are your crying because of this picture? Mereka ni siapa?"

"Keluarga mama."

Mata bulatnya bersinar penuh pengharapan. Teruja selepas mengetahui keluarga mereka tidak lah sekecil yang disangka. Darleesa selalu terfikir adakah mama dan papa masing-masing kematian orang tua? Papa mungkin ya memandangkan papa merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan di sebuah rumah kebajikan.

Tetapi mama? Dia tertanya. Kadang-kala dia berasa iri hati mendengar Florresia dan Angelica bercerita tentang keseronokan mendapat hadiah krismas daripada datuk dan nenek. Alangkah bahagianya jikalau dia berpeluang untuk merasai perasaan itu.

"Kenapa mama tak pernah bawa Putri jumpa mereka? I want to get to know them too."

Siti Laila diusung sebak. Jari telunjuknya bergerak memperkenalkan satu-persatu figura di atas potret tersebut. "Ini aunty Clara dan aunty Beatrice. Dan ini pula nonna (nenek) dan nonno (datuk)."

"Oh... are they far away from us? Is that why we never give them a visit?"

"Yes. They're living in Milan."

Siti Laila mengelus lembut pipi Darleesa yang sedikit kemerahan, melayani saja karenah si kecil walaupun perasaan sedih bergantungan di bahu. Semenjak dari kecil putrinya ini tidak pernah bersua dengan mami dan papi. Semenjak dari kecil gadis itu tidak pernah merasai kasih-sayang daripada seorang datuk dan nenek.

Kadang-kala dia berasa gagal. Gagal untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk putri kecilnya. Dia selalu menghantar sepucuk surat dan selitan gambar Darleesa kepada Lady Belladonna. Sekurang-kurangnya keluarganya tahu mereka berdua sudah punya seorang cahaya cilik yang cukup menyinari hidup.

"Putri nak jumpa mereka." Pintanya berharap."Can we ask papa to take us to them?"

"Boleh sayang mama." Siti Laila tersenyum dalam hiba. Air matanya bertakung. "Bila tiba masanya, Putri akan jumpa mereka."

Semenjak pulang dari Cristallo Calvary, Darleesa lebih banyak menikus dan mengunci diri di dalam perpustakaan mini. Khairul tahu gadis itu masih lagi terkejut dan sukar menelan satu-persatu kenyataan perit yang dibongkar Lady Belladonna dan Lord Stefan. Buktinya, sepanjang berada di rumah agam tersebut, raut wajah manis itu sudah hilang cahaya serinya. Mata bulat itu tidak lagi bersinar seperti kebiasaan. Seulas bibir mungil bak delima itu tidak lagi memperlihatkan barisan gigi asmaradanta. Dia cuba untuk memberi kekuatan dengan mengungkap kata-kata menyenangkan, tapi Darleesa tidak ubah seperti lelayang yang terputus tali.

Kedua-dua belah kaki Khairul melolosi keluar dari perut lif di tingkat dua. Siang hampir bertukar malam, tetapi kelibat Darleesa masih setia menghuni perpustakaan mini sejak sejam yang lalu. Dia mengerti sekiranya gadis itu memerlukan masa, tapi berseorangan dalam keadaan hiba bukan lah satu idea yang bernas. Kalau ingin menangis, menangis lah bersamanya. Kalau ingin meraung, berpaut lah pada bahunya. Dia mahu menemani dan menyenangkan ribut taufan yang datang menyinggah.

Pintu perpustakaan ditarik ke bawah. Ruang sejuk beku itu disinari satu cahaya kelam berwarna putih. Mata Khairul cuba mengesan susuk tubuh Darleesa di setiap penjuru sehingga lah matanya menangkap satu kelibat di atas lounge sofa. Gadis itu menyembam muka di lutut sambil memeluk kaki rapat ke dada. Bunyi esakan halus semakin jelas di halwa telinga. Khairul menghela nafas, punggung dilabuhkan bersebelahan Darleesa selepas tiada tanda-tanda gadis itu mahu mendongak. Tangan kanan mendarat di bahu Darleesa bersama usapan lembut. Memujuk.

"I get that it must be rough for you to accept what's going on, especially with what she's dealing with. Kalau dengan menangis boleh meredakan segala rasa, menangis lah sepuasnya Darleesa. Cuma jangan suap kesedihan tu seorang diri, kongsi dengan aku... bergantung dengan aku kalau kau tak mampu telan satu-persatu."

Esakan Darleesa merimbun-rimbun. Wajah diangkat, lelaki itu merenungnya dengan pandangan hangat dan mendamaikan. Kedua-dua belah kelopak matanya sudah membengkak, air hidungnya juga sudah melincir leleh dari hidung. Perasaan malu sudah hilang entah ke mana. Lingkaran tangan Khairul menggelongsor di pinggang sebelum tubuh mereka bersatu erat. Terhenjut-henjut bahu Darleesa menghamburkan segala kesakitan yang memberat di dada. Telapak tangan lelaki itu mengelus lembut kepalanya bersama kata-kata pujukan.

"Aku ada..."

Terketar-ketir. Dadanya berombak. "Sa—saya tak boleh terima. Saya tak bo—boleh terima seksanya mama dan papa. Sa—saya tak boleh terima mereka tak buat apa-apa untuk pulihkan keadaan. Saya tak boleh terima. Sakit awak... sa—sakit sangat. Dada saya sakit."

Khairul menarik nafas panjang. Hatinya terasa dicucuk-cucuk dengan belati tajam sehingga berdarah. Kesedihan yang diulit Darleesa benar-benar mempengaruhi emosinya juga. Kedukaan gadis itu memamah ketenangan yang cuba disalut pada tembok. Kalau lah dia bisa memindahkan kepedihan Darleesa, dia mahu membuang perasaan buruk itu daripada isterinya. Kalau lah dia bisa menyuntik kekuatan secara nyata, dia tidak mahu segala kesedihan yang mengejar hidup Darleesa tiba. Kebas sungguh segala organ di tubuhnya melihat sepasang mata menawan yang menjadi pujaan hari-hari bercucuran mutiara pilu.

"Sakit... sakit..." Teriakan Darleesa berlagu.

"As it should be." Tutur Khairul lembut. "Let it hurt until it can't hurt. Let it hurt until you can smile without feel any pain anymore."

Suara tangisan Darleesa semakin lebat menggamatkan suasana di dalam perpustakaan mini. Baju di bahagian bahu sudah lembap, rangkulan di tubuh pula semakin diperkejapkan Darleesa. Bergetar-getar tubuh isterinya mengeluarkan segala beban yang dipikul. Tangan Khairul turun menepuk belakang Darleesa seakan-akan memujuk kanak-kanak kecil. Bibirnya bergerak membisikkan surah al-Insyirah untuk meniup kelapangan di hati. Sesungguhnya, masa mereka di sini masih lama.

Cahaya sang suria menerobos dari pantulan kaca Maserati. Darleesa banyak menyepi selepas lelaki itu mengajaknya bersiar-siar di pusat bandar. Dia hanya bersetuju saja setelah Khairul memaklumkan bahawa lelaki itu akan bercuti beberapa hari bagi meluangkan masa bersamanya. Perasaan malu mula menjalar selepas mengimbau kembali momen kelmarin.

Darleesa tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Khairul, apatah lagi lelaki itu sudah menonton sendiri fasa terendah di dalam hidupnya. Dia malu dan... janggal. Tapi seperti pagi tadi, dia bisa tarik nafas lega. Khairul tidak mengungkit atau membuka topik yang berkait. Seolah-olah situasi semalam tidak pernah berlaku di antara mereka berdua.

Malam semalam Khairul memujuknya sehingga dia ketiduran di samping lelaki itu. Dia masih ingat setiap rangkai nasihat Khairul untuk merapatkan kembali kerenggangan hubungannya bersama keluarga mama. Makin dicuba, makin banyak dia berfikir dan menangis. Kata Khairul, arwah mama takkan suka jika dia terus begini.

Sakitnya memang terasa tapi ini saja harta darah dagingnya yang boleh membuatkan dia berasa dekat dengan Siti Laila. Dia mungkin boleh mementingkan diri, tapi amankah hidupnya nanti kalau isu ini masih belum selesai? Dia cuma perlu ruang untuk menenangkan diri bagi berfikiran rasional. Dia boleh mencuba tetapi bukan dalam masa terdekat.

Perjalanan ke Florence yang memakan selama empat jam terhenti selepas sebuah restoran di pinggir bandar disinggahi. Darleesa hanya menurut apa jua makanan yang dipesan Khairul dan mereka berdua sempat berbual kosong selepas lelaki itu menyatakan cadangan ke lokasi seterusnya. Usai menjamah, pacuan empat roda bergerak menuju ke Wisata Street yang menjual pelbagai cenderamata. Tangan Khairul setia memimpin tangannya memandangkan kawasan berlorong itu agak sesak dengan banjiran manusia. Sempat juga mereka membeli beberapa ole-ole berbentuk set pinggan, keychain, baju t-shirt untuk dibawa balik ke Malaysia nanti.

Cahaya merah di kaki bukit menandakan siang bakal berlabuh. Destinasi mereka disambung ke Piazzale Michelangelo yang mengambil masa sekitar sepuluh hingga lima belas minit dari Wisata Street. Kata Khairul, Piazzale Michelangelo terkenal dengan pemandangan indah, dan lokasi ini sering dijadikan tapak konsert atau acara-acara kesenian. Dia tidak dapat menafikan fakta tersebut selepas mengalaminya sendiri. Dari atas saja, para pengunjung boleh melihat panorama kota Florence termasuk Menara Loceng Giotto, Katedral Santa Maria del Fiore, dan jambatan Ponte Vecchio.

Angin senja meniup lembut wajahnya. Kicauan burung-burung bersahut-sahutan pulang ke sarang. Kedua-dua kelopak mata Darleesa dikatup rapat sambil menghayati keindahan kebesaran alam. Segala bebanan yang tersimpan di lubuk hati terasa seakan dilepaskan sedikit demi sedikit. Selusuran tangan Khairul di jari-jemarinya dibalas lembut. Bahu mereka berlaga. Mata dicelik kembali. Bunyi tawa dan perbualan beberapa pengunjung yang turut menggagumi alam menghunus gegendang pendengaran.

"Thank you." Tuturnya tanpa menoleh.

"Sama-sama."

Khairul mengukir garisan halus. Posisi duduk dibetulkan dalam keadaan santai sambil menonton sketsa dunia. Gadis itu berpaling dan menghadiahkan satu senyuman ikhlas sebelum bertindak dengan bersandar di bahunya. Tangan mereka yang masih berselirat dikejapkan. Langit dan kepulan awam mula terbias oren. Darleesa menarik nafas panjang, selesa dengan posisinya. Kehangatan dari tubuh tegap itu membalut ketenangan dan kedamaian di dalam jiwa. Suara Khairul berirama.

"Just a gentle reminder, kau sentiasa ada aku."

Ukiran di bibir Darleesa mekar sekali lagi. Reassurance yang dibekalkan lelaki itu banyak menggendongnya untuk melihat takdir dari sisi positif. Khairul yang lembut, Khairul yang memahami, Khairul yang tidak teragak-agak menghulurkan bahu, Khairul yang sentiasa memberi sentuhan untuk menenangkan lara di hati. Dan kini, dia sudah menemui rumah yang paling aman untuk didiami. Dia mahu mempercayai bahagia yang didamba selama ini ada bersama lelaki itu.

"Selamanya?"

"Selamanya."

Mereka sama-sama melorek senyuman sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Continue Reading

You'll Also Like

492K 19.8K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
1.9M 82K 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Da...
2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...
536K 22K 32
Credit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan s...