[C] Hate Or Love

By whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... More

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#18

4.8K 404 23
By whatthechic_

Bab 17 dah baca belom?
Korang tak terlepas bab 17 tadi kan?? Hahshshs okey okey sambung 😂👌🏼

❀❩

TUDUNG sekolah yang sudah digosok aku gantung di dalam almari. Aku melihat nametag yang terdapat nama aku padanya.

Arfah Falisya

"Sedap juga nama aku." kataku memuji diri sendiri.

Aku bergerak turun ke bawah untuk menonton televisyen. Kerja sekolah semua aku sudah siapkan. Percaya tak? Hahahah. Buat pertama kali semua kerja aku buat dalam satu malam. Tapi aku tak tahulah jawapan yang aku tulis tu betul atau tak. Aku bantai je..

Remote tv yang berada di atas meja aku ambil lalu menukar saluran.

"Yes Macgyver!" jeritku disitu. Gembira apabila salah satu siri kegemaranku ditayangkan. Jalan ceritanya juga okey. Dahlah pelakon dia hensem! Dia ada berlakon dalam filem X-Men juga.

Aku memeluk remote tv itu setiap kali watak Mac keluar di skrin. Kalaulah dia ni boyfriend aku.. lepastu kitorang kahwin, lepastu anak-anak aku mesti hensem dan cantik!

Kepala aku diketuk.

"Aduh! Ma.."

Mama merampas remote tv daripada tanganku. Aku mencebik.

"Mama dah siap masak. Pergi makan dulu sana. Mama ada kerja nak buat kat atas." ujar mama.

Aku terus tersengih apabila mendengar perkataan makanan. Aku memandang televisyen. Sementara tengah iklan, cepat-cepat aku berlari ke dapur untuk mengambil pinggan lalu terus menciduk nasi.

Lauk ikan siakap masak tiga rasa aku ambil lalu diletakkan di atas pinggan. Aku melihat sayur. Nasib baik mama masak sayur kegemaranku. Kailan ikan masin! Eh, dah macam lauk-lauk di kedai tomyam pula menu harini.

Aku berjalan semula ke ruang tamu untuk menonton televisyen sambil makan. Kalau mama nampak ni, boleh kena hempuk lagi dengan remote tv.

Aku tersengih-sengih sampai ke telinga apabila melihat watak Mac tersenyum. Eh dia senyum dekat aku!

❀❩

KERETA diberhentikan betul-betul dihadapan pagar. Aku menyorokkan kepala sikit. Alah malu la pula nak keluar!

"Cepatlah.. mama dah lambat ni." kata mama.

Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta. Hari ini hari rabu dan hari ini ada koko. Jadi kami perlu memakai baju uniform unit kami. Dan aku..

KASPA

Baju warna oren. Terang betul! Dah macam baju pekerja pasaraya Megah.

Aku berjalan pantas masuk ke pagar sekolah.

"Oi pekerja megah." tegur seseorang.

Jangan hiraukan dia, Arfah. Sikit je lagi tu kau dahnak sampai ke tapak perhimpunan.

Beg sandangku ditarik membuatkan aku tertarik ke belakang.

"Cantik baju." puji Darius. Heh, itu sindir!

Aku melihat baju yang dipakainya. Dia okey lagi. Warna hijau.

"Aku tahu lah baju KRS tak terang sangat macam KASPA. Engko diam jelah." kataku lalu meneruskan perjalanan.

Dia ketawa.

Aku menghentikan langkah apabila sampai di tapak perhimpunan. Kenapa, takda sesiapa ahli KASPA yang pakai baju oren?!

"Mana kawan Megah kau, Arfah?" sindir Darius.

Aku menjeling dia lalu menyepak kasutnya. Tanpa menghiraukan orang sekeliling, aku duduk di dalam barisan. Aku buat-buat tidak lihat orang yang sedang memandang aku.

Dah banyak kali aku buat permohonan nak tukar unit koko. Tapi cikgu tak bagi. Dan sampai sekarang aku tak puas hati sebab sejak aku di Tingkatan 1 sehingga tahun lepas aku di Kadet Polis. Dah tahun ini entah kenapa nama aku ditukarkan ke KASPA.

Kami dibenarkan untuk bergerak ke tempat berkumpul masing-masing. Kami selaku ahli KASPA hanya berkumpul dikantin. Tapi kenapalah dikantin? Dengan bau makanannya buatkan perut aku yang kosong ini minta diisi.

"Saya rasa, kita dah banyak kali buat perjumpaan. Tapi kita masih belum ada logo. Jadi harini cikgu nak kamu cipta satu logo yang kreatif untuk unit kita." ujar cikgu. Hah? Tidak tidak. Aku tahulah aku berada di kelas seni tapi aku tidak mempunyai mood untuk melukis sekarang ni.

Kertas diedarkan.

Tanganku melukis bulatan. Mengenangkan perut yang tiba-tiba sakit disebabkan masuk angin, satu idea pun tidak muncul di kepala.

Tanpa berfikir panjang, aku menukis perkataan KASPA besar-besar di dalam bulatan yang aku lukis tadi. Siap!

Aku melihat jam di tangan. Aduh, ada setengah jam lagi.

Telingaku mendengar seseorang seperti memanggil namaku di belakang kantin. Aku menoleh ke belakang.

"Darius?" bisikku perlahan.

Darius memanggilku untuk kesana. Aku memandang cikgu yang sedang fokus di laptopnya. Kemudian beg sandang aku ambil lalu terus ke belakang kantin.

"Kau kenapa kat sini?" soalku.

Dia tersenyum jahat.

"Jom ikut aku."

Darius menarikku masuk ke dalam koop.

"Kau ponteng koko eh??" soalku.

Dia hanya mengangguk.

"Ini ke pengawas kesayangan cikgu-cikgu dulu tu?" perliku.

"Well i'm not anymore." balasnya.

Kami bersandar pada dinding. Darius mengeluarkan buku daripada beg sekolahnya. Buku cerpen Bahasa Melayu.

"Kena baca ke?" soalku.

Dia mengangguk. Walaupun dia bukan pengawas lagi, tapi kalau ada tugasan pasti dia akan buat. Jadi takdalah dia berubah 100 peratus ke arah negatif.

"Waktu aku jadi pengawas kan, aku teringin sangat nak langgar peraturan. Even sekali." kata Darius.

Aku memandang dia.

"But now, you finally did it." aku berkata bangga. Wah, boleh pula kau berbangga bila seseorang itu buat perkara tidak baik.

Darius hanya senyum segaris.

Loceng berbunyi dan kami terus bergerak ke kelas.

Sepanjang sesi pembelajaran, entah macam mana aku boleh fokus semacam di dalam kelas. Di setiap mata pelajaran walaupun ada satu mata pelajaran itu aku anti.

Matematik.

Walaupun aku tahu yang nanti aku akan lupa apa yang aku sudah belajar, asalkan aku faham apa yang cikgu sedang ajar di hadapan. Memang selalu begini. Bila belajar, tahu cara buat. Tapi bila tiba peperiksaan, automatik aku lupa. Tak sangka yang ilmu itu datang dan pergi seperti manusia.

Sekarang sudah jam 11. Baru saja lepas rehat. Tapi sekarang mata pelajaran sejarah dan semua guru ada mesyuarat. Ramai pelajar yang keluar masuk dari kelas. Dan aku apa lagi. Tawaf!

Aku keluar dari kelas lalu melencong ke kelas Liana di blok sebelah. Aku masuk ke dalam kelasnya dan melihat Liana yang sedang membaca buku. Masuk saja dalam kelas ni, fuh auranya. Terasa pandai pula.

Adrian juga ada di dalam kelas Liana sedang lepak dengan budak lelaki kelas ini.

"Oi Liana." sapaku.

Dia memandang aku lalu membuat simbol peace menggunakan dua jarinya. Aku melihat dia sedang membaca buku Biologi.

"Dari tadi ke kau study?" soalku.

Dia mengangguk. Buku latihannya aku ambil lalu buka. Walaupun aku belajar sains, tapi aku tak faham langsung apa yang dia belajar.

"Liana, jom tengok wayang." ajakku.

"Tak bolehlah Arfah. Malam ni aku ada tuisyen Addmaths dekat rumah." balas Liana menolak tawaranku.

Aku memuncungkan mulutku.

"Ala tapi cerita tu dah keluar daripada minggu lepas.." kataku.

"Sorry do.. Aku tak berani nak keluar malam ni. Sabtu mungkin boleh lah kut." ujar Liana lagi.

Tapi harini kan hari Rabu. Tiket murah!

"Kau nak tengok cerita apa?" soal Adrian yang mencelah tiba-tiba. Dia duduk di atas meja sebelah meja Liana.

"Peninsular. Ala Train To Busan 2 tu." jawabku.

Wajahnya berubah terkejut.

"Dah keluar ke??" soal Adrian.

Aku mengangguk.

"Kau pergi dengan aku jelah. Aku ambil kau kat rumah." kata Adrian membuatku teruja.

"Kita.. dua je?" soalku.

Adrian menganggukkan kepalanya.

"Nak ajak Liana dia tuisyen pulak. Darius ikut ayah dia pergi Putrajaya malam ni. Syahmi confirm taknak. Dia mana tengok filem thriller horror ni. Dasar penakut." ujar Adrian.

Liana hanya memandangnya tajam. Marahlah tu orang mengumpat pasal crush dia depan-depan.

"Bukan kau.. tuisyen dengan aku juga ke malam ni Adrian??" soal Liana memandang Adrian sambil tersenyum senget.

"Ala bukan selalu.." balas Adrian.

Liana hanya menggelengkan kepala.

Jadi aku.. keluar berdua je dengan Adrian malam ni? Omg.

❀❩

"AKU nak pakai baju apa ni woi?!" soalku pada Liana di telefon.

Almari baju aku geledah untuk mencari baju. Sudah jam 8:45 malam. Filem tu mula jam 9:28 malam! Dan aku baru saja lepas mandi dan masih bertuala.

Aku melihat satu blouse bunga-bunga berwarna putih dan satu seluar jeans yang mempunyai cutting straight.

Aku berdiri di hadapan cermin besar. Tudung shawl berwarna coklat aku pakai. Cantik juga ya aku.

Aku menyarungkan sandal bertumit rendah lalu memboloskan diri ke dalam kereta sebaik saja Adrian tiba di hadapan rumah.

Kami tiba di pawagam tepat jam 9:20.

"Beli tiket dulu lah." kataku pada Adrian yang sedang beratur untuk membeli popcorn.

"Aku dah booked." Adrian menunjukkan telefon pintarnya padaku.

Kami berjalan masuk ke dalam hall. Pintu dibuka dan suasananya gelap. Aku membuka lampu suluh dari telefonku untuk mencari tempat duduk kami.

Oh itu. Di tengah-tengah.

Adrian duduk dihujung dan aku disebelahnya.

"Lama betul iklan." ujar Adrian.

"Tu ah tu." aku setuju. Tapi seronok juga iklan ni. Kita boleh dapat tahu filem apa yang bakal dikeluarkan nanti.

Aku duduk tegak sebaik saja filem yang kami tempah sudah mula.

"Cuba bayangkan masa kita tengah tengok cerita ni tiba-tiba pintu kat bawah dengan atas tu terbuka lepastu ada zombi masuk." bisik Adrian pada telingaku.

Lantas aku menayangkan buku lima pada dia. Dia hanya tergelak.

Tepat jam sepuluh, kami keluar daripada panggung. Kami terus berjalan ke arah kereta Audi milik Adrian.

Telefon bimbit Adrian berbunyi.

"Ye, ummi? Adrian keluar dengan kawan ni. Haah, dahnak otw balik." kata Adrian kemudian talian dimatikan.

Kereta diberhentikan di hadapan rumah.

"Weh, Arfah jap." Adrian menahan aku daripada membuka pintu.

"Kenapa?"

Adrian mengambil sesuatu di belakang.

"Ni sepatutnya aku bagi dekat.. Sabrina. Tapi aku tak sempat. Kau nak?" soal Adrian.

Aku diam.

"Rasa biadab pula kan bila bagi barang yang sepatutnya jadi milik orang lain. Kau taknak takpe." kata Adrian namun cepat-cepat aku mengambil patung We bare bears daripada tangannya.

"Sokey. Aku minat kartun ni. Thankyou." ucapku.

Adrian senyum. Senyumannya lain.

Aku masuk ke rumah sebaik saja kereta lelaki itu hilang dari pandangan. Aku tersenyum. Tak pasal-pasal dapat patung pula.

Laju aku melangkah ke bilik.

Pakaian aku tukar ke pakaian tidur lalu aku ke tandas untuk mencuci muka. Usai membersihkan diri, aku ke meja belajar untuk mengemas buku.

Aku melihat kerja rumahku yang masih belum siap lantas cepat-cepat aku siapkannya. Nasib baik cuma perlu menyalin nota daripada buku teks. Kalau latihan, mesti tak sempat nak siapkan malam ni.

Tepat jam sebelas setengah aku habis menyalin nota. Hehehe, salin je. Mudah! Buku itu aku masukkan ke dalam beg dan aku terus menutup suis lampu bilik.

Aku menuju ke katil lalu merebahkan badanku. Mataku yang hampir terlelap itu terus segar apabila telefon pintarku berdering. Aku melihat nama pemanggil. Liana.

"Hello kawanku!" aku berkata dahulu.

"Weh Arfah.." suara Liana perlahan seperti sedang berbisik.

"Kau kenapa ni??" aku menyoalnya apabila telingaku dapat mendengar seperti ada orang bergaduh.

"Adrian.. dia accident." kata Liana membuatkan aku terus bangun daripada baringku. Jantungku berdetak dengan laju membuatkan nafasku turun naik.

❀❩ to be continued.

Continue Reading

You'll Also Like

113K 8.2K 53
[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in a...
32.8K 1.8K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...
3M 152K 84
• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...
1.4M 70.1K 65
Aku Danish Izmeer.Headprefect sekolah ni" Danish Izmeer? Seorang jejaka di SMK Damai yang digilai ramai kerana ketampanan dan populariti yang dimilik...