[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#25

4.6K 329 4
By whatthechic_

"BIARKAN semua.. Kenangan yang indah. Agar selalu ada, kau dan aku bersama... biarkanlah, sayang. Cinta kita hilang walau kita tak rela tinggalkannya demi kita.. DEMI KITA!" suara penyanyi Ismail Izzani memenuhi ruang di dalam kereta.

Aku sejak tadi hanya duduk termenung sambil memeluk beg tanganku di atas riba. Beberapa kali juga aku mengeluh.

DUSH!

Kepala aku terhantuk pada cermin kereta apabila mama menekan brek secara tiba-tiba. Ma.. berapa kali mama nak bagi Arfah terjedut ni..

"Eh sorry, Arfah. Kereta depan ni ha belok tak pasang signal. Salahkan dia." kata mama meminta maaf padaku. Kemudian fokus semula pada jalan.

Aku menggosok kepalaku. Mulutku muncung. Nasib baik tidak berapa sakit.

"Tadi pergi mana dengan Darius?" soal mama.

Astaghfirullah.

Baru saja beberapa saat tadi aku sudah lupakan perkara itu. Sebaik saja mama menyebut nama lelaki itu, laju saja otak ini memproses semula memori-memori tadi.

"Ouh tadi sembang-sembang je." jawabku separuh jujur.

"Tapi bukan main terkejut ye Arfah masa mama panggil nak balik tu. Kenapa?" ujar mama.

Aduh, mama macam dapat menghidu sesuatu je..

Kami tiba di rumah. Wah, mengantuknya. Katil dan bantal sudah lama menunggu kepulangan aku.

Baru saja aku mahu masuk tidur, mama membuka pintu bilikku. Laju aku duduk semula.

"Mandi lah dulu kalau ye pun." kata mama. Aku hanya menggaru kepala. Tuala di atas kerusi aku ambil lalu memboloskan diri ke dalam bilik air.

Pintu bilik air aku tutup.

"Argh!!" jeritku apabila seekor cicak berwarna hitam terjatuh di atas kakiku.

Aku melompat-lompat di dalam bilik air yang kecil itu sehingga aku tidak perasan akan botol syampu yang berada di atas lantai. Kaki kananku terpijak botol syampu yang terbaring itu lalu aku terjatuh.

"Aduh. Sakit sia.." aku mengusap pinggangku.

Tak guna kau cicak.

Mataku melilar memandang sekeliling untuk mencari kelibat cicak itu. Aku mengalihkan tanganku apabila terasa sesuatu yang bergerak-gerak di bawah telapak tangan.

Mataku terbuntang luas. Ekor.. siapa ni?!

Aku berpaut pada pemegang pintu lalu berjalan keluar. Sakit benar ya.

Sudah sepuluh minit aku keluar daripada bilik air. Dan sampai sekarang aku masih tidak berbaju. Kerana aku tidak larat untuk pergi ke almari untuk mengambil pakaian.

Perlahan-lahan aku bangun lalu pintu almari aku buka. Aku hanya mencari tshirt biasa untuk dipakai ketika tidur. Baju-baju yang tergantung aku alihkan sedikit untuk mengambil seluar pendek di bawahnya.

Tindakanku terhenti apabila melihat sebuah teddy bear. Seseorang pernah berikan pada aku dulu. Patung We Bare Bears. Aku mengusap patung itu. Jantungku tiba-tiba berdegup laju dan fikiranku melayang.

"Aku minta maaf. Tapi aku suka dekat kau."

Kata-kata Darius kembali segar di ingatan.

Aku merasakan bagai masa terhenti untuk seketika. Kerana aku terkedu. Terkedu dengan apa yang dikatakan lelaki itu. Terkejut juga. Kerana apa yang dikatakan oleh Syahmi tempoh hari berubah menjadi kenyataan.

Tetapi aku tidak pernah minta perkara itu untuk menjadi kenyataan di alam realitiku.

"Mama aku dah panggil." kataku lalu cuba untuk beredar.

Namun Darius lebih pantas dariku. Dia menghalang laluanku untuk kembali ke tempat tadi.

"Aku tahu hati kau ada pada siapa. Tapi aku taknak kisah. Dan sekarang, kau mula kenal dengan Syamil. Abang aku. Aku tak boleh biar. Sebab benda tu buatkan hati aku makin sakit. Apa lagi, dalam hidup aku yang Syamil nak ambil? So sekarang, aku cuba untuk dapatkan perempuan yang aku sayang before someone else does." kata Darius.

Aku terkedu dengan kata-kata lelaki itu.

Aku dapat mendengar bunyi degupan jantungku. Nafas aku cuba untuk kawal.

"Darius, aku— minta maaf." ujarku.

"Arfah." panggil Darius.

Mataku sejak daripada tadi cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan anak matanya. Dan panggilan itu memaksa mata aku untuk memandang wajah dia.

"That's fine. Mungkin bukan sekarang masanya. Tapi itu tak bermakna yang hati aku akan berubah." ujar Darius.

"Arfah, nak balik tak?"

Kemunculan mama membuatkan aku terkejut. Hampir saja jantung aku terhenti. Jangan mama dengar sudah!

❀❩

LOCENG sekolah bergema.

Aku berjalan laju untuk ke kelas. Harini tiada perhimpunan harian kerana pagi ini hujan lebat.

Aku memegang pinggangku. Sakitnya masih terasa sampai sekarang. Teruk sangatkah aku jatuh di bilik mandi malam tadi?

"Uit!" Seseorang menarik beg sandangku membuatkan aku ikut tertarik ke belakang.

Aduh duh duh. Makin sakit pinggang aku.

"Whoa, whoa. Kau okey tak ni?" soal Syahmi apabila melihat aku memegang pinggang.

Aku hanya menjeling dia.

Kami berjalan di koridor blok sebelah untuk masuk ke kelas. Wajah Syahmi aku pandang. Monyok betul.

"Kau pahal?" soalku macam nak cari gaduh.

"Rindu Liana.." jawab Syahmi.

Ouh.. dan langkahku terhenti seketika. Aku memandang Syahmi sinis.

"Apa?" soal Syahmi. Kemudian matanya membulat apabila tersedar sesuatu.

"Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata.." usikku.

"Jangan bagitahu dia.." kata Syahmi.

Aku hanya sengih. Wah, jadi tekaan aku juga betul.

Beg sandang aku letakkan di atas kerusi.

"Arfah." Qistina memanggilku.

Aku memandang dia.

"Cikgu Hafiz panggil." kata gadis itu.

Aku menjungkitkan keningku. Panggil aku? Aku menunjuk diri sendiri dan Qistina mengangguk. Nak apa lagi cikgu ni..

Aku bangun lalu melangkah keluar ke pintu belakang. Namun langkahku terhenti apabila aku berhadapan dengan seseorang.

Aku tidak memandang orang itu. Tetapi aku tahu siapa dia. Tanpa menghiraukan, aku terus berlalu untuk berjumpa cikgu Hafiz.

Pintu bilik guru aku buka. Aku melangkah ke meja cikgu Hafiz. Tetapi dia tiada. Alamak, aku lupa nak tanya cikgu Hafiz nak jumpa aku dimana.

"Cikgu.. cikgu Hafiz dekat mana ya?" soalku pada Cikgu Ariana.

"Aik. Cikgu Hafiz dekat bilik dia lah. Dia mana ada duduk bilik guru." jawab Cikgu Ariana.

Aku menepuk dahi. Ya Allah, astaghfirullah. Aku lupa yang cikgu Hafiz tu penolong kanan. Apa nak jadi dengan aku ni? Makin lama makin nyanyuk..

Kenapalah Cikgu Hafiz bukan guru kaunseling, takdalah jauh nak kena pusing. Bilik kaunseling di sebelah je. Dan pejabat di bawah. Tapi kalau dia guru kaunseling, dia pasti tak garang. Sebab kebanyakan guru kaunseling baik belaka.

"Okey terima kasih cikgu." kataku.

"Eh sekejap." panggil cikgu mematikan langkahku.

Aku melihat Cikgu Ariana mengambil sesuatu.

"Tolong bagi pada Darius ye." pinta cikgu.

Mataku berkelip beberapa kali. Mengapa, cikgu? Mengapa saya.. Takpe, bagi je kan? Letak atas meja dia lepastu blah la.

"Lepastu tolong pesan pada dia untuk jumpa saya selepas rehat." tambah cikgu.

Aku mengucap di dalam hati.

"Ini, tampal di board kelas." kata cikgu Ariana.

Apa ini? Keputusan peperiksaan?! Cepatnya!

"Err, baik.. cikgu." ujarku lalu terus keluar daripada bilik guru.

Kertas di tangan aku baca. Aku mencari namaku.

"Wah! Aku.. dapat nombor 9." kataku tidak percaya. Buat pertama kali aku mendapat tempat sepuluh teratas.

Aku mencari siapa di tempat yang pertama.

"Asyraf Darius." aku membaca namanya. Wah, kau dapat score semula ujian kalini. Aku membuat muka bangga.

Aku tiba di hadapan pintu kelas. Baru saja mahu masuk, aku teringat akan sesuatu.

"Ya Allah aku lupa nak jumpa cikgu Hafiz!" jeritku.

Mampos.

Aku keluar daripada pejabat. Wajahku hambar.

Cikgu Hafiz panggil aku ke mari semata-mata nak suruh aku ingatkan pelajar kelas untuk ke makmal nanti?? Itu mestilah kami dah tahu. Jarang-jaranglah kami belajar sains di dalam kelas.

Aku rasa cikgu ni berdendam sesuatu dengan aku ni.. sebab tu selalu kenakan aku.

Aku duduk semula di tempat aku. Tiada guru di dalam kelas kerana sekarang waktu pjk. Guru yang menjaga pelajar perempuan harini tidak hadir. Dan yang lelaki sudah turun ke padang.

Stepler aku ambil lalu terus ke depan untuk menampal keputusan ujian.

"Weh apa tu Arfah?" soal Yasmin.

"Result." jawabku.

Mendengar satu perkataan itu, seluruh pelajar perempuan di dalam kelas laju ke hadapan. Masing-masing mahu melihat keputusan.

Dan aku apa lagi, merayap lah!

Aku berjalan di sepanjang bangunan kelas aku. Ada juga cikgu-cikgu yang aku sudah terserempak banyak kali. Tapi cepat-cepat aku tutup muka. Kang kena tahan pula. Tak pasal-pasal jumpa disiplin nanti.

Aku berhenti di hadapan mesin air yang berhampiran dengan kantin sekolah.

Tidak mahu beli apa-apa sebenarnya. Cuma, aku teringat akan sesuatu. Dua tahun lepas. Semasa aku berada di Tingkatan 3. Waktu itu aku dan Liana sama kelas. Setiap kali waktu pjk, walaupun ada guru kami tetap akan ponteng kelas dan merayau di sekitar sekolah. Dan kami selalu beli air di mesin ini.

Takpun, kami duduk di pondok dan kantin sementara pelajar lain bermain di gelanggang. Apa yang kami buat? Kami bersembang. Bercerita tentang perkara yang tidak penting. Kami bergelak ketawa bersama-sama. Bermain badminton di tempat parkir guru. Banyak memori manis aku bersama Liana.

Tak pernah terlintas, walaupun sekali. Yang kami akan berakhir begini.

Air mata mengalir di pipiku dan aku tidak sedar. Sehinggalah aku terdengar bunyi daripada mesin air. Ada orang sedang membeli air dan aku masih berdiri di hadapan mesin itu.

"Sorry." aku menunduk.

Tin air dihulurkan padaku. Dahiku berkerut lalu memandang gerangan itu. Darius. Kemudian tin itu diletakkan di atas telapak tanganku.

"Lap air mata tu." ujar lelaki itu.

Cepat-cepat aku kesat air mata menggunakan hujung lengan baju.

Aku hanya merenung air tin di tanganku.

"Thank you." ucapku lalu aku berjalan melepasi dia.

"Kau mungkin lupa sesuatu." kata Darius mematikan langkahku.

"Yang kau masih ada kawan-kawan kau. Untuk kau lepaskan rasa sedih. Dan kau masih ada aku. Macam yang kau pernah kata dulu." tambah Darius.

Kata-kata lelaki itu membuatkan air mata aku terus mengalir deras. Aku menutup wajahku daripada dilihat orang.

Darius tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya berdiri membelakangi aku sambil meneguk air mineral. Lama. Seperti dia cuba untuk tidak melihat wajah aku. Mungkin sebab, dia tidak mahu melihat aku menangis?

❀❩ to be continued.
korang tak terlepas bab
sebelum ni kan? kang
terlepas pula detik-detik
penting hahahahaha.

Continue Reading

You'll Also Like

459K 20.8K 59
Dia cool! Dia cantik! Pandai! Tinggi! Comel! Semua perfect .. Dia nakal tapi pendiam, Dia, Khaira Mysarah Tengku Aryan Mikael lelaki yang baru berpin...
1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
1.4M 89.3K 93
P/s: Buku masih belum diedit . Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan harap dimaafkan . Mengisahkan Xmusic yang menjadi idaman wanita!Apabila semua...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...