[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#19

5.1K 394 37
By whatthechic_

PINTU bilik pejabat bapanya dibuka dari dalam. Darius masuk untuk melihat jika ayahnya berada disitu.

"Lama lagi ke, ayah?" soal Darius.

"Ayah ada kena jumpa orang nanti." Ayahnya menjawab tetapi tidak memandang wajahnya.

Pintu bilik itu ditutup dan Darius keluar daripada bilik pejabat itu. Dia mendengus. Dah tahu ada urusan lama kenapa kena bawa aku sekali?

Darius turun ke tingkat paling bawah bangunan syarikat milik bapanya itu lalu duduk di atas bangku.  Air tin yang baru dibeli daripada mesin diteguk rakus.

Matanya melihat skrin telefon apabila mendapat satu notifikasi. Darius lantas bangun dan berlari ke arah tempat menunggu bas untuk menahan teksi.

Teksi diberhentikan di hadapan sebuah hospital. Darius mempercepatkan langkahnya kerana perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam tadi sudah mengambil banyak masa. Dia tidak boleh lambat, apatah lagi selepas mendapat mesej yang kawan baiknya kemalangan.

Darius tiba di wad kecemasan. Dia melihat rakan-rakannya yang lain sudah ada disitu. Sedang menunggu di hadapan bilik pembedahan. Dia ingin pergi kepada mereka tetapi langkahnya terhenti sebaik saja mendengar pertengkaran keluarga Adrian. Dia berdiri sebalik dinding.

"Pasal kau lah anak aku ada dalam tu!" tengking seorang wanita yang berada di pertengahan usia. Iya, itu adalah ibu kepada Adrian.

Arfah sedang menundukkan wajahnya dengan tangannya kedua-dua dipegang.

"Saya minta maaf makcik.." ujar Arfah. Dia mengesat air matanya. Rasa bersalah sudah menyelubungi diri. Kalau tidak kerana dia yang mahu sangat menonton filem, perkara ini tidak akan terjadi.

"Kalau ada apa-apa jadi dekat adik aku, memang kena kau." ujar kakak Adrian yang sudah berkahwin.

Darius yang sedari tadi hanya bersandar pada dinding membuka langkah. Baru saja dia mahu berjalan ke arah mereka, tubuh Arfah ditolak ke belakang dan terkena pada Darius.

Darius menahan gadis itu daripada terus terduduk di atas lantai. Arfah bangun semula lantas berjalan pergi daripada situ. Tidak langsung memandang Darius.

Darius melihat wajah ibu Adrian yang sedang menahan amarah. Langkah lelaki itu diatur kepada Syahmi. Liana juga ada disitu bersama orang tuanya dikerusi. Hanya Syahmi yang sedang bersandar pada dinding.

"Apa jadi? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Darius pada Syahmi.

Syahmi menghela nafas berat.

"Tadi.. lepas Adrian hantar Arfah balik. Dia accident dekat traffic light. Katanya masa dia nak buat u-turn ada satu lori tu laju and tak berhenti dekat lampu isyarat lepastu langgar kereta Adrian." cerita Syahmi.

"Dah berapa lama Adrian dekat dalam?" soal Darius lagi.

"Dekat sejam lebih jugak." jawabnya.

Darius meraup wajahnya. Matanya melihat pintu bilik bedah itu. Tolong bertahan, Adrian. Aku tahu kau kuat.  Dan kau kena survive.

Pili air dibuka oleh Darius. Wajahnya yang bersih itu dibilas dengan air. Fikirannya buntu. Dia melihat wajahnya di cermin. Matanya yang mula berair itu cepat-cepat dilap dan kepalanya ditundukkan.

Langkahnya dituju keluar daripada tandas awam lelaki. Dia melihat Arfah yang sedang bercakap sesuatu pada ibunya. Gadis itu sedang duduk di atas kerusi menunggu sambil menangis dan  tidak henti menyalahkan diri sendiri.

❀❩

PAGI itu aku bangun.

Melihat jam menunjukkan sudah 6:30 pagi. Aku perlu ke sekolah. Hampir satu malam aku tidak tidur. Balik rumah pun sudah jam 3 pagi.

Aku keluar daripada bilik mandi dan terus bersiap untuk ke sekolah. Pintu almari pakaian aku buka dan aku melihat tudungku yang tergantung.

Arfah.

"Kau selalu menyusahkan orang." kataku. Lantas tudung itu aku rentap kasar. Pintu almari dihempas. Mula rasa benci pada diri sendiri.

Kasut sekolah aku sarung dan terus masuk ke dalam kereta. Mama tidak berkata apa-apa padaku pagi ini. Mungkin kerana tidak mahu buat aku rasa tertekan?

Tangan orang tuaku itu aku cium seraya keluar daripada kereta. Langkah diatur ke dataran perhimpunan untuk memulakan sesi persekolahanku. Aku duduk di dalam barisan.

Mataku melilar memandang ke barisan kelas Liana. Aku ingin berkata sesuatu pada dia. Aku perlukan dia. Dan aku ingin tanya tentang Adrian pada dia. Tetapi Liana tiada di dalam barisan itu. Bukankah dia selalunya datang awal ke sekolah?

Kami dilepaskan untuk masuk ke dalam kelas sebaik saja perhimpunan harian tamat. Beg sekolah aku letak pada kerusi dan mengeluarkan buku teks dan latihan Sains.

"Kau okey?" soal Syahmi padaku. Dialah yang menjadi saksi aku dimarahi teruk oleh ibu dan keluarga Adrian malam tadi.

Aku hanya diam lalu mengangguk. Iya, aku tipu. Aku tidak okey. Aku memandang Darius yang juga diam daripada tadi.

Kami menunggu di hadapan pintu makmal Fizik. Kerana ada kelas lain di dalamnya. Sebaik saja pintu makmal itu dibuka dari dalam, aku melihat Liana sedang berjalan keluar daripada pintu itu.

"Liana, aku—" kataku mati sebaik saja melihat riak wajah gadis itu.

Dia tidak memandang aku. Dia diam dan terus berlalu pergi. Aku terkedu. Pelajar lain sudah masuk dan aku masih diluar.

Tolong jangan kata yang kawan aku sendiri dah tak suka pada aku.

Sepanjang kelas dijalankan, aku tidak dapat menumpukan perhatian. Sampai beberapa kali juga aku disoal oleh cikgu dan dimarah kerana tidak dapat menjawab soalan itu.

"Esok kelas saya jangan lupa hantar tugasan yang harini." ujar cikgu Hafiz sebelum membenarkan kami keluar untuk rehat.

Buku-buku aku simpan ke dalam beg sekolah dan terus menuju ke kantin untuk berehat. Harini aku tidak berasa nak makan makanan bernasi jadi aku hanya membeli sebungkus roti dan air mineral di koop.

Aku duduk di salah sebuah meja di kantin yang selalu aku duduk ketika rehat. Tetapi Liana tiada disitu. Sebab Liana duduk di meja lain bersama kawan-kawan perempuan kelasnya.

Roti yang dibeli aku tadi aku letak di atas meja. Seleraku yang sikit itu sudah hilang. Aku hanya diam tidak membuat apa-apa kerana tiada apa yang boleh aku lakukan.

Syahmi duduk disebelahku tiba-tiba.

"Kau janganlah salahkan diri kau lagi." ujar Syahmi.

Aku menundukkan wajah.

"Liana macam dah tak suka aku je." kataku.

"Sekejap je kut dia tu.. nanti lama-lama okey lah kut." ujar Syahmi menenangkan aku.

Aku bangun dan meminta diri untuk ke tandas. Tetapi aku tidak ke sana. Aku hanya, perlukan ruang untuk menyendiri.

Kakiku melangkah di sepanjang tempat letak kereta guru. Aku berjalan menunduk dan hanya memandang lantai. Cikgu-cikgu yang lalu di hadapanku untuk ke kereta mereka aku hanya hiraukan.

"Yang mana ya?"

Aku terdengar perbualan cikgu-cikgu.

"Budak kelas saya. 5 Akaun. Baru je meninggal pukul 10 tadi." jawab cikgu yang seorang lagi.

Langkahku terhenti. Kepala laju menoleh memandang cikgu-cikgu itu. Diorang bukan bercakap tentang Adrian kan??

Langkah aku buka menuju ke arah cikgu-cikgu itu.

"Cikgu." panggilku.

"Cikgu tengah cakap pasal siapa?" soalku sebaik saja cikgu memandang wajah aku.

Dadaku berdebar laju.

"Pelajar kelas saya. Adrian."

Tanganku laju berpaut pada tiang sebaik saja mendengar nama Adrian disebut oleh cikgu. Tak mungkin. Aku sedang bermimpi kan? Sesiapa, tolong kejutkan aku daripada mimpi ini.

"Awak okey tak ni?" soal cikgu itu.

Aku diam. Aku dapat melihat air mataku jatuh di atas lantai.

Kaki laju berlari di sepanjang koridor blok kelas. Aku tidak dapat mengawal diri jadi aku hanya berlari dan menghiraukan orang-orang yang sedang memandang aku.

Sampai saja di tangga, aku terduduk disitu sambil tangan memegang tangga. Air mata aku kesat.

Allahuakbar.

Adakah ini benar? Aku tidak kuat ya Allah. Satu demi satu orang yang aku ada di dunia kau ambil dan bawa mereka pergi. Macam mana aku nak berhenti menyalahkan diri sendiri kalau semua ni bermula daripada aku?!

Aku tak sempat nak luahkan perasaan aku pada dia Ya Allah. Kenapa cepat sangat kau ambil dia? Aku tak sempat nak minta maaf atas semua ni pada Adrian, Ya Allah.

Kelas bermula.

Tetapi aku hanya duduk diam di dalam kelas sepanjang kelas dijalankan. Aku tidak memandang hadapan walaupun cikgu sedang mengajar. Dan sejak habis rehat aku tidak nampak Darius. Dia tidak masuk ke kelas. Syahmi juga hanya diam disebelahku. Dia kata dia tidak marah pada aku. Dia cuma sedih.

Mata melihat jam di dalam kelas. Baru jam 11:50. Ada sejam lebih sebelum balik. Aku nak balik. Aku nak jumpa Adrian. Aku nak tengok Adrian. Aku nak minta maaf pada keluarga Adrian.

"Nampak Darius?" bisikku pada Syahmi. Dia menggelengkan kepala.

Aku bangun lantas meminta diri untuk keluar. Kalau aku yang baru saja kenal dengan Adrian tahun ini sudah berasa sedih, apatah lagi Darius yang sudah kenal Adrian selama bertahun.

Sudah semua tempat aku cari dia. Tetapi tiada. Kakiku terhenti di hadapan makmal kosong. Aku pernah berada disini. Bersama Darius dulu.

Tangan memegang tombol pintu untuk dibuka. Tetapi tindakanku terhenti. Kerana telingaku dapat mendengar tangisan seseorang di dalam. Seorang lelaki. Aku pasti itu Darius.

Aku bersandar pada pintu, mendengar tangisan lelaki itu. Lama. Aku mendengar Darius menjerit di dalam dan bunyi seperti ada sesuatu dibaling.

Bahuku terhinjut.

Aku tidak dapat menahan sebak yang sama lalu aku biarkan air mataku mengalir deras. Wajahku aku tutup apabila aku mula tersedu-sedan.

❀❩ to be continued.

sorry bab ni sikit sebab saya
kena siapkan  homework yg bertimbun tu 😭
dahnak sekolah en hm
btw en actually aku ni tak sampai hati
nak tulis bab ni hm😭😭
kk baibai

Continue Reading

You'll Also Like

928K 24.6K 36
Actually, memang tak tahu nak buat desc macam mana. enjoy reading ! Highest ranking : #1 in romance #2 in drama #1 in Malaysia
598K 29.6K 70
[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan kerjasama 6 orang gadis yang bergelar TGT, dalam menaikkan Music World di Emerald Highschool. Turut terlibat, TF...
1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...