SYARAT CINTA NIK NUFA

By jnnh_yhya

520K 28.3K 1K

#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40 (ending)

Part 33

7.5K 468 10
By jnnh_yhya

Kaki Adam terasa lemah melihat Doktor Sabrina baru keluar ruang kecemasan bersama beberapa orang pakar lain mengiringinya menuju kepada Adam. Hati Adam sungguh masih ingin melihat sepasang mata cantik milik isterinya. Semakin dekat jarak Doktor Sabrina, semakin debaran membunuh harapannya. Mata Adam terpejam menanti perkataan itu keluar daripada bibir Doktor Sabrina.

"She's fine,"

Apa maksud she's fine? Okay dari segi mana? She's dying just now! Darah tak berhenti keluar dari mulut Nufa tadi.

"What do you mean?"

"I said she's fine Adam. Your wife dah selamat menerima hati baru. Kami dah keluarkan hati lama Nufa and then teruskan prosedur pemindahan hati baru. Alhamdulillah everything seems well. Buat masa sekarang kita cuma kena tunggu Nufa sedar, oh! Tahniah dah bergelar suami orang." Jelas Doktor Sabrina lancar. Dia sendiri akui ini adalah operation yang paling sukar memandangkan keadaan hati Nik Nufa sudah benar tenat, nasib gadis itu baik kerana seseorang telah datang tepat pada masa untuk mendermakan hatinya buatnya. Semua ini adalah keajaiban yang Allah tunjukkan, andai saja hati penderma itu tidak sesuai buat Nik Nufa sudah pasti nyawanya tidak tertolong tadi.

"Mama dengar tak tadi? Papa dengar tak? Ayah dengar? Nufa selamat!" Adam memeluk erat tubuh Dato Hazlan tanda dia benar teruja. Semua yang menunggu juga kelihatan sudah boleh menarik nafas lega setelah mendengar berita itu daripada Doktor Sabrina. Tapi siapa yang dermakan hati untuk Nufa?

"Bella mana?" Tanya Adam setelah mendapati Sheikh Azad hanya berdiri seorang diri dibelakangnya.

"Pergi tandas." Jawab Sheikh Azad sepatah. Gila ke apa Adam? Takkanlah budak Russia tu nak bagi organ kat isteri kau. Logik ke?

Oh tandas, bukan dia lah yang derma. Tapi siapa?

"I saw you husband..."

Perkataan yang keluar daripada mulut Nik Nufa sebaik saja melihat Adam malu mahu berdepan dengannya.

"Pergilah, isteri dah panggil." Sheikh Azad menolak Adam supaya terus masuk ke dalam menemani isterinya. Malu malu kucing konon!

Seluruh ahli keluarga sudah tidak sabar mahu menunggu Nik Nufa dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan berjumpa dengan keluarga masing-masing. Nik Nufa tidak menyangka dia diberi peluang sekali lagi untuk terus hidup bersama dengan orang yang dia sayang. Benar kata Rania, ramai yang sayangkan aku. Aku tak boleh pergi lagi.

"Awak rasa macam mana?" Tanya Adam mengambil tempat disebelah isterinya. Senyuman Nik Nufa sudah kian mekar, dia benar seorang pejuang yang hebat.

"Rasa macam mati hidup semula," ungkapan itu paling sesuai menggambarkan keadaannya.

"Adam takut Nufa pergi tadi,"

"Kenapa Nufa kena pergi? Siapa nak teman suami Nufa nanti?" Usiknya sudah mula pandai bergurau. Dia mahukan Adam kembali ceria setelah puas menangisinya. Jelas kelihatan mata Adam sembap kerana asyik menangis saja.

"I love the new you,"

Nik Nufa yang baru sudah pandai bergurau sayang. Nik Nufa yang baru masih lemah namun tetap kelihatan semangat yang dia tunjukkan jelas pada anak matanya. Sepasang mata yang Adam gilakan.

"Jantung aku hampir tercabut tadi Nufa, aku ingat kau nak tinggalkan aku." Hani mencebik tanda merajuk. Nik Suhana masih ralit menunjukkan detik-detik kakaknya disatukan dengan Adam. Sebak. Ini kali pertama dia melihat ayah menangis setelah menikahkannya dengan Adam. Saat yang paling beremosi apabila Datin Hawa mencium Nik Nufa sebagai ibu mertua buat pertama kali tadi sebelum mereka meminta diri untuk balik. Yahzid juga sudah membawa isteri dan ibunya pulang setelah puas meluangkan masa berbual dengan Nik Nufa tadi. Dia tahu Nik Nufa kini adalah tanggungjawab Adam sepenuhnya.

"Kau nampak Bella tak?" Tanya Sheikh Azad mencelah sebaik saja semua orang sudah beransur meninggalkan Adam dan Nik Nufa berduaan.

"Aku tahu kau dah mula sayangkan dia kan? Tu caring semacam," usik Adam sengaja mahu mencipta suasana tawa.

"Banyaklah kau, dia pergi tandas tak balik-balik! Aku call tak dapat, aku tak kisah nak blah tinggalkan dia tapi nanti bapak dia tanya aku habislah!"

"She's here..." Nik Nufa menunjukkan matanya ke arah langsir putih disebelahnya.

"Apa?!" Sheikh Azad dan Adam serentak menjerit apabila diberitahu oleh Nik Nufa bahawa Isabella ada disebelah. Maksudnya?

"Dia lah yang bagi sebahagian hati dia untuk aku,"

"Kenapa Nufa tak bagitahu Adam tadi? Allah..." Adam dan Sheikh Azad bergegas menyelak langsir disebelah menampakkan sekujur tubuh gadis yang sedang terbaring disitu. Ternyata semua orang tidak sedar kehilangan Isabella tadi ada kaitan dengan Nik Nufa yang terselamat.

"Kau buat apa ni Bella? Kalau bapak kau tahu macam mana? Argh!" Sheikh Azad mendengus disisi gadis itu. Ini kali pertama Sheikh Azad melihat wajah Isabella tanpa sebarang alat solek yang tebal. Cantik juga.

"Kau janganlah cakap kuat-kuat. Bagi dia rehat, dah jom!" Adam menarik Sheikh Azad kembali duduk di sebelah sementara menunggu gadis itu sedar.

"Azad, jangan marah dia? Dia dah tolong aku. Dia tak macam apa yang kau fikirkan." Adam mengangguk setuju apa baru dikatakan oleh isterinya. Sahabatnya terlalu keras dengan perempuan lagi-lagi setelah apa yang berlaku kepada abangnya. Masa lalu membuatkan dia terlalu membenci perempuan. Sukar untuk dia terima gadis.

"Aku terhutang budi dengan dia. Disebabkan dia, isteri aku terselamat. Trust me Azad, she have a good heart. Dont judge her before you know the real her."

Nik Nufa dipindahkan ke wad biasa sesuai dengan apa yang diberitahu oleh Doktor Sabrina tadi meninggalkan Sheikh Azad seorang diri menunggu Isabella sedar. Entah bagaimana dia harus berdepan dengan gadis itu apabila dia sudah sedar nanti. Selama ini dia hanya tahu memarahi dan menganiaya gadis Russia itu dengan teruk sekali. Tapi semua ini aku buat supaya aku dapat berhati-hati daripada tertipu dengan perempuan jahat macam bekas tunang abang. Salah ke aku sebab samakan semua perempuan macam bekas tunang abang?

"Azad..."

Belum sempat Azad melelapkan matanya, dia menyedari namanya disebut seseorang.

"Nak air?"

"Eh kau mengada pulak, haa tunggulah aku ambik." Sheikh Azad masih kekok mahu melayani gadis itu dengan baik. Baru saja dia berniat mahu cakap secara baik namun terlepas pula semua amarahnya. Susah!

Marah, marah! Minta air je, bukan minta kau balas cinta aku pun!

"Minumlah, aku nak pergi jumpa Doktor Sabrina tanya dia bila kau boleh pindah wad biasa. Tak sedaplah bau ubat sana sini." Sheikh Azad mula bangun untuk keluar namun tangannya sudah dipegang kuat oleh Isabella.

"Ini pertama kali kau cakap baik-baik dengan aku. I love that sound..." Isabella menunjukkan wajah manjanya mahu dikasihani oleh lelaki itu.

Baru cakap baik, belum layan baik. Eee awkward gila lah jadi baik dengan dia!

"Kenapa kau buat semua ni? Kau tahu tak nyawa kau boleh melayang? Tak boleh ke kau bincang dulu?" Sheikh Azad kembali mengadap gadis itu mahukan penjelasan.

"Because i wanted it so much. I dont know why, but i wanted to do it so much. Aku tak kisah nyawa aku melayang ke terbang ke. Kalaulah urusan nyawa boleh bawa bincang, Adam will lost her wife."

"Kau tak kisah? Habis aku nak jawab apa dengan bapak kau Bella? Pernah kau fikir bapak kau susah payah jaga kau sejak mak kau dah tak ada?" Sheikh Azad menjengilkan matanya entah bagaimana lagi mahu fahamkan tindakannya tadi berbahaya.

"Susah sangat ke kau nak hargai apa yang aku dah buat untuk orang lain? Semua yang aku buat, semua buruk. Semua tak kena!" Suara Isabella mulai meninggi sudah tak dapat tertahan lagi. Kali ini dia benar sudah penat mahu mendapatkan kepercayaan daripada lelaki itu.

"Sebab aku sayang kau Bella! Aku taknak apa-apa jadi pada kau! Bodohlah!" Sheikh Azad keluar meninggalkan Isabella sendirian setelah menghempas pintu bilik itu. Perasaan yang dia sendiri tidak pasti selama ini telah terungkap secara tiba-tiba. Isabella masih cuba untuk bertenang namun dia agak terkejut mendengar pengakuan yang keluar dari mulut lelaki itu.

He loves you Bella, he loves you!

Sheikh Azad duduk di depan bilik Doktor Sabrina. Dia sedang memikirkan tindakan yang baru dia lakukan sebentar tadi, tindakan yang membawa kepada kehancuran ego yang selama ini dia bentuk.

Ish bodohlah Zad, kenapa kau mengaku. Aduh! Ni macam mana aku nak mengadap dia? Aku balik jelah, tapi kesian pulak...

"Kau buat apa kat sini? Bukannya nak temankan Bella tapi duduk bersenang lenang kat sini." Adam menegur sahabatnya yang duduk termenung seorang diri.

"Aku nak jumpa Doktor Sabrina, dia dah sedar. Adam, aku dah buat benda bodoh lah..."

"Heh kah buat apa?! Kau jangan cakap kau maki budak Russia tu---"

"Bukanlah! Aku terlepas cakap..."

"Kau cakap apa dengan dia? Kau sakitkan hati dia sama macam kau sakitkan hati isteri aku tau. Kau jangan lupa dorang berkongsi hati yang sama," pesan Adam awal-awal sudah memberi amaran.

"Aku cakap aku sukakan dia. Kau rasa bodoh tak eh aku? Ish! Gila tak bodoh, benda tak patut aku sebut kot. Eeee!"

"Kalau kau tak cakap, lagilah berganda-ganda bodoh kau. Aku dah agak dah, dah lama sangat aku perasan kau ni jual mahal. Malu tapi mahu. Ni aku nak pesan, jaga dia baik-baik." Adam menepuk peha Sheikh Azad sebelum meninggalkan sahabat baiknya disitu. Benarlah dugaannya selama ini, Azad memang sukakan Isabella. Benci perempuan konon, nak kahwin cari perempuan jugak!

Elvarina Isabella tersengih-sengih melihat Azad melayaninya dengan baik bahkan ini kali pertama lelaki itu hanya diam dan menurut saja apa kemahuannya. Sheikh Azad menahan rasa malu berjam-jam lamanya terpaksa menghadap wajah perempuan yang baru saja dia akui rasa sayang. Sheikh Azad duduk dari jauh saja tidak mahu menganggu gadis itu beristirehat. Isabella tahu lelaki itu mencuri pandangnya beberapa kali, dah angau ke? Itulah dulu jual mahal sangat, sekarang dah jatuh saham.

"Kau dah call Dato Erwin?" Tegurnya sengaja mahu mengajak berbual.

"Of course dah, sebelum operation lagi dah call." Jawabnya berlagak. Matanya sengaja perhatikan reaksi lelaki itu.

"Maksud kau bapak kau dah tahu lah anak dia buat kerja bahaya ni? Kalau aku tahu Dato Erwin dah tahu takdelah aku nak buang masa marah kau." Sheikh Azad sengaja mengangkat keningnya masih mahu jual mahal. Majalah hospital menjadi benteng untuk dia mengendap gadis itu.

"You called it buang masa? So, all your confession just now? A lie?"

"Maybe," Azad berdalih barangkali boleh menarik balik kata-katanya tadi,

"Who cares? All i know is that if anything is going to break my heart, i want it to be you Azad." Ucap Isabella merenung tajam ke arah lelaki itu dengan penuh rasa cinta. Benar, dia masih mahukan Azad meskipun lelaki itu sentiasa patahkan hatinya.

"Gila."

"Call me crazy or what, i still care about you Azad. I know you feel the same, you loves me." Isabella sengaja mahu mencabar kesabaran lelaki itu lagi dan lagi. Sheikh Azad bangun dari duduknya lantas meletakkan majalah atas meja sebelum berlalu pergi ke tandas untuk menunaikan solat Magrib . Lirik matanya masih belum melepaskan Isabella yang asyik menduga kelelakiannya. Dia sendiri keliru dengan reaksi yang patut dia ekspresikan, sama ada suka atau tetap pura-pura menyampah?

Continue Reading

You'll Also Like

326K 12K 36
MY FIRST SHORT STORY: MRS. RAYYAN 🌹 (STATUS: COMPLETE) [YOU'RE COMPLETE MY EVERY IMPERFECTION] Kerana kisah cintanya yang tak kesampaian, Ahmad Ar...
81.1K 707 11
Cerita gay 10 Part...Finish
1.1M 42K 63
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah...
2.9M 98.3K 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwina...