BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR...

By ejenfatini

36.8K 2.4K 644

⇛ sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Cerita ini hanya rekaan. Semua watak dalam cerita ni adalah MILIK MONSTA SEPENUHNYA. IT'S OFF... More

[M] TRUTH 1 DARE 1
[M] TRUTH 2 DARE 2
[M] TRUTH 3 DARE 3 (Part 1)
[M] TRUTH 3 DARE 3 (Part 2)
[M] TRUTH 3 DARE 3 (Part 3)
[M] TRUTH 4 DARE 4
[M] TRUTH 5 DARE 5
[M] TRUTH 6 DARE 6
[M] TRUTH 7 DARE 7
[M] TRUTH 8 DARE 8
[M] TRUTH 9 DARE 9
[M] TRUTH 10 DARE 10
[M] SPECIAL PART
[M] TRUTH 11 DARE 11
[M] TRUTH 12 DARE 12
[M] TRUTH 13 DARE 13
[M] TRUTH 15 DARE 15
[M] TRUTH 16 DARE 16
[M] TRUTH 17 DARE 17
[M] TRUTH 18 DARE 18
[M] TRUTH 19 DARE 19
[M] TRUTH 20 DARE 20
[M] TRUTH 21 DARE 21
[M] TRUTH 22 DARE 22
[M] TRUTH 23 DARE 23
AMARAN
[M] TRUTH 24 DARE 24
[M] TRUTH 25 DARE 25
[M] TRUTH 26 DARE 26
[M] TRUTH 27 DARE 27
[M] TRUTH 28 DARE 28
[M] TRUTH 29 DARE 29
[M] TRUTH 30 DARE 30
[M] TRUTH 31 DARE 31
[M] TRUTH 32 DARE 32
[M] TRUTH 33 DARE 33
[M] SPECIAL CHAPTER
[M] GROUP CHAT
[M] GROUP CHAT 2
[M] Trailer BoBoiBoy The Movie 2 [SPECIAL PART]
[M] TRUTH 34 DARE 34
Pengumuman
[M] TRUTH 35 DARE 35
[M] TRUTH 36 DARE 36
M [1] Aiskrim
E [1] Ice cream
E [2] My little brother
CONTEST VOTE
FOR MY COVER CONTEST ENTRY

[M] TRUTH 14 DARE 14

795 46 16
By ejenfatini

Dare from @aliasyadia

"Gempa! Halilintar! Ade dare untuk korang!" jerit Blaze yang muncul di ruang tamu.

"Ish, jangan menjerit boleh tak?!" marah Halilintar. Dah elok-elok tengah baca buku cerita, dikacau pulak oleh si Api ni.

Gempa pula hanya mampu mengeluh. "Ape dare kitorang?"

Blaze tersenyum. "Gempa, kau tak perlu kemas rumah sebab dare Halilintar adalah ambil tugas kau.."

Halilintar terus tersedak, jap, dia ada minum air ke?

"Kau tahu tak, ni dah kali kedua aku dapat dare ni!" kata Halilintar.

"Tak tahu.." jawab Blaze yang membuatkan Halilintar bertambah marah.

"Buat jelah... Kan kau dah pernah buat dare ni, mesti takde masalah.." kata Gempa, cuba menenangkan Halilintar.

Halilintar mengeluh berat lalu pergi ke dapur.

"Kau nak buat ape Halilintar?" tanya Blaze sambil menjongketkan keningnya.

"Nak masak sarapanlah.. Habis tu, hang nak berlapar? Kalau aku tak masak kang.." kata Halilintar yang tiba-tiba berloghat Kedah.

Beberapa minit kemudian, mereka bertujuh berkumpul di dapur untuk makan sarapan. Menu sarapan mereka ialah Mi Goreng.

Nampaknya, mereka semua sedang menjamu selera dengan tenang kecuali Blaze yang selalu kacau orang makan.

Selepas makan, Halilintar terpaksa membasuh pinggan mangkuk yang dibantu oleh Thorn. Hm, tiba-tiba pulak Thorn baik, jap, dia memang baik, comel pulak tu.

Lepas itu, Halilintar pergi menjemur baju memandangkan Gempa sudah membasuh baju sebelum dare ini bermula yang Author tidak beritahu.

'Lecehnye..' omel Halilintar dalam hati.

Selesai sahaja menjemur baju, dia pergi membersihkan ruang tamu yang sudah bersepah disebabkan Blaze dan Ais bergaduh hanya disebabkan Ais meminum air Blaze. Apelah nasib Halilintar. Dah jadi maid pulak.

"Woi! Aku bukan maid lah!" jerit Halilintar tiba-tiba. Hm, dia perasanlah pulak.

Lepas sahaja selesai membersihkan ruang tamu, Halilintar pergi memasak untuk makan tengah hari. Kejapnye masa berlalu.

Menu tengah hari mereka ialah Nasi Goreng Ayam. Mereka semua menjamu selera dengan tenang termasuk Blaze yang suka mengacau memandangkan masakan Halilintar sedap, tetapi, masih tidak dapat tandingi masakan Gempa.

Seperti biasa, selepas makan, Halilintar perlu membasuh pinggan mangkuk dan kali ini dia perlu lakukan tugas itu sendiri sebab Thorn nak main game dengan Taufan. Gempa nak tolong tapi, dia pun ada dare jugak iaitu jangan buat kerja kat rumah.

Selepas membasuh pinggan mangkuk, dia berehat sebentar di biliknya dengan tidur sementara waktu. Penat dikatakan.

Pada waktu petang, Halilintar hanya membancuh teh'o panas berserta biskut Cap Ping Pong.

Pada waktu malam pulak, Halilintar hanya memasak bubur ayam sahaja kerana mengikut Gempa, waktu malam tak perlu makan yang berat-berat.

Sebaik sahaja selesai makan, Halilintar perlu membasuh pinggan mangkuk lalu pergi ke biliknya.

"Akhirnya... Dapatlah aku berehat.." gumam Halilintar lalu tertidur pada katilnya. Nampaknya Dare Halilintar berjaya.

√√√√√√√

"Eh, Author? Author buat ape kat sini?" tanya Yaya sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

Kelihatan Ying juga turut berada di rumah Yaya.

"Ya lo! Ape Author buat kat sini?" tanya Ying pula.

"Ade dare untuk korang berdua.. Korang berdua tak boleh layan antara satu sama lain.." kata Author.

Yaya dan Ying memandang antara satu sama lain lalu memandang Author. "Maksud Author?"

"Maksudnye, kalau korang berdua berjumpa, tak boleh bercakap, macam orang tengah bergaduh.." kata Author.

"Ape?!"

"Sabar sabar... Ni dare je.. Untuk sehari je.. Takpe kan?" bodek Author. Pandai jugak Author membodek, hehe.

Yaya dan Ying memandang antara satu sama lain. "Okey..." Mereka membalas seperti dipaksa.

Pada waktu tengah hari, kelihatan Yaya dalam perjalanan pergi ke kedai Tok Aba. Pada masa yang sama, Ying sudah berada di kedai Tok Aba bersama Gopal dan Fang.

Sebaik sahaja mata Yaya bertentang dengan mata Ying, dia terus berpatah balik ke rumahnya. Ying pula hanya buat-buat tak tahu. Gopal dan Fang hanya memandang Ying dengan pandangan pelik.

Pada waktu petang, ketika Ying lalu di kedai runcit, kelihatan Yaya sedang membeli barang. Dengan kuasanya, dia berlari pergi dari situ. Nampaknya, diorang terpaksa buat dare tu, lagipun, ni dah kali kedua.

Keesokan harinya, kelihatan Yaya dan Ying sedang berpelukan sebaik sahaja tiba di kedai Tok Aba.

"Maafkan aku Yaya!" rayu Ying.

"Aku pun nak minta maaf!" rayu Yaya pula.

Mereka berpelukan serta menangis. Aduh, berdrama betul. BFF dikatakan.

√√√√√√√

"Blaze! Ais! Ade dare untuk korang!" jerit Taufan sebaik sahaja tiba di ruang tamu.

"Dare?" soal mereka berdua.

Taufan mengangguk. "Korang berdua kena tolong Tok Aba dan Ochobot.."

"Adeh.. Malaslah..." kata Ais yang sudah memeluk bantal peluknya yang ada gambarnya sendiri.

"Jom Ais!" Blaze mengheret Ais yang masih tidur. Jap, kuatnye Blaze boleh heret Ais sampai ke kedai Tok Aba.

Di kedai Tok Aba, ramai pelanggan datang termasuk Cikgu Papa dan Uncle Yim. Hm, memang patut Blaze dan Ais tolong Tok Aba.

"Atok!!" jerit Blaze dan Ais yang sudah terjaga daripada tidurnya.

"Hah, bagus kalau korang datang.. Tolong atok.." arah Tok Aba yang sedang membuat minuman.

"Okey! Ais, kau tolong Tok Aba buat air.. Aku akan tolong Ochobot.." kata Blaze dan Ais hanya mengangguk.

"Dik! Tolong kira!" kata salah satu pelanggan Tok Aba iaitu lelaki.

"Okey!" Blaze segera pergi ke arah lelaki itu.

"BoBoiBoy, tolong buat Hot Chocolate.. Lepastu, bagi kat Uncle Yim.." arah Tok Aba.

"Baik tok!" Ais pun dengan pantas membuat air Hot Chocolate.

3 jam kemudian, kelihatan Blaze dan Ais sedang duduk di kerusi kedai Tok Aba.

"Aduhh.. Penatnye..." kata Blaze yang sedang kepenatan.

"Jomlah balik.. Dah nak malam ni.." kata Ais yang juga kepenatan.

Kesian mereka berdua. Tapi, dare mereka berjaya dilaksanakan.

√√√√√√√

"Thorn! Solar! Ade dare untuk kita!" kata Taufan yang baru tiba di belakang halaman rumah. Kelihatan Thorn dan Solar sedang menyiram pokok.

"Dare?" soal mereka berdua.

"Kita kene jalani latihan tempur di rumah Fang.." kata Taufan.

"Okey.."

Di rumah Fang, kelihatan mereka bertiga sudah berkumpul. Fang juga turut berada di situ.

"Be...betul ke ni latihan tempur?" tanya Thorn terputus-putus kerana takut. Bukannya ape, tempat yang diorang pergi adalah rumah Fang yang lama dan berhabuk tu.

"Haah... Kat...kata latihan tempur.." kata Solar yang turut berasa takut.

Taufan pula hanya menelan air liur. Rumah Fang ni dah berape lame tak dibersihkan?

"Iyelah.. Dah korang kene jalani latihan ni gune versi hantu, mestilah macam ni.." terang Fang. "Dah, jom masuk laluan ni.." katanya sambil menunjuk ke arah laluan yang tertera 'IN'.

Taufan, Thorn dan Solar sudah berpeluk antara satu sama lain lalu mengikuti Fang masuk ke dalam laluan itu.

Laluan itu amat gelap, tapi, nasib baik ada obor-obor. Alah, yang zaman dulu punye tu.

"Fang, mane musuh...yang patut...kitorang lawan?" tanya Taufan terputus-putus.

"Semua tengkorak yang ade dalam laluan ni.." kata Fang selamba.

"Teng...teng... Tengkorak?!!" jerit mereka bertiga.

Tiba-tiba, muncul tengkorak di hadapan Fang.

"Fang! Hati-hati!" kata Taufan.

Fang hanya memandang pelik ke arah tengkorak itu. "Author, sudahlah.. Aku tahu yang tu kostum kau.."

Tengkorak itu memandang Fang dengan pelik. Dia kemudian mengeluarkan pedang miliknya lalu ingin menusuk Fang.

Fang sempat mengelak dengan melompat lalu berada di belakang tengkorak itu.

"Author! Mengaku jelah!" jerit Fang.

Tengkorak itu memandang pulak ke arah Taufan, Thorn dan Solar. Dia kemudian menyerang mereka bertiga.

"Hah?! Kilauan Solar!!" Solar menyilaukan pandangan tengkorak itu.

Mereka bertiga mengambil kesempatan untuk pergi ke arah Fang. Sebaik sahaja Tengkorak itu dapat melihat, Tengkorak itu menoleh ke belakang.

Kelihatan Taufan, Thorn dan Solar berada dalam ketakutan manakala Fang hanya memandangnya dengan pandangan pelik dan serius.

"Author! Lebih baik kau keluar dari kostum tu!" tegas Fang.

"Wey, ape kau mengarut ni? Tu bukan akulah.." kata Author yang tiba-tiba muncul di belakang mereka berempat.

"Waa!!! Author!!" jerit Taufan, Thorn dan Solar. Fang pula hanya terkaku.

"Hmm, korang ni... Lawanlah tengkorak tu! Kalau korang menang, Author akan belanja makanan kegemaran korang!" kata Author teruja.

Mereka berempat memandang antara satu sama lain lalu tersenyum. Apalagi, mereka berempat terus menyerang tengkorak tu habis-habisan.

Setelah habis menyerang beberapa lagi tengkorak yang muncul, mereka akhirnya dapat keluar dari laluan berhantu itu.

"Author! Kitorang menang!!" kata mereka berempat.

Author pun muncul. "Maaflah ye... Author tak dapat belanja makanan tapi, Author dapat belanja korang main kat taman je.."

Fang, Taufan, Thorn dan Solar mendengus geram.
"AUTHOR!!!"

Author apalagi, terus hilang seperti biasa. Mereka berempat mengelug berat. Penat-penat berlawan, tapi, takde bayaran, apelah nasib.

√√√√√√√

"Thorn! Solar! Gopal!" jerit Author. Memandangkan Gopal ada di rumah Elemental Brothers, dia tak perlu lagi pergi rumah Gopal.

Thorn, Solar dan Gopal terus pergi ke arah Author. "Kenape?!"

"Ade dare untuk korang..." kata Author.

Mereka bertiga pun terbaring di lantai. "Tu je?!" soal Gopal.

Author hanya mengangguk. "Korang kena jalani latihan tempur versi game di rumah Fang... Mesti korang suke kan?"

"Suke!!!"

"Dah, pergi rumah Fang cepat! Penat Author nak menaip ni!" tegas Author.

"Okey!"

Di rumah Fang, kelihatan mereka bertiga sudah berada di latihan tempur. Hm, besar jugak rumah Fang yang baru ni. Ada bilik latihan di bawah tanah.

Terdapat pelbagai versi latihan tempur kecuali versi hantu sebab versi itu hanya ada di kapal angkasa Kapten Kaizo dan di rumah lama Fang.

"Wahh!! Cepatlah Fang! Aku tak sabar nak ikut latihan ni!" kata Gopal yang teruja.

"Haah!!" Begitu juga dengan Thorn dan Solar.

"Kejaplah! Hah, jom masuk!" kata Fang.

Mereka berempat pun masuk ke dalam bilik latihan tempur.

"Fang, ni game ape?" tanya Thorn.

"Cube kau periksa sendiri.." kata Fang. Dia malas mahu menjawab memandangkan mereka tahu semua game.

"Eh, ni game Run and Avoid!" kata Solar. (Game ni Author reka je..)

"Haah! Cayalah!" kata Gopal pula.

"Baiklah, dua orang yang terselamat adalah pemenangnya... Sedia?" tanya Fang yang sudah berada pada garisan permulaan.

"Sedia!!" Thorn, Solar dan Gopal turut berada pada garisan permulaan.

"3.... 2.... 1..... GO!!!!" Kedengaran suara komputer menunjukkan permainan itu bermula. Permainan ini mempunyai tiga stage.

Stage 1

Mereka perlu atasi laluan berais. Gopal mempunyai masalah untuk mengimbangi diri, begitu juga dengan Fang yang menyebabkan mereka berdua berlanggar antara satu sama lain dan terjatuh.

Thorn dan Solar tiada masalah kerana pernah bermain di atas permukaan ais dengan bantuan abang mereka.

Setelah 1 minit, muncul beberapa orang salji dan mereka perlu elak daripada mengenainya.

Bukan sahaja perlu elak orang salji, malah, perlu elak tong-tong yang dicampak. Tong-tong itu mereka perlu elak dengan melompat.

Fang dan Gopal hampir mengenai tong-tong tetapi, mereka selamat. Thorn dan Solar yang sudah biasa main permainan ni, tiada masalah untuk mengelak. Wuish, Siblings Goal betul.

Beberapa minit kemudian, mereka berempat berjaya melepasi stage pertama.

Stage 2

Stage kali ini, mereka perlu lalui kawasan berapi. Terdapat beberapa lubang yang mengandungi lava. Jadi, mereka perlu elak daripada terjatuh kalau tidak, mereka akan tersingkir.

Gopal hampir sahaja jatuh ke lubang lava, tetapi, dia sempat menarik dirinya ke atas sebelum jatuh ke dalam lava.

Stage kedua ini juga berjaya dilepasi oleh mereka berempat.

Stage 3

Stage terakhir, mereka perlu lepasi sarang labah-labah. Mereka juga perlu elak daripada mengenai labah-labah yang keluar mencari makanan.

Gopal yang takut terus berada di belakang Fang. Fang pula terpaksa membiarkannya. Thorn dan Solar berhati-hati melepasi kesemua sarang labah-labah agar tidak membangunkan labah-labah tersebut.

Ya, jika mereka terlanggar mana-mana sarang labah-labah, labah-labah yang sedang tidur akan terjaga.

Keadaan agak gelap, jadi, menyukarkan mereka untuk melihat tapi, tidak bagi Thorn dan Solar kerana sikap mereka yang suka makan buah-buahan, memberi penglihatan yang bagus kepada mereka berdua.

Secara tak sengaja, Gopal terpijak kaki Fang, menyebabkan Fang terjatuh. Tetapi, Fang terjatuh pada sarang labah-labah, menyebabkan labah-labah tersebut terjaga dan ingin menyerang Gopal dan Fang.

Gopal dan Fang hanya menjerit lalu tersingkir daripada permainan itu.

"Gopal and Fang OUT!!" kata Komputer.

"Gopal! Fang!" jerit Thorn dan Soalr setelah mendapati mereka berdua telah tersingkir daripada permainan itu.

"Both of you must win, or else, both of you will trap in this game forever!!"

Thorn dan Solar terkejut. "Ape?!"

"Kite kene menang Thorn!" kata Solar.

"Okey! Dah nak dekat dah ni!" kata Thorn.

Malangnya, dekat pintu keluar, muncul seekor labah-labah yang agak besar.

"Ape...kah???!"

Labah-labah itu memandang ke arah Thorn dan Solar. Labah-labah itu ingin menyerang Thorn dan Solar tetapi, mereka sempat mengelak.

"Solar! Cari buah-buahan supaya labah-labah ni tertidur!" arah Thorn.

"Okey!" Solar pun berpatah balik lalu mencari buah-buahan sementara Thorn ambil alih perhatian labah-labah itu.

"Aku kat sini!!" jerit Thorn, membuatkan labah-labah itu mengejarnya.

Thorn sedaya upaya membiarkan labah-labah itu sibuk agar dapat mengambil masa Solar untuk mencari buah-buahan.

Beberapa minit kemudian, tenaga Thorn hampir kehabisan. Pada masa yang sama, Solar muncul dengan buah-buahan.

"Labah-labah! Makan ni!!" Solar mencampak buah-buahan tersebut ke arah labah-labah itu.

Labah-labah tu membuka mulutnya dengan luas lalu memakannya. Setelah habis mengunyah, dia pun tertidur.

Thorn dan Solar menghela nafas lega. Mereka berdua pun menuju ke arah pintu keluar. Pintu itu agak bercahaya.

Beberapa minit kemudian, mereka kembali berada di bilik latihan tempur tadi. Kelihatan Fang dan Gopal berada dalam selamat, tetapi, mereka sedang tidur.

Thorn dan Solar berhigh five sesama sendiri. Mereka berjaya memenangi permainan itu.

Yeayy 2000 lebih words... Penat Author rancang ni.. Harap suke dengan chapter ni!

Oh ye, Author ada pengumuman yang request DIBUKA semula!!! Yeay!!

Tapi, tak boleh bagi dare yang sama.. Kenelah berbeza.. Kalau sama, boleh tiga kali je.. Maksimum dare yang korang boleh bagi ialah lima dan sekurang-kurangnya ada satu TRUTH.

Maaf kalau ada typo.. Tu jelah yang Author nak cakap. ^-^

Continue Reading

You'll Also Like

3.8K 313 12
♡ COMPLETE ♡ Amato x Boboiboy ♡ Malay language ♡ Family relationships Amato kehilangan satu-satunya anak dia iaitu Boboiboy dalam pertarungan dengan...
2K 143 10
Boboiboy telah terkena satu tembakan dari Adudu dan tembakan itu menyebabkan kuasa apinya hilang. Di manakah kuasa api berada? Sila baca😊.
Boboiboy By cikin

Fanfiction

12.1K 958 13
Dalam cerita ini semua watak akan dimasukkan ke hospital . Hanya yang tidak masuk hospital adalah Blaze dan ice.
1.1K 52 10
Malaysia atau lebih dikenali Mal hidup bersama sepuluh saudaranya,yang dijaga oleh seorang organisasi bernama ASEAN. Papa angkat mereka iaitu ASEAN...