Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

6

3.6K 84 0
By syyisnn

Pakaian dan beberapa barang peribadi milikku disumbat kemas di dalam beg sandang milik Hilman. Pagi tadi seusai aku bangun tidur, dia terus memberi aku beg itu untuk mengisi barang-barangku.

Sekejap sahaja lagi, aku sudah dibenarkan keluar dari hospital. Balutan putih di atas kepalaku masih terlilit kemas tanpa sebarang rasa longgar atau rimas. Doktor Ameer kata, lukaku masih belum kering sepenuhnya dan seharusnya dibalut supaya luka itu tidak dimasuki kuman.

Dengan tiba-tiba, rasa menyesal mula bertandang. Hatiku terasa seakan pedih melihat tanda 'bluetick' yang dihadiahkan untukku. Aku rasa menyesal sangat kerana telah membalas mesej darinya. Argh!!

Bagaimana aku boleh lupa tentang apa yang berlaku sebelum aku kemalangan? Bukankah lelaki itu yang menyebabkan aku kemalangan sekaligus menyebabkan kematian anak aku? Mengapa sebegitu mudah hati ini.. Hati ini memaafkan kesalahannya? Bukankah dia menyebabkan semuanya? Dia yang menyebabkan aku mengalami keperitan ini.

"Aku benci.." Ujarku perlahan. Mataku dipejam seerat-eratnya. Ingin sahaja aku hamburkan tangisanku di sini tapi kalau Hilman masuk nanti?

Aku cuba mencari nafas sambil mata masih setia dalam kegelapan. Perlahan aku kesat air mata yang terdapat di bawah iras mataku. Kenapa hatiku mudah terusik saat ini? Kenapa bila topik Mikhail dibahas, air mataku mudah sangat mengalir deras?

Mikhail yang aku kenal dulu, sudah tiada. Mikhail yang tidak pernah naik tangan, kini sudah berani menampar pipiku. Tanganku menyentuh perlahan kesan lebam di tepi bibirku. Masih meninggalkan sedikit rasa perit.

Mikhail yang tidak pernah membahaskan soal perempuan lain, kini sudah dibahaskan malah mengaku dia mencintai perempuan itu. Mikhail yang setia di mataku, kini telah berniat untuk memperisterikan perempuan itu. Adakah Mikhail yang dulu sudah benar-benar mati dalam hidupku?

Tidak. Jawapannya tidak. Danish Mikhail yang dulu akan tetap tersemat indah di hati ini. Hanya dia yang mampu mengisi ruang hatiku. Hanya dia dan bukan orang lain. Aku hanya mencintai dia, Danish Mikhail Bin Iqram Azqil.

Namun hati ini masih berdarah lagi untuk memaafkan dirinya. Tamparan yang diberi masih terasa di kulit pipiku. Kehilangan anakku masih terasa di dinding rahimku. Terasa bagai janin itu berdenyut-denyut di dalam rahimku tapi kini....

Dua-dua janin anakku telah tiada. Keduanya pergi meninggalkan aku. Semuanya terjadi kerana khilafku. Kalaulah aku dapat merasakan ada nyawa yang sedang membesar di rahimku, pasti ianya masih bernyawa dan mungkin aku sedang mengalami tempoh-tempoh kehamilan. Tapi, tidak mengapalah. Mungkin bukan rezeki aku lagi.

Keguguran yang pertama disaksikan oleh mataku sendiri. Mustahil aku boleh melupakannya sehingga kini.

Aku tersenyum sendiri. Cerita hindustan yang ditayangkan ini benar-benar mengusik jiwaku. Cerita yang mengisahkan dua manusia yang ingin bercinta namun seorang dari kerabat diraja dan seorang lagi dari masyarakat biasa. Lelaki itu mencari seribu satu cara untuk mendapatkan cintanya yang berasal dari kerabat diraja. Pelbagai dugaan ditempuh termasuk menentang maharaja yang ingin memperisterikan cintanya.

Pelbagai tentangan dan cemuhan diterima. Nenda puteri cantik itu tidak menerima cinta lelaki yang bukan keturunan diraja itu. Katanya, lelaki itu tidak akan pernah setaraf dengan mereka. Namun, puteri cantik itu tidak akan mengalah kerana darjat semata-mata. Puteri cantik yang diberi nama Razia itu sentiasa menemui jejaka idamannya, Mirza tanpa diketahui kerabat diraja. Mirza sentiasa menyamar menjadi pengawal dan tukang masak hanya kerana untuk menemui cintanya.

Siapa sangka? Atas usaha dua pasangan ini, mereka berjaya disatukan atas restu ayahanda dan rakyat jelata. Akhirnya mereka berdua menjadi suami isteri dan hidup bahagia selamanya.

Setelah berbulan-bulan aku setia menonton, hari ini adalah pengakhiran kisah cinta mereka. Kisah yang bakal menjadi teladan buat diriku ini.

Menitis air mataku melihat perjuangan mereka. Sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata demi cinta. Bukan semua manusia sanggup melakukan perkara yang sama dengan pasangan ini.

"Ayra?"

Aku toleh ke belakang. Kelihatan Mikhail sedang membawa sepinggan kek dan secawan air suam.

Aku menjongketkan keningku ke arahnya apabila dia sudah berdiri di hadapanku. Puas aku menyuruhnya ke tepi untuk melihat cerita hindustan itu tadi namun dirinya masih berdiri tegap di hadapanku. Sengaja je dia ni!!

"Mikha! Tepilah, saya nak tengok ni." Aku tarik kakinya agar ke kanan namun dikeraskan badannya. Eee..

"Nantilah awak tengok. Layanlah saya ni. Saya cuti harini tapi awak sibuk layan hindustan awak. Apa hero dia lagi handsome dari saya?"

Tanpa sedar aku mengangguk soalannya. Mataku masih cuba difokuskan ke arah televisyen yang sudah dihalang badan tegap milik Mikhail.

"Siapalah saya kan? Tak setegap mat jambang dalam televisyen tu. Sanggup pulak tu halau saya semata-mata nak tengok mat jambang dia tu."

Aku dengar nadanya seakan merajuk. Aku mendongak ke atas. Bibirnya sudah dicebikkan ke depan tanda dia protes dengan perbuatanku. Aku baru nak feeling habis layan cerita ni, dia pula buat drama dia.

Aku mengeluh sesaat dan berdiri sambil memegang kedua-dua pipinya. "Mikha sayang, awaklah yang terhandsome di mata saya."

Bibirnya mula mengukir senyuman manis. Kalau aku kenakan dia lagi boleh tak?

"Tapi waktu ni, saya perlukan Mirza untuk menghiasi mata saya. Awak boleh ke tepi sikit tak? Bagi saya masa nak tatap puas-puas Mirza saya sampai pukul 5. Boleh tak sayang?"

Terus bibirnya yang tadi tersenyum kini telah dicebikkan kembali ke hadapan. Diletakkan pinggan dan cawan yang dipegangnya ke atas meja di hadapan kami. Matanya masih memandang ke arahku dengan bibir tercebik.

"Please, Mikha. Hari ni episod akhirlah. Saya nak tengok apa jadi dekat Shah Turkan tu. Please?"

Akhirnya, Mikha mengangguk dan mengalihkan badannya dari terus menghalang pandanganku. Sesekali aku kerling jam di dinding. Hanya tinggal beberapa minit sebelum cerita ini tamat dan mungkin tidak ada siri yang kedua. Ahh!! Mirzaku!!

"Sayang."

Aku membalas panggilannya tanpa memandang wajahnya kerana ralit membaca sari kata yang berada di bawah skrin televisyen itu. Sesekali mataku terpandang wajah Mirza yang langsung tiada sebutir jerawat dan matanya! Mata yang berwarna hijau itu telah menarik perhatianku dari pertama kali dia muncul dalam cerita itu.

Hanya kerana matanya....

"Yeah!! Dah habis. Akhirnya, mati juga si pondan tu dengan Shah Turkan tu. Terekettettaar.. Hahahaha." Aku cuba membicarakan tagline yang sering disebut oleh Shah Turkan. Konon, orang takutlah tu.

"Eee, awak ni. Kalau hindustan kemain awak eh?"

"Eh, ofcourselah. My favourite. Haa, tadi awak nak apa panggil saya? Saya dah jawab panggilan awak, diam pulak. Kenapa?"

Mikha mengambil sepotong kek dan disuakan ke dalam mulutku. "Haa, diam pun. Membebel je kerja."

Dalam keadaan geram pun, aku masih mengunyah kek coklat yang telah disumbat secara paksa. Sungguh menyayat hati...

"Saya nak naik atas kejap." Ujar Mikha lalu meninggalkan aku. Eh? Tadi beriya kacau aku lepastu tinggalkan aku? Wah..Wah.

Lantas aku duduk tegak kembali dan menghirup sedikit air suam itu dan berlari anak membuntuti jejak Mikha yang sudah berada di dalam bilik.

Aku sekadar menyandarkan tubuh belakangku pada pintu dan mata masih memerhatikan gerak gerinya. Sekejap ke almari, sekejap ke katil. Waduh, suamiku ini.

"Buat apa tu?" Soalku setelah penat melihatnya yang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

"Saya nak mandi sekejap. Ingat nak keluar ke taman."

Aku mengangguk. Oh, ke taman...

Eh?! Taman?!

"Jap! Taman? Awak buat apa dekat taman?"

Soalku laju. Mikhail yang sedang berjalan menuju ke bilik air terhenti dan memusingkan badannya menghadapku.

"Sajalah nak joging. Dah pukul 5 dah ni."

Oh ye! Aku lupa pula. Aku biarkan Mikhail mandi sementara aku menyiapkan minuman petang di dapur. Kek yang dipotongnya tadi masih bersisa lalu aku ambil dan meletakkan di atas meja di luar rumah. Tidak lupa juga air sirap kegemaranku.

"Sebelum awak pergi joging, kita minum dulu. Awak tunggu dekat luar sekejap. Saya kemas dapur."

Terus kakiku melangkah ke dapur dan mengelap meja agar tidak bersemut. Kemudian, aku capai kotak tisu dan dibawa ke luar.

Kelihatan Mikhail sedang mengunyah kek. Idea busuk mula timbul di benak fikiranku. Baru sahaja aku ingin menyergah Mikhail, aku terlebih dahulu disergah. Dek kerana imbangan badanku tidak stabil, badanku terhuyung hayang dan ditolak tanpa sengaja oleh Mikhail yang baru sahaja ingin bangun untuk menyambutku lalu perutku terkena pada bucu meja lalu terhentak pada lantai mozek.

"Argh!" Aku tidak tahu kenapa rasa perutku ini lebih sengal daripada biasa. Makin lama, makin sakit yang ku rasakan.

"Ayra, darah!" Jerit Mikhail sambil menunjukkan darah di kelangkangku. Aku terkejut lalu pengsan.

Sedar-sedar sahaja, Mikhail sudah menangis di sisiku. Katanya aku mengalami keguguran.


Titisan jernih mulai mengalir lagi. Terasa baru semalam aku terlantar di hospital kerana mengalami keguguran. Kini, aku terlantar lagi kerana kemalangan dan keguguran yang kedua kalinya. Ya Allah! Berat sungguh dugaanMu.

Aku kesat air mataku. Perlahan aku turun dari katil dan mencapai beg sandang lalu dibawa keluar. Kata Hilman, Doktor Ameer ingin bertemu denganku untuk yang terakhir kali. Aku berfikir, mungkin dia ingin memberiku nasihat padaku.

Kakiku melangkah perlahan ke arah kaunter. Mulutku terkumat-kamit menanya di mana bilik Doktor Ameer. Selesai berbicara, aku mengikut arah yang telah diberitahu oleh jururawat yang bertugas tadi.

Ameer Syakir Bin Suleiman
Doktor Pakar Sakit Puan

Jelas sekali bahawa, Doktor Ameer akan beritahuku tentang keguguran yang aku alami. Apa yang bakal telingaku dengar? Apa yang bakal mataku baca? Apa yang bakal diriku ketahui?

Tombol pintu aku pulas dengan perlahan. Rasa sengal pada perutku masih terasa walaupun sudah agak berkurangan. Gegaran otak yang aku alami juga sudah makin membaik.

"Ayra? Mari masuk." Pelawa Doktor Ameer yang sedang mengemas beberapa helaian kertas yang bertebaran di atas meja. Mungkin itu tentang aku?

Aku mengangguk dan mengambil tempat di hadapannya. Beg sandang aku letakkan di kerusi sebelah. Kedua-dua jariku berpaut untuk menghilangkan rasa gelisah yang mulai bertandang hebat di jiwaku.

"Can i ask you a few questions?" Soal Doktor Ameer memecahkan lamunanku. Aku sekadar mengangguk dan membiarkan dia seorang sahaja yang berbicara.

"Berapa kali awak mengandung?"

Tersentak aku mendengarnya. Setahu aku, belum pernah aku gembira kerana berita ini. "Pardon me?"

Doktor Ameer senyum. "Awak dah berapa kali mengandung?"

Maksudnya, dah dua kali lah kan? Lagipula, aku dah gugur dua kali.

"Dua kali."

Doktor Ameer mengangguk. Ditulis sesuatu pada kertas putih yang telah disediakan.

"Gugur?"

Jiwaku bagaikan direntap kasar. Kenapa perlu tanya soalan yang bakal mengundang kesedihan?

"I'm sorry, Ayra but saya-"

"It's okay, doktor. Dua kali." Aku bidas kata-katanya. Aku masih mampu kawal emosiku.

Dia mengangguk lagi dan seperti tadi, dia mencatatkan sesuatu pada kertas yang sama.

"Satu pun tidak berhasil?"

Aku angguk tanda ianya benar. Satu pun tidak dapat aku lihat. Satu pun tidak dapat aku gendong dan pelihara seperti orang lain.

"Kesan lebam di tepi bibir awak?"

Lantas tanganku menyentuh kesan lebam yang berada di tepi bibirku. Ini bekas tamparan Mikhail tempoh hari. Tak, aku tak boleh ceritakan.

"Maybe masa saya accident?"

Berkerut dahi Doktor Ameer mendengarnya. Aku tahu dia yang merawat aku sepanjang aku berada di sini dan pastilah dia tahu kesan lebam itu sudah lama sebelum aku kemalangan lagi.

"Darah yang berada di bibir awak tu dah lama kering berbanding darah di kepala awak. Ianya mustahil, Ayra. Lebam itu terjadi sebelum awak kemalangan and itu lebam bekas-"

"Soalan lain, please."

Aku perasan akan riak wajahnya tapi aku tak mungkin sampai hati untuk menceritakan tentang keburukan Mikhail. Dia suamiku, dia syurgaku. Ianya sangat mustahil.

"Awak ada mengalami hentakan yang kuat sebelum ni?"

Aku angguk. "Ada, masa keguguran yang pertama."

Dia mencatatkan lagi. Kali ini, dia bangun dan mengambil satu fail lalu diberikan padaku. Aku tidak bertanya apa-apa kerana aku tahu setiap jawapan pada soalanku ada dalam fail ini.

Mahu menangis sekarang atau balik nanti? Tak mungkin aku mengalami penyakit rahim tidak sihat? Tidak. Pasti ada kesalahan sewaktu memeriksa aku.

"Benda ni tipu kan, doktor? Please say yes!" Mataku mulai bergenang. Aku berharap ianya bohong belaka.

Namun sangkaanku jauh meleset apabila mendapat gelengan dari Doktor Ameer. Laju sahaja air mataku jatuh. Kenapa? Kenapa?!

"Look, Ayra. Awak masih boleh mengandung tapi risikonya tinggi. If awak gugur lagi, kami terpaksa keluarkan rahim awak. Kalau tidak, awak akan menghidap kanser serviks."

Satu lagi kenyataan yang aku tidak sanggup dengar. Mana mungkin peluang aku hanya sekali sahaja lagi? Adakah Mikhail akan terima semua ini? Wajarlah kalau dia ingin menikah lain. Isterinya sendiri tidak mampu memberinya zuriat. Mungkin ya dan mungkin tidak.

"Cara lain?"

"What do you mean by 'cara lain'?"

"Cara lain untuk saya boleh mengandung lebih dari sekali."

Lantas gelengan yang aku dapat. Kenapa riak wajah doktor lebih menggerunkan daripada apa yang aku baca?

"Risiko untuk awak mengandung lagi sekali juga boleh menyentap nyawa, takkan ada peluang untuk awak mengandung lagi. Kalau sekali ini awak berjaya, itu sahaja zuriat yang awak mampu beri. Ianya untuk keselamatan nyawa awak, Ayra."

"Apa yang bakal terjadi kalau saya mengandung lagi?"

Doktor Ameer tidak menjawab. Diberinya aku satu helai kertas dan disuruh baca lalu hadamkan seeratnya.

"What?! Hanya satu nyawa yang terselamat? Itupun 90% pada bayi dan 10% pada ibu?"

Doktor Ameer mengangguk. "Saya galakkan agar awak tidak melakukan hubungan intim untuk menyelamatkan nyawa awak."

Continue Reading

You'll Also Like

428K 12.5K 43
[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut. "Boleh tak...
807K 19.6K 90
[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami...
99.1K 898 11
As known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya ma...
330K 9.4K 45
Kita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuan...