BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR...

By ejenfatini

36.8K 2.4K 644

⇛ sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Cerita ini hanya rekaan. Semua watak dalam cerita ni adalah MILIK MONSTA SEPENUHNYA. IT'S OFF... More

[M] TRUTH 1 DARE 1
[M] TRUTH 2 DARE 2
[M] TRUTH 3 DARE 3 (Part 1)
[M] TRUTH 3 DARE 3 (Part 2)
[M] TRUTH 3 DARE 3 (Part 3)
[M] TRUTH 4 DARE 4
[M] TRUTH 5 DARE 5
[M] TRUTH 6 DARE 6
[M] TRUTH 7 DARE 7
[M] TRUTH 8 DARE 8
[M] TRUTH 9 DARE 9
[M] TRUTH 10 DARE 10
[M] SPECIAL PART
[M] TRUTH 11 DARE 11
[M] TRUTH 12 DARE 12
[M] TRUTH 13 DARE 13
[M] TRUTH 14 DARE 14
[M] TRUTH 15 DARE 15
[M] TRUTH 16 DARE 16
[M] TRUTH 18 DARE 18
[M] TRUTH 19 DARE 19
[M] TRUTH 20 DARE 20
[M] TRUTH 21 DARE 21
[M] TRUTH 22 DARE 22
[M] TRUTH 23 DARE 23
AMARAN
[M] TRUTH 24 DARE 24
[M] TRUTH 25 DARE 25
[M] TRUTH 26 DARE 26
[M] TRUTH 27 DARE 27
[M] TRUTH 28 DARE 28
[M] TRUTH 29 DARE 29
[M] TRUTH 30 DARE 30
[M] TRUTH 31 DARE 31
[M] TRUTH 32 DARE 32
[M] TRUTH 33 DARE 33
[M] SPECIAL CHAPTER
[M] GROUP CHAT
[M] GROUP CHAT 2
[M] Trailer BoBoiBoy The Movie 2 [SPECIAL PART]
[M] TRUTH 34 DARE 34
Pengumuman
[M] TRUTH 35 DARE 35
[M] TRUTH 36 DARE 36
M [1] Aiskrim
E [1] Ice cream
E [2] My little brother
CONTEST VOTE
FOR MY COVER CONTEST ENTRY

[M] TRUTH 17 DARE 17

596 39 25
By ejenfatini

Dare from Princess_Damia
Maaf lambat!

Di sebuah padang, kelihatan Elemental Brothers bersama Author dan Fang berada di situ.

"Apesal kau suruh kitorang berkumpul kat sini?" tanya Fang yang tidak berpuas hati. Dah elok-elok tengah makan Donut Lobak Merah, dah ditarik ke padang ini, apelah nasib.

Author memandang Fang dengan pandangan maut. Fang apalagi meneguk air liurnya kerana takut.

Author menghelas nafas. "Korang ada dare.."

"Dare pun sampai kat padang ke?" tanya Solar.

"Sebab, dare ni melibatkan dalam pertarungan.." kata Author, kali ni serius.

"APE?!!"

"Betul.. Mari kita mulakan dengan pusingan pertama.." kata Author.

Pusingan Pertama
Halilintar VS Taufan

"Haih, kenapelah aku lawan dengan Halilintar..." omel Taufan.

"Korang kan rapat.." kata Fang dengan selamba.

"Kenape? Kau takut ke?" perli Halilintar sambil tersenyum sinis.

"Ma... Mane ade! Dahlah! Jom kita mula!" kata Taufan.

"Tiga!! Dua!! Satu!! MULA!!!" jerit Author, menandakan perlawanan mereka bermula.

"Gerakan Kilat!" Halilintar memulakan serangannya dengan teleportkan dirinya ke belakang Taufan.

Taufan yang terkejut terus menoleh ke belakangnya dan tekaannya betul bahawa Halilintar teleportkan dirinya ke belakangnya.

"Hah?! Pusaran Taufan!!" Taufan melakukan serangannya menyebabkan Halilintar mengelak ke arah lain.

Taufan sudah tercungap-cungap. "Haih, masa ni jugaklah demam aku datang.."

"Kau demam?!" tanya Author.

"Haah.." kata Taufan.

"Kitorang tak tahu pun.." kata Fang, Gempa, Blaze, Ais, Thorn dan Solar.

Secara tiba-tiba, ada renjatan elektrik mengenai Taufan. "ARGHH!!" Taufan menjerit kesakitan. Taufan rebah ke tanah dan tidak sedarkan diri.

"Taufan!!!!"

Author dan Gempa menghampiri Taufan. "Taufan!! Bangun!!" Gempa menggoncangkan badan Taufan namun, tiada sebarang pergerakan.

"Bawa dia ke hospital!!" arah Author yang panik. Mestilah panik, Taufan tak bergerak langsung!

Gempa pun mengangkat Taufan dengan bantuan Blaze untuk pergi ke hospital. Mereka yang lain mengikuti Gempa pergi ke hospital kecuali Halilintar sebab Author menghalangnya.

Author memandang Halilintar seperti mahu menelannya. "Kenape kau buat macam tu?! Kalau kau tahu dia demam, kenape kau tak payah guna kuasa untuk kalahkan dia?!"

Halilintar memandang Author. "Aku.... Tak sengaja... Maaf.." Halilintar menundukkan kepalanya.

Author mendengus geram. "Kalau ada apa-apa terjadi kat Taufan, kau tak boleh jumpa dia!" tegasnya.

"Ape?! Tapi, aku nak jumpa dia!" kata Halilintar.

"Dah tahu dia sakit, kenape tak halang?!" marah Author. Ya, memang marah.

"Aku pun tak tahu dia demam!" kata Halilintar, cuba elakkan perselisihan faham.

"Dahlah! Aku nak pergi hospital! Kau tunggu je sini!" arah Author dengan tegas.

"Tapi!"

"Takde tapi-tapi! Kang kau serang dia lagi!" marah Author. Author memetik jarinya lalu hilang di situ.

Halilintar mengeluh berat. "Tapi, aku pun risau dia.. Ish, tak boleh jadi ni! Gerakan Kilat!"

Halilintar pun menggunakan kuasanya untuk pergi ke hospital. Ceh, degil.

Di hospital, kelihatan Gempa yang lain masih menunggu doktor yang sedang memeriksa Taufan. Beberapa minit kemudian, doktor yang memeriksa Taufan, keluar dari bilik wad.

"Doktor! Macam mane dengan adik saya?!" tanya Gempa yang risau.

"Sabar sabar... Alhamdulillah, adik kamu tak apa-apa.. Cume, terkejut dengan renjatan elektrik tu... Sekarang, dia perlu berehat.." kata doktor itu membuatkan mereka semua melepaskan lega.

"Doktor, boleh kitorang jumpa dia?" tanya Thorn.

"Boleh.. Tapi, jangan bising.. Dia belum sedar lagi.." kata doktor itu lalu beredar dari situ.

Mereka semua termasuk Fang masuk ke dalam bilik wad Taufan. Doktor itu betul, Taufan belum sedar. Tanpa disedari oleh mereka semua, Halilintar sedang mengintip di sebalik tingkap bilik itu.

Author yang baru sampai masuk ke dalam bilik itu lalu berdiri di sebelah Ais. "Macam mane dengan Taufan?"

"Dia belum sedar.. Dia terkejut dengan serangan tu dan perlukan rehat yang secukupnya.." kata Gempa.

Author memandang ke arah Blaze dan Ais. "Pusingan kedua ialah Blaze dan Ais.. Korang nak teruskan?"

Blaze dan Ais memandang antara satu sama lain. "Takpelah.. Kau bagi Blaze menang.. Lagipun, aku sakit.." kata Ais.

"Betul ke Ais? Kau nak biarkan aku menang?" tanya Blaze untuk kepastian.

"Haah.. Lagipun, takde hukuman kan?" kata Ais.

"Oh, pasal tu, ade hukuman.." kata Author.

"Apekah?!" kata Ais menyebabkan kepalanya diketuk oleh Gempa. "Diam sikit..."

Ais pula mengusap kepalanya. "Ape hukuman tu?"

"Sesiapa yang kalah kena bermanja dengan lawan korang.." kata Author.

"Bermanja lagi.." kata Fang yang bosan. "Aku nak baliklah.."

"Eh, jap! Kau kena lawan dengan Gempa lepas ni.." kata Author.

"Tapi, macam mane dengan Taufan?" tanya Gempa.

"Takpe.. Kita biarkan dia rehat.. Sekarang, kita kena pergi padang tu semula.." kata Author.

Yang lain hanya mengeluh berat. Yelah, kalau tak buat, habis kena belasah oleh Author nanti. Author memetik jarinya lalu serta merta mereka semua yang berada di situ hilang.

Halilintar mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam bilik Taufan. Dia duduk di kerusi iaitu bersebelahan dengan Taufan.

Halilintar memandang Taufan dengan muka yang kesal. "Maafkan aku Taufan..."

Di padang....

Pusingan Kedua
Blaze VS Ais

Memandangkan Ais menyerah, jadi, kita skip ke pusingan ketiga.

Pusingan Ketiga
Gempa VS Fang

"TIGA!! DUA!! SATU!! MULA!!" jerit Author.

Fang tersenyum sinis. "Harimau Bayang! Serang!!"

Harimau Bayang Fang muncul lalu menuju ke arah Gempa.

"Tanah Tinggi!! Bertubi-tubi!!" Gempa melakukan serangan menyebabkan harimau bayang Fang tidak bertahan lalu hilang.

"Polar Bear Bayang!! Serang!!" Fang menghasilkan polar bear bayang. Polar bear bayang Fang menuju ke arah Gempa.

"Golem Tanah!!" Gempa menghasilkan golem tanah lalu golem tanah itu muncul dari bawah polar bear bayang Fang lalu mencengkamnya.

"Ish!" Fang mendengus.

"Hiya!!" Gempa mengarahkan golen tanahnya agar mencampak polar bear ke arah Fang.

Fang dengan pantas menghilangkan kuasanya.

"Haih... Bile nak habis?" tanya Thorn yang bosan.

Solar menguap. "Entahnye..."

Fang tersenyum sinis. Baru sahaja dia melangkah ke hadapan, tiba-tiba sahaja dia terjatuh. "Adoi!!"

Gempa mengambil kesempatan itu untuk menyerang Fang. "Tumbukan Tanah!!"

Fang mengenai serangan itu lalu rebah. "Okey, aku kalah..."

"Yeay!! Terbaiklah!!" Blaze, Ais, Thorn dan Solar gembira.

Fang berdiri semula lalu ternampak kulit pisang. Dia mengambil kulit pisang itu lalu mendekati mereka semua. "Siape punya ni?!!!!"

Blaze, Ais, Thorn dan Solar hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu manakala Author tetap dengan muka yang tenang.

Fang memandang Author pula. "Kau punya ke?!"

Author memandang Fang dengan pandangan maut. "Cakap elok sikit! Kucing tu yang letak kulit pisang tu!" Author menunjuk ke arah seekor kucing yang berada di situ.

Fang hanya mengeluh berat. Apelah nasib...

Pusingan Keempat
Thorn VS Solar

Thorn dan Solar mengambil langkah. Tapi, kedua-duanya takut.

"Kenape korang ni?" tanya Blaze.

"Aku rasa... Aku nak menyerah.. Aku tak sanggup lawan Solar.." kata Thorn.

"Haah.. Aku pun tak nak lawan dengan Thorn.." kata Solar.

"Jadi, dua-dua nak menyerah?" tanya Gempa.

Thorn dan Solar mengangguk. Menyerah pulak, ni takut jadi macam Taufan lah ni.

"Jadi, macam mane ni Author?" tanya Ais.

"Hmm... Korang lawan osom.. Siapa kalah, dia yang perlu bermanja dengan lawannya.." kata Author. Osom lah pulak...

"O....SOM!!"

Nampaknya, Solar menang.

"Jap, aku panggil Halilintar.." kata Author yang sudah menelefon.

"Apesal kau telefon?" tanya Fang.

"Lepas ni, dia lawan dengan Gempa.." kata Author.

"Ape?!"

Halilintar menjawab panggilan. "Kenape telefon aku?"

"Datang sini... Sekarang kau kena lawan Gempa.." kata Author.

Halilintar terdiam seketika. "Aku menyerah jelah.." Dia terus menutup panggilan itu. "Ish, aku nak jaga Taufan.. Kacau betul.."

Dia memandang Taufan yang masih tidak sedar. 'Harap kau cepat sedar..' omelnya dalam hati.

Author mendengus geram. Berani dia tutup panggilan!

"Macam mane Author?" tanya Thorn.

"Dia menyerah.." kata Author sedikit dingin.

"Dah kenape kau ni?" tanya Fang.

"Boleh kau tanya kenape?! Dah banyak kali diorang menyerah, tu pun nak tanya?!" marah Author.

Semua di situ menelan air liur. Mata Author menjadi merah.

"Sa... Sabar Author!!" kata Solar takut-takut.

"Dahlah! Lepas ni, Blaze lawan Solar!" Author duduk di sebuah kerusi yang agak jauh tapi, masih boleh nampak mereka.

Mereka yang lain memandang antara satu sama lain.

Pusingan Kelima
Halilintar VS Gempa

Yang ni skip jugak... Halilintar menyerah..

Pusingan Keenam
Blaze VS Solar

"Solar, kita acah-acah lawan ye? Aku tak nak kita lawan.." bisik Blaze.

"Tak boleh menyerah ke? Aku nak menyerah.." bisik Solar.

"Jangan.. Nanti Author marah kita lagi.." bisik Blaze.

"Okey.."

Mereka pun mula berlawan. Tapi, nampak macam bukan perlawanan sebab diorang tak gune kuasa!

"Hiya!" Blaze memegang tangan Solar lalu melemparnya ke tanah tetapi dengan cara yang lembut. Apekah?!

Solar pula memegang kaki Blaze lalu menariknya menyebabkan Blaze terjatuh seperti dia.

"Aku kalah!!" jerit Solar.

Author menuju ke arah mereka. "Betul ke korang lawan?" tanya Author dengan dingin.

Blaze dan Solar terus menganggukkan kepala mereka.

"Hmm.. Okey.. Jadi, perlawanan terakhir ialah Gempa lawan Blaze.." kata Author lalu duduk semula pada kerusi tadi.

Pusingan Ketujuh (Pusingan Terakhir)
Gempa VS Blaze

"Blaze, kita lawan tak guna kuasa okey?" bisik Gempa.

"Okey.." balas Blaze.

Gempa dan Blaze bersiap sedia. Gempa memulakan serangan dengan berpura-pura menumbuk perut Blaze dan Blaze pura-pura sakit. Mereka menggunakan taktik itu selama 10 minit. Jenaka apekah ini?!

Dan nampaknya, Gempa ialah juara bagi kesemua pusingan.

Keesokan hari~

Taufan dah sihat dan Halilintar sudsh dimaafkan oleh Taufan dan yang lain. Author? Dia sekadar biasa-biasa je anggap Halilintar tak bersalah. Mata dia masih merah.

"Okey, hari ni, korang kena bermanja dengan lawan korang.. Taufan kena manja dengan Halilintar... Fang kena manja dengan Gempa, jap, Fang dah menyerah.. Ais kena manja dengan Blaze.. Dan Solar kena manja dengan Thorn.." terang Author yang masih dingin lalu duduk di kerusi. Dia hanya jadi pemerhati.

"Betul ke kau okey?" tanya Taufan.

"Tak payah risaukan aku... Baik buat sebelum marah aku mendadak.." kata Author, serius.

Mereka semua menelan air liur. "O... Okey..."

"Abang~ Buatkan Taufan Hot Chocolate boleh?" rayu Taufan sambil matanya membulat. Argh, comel!

"Kau ni.. Tak payahlah buat sampai macam tu sekali.." kata Halilintar. Padahal, dia rasa nak cubit je pipi Taufan sebab comel!

Halilintar pun pergi ke dapur untuk buatkan air. "Nak ikut!!" Taufan pun mengikuti Halilintar ke dapur.

"Solar! Tolong aku siram bunga!" ajak Thorn sambil membuat muka comel.

"Okey!"

Thorn dan Solar pun pergi ke belakang halaman rumah.

"Blaze! Belanja aku aiskrim!" rayu Ais sambil membuat muka comel dan dia tutup kepala guna hud jaket!

"Yelah... Jom!" Blaze menarik tangan Ais lalu keluar rumah.

Nampaknya semua dah keluar kecuali Author dan Gempa. Author hanya menikmati minuman yang tiba-tiba muncul.

Gempa pula ingin menonton televisyen tetapi, langkahnya terbantut apabila nampak isyarat daripada Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar yang bersembunyi. Ceh, bersembunyi rupenye.

Gempa menghelas nafas. "Author... Kau marah kitorang ke?"

Author memandang Gempa sekilas pandang. "Tak..."

"Betul ke? Sebab mata Author warna merah.." kata Gempa.

Author menghelas nafas. "Dahlah.. Aku nak balik.." Author pun hilang sekelip mata.

Elemental Brothers yang bersembunyi memandang antara satu sama lain.

Di taman, rupanya Author kat situ. Tengah beli aiskrim. Sekarang duduk di kerusi. Tiba-tiba sesuatu peristiwa berlayar dalam fikirannya.

Masa tu dia berjalan-jalan. Tetiba je dia terlanggar dua orang perempuan.

"Woi! Suka hati je langgar orang!!" marah perempuan yang berbadan kurus itu.

"Entah!" marah perempuan berbadan gempal.

Author memandang nereka dengan pandangan kosong lalu ingin berlalu pergi tetapi tanggannya ditahan oleh perempuan kurus itu.

"Nak ape? Kalau pasal langgar tu, sorry... Tak sengaja.." kata Author, dingin.

"Kau tanya nak ape?! Huh! Kitorang nak duit kau!" marah perempuan berbadan kurus itu.

"Betul! Bolehlah kita beli baju banyak-banyak kan?!" kata perempuan berbadan gempal yang sedikit teruja.

"Sorry.. Aku takde duit.." Author bergelut supaya tangannya dilepaskan dan berjaya.

"Berani kau!" Perempuan kurus itu menolak Author sehingga jatuh. Author mengerang kesakitan.

"Hahaha!! Padan muka!" kata perempuan gempal itu.

"Kau dengar sini! Kau cam muka aku elok-elok! Kalau kau bagitahu sesiapa pasal ni, kau pasti aku belasah!" tegas perempuan kurus itu. "Dahlah Shesha, jom kita balik!"

"Bye~" Kedua-dua perempuan itu berlalu pergi.

"Author!"

Suatu suara mengejut menegur Author, menyebabkan Author berhenti termenung. Dia memandang empunya suara. Rupanya Elemental Brothers.

"Ape korang buat kat sini?"

"Nah!!" Taufan memberikan sekeping gambar kepada Author.

Author mengambil gambar itu lalu dipandangnya. Dia tersenyum. "Ini..." Air mata mula bertakung.

"Haah.. Ni gambar kita semua.." kata Thorn sambil tersenyum.

Dalam gambar itu, terdapat gambar Author bersama Elemental Brothers, Fang, Yaya, Ying dan Gopal.

Author mengesat air mata. "Terima kasih.." Kini, matanya berubah kepada hitam. Elemental Brothers menghelas nafas.

Nasib baik dah okey, kalau tak, korang tak boleh request hahaha!!!

Fang: Woi! Sudahlah!

Author: Diamlah!

Okey, sekali lagi Author minta maaf sangat-sangat sebab lambat buat request ni dan tak best dan akhir chapter ni nampak tak berkaitan... Author kehilangan idea.. Huhu T^T

Harap masih memuaskan..

Continue Reading

You'll Also Like

12.3K 1.4K 18
MISTERI ASRAMA RINTIS ----------------------------------- BoBoiBoy X Ejen Ali Book 1: Misteri Asrama M.A.T.A ... "Asrama Rintis?" Ali berkerut da...
3.7K 783 32
Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?
45.9K 3.8K 50
Lawak BoBoiBoy Yo (LBY) --- BoBoiBoy Fanfic ..... NOOROO mula menaip apabila mendapat ilham ketika beristirehat di atas katil. Lawak BoBoiBoy K...
14.3K 715 13
Cerita ini mengisahkan seorang elemental jahat telah terlepas dari penjara yang telah sekian lamanya terkurung di situ Dan berhasrat untuk membalas d...